Anda di halaman 1dari 5

Impilkasi Dadah kepada Atlet Merosakkan Sistem, Hormon, Dan Kesihatan Badan 1.

Sistem hormon Penyalahgunaan steroid akan mengganggu pertumbuhan normal hormon badan menyebabkan kesan sementara atau kekal. Perubahan sementara adalah seperti pengurangan penghasilan sperma dan pengecutan testis (testicular atrophy) manakala perubahan kekal termasuklah botak dan pertumbuhan payudara bagi lelaki (gynecomastia). Satu kajian menunjukkan lebih dari separuh daripada ahli bina badan mengalami masalah ini. Dalam konteks wanita, steroid anabolik meningkatkan ciri-ciri maskulin seperti pengecilan payudara dan penurunan jumlah lemak dalam badan, kulit menjadi kasar, pembesaran klitoris dan suara yang garau. Wanita yang mengamalkan pengambilan steroid anabolik secara berlebihan ini juga akan mengalami pertumbuhan bulu badan secara tidak terkawal dan berlebihan tetapi dalam masa yang sama, mereka juga mengalami keguguran rambut. Walaupun sesetengah kesan adalah sementara, penggunaan secara berterusan dalam jangka masa yang panjang akan menyebabkan kesannya kekal. Ketidaksuburan juga dikaitkan dengan penggunaan steroid anabolik kepada kaum lelaki dan wanita. 2. Sistem muskuloskeletal Secara normalnya, peningkatan jumlah hormon testosteron dan seks hormon yang lain akan mencetuskan pertumbuhan tulang yang maksimum semasa akhil baligh dan remaja, diikuti dengan isyarat supaya pembesaran berhenti. Jika steroid anabolik ini disalahgunakan oleh kanak-kanak atau remaja yang sedang membesar, peningkatan seks hormon (walaupun ia adalah artificial) secara mendadak akan memberi isyarat kepada otak supaya pembesaran dihentikan. Ini bermakna, pertumbuhan tulang seseorang remaja itu menjadi terbantut sebelum tiba masanya.

3. Sistem kardiovaskular Penyalahgunaan steroid seringkali dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok, walaupun sesetengahnya berusia kurang dari 30 tahun. Steroid berperanan dalam mengubah tahap lipoprotein yang membawa kolesterol dalam darah. Ia meningkatkan LDL (kolesterol jahat) dan mengurangkan HDL (kolesterol baik). LDL yang tinggi dan HDL yang rendah meningkatkan risiko untuk seseorang mendapat arterosklerosis, satu keadaan di mana lemak terkumpul di dalam salur darah dan mengganggu perjalanan darah. Jika perjalanan darah ke jantung terhalang, ia akan menyebabkan serangan jantung, dan, jika perjalanan darah ke otak terhalang, serangan otak iaitu strok akan terjadi. Hal ini juga boleh menyebabkan penyakit darah tinggi kepada pengguna. Selain itu, steroid juga meningkatkan risiko pembekuan darah di dalam salur darah. Pembekuan darah akan menyebabkan perjalanan darah terganggu dan merosakkan otot jantung. Akibatnya, jantung tidak dapat mengepam darah secara berkesan. 4. Hati Penyalahgunaan steroid dikaitkan dengan tumor hati dan dalam isu terpencil, peliosis hepatitis, di mana cyst yang dipenuhi darah terbentuk di dalam hati. Kedua-dua tumor dan cyst ini apabila pecah, akan menyebabkan pendarahan dalaman. 5. Kulit Penggunaan steroid yang berlebihan menyebabkan pelbagai masalah kulit seperti jerawat, cyst, dan kulit dan rambut berminyak. 6. Jangkitan Pesalahguna steroid kebiasaannya menggunakan teknik suntikan yang tidak steril atau bertukar-tukar jarum suntikan yang telah dicemari bakteria dan virus. Selain itu, sesetengah steroid untuk pasaran haram adalah disediakan dalam keadaan tidak steril. Faktor inilah yang meletakkan pesalahguna steroid berada dalam risiko tinggi untuk menghidap jangkitan virus seperti HIV, hepatitis B dan hepatitis C. Pesalahguna juga mudah untuk mendapat endokarditis.

Digantung Bagi mana-mana atlet negara yang menggunakan bahan terlarang seperti dadah mereka akan di gantung dari menyertai sebarang aktiviti sukan yang mereka ceburi minimum dua tahun atau lebih. Ini bergantung kepada tahap pengambilan seseorang atlet itu. Selain itu mereka ini juga di gantung dalam menyertai mana-mana pertandingan dan mungkin kesemua alaun mahupun gaji juga di sekat. Dengan pergantungan ini ia mungkin dapat menjejaskan kehidupan atlet tersebut. Ini kerana mungkin sumber pendapatan atlet tersebut hanya bergantung kepada gaji mereka sebagai atlet negara dan jika di gantung maka di mana mereka hendak mencari punca pendapatan. Selian itu bukan sahaja diri atlet itu sahaja akan mengalami implikasinya malahan ahli keluarganya juga akan mendapat tempias dari pergantungan mereka. Jika mereka sudah berkeluarga mempunyai anak dan isteri ini mungkin akan menyebabkan kelangsungan hidup ahli keluarganya terjejas. Pencapaian Di Tarik Bagi atlet yang terlibat di dalam penyalahgunaan dadah segala pencapai mereka akan ditarik. Ini termasuklah pingat-pingat yang telah di menangi di semua kejohaan serta rekod-rekod yang telah di capai. Adalah merugikan bagi atlet tersebut jika segala pencapaian mereka di tarik dan untuk mendapatkannya kembali adalah mustahil dan memerlukan usaha dan perjalanan yang panjang. Selain itu segala usaha yang te;ah di lakukan oleh atlet itu menjadi sia-sia. Selain itu rasa banggsa masyarakat serta rakan-rakan di atas pencapaian atlet tersebut selama ini bertukar kebencian kerana mengunakan kaedah yang salah di dalam mencapai segala kemenangan mahupun rekod.

Menjatuhkan Maruahkan Diri, Keluarga Dan Negara Penggunaan dadah dikalangan atlet ini juga mendatangkan keburukan serta menjatuhkan maruah diri, keluarga dan negara. Maruah adalah perkara penting bagi seseorang tidak kira sama ada kita seorang atlet mahupun bukan akan tetapi jika kita seorang atlet yang mana semua orang mengenali kita dan mengetahui yang kita mengambil dadah di mana kita hendak meletakkan muka kita. Selain itu maruah kita akan tercalar dan kita akan di pandang serong oleh masyarakat. Selain itu atlet itu juga mungkin akan di pinggirkan oleh masyarakat dan ini akan secara tidak langsung membuatkab atlet itu sendiri mengalami tekanan. Dengan perbuatan beliau maruah ahli keluarga juga akan tercalar. Ini kerana mereka ini mempunyai hubungan dengan atlet tersebut dan secara tidak langsung mereka akan mendapat tempias. Sebagai contoh, jika atlet tersebut mempunyai anak barangkali rakanrakan akan mengejek beliau atau pun tidak mehu berkawan dengannya. Ini akan memberikan kesan yang negatif kepada anak atlet tersebut. Bagi isteri pula, beliau akan rasa malu terhadap jiran-jiran dan sanak saudara. Ibu bapa pula semestinya malu terhadap tenggapan orang-orang kampung terhadap anaknya. Bagi negara pula, kretibiliti negaraakan tercalar dan negara-negara lain akan memandang rendah kemampuan negara kita. Keraguan sistem sukan di negara ini juga akan di pertikai dan menjatuhkan imej kesukanan negara.

Kes-kes lain

Di Malaysia Negara telah dikejutkan dengan penyalahgunaan dadah salah seorang kuartert 4 x 400 negara yang telah memenangi pingat emas di sukan SEA di Palembang Jakarta. Yunus Lasaleh yang disahkan positif doping dikenankan penggantungan dua tahun oleh Persekutuan Olahraga Antara Bangsa (IAAF). Selain itu pingat emas yang dimenangi Yunus bersama gandingan Sehzuan Ahmad Rosely, P. Yuvaraaj dan S. Kannathasandi Palembang ditarik balik selepas Persekutuaan Sukan SEA (SEAGF). Luar Negara Peminat berbasikal dunia dikejutkan dengan berita mengenai Lance Armstrong didapati positif dadah doping oleh Agensi Anti-Doping Amerika Syarikat (USADA) serta Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI). Lance Armstrong telah dikenanakan hukuman penggantungan seumur hidup dan tidak boleh menyertai sebarang pertandingan kompentetif. Selian itu gelaran tujuh kali Tour de France serta hadian wang tunai bernilai jutaan dolar juga di tarik balik, bukan itu sahaja pingat gangsa yang di menangi di Olimpik juga ditarik balik.

Anda mungkin juga menyukai