Anda di halaman 1dari 9

Ciri-ciri Laras Bahasa dari Segi Keperihalannya

Definisi Laras Bahasa


Gaya dan penggunaan sesuatu bahasa menurut situasi Laras adalah jenis-jenis bahasa yang digunakan mengikut situasi yang berlainan. (Ure & Ellis, 1977)

Laras Bahasa Biasa


Laras Bahasa Formal
Digunakan dalam sitasi rasmi Mohd. Firdaus bin Ahmad, aku nikahkan dikau dengan Dayang Putri binti Awang Azhar dengan mas kahwinnya 50 ringgit, hutang.

Laras Bahasa tidak Rasmi


Digunakan dalam situasi yang tidak rasmi Menggunakan bahasa basahan Pembeli: Ikan sendiri bela, sendiri tangkap, sendiri jual, apasal banyak mahal? Penjual: Enck mau ingat, bela punya ikan mau kasi makan. Sekarang punya ikan makan banyak. Lagi, saya bukan tangkap sendiri. Saya upah orang.

Laras Bahasa Sains


Laras bahasa ilmiah dan bersifat formal Tidak menggunakan bahasa basahan tetapi menggunakan istilah sains dan teknikal Bersifat intelektual, saintifik Mementingkan ketepatan fakta
Air hujan, secara semula jadinya berasid sedikit kerana tindak balasnya dengan gas CO2 dalam atmosfera untuk membentuk asid karbonik. Nilai pH air hujan ialah 5.6.

Laras Bahasa Media Massa


Penggunaan bahasa yang mudah, gaya tulisan jelas, dan ketepatan isi tulisan Ringkas, tepat dan padat Bersifat melaporkan sesuatu yang berlaku Judul berita mempunyai 3 bentuk:
Ringkas: Kedah Juara Piala Liga 2007 Tafsiran: Peningkatan Jumlah Kenderaan Punca Jerebu Petikan: Jangan Politikkan Islam Hadhari- PM

Laras Bahasa Undang-undang


Mengandungi prinsip undang-undang dan berbentuk akta Penggunaan istilah-istilah perundangan Bersifat objektif, terperinci, padat dan tepat
Setelah saman disampaikan dan catatera penyampaian dibuat, pendaftaran harus memberikan notis kepada plaintif atau peguamnya mengenai hal itu dan mengenai cara saman itu disampaikan.

Laras Bahasa Agama


Membincangkan isu agama Penggunaan istilah keagamaan
Syurga dalam bahasa Arab disebut sebagai alJannah iaitu sebuah taman yang indah, penuh dengn pelbagai nikmat dan keselesaan.

Rujukan
http://gurubahasamelayu.blogspot.com/2009 /07/laras-bahasa-melayu.html

Anda mungkin juga menyukai