Anda di halaman 1dari 1

Pengenalan Kepada Kesusasteraan dalam Tamadun China Secara umumnya kesusateraan Tamadun China bermula sekurang-kurangnya seawal kurun

ke-14 SM dan. Perkembangannya berterusan sepanjang lebih daripada 3000 tahun, sepanjang perkembangan kesusasteraan tamadun China tidak pernah mengalami gangguan atau sekatan. Hal ini demikian disebabkan oleh sifat khas yang terdapat dalam bahasa pengantar bagi sastera Cina klasik itu sendiri iaitu bahasa Cina yang telah mengekalkan identitinya dari segi lisan dan tulisan. Walaupun negara China pernah diperintah oleh puak asing seperti orang Mongul pada Dinasti Yuan (1279M-1368M) dan orang Manchu pada Dinasti Qing (1644M-1911M). Menurut dasarnya, tulisan Cina bersifat grafik dan bukan fonetik (non-phonetic). Sifat ini menyebabkan bahasa Cina kurang sesuai untuk digunakan dalam usaha mentranskripsikan bahasa lain. Kesan daripada hal ini membolehkan sifat kesusasteraan tamadun China bersifat tidak berubah dan memberi beberapa kesan antaranya kepada karya kesusasteraan itu sendiri dan penyebarannya kepada umum. Sedikit pengenalan dalam sifat bahasa Cina, bahasa Cina yang bukan berabjadfonetik (alphabetic-phonetic) membawa maksud hurufnya tidak menunjukkan bunyi sebutan. Bahasa Cina boleh disebut dalam kelainan cara dari segi fonologi mengikut tempat atau kesesuaian keselarasan dengan perubahan zaman-zaman dalam sejarah China. Namun se

Anda mungkin juga menyukai