Anda di halaman 1dari 15

Pendahuluan Guru mempunyai tanggungjawab yang penting.

Selain daripada perlu menyampaikan pelajarannya dengan berkesan beliau perlu menjadi contoh kepada pelajarnya. Guru juga bukan sahaja mengajar nilai-nilai moral kepada murid-murid tetapi harus menghayati serta mengamalkannya. Mereka ialah Role Model yang merupakan kayu ukur kepada perkembangan moral pada pandangan pihak, khususnya pelajar-pelajar di sekolah. Tugas mendidik anak bangsa supaya menjadi masyarakat yang berguna di kemudian hari memerlukan tenaga yang berkemahiran dan berkebolehan. Tugas ini bukan suatu yang mudah dan boleh dikerjakan oleh semua orang, justeru itu nadi penggerak ke arah tujuan suci itu ialah para guru atau pendidik. Para guru sebagai ejen kepada keberkesanan pendidikan oleh itu tidak dinafikan guru banyak menyumbang khidmat bakti dalam pembangunan bangsa dan negara lebih-lebih lagi dalam membentuk sahsiah pelajar kerana walau sebaik manapun sistem pendidikan, maksud yang ingin disampaikan tidak akan mencapai matlamatnya jika ejen menyampaikan tidak efektif. Sistem pendidikan mempunyai tugas menyediakan generasi muda kepada alam dewasa dan menyalurkan kebudayaan. Dalam konteks menyediakan pendidikan yang ideal, tujuan dan matlamat pendidikan negara pada abad ke 21 amat jelas sekali. Kementerian Pendidikan telah menyusun dan merancang untuk memperbaiki, memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara. Salah satu unsur yang penting adalah nilai yang berkaitan dengan keperluan dan perkembangan diri individu yang bertujuan untuk meninggikan lagi kemampuan atau kebolehan individu supaya berfungsi sebagai anggota masyarakat. Ia harus dapat membimbing individu mengenali diri sendiri sebagai insan dalam alam sosial dan fizikal ciptaan Yang Maha Berkuasa ini. Dengan alasan inilah, pendidikan berperanan penting dalam perkembangan setiap individu. Namun, visi dan cita-cita yang luhur ini tidak akan tercapai seandainya masalah jenayah di kalangan juvana (pelajar) tidak dapat dibendung. Sesuatu perlu dilakukan segera untuk menangani

masalah jenayah ini bagi membentuk sahsiah pelajar ini supaya menjadi insan yang bermoral tinggi.

Rajah 1: Masalah Salah Laku Remaja Insan Bermoral Konsep insan bermoral berkait rapat dengan pendidikan agama. Insan bermoral ialah seorang individu yang melakukan kebaikan. Insan bermoral juga merujuk kepada individu yang mempunyai perlakuan atau tingkahlaku yang baik yang boleh diterima oleh masyarakat umum,dengan mematuhi satu set peraturan yang prespektif dan ditetapkan oleh autoriti tanpa sebarang soal. Namun begitu tidak dapat dinafikan bahawa ada perlakuan individu yang dilakukan secara terpaksa. Ini kerana kemoralan itu melibatkan aspek-aspek kerohanian, pemikiran dan dijelmakan dalam bentuk perlakuan. Sebagai contoh seseorang itu tidak dianggap bermoral sekirannya membantu seseorang dalam kesempitan mencuri untuk mendapatkan wang. Walaupun membantu seseorang adalah amalan yang baik tetapi sikap mencuri itu adalah tingkah laku yang tidak bermoral. Walaupun niat untuk menolong orang adalah yang berada di dalam kesusahan,

merupakan satu nilai yang baik, tetapi dari aspek perlakuan mencuri itu merupakan perlakuan yang tidak bermoral maka individu seperti ini bukanlah insan yang bermoral. Insan yang bermoral merupakan individu yang mempunyai tingkahlaku yang baik dan dijelmakan dengan perbuatan yang baik. Seorang insan yang bermoral tidak akan melakukan perbuatan yang tidak bermoral dan bertentang dengan nilai normal dan peraturan dalam sesebuah masyarakat. Insan yang bermoral lahir daripada amalan nilai murni berasaskan kepada demensi dan pegangan prinsip moralnya. Ketekalan moral yang selari dengan peraturan masyarakat merupakan faktor utama untuk membentuk insan yang bermoral. Ketekalan moral ialah kekuatan untuk mengamal dan mempertahankan prinsip moral. Berasaskan ketekalan moral sesorang dapat mengenali dri sendiri serta sentiasa beristiqomah dalam amalannya. Ketekalan moral juga dapat menguatkan pegangan walau dalam apa keadaan dan di mana seseorang itu berada. Rajah 2 menjelaskan secara ringkas model profil insan bermoral.

Insan Bermoral

Mempunyai prinsip hidup yang diterima oleh keluarga, masyarakat dan negara

Mengamalkan nilainilai berdasarkan prinsip hidupnya setiap masa walau di mana berada

Berpegang teguh dengan prinsip hidup

Rajah2 : Model Profil Insan Bermoral

Seorang insan yang bermoral mempunyai hemah tinggi seperti : Berbudi pekerti, mempunyai tingkah laku yang mulia, serta berbudi bahasa. Tidak suka menunjuk-nunjuk, tidak angkuh dan tidak sombong dalam pergaulan dengan orang lain. Suka bergaul mesra, tidak mengasingkan diri serta sedia mengakui kesilapan dan kelemahan diri sendiri. Insan yang bermoral juga mempunyai sifat hormat menghormati.

Ciri-ciri insan bermoral Terdapat beberpa ciri insan yang bermoral iaitu : Menghormati autoriti iaitu ibu bapa, guru, pemimpin negara atau agama.

Insan yang bermoral harus menunjukkan contoh dan teladan yang baik dan amalan yang bermoral dan bolleh diterima oleh masyarakat. Mereka akan menghormati agama dan kepercayaan orang lain serta menyanyangi nyawa mereka dan menghargai nyawa orang lain. Orang yang berpendidikan moral dapat membuat keputusan moral secara autonomous dan setelah menimbangkan segala fakta, alternatif dan kesan serta akibatnya. Mempunyai pengentahuan dan pemahaman tentang perasaan orang lain.

Insan yang bermoral ialah orang yang mempunyai pengentahuan dan pemahaman tentang perasaan orang lain di dalam sesuatu situasi. Kesedaran tentang perasaan dan kepentingan orang lain harus dititikberatkan dalam sesuatu situasi dan keputusan moral. Melakukan sesuatu secara bebas

Insan yang bermoral ialah insan yang dapat melakukan sesuatu scara bebas tanpa sebarang tekanan tetapi berdasarkan sebab yang munasabah serta motif dan tujuan yang rasional, Segala fakta yang berkaitan dengan isu yang dipersoalkan akan dipertimbangkan secara objektif sebelum sesuatu keputusan dibuat.

Mempunyai emosi atau motivasi moral

Insan yang bermoral juga haruslah mempunyai emosi atau motivasi moral untuk melakukan sesuatu yang benar selepas keputusan moral diambil. Seseorang akan sukar untuk bertindak sekirannya dia tidak bermotivasi untuk melakukannya. Mempunyai iltizam Insan bermorfal ialah insan yang mempunyai iltizam untuk melakukan sesuatu yang patut dilakukan secara konsisten berdasarkan prinsip-prinsip dan peraturan-peraturan moral yang asas. Peranan Guru Melahirkan Insan Yang Bermoral Guru sering juga disebut pendidik. Guru ialah orang yang mengajar atau orang yang kerjanya mengajar atau memberikan pelajaran di sekolah. Secara khususnya guru ialah orang yang bertanggungjawab menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Seorang guru telah diamanahkan untuk mendidik murid supaya menjadi insan yang bermoral atau berakhlak mulia dengan menekankan aspek perkembangan pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah laku moral. Guru harus mendidik dan memberi tumpuan kepada usaha memupuk kekuatan kerohanian dan kemoralan murid melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negara ini. Ini dapat membina satu panduan hidup yang menjadi insan yang bermoral. Perubahan tingkah laku seseorang individu boleh berlaku secara formal dan tidak formal. Perubahan tingkah tingkah laku individu ini secara formal dapat dilihat melalui system pendidikan yang digubal selaras dengan matlamat dan cita-cita kerajaan untuk menjadikan negara Malaysia sebuah negara yang maju. Kita mahukan kehidupan rakyat yang maju, yang seimbang, bertunjangkan ilmu pengentahuan dan bermoral tinggi. Ini selaras dengan falsafah pendidikan negarayang berusaha untuk memperkembangkan individu secara menyeluruh dan mewujudkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi dan jasmani.

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA " Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. "
Rajah 3 : Falsafah Pendidikan Negara Guru perlu memainkan peranan yang penting dan merupakan agen utama dalam melahirkan insan yang bermoral dan berakhlak mulia. Insan yang bermoral perlu meliputi tiga dimensi iaitu; Penakulan Emosi Tingkah laku

Rajah di bawah menggambarkan insan berakhlak mulia

Rajah 4: Model Insan Menyeluruh

Organisani Pendidikan Moral di sekolah mengandungi lima bidang pembelajaran yang menjadi wahana untuk menyampaikan nilai-nlai murni di kalangan murid. Bagi membolehkan nilai-nilai murni dipupuk secara berterusan ke dalam diri murid, bidang pembelajaran dan nilai yang sama diajar di setiap tahun iaitu dari tahun 1 hinggalah ke tahun 6. Walaupun bidang pembelajaran dan nilai itu sama, skop dan penekanan isi pelajaran adalah berbeza kerana isu-isu moral yang dikemukakan semakin kompleks dan mendalam selaras dengan tahap keperluan dan kematangan murid. Lima bidang yang di maksudkan ialah; Nilai berkaitan dengan perkembangan diri

Pembentukan dan pengukuhan peribadi mulia berlandaskan nilai-nilai moral dan kerohanian, selaras dengan norma masyarakat Malaysia ke arah memperkukuh kesedaran hati nurani seseorang insan.

Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Keluarga

Kewajipan dan tanggungjawab diri dalam menghormati dan menjaga maruah setiap anggota keluarga demi kebahagiaan dan keharmonian hidup bersama. Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Masyarakat

Peranan dan tanggungjawab diri sebagai anggota masyarakat yang menghayati kepentingan hidup bersama bagi mengekalkan keharmonian dalam masyarakat. Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Alam Sekitar

Peka dan prihatin terhadap isu-isu alam sekitar serta melibatkan diri secara positif dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Negara

Peranan dan tanggungjawab setiap warganegara mentaati, mematuhi dan setia kepada negara serta patuh kepada peraturan dan undang-undang untuk kesejahteraan dan keharmonian negara berdasarkan prinsip Rukun Negara.

Di dalam bidang pendidikan guru mempunyai peranan yang penting untuk membentuk generasi yang beriman dan beramal dengan nilai-nilai yang diterima masyarakat Peranan guru amat penting dalam membentuk insan yang bermoral dan berakhlak mulia pada masa akan datang. Guru bukan sahaja menyampaikan ilmu pengetahuan malah guru mendidik untuk membentuk insan yang bertrampilan dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan spiturtual. Guru merupakan insan yang terpilih untuk membentuk manusia menjadi makhluk yang sayang pada diri sendiri, keluarga, masyarakat, negara dan alam sekitar. Guru adalah kerjaya yang suci bersih dan mensucikan dan membersihkan orang lain juga. Guru juga merupakan orang yang bertanggungjawab dalam menjana insan mulia generasi akan datang. Terdapat beberapa peranan guru dalam melahirkan insan yang bermoral dan berakhlak mulia seperti yang digambarkan dalam rajah 3 di bawah.

Guru
Muallim

Mursyid

Murabbi

Mudarris

Muaddib

melahirkan

Insan bermoral dan berakhlak mulia

Rajah 5 : Peranan Guru Melahikan Insan Bermoral Antara peranan guru dalam melahirkan insan yang bermoral dan berakhlak mulia ialah: (i) Guru Sebagai Muallim

Muallim bermaksud menyampaikan ilmu. Tugas seorang guru ialah menyampaikan ilmu pengentahuan yang betul dan bermanafaat atau pun proses pemindahan maklumat yang benar kepada seseorang. Ilmu pengentahuan yang benar dan diyakini akan menjadikan seseorang individu itu berpegang teguh dalam amalannya. Guru berperanan menyampaikan ilmu pengentahuan yang berkaitan dengan nilai-nilai murni dalam proses melahirkan insan yang bermoral dan berakhlak mulia.

Guru adalah pendidik dan memainkan peranan yang penting dalam menyuburkan seseorang pelajar.Maka murid berperanan menerima didikan daripada guru dan menjadi seseorang insan yang berguna dan berjasa kepada negara.Murid bukan sahaja menerima ilmu daripada guru maka perlu belajar menjadi seseorang yang bermoral dan berguna.Guru yang juga merupakan pendidik merupakan seseorang yang sesuai dalam mendidik dan menyuburkan jati diri murid sebab mereka mempunyai pengalaman dan ilmu yang tinggi.Dengan kemajuan dan perkembangan pendidikan negara, terdapat ramai guru terdesak menguasai pelbagai kemahiran generik demi mendidik murid agar mereka dapat menjadi bakal yang menerajui dan mewarnai masa depan negara.Jadi tidak dinafikan bahawa guru banyak berkorban dalam melahirkan generasi yang berilmu dan berguna kepada negara.Sebagai rakyat kita juga harus menghormati guru sebab mereka berperanan dalam mendidik dan membimbing murid agar menjadi insan yang berguna kepada negara. Sebagai guru Pendidikan moral kita harus merancang aktiviti dan kaedah yang sesuai dengan tahap dan kebolehan murid. Menurut Teori Pembelajaran Peniruan yang diasaskan oleh Albert Bandura menyatakan bahawa faktor-faktor kognitif memainkan peranan yang sangat penting dalam pembelajaran seseorang individu. Dalam kajian yang dibuat oleh Albert Bandura dapatlah dirumuskan bahawa tingkah laku kanak-kanak hasil periruan tingkah laku permodelan orang lain. Ini dilakukan dengan memerhati gerak balas yang terhasil daripada rangsangan persekitara. Berdasarkan teori ini maka dapatlah dikatakan bahawa murid-murid akan sentiasa memerhati tingkah laku gurunya dan seterusnya meniru guru tersebut. Maka sebagai seorang guru kita haruslah menunjukkan tingkah laku yang baik kerana guru akan menjadi model kepada murid-muridnya. Guru merupakan orang yang menyebar ilmu. Terdapat lima bidang yang harus diajar dalam Pendidikan Moral sekolah rendah seperti yang telah diterangkan di atas. Sebagai contoh semasa mengajar bidang pembelajaran 1 iaitu nilai yang berkaitan dengan perkembangan diri yang bertajuk Kepercayaaan Kepada Tuhan, guru haruslah meyakinkan bahawa Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.

10

Guru juga harus mengerjakan solat dan puasa seperti yang ditutut oleh agama. Murid akan meniru perlakuan guru. (ii) Guru sebagai Mudarris

Murabbi bermaksud pengajar atau pendidik. guru memainkan peranan yang penting dalam memberi ilmu pengetahuan kepada para pelajar. Seorang guru tidak harus hanya memberi ilmu kepada pelajar dari segi akedemik sahaja tetapi juga harus memainkan peranan dalam membentuk sahsiah pelajar. Guru perlulah sentiasa memberi pendekatan yang baik kepada pelajar tentang isu perpaduan di negara kita. Mereka haruslah sentiasa mengutamakan perpaduan pelbagai kaum dalam apa sahaja aktiviti kelas yang dianjurkan. Selain itu, mereka haruslah melayani semua pelajar dengan adil tanpa mengambil kira kaum dan agama pelajar-pelajarnya. Selain itu, mereka juga bertanggungjawab dalam menyemai nilai-nilai yang murni dalam jiwa pelajar-pelajar. Guru juga berperanan memperkembangkan kemahiran dalaman dan luarannya. Kemahiran dalaman merangkumi empat aspek utama iaitu Kemahiran Sikap Peribadi (personal antributes) Kemahiran ini melibatkan kemahiran yang berpegang teguh kepada etika kerja, kemahiran menghormati pelanggan dan orang-orang serta persekitarannya. Guru juga perlu mempunyai kemahiran menghormati murid sebagai pelanggan operasi seperti guru tidak sepatutnya mengaitkan kata-kata yang kasar dan boleh menyentuh perasaan secara negatif. Guru juga tidak boleh mnghina dan memperkecilkan kebolehan murid-murid. Kemahiran Penampilan Diri (Interpersonal) Kemahiran ini pula berkait dengan kemahiran seoramg guru dalam menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Kemahiran luaran melibatkan kemahiran ndalam proses pengajaran dan pembelajaran, dengan kata lain kemahiran menggunakan alat-alat yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran atau pedagogi pengajaran. Guru harus bijak memilih pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai dengan kebolehan dan tahap pencapaian murid. ICT dalam pengajaran dan pembelajaran akan

11

lebih menarik minat murid dan menghasilkan pengajaran yang berkesan. Sebagai seorang guru haruslah mahir melayari internet untuk mendapatkan sumber maklumat dan ilmu terkini selaras dengan misi untuk mewujudkan sistem pendidikan bertaraf dunia dan seterusnya mencapai misi nasional. Kemahiran Menyelesaikan masalah Guru juga harus bijak menyelesaikan masalah. Guru harus berfikir dengan kritis dan kereatif untuk menyelesaikan masalah. Guru harus bijak menaakul, membuat andaian dan menganalisis segala maklumat dan seterusnya menyelesaikan masalah. Kemahiraan Membuat Keputusan Guru harus bijak membuat keputusan. Keputusan yang dibuat haruslah benar dan tepat.Sebelum membuat keputusan guru haruslah memikirkan sebab dan akibatnya. Berdasarkan Teori Perlaziman Cuba Jaya yang diperkenalkan oleh Thorndike menyatakan bahawa prinsip asas pembelajaran ialah pengaruh ganjaran dan denda. Sesorang akan membuat sesuatu yang akan membawa keseronokan. Sebaliknya manusia akan mengelakan melakukan sesuatu yang membawa kesakitan atau membahayakan diri. Teori ini jelas menunjukan seseorang kanak-kanak akan membuat sesuatu jika mendapat ganjaran. Di dalam bilik darjah guru haruslah sentiasa memberi peneguhan atau ganjaran kepada murid yang bertingkah laku baik supaya tingkah laku ini akan berterusan dan menghukum murid yang melakukan kesalahan supaya kesalahan tersebut tidak diulang. Sebagai contoh semasa mengajar nilai yang berkaitan dengan diri dan alam sekitar, guru harus meberi pujian kepada murid yang membuang sampah ditempat yang betul dan mengenakan denda kepada murid yang membuang sampah di merata tempat. (iii) Guru Sebagai Murabbi

Murabbi membawa maksud orang yang menjayakan proses pendidikan. Sebagai seorang pendidik bukan sahaja bertanggungjawab membekalkan nilai luhur kepada generasi seterusnya malah mereka juga perlu berusaha memperbaiki keadaan masyarakat. Dalam

12

konteks ini tugas pendidik tidak terhad di dalam bilik darjah atau persekitaran sekolah sahaja malah ia juga sebagai pendidik kepada keluarga dan masyarakat. Guru sejati, guru cemerlang dan guru yang baik adalah guru yang menjayakan proses tarbiayah. Proses ini ialah dari mendidik kanak-kanak yang tidak mengenal huruf kepada kanak-kanak yang boleh membaca dan seterusnya menjadi seorang pemimpin. Guru murabbi sentiasa berpegang teguh dan memikul tanggungjawab sepenuhnya untuk mengajar, mendidik serta memberi teladan kepada murid-muridnya. Guru murabbi juga harus faham dengan tugasnya yang mulia. Beliau menjadikan tempat kerjanya sebagai rumah dan syurganya, yang sentiasa memerangi kejahilan, kelemahan dan kelalaian diri dan murid-muridnya. Selain itu guru murabbi juga haruslah peka dengan perubahan. Perubahan yang berkait dengan profesionya dan perubahan lain yang berlaku disekelilingnya. Guru murabbi haruslah mengajar murid nilai-nilai yang terdapat dalam bidang pembelajaran Pendidikan Moral. Guru harus memilih aktiviti yang sesuai dan menarik minat murid. Apabila murid minat belaja maka objektif pembelajaran akan tercapai. Murid dapat menghayati nilai-nilai tersebut dan dapat membentuk akhlak murid tersebut.Guru murabbi dapat melahirkan insan bermoral.

(iv) Muaddib

Guru Sebagai Muaddib dan bermaksud mendidik adab dan budi pekerti. Seorang guru

bertanggungjawab memupuk adab, akhlak ataupun proses pembentukan disiplin dan sikap pelajar bagi membentuk sahsiah. Guru berperanan untuk mengembangkan potensi individu yang berakhlak mulia, seimbang dari segi interlektual, rohani, emosi dan jasmani (JERI) swelaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Guru muaddib ialah guru yang mengajar adab dan pekerti. Dalam hal ini guru haruslah memastikan yang adab dan budi pekertinya adalah di tahap yang cemerlang. Ini kerana guru adalah model kepada murid-murid dan masyarakat sekeliling.

13

Guru muaddib bukan sahaja mengajar nilai-nilai murni malah patut mengamal nilai-nilai tersebut. Antara nilai yang patut ada pada seorang guru ialah sifat daya tahan dan tidak mudah menyerah kalah. Sikap inilah yang boleh memartabatkan seorang guru dijulang tinggi dan terus berusaha tanpa mengira jemu dan putus asa terutama dalam usaha mendidik generasi akan datang. (v) Guru Sebagai Mursyid

Guru mursyid ialah guru yang bertanggungjawab melahirkan peminpin bagi generasi akan datang. Tugas membentuk kepimpinan insan merupakan tugas yang berat dan ini merupakan peranan dan tugas yang terletak pada seorang guru. Dilihat dari sejarah negara kita, ramai pemimpin negara berasal dari seorang guru. Oleh yang demikian, sejarah telah membuktikan bahawa guru Mursyid adalah pemimpun dan pembentuk kepimpinan insaniah. Kurikulum Pendidikan Moral telah dirancang dengan rapi agar segala hasrat dan cita-cita kerajaan untuk insan bermoral tercapai. Sebagai contoh semasa mengajar bidang pembelajaran yang menunjukkan Nilai Berkaitan Diri dan Negara, guru harus merancang aktiviti dan teknik pembelajaran yang sesuai dengan tahap dan kebolehan murid. Guru harus melatih murid supaya boleh menjadi pemimpin. Kaedah kumpulan juga boleh digunakan kerana di dalam kumpulan pasti ada ketua. Ketualah yang bertanggugjawab mengurus kumpulan mereka. Sedikit-sebanyak sifat kepimpinan telah pun diterap dalam kaedah ini. Kesimpulan Peranan dan tugas seorang guru memanglah berat dan mencabar dalam membentuk insan yang bermoral dan berakhlak mulia. Di dam masyarakat dan negara guru adalah penyampai ilmu yang benar, pengamal sifat yang luhur, mengembang kemahiran individu, menjayakan proses tarbiyah , pemimpin dan pengikut yang setia. Pemimpin yang baik akan melahirkan pengikut yang baik. Begitulah sebaliknya. Dengan kata lain guru adalah perubah zaman samada secara langsung atau tidak langsung. Hakikatnya

14

tugas seorang guru ialah membentuk muridnya sejak peringkat kanak-kanak lagi hinggalah dewasa dan seterusnya dapat mengenali erti kehidupan. Peranan guru bukan sekadar memindah ilmu kepada murid-muridnya tetapi dalam konteks yang lebih luas iaitu sebagai muallim, murabbi, muaddib, mursyid, pendidik, pembimbing, pengajar, pengurus, pengarah, penyelia, pengelola, penyelidik, pengkaji, pakar rujuk, agen perubahan, agen sosialisasi, dan pembina masa depan negara dan sebagainya, bertujuan membina murid menjadi modal insan yang berguna kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara serta agama.

Rajah 6 ; Suasana di Sekolah

15

Anda mungkin juga menyukai