Anda di halaman 1dari 30

ELECTRONIC CIRCUIT AND APPLICATION

CEEN 206

MODUL CEEN 206

ELECTRONIC CIRCUIT & APPLICATION

ELECTRONIC CIRCUIT (PRINTED CIRCUIT BOARD) & APPLICATION

LANGKAHLANGKAH PEMBUATAN LITAR PROJEK PCB

CEEN 206

TAJUK: LITAR PROJEK MUSIC BOX

Menyediakan Peralatan

SENARAI BAHAN

MEREKABENTUK LITAR PCB

Litar Projek: Music BOX

Langkah 1
Melakar Litar Bercetak lakaran litar bercetak perlu dibuat lakaran dengan pensil terlebih dahulu agar jalur pengalir yang diingini tepat mengikut litar skema. Proses membuat jalur pengalir ini memerlukan kesabaran dan ketelitian yang tinggi. Sekiranya jalur pengalir tidak sempurna walaupun hanya terputus 1mm sahaja, litar tetap tidak boleh berfungsi.

Lettering

Langkah 2
Menampal lettering Untuk membuat jalur pengalir di atas PCB, lettering digunakan. Lettering perlu dilekatkan dengan kemas dan rapi agar jalur pengalir yang diingini tidak terputus. Gunakan pembaris untuk melekatkan lettering dan gunting untuk memotong lettering yang tidak digunakan sebagai jalur pengalir.

Langkah 3

Proses Etching
Setelah siap jalur pengalir, PCB dimasukkan ke dalam bekas. Kemudian asid dituangkan (250ml) bagi menghakis kuprum yang tidak diingini. Bekas tersebut perlu di goncang-goncangkan agar proses menghakis kuprum yang tidak diingini berlaku dengan cepat (15 minit). Jangan masukkan tangan anda dalam bekas etching.
PCB hanya akan meninggalkan jalur pengalir yang dilekatkan dengan lettering. Setelah itu, PCB diangkat dari bekas dan dibasuh dengan air paip dan dikeringkan (dilap dengan kain atau sebagainya).

PROSES ETCHING

Langkah 4
Proses Menanggalkan Lettering Bagi proses menanggalkan lettering gunakan masking tape dengan menampalkannya pada papan pcb dan kemudian tarik perlahan-lahan.

Selain itu anda boleh menggunakan kertas pasir bagi menanggalkan lettering.

MENANGGALKAN LETTERING

Proses Menggerudi (Drilling)

Proses Menggerudi

Langkah 5
Proses Menggerudi

Untuk memasang komponen pada PCB, lubang-lubang komponen perlu ditebuk dengan menggunakan hand drill. Semasa proses menebuk, pelajar perlu berhatihati agar mata drill tidak patah.

Langkah 6

Proses pemasangan komponen Proses memasang komponen perlu dilakukan dengan teliti agar kedudukan komponen sama dengan litar skema. Sekiranya tidak sama, litar bercetak ini tidak boleh berfungsi. Pastikan polariti komponen diletakkan pada polariti betul seperti komponen kapasitor elektrolitik, diod rektifier dan zener seta transistor. Kekutupan bekalan kuasa juga perlu diambil berat agar tidak berlaku litar pintas.

Proses Memasang komponen

Memasang komponen
Perlu

diingatkan sebelum memasang kaki komponen pastikan kaki komponen dibersihkan dengan menggunakan kertas pasir bagi membersihkan kaki komponen daripada kekotoran dan habuk.

Langkah 6

Proses Pematerian.
Komponen-komponen yang telah siap dipasang perlu dipaterikan dengan menggunakan soldering lead/timah. Pematerian perlu dilakukan dengan teliti agar komponen dapat melekat dengan baik pada kuprum PCB.

Proses Pematerian

Langkah 7
Memotong Kaki komponen Kaki komponen yang berlebihan perlu dipotong untuk mengelakkan kaki komponen-komponen tersebut bersentuhan antara satu sama lain yang boleh menyebabkan berlakunya litar pintas. Setelah itu, litar bercetak ini sedia diuji kefungsiannya.

Langkah 8

Pengujian Litar Projek

Litar projek yang siap dipasang perlulah di uji kefungsian litarnya dengan membekalkan bekalan kuasa yang sebetulnya bagi menentukan litar itu dapat bekerja dengan baik.

Tamat

Anda mungkin juga menyukai