Anda di halaman 1dari 3

ISU DAN ETIKA 2.6.

0 Pengenalan

Dalam melaksanakan program pengurusan tingkah laku, terdapat banyak isu yang mungkin timbul. Antaranya adalah; Sulit (confidential) Semua maklumat dan rekod murid dan ibu bapa adalah sulit Zero reject (education for all) Semua murid berhak mendapat pendidikan yang sesuai secara percuma Penilaian tanpa diskriminasi (non-discriminatory evaluation) Setiap murid perlu mendapat penilaian yang sesuai dengan latar belakang budaya dan bahasa sebelum ditempatkan dalam program pendidikan pemulihan Rancangan Pendidikan Individu (Individualized Educational Plan) Setiap murid yang pemulihan perlu ada rancangan pendidikan secara individu yang mencatatkan pencapaian semasa, matlamat, perkhidmatan khusus, prosedur, dan hasil (out-come) Due process Satu set prosedur untuk memastikan keadilan dalam membuat keputusan yang berkaitan pendidikan murid dan tanggungjawab dipikul bersama sama oleh pihak profesional (pakar), guru, dan ibu bapa Penglibatan dan persetujuan ibu bapa Ibu bapa bukan hanya terlibat dalam perancangan tetapi terlibat juga dalam membina program dan berhak mendapat rekod berkaitan pendidikan anaknya. 2.6.1 Hak asasi kanak-kanak

Allen (1969) dalam Walker & Shea (1995) telah menggariskan tiga prinsip sebagai panduan: i. Normalisasi Prinsip ini memberi peluang kepada mereka yang berkeperluan khas merasa kehadiran mereka hampir senormal mungkin. Perkara yang perlu diberikan perhatian: Persekitaran sebenar kanak-kanak.

Persamaan dan perbezaan di kalangan berbagai kumpulan dalam masyarakat. Pengetahuan tentang pertumbuhan dan perkembangan, keperluan, kehendak, kekuatan, dan ketidakupayaan kanak-kanak.

ii. Keadilan Prinsip keadilan berlandaskan due process yang mengkehendaki setiap tindakan memfokuskan kepada kebajikan kanak-kanak. Contoh tindakan yang tidak adil: Enggan mencuba pengurusan tingkah laku secara sistematik. Menempatkan murid secara sebarangan tanpa usaha membantu. Ketidaksediaan guru menyediakan perkhidmatan yang diperlukan.

iii. Penghormatan Prinsip penghormatan menjelaskan tentang hak seseorang untuk dilayan sebagai manusia yang bermaruah dan bukan seperti haiwan. Contoh tindakan yang salah: Hukuman fizikal (tampar, ketuk-ketampi) Hukuman psikologi (menyindir, memarahi, memberi gelaran) Pengabaian (menyekat kanak-kanak daripada peluang untuk berjaya) Pemisahan (salah penempatan di kelas khas) Pengasingan (penggunaan time out secara tidak konsisten dan lama Pengubatan (salah guna ubat kawalan) Hukuman kejam (sekatan, renjatan elektrik)

2.6.2 Penglibatan ibu bapa i. reaksi ibu bapa Reaksi ibu bapa dapat dilihat dalam tiga bentuk, iaitu: redha dan bersyukur keliru akibatnya timbul berbagai reaksi salahkan diri tidak gembira / murung rasa bersalah penafian menyalahkan orang lain menarik diri mengelak diri pemarah dan memencilkan diri bermusuhan terlalu mengharap kecewa

tidak dapat terima sama sekali.

ii. keperluan latihan Ibu bapa memerlukan maklumat tentang prospek masa depan anak-anak mereka, oleh itu mereka perlu diberi pendedahan berikut: cara menguruskan anak yang bermasalah / kurang upaya. penerangan pakar perubatan / psikologi / kaunseling dan sebagainya. perbincangan dengan waris yang senasib tetapi telah berjaya. peluang-peluang yang ada sama ada dari segi bantuan, pendidikan / latihan dsb.

iii. hubungan rumah dengan sekolah Para pelaksana perlulah berusaha menarik ibu bapa untuk melibatkan diri dengan setiap aktiviti yang dijalankan agar mereka faham dan dapat sama-sama terlibat. Mereka juga boleh meneruskan aktiviti yang dijalankan dirumah supaya ada kesinambungan.

Anda mungkin juga menyukai