Anda di halaman 1dari 5

DRAF

WASIAT TERAKHIR
1. Dengan nama ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA

PENYAYANG. 2. Segala puji bagi Allah S.W.T. yang kekal selamanya. Tiada tuhan melainkan Allah S.W.T., Nabi Muhammad S.A.W. itu adalah Pesuruh Allah. Kematian adalah benar, kebangkitan semula adalah benar, semua yang disampaikan oleh Rasulullah S.A.W. (semoga kesejahteraan dan rahmat Allah S.W.T. dilimpahkan terhadapnya, keluarganya, para sahabat dan pengikut-pengikutnya) yang di dalam kubur. 3. Saya, AWANG BIN ABDULLAH (NO. K/P: 650801-03-5305), yang beralamat di NO. 31, JALAN B-T-K 5/6, FASA 8, SEKSYEN 5, BANDAR TEKNOLOGI KAJANG, 43500 SEMENYIH, SELANGOR dengan rela hati, sempurna akal dan sihat tubuh badan, tanpa sebarang paksaan serta tinggal tetap di Malaysia, dengan ini menarik balik semua Wasiat yang terdahulu yang dibuat oleh saya, (sekiranya ada) dan mengisytiharkan ini sebagai Wasiat saya yang terakhir. adalah benar; tiada keraguan bahawa hari Penghakiman akan tiba dan Allah S.W.T. akan membangkitkan semua

4.

Saya dengan ini melantik AMANAH RAYA BERHAD (No. Syarikat: 344986-V) sebuah syarikat peramanahan yang ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 dan mempunyai alamat berdaftar di Tingkat 11, Wisma AmanahRaya, No 2, Jalan Ampang, 50508 Kuala Lumpur sebagai Wasi dan Pemegang Amanah bagi harta pusaka saya di bawah Wasiat saya ini (selepas ini disebut sebagai Wasi dan Pemegang Amanah saya).

1/ 5
WASIAT TERAKHIR BAGI AWANG BIN ABDULLAH/AHMR

DRAF

5.

Saya mengarahkan Wasi dan Pemegang Amanah saya untuk membayar semua hutang saya termasuk perbelanjaan-perbelanjaan berkaitan tuntutan syarak, perbelanjaan pengurusan jenazah dan pengkebumian saya, melunaskan hutang saya dengan hak Allah S.W.T., membayar zakat, upah haji (sekiranya saya meninggal dunia sebelum menunaikan haji) dan hutang sesama manusia, gadaian-gadaian berhubung dengan harta tak alih, sewa, apa jua hutang saya yang lain serta segala kos dan perbelanjaan berkaitan pentadbiran harta pusaka saya seawal yang mungkin setelah kematian saya.

6.

Saya dengan ini mengarahkan dan membenarkan Wasi dan Pemegang Amanah saya untuk menggunakan harta pusaka saya bagi mengutip atau menyelesaikan segala kos dan perbelanjaan bagi pengurusan pentadbiran harta pusaka saya samada kepada Wasi dan Pemegang Amanah saya sendiri ataupun kepada pihak-pihak lain yang berhak sebelum pembahagian harta pusaka saya kepada waris-waris saya dilaksanakan.

7.

Tertakluk kepada peruntukan perenggan 5 dan 6 di atas, saya seterusnya mengarahkan Wasi dan Pemegang Amanah saya agar mengekalkan kedudukan dan penjagaan semua harta saya dengan sebaik mungkin bagi faedah waris-waris saya sehingga tarikh pembahagian kepada waris-waris saya.

8.

Dengan Wasiat ini, saya mengarahkan harta tak alih saya setelah ditadbir menurut perenggan 5,6 dan 7 untuk dibahagikan kepada waris saya seperti berikut:8.1 HARTA TAK ALIH a. Bahagian saya dalam hartanah yang dipegang di bawah hakmilik H.S(M) 10389, NO. PT 22873, MUKIM CHERAS, DAERAH HULU LANGAT, NEGERI SELANGOR yang beralamat di NO. 3-

2/ 5
WASIAT TERAKHIR BAGI AWANG BIN ABDULLAH/AHMR

DRAF
15, BLOK MAWAR, JALAN HARMONI 5, TAMAN HARMONI, BALAKONG, SELANGOR; dan b. Bahagian saya dalam hartanah yang dipegang di bawah hakmilik yang beralamat di NO. B-409, PERSIARAN DESA SERDANG 2, TAMAN DESA SERDANG, SELANGOR; hendaklah diserahkan secara SAMA RATA kepada waris-waris saya seperti berikut: i. 1/4 bahagian hendaklah diserahkan kepada anak perempuan saya yang bernama FAIRUZA LINA BINTI AWANG (NO. K/P: 930815-14-6256); ii. 1/4 bahagian hendaklah diserahkan kepada anak perempuan saya yang bernama FAIRUZA AMIRA BINTI AWANG (NO. K/P: 960409-10-5704); iii. 1/4 bahagian hendaklah diserahkan kepada anak perempuan saya yang bernama FAIRUZA ILIAYANA BINTI AWANG (NO. K/P: 990705-10-5386); iv. 1/4 bahagian hendaklah diserahkan kepada anak perempuan saya yang bernama FAIRUZA SHAHIRA BINTI AWANG (NO. K/P: 030311-14-0084). 9. Dengan Wasiat ini saya melantik isteri saya yang bernama WAN NORIZAN BINTI WAN AHMAD (NO. K/P: 680804-03-5228) sebagai penjaga kepada waris-waris saya yang masih di bawah umur. Sekiranya dalam ketiadaan isteri saya, maka saya melantik adik ipar saya yang bernama WAN NORAINI BINTI WAN AHMAD (NO. K/P: 701122-035036) sebagai penjaga gantian. 10. Walauapapun peruntukan di perenggan 8 Wasiat ini, pemberian dan pembahagian Wasiat saya ini hanya akan terpakai dan dilaksanakan selepas kematian saya sekiranya mendapat persetujuan dan keredhaan semua waris-waris saya. Jika tidak mendapat persetujuan daripada wariswaris saya, pembahagian dan perlaksanaan mestilah menurut kadar Hukum Syarak.

3/ 5
WASIAT TERAKHIR BAGI AWANG BIN ABDULLAH/AHMR

DRAF

11.

Saya mengarahkan Wasi dan Pemegang Amanah saya untuk menentukan baki harta saya yang tidak dinyatakan secara jelas dalam Wasiat ini hendaklah diserahkan kepada waris-waris saya yang berhak menurut kadar sama rata di antara mereka.

12.

Saya mengarahkan Wasi dan Pemegang Amanah saya sekiranya manamana waris saya meninggal dunia terlebih dahulu daripada saya, maka bahagian yang telah saya wasiatkan kepadanya akan terbatal dan kembali menjadi baki harta pusaka saya dan dalam keadaan sedemikian, bahagian harta tersebut hendaklah diserahkan kepada waris- waris saya yang masih hidup menurut kadar sama rata di antara mereka.

13.

Saya mengarahkan Wasi dan Pemegang Amanah saya untuk memegang dan mengurus secara jujur dan amanah, dengan sebaik mungkin mengikut kebijaksanaan serta budi bicara Wasi dan Pemegang Amanah saya segala harta yang menjadi hak kepada waris-waris saya yang masih di bawah umur, sekiranya ada, bagi faedah waris-waris bawah umur tersebut sehingga mereka mencapai umur dewasa atau umur yang difikirkan layak untuk menguruskan harta tersebut.

14.

Saya mengakui sebagai insan yang lemah saya banyak membuat kesilapan, maka dengan ini saya ingin memohon maaf atas apa jua kesilapan saya, dihalalkan makan minum dan hutang piutang saya kepada seluruh ahli keluarga saya, saudara mara saya serta rakan-rakan saya sekelian. harta Saya juga memohon kepada Allah S.W.T. agar mengelakkan saya dari menjadi punca perselisihan faham dan pusaka

pergaduhan di antara waris-waris saya dan diharap agar roh saya tidak dilupai dengan disedekahkan Al-Fatihah setiap kali selepas solat. Amin.

4/ 5
WASIAT TERAKHIR BAGI AWANG BIN ABDULLAH/AHMR

DRAF
15. Semoga seluruh keluarga saya sentiasa mendapat rahmat Allah S.W.T. setelah pemergian saya. Dicatat pada haribulan 2012.

Allah S.W.T. adalah saksi terbaik, semoga Allah S.W.T. mengampuni saya. Ditandatangani oleh Pewasiat dengan kehadiran kami yang hadir pada masa yang sama diatas permintaan beliau dengan kehadiran beliau serta antara satu sama lain ABDULLAH dan telah menurunkan nama kami sebagai saksi SAKSI 1 Tandatangan Nama : No. K/P : Alamat : SAKSI 3 Tandatangan Nama : No. K/P : Alamat : ] ] ] ] ] ] ] SAKSI 2 Tandatangan Nama : No. K/P : Alamat : SAKSI 4 Tandatangan Nama : No. K/P : Alamat : AWANG BIN (No. K/P: 650801-03-5305)

5/ 5
WASIAT TERAKHIR BAGI AWANG BIN ABDULLAH/AHMR

Anda mungkin juga menyukai