Anda di halaman 1dari 1

Skrip Rancangan Resipi Memikat Suami.

1. Asri dan Sahlan: Bahan-bahan untuk masakan ini adalah daging, kentang, daun sup, daun
bawang, sup bunjut, bawang goreng, lobak merah, bunga lawang, bawang putih, bawang
merah, kulit kayu manis, halia, bawang besar dan serai, lada hitam, garam dan gula.
2. Gloria dan Akmal: Bahan-bahan basah ialah 1.5 kg daging, 4 biji kentang, daun sup dan daun
bawang, setengah batang lobak merah, 5 ulas bawang putih, 7 ulas bawang merah, 2 inci
halia, 1 biji bawang besar dan 2 batang serai.
3. Mirilen dan Syifa: Bahan-bahan kering pula adalah 1 bungkus sup bunjut, sedikit bawang
goreng, 5 kuntum bunga lawang, 1 batang kulit kayu manis, 2 sudu lada hitam, garam dan
gula secukup rasa.
4. Kak Yong dan Nadiah: Daging yang telah disediakan ini, kita potong kecil, basuh dan
kemudian toskan. Ubi kentang dipotong empat. Kemudian kita potong lobak merah. Ketuk 5
ulas bawang putih. Bawang merah dan bawang besar dipotong dadu. Halia dihiris halus dan
serai diketuk.
Soalan Najiha: Berapa lama masa yang diambil untuk daging cepat masak?
5. Fatiha dan Fakhiera: Rebuskan daging Bersama sup bujut di dalam periuk dengan api yang
perlahan. Sementara itu, bawang besar, bawang putih, bawang merah, dan halia perlu
ditumbuk halus.
6. Natasha dan Najwa: Kemudian, panaskan minyak di dalam kuali. Bahan-bahan yang sudah
ditumbuk perlu ditumis hingga kekuningan warnanya dan naik bau. Selepas itu, bahan-bahan
tersebut perlu dimasukkan ke dalam periuk daging yang sudah direbus.
7. Seterusnya, masukkan kentang dan lobak merah untuk direbus sehingga empuk iaitu selama
8 hingga 10 minit.
8. Akhir sekali, sebelum dihidangkan taburkan daun bawang agar lebih sedap dan harum
baunya.
Soalan Asilah: Boleh kongsikan petua untuk lembutkan daging?

Anda mungkin juga menyukai