Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN AJK DOKUMENTASI

Selaku AJK Dokumentasi, saya diberikan tugasan untuk menyiapkan buku program dan tag nama serta segala gambar atau merakam untuk dijadikan bukti pelaksanaan. Setalah mendapat contoh buku program dari sekolah lain, saya mula mendapat gambaran tentang buku program yang perlu disiapkan. Untuk menjimatkan perbelanjaan, saya telah menyiapkn buku program dengan sekeping kertas A4 sahaja untuk peserta.

Ketika perkhemahan dijalankan, saya dikehendaki mengambil gambar dan merakam. Kelemahan yang wujud adalah saya tidak mempunyai pemain video. Saya terpaksa menggunakan telefon bimbit untuk merakam. Oleh sebab ini, rakaman yang saya rakam adalah rakaman pendek. Saya juga meminta ahli lain untuk menangkap gambar semasa saya merakam. Saya terpaksa mengumpul semua gambar yang ditangkap oleh ahli lain. Saya berasa syukur keatas kerjasama yang diberi oleh ahli lain.

Diharap segala kesilapan sepanjang menjalankan tugas dimaafkan. Ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Yang Disediakan oleh: _________________ ONG LAY SIN

Anda mungkin juga menyukai