Anda di halaman 1dari 2

Daging Black Pepper Halia

Bahan-bahan ( 4 orang )

1/2 kg daging - dihiris nipis 3 batang kacang panjang - dipotong dalam ukuran 2 inci 1 batang lobak merah- dihiris memanjang 1 labu bawang besar - dimayang 2 ulas bawang putih - diketuk 2 tangkai lada besar - dipotong 3 3 sudu besar sos cili 3 sudu besar kicap manis Garam secukup rasa Minyak untuk menumis Bahan-bahan perap 1/2 inci halia -ditumbuk 3 ulas bawang putih - ditumbuk 2 sudu besar lada hitam - dikisar 1 sudu besar gula - untuk melembutkan daging

Cara-cara
1. Perap daging bersama bahan perap selama 3 jam. 2. Apabila daging dah perap panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan bawang besar yang telah dimayang dan lada besar hiris.

3. Kemudian apabila dah naik bau masukkan daging yang telah diperap dan gaul hingga rata hingga daging menjadi putih. 4. Apabila daging menjadi putih masukkan satu cawan air dan tutup selama 10 minit/daging empuk. 5. Bila daging dah empuk masukkan sos cili serta kicap manis dan gaul hingga rata. 6. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa dan apabila kuah dah pekat boleh matikan api. 7. Rasa daging ini sangat sedap sebab ia serap bahan perap dan dagingnya menjadi lembut. Elakkan meletak garam semasa perap dan hiris daging dengan ira memanjang untuk melembutkan daging. Selamat mencuba.

Anda mungkin juga menyukai