Anda di halaman 1dari 7

BEBOLA BERAS PULUT CINA

TANG YUAN

SEJARAH
Satu pencuci mulut tradisional cina Biasa di makan semasa perayaan Dongzhi atau sambutan musim sejuk dalam bulan Disember di mana waktu siang adalah paling singkat.

Di Malaysia, bebola beras pulut ini biasanya dibuat dalam perayaan-perayaan tertentu seperti pada Tahun Baru Cina di mana bebola ini dibuat untuk di sembah kepada tuhan. Ia juga dihidang kepada pengantin perempuan dan lelaki sebagai tanda kesyukuran

Bahan Membuat Bebola Beras Pulut Cina


Halia Daun Pandan Gula Melaka Tepung beras pulut Air

CARA-CARA
Hiriskan beberapa keping halia Panaskan air dalam periok. Masukkan halia, daun pandan dan gula melaka ke dalam periok. Kacau sehingga sebati dan daun pandan bertukar warna. Sambil itu, campurkan air secukupnya dengan tepung beras pulut dan guling sehingga menjadi adunan yang sesuai. Pewarna boleh dicampurkan untuk menghasilkan warna bebola beras pulut yang cantik dan menyelerakan.

Ambil adunan secukupnya dan gulung menjadi bebola yang dikehendaki. Masukkan bebola ke dalam periok yang telah tersedia itu. Masakkan bebola dalam api yang sederhana panasnya. Sekali-kali kacau bebola dalam periok supaya tidak melekat. Bebola yang masak akan terapung dan boleh dihidang terus.

Sekian, terima kasih Selamat Mencuba

Anda mungkin juga menyukai