Anda di halaman 1dari 1

Langkah Memulihara Alam Sekitar Kita boleh memulihara alam sekeliling melalui aktiviti penghutanan semula.

Penghutanan semula merupakan kegiatan menanam semula hutan yang telah ditebang dengan spesies pokok yang cepat tumbuh dan bermutu. Contohnya, pokok jenis pain, batai, dan sesenduk telah ditanam di Bukit Tinggi, Pahang. Jabatan Perhutanan Malaysia bertanggungjawab untuk menjalankan penghutanan semula. Kaedah ini dijalankan secara terancang dan sistematik. Tujuan utama penghutanan semula adalah untuk memastikan bekalan kayu yang bermutu dapat dibekalkan berterusan. Selain itu, pihak kerajaan harus mewartakan hutan simpan dan taman negara. Hutan simpan dan taman negara dapat memberi perlindungan kepada flora dan fauna yang hampir pupus. Kegiatan pembalakan, penerokaan hutan, dan pemburuan binatang tidak dibenarkan dilakukan di kawasan tersebut. Contoh hutan simpan dan taman negara yand telah diwartakan adalah seperti Hutan Simpan Sepilok dan Taman Negara Kinabalu di Sabah serta Taman Negara di Pahang. Di samping itu, petani-petani digalakkan supaya menggunakan baja organik atau baja asli daripada najis haiwan dan sisa tanaman untuk menggantikan penggunaan baja kimia bagi mengurangkan pencemaran tanah. Selain menambahkan kesuburan tanah, baja organik adalah lebih murah dan tidak perlu diproses. Contohnya, peladang lada hitam di Sarawak menggunakan guano, iaitu campuran najis burung dan kelawar sebagai baja. Bukan itu sahaja, petani boleh menggunakan kaedah biologi untuk mengawal makhluk perosak. Kaedah biologi ini dapat mengurangkan penggunaan racun serangga dan racun rumpai yang akan mencemarkan alam sekitar. Contohnya, di ladang kelapa sawit, ular, burung hantu, dan burung helang digunakan untuk menangkap tikus dan tupai yang merosakkan buah kelapa sawit.

Anda mungkin juga menyukai