Anda di halaman 1dari 6

APLIKASI TEORI RASIONAL EMOTIF Teori rasional emotif dipelopori oleh Albert Ellis.

Teori ini juga dikenali sebagai Teori ABC dan teori ini berbeza dengan teori yang lain kerana ia mementingkan tiga aspek iaitu kognitif, emosi dan aspek tingkahlaku. Penekanan juga diberikan kepada proses pemikiran, penganalisaan, perlakuan dan membuat keputusan. Menurut Ellis (1993), pendekatan teori ini bercorak deduktif atau mengajar, mengarah dan mengutamakan kepada pemikiran daripada kepercayaan yang tidak rasional. Latar belakang kajian Kami telah memilih seorang murid yang pendiam dan pasif terutamanya di dalam kelas iaitu Qimi (bukan nama sebenar). Murid ini tidak mahu melibatkan diri semasa beraktiviti. Malah semasa guru bertanyakan soalan, murid diam sahaja sehingga terdapat murid lain berkata, tak payah tanya dia cikgu, dia memang macam tu. Dia tak akan bercakap. Ini menyebabkan kami terkejut dan mendapati murid ini mempunyai tindakan yang tidak rasional dan perlu dibantu. Oleh itu, kami telah mengaplikasikan Teori Rasional Emotif bagi membantu mengatasi masalah ini. Berikut merupakan gelung pemikiran tidak rasional yang telah dibuat merujuk kepada tingkahlaku murid yang dipilih ini.
Reaksi orang lain terhadap Qimi juga tidak rasional Pemikiran Qimi tidak rasional

Qimi tidak berusaha untuk menyertai aktiviti Qimi mengabaikan kepentingan belajar

Qimi tidak melibatkan diri semasa beraktiviti

Rajah 1 : Gelung Pemikiran Tidak Rasional (adaptasi daripada : Thompson, Rudolph & Henderson, 2004 : 207)

Berdasarkan gelung yang telah dibuat, tindakan Qimi yang tidak rasional ini hanya menyebabkan orang lain terganggu dan hanya merosakkan diri sendiri. Sekiranya dibiarkan, kemungkinan Qimi akan menghadapi masalah lebih besar terutamanya di dalam proses pembelajaran. Rakan-rakannya juga seperti telah mengecop Qimi sebagai pendiam dan tak akan bercakap walaupun disoal oleh guru. Semasa di dalam proses pembelajaran pula, apabila guru menyuruh Qimi maju ke hadapan kelas dan membaca teks dengan kuat, Qimi tidak akan melakukannya dan seterusnya diketawakan oleh murid lain. Oleh itu kami mengaplikasikan tiga teknik di dalam teori ini iaitu teknik kognitif, teknik emotif dan teknik behavioral. Berikut merupakan dialog antara guru dengan Qimi sebelum teori ini diaplikasikan. Cikgu : Qimi,mengapakah kamu tidak mahu melibatkan diri semasa Beraktiviti di dalam kelas? Bukankah seronok apabila kita dapat melakukan aktiviti bersama-sama? Qimi : Cikgu : Saya takut gagal melakukan perkara yang disuruh oleh guru. Janganlah risau, cikgu tak akan marah kalau kamu melakukan kesalahan. Qimi : Nanti kawan-kawan saya akan ketawakan saya. Lagipun saya selalu gagal. Saya memang bodoh dan tidak berguna! Berdasarkan dialog di atas, guru telah mengenalpasti bahawa terdapat konflik di dalam diri Qimi. Beliau tidak mempunyai keyakinan diri dan takut untuk menghadapi kegagalan. Oleh itu pada pendapat Qimi, lebih baik tidak mencuba langsung berbanding daripada terpaksa menghadapi kegagalan. Qimi juga malu sekiranya diketawakan oleh rakan-rakannya.

Teknik Kognitif Guru perlu menstruktur semula pemikiran dan kepercayaan tidak rasional melalui penggunaan Teori A-B-C-D-E. ini bagi memastikan klien berfikiran lebih rasional, terbuka dan posititf. Singkatan Perihalan Contoh/Keterangan Saya takut gagal apabila melaksanakan arahan guru

Peristiwa pencetus

Penilaian terhadap peristiwa B - Penilaian tidak rasional : pencetus. cara : i) ii) Tidak rasional rasional Terdapat dua Sekiranya saya gagal laksanakan arahan guru, saya merupakan seorang yang gagal. Kawan-kawan saya akan ketawakan saya. Lebih baik saya tidak mencuba langsung daripada dimalukan begitu.

B - Penilaian rasional Sekiranya saya gagal laksanakan arahan guru,saya perlu lebih berusaha dan belajar dari kesilapan saya.

Konsekuen atau perasaan Penilaian B: Anda akan berasa takut untuk akibat penilaian tadi. mencuba dan akan berputus asa.

Penilaian B: Anda akan cuba mengatasi perasaan takut dan berusaha untuk

menyertai aktiviti di dalam kelas. Belajar dari kesilapan akan menjadikan anda lebih baik pada masa akan datang.

Usaha anda bagi mengatasi Guru akan membantu anda untuk yakinkan penilaian tidak rasional. diri dan melibatkan diri di dalam aktiviti kelas seterusnya rasional. melawan penilaian tidak

Jawapan yang dijana bagi Pemikiran tidak rasional diubah menjadi melawan rasional. pemikiran tidak rasional dan lebih positif.

Sesi Kaunseling : A Klien menceritakan tentang peristiwa yang menyebabkan dia menjadi tidak rasional. B Klien merendahkan keyakinan diri dan menganggap jika gagal semasa melaksanakan aktiviti yang diarahkan akan menyebabkan diketawakan rakan dan seterusnya tidak mahu mencuba.

C- Klien berasa malu untuk mencuba, takut gagal dan benci diketawakan rakan. D- Klien diajar untuk mengatasi perasaan takut untuk gagal melalui soalan soalan berikut. i) mengapakah kamu begitu takut untuk melakukan kesalahan. Adakah semua rakan sekelas kamu betul semasa laksanakan arahan guru? ii) adakah kamu sahaja yang diketawakan oleh rakan apabila melakukan kesalahan? iii) adakah guru memarahi kamu apabila tidak dapat melaksanakan arahan dengan betul? iv) apa yang kamu ingin lakukan selepas ini? Adakah terus tidak lib atkan diri di dalam aktiviti?

E- Jawapan yang diperoleh hasil daripada proses D. i) Tidak. Mereka juga banyak melakukan kesalahan. Malah kesalahan yang begitu mudah. ii) Tidak, rakan-rakan lain yang melakukan kesalahan juga diketawakan. Malah mereka ketawa pada hampir semua perkara. iii) Tidak. Malah guru selalu menggalakkan saya untuk sentiasa mencuba. Jangan takut untuk gagal. Cuma saya sahaja yang terlalu takut diketawakan rakan. Saya baru menyedari rupa-rupanya rakan-rakan bukan menjadikan saya bahan ketawa, tetapi mereka memang gemar ketawa tentang semua perkara melucukan di dalam kelas. iv) Ya. Saya akan mencuba melakukan aktiviti yang diberikan oleh guru di dalam kelas. Saya akan yakinkan diri,sekiranya saya masih gagal laksanakannya, saya akan meminta pendapat guru dan seterusnya mencuba lagi sehingga berjaya.

Berdasarkan keterangan di atas, boleh dikatakan murid bukannya takut untuk gagal (A) sebaliknya emosi yang terganggu itu disebabkan pemikiran klien itu sendiri yang takut dan malu apabila diketawakan rakan (B) dan menyebabkan berlakunya C. dalam sesi kaunseling ini,murid diajar untuk melawan emosi negatif (D) dan seterusnya menjana pemikiran yang positif (E).

Teknik Emotif Melalui teknik ini,guru perlu membantu klien dengan melihat masalah mereka dari pelbagai sudut dan perspektif. Ini bagi membantu klien bagi menyedari punca masalah mereka. Selain itu, guru tidak boleh memandang rendah terhadap klien. Sebagai contohnya, semasa sedang membantu klien, guru tidak menggunakan perkataanperkataan yang boleh merendahkan klien : kamu memang pemalas,sebab itulah kamu tidak mahu mencuba aktiviti yang dilaksanakan oleh guru.. Berbanding dengan menggunakan ayat seperti ini,guru perlu menggunakan ayat yang dapat membina keyakinan diri murid seperti :

cikgu tahu kamu bukan seorang yang pemalas. Malah cikgu yakin kamu seorang murid yang bijak. Alangkah baiknya sekiranya kamu menyertai aktiviti yang disediakan guru. Kamu boleh menambah ilmu,pengalaman dan juga berkongsi keseronokan bersama.

Dengan menggunakan kata-kata yang mendorong seperti ini,sudah tentu murid yang sebelum ini mengalami masalah kurang keyakinan diri. Kemahiran yang kami gunakan ialah kemahiran menyoal, kemahiran melayan dan kemahiran mengenalpasti masalah dalam membantu murid menyelesaikan masalah ini. Dengan cara ini, murid tidak terbeban dan akhirnya mampu untuk menyelesaikan masalah dengan berkesan. Kemahiran yang digunakan terbukti berkesan apabila murid bersedia untuk meluahkan masalah, berinterasksi dengan guru dan akhirnya membuat keputusan yang positif.

Anda mungkin juga menyukai