Anda di halaman 1dari 5

Soalan 1 a) Peranan jantung dalam sistem peredaran darah Struktur dan fungsi bahagian-bahagian jantung Jantung terbina daripada

otot jantung atau miorkardium yang diliputi epikardium di permukaan luarnya dan endokardium di bahagian dalam. Kedududan jantung terletak di dalam ruangan toraks (sangkar rusuk) di belakang tulang sternum, di hadapan tulang belakang dan kedudukannya menyendeng dari kanan ke kiri. Dua ruang atas iaitu atrium mempunyai dinding otot yang nipis dan keduadua ruang ini dipisahkan antara satu sama lain oleh septum interatrial. Dinding otot yang membentuk dua ruang bawah iaitu ventrikel adalah lebih tebal. Septum interventrikel terdapat di antara kedua-dua ventrikel. Atrium berperanan sebagai ruang penerima darah. Atrium kanan menerima darah yang kurang beroksigen daripada tisu-tisu tubuh sementara atriumkiri pula menerima darah yang kaya dengan oksigen dari paru-paru. Ventrikel pula bertindak sebagai pam yang mengepam keluar darah yang diterima dari atrium. Ventrikel kanan mengepam darah ke paru-paru sementara ventrikel kiri mengepam darah ke seluruh bahagian tubuh. Injap-injap yang terletak antara atrium dan ventrikel dan pada arteri-arteri yang terbit daripada jantung, membenarkan pengaliran darah pada satuarah sahaja. Injap atrioventrikular (injap mistral dan trikuspid) hanya membenarkan aliran darah daripada atrium ke ventrikel sahaja. Injap semilunar pulmonari dan injap semilunar aortik pula menghalang aliran darah ke belakang yang keluar dari jantung menerusi arteri pulmonari dan aorta. Dinding otot jantung Pada terdiri jantung daripada terdapat lapisan injap epikardium, atrioventrikular miokardium (AV) dan danendokardium.

injapsemilunar. Injap atrioventrikular membenarkan darah mengalir ke satu arahsahaja iaitu dari atrium ke ventrikel dan seterusnya ke arteri. Terdapat dua injap (AV) iaitu injap trikuspid pada sebelah kanan jantung dan injap bikuspid pada bahagian kiri jantung. Injap semilunar menghalang pengaliran balik darah dari arteri pulmonari dan aorta. Setiap injap semilunar mempunyai tiga bucu.

Kadar denyutan jantung Kadar denyutan jantung adalah kekerapan penguncupan jantung seminit.Keadaan ini dikawal oleh tindakan sistem saraf autonomik. Kadar denyutan jantung setiap individu adalah berbeza kerana dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti umur dan tahap keaktifan individu. Kadar denyutan jantung rehat individu yang aktif adalah rendah berbanding dengan individu yang sedentari. Kadar denyutan rehat boleh diperolehi dengan mengira bilangan denyutan jantung seminit di arteri karotid atau arteri radius semasa individu berada dalam keadaan rehat. Isipadu strok ialah amaun darah yang dipam oleh ventrikel kiri. Isipadu ini disukat dalam unit liter sedenyutan. Isipadu strok lelaki adalah lebih besar berbanding isipadu strok perempuan. Kedudukan badan juga mempengaruhi isipadu strok. Isipadu strok adalah agak besar pada individu yang berbaring berbanding dengan individu yang berdiri. Perbezaan ini berkaitan dengan kesan graviti ke atas sistem kardiovaskular.

Rajah 1 : Struktur Jantung Manusia

Sistem peredaran darah Sistem peredaran darah adalah salah satu sistem yang penting di dalam tubuh badan. Sistem ini berperanan untuk menyalurkan darah ke seluruh anggota badan. Sistem ini juga dikenali sebagai sistem peredaran tertutup kerana darah mengalir di dalam salur darah yang tertutup. Fungsi asas peredaran darah ialah menyampaikan zat-zat makanan dan oksigen kepada sel-sel di dalam badan dan mengeluarkan karbon dioksida dan bahan yang tidak dikehendaki dari sel. Sistem peredaran darah manusia terbahagi kepada dua jenis iaitu kitaran pulmonari dan kitaran sistemik. i. Kitaran pulmonari Peredaran darah dalam kitaran ini membawa darah nyahoksigen ke paru-paru untuk pertukaran gas sebelum darah beroksigen dikembalikan ke jantung. ii. Kitaran Sistemik Kitaran sistemik membolehkan darah beroksigen serta nutrient dibawa ke organorgan badan dan membawa darah nyahoksigen kembali ke jantung Faktor-faktor yang mempengaruhi kembalian darah ke jantung. Apabila otot-otot menguncup, vena tertekan dan darah dalamnya ditolak ke arah jantung. Injap-injap pada vena menghalang darah daripada mengalir ke arah belakang. Ia hanya membenarkan darah mengalir satu arah iaitu ke jantung. Semasa otot-otot mengendur, vena-vena tersebut akan dipenuhi semula dengan darah. Proses penguncupan dan pengenduran otot membolehkan darah dialirkan ke jantung. Semasa inspirasi, tekanan intratorasik menurun menyebabkan vena darah dalam rongga toraks mengembung dan ini memaksa darah mengalir ke arah atrial kanan jantung. Apabila tekanan intratorasik meningkat semasa ekspirasi, vena-vena tersebut dipenuhi semula dengan darah nyahoksigen. Semakin tinggi tekanan ini, semakin banyak output jantung. Pernafasan yang membantu keluaran jantung dikenali sebagai pam pernafasan.

LOKASI JANTUNG

Sumber : McGraw-Hill Higher Education

Rajah 2 :Kedudukan jantung dalam tubuh

Rajah 3 :Cara jantung menyalurkan darah dalam badan

Rajah 4 : kitaran pulmonari dan kitaran sistemik

Proses peredaran darah dalam jantung. 1. Vena kava membawa darah yang mengandungi karbon dioksida ke atrium kanan. 2. Apabila atrium kanan menguncup, darah masuk ke ventrikel kanan melalui injap trikuspid 3. Pengucupan ventrikel menolak darah melalui injap pulmonari ke dalam arteri pulmonari dan seterusnya ke paru-paru. 4. Pertukaran oksigen dan karbon dioksida berlaku di paru-paru. 5. Seterusnya dalah mengalir melalui vena pulmonari ke atrium kiri. 6. Apabila atrium kiri menguncup, darah akan melalui injap mitral (bikuspid) masuk ke ventrikal kiri. 7. Dari ventrikel kiri darah mengalir melalui injap aorta ke salur aorta untuk dihantar ke seluruh badan.

Anda mungkin juga menyukai