Anda di halaman 1dari 37

Pembiakbakaan Haiwan Permanian Beradas

Permanian beradas atau Artificial Insemination (A.I) adalah satu cara buatan untuk mengahwinkan ternakan di mana benih ternak jantan (air mani) dimasukkan ke dalam alat kelamin ternak betina dengan menggunakan alat-alat tertentu.

Kepentingan Permanian Beradas


Permanian beradas merupakan cara yang paling cepat untuk meningkatkan mutu ternakan (genetik) negara ini dengan menggunakan baka yang terbaik. Benih ternakan atau simen yang digunakan telah melalui pemeriksaan dan kawalan mutu. Benih ternakan yang digunakan telah dipilih daripada baka yang melalui ujian progeny dan kesuburan yang baik serta mempunyai nilai yang baik dari segi ekonomi

Baka-baka yang terbaik dari serata dunia dapat di bawa masuk ke negara ini dengan mudah. Pemilihan baka adalah sangat luas dan tidak terbatas. Satu sistem yang paling ekonomik di mana peternak kecil boleh mendapat baka yang terbaik dengan kos yang rendah. Pembiakan dapat dijalankan untuk membentuk baka baru secara kacukan yang lebih sesuai dan adaptasi dengan iklim di Malaysia.

Permanian beradas berkesan dalam mencegah jangkitan penyakit kelamin seperti brusellosis,leptospirosis dan lainlain yang menyebabkan keguguran janin dan boleh berjangkit kepada manusia (zoonosis). Mutu ternakan dapat dikawal dengan mengelakkan penggunakan baka yang kurang baik, mengatasi pembiakan dalaman (inbreeding) atau sebakaan.

Teknik AI pada kambing

Dianggarkan sebanyak 30,000 suntikan melalui air mani beku dapat dihasilkan dari seekor lembu baka. Pengendalian permanian beradas adalah amat mudah serta cepat. Ianya dapat dilakukan ditempat yang jauh yang tiada terdapat lembulembu baka yang sesuai Mengelakkan penggunaan lembu baka yang bermutu rendah dan kurang libido Mengurangkan , mengawal perebakan penyakit berkaitan dengan pembiakan seperti vibrosis, Trichomoniosis, Brucellosis, Metritis dan penyakit kelamin lain

Mani beku disimpan didalam nitrogen cecair dan tahan bertahun-tahun dimana penggunaannya boleh dilaksanakan bila-bila masa yang diperlukan walaupun lembu tersebut telah mati Boleh mengelakan kecederaan pada lembu betina disebabkan saiz atau kerakusan lembulembu jantan Mani beku terjamin dari segi mutu dan bebas dari sebarang penyakit Senang untuk menyimpan rekod dan penganalisaan baka

Biasanya seekor lembu betina mencapai taraf baligh bila berumur dalam lingkungan 18 bulan. Tindakan hormon pembiakan seperti Follicular Stimulating Hormone ( FSH), Leutanizing Hormone (LH) akan memberi rangsangan kepada terjadinya berahi (On Heat) dan ovulation kepad lembu tersebut.Bagi setiap seekor lembu betina jangka masa bagi satu-satu lingkaran nafsu berahi ialah diantara 18 -24 hari.

Ianya akan berulang lagi selepas tempoh ini sekiranya ternakan tidak bunting. Proses ini akan bermula semula selepas ianya melahirkan anak dan akan berterusan hingga ke peringkat umur tua

Perlunya Mengesan Pusingan Berahi


Adalah mustahak bagi penternak mengetahui lembu yang betul-betul tiba pusingan berahi. Penternak mesti mengesan sekurang-kurangnya 2 kali dalam sehari. Adalah lebih senang jika lembu-lembu dilepaskan di padang ragutan bagi mengesan berahi. Kalau diikat sudah tentu lembu tersebut tidak dapat memanjat diantara satu dengan yang lain.

Tanda-tanda Berahi
Gelisah dan mengembek Nafsu makan berkurangan Suka memanjat lembu/ kambing lain Kerap berdampingan dengan bebiri jantan Kemaluan membengkak dan kemerahan kerap terkencing Keluar cairan/ lendir dari kemaluan Suka menggoyangkan ekornya Rela dirinya dipanjat dan dikahwini Apabila dijalankan pemeriksaan ( Rectal examination) bahagian rahim keras dan tegang

Ada kalanya lembu berahi tidak akan menunjukkan sebarang tanda ( Silent heat) perkara ini boleh diatasi dengan menggunakan lembu jantan yang telah dikasi ( Vassectomised) sebagai teaser atau pengesan

Jangkamasa Berahi
Jangka masa berahi ini wujud selama 24 jam. Lembu yang sihat dan tidak bunting akan datang biang tiap-tiap lebih kurang 21 hari.

Pada Umur Berapakah Lembu Patut Dibiakkan?


Dengan penjagaan sempurna anak-anak lembu akan bersedia untuk dibiak dengan cara permanian berhadas apabila umur antara 15-18 bulan Jika lembu dara (heifer) yang masih muda mesti mempunyai berat badan 200kg. Jika bentuk badan masih kecil , mungkin kelak akan timbul masalah semasa bunting dan ketika hendak beranak.

Pastikan lembu tersebut tidak bunting Tuan punya ternakan mungkin tahu jadi keterangan yang lengkap perlu diambil dari tuan punya ternakan sebagai pengesahan. Cara yang praktik untuk menentukan sama ada lembu tersebut bunting atau tidak , perlu melakukan pemeriksaan kesuburan dengan merasa kedua dua tanduk rahim. Jika salah satu tanduk rahim tersebut besar dari satu lagi jangan suntik lembu itu. Kemungkinan lembu tersebut telah bunting.

Waktu Suntikan
Jika tanda pada sebelah pagi permanian dibuat di sebelah petang hari tersebut dan jika tanda tersebut dilihat pada sebelah petang permanian akan dilakukan pada awal pagi esoknya. Masa yang diambil oleh sperma untuk sampai ke ovum sesingkatnya ialah 2 minitdari waktu ia disuntik. Jangkamasa hidupnya ialah 24 jam masa yang diambil sperma menyesuaikan diri dalam saluran ovari adalah 6 jam sebelum ia berfungsi dalam persenyawaan.

Untuk mendapat kejayaan dalam rancangan permanian beradas ini lembu-lembu betina hendaklah disuntik sekurang-kurangnya 60 hari selepas melahirkan anak.

Perkara penting
Sediakan tempat yang sesuai dimana lembu boleh diikat dan pemeriksaan boleh dilakukan. Sebaik-baiknya sediakan pasung bagi tujuan permanian berhadas tersebut

Pemeliharaan air mani beku Air mani beku selalunya disimpan didalam tangki nitrogen dimana satu pengawasan yang teliti perlu diambil bagi menjamin yang disimpan itu adalah didalam keadaan baik dan memuaskan Perkara yang perlu diambil perhatian ialah Straw- straw mestilah disimpan paras nitrogen cecair Peperiksaan paras nitrogen mestilah dibuat 2 hari sekali

Airmani beku yang berlainan jenis mesti disimpan didalam gobelet dan corong yang berasingan dan hendaklah dicatit dengan terang dan betul Tangki untuk kegunaan luar mestilah mengandungi air mani beku yang mencukupi untuk kegunaan 2 hingga 3 hari Apabila hendak mengeluarkan straw-straw daripada corongnya ( canister) corong itu hendaklah boleh diangkat hingga kemulut tangki dan mesti dilakukan dengan cepat iaitu dalam masa kurang 5 saat. Jika Straw yang berisi mani beku itu dikeluarkan dari nitrogen cair dan di dedahkan keudara dari 2 atau 3 saat. Ia mesti digunakan dan tidak boleh dimasukkan semula ke dalam tangki.

Teknik Suntikan
Teknik yang digunakan ialah recto-vaginal methods. Dalam cara ini sebelah tangan penyuntik samaada kiri atau kanan digunakan untuk masuk melalui dubur ( rectum) untuk memegang bahagianbahagian organ peranakan (Cervix). Terlebih dahulu sejenis bahan pelicin disapukan pada sarung tangan yang hendak digunakan.

Bahan pelicin tersebut disapukan terlebih dahulu pada bahagian luar dubur sebelum memasukkan genggaman tangan ke dubur . Korek dan keluarkan sebahagian tahi yang terdapat didalam usus besar..Kemutan akan dapat dirasa setelah tangan dimasukkan, biarkanlah kemutan itu berlaku sebelum suntikan diteruskan

Masukkan tiub (catheter) suntik kedalam badan rahim melalui lubang cervix yang telah dipegang . Masukkan hujung tiub itu menghala keatas bibir faraj dengan anggaran 20 30 darjah. Ini dapat mengelakkan termasuk tiub itu ke dalam saluran kencing (Urethral opening)

Tangan yang memegang cervik itu hendaklah membantu memasukkan tiub itu perlahan-lahan melepasi cervix . Kadangkala hujung tiub itu boleh tersangkut atau tersekat pada lipatan di hujung pertemuan faraj dengan cervix.

Jika terdapat bunyi kasar (grating) menunjukkan tiub itu telah melepasi kedalam cervix. Biasanya ini senang dilakukan dengan tangan kanan

Air mani akan disuntik dalam badan rahim selepas saja tiub suntikan tersebut melepasi lubang cervix. Air mani jangan di suntik terlalu jauh kedalam saluran rahim kerana ia mungkin akan sampai ke tanduk rahim (horn)

Terdapat juga beberapa kejadian dimana sebilangan kecil lembu-lembu yang susah untuk di masukkan tiub suntikan kedalam badan rahim (body of uterus). Sekiranya perkara ini berlaku suntikan hendaklah dilakukan seberapa jauh kedalam cervix.

Setelah Lembu Dipermanikan Setelah lembu dipermanikan pastikan ternakan tidak dilepaskan untuk meragut dengan lembu lain. Ini adalah bagi memastikan yang lembu jantan di kawasan tersebut tidak boleh mengahwini lembu yang telah dipermanikan dan menyebabkan keguguran berlaku. Setelah tiga minggu penternak-penternak perlu mengesan sekali lagi pusingan berahi lembu tersebut.

Ini adalah kerana kemungkinan lembu yang disuntik tersebut datang berahi lagi maksudnya kat sini permanian berhadas tersebut tidak berjaya. Seekor lembu akan mengawan semula diantara 17 hingga 24 hari selepas suntikan dilakukan jika sekiranya suntikan tersebut tidak berhasil. Sekiranya seekor lembu tidak menunjukkan tanda-tanda mengawan antara 60 hingga 90 hari (3 bulan) lembu itu dianggap bunting.

Thank You

Anda mungkin juga menyukai