Anda di halaman 1dari 2

CIRI-CIRI PENDEKATAN Pendekatan bertema Pendekatan bertema ialah mengurus pengajaran dan pembelajaran melalui satu tema atau

pun topik yang dipiih sesuai dengan masa, tempat, minat dan latar belakang murid. Tema yang dipilih dijadikan sebagai wahana bagi menguasai kemahiran seperti kemahiran bertutur, membaca, menulis, asas matematik, berfikr dan emosi serta sosial. Selain itu, pendekatan ini memberi peluang kepada murud untuk meluaskan pengetahuan melalui tema yang dipilih. Pemilihan tema perlu menimbangkan aspek-aspek berikut: Boleh merentasi semua komponen. Sesuai dengan situasi, masa atau pun perisiwa. Pemeringkatan tema daripada mudah kepada yang lebih mencabar. Sesuai dan berkaitan dengan pengalaman dan kehidupan murid. Kemudahan bagi mendapatkan bahan dan sumber yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebelum melaksanakan pendekatan ini, guru perlu: Menjana idea berkaitan dengan tema. Mengenal pasti tema yang hendak digunakan. Menyediakan senarai aktiviti kepada setiap komponen yang berkaitan dengan tema. Merancang iklim dan menyusun persekitaran kelas dan pusat pembelajaran supaya mempunyai suasana yang berkaitan dengan tema. Pendekatan bersepadu Menurut KPM (2003), pendekatan bersepadu membantu murid memahami hakikat kehidupan sebenar, sesuatu itu saling berkaitan antara satu sama lain dan bukannya terpisah. Mereka melihat pembelajaran secara menyeluruh dan bersepadu serta tidak memisahkan pembelajaran kepada subjek yang berbeza-beza. Oleh itu, pendekatan bersepadu digunakan dalam mengurus pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan lebih daripada satu komponen dalam aktiviti

pembelajaran. Selain kesepaduan antara komponen, pendekatan ini juga melibatkan kesepaduan antaranya ialah: Beberapa kemahiran. Kemahiran dan nilai murni. Pelbagai kaedah dan teknik. Aktiviti didalam dan luar kelas. Aktiviti berfokuskan guru dan berfokuskan murid.

Pembelajaran melalui pendekatan bersepadu menyediakan peluang kepada murid: Meningkatkan nili murni. Meningkatkan daya imaginasi dan kreativiti. Meningkatkan kemahiran bahasa dan komunikasi. Meneroka sesuatu topic dengan cara yang lebih mendalam. Lebih banyak pilihan dan motivasi bagi menimbulkan kepuasan dalam belajar. Memenuhi keperluan mereka yang berbeza-beza daripada segi perkembangan, minat dan berkebolehan serta dapat menyelesaikan masalah.

Pendekatan belajar melalui bermain. Pendekatan ini akan dijelaskan secara terperinci dalam bab 6.

Pendekatan ICT dalam pembelajaran Computer menyediakan peluang pembelajaran yang berkesan kepada murid kerana ia memberi pengalaman pembelajaran dalam cara dan kadar yang berbeza-beza bagi memenuhi keperluan inividu. Selin itu, pendekatan ICT ini dapt digunakan bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran, memperoleh maklumat dan berinteraksi dengan bahan. Pelajar juga diberi peluang belajar sendiri dan bekerjasama dengan rakan sebaya di samping memperkayakan pengalaman pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai