Anda di halaman 1dari 13

ISLAM YANG SEBENAR?

Penjelasan Biasa Dalam bahasa Arab, perkataan "Islam" bermaksud "tunduk" atau "patuh". Jika seorang Muslim ditanya, "Apakah itu Islam?", biasanya dia akan menjawab, "Agama yang tunduk kepada Allah, satu-satu Tuhan yang benar." Jawapan ini terlalu ringkas. Untuk memahami Islam yang benar, satu gambaran yang jelas yang diperlukan. Untuk mendapat gambaran yang jelas ini, satu penelitian sejarah diperlukan. Islam Dalam Sejarah Sebelum Islam bertapak di tanah Arab di bawah pimpinan Muhammad, terdapat empat jenis kepercayaan yang berpengaruh di sana. 1. Arab Jahiliah Mereka ini penyembah-penyembah berhala yang percaya kepada satu Tuhan yang Maha Tinggi, dewa-dewi dan berbagai jenis kuasa ghaib. Walaupun begitu, sebilangan besar daripada mereka (terutamanya bani Quraisy di Mekah) mengaku diri mereka dari keturunan Ibrahim. Rumah berhala mereka yang terkenal ialah Kaabah yang bertempat di Mekah. Di dalamnya terdapat berbagai objek-objek pujaan dan berhala. 2. Yahudi Pada zaman Muhammad, terdapat ramai orang Yahudi di tanah Arab. Sebilangan besar dari mereka bukan Yahudi sejati melainkan yang telah memeluk agama Yahudi. Menurut Yaqubi, bani Yahudi Quazah dan Nadhir di Madinah merupakan suku-bangsa Arab Jurham yang telah diyahudikan. Orang Yahudi pada masa itu lebih berpengetahuan tentang dongeng rakyat dan tulisan ulama mereka daripada apa yang sebenarnya di tulis dalam Taurat. Malah, ada yang telah lupa bahasa asal mereka dan tidak dapat lagi membaca kitab Taurat yang ditulis dalam bahasa Ibrani. Kerana ulama-ulama Yahudi sahaja yang memahami kitab Taurat, ayat-ayat dari kitab itu terpaksa

diterjemahkan secara spontan ke dalam bahasa Arab dalam upacara-upacara sembahyang umum. 3. Kristian Orang yang pertama menjadi Kristian ialah orang Yahudi. Mereka berbeza dengan orang Yahudi lain kerana menerima Isa sebagai Al-Masih yang telah dijanjikan Allah. Apabila semakin ramai orang bukan-Yahudi memeluk agama Kristian, mereka mula membentuk identiti mereka sendiri. Pada zaman Muhammad, orang Kristian telah wujud selama enam ratus tahun. Dalam masa yang singkat itu, agama Kristian berjaya menjadi agama utama di Timur Tengah. Akan tetapi orang Kristian pada masa itu telah pudar semangat dan banyak ajaran-ajaran sesat telah berjaya memecahbelahkan penduduk Kristian kepada kelompok-kelompok yang bertentangan fahaman. Ramai orang keliru tentang fahaman Kristian yang benar terutamanya mereka yang tidak berpeluang membaca Alkitab (gabungan kitab Taurat, Mazmur dan Injil) untuk mengkaji isu-isu yang diperdebatkan. Suasana ini merebak ke tanah Arab yang pada masa itu tidak memiliki Alkitab dalam bahasa Arab. Orang Kristian di tanah Arab pada masa itu terdiri dari golongan Nestoria, Baizantin dan Monofisit. Golongan Baizantin dan Monofisit merupakan dua golongan paling berpengaruh dan merekalah yang menimbulkan perbalahan apabila memanggil Maryam, Ibu Tuhan. Maka tidak hairanlah jika suasana seperti itu telah menghalang Muhammad daripada mendapatkan ajaran Kristian yang benar. Akhirnya, penyebaran ajaran-ajaran sesat ini dapat disekat dan dibetulkan. Prosesnya mengambil masa yang lama kerana campur tangan berbagai pihak yang berkuasa. Apabila umat Kristian berjaya bangkit dari kemelut akidah yang telah memecahbelahkan mereka, Islam telah pun bertapak di Timur Tengah dan Afrika Utara. 4. Hanif Perkataan Hanif bermaksud "Dia yang berpaling" iaitu daripada penyembahan berhala. Orang Hanif ialah orang Arab Jahiliah yang telah dipengaruhi oleh fahaman Yahudi dan Kristian lalu mereka menolak amalan penyembahan berhala. Mereka tidak berjemaah tetapi percaya agama yang benar ialah agama yang dipegang bapa bangsa mereka, Ibrahim.

Agama Yahudi, Kristian dan Islam masing-masing menuntut mewakili agama Ibrahim yang sebenar. Adalah menarik bahawa dari empat Hanif yang diceritakan oleh Ibn Ishaq, tiga daripada mereka menemui kebenaran yang dicari-cari mereka dalam agama Kristian. Hanif yang pertama ialah Waraqah bin Naufal, sepupu Khatijah, isteri pertama Muhammad. Dia memeluk agama Kristian dan menjadi seorang Kristian yang terpelajar. Walaupun dia adalah saudara dan penasihat rohani Muhammad, dia tidak pernah memeluk agama Islam. Selepas kematiannya, Muhammad telah bermimpi melihat Waraqah berpakaian putih dan mengambilnya sebagai tanda Waraqah selamat di syurga. Hanif kedua ialah Abdullah bin Jashy. Pada mulanya dia memeluk agama Islam tetapi kemudiannya memeluk agama Kristian setelah berhijrah ke Habsyah akibat penganiayaan di Mekah. Abdullah selalu bersaksi kepada pelarian Islam yang lain tentang pengalaman rohaninya yang baru itu. Dia pernah berkata, "Kami (Kristian) melihat dengan jelas tetapi kamu (Islam) mengerdip mata sahaja." Maksudnya jelas Abdullah percaya bahawa orang kristian mempunyai pandangan yang jelas dalam hal-hal rohani manakala Islam masih belum berjaya melihat terang kebenaran Allah. Hanif yang ketiga ialah Usman bin Huarith. Dia merupakan saudara isteri pertama Muhammad dan memeluk agama Kristian semasa di Baizantin. Hanif yang keempat, Zaid bin Amru, tetap Hanif sampai akhir hayatnya. Dikatakan dia selalu berdoa, "Ya Allah. Jika aku tahu jalan mana yang paling Engkau berkenan, aku akan menyembah-Mu dengannya. Tetapi aku tidak tahu." Sebelum kerasulannya, Muhammad merupakan seorang Hanif. Pada setiap tahun, di bulan Ramadan, dia akan pergi bertapa di Gua Hira yang berdekatan dengan Mekah. Amalan ini sebenarnya berasal daripada orang Kristian di Syria yang kemudiannya menjadi popular di kalangan orang Arab. Mengikut ajaran Islam, kenabian Muhammad bermula pada satu malam pada bulan Ramadan apabila dia terdengar satu suara menyuruh dia "mengucap" (yakni ayat-ayat Al-Quran yang bakal diturunkan kepadanya). Suara ini didengarnya ketika dia sedang bertapa di Gua Hira. Apabila dia mempertimbangkan kata-kata tersebut, malaikat Jibrail telah menjelma dan memberitahunya, "Muhammad! Engkaulah rasul Allah." Pada mulanya Muhammad menyebarkan mesej Islam di kalangan orang Arab sahaja. Selepas dia berhijrah ke Madinah (yang banyak berpenduduk Yahudi), dia cuba

memujuk orang Yahudi menerimanya sebagai seorang nabi setaraf nabi-nabi dalam kitab Taurat. Muhammad mengelar orang Yahudi dan Kristian "ahli-ahli kitab". Walaupun begitu, orang Yahudi menentang Muhammad dan menolak mesejnya. Mereka yakin kitab suci mereka tidak menyatakan apa-apa tentangnya. Sejak dari itu, Muhammad mula bermusuhan dengan mereka. Apabila ditanya sama ada orang Islam orang Yahudi atau Kristian, Al-Quran mengarahkan orang Islam untuk memberi jawapan ini: Berkata mereka itu: Beragama Yahudilah kamu, atau beragama Nasrani, supaya kamu mendapat petunjuk. Katakanlah: Bahkan agama Ibrahim yang lurus (kami ikut), dan bukanlah dia termasuk orang-orang musyrik. Katakanlah: Kami telah beriman kepada Allah dan (Kitab) yang diturunkan kepada kami dan apa-apa yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishaq, Yaqub dan anak-anaknya (begitu juga kepada kitab) yang diturunkan kepada Musa dan Isa, dan apa-apa yang telah diturunkan kepada nabi-nabi dari Tuhan mereka, tiadalah kami perbezakan seorang juga di antara mereka itu dan kami patuh kepada Allah. Maka jika mereka beriman seperti keimanan kamu, sesungguhnya mereka mendapat petunjuk; tetapi jika mereka berpaling (tiada beriman seperti keimananmu), maka hanya mereka dalam perpecahan (dengan kamu); maka engkau akan dipeliharakan Allah dari kejahatan mereka, dan Dia Mahamendengar, lagi Mahamengetahui. (2 Surah Al-Baqarah ayat 135-137) Apabila ayat-ayat ini yang dipandang dari sudut sejarah, maka jelaslah agama Islam merupakan satu panggilan untuk kembali kepada agama Ibrahim dan mesej nabi-nabi Allah. Apakah ini telah dilakukan penganut agama Islam? Apakah Islam hari ini mewakili agama Ibrahim, Ismail, Ishaq dan Yaqub yang sebenar? Apakah kitab Musa dan Isa ditaati hari ini oleh pengikut Islam? Agama Ibrahim (Ingatlah) ketika Tuhan berfirman kepada Ibrahim: Islamlah engkau! Jawabnya: Saya telah Islam(patuh mengikut) Tuhan semesta alam. (2 Surah Al-Baqarah ayat 131) Siapakah yang terlebih baik agamanya dari orang yang menundukkan mukanya kepada Allah sedang ia berbuat kebaikan dan mengikut agama Ibrahim yang lurus? Allah telah mengangkat Ibrahim itu sebagai tolan (sahabat). (Surah An-Nissak ayat 125) Agama Ibrahim ialah agama penundukan dan ketaatan kepada perintah-perintah Allah. Ibrahim menikmati banyak berkat kerana kejayaannya tunduk dan taat kepada

Allah. Dia telah diberi anak yang soleh walaupun sudah berusia, anaknya ditebus Allah ketika Ibrahim patuh kepada arahan Allah (melalui mimpi) untuk menyembelih anaknya dan dia dijadikan imam bagi manusia. Akan tetapi berkat paling besar dialami Ibrahim ialah penghormatan menjadi sahabat Allah. Bagaimana dengan anda hari ini? Apakah anda berjaya tunduk dan taat kepada perintah-perintah Allah Ibrahim, Ishaq dan Yaqub? Apakah berkat-berkat yang telah anda alami sebagai hasil kepatuhan ini? Apakah anda seorang sahabat Allah? Mengapakah Allah berkenan kepada nenek moyang kita Ibrahim? Allah berkenan kepada Ibrahim kerana perbuatan Ibrahim, iaitu mempersembahkan Ishaq, anaknya di atas mezbah, sebagai persembahan kepada Allah. Kamu tidak nampakkah bahawa Ibrahim menunjukkan imannya dengan perbuatannya? Oleh itu, iman Ibrahim menjadi sempurna. Perkara itu sesuai dengan ayat Alkitab, "Ibrahim percaya kepada Allah, dan kerana imannya Allah menerima dia sebagai orang yang melakukan kehendak Allah." Itulah sebabnya Ibrahim disebut sahabat Allah. (Yakub bab 2 ayat 21-23)

PENGERTIAN AKIDAH SERTA HURAIAN KONSEP AKIDAH ISLAM


DISEDIAKAN UNTUK USTAZ ABDUL AZIZ B. HARJIN DISEDIAKAN OLEH SYED MOHAMAD FAUZI B. SYED BAKRI 2009439132 TARIKH: 15.3.2010 ABSTRAK Islam merupakan agama yang mudah difahami oleh semua lapisan masyakat. Selain itu juga,agama islam merupakan agama yang tidak memaksa penganutnya. Aqidah islam merupakan perkara yang wajib diketahui dan difahami secara mendalam oleh umat islam. Selain itu juga mereka seharusnya mempercayai akidah islam tapa sebarang syak atau raguragu.untuk mempelajari tentang akidah islam secara mendalam, kita boleh merujuk sumber-sumber seperti Al-quran,Alhadith dan kitab-kitab agama.penyelewengan terhadap ilmu akidah menyebabkan penerangan terhadap ilmu akidah menjadi sedikit rumit kerana segelintir masyarakat telah mengalami pemesongan akidah yang serius. Definisi akidah adalah perkara yang wajib diakui dengan hati dan jiwa tanpa sebarang syak wasangka. Akidah merupakan perkara teras dalam agama islam. Tanpa akidah yang kukuh, umat islam akan hanyut dari landasan yang benar. Akidah terdiri dari dua iaitu akidah suci dan akidah fasad. Akidah suci merupakan akidah yang diturunkan oleh Allah manakala akidah fasad adalah akidah yang telah diselewengkan. Kepentingan akidah kepada umat islam adalah sebagai pendorong agar melakukan perkara yang baik disisi Allah yang esa. Umat islam yang tidak takut terhadap balasan tuhan akan dimasukkan kedalam nereka. Amalan yang dilakukan bukan kerana Allah tidak akan diterima pahala amalan tersebut dan ianya menjadi sia-sia belaka. Kesimpulannya kita haruslah mendalami konsep akidah islam supaya dapat mengelakkan diri kita dari terjerumus kepada perkara-perkara yang menyebabkan kita dilaknat oleh Allah s.w.t. Kita boleh mengambil iktibar dari kisah-kisah yang pernah

berlaku pada zaman nabi berkaitan dengan keteguhan akida para sahabat sebagai contohnya, Bilal bin Rabah yang telah diseksa kerana menganut agama islam namun keteguhan imannya menyebabkan beliau tidak berganjak dari jalan Allah yang benar. PENDAHULUAN Sepertimana yang kita ketahui, agama islam merupakan agama yang mudah difahami oleh setiap individu dan juga merupakan agama yang tidak memberi paksaan kepada pengikutnya. Sehubungan itu, masalah berkaitan akidah seharusnya tidak wujud dalam kalangan masyarakat yang beragama islam kerana banyak sumber yang boleh kita perolehi untuk dijadikan panduan dan menjelaskan permasalahan yang timbul dalam kalangan masyarakat. Antara sumber-sumber yang boleh kita jadikan sebagai panduan ialah Al-Quran,Al-hadith dan kitab-kitab agama. Namun, panyelewengan akidah yang berlaku pada masa kini menyebabkan penjelasan tentang ilmu akidah menjadi sedikit rumit dan memerlukan masa untuk difahami. Dalam agama islam, akidah itu merupakan satu perkara yang telah ditetapkan malah wajib kita berpegang terhadapnya disertakan dengan kepercayaan dan kayakinan yang kukuh tanpa sebarang syak. Timbulnya syak merupakan satu keraguan dan itu bukanlah satu akidah. Akidah Islam ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah sebagai rabb dan ilah serta beriman dengan nama-namaNya dan segala sifat-sifatNya juga beriman dengan adanya malaikat, kitab-kitab, para Rasul, Hari Akhirat dan beriman dengan taqdir Allah sama ada baik atau buruk termasuk juga segala apa yang dating dari Allah. Seterusnya patuh dan taat pada segala ajaran dan petunjuknya. Oleh itu, akidah Islam ialah keimanan dan keyakinan terhadap Allah dan RasulNya serta apa yang dibawa oleh Rasul dan dilaksanakan dalam kehidupan Selain itu, cara kita berpegang kepada sumber-sumber agama yang asli menjamin ketulenan agama dipelihara dari segi prinsipnya dan disamping itu membenarkan cabang agama berkembang untuk menangani cabaran semasa kerana asas perlaksanaan agama adalah bermula dari ijtihad dan diikuti dengan ittiba(ikutan) dan diakhiri dengan taqlid. Selain itu juga, akidah tidaklah hanya kepada Islam sahaja namun setiap kumpulan agama turut mempunyai akidah mereka tersendiri. Akidah tersebut menjadi asas kahidupan mereka

KONSEP AKIDAH ISLAM Definisi: Akidah pada umumnya merupakan perkara yang wajib dibenarkan oleh hati dan jiwa dan seharusnya jiwa menjadi tenteram terhadapnya sehingga lahirnya satu keyakinan yang kukuh tanpa digoncang atau dicampuri oleh sebarang syak atau keraguan. Dalam pengertian agama, akidah terkandung di dalam rukun iman iaitu: 1. Beriman kepada Allah 2. Beriman kepada para malaikat 3. Berimankepada kitab 4. Beriman kepada para Rasul 5. Beriman hari akhirat 6. Beriman kepada qada dan qadar Kedudukan Akidah yang sebenar: Akidah yang benar merupakan landasan tegaknya agama dan kunci diterimanya amalan. Hal ini sebagaimana ditetapkan oleh Allah Taala di dalam firman-Nya dalam surah Al-Khafi( ayat110): Maksudnya: Maka barangsiapa yang mengharapkan perjumpaan dengan Tuhannya hendaklah dia beramal shalih dan tidak mempersekutukan sesuatu apapun dengan-Nya dalam beribadah kepada-Nya. Allah taala juga berfirman dalam surah Az-zumar (ayat 65 ): Sungguh telah diwahyukan kepadamu dan kepada orang-orang sebelummu, apabila kamu berbuat syirik pasti akan terhapus seluruh amalmu dan kamu benar-benar akan termasuk golongan orang-orang yang merugi. KONSEP AKIDAH ISLAM Pendidikan akidah merupakan asas kepada pembinaan Islam pada diri seseorang. Ia merupakan inti kepada amalan Islam seseorang. Seseorang yang tidak memiliki akidah menyebabkan amalannya tidak mendapat pengiktirafan oleh Allah swt. Ayat-ayat yang terawal yang diturunkan oleh Allah swt kepada Nabi Muhammad saw di Makkah menjurus kepada pembinaan akidah. Dengan asas pendidikan dan penghayatan akidah yang kuat dan jelas maka Nabi Muhammad saw telah berjaya melahirkan sahabat-sahabat yang mempunyai daya tahan yang kental dalam mempertahan dan mengembangkan Islam ke seluruh dunia.

Bilal bin Rabah tidak berganjak imannya walaupun diseksa dan ditindih dengan batu besar di tengah padang pasir yang panas terik. Demikian juga keluarga Amar bin Yasir tetap teguh iman mereka walau berhadapan dengan ancaman maut. Dari sini kita nampak dengan jelas bahawa pendidikan akidah amat penting dalam jiwa setiap insan muslim agar mereka dapat mempertahan iman dan agama Islam lebih-lebih lagi di zaman globalisasi yang penuh dengan cabaran dalam segenap penjuru terutamanya internet dan teknologi maklumat yang berkembang dengan begitu pesat sekali. Akidah terdiri dari dua jenis iaitu akidah suci dan akidah fasad. Bagi umat islam, kita wajib untuk meyakini akidah suci kerana ianya benar-benar turun dari Allah s.w.t. Akidah fasad adalah akidah batil yang tidak terkira bilangan yang wujud akibat penyelewengan terhadap akidah suci. Akidah yang suci hanya wujud dalam agama islam sahaja kerana ia adalah merupakan satu agama yang dijamin dipelihara oleh Allah s.sw.t. Firman Allah dala surah Al-hijr (ayat 9 ) Maksudnya: sesungguhnya kamilah yang menurunkan peringatan ( Al quran ) dan kamilah yang memeliharanya. Selain itu juga, diiktikadkan bahawa agama yang dipelihara ini juga telah diturunkan dengan sempurna dan serba mencukupi sebagaimana fiman Allah dalam surah Al-Maidah (ayat 3) yang bermaksud Hari ini telah aku sempurnakan kepada kamu agama kamu. Akidah suci yang terkandung dalam agama yang terpelihara ini adalah lengkap dan tidak perlukan sebarang pindaan. KEPENTINGAN AKIDAH Dalam islam, iman yang berlandaskan akidah adalah menjadi asas sesuatu amalan. Ini bermaksud bahawa amalan seseorang tidak akan diterima oleh Allah kecuali amalan orang yang beriman berlandaskan akidah. Justeru itu mereka yang tidak beriman kepada Allah dan tidak mengharap pahala darinya dan tidak takut seksaan-Nya, dan beramal bukan kerana menuntut teredhaan Allah,dan tidak pula mengambil kira( tidak menghiraukan) adakah amalanamalan mereka itu sah atau batal, dan adakah perbuatan mereka halal arau haram, maka mereka yang bersikap demikian tidak layak menerina pahala dari Allah di atas amalan yang mereka lakukan itu. Ini ialah kerana mereka itu ialah orang yang tidak beriman kepada AIlah (orang yang kafir) dan tidak mengharap balasan pahala daripada Tuhan mereka dan juga amalan yang dikerjakan oleh mereka tidak mendapat keredhaan Allah. Orang-orang yang tidak beriman kepada Allah (orang yang kafir.) adalah disetsa disebabkan kekufuran dan kesesatan mercka. Ini kerana mereka tidak menyelidiki agama Allah (agama Islam) dan tidak mahu mendengar wahyu Ilahi yang disampaikan oleh para rasul, terutama apabila mereka mendengar dan dibacakan Ayat-ayat Allah, mereka menperolokolokkan dan mempersendakan. Oleh itu amalan mereka ditolak (tidak diterima), dan mereka diseksa di atas kekufuran mereka. KESAN AKIDAH Akidah Islam akan melahirkan seseorang atau masyarakat yang mempunyai keperibadian yang unggul yang akhirnya akan dijelmakan melalui tingkah-laku, percakapan dan gerak-geri hati seseorang atau sesebuah masyarakat. Akidah Islam yang telah meresap ke dalam jiwa dan lubuk hati sesseorang akan menimbulkan kesan-kesan positif di antaranya dapat kita gariskan seperti berikut: Akidah Islam melahirkan seorang yang yakin kepada Allah swt yang maha esa. Lantaran itu menggerakkan seluruh tingkah-lakunya, percakapannya dan gerak-gerinya untuk mencari keredhaan Allh swt.Akidah Islam melahirkan Insan Soleh. Insan yang melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah dan meninggalkan segala jenayah dan kemungkaran. Akidah Islam melahirkan Insan yang mempunyai akhlak cemerlang dan terpuji. Mengikis sifat-sifat yang buruk dan melahirkan manusia yang bertaqwa, tawadhu", ikhlas, redha, amanah dengan segala sifat terpuji yang lain di samping menyingkirkan sifat-sifat yang buruk seperti dengki, sombong, ria", takabur dan seumpamanya yang boleh membawa masalah sosiol dalam masyarakat. Akidah akan melahirkan seseorang atau sesebuah masyarakat yang optimis dan yakin kepada diri sendiri untuk bekerja bagi mencapai kejayaan di dunia di samping tidak lupa mencari keredhaan Allah swt supaya mendapat kebahagian di akhirat. Akidah Islam yang teguh mampu membawa manusia dan masyarakat maju ke hadapan dalam segala bidang. Sejarah membuktikan masyarakat Arab telah berubah daripada satu masyarakat yang tidak dikenali kepada sebuah masyarakat yang digeruni. Akidah Islam telah mengangkat darjah mereka. Mereka menguasai hampir separuh dari bumi ini. Mereka menguasai pentadbiran dan maju dalam pelbagai disiplin ilmu pengetahuan. Akidah Islam akan melahirkan manusia yang tidak mudah putus asa atau hilang harapan. Iman di dalam hati akan memberi ketenangan yang luar biasa. SENARIO MASYARAKAT HARI INI

Pada masa kini, sikap sesetengah penceramah agama yang kurang mengupas konsep akidah secara mendalam menyebabkan masih ada segelintir masyarakat Islam terbabit dalam kegiatan khurafat. Keadaan itu menyebabkan masyarakat yang jahil mudah terpengaruh dengan anasir jahat sehingga wujud ajaran sesat seperti Ayah Pin dan Ayahanda Gunung Ledang. Pada masa yang sama, mereka hanya memfokuskan kepada isu remeh, ajaran dan ceramah daripada segelintir mereka yang cuba menarik penonton dengan cerita lucu yang boleh dianggap seperti lawak separuh masak, juga membawa kepada kekurangan ini. Masyarakat sekarang tahu mengenai perkara yang membatalkan wuduk dan solat tetapi mereka tidak tahu perkara yang boleh membatalkan dua kalimah syahadah, sedangkan itu perkara yang utama. Kini, pihak berkuasa bertungkus lumus untuk membanteras kegiatan khurafat dan membongkar pelbagai amalan yang mengejutkan. Antaranya, memuja batu nisan dicuri dari kubur, bersolat membelakangkan kiblat dan mengoyak al-Quran untuk dijadikan pembalut keris, semata-mata untuk upacara tarik duit atau mendapat nombor ekor. Itulah amalan khurafat yang dikesan pihak berkuasa sepanjang usaha memerangi kegiatan perbomohan yang bertentangan dengan ajaran Islam dan kegilaan sekelompok umat Islam yang taksub untuk jadi kaya. Selain itu, pada zaman ini manusia mengalami kekosongan dan kontang dalam jiwa, sedangkan keperluan rohani perlu diisi dengan agama. Mereka bertindak seperti robot, lupa mereka adalah manusia. Jika jiwa tidak diisi dengan akidah yang betul, perkara karut akan berlaku. Sebagai contoh, dunia Barat yang pada awalnya menolak metafizik, kini mereka sendiri yang menerimanya. Percaya dengan hantu dan dunia ghaib. Mereka menidakkan keperluan dalam jiwa insan. Malah, filem, drama dan program di pasaran serta ditayangkan kepada masyarakat turut memberi impak negatif. Ia lebih menjurus kepada kepercayaan karut seperti pontianak dan alam mistik. Mereka banyak membesarkan perkara yang hakikatnya tidak sebesar mana. Masyarakat kini perlu kembali kepada asas akidah dan menekankan kepada Islam yang antikhurafat. Mereka perlu lihat kembali apa itu syirik, perkara yang membatalkan akidah dan konsep tauhid dalam Islam.

KESIMPULAN Setelah memahami konsep akidah islam saya dapat membuat kesimpulan bahawa agama islam menyeru umatnya supaya beriman dan bertakwa kepada Allah s.w.t. Keimanan kepada Allah akan wujud sekiranya masyarakat mempunyai pegangan akidah yang teguh. Akidah boleh difahami melalui pembacaan Al-quran dan Al-hadith. Namun, pada masa kini pemesongan terhadap konsep akidah telah menyebakan huraian mengenai konsep akidah islam manjadi sukar. Oleh itu, saya menyeru kepada setiap individu supaya kembali kejalan Allah yang benar. Seseorang individu seharusnya mengambil inisiatif untuk mengukuhkan lagi pegangan akidah dalam diri. Kesimpulannya, konsep akidah itu haruslah diterapkan dalam kalangan masyarakat sejak dari kecil lagi supaya pemesongan akidah tidak berlakun dewasa kelak. Bak kata pepatah dulu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Agama Yahudi Ajarannya disebut "Yudaisme" karena bersifat ke-bangsa-an dan khusus bagi bangsa Yahudi atau Bani Israil, yaitu ajaran yang berasal dari agama yang diturunkan Allah untuk bani Israil dengan perantaraan utusan-Nya yaitu Musa a.s. Kitab sucinya dinamakan Thaurat (wasiat lama) yang aslinya tidak ditemukan lagi sekarang. Agama bangsa yahudi diperoleh dari Ibrahim a.s., melalui jalur keturunan anaknya Ishak a.s. Agama bangsa Yahudi dipercaya diperoleh dari garis keturunan Ibrahim a.s., kemudian dilanjutkan melalui jalur keturunan anaknya Ishak a.s. Menurut alur Al-Kitab asal usul bangsa Yahudi adalah keturunan salah satu cabang ras Semitik purba yang berbahasa Ibrani (kejadian 10:1, 21-32;1) (tawarikh 1:17-28, 34;2:1,2). Hampir 4000 tahun yang lalu, Ibrahim nenek moyang mereka beremigrasi dari kota besar Ur Kasdim yang sangat makmur di Sumeria ke negeri

Kanaan. Darinya garis keturunan orang Yahudi dimulai dengan Ishak puteranya dan Yakub cucunya, yang namanya diubah menjadi Israel (kejadian 32:27-29). Israel mempunyai 12 putera, yang menjadi pendiri 12 suku. Salah seorang dari mereka adalah Yehuda yang akhirnya dari namanya berasal kata "Yahudi" 2 raja 16:6, JP. Diantara garis keturunan tersebut, bagi bangsa Yahudi Musa a.s. mendapat tempat yang sangat istimewa meskipun Isa a.s. juga diutus untuk bangsa Israel. Musa dianggap memenuhi peranan penting sebagai perantara perjanjian Taurat yang Allah berikan kepada Israel, disamping sebagai nabi, hakim, pemimpin dan sejarawan (Keluaran 2:1-3:22). Agama ini percaya pada keesaan Tuhan secara mutlak (monoteis) dan menganggap Allah turun-tangan dalam sejarah manusia, khususnya berkenaan dengan orang Yahudi. Ibadat bangsa Yahudi menyangkut beberapa perayaan tahunan dan berbagai kebiasaan. Meskipun tidak ada kredo atau dogma yang diterima oleh semua orang yahudi mengenai keesaan Allah yang dinyatakan dalam Shema, yaitu doa berdasarkan kitab Ulangan 6:4, merupakan bagian terpenting ibadat sinagoge: "Dengarlah, Hai bangsa Israel: Tuhan itu Allah kita, Tuhan itu Esa". Pada mulanya Nabi Musa a.s. mengajarkan kepada umatnya tentang ada dan esanya Allah. Tetapi ajaran murni ini akhirnya berubah karena sifat "exclusive nasionalistic" penganutnya. Perubahan tersebut dapat dilihat dari sumber prinsipil Syahadat mereka "Schema Yisrael, adonai alaheynu adonai achud" Ulangan: [6][4] yang didalam pelaksanaannya rasa kebangsaan diatas segalanya sehingga keesaan Allah sendiri menjadi kabur. Ajaran Yudaisme tidak menyebut adanya hari kiamat, akhirat, siksaan pada hari akhirat dan pembalasan dalam bentuk pahala. Mereka tidak membicarakan keselamatan pribadi penganut-penganut ajaran mereka. Kepada mereka selalu diindoktrinasikan adanya kejayaan yang abadi dipalestina sebagai negara yang dijanjikan Tuhan bagi minoritas Yahudi, satu-satunya umat yang berhak mewarisi bumi Tuhan sebagai umat yang terpilih. Hingga kini kita dapat melihat mengapa Israel begitu ngotot menguasai Palestina dengan menteror semua bangsa yang bukan Yahudi agar minggat dari tanah Palestina. Peribadatan mereka dilakukan terutama pada hari sabtu mulai terbit fajar sampai terbenam matahari. Segala pekerjaan tangan seperti menyalakan lampu, memadamkan api dan lain-lainnya terlarang pada hari tersebut. Pelanggaran terhadap ketentuan diatas diberi ancaman keras. Mereka dianjurkan berjamaah dan minimal 10 orang dan dilakukan tiga kali sehari. Sebelum sembahyang mereka juga berhadas dan mengambil wudhu. Di dalam sembahyang mereka diharuskan memakai penutup kepala. Puasa mereka dilakukan pada hari-hari tertentu, seperti "Yom Kippur" selama 24 jam, tanggal 10 bulan Tishri dan setiap hari senin dan kamis. Didalam kitab Imamat orang lewi Thaurat [10]:[9], [10]:[11] minuman yang memabukkan terlarang bagi setiap penganut ajaran Yudaisme. Larangan ini tidak pernah diperdulikan, malah minuman keras merupakan suatu keharusan didalam upacara-upacara keagamaan dan mereka meminumnya atas nama Tuhan. Setiap orang yahudi tidak mempunyai kewajiban untuk menyampaikan ajaran mereka kepada orang-orang yang bukan keturunan Yahudi, sehingga ajaran mereka bersifat "non missionary". Orang Yahudi tidak mengakui adanya Nabi Isa a.s. Mereka menentang sekali ketuhanan Isa atau Yesus yang diajarkan oleh agama Kristen. Juga tidak mengenal pejabat agama (hirarki gereja). Bangsa Yahudi mendasari doktrin keagamaan mereka atas dasar Sepuluh perintah Tuhan yakni:

1. 2.

Jangan ada padamu Allah selain Aku. Jangan membuat bagimu patung, atau yang menyerupai apapun yang ada dilangit diatas, atau dibumi ......dibawah, atau didalam air dibawah bumi. Jangan sujud menyembah kepadanya atau beribadah kepadanya...(pada permulaan zaman ini, sekitar 1513 SM, perintah unik dalam penolakannya mengenal penyembah berhala). 3. Jangan engkau bersumpah palsu demi Tuhan Allahmu.... 4. Ingatlah hari Sabat dan peliharalah suci. ... Tuhan memberkati hari Sabat dan menyucikannya. 5. Hormatilah ayahmu dan ibumu... 6. Jangan membunuh. 7. Jangan berzina. 8. Jangan mencuri. 9. Jangan bersaksi dusta terhadap sesamamu. 10. Jangan mengingini rumah sesamamu...isteri...hamba laki-laki atau perempuan...lembu atau keledainya, atau apapun milik sesamamu (keluaran 20:3-17).

AGAMA NASRANI ( Asal-Usul Agama Nasrani, Sistem Kepercayaan, Sumbersumber pokok, Pandangan Islam )
September 13, 2011mihwanuddinTinggalkan KomentarGo to comments

AGAMA NASRANI Makalah ini disusun untuk memenuhi salah satu tugas pada mata kuliah Perbandingan Agama Disusun oleh: M. Nur Wahid Zamroni, M. Syamsul Huda, M. Romdloni, M. Muhsin, Muharom, Muttaqin, M. Fatah, M. Al-Ghonit, Dosen pengampu: Bpk Mursyidi Jurusan Tarbiyah Pendidikan Agama Islam SEKOLAH TINGGI AGAMA ISLAM NEGERI (STAIN) PONOROGO 2009 BAB I PENDAHULUAN

Sejarah bagaikan roda yang terus berputar, berjalan dan melaju di atas peradaban manusia, yang dimulai dengan kelahiran, perkembangan, pertumbuhan, kehancuran atau malah akan semakin maju, sebagimana agama Nasrani. Melihat aspek historis nenek moyang Agama Nasrani yang biasa dikenal dengan sebutan agama Kristen adalah agama yang diwahyukan serangkaian dengan agama Yahudi dan berkaitan dengan agama Islam yakni dari Nabi Ibrahim (Abraham). Dalam sejarahnya yang telah berusia lebih dari 2000 tahun itu, agama Kristen telah tumbuh dalam berbagai bentuk yang mengagumkan.[1] Berangkat dari sini makalah ini akan membahas sedikit tentang asal usul agama nasrani/ katolik, sistem kepercayaan, sumber-sumber pokok agama, dan pandangan Islam. BAB II PEMBAHASAN A. Asal-Usul Agama Nasrani

Sesuai dengan petunjuk sejarah, Yesus Kristus adalah pembawa agama Kristen. Ia berasal dari Nazaret, lahir kurang lebih pada tahun ke-4 sebelum M, tetapi sebagian ada yang berpendapat antara tahun 7-5 M. Ketika berumur 27 tahun, ia mulai mengajar di Galilea dan kemudian meluas dikalangan penduduk Palestina. Ia dipercayai membawa kabar gembira tentang penebusan dosa disamping banyak memperlihatkan banyak mujizat. Untuk kelanjutan ajaran yanhg dibawanya ia

mengangkat 12 orang rasul. Satu tahun sebelum ia meninggal dunia di kayu Salib pada 7 April 30 M., ketika berusia kurang lebih 30-31 tahun, Yesus telah membentuk gereja di Yerussalem, yaitu ketika ia menunjuk Petrus, salah seorang muridnya yang 12, sebagai kepala gereja. Pada awal mulanya jemaat Kristen terdiri dari orang-orang Yahudi. Merekalah yang disebut dengan jemaat purba atau jemaat Yerussalem, atau ada pula yang menyebut mereka dengan jemaat Nazaret. Agama Kristen pada mulanya adalah untuk bangsa Yahudi, suatu agama nasional bangsa Yahudi. Akan tetapi ketika Petrus bekerja di Yerussalem, sudah terdapat petunjuk bahwa ia membaptis seorang warga Roma, bernama Kornelius, bersam keluarganya di Kaesaria, dekat Yerussalem. Berarti agama Kristen berubah dari agama nasional bangsa Yahudi menjadi agama yang internasional. Selain Petrus, Paulus adalah seorang rasul yang mempunyai peranan besar dalam penyiaran agama Kristen. Ia berasal dari Tarsus di Sisilia, tapi juga orang Yahudi sebagimana halnya Petrus. Dalam sejarah hidupnya disebutkan bahwa ia menyiarkan agama Kristen karena mendapat wahyu dari Tuhan, sekalipun ia bukan murid Yesus dan belum pernah berjumpa dengan Yesus. Paulus bekerja sampai ke Yunani dan Eropa. Ia bekerja dikota-kota provinsi dan membentuk jemaat gereja. Ajaran Paulus yang di anggap baru ialah anggapan bahwa Yesus adalah Kristus atau Tuhan. Paulus meninggal dunia dalam tahun yang sama dengan Petrus, yaitu 67 M., kedua-duanya di Roma.[2] Setelah penganut Nasrani di Roma semakin pesat, maka setiap kelompok orang nasrani mengangkat seorang pendeta menjadi pemimpin, yang tugasnya memimpin upacara keagamaan, berkhutbah, dll. Kemudian para pendeta tersebut dipimpin oleh bishop, mereka menganggap sebagai wakil petrus, dan lambat laun mereka menamakan dirinya Paus yang berarti bapak.[3] B. Sistem Kepercayaan Ajaran Ketuhanan dalam agama Kristen, termasuk gereja Roma Katolik adalah sebagaimana tercantum dalam kredo iman rasuli yaitu Tritunggal yang terdiri dari Allah Bapa, Allah Putera dan Roh Kudus. Ketiga-tiganya adalah pribadi Allah dan pribadi tersebut adalah Allah. Semuanya Mahakudus, Mahasempurna, Mahatahu, Mahakuasa dan kekal. Secara ringkas, sistem kepercayaan umat Kristen yaitu: 1. Allah bapa Allah bapa adalah pencipta langit dan bumi serta segala yang terdapat didalamnya. Allah adalah Mahakasih terhadap segala ciptaan-Nya terutama kepada manusia. Oleh karena itu Ia selalu menampakan Diri-Nya kepada manusia, sebagaimana pernah dilakukanya kepada Nabi Musa (kel.3:1-16). Tujuan Allah menampakan Diri dan bersabda melalui para Nabi itu adalah untuk menunjukan kepada manusia siapa Dia dan apa yang dilakukan-Nya. 2. Yesus Kretus sebagai Penebus Dalam kredo disebutkan : Dan akan Yesus Kretus putra-Nya yang tunggal, Tuhan kita. Umat Kristiani pada umumnya yakin bahwa Yesus adalah Tuhan. Ia adalah Putra Allah yang di utus kedunia menjadi seorang penebus, yang akan menebus dosa asal manusia serta segala akibatnya. Penebus tersebut adalah Yesus Krestus. Menurut perjanjian Lama, sang penebus ini akan diurapi sehingga digelari dengan Messiah, al-Masih/ Kristus. 3. Roh Kudus Roh kudus keluar dari Allah bapa dan Allah putra. Roh kudus diutus oleh Yesus Kritus, dari bapa kepada manusia, karena Yesus tidak menghendaki manusia itu sendirian. Roh kudus turun kedunia yaitu kepada para rasul dan murid-murid Yesus dan selanjutnya pada gereja dihari pantekosta, hari ke-50 sesudah Paskah atau hari ke-10 sesudah kenaikan Yesus ke surga. Dapat dikatakan bahwa yang bekerja di dunia sekarang ini adalah roh Kudus. 4. Malaikat Menurut ajaran Roma Katolik, malaikat adalah makhluk Allah yang berwujud roh, mempunyai akal dan kehendak bebas. Kitab suci menceritakan beberapa nama malaikat seperti Gabiel, Mikail, Rofail, Kerubin dan Serafin.pemimpin para malaikat adalah Santo Mikail yang selalu melawan roh jahat (syetan). Bagi setiap orang ada malaikat yang melindungi dan menjaganya dari segala godaan setan dan membimbing serta mendorongnya menuju segala kebaikan. 5. Maria Bunda Tuhan Kedudukan Maria dalam keyakinan gereja Roma Katolik, adalah jauh diatas para malaikat dan manusia, kerena sebagimana ditetapkan oleh gereja roma katolik pada 8 Desember 1854, ia luput dari dosa perorangan. Dalam kehidupanya pun ia tetap suci dan tetap perawan. Kemudian ia menerima kabar gembira yaitu mengandungkan Yesus Sang Penebus dan ketika mengandung maria memberii pengertian bahwa keinginan untuk berhubungan kelamin merupakan inti dosa, sehingga sesudah Yesus lahir ia tidak pernah mempunyai anak lagi. 6. Alam semesta Gereja Roma Katolik juga mengajarkan bahwa alam semesta ini adalah ciptaan Allah. Allah menciptaan dunia dengan tujuan utnuk memberikan segala kebaika-Nya yang tak terhingga. Jadi jagad raya ini mencerminkan kemulyaan-Nya, dan karenanya segala ciptaan-Nya menerima kebaikan-Nya. 7. Manusia Tubuh dan jiwa manusia diciptakan oleh Tuhan. Dengan jiwa itu manusia memperoleh kehidupan. Jiwa manusia itu berakal, dapat mengetahui, berkehendak dan dapat memilih dengan bebas seperti malaikat. Roh manusia menyerupai Tuhan. Itu berarti Tuhan mengasihi manusia agar ia kelak hidup kekal, dan Tuhan memberii bahagiaan kehidupan Tuhan yang disebut kehidupan berahmat. Inilah yang disebut anugrah. Karena kehidupan berahmat itu pulalah maka manusia

pertama, yaitu Adam dan Hawa, menjadi anak Allah dan serupa dengan Allah, akan tetapi dalam masa percobaan Adam dan Hawa melanggar larangan yaitu makan buah pengetahuan. 8. Dosa asal Pelanggaran yang dilakukan oleh adam berakibat lebih lanjut kepada keturunanya, yaitu beban yang disebut dosa asal. Karena dosa Adam maka manusia tidak lagi memperoleh kehidupan yang berahmat. Manusia akan terkena mati, suatu hal yang seharusnya tidak akan terjadi jika Adam tidak melanggar larangan. Manusia telah menentang Tuhan , dan ingin menyamai Tuhan. Akibatnya manusia memiliki kecenderungan berbuat jahat dan suka kesenangan duniawi dsb.[4] C. Sumber-sumber pokok 1. kitab suci Sebagaimana agama lain, agama Kristen mengakui bahwa merekapun memiliki kitab suci yang mereka yakini sebagi sumber dan pandangan hidup. Kitab suci agama Kristen adalah Kitab Injil atau Bibel dan juga bisa dinamakan Alkitab yang terdiri dari perjanjian lama dan perjanjian baru. 1. Perjanjian Lama, menurut gereja katolik, jumlah kitab suci yang terhimpun adalah 49 buah, selisih lebih banyak dari yang diakui protestan, kesepuluh kitab yang tidak diakui disebut Deuterokanomika yaitu kitab-kitab dongeng atau jiplakan yang tidak termasuk kanon Yahudi. Perjanjian Baru, istilah ini mempunyai arti, tata cara keselamatan yang diadakan Allah dalam diri Yesus. Isi perjanjian baru mencakup 27 kitab, yang terdiri dari 4 injil, yaitu Markus (60 M), Matius (70 M), Lukas (75 M), dan Yahya (100 M). Dari keempat ini dikarang oleh manusia, namun menurut kepercayaan kristiani penulisnya mendapat bimbingan dari Roh Kudus yang diinspiratori oleh Allah. Tradisi Tradisi yang ada dalam gereja dipandang sebagai sumber kebenaran, yang disamakan dengan kitab suci. Kekuasaan gereja terbagi menjadi dua macam, yaitu pertama, Traditio Dekratative yang artinya gereja merupakan satu-satunya badan yang dapat menerangkan isi kitab tanpa berbuat salah. Kedua, Traditio konstituve,yaitu gereja mempunyai tradisi yang melengkapi isi kitab Suci. 3. Pengakuan Iman Rosuli Pengakuan ini merupakan ringkasan yang dihasilkan dari kesepakatan-kesepakatan antar jemaat mengenai keyakinan iman (rumusan-rumusan hasil konsili), lazimnya dipakai dan diucapkan oleh siapa saja yang menerima pembaptisan. Termasuk juga Kalekismus yaitu sebuah buku yang disusun dalam bentuk tanya jawab tentang keimanan.[5] D. Pandangan Islam Sebagaimana agama Yahudi, agama Kristen juga telah diselewengkan oleh para penganutnya. Penyelewengan yang paling besar ialah iktikad mereka terhadap konsep Trinity, ialah konsep tiga Tuhan dalam satu (bersama) yaitu God The Father, Jesus The Son, and The Holy Spirit (Ruhul Qudus). Iktikad mereka ini ditolak oleh Allah melalui firman-Nya: Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: Sesungguhnya Allah ialah al-Masih putera Maryam, padahal alMasih sendiri berkata: Hai Bani Israil, sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhanmu. Sesungguhnya orang yang mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya surga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolongpun. Sesungguhnya kafirlah orang-orang yang mengatakan: Bahwasanya Allah salah seorang dari tiga, padahal sekali-kali tadak ada Tuhan selain dari Tuhan Yang Esa. Jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, pasti orangorang yang kafir diantara mereka akan ditimpa siksaan yang pedih. Selain itu, para penganut agama Nasrani (Kristen) juga tidak lepas daripada membuat berbagai pertukaran di dalam kitab Injil yang diturunkan kepada mereka. Pertukaran ini masih dilakukan sehingga kini, bukan hanya di negara-negara Barat tetapi juga di Indonesia. Bahkan di atas segala ini, mereka masih mencipta berbagai doktrin baru yang bertentangan dengan kitab Injil yang telah mereka tukar tersebut. Maka, atas penyimpangan-penyimpangan ini, agama Nasrani tidak dianggap sebagai agama yang benar di sisi Islam.[6] BAB III PENUTUP Agama nasrani/ katolik merupakan salah satu gerakan yang terdapat dalam agama Kristen atau Nasrani yang dibawa oleh Yesus, dan disebar luaskan oleh Paulus. Ia adalah seorang yahudi yang dahulunya pernah menganiaya orang Kristen, namun ia sadar dan merasa dimarahi yesus. Kemudian untuk membalas dosa-dosanya ia berusah menyebarkan agama Kristen keluar Nazaret. Nama katolik sendiri dipergunakan untuk menyebut agama Kristen yang berpusat di Vatikan, Roma. Ketika dikaitkan dengan pembawa pertamanya, seolah-olah ajaran Katolik sudah terputus, karena Paulus tidak bertemu langsung dengan Yesus. Meskipun demikian, menurut kepercayaan mereka Paulus dalam membuat rumusan ajaran Kristen baik dalam teologi ataupun etika mendapat bimbingan langsung dari Allah dan Paulus adalah orang suci yang tidak mungkin salah.

2.

3.

Agama katolik mempunyai kepercayaan Monoteis yang konsepnya berbeda dengan agama monoteis lainnya. Yaitu konsep Trinitas, Tuhan memang Esa tetapi dia bisa menjadi Esa jika Dia Bertiga, dan tidak ada Tuhan yang Esa, kecuali di dalam dan melalui Trinitas.

Anda mungkin juga menyukai