Anda di halaman 1dari 2

Koponen Kecergasan Fizikal

Komponen kecergasan Fizikal terahagi kepada dua bahagian iaitu kecergasan berasaskan kesihatan dan kecergasan berasaskan lakuan motor. Seseorang yang sihat perlu mempunyai kecergasan berasaskan kesihatan tetapi sekiranya seseorang yang ingin mempunyai prestasi yang tinggi dan mantap seperti atlit, ia perlu menguasai kedua-duanya sekali gus. Kecergasan Fizikal Berlandaskan Kesihatan Kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan berkait rapat dengan penjagaan kesihatan diri secara keseluruhan. Kecergasan ini merangkumi lima komponen utama, iaitu: 1. Daya tahan kardiorespiratori Daya tahan kardiorespiratori atau kardiovaskular ini didefinisikan sebagai keupayaan untuk menghantar nutrien, terutama oksigen, ke otot-otot yang bekerja dan mengangkut keluar hasil buangan ketika kerja fizikal yang berterusan. Komponen ini melibatkan efisiensi jantung, salur darah dan paru-paru. 2. Daya tahan otot Daya tahan otot didefinisikan sebagai keupayaan otot menghasilkan daya submaksimum yang berulang-ulang mengatasi rintangan atau mengekalkan kontraksi otot berterusan untuk suatu jangka masa yang panjang. Komponen ini merangkumi aktiviti yang melibatkan suatu jangka masa yang panjang pada intensiti yang rendah. 3. Kekuatan otot Kekuatan otot didefinisikan sebagai keupayaan sesuatu otot atau kumpulan otot menghasilkan daya maksimum mengatasi rintangan. Komponen ini merangkumi aktiviti yang melibatkan suatu jangka masa yang pendek pada intensiti yang tinggi. 4. Fleksibiliti Fleksibiliti merujuk pergerakan sesuatu sendi melalui julat pergerakan sepenuhnya. Fleksibiliti perlu bagi pergerakan yang lancar dan efisien, juga dapat mencegah daripada berlakunya kecederaan pada bahagian sendi dan otot. 5. Komposisi badan Komposisi badan merujuk perkadaran jumlah lemak badan dengan berat tanpa lemak. Peratusan lemak badan adalah pengukuran kegemukan yang lebih baik berbanding berat badan. Kelebihan lemak dalam badan amat berkaitan dengan pelbagai jenis penyakit kronik.

Kecergasan Berlandaskan Perlakuan Motor

Kecergasan berlandaskan perlakuan motor berkait rapat dengan pencapaian kemahiran dalam aktiviti sukan. Kecergasan ini merangkumi enam komponen, iaitu: 1. Kepantasan Kepantasan didefinisikan sebagai keupayaan melakukan pergerakan dalam suatu jangka masa yang singkat. 2. Kuasa Kuasa berkait rapat dengan kadar melakukan sesuatu kerja. 3. Koordinasi Koordinasi berkait rapat dengan keupayaan menggunakan deria seperti penglihatan dan pendengaran bersama dengan anggota badan dalam melakukan pergerakan motor dengan lancar dan tepat. 4. Keseimbangan Keseimbangan berkait rapat dengan keupayaan mengekalkan keseimbangan ketika dalam keadaan statik atau bergerak. 5. Ketangkasan Ketangkasan berkait rapat dengan keupayaan mengubah haluan atau pergerakan dengan pantas dan tepat melalui ruang. 6. Masa tindak balas Masa tindak balas berkait rapat dengan masa antara suatu stimulus dengan permulaan tindakan kepada stimulus tersebut.

Anda mungkin juga menyukai