Anda di halaman 1dari 7

Jantung

Jantung (heart) merupakan satu pam berotot. Dinding jantung terdiri daripada otot kardium (cardiac muscles) yang mengecut secara automatik tanpa kawalan saraf. Pengecutan otot ini disifatkan sebagai (myogenic).

miogenik

Tisu jantung mendapat oksigen dan nutrien dari arteri koronari (coronary artery) dan karbon dioksida diangkut keluar oleh vena koronari (coronary vein).

Struktur luaran jantung manusia.

Jantung manusia terdiri dari dua ruang atas (atrium kiri dan atrium kanan) dan dua ruang bawah (ventrikel kiri dan ventrikel kanan).

Struktur dalaman jantung manusia.

Bahagian kiri dan kanan jantung dipisahkan oleh dinding jantung yang dinamakan

septum.

Ini mengelakkan percampuran darah beroksigen disebelah kiri dengan darah terdeoksigen disebelah kanan jantung. Ruang atrium adalah lebih kecil daripada ruang ventrikel. Dinding atrium adalah lebih nipis daripada dinding ventrikel. Ini kerana atrium hanya mengepam darah ke dalam ventrikel dibawahnya, manakala ventrikel pula terpaksa mengepam darah ke organ badan yang lain dengan tekanan yang lebih tinggi. Dinding ventrikel kiri pula lebih tebal dan berotot berbanding dengan dinding ventrikel kanan kerana ventrikel kiri perlu mengepam darah ke seluruh badan, manakala ventrikel kanan hanya mengepam darah ke peparu sahaja (lungs). Terdapat injap (valve) dalam jantung untuk mengelakkan aliran balik (backflow) darah dan memastikan darah mengalir dalam satu

hala sahaja.

Injap trikuspid (tricuspid valve) terletak diantara atrium kanan dan ventrikel kanan. Injap bikuspid (bicuspid valve) pula terletak diantara atrium kiri dan ventrikel kiri.
Kedua-dua injap ini memastikan tiada aliran balik darah dari ventrikel ke atrium. Pada pangkal arteri pulmonari dan aorta, terdapat injap sabit (semi-lunar valves) yang mengelakkan aliran balik darah ke dalam ventrikel kiri dan kanan. Pada dinding atrium kanan berdekatan dengan bukaan vena kava, terdapat tisu gentian

nodus sinoatrium (sinoatrial node). Nodus ini juga disebut sebagai perentak jantung (pacemaker).
kardium yang dinamakan Diantara atrium kanan dan ventrikel kanan, terdapat gentian sel kardium yang dipanggil

nodus atrioventrikel (atrioventricular node).


Pada dinding dalam ventrikel, terdapat gentian yang khusus untuk menghantar impuls saraf dan dikenali sebagai gentian

Purkinje (Purkinje fibers).

Nodus sinoatrium menjana impuls saraf yang menyebabkan otot kardium mengecut secara spontan untuk memulakan denyutan jantung. Impuls saraf yang terhasil juga merangsang pengecutan atrium yang seterusnya merebak ke nodus atrioventrikel, lalu ke gentian Purkinje, yang menghantar impuls saraf ke otot kardium di ventrikel untuk memulakan pengecutan ventrikel. Gentian Purkinje bekerjasama denga nodus sinoatrium dan nodus atrioventrikel untuk mengawal kadar denyutan jantung.

Fungsi Darah Dalam Pengangkutan

Pengangkutan oksigen.

Darah mengangkut oksigen dalam bentuk oksihemoglobin. Di alveolus, tekanan separa (partial pressure) oksigen adalah lebih tinggi berbanding dengan tekanan separa oksigen di dalam kapilari darah. Oleh itu, oksigen meresap (diffuses) keluar daripada alveolus ke dalam kapilari darah di sekelilingnya melalui proses resapan ringkas (simple diffusion).

Pengangkutan oksigen daripada alveolus ke sel badan dan pengangkutan karbon dioksida daripada sel badan ke alveolus.

Di dalam darah, oksigen (oxygen) bergabung dengan hemoglobin (haemoglobin) dalam eritrosit (erythrocyte) untuk membentuk oksihemoglobin (oxyhaemoglobin). Oksigen diangkut (transported) dalam bentuk oksihemoglobin ke sel badan (body cells) yang kekurangan oksigen. Di sel badan, oksihemoglobin terurai (breaks down) dan membebaskan oksigen kepada sel badan yang memerlukannya untuk respirasi sel (cell respiration).

Kepentingan sistem pengangkutan kepada sesetengah organisma multi sel


Organisma hidup mendapat oksigen dan nutrien daripada alam sekitar dan mengeluarkan karbon dan lain-lain bahan buangan dari badan mereka. Resapan (diffusion) merupakan satu mekanisme pengangkutan menggerakkan bahan-bahan ke dalam dan keluar dari sel-sel. utama untuk

Saiz organisma mempengaruhi kadar penyerapan bahan-bahan ke dalam dan keluar dari badan mereka. Paramecium mempunyai JLP/I (TSA/V) kira-kira 400, manakala manusia mempunyai nisbah JLP/I kira-kira 0.3. Bagi organisma kecil seperti paramecium atau cacing tanah (earthworm), nisbah JLP/I adalah cukup besar untuk peresapan bahan-bahan kepada kesemua bahagian badan. Bagi organisma multi sel bersaiz besar, nisbah JLP/I adalah kecil untuk bahan-bahan sampai ke semua bahagian badan. Sebagai organisma yang semakin membesar saiznya, sistem pengangkutan (transport system) adalah penting supaya bahan-bahan terlarut boleh bergerak dengan pantas kepada, dan dari semua bahagian badan. Melalui peresapan (diffusion) sahaja adalah tidak mencukupi untuk mengagihkan bahan-bahan seperti oksigen dan nutrien. Fungsi ini terbantu oleh sistem peredaran darah (circulatory system). ** JLP/I = Jumlah Luas Permukaan / Isipadu (TSA/V, Total Surface Area / Volume)

Mekanisme Pembekuan Darah


Mekanisme pembekuan darah (mechanism of blood clotting) melibatkan satu siri tindak balas kimia yang dimulakan oleh platelet dan berakhir dengan pembentukan bekuan darah (blood clot).

Apabila salur darah terluka atau pecah, platelet akan terkumpul dan melekat pada dinding salur darah yang terluka. Gumpalan platelet ini membebaskan enzim trombokinase. Enzim trombokinase akan menukarkan protrombin yang tidak aktif kepada trombin yang aktif dengan kehadiran ion kalsium.

Protrombin terbentuk di hati (liver) yang mana pembentukannya memerlukan vitamin K. Trombin yang aktif akan memangkinkan (catalyse) penukaran protein larut fibrinogen kepada protein tak larut fibrin.

Fibrin membentuk satu jaringan di permukaan luka untuk memerangkap sel darah dan membentuk bekuan darah untuk menutupi luka tersebut. Apabila darah membeku, sejenis bendalir kuning jernih (yellowish fluid) akan mengalir keluar dari luka. Bendalir ini ialah serum, iaitu plasma darah tanpa fibrinogen. Akhirnya, pendarahan akan berhenti. Bekuan darah menjadi kering dan membentuk keruping (scab). Luka akan sembuh di bawah keruping tersebut. PERANAN SISTEM PENGANGKUTAN DALAM PERTAHANAN BADAN Mekanisme pertahanan badan melindungi badan daripada penyakit berjangkit melalui: (a) pencegahan kemasukan patogen ke dalam badan (b) tindak balas dengan patogen yang memasuki badan

2 Badan kita mempunyai tiga barisan pertahanan terhadap patogen. (a) Barisan pertahanan pertama: kulit dan membran mukus (b) Barisan pertahanan kedua: fagositosis oleh fagosit (c) Barisan pertahanan ketiga: penghasilan antibodi oleh limfosit

Barisan Pertahanan Pertama 1 Kemasukan mikroorganisma ke dalam badan dihalang melalui: (a) Kulit i ) Kulit membentuk halangan fizikal yang kuat terhadap kemasukan mikroorganisma ke dalam badan. ii) Kelenjar sebum merembeskan sebum yang membentuk lapisan perlindungan pada kulit. Sebum adalah berasid dan mengandungi lisozim (antiseptik) untuk mencegah pertumbuhan mikroorganisma. (iii) Kelenjar peluh merembeskan peluh yang mengandungi bahan kimia untuk memus nahkan mikroorganisma pada kulit. (b) Membran mukus (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Ia adalah lapisan epitelium pada salur alimentari, salur respirasi, salur perkumuhan dan salur pembiakan. (ii) Ia merembeskan mukus untuk melindungi, melembapkan dan memerangkap mikroorganisma yang masuk melalui salur alimentari dan salur respirasi. Membran mukus dalam salur respirasi mempunyai silium untuk memerangkap mikro organisma dan menapis udara. Mukus di dalam air liur mengandungi lisozim yang memusnahkan bakteria di dalam mulut. Asid yang dirembeskan oleh dinding perut memusnahkan mikroorganisma yang masuk ke dalam perut. Kelenjar air mata di dalam mata merembeskan air mata yang mengandungi lisozim untuk memusnahkan bakteria.

Barisan Pertahanan Kedua 1 Memusnahkan sebarang mikroorganisma atau patogen yang memasuki badan. 2 Melibatkan fagosit (neutrofil dan monosit) untuk memusnahkan patogen secara fagositosis (Rajah 10.19).

Barisan Pertahanan Ketiga 1 Merupakan mekanisme pertahanan khusus yang melibatkan penghasilan antihodi oleh limfosit untuk bertindak balas dengan antigen. 2 Antigen adalah hahan asing, biasanya protein, yang ditemui pada membran mikroorganisma, patogen atau toksin yang dihasilkan oleh bakteria. 3 Kehadiran antigen dalam badan merangsang limfosit untuk menghasilkan antibodi yang spesifIk untuk bertindak balas dengan antigen. 4 Tindakan antibodi adalah spesifik. Satu jenis antibodi hanya boleh bertindak balas dengan antigen yang spesifik. Contohnya: (a) Antitoksin meneutralkan toksin yang dihasilkan oleh antigen (b) Aglutinin (antibodi) menyebabkan antigen bergumpal (c) Lisin melarutkan antigen untuk membentuk mendakan 5 Antigen merangsang penghasilan antibodi yang memberikan keimunan terhadap penyakit. Keimunan dan Pengimunan 1 Keimunan adalah keupayaan badan untuk melawan jangkitan patogen dengan menghasilkan antibodi yang spesifik. 2 Pengimunan adalah proses memperoleh keimunan terhadap penyakit secara buatan. la dijalankan melalui suntikan vaksin atau serum yang mengandungi antihodi. (a) Vaksin adalah ampaian bakteria atau virus yang telah mati atau dilemahkan. Apabila vaksin disuntik ke dalam aliran darah, limfosit dirangsang untuk menghasilkan antibodi yang spesifik untuk bertindak balas dengan antigen tertentu. (b) Apabila serum yang mengandungi antibodi disuntik ke dalam badan, antibodi serta merta bertindak balas dengan antigen untuk memusnahkan patogen.

Anda mungkin juga menyukai