Anda di halaman 1dari 105

If you like the reocities.

com project you can donate bitcoins to: 1E8rQq9cmv95CrdrLmqaoD6TErUFKok3bF


Perhatian : Kajian berikut tidak begitu terikat kepada disiplin pedagogi semata-mata. Ianya merupakan kajian lebih liberal mengikut kacamata perunding bebas dan faktor-faktor empirikal juga diambilkira. Haipotesis pedagogi tidak begitu ditekankan secara khusus walaupun sedikit unsur-unsur berkenaan masih dijadikan panduan secara generik oleh pengarang dalam memantapkan isi kajiannya. Aplikasi mana-mana kandungan dibawah masih memerlukan perbincangan secara kolektif dikalangan semua pihak yang berkepentingan termasuk warga akademik secara keseluruhan. Perunding bersedia untuk membuat kursus, bengkel dan taklimat jika diperlukan. Bagi pelajar IPT bidang pendidikan, anda dikehendaki menghubungi perunding/pengarang/pengelola laman web untuk keterangan selanjutnya. INOVASI DALAM PEDAGOGI, KURIKULUM DAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kajian Oleh : PN. TETTY HENNEY BTE ZULKIFLI dijalankan dengan usahasama dengan NIK ZAFRI (Pengeditan Semula : November, 2006)

1999-2000-2006 Tetty Henney Zulkifli/Nik Zafri. Sebarang penyalinan kembali ke atas mana-mana isi kandungan harta intelek berikut secara langsung atau tidak langsung perlu mendapat keizinan bertulis dari pengarang atau pengelola Nik Zafri Online. Pengarang tidak boleh disabitkan atas apa-apa tindakan perundangan dan tidak akan bertanggungjawab sekiranya aplikasi tanpa kebenaran menyebabkan kegagalan dalam perjalanan tradisi disiplin keilmuan pedagogi, pendidikan dan kurikulum. Keunggulan di dalam bilik darjah tidak mungkin dapat dilaksanakan menerusi kurikulum yang standard untuk semua pelajar. Walaupun ini

merupakan hakikatnya, masih banyak kita lihat sekolah-sekolah di Malaysia yang tidak memahami perkara ini. Inilah diantara sebab kenapa YB Tan Sri Musa Muhammad, mantan Menteri Pendidikan telah (secara tidak langsung) telah mencadangkan gabungan falsafah konservatif dan liberal dalam pedagogi. Ini dapat dilihat dengan cadangan beliau untuk memberikan sedikit kelonggaran bagi sekolah untuk menguruskan sendiri premis mereka dan menggalakkan sekolah memperkenalkan unsur-unsur ketrampilan/kemahiran dalam akademik. Selain itu konsep-konsep terkini seperti Sekolah Wawasan, Bestari dan Premier juga perlu mendapat sokongan tenaga pendidik bagi menjayakannya. Kesemuanya adalah bertujuan untuk melahirkan suasana pendidikan yang lebih demokratik dan bukannya untuk merosakkan keharmonian kaum seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. Di alaf baru ini, perhatian serius perlu diberikan terhadap isu-isu seperti budaya, etnik dan bangsa yang belajar dengan cara yang lebih seragam. Soalan-soalan berikut perlu ditanyakan terlebih dahulu : a. Bagaimanakah kita dapat mengetahui bahawa keseluruhan pelajar tidak kira dari mana sekalipun mampu belajar sejajar dengan panduan-panduan yang telah diberikan? b. Bagaimanakah caranya kita dapat menyeragamkan pengetahuan dan kemahiran/ketrampilan untuk semua orang?

Jika kita perhatikan suasana semasa sekarang, sudah tentu jawapanjawapan yang bakal diberikan adalah 'tidak tahu! Jadi apakah sebenarnya yang dipanggil keunggulan hasil inovasi dalam pedagogi? Bagaimanakah caranya kurikulum kini dapat disesuaikan dengan sekolah-sekolah dalam konteks budaya, etnik dan bangsa? Semua pentadbiran sekolah perlu diberikan peluang untuk menguruskan perkara ini secara bebas. Pengurusan yang boleh dilakukan ialah membangun dan menguji standard kandungan bagi menakrifkan pengetahuan dan kemahiran untuk sekolah masing-masing. Menerusi ujian/trial-run sahaja, aras dapat dilakukan keatas keberkesanan pelaksanaan. Banyak agensi/perunding/organisasi boleh terlibat sama dalam membantu projek ini seperti Lembaga Akreditasi Negara, Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan, organisasi korporat, orang awam dll. Kesimpulan dari pendapat umum seperti ini kadangkala

amat bernas dan boleh menjadi input-input yang positif untuk aras standarddan kurikulum akademik. Semua pengurusan dan standard perlu mendemonstrasikan skop kerja bagi mengenalpasti pengetahuan yang benar-benar diperlukan oleh pelajar. Warga pendidik secara keseluruhan juga perlu komited untuk sama-sama menentukan pelajar mencapai standard keunggulan. Apa yang perlu kita fikirkan sekarang ialah tradisi menilai pelajar yang berkaitan secara langsung dengan budaya normatif dengan membandingkan pelajar menerusi pengagihan kelok pencapaian dengan kelok keupayaan/kebolehan yang diperolehi menerusi Ujian IQ. Apakah ianya satu sistem yang baik? Atau hanya melahirkan lebih banyak diskriminasi. Umum berpendapat bahawa kecermelangan pendidikan dapat dijayakan menerusi ukuran tahap prestasi pelajar akan menentukan sasaran yang mencabar. Ada yang terlupa bahawa kurikulum yang seragam tidak mampu menghasilkan kecemerlangan untuk semua. Sebarang usaha ke arah mengelakkan pendekatan yang terlalu terikat kepada sort-and-select bagi mendapatkan hasil berkualiti perlu diberikan pujian. Ini sepatutnya menjadi sasaran bagi meminimakan sistem pengesan pada 'peringkat bawah kelok berbentuk bola' yang sering 'menghantui' pembentukan kurikulum. Walaubagaimanapun, asas utama inovasi pedagogi yang menekankan integrasi sumber dan kecukupan masa serta meningkatkan kemahiran dan pengetahuan perlu dikekalkan. Tidak dapat dinafikan, kadangkala kita perlu merenung dan menyemak kembali isi kandungan Penyata Razak dan sesuaikan/tingkatkan dengan zaman teknologi alaf baru. Segala masalah berhubung inovasi pedagogi tidak akan dapat diminimakan menerusi kurikulum/standard kandungan yang berdasarkan semata-mata kepada pembelajaran konsep-konsep yang penting, kemahiran berfikir dan aplikasi pembelajaran situasi 'sebenar'. Masalah juga akan bertambah apabila ramai pihak berbalahan tentang format kemahiran yang perlu diperkenalkan kepada pelajar mengikut kehendak pasaran pekerjaan alaf baru. Apabila kurikulum atau standard kandungan yang sama digunakan, sistem pendidikan tidak akan mencapai kejayaan sasaran untuk menjadikannya lebih demokratik dengan mengenepikan perbezaan

individu pelajar dari segi latarbelakang, pengalaman dan minat. Jika ini dapat dipinda, tentunya, keunggulan daripada setiap pelajar akan dapat dimaksimakan. Langkah susulan yang perlu dilakukan selepas ini ialah semakan kembali ke atas tiga (3) falsafah pendekatan terhadap standard/kurikulum pedagogi iaitu :- konservatif, liberal dan kiritikal. Ketiga-tiga pendekatan ini dapat menjelaskan isu berhubung takrif konsep standard dan keunggulan dalam konteks pendidikan yang lebih demokratik. Pendekatan terhadap standard bagi membangunkan ketiga-tiga falsafah ini perlu dikaji dari segi kebaikan dan keburukannya. Gabungan yang tepat ke atas ketiga-tiga elemen ini akan memudahkan satu panduan diwujudkan bertujuan untuk membangunkan standard yang lebih demokratik dan unggul sehingga ke bilik darjah. Sekitar Konsep Konservatif, Perkembangannya dan Pengaruhnya Terhadap Pedagogi Malaysia Pendekatan konservatif di Malaysia telah banyak mengalami perubahan semenjak zaman pasca-kolonialisma. Kini ianya lebih banyak mendiskusikan kebebasan individu dan awam. Impak yang ditinggalkan ada kalanya positif dan ada kalanya negatif - bergantung kepada suasana semasa. Didapati mekanisma kawalannya juga agak minima tetapi lebih mementingkan pelaksanaan berperingkat dan melihat hasilnya. Isu kualiti dan standard sekolah termasuk kuasa guru dan guru besar/pengetua juga ditekankan. Kebelakangan ini, konsep ini dikatakan cenderung kepada pengurusan dari bawah ke atas dan komited kepada kebebasan dalam merekabentuk program yang sesuai dengan kehendak mengikut zon/kawasan masing-masing. Ini tanpa disedari adalah pengaruh daripada falsafah liberal. Falsafah konservatif baru ini juga didapati tidak menyetujui kuasa secara mutlak seseorang ketua membuat keputusan disamping tidak menggemari penubuhan jawatankuasa yang tidak bersikap terbuka terhadap pendapat. Falsafah konservatif berpendapat bahawa sokongan atau tentangan ibubapa terhadap sekolah akan bergantung kepada cara pengurusan sekolah melayan mereka. Sebarang campurtangan 'luar' akan menjejaskan perjalanan pengurusan sekolah. Standard yang diwujudkan sentiasa menakrifkan satu set "kemahiran asas" contohnya 3M. Namun, ramai pengkritik berpendapat bahawa konsep konservatif tidak mahu berubah mengikut keadaan dan terlalu banyak unsur politik

didalamnya. Saya berpendapat, konsep ini terlalu berhati-hati dalam membuat perubahan bukannya tidak mahu berubah langsung. Konsep inilah juga yang menuntut supaya pelajar didedahkan daripada usia yang masih muda mengenal sejarah Malaysia dalam kesemua mata- mata pelajaran sebagai asas persediaan mereka untuk zaman alaf baru yang lebih mencabar hasil cabaran globalisasi. Unsur-unsur pembelajaran sastera dan seni juga perlu dikekalkan. Elemen-elemen seperti ini dapat mengekalkan nilai budaya dan intelektual dalam pendidikan. Pendedahan ini didapati telah dipraktikkan oleh hampir kesemua sekolah di Malaysia. Namun, penekanan terhadap bahasa penghantar kedua iaitu Bahasa Inggeris didapati agak berkurangan. Mungkin pengaruh chauvinistik atau fanatik yang melulu telah menjadi penyebabnya. Bahasa Inggeris termasuk bahasa asing yang lain perlu ditekankan demi kemahiran menafsirkan ilmu yang disadur daripada negara asing yang semakin meningkat terutamanya menerusi Internet. Untuk ini, Kementerian Pendidikan telah banyak memainkan peranan mereka (hampir 30 tahun) namun kempen Bahasa Inggeris masih lagi seolah-olah dipandang sepi atau 'angin-anginan'. Walaupun terdapat usaha telah dilakukan namun didapati semakin ramai anak-anak kampung, kawasan pendalaman dan pinggir bandar didapati masih belum begitu fasih dalam berbahasa Inggeris. Kita bimbang, jika fenomena ini berlanjutan, maka kemungkinan kerajaan terpaksa meminimakan peruntukan terhadap kempen berbahasa Inggeris. Dari sudut positif yang lain, kita dapati juga konsep konservatif berjaya melahirkan ramai pelajar-pelajar terbaik dari sekolah luar bandar. Kadangkala kekurangan infrastruktur dan bantuan material serta sokongan moral dari luar boleh mencetuskan usaha bersungguhsungguh untuk membaiki taraf hidup di kampung yang dilihat masih memerlukan pembangunan. Kita telah melihat bagaimana pelajarpelajar yang agak patriotik dengan kawasan perkampungan sering 'pulang ke lubuk' apabila berjaya mendapatkan ilmu dan pengalaman dari bandar. Tujuan mereka tidak lain dan tidak bukan ialah untuk membangunkan kampung mereka dengan ilmu yang diperolehi. Boleh dikatakan kebanyakannya berjaya dalam usaha mereka dan mengambilalih tugas 'wakil-wakil rakyat', penghulu dan penggawa dengan meletakkan proses urbanisasi dengan cara yang tersendiri. Dalam konteks ini, jelas kepada kita bahawa bantuan yang terlalu banyak terutamanya daripada Kementerian Pendidikan kadangkala

mampu menjadikan sesebuah sekolah sebagai 'anak manja yang disuap'. Cara Meningkatkan Falsafah Konservatif dengan menggunakan kaedah Liberal Secara keseluruhannya konsep konservatif masih memerlukan pembaharuan tanpa mengenepikan nilai-nilai asas yang murni terdapat di dalamnya. Suka atau tidak, perubahan zaman wajib diambilkira kerana kebanyakan sumber pedagogi falsafah konservatif didapati tidak lagi dapat menampung kehendak peredaran masa dan peningkatan teknologi pendidikan yang semakin pantas. Sebarang unsur baru dari segi liberal perlu dimasukkan secara berhati-hati supaya pedagogi tidak berakhir dengan terlalu banyak dasar, misi, sasaran, falsafah, prosedur, fail, kertas, data, carta aliran dll yang tidak mampu dilaksanakan dan redundant. Teknologi dan sistem juga perlu diperkenalkan secara berperingkat-peringkat supaya konsep konservatif dapat menjalani ujian masa bagi mengadaptasikan kepada sistem dan teknologi yang muttakhir. Isu-isu semasa seperti masalah disiplin yang semakin merosot, peningkatan jenayah pelbagai, kerosakan akhlak dan jurang generasi pendidik muda dan berumur juga perlu diambilkira. Sebarang unsur berbentuk terlalu cenderung kepada 'perniagaan dan memenuhi poket sendiri' dari semua pihak samada dalaman atau luaran mestilah diminimakan. Unsur negatif ini didapati telah merosakkan kemurnian hasrat kerajaan bagi menjadikan pedagogi sebagai asas melahirkan kedua-dua pendidik dan pelajar yang cemerlang. Pendedahan kepada kepelbagaian kemahiran dan kepintaran ke atas sistem 'sort and select' juga perlu bagi melahirkan ilmu pedagogi yang komited terhadap sistem pendidikan cemerlang dan demokratik. Pengurusan sendiri pentadbiran sesebuah sekolah masih memerlukan banyak pendedahan kepada unsur-unsur luaran yang positif. Jika pengurusan tidak dikawal, adalah dikhuatiri, sistem konservatif ini akan menyebabkan bias, minat parochial dan ketidakseragaman dalam apaapa program yang dirancangkan. Pengurusan sendiri sekolah tanpa bimbingan berpotensi menjadikan sesebuah sekolah tidak langsung menerima pendapat dari luar kerana terlalu bergantung kepada falsafah sendiri dan membuat reformasi yang tidak selaras dengan hasrat negara.

Pengurusan disentralisasi ala falsafah konservatif ; walaupun ada kebaikannya; masih perlu benar-benar mengikut kehendak falsafahfalsafah liberal seperti TQM dan bukannya hanya tertulis kepada dasar namun ianya tidak diamalkan. Dari kajian sendiri, saya dapati keduadua stail pengurusan liberal ini iaitu disentralisasi dan berpusat (bawah ke atas dan atas ke bawah) masing-masing mempunyai kelebihan dan keburukan tersendiri. Ianya juga memerlukan pergabungan teliti. Selain itu tindakan proaktif dan reaktif dalam konteks pencegahan dan pembetulan adalah perlu justeru kita tidak mungkin dapat menjangka sesuatu kes yang bakal berlaku terutamanya jika kali pertama kita menghadapi sesuatu masalah yang tidak pernah dialami sebelumnya oleh mana-mana sekolah di Malaysia. Pengaruh falsafah liberal yang menakrifkan kemahiran asas sebagai apa yang pelajar perlu tahu dan mampu membuatnya perlu dikenalpasti dan dianalisa untuk mendapatkan hasil kritikalnya. Kemudian jadikan ia sebagai salah satu asas formula bagi mendefinisikan tingkahlaku pembelajaran seseorang pelajar dan penilaian menerusi aplikasi berasaskan prestasi. Falsafah liberal juga agak terbuka kepada pendapat luar terutamanya mereka yang pakar dalam bidang masingmasing. Standard yang baru mestilah berorientasikan penyelesaian masalah, komunikasi dan pendekatan bersepadu terutamanya ke atas subjeksubjek seperti sains dan matematik. Subjek-subjek teknikal ini mestilah berbentuk pemahaman konsep dan bukannya belajar untuk lulus peperiksaan. Sejarah Malaysia yang banyak memaparkan perkaraperkara berhubung budaya, etnik, perkauman dan sebagainya perlu disalurkan ke arah memperbetulkan ketidakseimbangan yang pernah dipudarkan faktanya oleh penjajah. Falsafah pendidikan harus mengambilkira amalan pengetahuan, disiplin ilmu yang baik, kualiti pendidikan, peningkatan ilmu dan tidak mengulangi kegagalan dasar, praktik dan strategi yang pernah diwujudkan. Selain itu, konsep-konsep baru seperti TQM, ISO 9000 dan lain-lain yang setaraf perlu menjadi elemen yang bersifat 'complementary' sahaja dan bukannya mengubah 100% falsafah dan pengurusan yang sedia ada. Ini kerana untuk benar-benar menyesuaikan kehendak-kehendak standard dengan suasana akademik adalah sesuatu yang Easier Said than Done. Walaubagaimanapun, complementary yang dimaksudkan antara lain ialah ianya banyak menekankan prinsip yang saling perlu-memerlukan

dan haipotesis yang menghala kepada kemahiran pelajar, empirikal, holistik, keunggulan/keaslian, expresif, reflektif, sosial, kerjasama dalam satu pasukan, kognitif, pembangunan dan cabaran. Metodoloji-metodoji ini; jika betul aplikasinya; mampu menjadi pemangkin kepada konsep pembelajaran dan agak berlainan dengan falsafah konservatif yang berpendapat bahawa pengetahuan diasaskan sendiri oleh pelajar, pergaulan mereka, pengalaman mereka dan daya kognitif yang terhasil dari ilmu yang baru. Perlu diingatkan, apabila bercakap mengenai daya kognitif(pengetahuan dan analitikal), psikomotor (ketrampilan), afektif (pembangunan siasah diri) dan pencapaian tahap pemikiran di alaf baru, ianya tidak lagi terikat kepada unsur tradisi atau haipotesis dalam pedagogi tetapi perlu diambilkira keadaan muttakhir persekitaran termasuk perkembangan teknologi terkini dan lain-lain pihak berkepentingan yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini. (lihat artikel Psikologi 2000 karya Tetty Henney dalam ruangan PendidikNet Malaysia yang juga termuat dalam ruangan kumpulan artikel ini.) Model yang baru ini perlu mempunyai komponen sosial yang menekankan interaksi yang kuat bagi membina jaringan pengetahuan yang baik kepada pelajar. Dari segi kemahiran (mengikut falsafah liberal) pula, ianya perlu dijalankan secara berperingkat-peringkat mengikut tahap pelajar itu sendiri dan tidak berbentuk paksaan memahami dan memperbuat sesuatu diluar kebolehannya. Kemahiran atau ketrampilan ini juga perlu memasukkan unsur-unsur kerjasama, pemikiran analitikal dan kritikal serta penyelesaian terhadap masalah dan komunikasi yang berkesan. Walaupun unsur kepintaran buatan seperti robotik, automasi dan komputer didapati telah mula mengambilalih tugas manusia, namun masih terlalu banyak proses yang tidak dapat 100% diaturcara. Malah teknik kuantitatif dan statistik moden sekalipun hanya menjadi pemangkin kepada membuat keputusan dan bukan menguasai proses pembuatan keputusan. Proses membuat keputusan masih memerlukan kepintaran dan penilaian kemanusiaan yang formal. Unsur ketrampilan yang mungkin boleh diperkenalkan di peringkat awal ini; sebagai contoh; ialah kemahiran komputer secara asas seperti aplikasi (umpamanya pemerosesan perkataan, helaian hamparan, grafik diatas meja, persembahan grafik/beranimasi/multimedia, pangkalan data dan rekabentuk laman web)

Sistem pekerjaan yang terlalu mementingkan kelayakan akademik (hasil sort and select) kini mendapat saingan sengit oleh sistem yang berdasarkan ketrampilan dan pengalaman justeru ianya dikatakan lebih 'result-oriented'. Ternyata fakta ini benar apabila pasaran pekerjaan Malaysia terpaksa mengambil masa dalam pemilihan calon yang rata-rata berdasarkan akademik haipotesis dan bukannya ketrampilan yang disesuaikan dengan kehendak majikan dan skop industri. Kemahiran teknikal seperti kejuruteraan awam juga telah membuat banyak pindaan ke atas formula berasaskan algebra, kalkulus, sinus, kosinus, tangen, parameter dsb. dalam mendapatkan pengukuran struktur yang mempunyai 'ralatizin yang masih dalam margin kesalahan yang minima' kerana kadangkala formula matematik formal tidak mampu mengeluarkan keputusan yang tepat dalam konteks suasana yang sebenar. Selain pengiraan, faktor geologi dan fizik juga diambilkira. Bagi mencapai tahap ketrampilan yang baik tentunya kurikulum dan tenaga pengajarnya juga perlu baik. Contohnya untuk memasukkan 'ralatizin' dalam formula matematik dan sains memerlukan anjakan paradigma tenaga-tenaga pengajar itu sendiri. Ini tidak akan dapat dijayakan jika tenaga pengajar belum bersedia menerima perubahan ini. Bengkel demi bengkel ketrampilan perlu lebih banyak diadakan dan bukannya semata-mata untuk memberikan tenaga pengajar peluang untuk bercuti atau berakhir dengan konflik perdebatan tanpa penyelesaian. Tenaga pendidik perlu diberikan kebebasan bersuara dan mencadangkan sesuatu yang baik. Mereka juga perlu diberikan latihan yang kadangkala diluar daripada tradisi keilmuan pedagogi. Sudah tiba masanya, tenaga pendidik tidak terlalu terikat kepada peraturan yang terlalu ketat sehingga tidak memberikan ruang untuk berkembang. Tenaga pendidik sendiri juga harus bersedia dari segi fisikal dan mental secara relahati tanpa paksaan serta tekanan untuk menerima perubahan ini demi kebaikan semua. Jika ini tidak berlaku, maka masalah depresi dikalangan guru akan semakin meningkat dan kos rehabilitasi psikologi juga akan meningkat. Boleh dikatakan kos ini salah-satu unsur 'intangible' yang jika meningkat melebihi marginal jangkaan, maka kualiti dan keunggulan tidak akan tercapai sepenuhnya. Dalam konteks kerajaan sendiri, audit/penilaian kualiti pihak ketiga yang betul caranya ke atas sekolah-sekolah yang diurus dan ditadbir sendiri akan mengurangkan jurang ketidakadilan yang sering diperkatakan

dalam penilaian prestasi dan kenaikan gaji. Ini bukanlah bermakna sistem penilaian prestasi dan kenaikan gaji mengikut kelok perlu dihapuskan, cuma ianya perlu bersifat lebih telus dan bukannya bersifat individualistik. Sistem audit ini perlu foolproof dan failsafe. Dalam konsep audit sebarang kelok memerlukan justifikasi dan apabila diminta maka bukti kukuh perlu dikemukakan - biasanya berbentuk data yang telah dianalisa yang dipakejkan bersama dengan satu pelan tindakan yang baik dan munasabah. Pengauditan proses, prestasi, kewangan, latihan, sumber dsb. perlu diadakan menerusi sistem kawalan kualiti yang lebih terbuka dan mengambilkira bukti seperti rekod, data, dokumen, maklumbalas, pengukuran sumbangan, kepatuhan disiplin dan sebagainya. Selain itu, sekolah yang masih serba kekurangan, juga memerlukan prasarana yang kena pada masa dan tempatnya. Ini termasuklah saiz sekolah dan kelas yang lebih lapang, bahan yang mencukupi, peningkatan kualiti makmal sains dan komputer, pendidikan luaran dan dalaman yang seimbang dan peluang serta strategi, masa dan adanya tenaga pengajar yang mencukupi bagi membantu pelajar yang masih serba kekurangan. Tanpa perubahan seumpama ini, tentunya banyak pelajar-pelajar termasuk tenaga pengajar tidak dapat mencapai tahap kecermelangan menerusi sistem baru ini. Atas sebab-sebab inilah, apa sahaja konsep baharu dalam pedagogi yang hendak diperkenalkan perlu mengambilkira kehendak semua kaum, budaya, status dan latarbelakang masing-masing. Walaupun falsafah liberal dapat memainkan peranan sebagai pemangkin perubahan konsep konservatif, namun masih terdapat banyak kekurangan yang boleh diisi dengan pendekatan falsafah tradisi konservatif. Umpamanya dalam masalah psikologi pelajar yang menyebabkan perlanggaran disiplin dan moral secara berleluasa; tidak dapat dinafikan; ialah disebabkan falsafah liberal yang tidak terkawal. Ini ditambah pula dengan pendapat-pendapat luar yang tidak mempunyai kepentingan secara langsung didalam keilmuan pedagogi kecuali kepentingan peribadi dan perniagaan. Senario ini juga mampu menggugat sistem pendidikan negara. Dari itu, falsafah konservatif yang sesetengahnya disesuaikan daripada ajaran keagamaan masih perlu memainkan peranan dalam dunia materialistik. Bergantunglah ke atas kepandaian guru itu sendiri dalam memilih cara yang terbaik untuk menangani sebarang masalah yang timbul. Ini hanya dapat digarap

menerusi pengalaman yang dilaluinya. Disinilah kita dapat lihat pula kelebihannya memihak kepada guru-guru yang berumur yang kaya dengan kaedah intelektual, sosial dan budaya yang jarang dapat dipelajari daripada buku pedagogi sendiri. Dalam hal ini, keupayaan menyesuaikan diri dengan budaya kawasan tempat mengajar juga perlu diambilkira. Kadangkala apa yang dipelajari belum tentu dapat dipraktikkan kecuali jika guru itu mempunyai pengetahuan tambahan seperti telematik. Kurikulum pendidikan boleh berubah tetapi tidak boleh terlalu banyak perubahan kerana ianya akan hanya menghasilkan kegagalan dalam tempoh jangkapanjang. Perubahan mendadak akan menyebabkan pelajar yang akan menjadi mangsa. Kuasa dan hak juga perlu digariskan dengan lebih jelas umpamanya di antara PIBG, tenaga pengajar, kakitangan, jabatan dan Kementerian Pendidikan serta orang awam. Jika hak ini hanya dibuat di atas kertas tanpa penerangan yang jelas kepada semua pihak yang disebutkan lebih-lebih lagi orang awam dan ibubapa, pastinya banyak masalah yang akan timbul termasuklah isu perkauman, perundangan, perbezaan tahap/diskriminasi dan politik. Kebelakangan ini, kita rasa ganjil mendengar 'kriteria kelayakan' bagi memilih peneraju umpamanya barisan pemimpin PIBG yang terdiri dari mereka yang mempunyai 'pengaruh' (politik biasanya) di mana ini adalah sesuatu yang kurang menepati prosedur pemilihan dan standard. Pengaruh Falsafah Kritikal

Falsafah kritikal berpendapat bahawa pengetahuan perlu melalui proses budaya, sejarah, etnik dan linguistik sesuai dengan konsep asalnya. Tenaga pengajar akan dapat menggunakan unsur dalam membantu pelajar lebih memahami isu-isu semasa terutamanya persamaan dan keadilan sosial bagi melahirkan suasana demokratik. Pengetahuan asas mengenai struktur masyarakat seperti ekonomi, negara, tempat kerja dan budaya pelbagai juga ditekankan. Kurikulum perlu mampu menjadi pelantar kritik ke atas pengetahuan berbentuk dominan. Falsafah kritikal juga banyak menekankan disiplin seorang guru dalam menyebarkan pengetahuan kepada pelajar. Pelajar lebih banyak perlu diberikan ruang untuk bertanya tanpa melebihkan peluang berkenaan hanya kepada guru semata-mata. Penyesuaian kepada kehendak komuniti setempat akan

menyemarakkan semangat pelajar untuk belajar dan akan cuba memperbaiki taraf kehidupannya yang serba kekurangan apabila berjaya nanti. Pelajar juga perlu diberikan peluang untuk menilai pengetahuan yang diterima, menyuarakan pendapat, menentukan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai diterima oleh mereka dan siapakah tenaga pengajar dan bahan yang digunakan dalam membantu mereka berjaya. Kerjasama kedua belah pihak di antara tenaga pengajar dan pelajar secara lebih terbuka adalah penting. Namun, ada yang berpendapat bahawa falsafah kritikal dikatakan hanya berdasarkan teori dan tidak mampu dipraktikkan walaupun usaha memperkenalkannya telah lama dijalankan. Ianya juga dikatakan terlalu banyak pengaruh fahaman sosiologi dan politik yang sempit dan ternyata banyak kegagalan dihadapi apabila cuba untuk dilaksanakan. Sejauh mana benar dan bernasnya pendapat ini tidaklah dapat disahkan. Apa yang jelas ialah falsafah kritikal mungkin menjadi 'tindanan'(overlap) kepada cadangan integrasi falsafah konservatif dan liberal. Kurikulum baru perlu menjelaskan keperluan pelajar secara lebih meluas dalam konteks demokratik dan bukannya berdasarkan kepada agenda politik teori kritikal. Ianya hanya meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam disiplin ilmu yang dipelajarinya sahaja. Piawaian berhubung dengan sesuatu prinsip matematik, pembangunan haipotesis saintifik, kemahiran berkomunikasi samada secara lisan atau tulisan, dan analisa sebab dan musabab berdasarkan sejarah adalah suatu pengetahuan yang begitu mustahak. Mereka akan jadi terasing dan hegemonik jika tidak mempelajari teori atau mendapat pendedahan baru jika lebih ditekankan kepada mempelajari kehendak komuniti setempat sahaja. Ini bukanlah bererti kita perlu menenepikan kehendak komuniti setempat tetapi dengan hanya bergantung kepada sejarah, budaya, adat resam, peradaban, tamadun, ilmu dan lain-lain dalam skop yang kecil akan menjadikan mereka sebagai tidak bermobilisasi dan terlalu parokial dan chauvinistik. Standard baru yang bakal diperkenalkan tentunya sukar untuk dilancarkan dan mencapai kata putus secara kolektif, jika falsafah kritikal melebarkan pengaruhnya. Dalam pendapat saya, integrasi

falsafah liberal dan konservatif yang sedia ada telah pun mencukupi dan menjelaskan keperluan-keperluan kritikal secara generik. Standard gabungan ini perlu menekankan jaringan yang padu, kerjasama, unsur konstruktif, kreativiti, persefahaman, kemahiran, pengurusan pengetahuan, pedagogi, pendidikan, kurikulum dan lain-lain dengan semua pihak yang berkepentingan samada di peringkat Kementerian, agensi kerajaan yang berkaitan, sektor korporat, institusi professional, ibubapa, pelajar dan orang ramai. Sudah tiba masanya, Malaysia mempunyai sistem pendidikan dan pedagoginya yang tersendiri dalam pembinaan dasar dan kurikulum. Segala prasarana perlu diwujudkan dengan segera dengan kerjasama semua pihak dan tidak hanya terbatas atau bergantung sepenuhnya kepada Kementerian Pendidikan semata-mata (minda subsidi atau minda peruntukan) Dalam kegawatan ekonomi yang kini sedang menunjukkan tanda-tanda pemulihan, semua pihak perlu menunjukkan rasa prihatin terhadap suasana pendidikan, pedagogi dan kurikulum negara kerana ini merupakan punca kepada kemunculan ahli ilmu, tenaga professional, tokoh korporat, pemimpin dan sebagainya yang bakal mencorak masa hadapan negara. Ianya perlu mendapat perhatian segera kerana masalah remaja semakin meningkat - hari demi hari. Saya memuji tindakan Kementerian Pendidikan (kini Kementerian Pelajaran & Kementerian Pengajian Tinggi - Peng.) yang begitu berusaha keras ke arah perubahan dengan mengadakan begitu banyak seminar dan bengkel berkenaan peningkatan kualiti dalam pendidikan serta pedagogi negara kebelakangan ini. Didapati banyak kaedahkaedah yang sesetengahnya telah disebutkan di atas telah mula diberikan perhatian oleh golongan pendidik, pelajar, warga akademik dan semua pihak yang berkepentingan. Isu ini kini telah menjadi tanggungjawab semua yang ingin melihat generasi yang lebih baik dalam usaha mencapai keunggulan sehingga ke peringkat bilik darjah dengan suasana yang penuh demokratik. Ini akan dicapai dengan perhubungan pedagogi dengan keperluan, minat dan tujuan pelajar itu sendiri. Latarbelakang pelbagai pelajar dari segi etnik, agama, cara dibesarkan, keluarga, lokasi tempat tinggal dsb. boleh dijadikan ilham dan input kepada standard baru ini.

Jika ini gagal dilakukan, maka standard yang sedia ada akan diteruskan secara didaktik dengan epistimoloji yang positivis. Pastinya, yang menjadi mangsa adalah pelajar dan bukannya pendidik. Sistem pendidikan perlu lebih kepada memaksimakan potensi pelajar itu sendiri sebagai persediaan menghadapi alam remaja, pendidikan tinggi dan akhirnya pekerjaan. Pelajar perlu mendapatkan pendedahan ini kerana ianya akan pasti meninggalkan impak dalam kehidupan seterusnya. Satu tinjauan ke atas pelajar dan latarbelakangnya perlu diadakan seberapa segera. Kadangkala pelajar sendiri boleh mengemukakan ideanya diatas kertas bagi membantu hasrat ini. Secara teorinya, pengemukaan idea serta perbincangan terbuka tanpa prasangka akan menaikkan sifat kekitaan atau pemilikan ke atas idea dan sekolah tempat dia belajar. Projek seumpama ini telah pun dijalankan di negara-negara maju yang lain di mana satu konsensus telah dicapai mengenai pengurusan pengetahuan (knowledge management - asas K-Ekonomi) secara :a. b. c. d. berprosedur, memahami idea secara mendalam, mengetahui cara-cara mencari dan menilai maklumat, menjadi pembaca/penulis/pendengar/pensyarah/pemikir yang lebih berkesan, produktif, strategis (terutamanya dalam menghasilkan keputusan dan penyelesaian masalah secara reaktif atau proaktif) e. kerjasama dalam satu pasukan. f. Tahu memanipulasi teknologi dan mengaplikasikan pengetahuan mengikut suasana.

Tajuk yang ditetapkan biasanya tidak spesifik tetapi berkaitan dengan peningkatan kualiti pedagogi, pendidikan, kurikulum dan dasar. Pelajarpelajar dibenarkan menggunakan sokongan audio-visual, biasanya persembahan grafik dan animasi teks menerusi komputer (multimedia) bagi menyuarakan pendapatnya mengikut apa yang dikajinya. Mereka diberikan kebebasan mencari maklumat daripada mana-mana sumber samada, orang ramai, ibubapa, perpustakaan, keratan akhbar, internet, pengalaman sendiri, pengaruh etnik/budaya/adab resam/tamaddun/agama, perundangan dan lain-lain. Konsep ini dikenali sebagai 'rubrik' yang mementingkan persembahan lisan dan bagaimana

pelajar mengendalikan maklumbalas termasuk kritik daripada panel diskusi yang terdiri daripada rakan pelajarnya serta gurunya. Sekiranya sebarang ketidakpatuhan kepada kehendak spesifikasi (yang ditetapkan secara kolektif sebelumnya) akan diambil tindakan pembetulan dan pencegahan seberapa segera. Kemudian pelajar dikehendaki membuat persembahan kedua sehinggalah ianya memuaskan kehendak rakan pelajarnya dan gurunya. Cara ini terbukti menjadikan tenaga pendidik lebih serasi dengan standard baru dan didapati mereka lebih prihatin untuk memperbaiki kelemahan mereka sendiri dan pelajar serta meningkatkan kualiti kedua-belah pihak secara bersinambung. Sebarang pindaan akan dilakukan dan mungkin diluluskan serta-merta dan pihak atasan pendidikan akan diberikan sesalinan pindaan berkenaan. Pengurusan sekolah akan diberikan masa untuk 'trial-run' konsep baru yang diperkenalkan. Mereka kemudiannya akan diaudit oleh pihak berkuasa pendidikan bagi memastikan apa yang ditulis/dipinda itu diamalkan. Sekiranya terbukti berjaya, maka sebarang idea baru yang dikemukakan akan menjadi asas ukuran (benchmark) kepada perubahan di peringkat pusat. Di sini kita dapat lihat unsur demokratik yang sebenar telah dipraktikkan dan dalam konteks kualiti, semua pihak berpuashati kerana ianya merupakan cadangan kolektif mereka sendiri. Pihak atasan hanya memantau bagi mempastikan kepatuhan dan keberkesanan dan memberikan nasihat dan panduan perundangan jika perl

ISU 25

Guru digesa tingkat kemampuan pedagogi


Dari Berita Harian

GURU harus membudayakan diri dengan amalan penyelidikan bagi meningkatkan kefahaman serta kemampuan mereka dalam bidang pedagogi, seterusnya membantu pendidikan negara menjadi lebih berkualiti dan cemerlang. Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan, Abu Bakar Bachik, berkata ini sejajar dengan pendapat bahawa peningkatan proses

pengajaran dan pembelajaran serta profesionalisme pendidik bergantung kepada tindakan mereka menyelidik atau mengkaji pengajaran sendiri. Beliau berkata, penyelidikan itu yang dikenali sebagai penyelidikan dilakukan oleh pelaksana ataupun practitioner research, merujuk kepada penyelidikan yang dijalankan seseorang berfokuskan kepada suatu aspek tugas hariannya. Dalam konteks pendidikan, katanya, keprihatinan utama penyelidik ialah ke arah memahami kesan amalan atau tindakan sendiri sebagai seorang guru terhadap pembelajaran pelajar mereka. Menurutnya, langkah itu bertujuan membawa perubahan dan inovasi dalam amalan bilik darjah serta polisi yang menjadi pegangan institusi guru berkenaan, terutama mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Lebih khusus lagi, penyelidikan itu menjurus kepada pengkajian mengenai pengajaran dan pembelajaran atau faktor yang secara langsung mempengaruhi proses berkenaan. Di samping itu, ia juga menggunakan pendekatan penyelidikan tindakan dan mengguna pakai kaedah pertanyaan serta cara melaporkan dapatan, yang bersifat eklektik, pragmatik dan mudah difahami guru, katanya. Beliau berkata demikian dalam ucap utama sempena perasmian Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Bahasa Melayu Malaysia (IBMM) bertema Pembestarian Ke Arah Kecemerlangan Pendidikan di Kuala Lumpur, baru baru ini. Teks ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Guru, Dawam Kahat. Menurut Abu Bakar, practitioner research merupakan bidang yang semakin penting dalam konteks keguruan, sama ada dari aspek pembangunan profesionalisme berterusan seseorang guru, mahupun berhubung dengan pembangunan ilmu pedagogi. Bagi melahirkan pengajaran berkualiti, inovatif, berkesan dan sempurna, katanya, seseorang pendidik perlu membudayakan diri mereka dengan amalan penyelidikan. Menurutnya, hasil penyelidikan harus dianggap sebagai wadah yang dapat memaparkan perkembangan ilmu pengetahuan dalam suatu disiplin di samping usaha untuk menampakkan kemajuan diri guru sebagai staf profesional yang sedia berperanan secara sistematik dan membaiki amalan seharian.

Justeru, adalah wajar pendidik menjalankan penyelidikan dan membuat refleksi yang kritis dengan tujuan menjadikan pengajaran mereka lebih berkualiti tanpa mengetepikan keperluan pelajar. Guru atau pensyarah mesti bersedia menjadi pengamal yang reflektif. Jika membuat refleksi ke atas setiap pengajaran dan pembelajaran dilalui, mereka pasti mampu melakukan perubahan, pembetulan mahu pun penambahbaikan dalam aspek berkaitan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Budaya penyelidikan seperti ini akan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran sekali gus membawa inovasi dalam proses berkenaan. Sehubungan itu, kepentingan penyelidikan dan pembangunan ke arah membawa perubahan serta inovasi pendidikan menjadi semakin nyata, katanya. Abu Bakar berkata, amalan penyelidikan memang perlu sekiranya guru menginginkan proses pengajaran mereka sentiasa berkembang, bersifat inovatif, memorable, motivational dan bermakna kepada pelajar. Justeru, beliau berkata, seseorang pendidik harus mempunyai pengetahuan mendalam mengenai disiplin dan pedagoginya selain terbabit secara aktif untuk memajukan pembelajaran di kalangan anak didik mereka. Sebagai pendidik, katanya, guru atau pensyarah patut boleh mereka bentuk kurikulum tambahan berkaitan pembelajaran mengikut keperluan serta dapat mencipta dan mengaplikasikan strategi pengajaran yang memenuhi kehendak pembelajaran. Selain itu, menurutnya, guru dan pensyarah juga harus mampu menggunakan prosedur serta kriteria menilai lebih sensitif dan juga rigorous yang dapat membentuk pelajar menampilkan komitmen tinggi untuk belajar. Justeru, saya ingin menegaskan bahawa budaya penyelidikan untuk menanam sikap budaya ilmu perlu diterapkan di institusi pendidikan, katanya. Aktiviti penyelidikan perlu diperbanyakkan kerana penyelidikan adalah suatu disiplin yang melatih dan membolehkan pensyarah serta guru memberi hujah jitu dan padat dalam membicara isu semasa pendidikan, katanya.

Inovasi dalam sisitem pendidikan lahirkan pelajar yang berdaya saing Menurut Ghani Nasir ( 2010 ), inovasi dalam kurikulum dan kokurikulum dalam sistem pendidikan

pembelajaran negara perlu memastikan kandungan ilmu mampu melahirkan pelajar yang berdaya saing sehingga di peringkat antarabangsa. Inovasi juga perlu untuk melahirkan pelajar yang dalam masa yang sama tetap utuh dalam mempertahankan jati diri dan identiti bangsa Malaysia.Inovasi dalam mata pelajaran seharusnya bersifat konstektual yang bertumpu ke arah pemikiran yang kritis, kreatif dan kemahiran pemikiran yang selanjutnya dapat memupuk minat pelajar dalam pembelajaran mereka. Berhubung ICT pula, Ghani Nasir ( 2010 ) berpendapat bahawa para pendidik perlu memaksimumkan pengintergrasian ICT dalam penyusunan dan penginovasian pendidikan sejajar dengan kepesatan era teknologi masa kini. Ini bertujuan bagi menghasilkan bahan pengajaran yang berkesan dan meningkatkan pencapaian pelbagai jenis pelajar. Penyelaras ICT sekolah perlu dilatih supaya mahir dalam aspek pengurusan makmal, penyelenggaraan komputer serta memastikan makmal komputer perlu diberikan peruntukan kewangan yang mencukupi bagi melengkapkan segala kemudahan infrastruktur. Warga pendidik perlu menjadikan facebook sebagai salah satu wadah perbincangan yang seterusnya dapat memartabatkan ICT dan membudayakan e-pembelajaran sebagai salah satu bentuk inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Inovasi memerlukan empat elemen atau bahagian penting iaitu pendidikan, penyelidikan, pembangunan serta insentif dan pemasaran sebelum faktor luaran lain. Antara langkah2 yang boleh di lakukan bagi mewujudkan kreativiti dan inovasi dalam pengurusan organisasi adalah seperti:

Mewujudkan nilai kreativiti pekerja. Pengurus boleh mempengaruhi daya kreativiti sejak pemilihan pekerja. Mewujudkan suasana kerja yang dapat melahirkan sifat kreatif dalam organisasi, contohnya hubungan rapat. Menyediakan pelbagai intensif ke arah mewujudkan pekerja kreatif. Mengamalkan sistem pengurusan yang lebih terbuka kerana peraturan yang keras menghalang kreativiti. Mengadakan alat2 pengurusan yang bersesuaian termasuklah budaya korporat yang diamalkan, amalan penggunaan tenaga dan gaya kepimpinan. Mewujudkan persekitaran yang baik seperti modal, pekerja, maklumat teknologi dan kemahiran. Pekerja berisiko tinggi perlu diberi perhatian lebih dan pekerja digalakkan tidak berasa bimbang apabila melakukan kesilapan. Menetapkan dan memperkemaskan dasar peraturan tentang rekacipta. Menentukan objektif jangka panjang terutamanya bidang yang boleh dikembangkan. Mewujudkan struktur organisasi yang mempunyai ciri2 menggalakkan kreativiti. Memastikan pekerja mempunyai keseimbangan dari segi kepakaran, kelayakan dan pengalaman. Menyediakan belanjawan yang secukupnya bagi pembangunan produk dan perkhidmatan.

_ Inovasi Perkataan inovasi berasal daripada bahasa Latin dan pada asalnya membawa maksud pembaharuan. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-empat, inovasi bermaksud sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat dan lain-lain. Menurut Ronger E. Miller (1971) inovasi

merupakan idea, amalan atau objek yang di anggap baru oleh seseorang. Spencer (1994) pula menjelaskan inovasi ialah sesuatu yang di anggap baru dan lebih baik daripada yang lama oleh seseorang individu. Manakala dalam Glosari Teknologi Pendidikan (1995) pula merujuk inovasi sebagai idea, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan sesuatu amalan. Sufean Hussin (2001) dalam kertas kerjanya pada Seminar Dasar dan Pengurusan Pendidikan menyatakan inovasi bermaksud pembaharuan, modifikasi, atau membaiki idea, benda, ilmu dan ciptaan seni budaya tamadun dengan tujuan memenuhi fungsi-fungsi tertentu atau memenuhi cita rasa tertentu atau memenuhi pasaran tertentu. Kebanyakan orang mendefinisikan inovasi sebagai pembangunan teknologi baru, atau aplikasi sesuatu teknologi dalam kegunaan tertentu. Inovasi ialah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan reduktiviti organisasi. Inovasi adalah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk baru, produk dan perkhidmatan yang lebih baik. Ini bermakna, setiap organisasi sama ada berasaskan keuntungan atau tidak akan bersaing untuk menghasilkan idea kreatif bagi manfaat organisasi bersama. inovasi juga berfikir untuk menghasilkan sesuatu yang baru di pasaran yang akan merubah persamaan antara permintaan dan pengeluaran. Daripada pengertian ini dapatlah disimpulkan secara mudah bahawa inovasi sebagai : penghasilan baru, proses penyusunan semula, menggunakan unsur yang sedia ada, dan penghasilan sesuatu yang unik, mudah dab bernilai. Idea, amalan atau bahan yang boleh membawa pembaharuan seseorang individu atau sistem sosial. Menekankan sebarang idea atau amalan yang menunjukkan tanda penerimaan disebabkan terdapat perbezaan dan pembaikan ke arah yang lebih baik daripada lepas. Inovasi terjadi hasil daripada kreativiti. Justeru, persekitaran yang kondusif mampu untuk menjana kreativiti yang akan menghasilkan inovasi. Idea-idea yang disampaikan perlu dinilai, dihargai serta digalakkan agar menjadi pemangkin kepada pelbagai lagi idea yang lebih menarik. Siapa yang harus melakukan inovasi dalam organisasi? Sudah tentu setiap orang dalam sesuatu organisasi berperanan untuk melakukan inovasi. Prestasi sesuatu organisasi bergantung kepada prestasi individu. Pemimpin ataupun anggota dalam organisasi harus mempunyai niat dan memberikan perhatian serta berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan inovasi. Setiap orang harus tahu peranan masing-masing. Memperkenalkan idea inovasi atas idea-idea baru dalam semua aspek kerja untuk menghasilkan perkhidmatan ataupun produk yang berkualiti. Perubahan ini boleh dibuat dalam bentuk pengenalan teknologi baru, perubahan prosedur yang boleh menjimat tenaga, masa dan kos. Dengan itu, meningkatnya penghasilan kerja. Inovasi juga adalah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yangmenarik baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam manamana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti individu atau pun organisasi. Secara mudah inovasi boleh diterangkan sebagai: Merupakan penghasilan baru Berbentuk maujud dan mujarad Berdasarkan proses penyusunan semula Dengan menggunakan unsur yang sedia ada Terjelma sebagai unik, memudahkan dan bernilai Menurut Ronger E. Miller (1971) inovasi merupakan idea, amalan atau objek yang di anggap baru oleh seseorang. Spencer (1994) menjelaskan inovasi ialah sesuatu yang di anggap baru dan lebih baik daripada yang lama oleh seseorang individu. Glosari Teknologi Pendidikan (1995)

pula merujuk inovasi sebagai idea, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan sesuatu amalan. Inovasi dan kreativiti saling berkait rapat antara satu sama lain. Inovasi dan kreativiti merupakan penyumbang ke arah perubahan organisasi, perkembangan dan pembangunan negara. Bagi menghasilkan sebuah organisasi pembelajaran yang kreatif dan inovatif, faktor-faktor yang perlu diberi perhatian ialah pengurusan organisasi, kepimpinan, budaya, teknologi, pemikiran, strategi pembelajaran, penyelesaian masalah dan juga komunikasi terbuka. Kreativiti dan inovasi yang dibentuk atau dibina perlulah bersesuaian dengan keperluan dan kehendak masyarakat, individu dan juga negara. Jesteru, dengan adanya Program Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) bukan sahaja menyediakan teknik untuk menyelesaikan masalah yang wujud dalam organisasi, tetapi juga merangkumi kaedah untuk membolehkan ahli bertindak secara kreatif dan inovatif bagi menghasilkan sesuatu atau dalam bentuk yang baru melalui kemahiran imaginasi yang membawa kepada peningkatan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan. Sebagai contoh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah muncul naib johan Kategori Pengurusan bersempena dengan Konvensyen KIK Peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ke-8 di Dewan Besar, Pusat Aktiviti Kebudayaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) barubaru ini. Kumpulan i-Ray daripada Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang mewakili UPSI menghasilkan projek bertajuk 'Kelewatan Penyediaan dan Penyerahan Kad Matrik Pelajar Baru'. Menariknya projek itu berjaya mengubah proses penyediaan kad matrik pelajar dengan menyediakan kemudahan memuat naik gambar bagi penyediaan kad matrik secara atas talian dan seterusnya membolehkan kad matrik berkenaan diserahkan ketika sesi pendaftaran pelajar.

Inovasi: Malaysia Perlu Pupuk Inovasi Malaysia perlu mencetuskan impak kreatif dalam ekonomi global yang kompetitif dengan memupuk inovasi. Negara-negara yang memupuk inovasi seperti Jepun, Finland dan Amerika, berupaya membangunkan ekonomi lebih pesat sebagai hasil usaha itu. Hal ini kerana inovasi mewujudkan pekerjaan dan memacu kompetitif nasional. Itu sebabnya kita juga perlu mewujudkan impak kreatif dalam ekonomi global yang kompetitif. Kita tidak seharusnya membenarkan diri kita ketinggalan sebagai rakyat Malaysia. Hal ini turut disokong oleh Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau berkata sejak tahun 2000 produk inovatif tinggi muncul seperti iPhone, BlackBerry, Twitter, Facebook dan YouTube, di samping kebangkitan Google yang tidak dapat dibendung lagi, yang menukar cara orang ramai menggunakan media, berkongsi maklumat, dan berkomunikasi antara satu sama lain. menurutnya lagi dalam Bajet 2010, beliau berkata kewujudan satu model ekonomi baru yang berdasarkan kepada inovasi, kreativiti, dan aktiviti nilai tambah, akan menambah pendapatan per kapita rakyat lebih dua kali ganda dalam tempoh 10 tahun akan datang. Hasilnya ialah wujudnya konsep 1Malaysia, atau keperluan untuk menggunakan peluang sepenuhnya daripada keupayaan kreatif seluruh rakyat Malaysia. Sebagaimana yang diiktiraf oleh pakar antarabangsa baru-baru ini, 1Malaysia amat selesa dengan inovasi. Kemahiran bukan hanya berada dalam satu kebudayaan, tetapi ianya diagihkan. Inovasi ditakrifkan sebagai satu perspektif sistem, berasaskan teori bahawa manusia dan masyarakatnya mempunyai keinginan yang berterusan untuk saling melengkapi sesama mereka supaya boleh membangun ke arah sesuatu yang lebih baik daripada apa yang sedang mereka alami.Terdapat 3 faktor utama yang menggerakkan inovasi kurikulum:

Keperluan masyarakat dan negara Perkembangan sains dan teknologi Perkembangan falsafah, psikologi dan teori pendidikan

Inovasi dalam pendidikan. Warwick Mansell melaporkan dalam The Guardian UK ( 9 November 2009 ) bahawa, "The way to fine children's enthusiasm for education is not to get them learning lists of facts, but to think like some how learns for a living" dan beliau memetik apa yang dibentangkan oleh Larry Rosenstock,... "but if you get them to behave like a biologist, or behave like a photographer, or a journalist, or a mathematician, that changes everithing." Apa yang disebut satu konferens tentang inovasi dalam persekolahan sebagaimana dilaporkan menjelaskan kepada kita bahawa dunia pendidikan akan sentiasa berkembang dan berubah mengikut keperluan semasa. Dunia hari ini berubah pada setiap masa terutama melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Tren dalam pengajaran dan pembelajaran pada hari ini menunjukkan bahawa kecenderungan pembelajaran:

Berasaskan penemuan, inkuiri dan resos, projek dan pembelajaran aktif. Memberikan penekanan kepada mencari, meneroka, menilai dan minggunakan maklumat

kecendurangan pembelajaran telah menghasilkan pemikiran baru dalam pengajaran. Antaranya ialah:

Apa yang diajar, tidak serupa dengan apa yang dipelajari Pengajaran dan Pembelajaran terkini merangkumi pengajaran kolaboratif alam kumpulan yang pelbagai isi pengajaran berbentuk ringkasan kurikulum dan berbentuk pengajaran berpasukan isi pelajaran boleh diakses secara meluas dan dikongsikan diluar waktu belajar dan kursus pengajar berperanan sebagai rakan kongsi dalam komuniti pembelajaran pembelajaran berlaku hasil maklum balas,rakan sekelas sebagai rakan kongsi dalam pembelajaran penaksiran pembelajaran adalah kompleks dan berbentul pelbagai aras, melibatkan penilaian pengajaran dan pembelajaran secara formatif dan sumartif

Inovasi Inovasi dibuat oleh manusia kreatif untuk membina trend baru atau untuk menjadi peneraju dan lantas meraih peluang maksimum dalam ekosistem yang banyak persaingan. Secara am, inovasi terdapat dalam dua peringkat iaitu:-

1. Peringkat individu Di peringkat ini, inovasi dibuat oleh individu kreatif dengan cara menimba ilmu, meneliti persekitaran dan seterusnya membina idea baru untuk menghasilkan sesuatu teknologi baru atau membaiki kualiti sesuatu benda atau untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Istilah penting di sini ialah modifikasi. 2.Peringkat Organisasi Di peringkat organisasi, inovasi ialah ciri penting bagi sesebuah organisasi yang dinamik dan terbuka. Di sini organisasi sentiasa hidup serta berinteraksi secara aktif dan prospektif dengan persekitaran. Prospektif ialah sifat mencari peluang baru untuk menguasai keadaan atau untuk meraih keuntungan maksimum. Organisasi inovatif ialah organisasi yang berwawasan dan bijak merencana rancangan strategik iaitu dengan cara:1. Meneliti ciri-ciri kekuatannya dan menggunakannya untuk mempertahankan kedudukannya dalam sesuatu ekosistem 2. Meneliti kelemahan-kelemahan dan merangka strategi mengatasi setiap kelemahan dengan cekap dan pantas 3. Meneliti ekosistem dan mengenal pasti peluang-peluang yang ada untuk diperoleh secara sistematik 4. Melancarkan strategi, dasar dan prosedur untuk menentang bahaya dan ancaman dari luar dan dalam organisasi Elemen-elemen asas inovasi bagi apa jua organisasi iaitu:1.Inovasi bermula dengan kepekaan terhadap semua benda dan perkara dalam persekitaran, khususnya tentang perkara yang digemari oleh manusia dan perkara yang menyusahkan dan dibenci oleh manusia. 2. Inovasi dibuat bagi meningkatkan keselesaan dan kualiti apa jua perkara dan benda yang digemari oleh manusia dan sebaliknya mengurangkan masalah pada pengguna dan klien. 3. Inovasi yang jitu berlaku melalui sesi muafakat dan perbincangan tentang maklumat dan fakta yang diperoleh daripada pengguna, klien, masyarakat dan persekitaran. Sesi muafakat berlaku secara berterusan. 4. Inovasi memerlukan keupayaan mengatasi rintangan (barrier jumping) dan keberanian untuk mencuba idea yang unik dan ganjil. 5. Inovasi mesti diiringi dengan keinginan melakukan inovasi, suasana yang mendorong inovasi dan penyertaan disebabkan keseronokan melakukan perkara baru dan mencipta nama baru. 6. Inovasi memerlukan jangkaan tentang keadaan masa hadapan Dalam sistem pendidikan secara berpusat yang diamalkan di Malaysia, pelaksanaan inovasi pendidikan adalah bersifat menjunam melalui proses dari atas ke bawah. Proses yang perlu dilalui untuk menyebarkan inovasi kepada penerima adalah panjang dan berliku, melibatkan beberapa peringkat penyebaran tertentu. Lazimnya, penyebaran inovasi itu dilaksanakan secara stereotaip melalui mesyuarat, kursus, bengkel, seminar dan sebagainya. Berdasarkan cara ini beberapa kekurangan dikenal pasti. Misalnya, apa yang difahami oleh penerima tidak semestinya apa yang dihajati oleh penyampai asalnya. Ataupun jika difahami seperti apa yang dihajati, ada kemungkinan tidak dipersetujui.

Inovasi & Kreativiti Inovasi ialah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih

baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi. Idea-idea ini boleh merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi.Kreativiti pula ialah kebolehan atau keupayaan untuk mencipta, mewujud dan menghasilkan sesuatu yang baru atau dalam bentuk baru melalui kemahiran imaginasi. Ia melibatkan:

Keupayaan berfikir yang dapat melahirkan idea baru yang unik dan menarik Keupayaan berfikir secara kritikal dan membuat penilaian secara analitikal terhadap idea dan seterusnya mengemukakan cadangan penyelesaian

Keupayaan berfikir secara praktikal yang dapat menterjemahkan idea dan teori kepada bentuk aplikasi

Antara prasyarat yang perlu ada bagi membolehkan kreativiti wujud di kalangan pekerja sesebuah organisasi ialah:

Mempunyai daya imaginasi yang tinggi untuk melihat sesuatu secara berlainan Berfikiran terbuka atau berfikir di luar kotak (think out of the box), analitikal, kritikal dan praktikal Melihat sesuatu perkara itu sebagai peluang yang boleh mencetuskan idea baru Mempunyai komitmen yang tinggi, iaitu bersabar terhadap kompleksiti dan isu-isu yang timbul serta tenang dan tabah menghadapi cabaran dengan berusaha menangani masalah dan halangan yang dihadapi Berupaya mengenal pasti masalah dengan mengemukakan soalan yang menjurus kepada penemuan isu dan jawapan serta jalan penyelesaian

Menggunakan minda yang kreatif untuk menemui perspektif baru Bersedia menghadapi risiko dan berupaya menerima kegagalan serta belajar daripada kegagalan tersebut Bersedia dikritik dan mengenepikan ego serta mendapatkan nasihat daripada rakan dan mencuba ideanya Mempunyai motivasi dalaman, iaitu rasa gembira, berpuas hati dan menjadikan kerja sebagai cabaran untuk mencapai kejayaan

Inovasi Dan Kreativiti dalam Pendidikan

Inovasi dan kreativiti menyumbang penuh di dalam dunia pendidikan. Jika tiada ciri-ciri seperti ini maka kita dianggap tidak mengikut arus kemodenan. Menurut Oldham dan Cuming (1996) pula menyatakan inovasi ialah kejayaan aplikasi pertama pada sesuatu produk atau proses. Manakala, Damapour (1991) menyatakan inovasi sebagai mengenerasi perkembangan dan penggunaan idea baharu pada organisasi. Dalam dunia pendidikan, dewasa ini Inovasi dan kreativiti sangat penting dalam memberikan impak pembelajaran dengan lebih berkesan. Lantaran itu, guru-guru khususnya perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai langkah-langkah dan strategi penting bagi mewujudkan kreativiti dan inovasi di kalangan pelajar-pelajar. Terdapat beberapa garis panduan yang dinyatakan oleh Caserani dan Greatwood ( 1995) dalam mencorak langkah-langkah dan strategi penting bagi mencetuskan kreativiti dalam organisasi sekolah. Antaranya mengambil perkara-perkara seperti:-

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Mewujudkan persekitaran untuk perkembangan kreativiti Menggalakkan perkembangan idea dan pendapat Pengaliran dan kebebasan maklumat untuk mendorong kreativiti Membinasuasana dan iklim organisasi tempat kerja yang menggalakkan kreativiti Membentuk struktur kreatif penyelesaian masalah Perkembangan pemikiran kepada tindakan

Faktor-faktor utama yang menyumbang kepada perkembangan pembelajaran kreatif dan inovatif ialah:

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Pengurusan Komunikasi terbuka Teknologi Penyelesaian masalah Budaya Strategi Kepimpinan Pemikiran

INOVASI DAN APLIKASINYA DALAM SISTEM PENDIDIKAN 1. Inovasi bermula dengan kepekaan terhadap semua benda dan perkara dalam persekitaran,khususnya tentang perkara yang digemari oleh manusia dan perkara yang menyusahkandan dibenci oleh manusia.2. Inovasi dibuat bagi meningkatkan keselesaan dan kualiti apa jua perkara dan benda yangdigemari oleh manusia dan sebaliknya mengurangkan masalah pada pengguna dan klien.3. Inovasi yang jitu berlaku melalui sesi muafakat dan perbincangan tentang maklumat danfakta yang diperoleh daripada pengguna, klien, masyarakat dan persekitaran. Sesi muafakatberlaku secara berterusan.4. Inovasi memerlukan lapan jenis manusia iaitu, jemaah tadbir berwawasan (visionaries),penentu masalah (troublesshooter), pengkritik (iconoclast), detektif, seni ketukangan(craftman), teknokrat, pemaju (enterpreneur) dan pereka bentuk fleksibel.5. Inovasi memerlukan keupayaan mengatasi rintangan (barrier jumping) dan keberanianuntuk mencuba idea yang unik dan ganjil.6. Inovasi mesti diiringi dengan

keinginan melakukan inovasi, suasana yang mendoronginovasi dan penyertaan disebabkan keseronokan melakukan perkara baru dan menciptanama baru.7. Inovasi memerlukan jangkaan tentang keadaan masa hadapan Dalam sistem pendidikansecara berpusat yang diamalkan di Malaysia, pelaksanaan inovasi pendidikan adalahbersifat menjunam melalui proses dari atas ke bawah. Proses yang perlu dilalui untukmenyebarkan inovasi kepada penerima adalah panjang dan berliku, melibatkan beberapaperingkat penyebaran tertentu. Lazimnya, penyebaran inovasi itu dilaksanakan secarastereotaip melalui mesyuarat, kursus, bengkel, seminar dan sebagainya. Berdasarkan caraini beberapa kekurangan dikenal pasti. Misalnya, apa yang difahami oleh penerima tidaksemestinya apa yang dihajati oleh penyampai asalnya. Ataupun jika difahami seperti apayang dihajati, ada kemungkinan tidak dipersetujui.Selain halangan dari segi pergeseranmaklumat mengenai inovasi pendidikan itu, strategi kursus juga memerlukan kos yangtinggi, bilangan penyampai yang ramai, halangan pentadbiran yang banyak, hingga denganitu keberkesanan sistem lain sering dipersoalkan.Antara masalah lain yang wujud dalam inovasi pendidikan adalah seperti berikut:-1. Bidang atau sempadan inovasi pendidikan terlalu luas dan umum bagi mendapat sesuatu persetujuan2. Kepakaran dalam bidang inovasi yang ingin diperkenalkan adalah terhad justeru ketiadaan pengetahuan dan pengalaman mengenainya3. Kajian atau penyelidikan yang telah dibuat dalam usaha ke arah inovasi pendidikan adalah dilakukan secara sendiri-sendiri dan bersifat beberapa usaha di sana sini. Ia tidak mengkhusus dan tidak berterusan. Justeru timbul masalah kesinambungan antara kajiankajian dan kemantapan hasil4. Pengwajaran dan perimbangan untuk tujuan inovasi pendidikan sering mempergunakan kriteria-kriteria yang terhad. Halangan-halangan dan kekangan-kekangan telah membatasi kriteria ini ke takat apa yang telah diputuskan oleh pihak berkuasa dan bukan oleh keperluan yang berbangkit5. Kesan sampingan yang negatif yang berlaku semasa sesuatu inovatif pendidikan dijalankan telah tidak dipulihkan. Ini mengancam kredibiliti malahan keberkesanan inovasi yang dihajatkan.6. Sokongan untuk sesuatu inovasi pendidikan tidak konsisten. Ini bermakna sokongan-sokongan yang sangat diharapkan malah diperlukan oleh pentadbir, pendidik dan guru-guru dalam usaha menjayakan inovasi ini sering tergugat, tidak kukuh dan tidak berterusan. Sokongan ini sangat perlu lebih-lebih lagi di peringkat usaha inovasi tersebut.7. Wujud perbezaan dan bertentangan pendapat di kalangan pendidik sendiri dalam usaha memperoleh inovasi pendidikan.8. Terdapat kurangnya sambutan daripada pencadang inovasi sendiri terhadap kritikan-kritikan yang datang daripada orang ramai. Biasanya jika ada sambutan yang diberikan, ia lebih merupakan ssuatu usaha pewajaran sahaja dari pihak pencadang inovasi dan bukannya satu penjelasan yang berbentuk teknikal dan empirikal.9. Wujudnya kekeliruan berhubung definisi dan keperluan inovasi pendidikan di kalangan penyampai sendiri dan juga di kalangan penerima.10. Terdapat kecenderungan di kalangan penyampai inovasi mengambil, menerima, memperaku dan menggunakan inovasi pendidikan yang di bentuk oleh negara lain dengan andaian ia sesuatu untuk kegunaan di negeri ini.

FAKTOR-FAKTOR UTAMA PERKEMBANGAN KREATIF DAN INOVATIF DALAM PEMBELAJARAN PENGURUSAN Kreativiti dan inovasi dalam pengurusan sekolah boleh menjadikan sekolah sebagai satu organisasi pembelajaran yang bebas daripada belenggu birokrasi, dan ia dapat menjadikan sekolah lebih dinamik, terbuka, ceria, cekap dan dapat menangani serta menyelesaikan masalah dengan lebih mesra dan berhemah. Dengan meluaskan lagi unsur-unsur kreatif dan inovatif dalam pengurusan sekolah, kebebasan dan demokrasi akan dapat berkembang dan mencorakkan amalan hidup masyarakat sekolah. Sistem komunikasi yang terbuka, pengaliran maklumat yang demokratik, kepimpinan sekolah yang berhemah, dan falsafah pengurusan yang berasaskan hubungan dan pembangunan insan yang harmoni boleh mencorakkan sekolah menjadi sebuah institusi sekolah yang kreatif dan inovatif.Pengurusan yang kreatif dan inovatif juga perlu dirangka berlandaskan perancangan strategik perubahan. Perancangan yang dibuat adalah ke hadapan dan bersifat progresif serta berpaksikan kepada strategi kreatif dan inovatif untuk meperjuangkan organisasi pembelajaran. Pengurusan organisasi pembelajaran melibatkan:-

a. Perancangan perubahan Perancangan perubahan yang bersifat mikro dan makro yang berasaskan penyelesaian masalah perlu dilakukan dengan lebih kreatif dan inovatif. Sebagai contoh, rancangan pengajaran tahunan dan mingguan perlu dirancang dengan lebih informatif dan kreatif untuk meningkatkan kualiti pembelajaran guru. b. Pengetahuan Organisasi sekolah yang kreatif dan inovatif amat memerlukan seorang guru yang berkemahiran, berpengetahuan, pakar, dedikasi, profesional dan mempunyai semangat kerja yang tinggi dan berdaya maju. Mereka di anggap sebagai tenaga penggerak dan aset kepada kemajuan organisasi pembelajaran untuk menjamin kualiti pendidikan. c. Strategi pengajaran dan pembelajaran Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ialah apabila ianya dapat menyampaikan pengetahuan dengan lebih berkesan dan serasi dengan wawasan yang diperjuangkan. Ianya juga dapat mencetuskan suasana pembelajaran dan menggalakkan pelajar untuk terus belajar. Dan juga dapat menambahbaik apa yang sedia ada pada pelajar. Kaedah dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan inovatif perlu menjadi amalan guru-guru sekolah. Pembelajaran yang dirangka dan dilaksanakan dapat mengembangkan potensi, pembangunan minda, pemikiran kreatif dan inovatif pelajar. Stail dan pendekatan pendekatan pengajaran juga perlu menarik, menyeronokkan dan bebas daripada tekanan dan kebimbangan. Kaedah-kaedah kreatif dan inovatif dapat mencorakkan suasana belajar dan meningkatkan pencapaian positif pelajar tentang sesuatu yang dipelajari. Kreativiti dan inovasi juga dapat mencorakkan situasi pembelajaran yang ceria dan berkesan. Pelajar juga bebas daripada sebarang tekanan emosi, perasaan dan mental. Pembelajaran kreatif dapat membebaskan pelajar dan guru daripada stress, bimbang dan takut. Guru juga tidak mengamalkan pembelajaran yang bersifat autokratik dan pasif sebaliknya lebih bersifat partisipatif dan aktif. Pengaruh kreativiti dan inovasi dalam organisasi dapat mencorakkan sekolah sebagai institusi pembelajaran yang menarik, kreatif, inovatif, produktif, fleksibel dan efektif. Pengaruh kreativiti dan inovatif menjadikan pembelajaran lebih mesra dan mudah didekati. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersifat kreatif dan inovatif juga menjadikan pembelajaran sesuai dengan naluri perkembangan manusia. Sekolah yang kreatif dan inovatif dapat mendorong perubahan dan kemajuan kognitif, efektif dan psikomotor murid-murid. Sekolah juga dapat berperanan sebagai organisasi pembelajaran yang efektif bagi mengembangkan pelbagai kecerdasan (multiple intelligence) dengan menyediakan pelbagai peluang pembelajaran yang dapat menggilap dan mengembangkan potensi individu yang berbeza-beza dari segi kebolehan, minat, kecerdasan dan kecekapan mereka. Perubahan dinamik yang berlaku di sekolah juga disebabkan oleh kesan positif pengaruh kreativiti dan inovasi, terutama dari segi kaedah pengajaran. Kaedah dan pendekatan yang lebih menarik dan berkesan yang berlaku mencerminkan kreativiti guru dan sumbangan kreatif peralatan, teknologi, stail dan organisasi pembelajaran. Terdapat kesan positif pengajaran dan pencapaian murid. Guru yang kreatif dan inovatif mempunyai keterampilan yang tinggi dari segi personaliti, pemikiran divergen, pemikiran kreatif, pemikiran kritis dan pemikiran strategik. Keterampilan ini menjadikan guru kreatif dan inovatif adalah guru yang efektif yang sangat penting kepada perubahan pendidikan dan kemajuan sekolah. d. Kurikulum Pencetusan kreativiti dan inovasi dalam pelaksanaan kurikulum amat penting bagi mencorakkan perubahan dan kemajuan pendidikan negara yang sedang berhadapan dengan pelbagai perubahan baru. Inovasi kurikulum yang meliputi inovasi dan kreativiti dalam isi kandungan, pengetahuan dan jenis-jenis kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar boleh dinilai melalui cara ia dilaksanakan di sekolah. Kurikulum yang berkesan ialah kurikulum yang dapat memenuhi kehendak individu atau pelajar. Ianya juga dapat menyediakan pelajar dengan dunia pekerjaan dan juga mengembangkan bakat, potensi, pemikiran, budaya, daya cipta, pengetahuan, kemahiran dan kebolehan pelajar. Ini memerlukan guru menggunakan pelbagai kaedah, strategi dan pendekatan yang sesuai dan berkesan dengan keperluan pelajar dan keadaan serta kekangan yang wujud di sekolah. Pelaksanaan kurikulum pada umumnya memerlukan guru mengaplikasikan pengetahuan dan strategi yang kreatif dan inovatif. Guru juga harus komited dan dedikasi menjadikan pengajaran

yang disampaikan lebih kreatif dan inovatif. Strategi baru dan kaedah pembelajaran kreatif perlu dikembangkan di kalangan pelajar supaya pelajar dapat menguasai pembelajaran dengan lebih kreatif, inovatif dan berkesan. Bagi memantau dan mengawal kualiti pengajaran di sekolah, pasukan pemantauan kurikulum atau teamwork perlu dubentuk dengan tujuan menggalakkan inovasi dan kreativiti dikembangkan dengan berkesan dalam pelaksanaan kurikulum sekolah.e. Pengurusan organisasi pembelajaran Pengurusan organisasi pembelajaran hendaklah berkualiti dan mengikut kehendak negara. Ianya mampu membimbing pelajar menjadi ahli masyarakat yang kreatif dan inovatif dan juga menghasilkan pelajar yang berkeupayaan menentukan halatuju masa depannya sendiri. KEPIMPINAN Kepimpinan sekolah memainkan peranan penting ke arah pencetusan inovasi organisasi pembelajaran di sekolah. Selain daripada mempunyai latihan, pengalaman, pendedahan dan pengetahuan yang luas dalam bidang pendidikan, kepimpinan sekolah perlu mempunyai dorongan dan komitmen bagi membawa perubahan sekolah melalui meluaskan kreativiti dan inovasi dalam seluruh aspek pengurusan dan pendidikan organisasi sekolah. Pemimpin perlu merangka strategi yang berkesan bagi membawa perubahan dinamik dan menjadikan sekolah sebagai organisasi pembelajaran yang kreatif dan inovatif. Organisasi sekolah perlu mempunyai dan membentuk kepimpinan kolektif bagi memimpin perubahan berasaskan kepada strategi dan pendekatan kreatif dan inovatif dalam pengurusan pendidikan sekolah. Kepimpinan sekolah perlu menunjukkan minat dan usaha bagi membangunkan sekolah sebagai organisasi pembelajaran yang kreatif dan inovatif. Ketandusan kreativiti dan inovasi dalam organisasi sekolah boleh dilihat sebagai punca utama kelemahan institusi sekolah dalam menghadapi perubahan dan cabaran inovasi yang berlaku dalam pelbagai kehidupan manusia seperti inovasi teknologi, inovasi pengetahuan dan inovasi belajar. Kejayaan dan perkembangan organisasi pembelajaran banyak bergantung kepimpinan yang bersifat kreatif dan inovatif. Pemimpin perlu berpandangan jauh, pemikiran terbuka, serta sedia mendengar pandangan orang lain. Mereka juga perlu mempunyai kewibawaan yang baik dalam mencorakkan berbagai pembaharuan dalam organisasi terutama di sekolah. Dengan ciri-ciri yang ada, mereka boleh mendorong dalam meningkatkan kualiti produk, kualiti intelektual dan kualiti prestasi pelajar. Juga berkeupayaan memotivasikan ahlinya serta dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan ahli yang ada dalam organisasinya. BUDAYA Ciri budaya sekolah kreatif dan inovatif ialah wujudnya persekitaran belajar yang mendorong semangat belajar pelajar, membentuk minat yang mendalam, kesedaran dan daya usaha, dedikasi dan perkembangan potensi pelajar. Pelajar juga tidak menghadapi masalah bagi mendapatkan bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru-guru yang dedikasi, terlatih dan profesional. Sekolah yang kreatif dan inovatif juga menonjolkan keceriaan fizikal, keceriaan budaya serta keceriaan iklim sekolah. Penonjolan ini menjadikan sekolah tempat belajar yang harmoni, menceriakan dan sesuai untuk perkembangan psikologi kreativiti dan inovasi berlaku. Perasaan dan pemikiran yang ceria juga boleh wujud dalam suasana dan iklim sekolah yang ceria. Sekolah yang ceria, kreatif dan inovatif boleh mengurangkan pelbagai gejala sosial dan moral yang tidak diingini. Penonjolan budaya kreatif dan inovatif boleh berlaku dengan pelbagai cara seperti aktiviti kreatif sekolah dalam sains dan teknologi, persembahan budaya, sukan, ko-kurikulum, dan melahirkan tokoh-tokoh tertentu dalam bidang kreatif. Imej organisasi sekolah kreatif tidak hanya bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata,sebaliknya menonjolkan imej cemerlang dalam pelbagai bidang lain seperti muzik, pancaragam, sukan dan budaya. Budaya sekolah yang baik mampu menyemai nilai, norma positif, menghormati orang lain, memberi dorongan dan mengadakan persaingan yang sihat dan membina di dalam organisasi. TEKNOLOGI Teknologi dalam pengurusan organisasi sekolah boleh mencetuskan perkembangan dinamik kreativiti dan inovasi. Teknologi bukan sahaja suatu alat tetapi boleh mempengaruhi sistem pengurusan yang lebih efisien dan kreatif. Pengurusan teknologi maklumat dan penggunaan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dapat membina imej baru organisasi inovatif. Ia juga menjadikan organisasi pendidikan dan pembelajaran sekolah lebih berdaya saing dan menjadi

lebih produktif. Penggunaan teknologi maklumat dan ICT menjadikan pengurusan lebih canggih dan moden. Revolusi maklumat dan perubaha teknologi memberi kesan yang positif kepada inovasi perubahan pengurusan organisasi pembelajaran, khususnya sekolah. Bagaimanapun penggunaan teknologi sering kali menimbulkan masalah dari segi cost effective, pembiayaan, penjagaan, dan kewangan. Masalah kekurangan infrastruktur pembelajaran dan teknologi boleh dilihat sebagai penghalang kepada kreativiti dan inovasi teknologi maklumat yang perlu disebarkan melalui sistem persekolahan. Usaha bagi meningkatkan masyarakat celik teknologi maklumat juga belum begitu tercapai disebabkan jurang perbezaan kemudahan teknologi yang wujud antara sekolah-sekolah, terutama antara sekolah luar bandar yang begitu ketinggalan dengan sekolah bandar yang lebih terdedah dengan kemudahan ini. Teknologi maklumat telah banyak digunakan dalam organisasi khasnya dalam dunia pendidikan. Inovasi organisasi banyak dipengaruhi oleh penggunaan teknologi maklumat dalam dunia pendidikan. Organisasi dan individu yang menolak inovasi ini akan ketinggalan. Persoalan yang timbul ialah bagaimana Teknologi Maklumat dapat menangani dan membantu inovasi sesebuah organisasi. Teknologi maklumat ialah pemangkin atau alat inovasi dalam sesebuah organisasi. Faktor ilmu dan pembelajaran merupakan penyumbang kepada Teknologi Maklumat memainkan peranan sebagai to manage, innovate and implement change. Ahli-ahli sejarah berpandangan bahawa sesuatu tamadun itu akan melalui beberapa fasa perubahan, asimilasi, dan diversifakasi. Sardar (1979) berpendapat bahawa kekuatan dan kelemahan diadili oleh kebolehan atau ketidakbolehan mengubahsuai kepada persekitaran yang berubah, dan dalam masa yang sama tidak kehilangan identiti dan parameter asal. Abdul Aziz Yusof (2000) pula menyatakan organisasi merupakan satu entiti yang memerlukan perubahan bagi membolehkannya untuk terus hidup, membangun, dan berkembang. Kegagalannya melakukan atau bertindak terhadap perubahan akan menyebabkannya menempah kegagalan dan yang pasti akan memendekkan jangka hayat kewujudannya. Melakukan perubahan juga di anggap sebagai menempuh ketidakpastian serta akan mendedahkan organisasi kepada pelbagai risiko. Menurut Alvin Toffler (1991), dunia menghadapi perubahan mendadak pada dekad ini di mana generasi kita berada dalam third wave of change. Keadaan ini menyebabkan ilmu dan maklumat mengganti sumber tradisi iaitu tanah, modal dan buruh. Peralihan dari relovusi pertanian ke revolusi industri memakan masa selama 300 tahun. Ahli Sains cybernetic berpendapat inovasi ialah proses semula jadi di mana sesuatu organisasi itu perlu mekanisma tertentu untuk menangani inovasi yang di akibatkan oleh faktor-faktor luaran dan dalaman yang di bawa oleh proses maklumbalas dan tindakbalas melalui sistem komunikasi dan maklumat antara manusia dan sistem. Selaras dengan perkembangan teknologi, Kementerian Pendidikan telah membuat beberapa inovasi dalam organisasi pendidikan. Di awal-awal inovasi, Kementerian Pendidikan telah membekalkan peralatan pendidikan berasaskan terknologi seperti radio, televisyen, overhead projector ke sekolah bagi tujuan membantu proses pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar. Pihak kementerian juga menyediakan rancangan pendidikan untuk disiarkan ke sekolah rendah dan menengah melalui Radio dan TV Pendidikan. Bermula pada tahun 2000, penyiaran rancangan pendidikan melalui TV dipertingkatkan dan diperluas ke sekolah di kawasan luar bandar dan pedalaman dengan menggunakan teknologi satelit. Pada awal tahun 1990-an, KPM telah melaksanakan beberapa projek pendidikan yang berasaskan ICT dan pembekalan komputer sebagai aktiviti utama dalam penyediaan infrastruktur ICT. Pada tahun 1992, sebanyak 60 buah sekolah menengah luar bandar telah dibekalkan dengan 20 set komputer untuk pelajar dan satu set komputer untuk guru bagi setiap buah sekolah. Pada tahun 1994 pula, KPM telah melancarkan Projek Rintis Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik di 15 buah sekolah rendah luar bandar di negeri Selangor. Setiap sekolah dibekalkan dengan 21 set komputer dan perisian kursus pendidikan yang disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK). Pada tahun 1996 pula, penyediaan infrastruktur ICT diperluas kepada 209 buah sekolah menengah dan 20 buah sekolah rendah. Sekolah-sekolah menengah ini dibekalkan dengan 20 set komputer dengan satu pelayan (server) untuk Persekitaran Rangkaian Setempat (LAN) tanpa kemudahan internet sementara di sekolah rendah komputer yang dibekalkan tidak dirangkaikan. Antara tahun

1999 hingga 2000, sebanyak 222 buah sekolah rendah dan 110 buah sekolah menengah di seluruh negara telah dibekalkan sebanyak 10 set komputer bagi setiap buah sekolah. Pada tahun 2000, Projek Penyediaan Infrastruktur Fizikal dan Pengkomputeran Sekolah Rendah dan Menengah (Projek Pengkomputeran) diperkenalkan di 2,418 buah sekolah rendah dan menengah secara berperingkat-peringkat dengan mendahulukan sekolah yang mempunyai enrolmen melebihi 150 dan mempunyai bekalan elektrik. Makmal komputer dilengkapi dengan komputer terkini beserta kemudahan LAN dan internet. Sekolah-sekolah ini dibekalkan perkakasan komputer mengikut kriteria yang ditetapkan seperti berikut: Enrolmen kurang 400 orang mendapat 10 komputer,1 makmal komputer dan 1 server Enrolmen 400 800 orang mendapat 20 komputer, 1 makmal komputer, 1 server dan 1 projektor LCD Enrolmen melebihi 800 orang mendapat 40 komputer, 2 makmal komputer, 2 server, dan 1 projektor LCD Sehingga akhir tahun 2000, sebanyak 18 buah sekolah (12 buah sekolah rendah dan 6 buah sekolah menengah) telah dilengkapi dengan teknologi peralatan ICT. Projek-projek ICT dalam pendidikan yang telah dilaksanakan adalah pemangkin kepada usaha ke arah e-pembelajaran. Selain menambah sumber tenaga manusia terlatih, projek-projek ini juga dapat meningkatkan penggunaan dan pengintegrasian teknologi ICT dalam P&P. Projek Rintis Sekolah Bestari telah dimulakan pada tahun 1999 dengan mencadangkan penyediaan persekitaran ICT yang dinamik, fleksibel, dan terkini bagi lima buah sekolah rendah dan 85 buah sekolah menengah. Sehingga tahun 2000, sebanyak 87 buah sekolah (4 buah sekolah rendah dan 83 buah sekolah menengah) telah dilengkapi dengan kemudahan ICT. Penyelesaian Bersepadu Sekolah Bestari dalam projek rintis ini melibatkan komponen bahan P&P elektronik, pengkomputeran Sistem Pengurusan Sekolah Bestari, penggunaan perkakasan ICT, rangkaian setempat, dan Wide Area Network (WAN). Dari segi penggunaan ICT sebagai pengupaya pedagogi dan pengurusan sekolah, tiga aras teknologi diperkenalkan dalam projek rintis, iaitu aras A (model bilik darjah), B+ (model bilik darjah terhad) dan B (model makmal komputer). Pembekalan komputer bukan sahaja melibatkan pihak sekolah sahaja tetapi kepada pihak-pihak lain dalam organisasi pendidikan. Kementerian Pendidikan Malaysia telah membekalkan komputer kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Bahagian (PPB), dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk tujuan meningkatkan pengurusan pendidikan. Mulai tahun 2001, KPM akan membekalkan komputer dengan nisbah 1 : 1 kepada kumpulan pengurusan dan profesional serta kumpulan sokongan. Pada peringkat sekolah pula, nisbah komputer berbanding pentadbir ialah 2 : 1 dan sebanyak enam unit komputer akan disediakan untuk kegunaan pengurusan dan pentadbiran sekolah. Pembangunan infrastruktur komputer di universiti-universiti awam juga akan dipertingkatkan. Dewan kuliah dan bilik seminar akan dilengkapi dengan kemudahan komputer dan adalah menjadi hasrat kerajaan supaya setiap pensyarah dibekalkan dengan sebuah komputer. Rangkaian komputer juga akan menghubungkan bangunan pentadbiran dengan bilik-bilik syarahan, makmal, dan bilik pensyarah. Rangkaian kampus ini menggunakan bandwidth 155 Mbps, kadar hubungan ke desktop 10 Mbps, dan kadar hubungan kepada internet 2 Mbps. Kemudahan ini dijangka dapat dipertingkatkan mengikut keperluan penggunaan. Konsep Smart School juga telah menjadi panduan kepada pelaksanaan P&P bestari. Tumpuan diberikan kepada aplikasi ilmu dalam kehidupan sebenar, merekacipta dan berinovasi, serta berinteraksi dengan pihak luar. P&P dalam bilik darjah perlu menterjemahkan konsep meaningful and thoughtful learning dan 4S iaitu self-paced, self-taught, self-access dan self-directed. Bahagian sumber maklumat juga telah membina dan membuat pembaharuan dari segi aplikasi komputer untuk beberapa Jabatan atau Bahagian seperti Sistem Pengurusan Kewangan, Sistem Maklumat Staf, Sistem Maklumat Institusi Pendidikan Swasta, Sistem Maklumat Biasiswa dan beberapa sistem pemilihan calon masuk ke institusi pendidikan tinggi tempatan. Bahagian sumber maklumat juga menyediakan kemudahan rangkaian KPMnet yang menghubungkan Jabatan/Bahagian dengan institusi pendidikan. Melalui kemudahan ini, personel KPM diberikan kemudahan e-mel dan internet. Laman web KPM iaitu EducationNet telah dibina dan mengandungi maklumat aktiviti semasa serta maklumat tentang status permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), maktab perguruan dan universiti awam serta status pinjaman PTPTN.

PEMIKIRAN Pemikiran kreatif dan inovatif dapat diwujudkan dengan menanya soalan-soalan terbuka yang dapat mencungkil daya pemikiran pelajar untuk mengemukakan idea-idea baru serta mencetuskan pemikiran bertahap tinggi. Ia mendorong proses akomodasi iaitu penyusunan semula pengetahuan dan proses asimilasi iaitu menggabungkan pengetahuan baru dengan pengetahuan yang sedia ada. Organisasi pembelajaran yang kreatif dan inovatif dapat mengembangkan pemikiran divergent atau lateral, imaginatif di kalangan pelajar. Ahli psikologi telah mengkaji fenomena pemikiran kreatif dan inovatif dengan tujuan menerangkan hasil (produk) dan proses pemikiran. Tumpuan ialah kepada heuristik yang digunakan sebagai pemikiran. Pendekatan pemikiran kreatif dan inovatif untuk mengkaji proses pemikiran berbeza mengikut teori pemikiran yang diamalkan. Konsep pemikiran tersebut ialah:-

1. Pemikiran sebagai CUBA JAYA Menurut ahli psikologi behavioris pemikiran ialah satu usaha cuba jaya, iaitu pertalian antara rangsangan dan respons. Teori pemikiran behavioris terdiri daripada tiga komponen, iaitu rangsangan (Ra: sesuatu situasi penyelesaian masalah, respons (Re : tingkah laku penyelesaian masalah tertentu) dan kaitan antara rangsangan tertentu dan respons tertentu. Organisma akan cuba sehingga berjaya mencapai pertalian itu. Pertalian itu diandaikan berlaku dalam minda organisma dan dipamerkan dengan penyelesaian masalah berkenaan (Ra-Re). Menurut Thorndike (1911), latihan mengeratkan pertalian antara rangsangan dan respons, dan respons yang tidak membantu proses penyelesaian masalah, lama-kelamaan akan kehilangan kesannya. Pertalian antara rangsangan dan respons akan bertambah kukuh sekiranya terdapat kesan yang menyeronokkan selepas menyelesaikan sesuatu masalah. Apakah pula yang berlaku antara rangsangan dan respons? Hull (1943) meramalkan bahawa respons-respons kecil berlaku di antara Ra dan Re yang membawa kepada penyelesaian masalah. Watson (1930) menyifatkan ini sebagai bercakap dengan diri sendiri. Walau bagaimanapun ahli-ahli psikologi behavioris tidak begitu berminat menerangkan apa yang berlaku di antara rangsangan dan respons. Oleh sebab apa yang berlaku dalam minda organisma tidak dapat dilihat secara empirikal, kajian mengenainya kurang diberi perhatian. Hanya tindakan yang dapat diperhatikan berlaku, seperti rangsangan dan respons diterima sebagai bukti. 2.Pemikiran sebagai CELIK AKAL Menurut ahli psikologi Gestalt, pemikiran atau proses penyelesaian masalah ialah pencarian kaitan antara satu aspek masalah dengan aspek yang lain, dan akibatnya ialah kefahaman struktural. Iaitu kebolehan memahami bagaimana semua bahagian-bahagian masalah dapat disepadukan bagi memenuhi syarat-syarat matlamat. Ini memerlukan mengorganisasi semula elemen-elemen masalah kepada bentuk baru supaya masalah itu dapat diselesaikan. Dalam eksperimen klasik yang dijalankan oleh Kohler (1925) seekor monyet yang lapar diletak di dalam sebuah sangkar. Sebiji pisang tergantung daripada bumbung sangkar tersebut dan terlalu tinggi untuk monyet itu mendapatkannya. Dalam sangkar itu juga terdapat beberapa kotak yang berlainan saiz. Monyet itu cuba mendapatkannya pisang itu dengan melompat-lompat beberapa kali tetapi tidak berjaya. Ia pun berhenti seketika dan memerhati sekeliling sangkar dan dengan tiba-tiba mengheret kotak-kotak ke tengah sangkar di bawah pisang. Lalu monyet itu pun menyusun kotak-kotak itu bertindih-tindih menjadi seperti tangga dan kemudian memanjat kotakkotak tersebut dan berjaya mendapatkan pisang. Menurut Kohler, apabila monyet itu secara tibatiba sedar tentang pertalian di antara kotak-kotak dengan mendapatkan pisang, ia disifatkan celik akal (insight). 3. Pemikiran sebagai MENCARI MAKNA Menurut Ausubel (1968), struktur kognitif atau skemata ialah pengetahuan sedia ada manusia dan terdiri daripada fakta, konsep dan generalisasi yang pernah dipelajari atau didedahkan. Pembelajaran bermakna atau meaningful learning berlaku apabila maklumat baru dapat diasimilasikan ke dalam struktur kognitif individu berkenaan melalui proses subsumpsi. Pendek kata, subsumpsi berlaku apabila individu dapat memberi makna kepada maklumat baru

berdasarkan pengetahuan sedia ada. Namun demikian, pemikiran ditafsirkan sebagai proses mencari skemata atau pengalaman lalu yang sesuai untuk dikaitkan dengan pengalaman atau maklumat baru. 4. Pemikiran sebagai PEMBENTUKAN KONSEP Pengujian hipotesis atau pemikiran induksi lazimnya dikaitkan dengan pembentukan konsep dan penaakulan analogikal. Pembentukan konsep dikaitkan dengan usaha-usaha Bruner, Goodnow & Austin (1956) yang menyarankan kepentingan pengkonsepan. Pembentukan konsep atau kategori memudahkan individu memahami persekitarannya serta mengurangkan tekanan kognitif. Kategori konsep mewakili beberapa objek atau peristiwa yang mempunyai ciri-ciri serupa atau hampir sama serta ciri-ciri tertentu yang membezakan objek itu dengan objek yang lain. Individu yang diberikan masalah mengumpulkan maklumat mengikut kategori tertentu dikatakan akan mengemukakan hipotesis dan peraturan. Contohnya, objek-objek seperti meja, kerusi, katil dan almari akan dilonggokkan di bawah kategori perabot. Dia akan meneruskan proses melonggokkan mengikut hipotesis ini sehingga ia tidak boleh dipakai lagi. 5. Pemikiran sebagai PEMBINAAN MAKLUMAT Ahli-ahli psikologi seperti Sigel (1984) menyifatkan pemikiran sebagai satu proses aktif yang melibatkan beberapa operasi mental utama seperti induksi, deduksi, penaakulan, urutan dan klasifikasi. Operasi ini bertindak secara berasingan atau bergabung apabila menyelesaikan masalah atau membuat keputusan. Pelajar sentiasa aktif memerhati dan membina pengetahuan dengan membuat hubung kaitan antara objek, peristiwa atau orang di persekitarannya. Kanakkanak dengan spontan boleh asimilasi pengetahuan daripada pengalaman dan menyusunnya melalui beberapa operasi mental. Walau bagaimanapun aspek-aspek pengalaman dan cara pengalaman itu disusun adalah terhad dan tertakluk kepada tahap perkembangan kanak-kanak itu. Dalam proses pembelajaran yang memberi pelajar peluang bercakap, memberi pendapat dan membuat keputusan, akan menambahkan kualiti pemikiran pelajar di sekolah. Kanak-kanak yang berinteraksi dengan orang dewasa dan menerima layanan yang positif akan muncul sebagai pemikir yang lebih berkesan. 6. Pemikiran sebagai PENAAKULAN DEDUKTIF Penaakulan deduktif ialah membuat kesimpulan berdasarkan premis, pernyataan atau maklumat tertentu yang diperoleh daripada berbagai-bagai sumber. Individu hanya perlu menyusun ideaidea tersebut ke arah mendapat satu jawapan yang betul sahaja. Semua butir maklumat yang diperlukan untuk menjawab pertanyaan Siapakah yang paling tinggi? Telah diberikan. Individu hanya dikehendaki menyusun dan mengaturnya mengikut cara berkesan. Sekiranya maklumat yang diberikan salah, maka jawapannya pun mungkin salah. Penaakulan induktif juga disebut sebagai pemikiran bertumpu atau konvergen. 7. Pemikiran sebagai PENAAKULAN INDUKTIF Penaakulan induktif yang disebut sebagai pemikiran bercapah tidak ditujukan ke arah mendapatkan satu jawapan betul. Sebaliknya, terdapat lebih daripada satu jawapan yang mungkin betul (Phillips, 1994). Individu yang menaakul secara induktif cuba mengemukakan pelbagai jawapan, idea, kesimpulan dan alternatif yang boleh diterima sebagai betul. Lazimnya, dalam penaakulan induktif individu tidak dapat menyatakan dengan yakin iaitu daripada banyak jawapan yang dicadangkan, satu jawapan adalah betul. Mengapa? Ini adalah kerana jarang sekali seseorang itu akan dapat meneliti segala kemungkinan. Kemungkinan lain boleh timbul yang memaksa individu mengubahsuai pemilihan awalnya. Contohnya, jika kita rumuskan bahawa semua kucing mempunyai ekor dan tiba-tiba kita bertembung dengan kucing yang tidak mempunyai ekor, kita terpaksa mengkaji semula rumusan yang dibuat tentang kucing. 8. Pemikiran sebagai PENYELESAIAN MASALAH Menurut Simon (1962), semua aktiviti kognitif atau pemikiran pada asasnya ialah penyelesaian masalah. Dalam kehidupan harian seseorang, penyelesaian masalah ialah aktiviti yang kerap dilakukan, sama ada di rumah, di tempat kerja, di tempat permainan dan rekreasi atau semasa pembelajaran. Pada asasnya, terdapat tiga ciri utama penyelesaian masalah, iaitu, keadaan matlamat, keadaan awal, dan pelaksana. Biasanya penyelesaian masalah dilihat sebagai mencari ruang masalah yang terdiri daripada beberapa masalah yang memerlukan penyelesaian. Keadaan awal ialah kesedaran tentang masalah dan pemilihan tindakan untuk menukar keadaan awal dalam ruang masalah. Apabila sesuatu tindakan di ambil, maka individu itu adalah pada tahap keadaan

pertengahan, iaitu dia telah menukar keadaan kepada keadaan yang lain. Apabila ia mencapai matlamatnya dia dikatakan telah sampai pada keadaan matlamat atau penyelesaian masalah. STRATEGI PEMBELAJARAN Organisasi pembelajaran yang kreatif dan inovatif perlu di rangka berlandaskan kepada pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Kaedah tersebut dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan mencungkil idea baru daripada pelajar. Juga dapat menggalakkan pelajar untuk berkomunikasi. Strategi pembelajaran yang berkesan dapat mengembangkan potensi, dan bakat pelajar yang terpendam dan seterusnya boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian. Contohcontoh yang boleh digunakan ialah seperti brainstorming, pembelajaran berpusat masalah, simulasi, kerja secara berkumpulan dan sebagainya. KOMUNIKASI TERBUKA Komunikasi terbuka dapat mendorong perkembangan dan kemajuan organisasi pembelajaran. Komunikasi terbuka membolehkan maklumat diperoleh dengan mudah tanpa banyak halangan birokrasi. Maklumat yang diperoleh dari luar organisasi dapat digunakan untuk membantu perkembangan kreativiti dan inovasi serta meningkatkan produktiviti dan kreativiti di kalangan pelajar. Maklumat yang diperoleh bukan sahaja mengalir daripada atas ke bawah tetapi juga dari bawah ke atas. Ia juga dapat menggalakkan pencarian fakta dan maklumat terkini berhubung perkembangan organisasi. Maklumat yang pantas dan terkini boleh mempengaruhi keputusan yang dibuat bagi menangani berbagai perkembangan organisasi pembelajaran. PENYELESAIAN MASALAH Setiap hari kita dilanda dengan pelbagai masalah, sama ada di tempat kerja, rumah ataupun di sekolah. Sebagai contoh, kerapkali kita terdengar pelajar yang diberikan kerja seperti projek sejarah, masalah matematik, menulis karangan, mangatakan Saya tidak tahu tanpa mencuba. Aktiviti-aktiviti penyelesaian masalah membawa pelbagai manfaat kepada pemantapan pemikiran kreatif dan inovatif pelajar (Fisher, 1992). Kegiatan penyelesaian masalah tidak hanya menambah penguasaan pengetahuan, memperkukuhkan kemahiran dan melahirkan sikap tertentu, tetapi memberi peluang kepada guru memerhati cara pelajar mendekati masalah, berkomunikasi dan belajar. Bagi menentukan sama ada pelajar memahami sesuatu prinsip atau butir maklumat ialah dengan memberinya masalah untuk diselesaikan. Aktiviti-aktiviti corak bermasalah juga memberi peluang kepada pelajar menunjukkan kebolehannya mengaplikasikan sesuatu prinsip, kaedah atau teori kepada penyelesaian masalah berkenaan. Masalah-masalah yang dihadapi oleh individu atau pelajar ada yang berstruktur dan apa pula yang tidak berstruktur. Contoh masalah-masalah berstruktur seperti masalah matematik dan fizik. Bagi masalah-masalah ini, segala maklumat yang diperlukan telah disediakan atau mudah diperoleh untuk menyelesaikannya. Akan tetapi dalam kehidupan seharian pelajar menghadapi pelbagai masalah sosial, etika, moral dan sebagainya yang kabur dan tidak berstruktur, iaitu tidak boleh diselesaikan mengikut langkah-langkah yang teratur. Bagi masalah berstruktur, proses penyelesaian masalah mengikut urutan langkah-langkah tertentu. Berdasarkan cadangan Newell dan Simon (1972) langkah-langkah penyelesaian masalah adalah mengikut urutan seperti di bawah.1. Mengenal pasti masalah2. Mendefinisikan masalah3. Mencari penyelesaian4. Bertindak5. Menilai kejayaan tindakan Jadi aktiviti-aktiviti yang melibatkan penyelesaian masalah sama ada dalam pengajaran dan pembelajaran serta program lain di sekolah mampu membentuk daya kreativiti dan inovasi pelajar dan juga guru. Oleh yang demikian, inovasi dan kreativiti merupakan penyumbang ke arah perubahan organisasi, perkembangan dan pembangunan negara. Bagi menghasilkan sebuah organisasi pembelajaran yang kreatif dan inovatif faktor-faktor yang perlu diberi perhatian ialah pengurusan organisasi, kepimpinan, budaya, teknologi, pemikiran, strategi pembelajaran, penyelesaian masalah dan juga komunikasi terbuka. Kreativiti dan inovasi yang dibentuk atau dibina perlulah bersesuaian dengan keperluan dan kehendak masyarakat, individu dan juga negara. Ianya juga hendaklah bebas daripada sebarang kebimbangan dan ketakutan yang merupakan pra syarat untuk mengembangkan potensi pelajar yang seharusnya mempunyai daya kreativiti dan inovasi yang aktif dan berdaya maju. Individu yang bersifat kreatif dan inovatif perlu diganjari dengan sepatutnya supaya bakat yang ada tidak

dipersiakan begitu sahaja.Bagi guru yang kreatif dan inovatif pula, mereka harus sentiasa mengkaji dan menyelidik apa yang berfungsi dan tidak berfungsi dalam profesion mereka.

Inovasi Dalam Pendidikan Apakah yang dimaksudkan dengan inovasi? Kebanyakan kamus memberi makna inovasi sebagai pembaharuan atau perubahan. Pengertian ini di anggap agak longgar dan tidak begitu jelas. Menurut Ronger E. Miller (1971) inovasi merupakan idea, amalan atau objek yang di anggap baru oleh seseorang. Spencer (1994) menjelaskan inovasi ialah sesuatu yang di anggap baru dan lebih baik daripada yang lama oleh seseorang individu. Glosari Teknologi Pendidikan (1995) pula merujuk inovasi sebagai idea, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan sesuatu amalan. ACEID (1977) pula menyatakan bahawa inovasi ialah an effort to introduce a practice in order to bring about a social change. The practice need not be totally new, its efficiency and potentially in a new context are the main criteria used in labelling it as innovation. The emphasis is on change in terms of providing a strategy to deal with a specific local or national problem. Sufean Hussin (2001) dalam kertas kerjanya pada Seminar Dasar dan Pengurusan Pendidikan menyatakan inovasi bermaksud pembaharuan, modifikasi, atau membaiki idea, benda, ilmu dan ciptaan seni budaya tamadun dengan tujuan memenuhi fungsifungsi tertentu atau memenuhi cita rasa tertentu atau memenuhi pasaran tertentu. Zaltman et. al (1973) menyatakan inovasi ialah idea, latihan atau bahan artifak yang kelihatan baru pada unit yang menggunakannya. Oldham dan Cuming (1996) pula menyatakan inovasi ialah kejayaan aplikasi pertama pada sesuatu produk atau proses. Damapour (1991) menyatakan inovasi sebagai mengenerasi perkembangan dan penggunaan idea baru pada organisasi. Daripada pengertian di atas dapatlah disimpulkan bahawa secara mudah inovasi boleh diterangkan sebagai: Merupakan penghasilan baru Berbentuk maujud dan mujarad Berdasarkan proses penyusunan semula Dengan menggunakan unsur yang sedia ada Terjelma sebagai unik, memudahkan dan bernilai Inovasi Dalam Pembelajaran J-QAF

Program j-QAF (singkatan kepada Jawi, al-Quran, Arab, Fardu Ain) merupakan satu pendekatan pembelajaran agama di sekolah. Idea pelaksanaan program J-QAF yang dilontarkan Datuk Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawipada 2004 adalah untuk memperkasa sistem pengajaran pelajar Islam di sekolah. Apa yang diharapkan melalui pelaksanaan program j-QAF ini ialah murid-murid dapat khatam al-Quran pada tahun enam mereka di sekolah rendah, malah lebih awal daripada itu andai semua pihak bekerja keras dan bekerjasama merealisasikannya. Selain itu,

diharapkan murid-murid dapat berkomunikasi dalam Bahasa Arab terutama aspek komunikasi mudah seharian. Pengajaran pemulihan tulisan jawi dilaksanakan dengan inovasi pembelajaran menggunakan pelbagai kaedah seperti permainan, lagu, multimedia dan seumpamanya. Inovasi ini memberikan suntikan semangat untuk anak-anak mempelajari jawi dengan lebih intensif dan menarik. Sementara pengajaran Iqra dan al-Quran melalui Model Enam Bulan Khatam al-Quran dan instrumen latih tubi tasmi' banyak membantu anak-anak mempelajari al-Quran dengan lebih bersistematik. Kaedah pengajaran Baghdadiah dan Iqra pula diadun cantik melalui gaya Talaqqi Musyafahah mengikut kemampuan murid. Sesi tasmi yang dijalankan adalah peluang untuk guru melakukan semakan terhadap perkembangan murid di samping mencatat dan menilainya di dalam buku rekod yang disediakan. Beberapa program tambahan seperti Kem Literasi al-Quran (KLAQ) dilaksanakan bagi membasmi kadar murid yang lemah penguasaan terhadap pembacaan al-Quran manakala kempen kesedaran tambahan seperti Kempen Smart Salam menyuntik semangat cintakan kepada adab Islami sesuai dengan pendekatan Islam Hadhari yang mementingkan aspek akhlak dan moral yang terpuji di dalam membangun ummah.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN INOVASI? Inovasi ialah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi.
CIRI-CIRI INOVASI 1. Keuntungan relatif, iaitu sejauh mana inovasi dianggap menguntungkan bagi penerimanya. Tingkat keuntungan atau kemanfaatan suatu inovasi dapat diukur berdasarkan nilai ekonomi, faktor status sosial (gengsi), kesenangan, kepuasan atau mempunyai komponen yang sangat penting makin menguntungkan bagi penerimaan makin cepat tersebarnya inovasi. 2. Kompatibel (compatibility), iaitu tingkat kesesuaian inovasi dengan nilai, pengalaman lalu dan kebutuhan dari penerima. Inovasi yang tidak sesuai dengan nilai atau norma yang diyakini oleh penerima tidak akan diterima secepat inovasi yang sesuai dengan norma yang ada. 3. Kompleksitas (complexity), iaitu tingkat kesukaran untuk memahami dan menggunakan inovasi bagi penerimanya. Suatu inovasi yang mudah dimengerti dan mudah digunakan oleh penerima akan cepat tersebar, sedang inovasi yang sukar dimengerti atau sukar digunakan oleh penerima akan lambat proses penyebarannya. Makin mudah dimengerti suatu inovasi akan makin cepat diterima oleh masyarakat. 4. Trialibilitas (trialibility), iaitu dapat dicuba atau tidaknya suatu inovasi oleh penerima. 5. Dapat diamati (observability), iaitu mudah tidaknya diamati suatu hasil inovasi. Suatu inovasi yang hasilnya mudah diamati akan makin cepat diterima oleh masyarakat.

Tema Hari Guru 2012

Seperti tajuk diatas di sini saya selitkan tema hari guru pada tahun ini yang mana ia juga berkaitan dengan Inovatif. Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara telah dipilih sebagai tema Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-41 bagi Tahun 2012. Pemilihan tema ini telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Yang Berbahagia Dato Sri Abd. Ghafar bin Mahmud ketika menyempurnakan Majlis Pra-Pelancaran Hari Guru 2012 pada 30 April 2012 di Dewan Besar Sekolah Sultan Alam Shah, Presint 1, Putrajaya. Tema Hari Guru ini amat bersesuaian dengan tahun 2012 yang juga merupakan Tahun Sains dan Gerakan Inovasi di peringkat nasional. Peranan guru amat penting dalam melonjakkan prestasi pencapaian murid. kerana kecemerlangan dan kemenjadian murid adalah puncak manifestasi seseorang guru hasil daripada kerja-kerja pendidikan yang mampu menghasilkan modal insan yang kompeten dan cerdas dalam aspek ilmu dan kemahiran; inovatif dan kreatif; bersahsiah dan bersifat patriotik serta cinta akan tanah air. Guru inovatif juga mampu melonjakkan transformasi terhadap murid dengan berbekalkan ilmu dan kemahiran sains teknologi terkini dan ini membuktikan bahawa modal insan berinovasi menjadi prasyarat utama kepada pertumbuhan produktiviti ke arah penjanaan ekonomi berpendapatan tinggi. Sehubungan dengan itu, para pendidik diseru agar bersama-sama berusaha membuat anjakan daripada daya upaya peralatan kepada daya upaya minda dan daripada pemudah cara kepada pencetus invensi dan inovasi. Dalam membuat keputusan, ketelitian sangat perlu demi mengelakkan kegagalan sesebuah organisasi untuk mencapai matlamatnya. Kegagalan ini seringkali berlaku kerana tumpuan keterlaluan organisasi ini menggunakan teknik dan sistem pengurusan dalam membuat keputusan. Sesuatu rancangan yang baik hanya tinggal rancangan jika tidak dilaksanakan. Sesuatu sistem, kaedah, pendekatan atau cara baru termasuk sesuatu produk atau servis yang baru tidak akan berjaya tanpa pengatahuan, pemikiran, perancangan dan tindakan yang strategik. Oleh itu, untuk tujuan tersebut kita mesti benar2 bersedia. Sepatutnya tidak timbul lagi soal kurang tahu atau tidak memahami. Sebab sikap inilah yang sering membantutkan proses transformasi inovasi dalam sesebuah organisasi. _

Guru Inovasi Guru perlu bersikap kreatif dan inovatif supaya dapat melalukan perubahan dalam proses P&P dan akan menyebabkan P&P berlaku dalam suasana aktif dan seronok sehingga mencapai satu piawai yang menunjukkan P&P berkesan. Guru boleh menggunakan Pendekatan Konstruktivisme dalam mencapai objektif P&P yang berkesan. Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Needham (1987) menyatakan model konstruktivisme ini mengandungi 5 fasa iaitu fasa

orientasi (engage) , fasa pencetusan idea (explore), fasa penstrukturan semula idea (explain), fasa aplikasi idea (elaborate) dan fasa refleksi(evaluate). Untuk P&P di dalam kelas, contahnya dalam matapelajaran Sejarah, dalam fasa pertama, guru menunjukkan gambar-gambar perjuangan kemerdekaan di Tanah Melayu. Aktiviti ini mendedahkan pelajar kepada tokoh-tokoh perjuangan kemerdekaan negara supaya timbul sifat ingin tahu tentang sumbangan dan perjuangan tokoh-tokoh tersebut. Dalam fasa kedua pelajar diberi beberapa persoalan bertulis tentang kemerdekaan Tanah Melayu. Kemudian, pelajar dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan diminta untuk berbincang, mengkaji dan mencari informasi tentang perjuangan kemerdekaan. Hasil daripada aktiviti ini dapat melihat murid menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada mereka pengetahuan yang baharu. Fasa ketiga pula, pelajar diminta membentangkan hasil kajian yang mereka perolehi. Fasa ini bertujuan untuk mewujudkan kerjasama di dalam kumpulan dan berani menyampaikan hasil dapatan mereka. Berikutnya adalah fasa keempat, iaitu pelajar perlu membandingkan hasil kajian mereka dengan fakta yang terdapat di dalam buku teks sejarah. Pengetahuan tentang kemerdekaan dapat diwujudkan dan pelajar dapat menggunakan kefahaman mereka untuk membuat penjelasan tentang perjuangan kemerdekaan. Seterusnya, di dalam fasa kelima, pelajar diminta menjawab soalan kuiz pendek untuk mengukuhkan kefahaman mereka tentang apa yang telah dipelajari. Pelajar membuat perbandingan tentang pengetahuan asal mereka dengan pengetahuan baharu dan merenung kembali proses pembelajaran yang menyebabkan perubahan kepada idea mereka.

PEMBESTARIAN SEKOLAH, PERINTEGRASI TEKNOLOGI DAN CABARAN TERHADAP GURU SUKAN

BAB 1 Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah pengunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan dan kompetensi guru. Program Pembestarian Sekolah juga

meningkatkan lagi peningkatan kualiti pentadbiran sekolah memberi maksud

mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi maklumat. Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian Sekolah ini akan dapat melatih guru dan murid berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri(self-paced). 1.1 PENGENALAN

Sistem pendidikan sedia ada perlu dimantapkan selaras dengan perkembangan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Beberapa penambahbaikan dalam pelbagai aspek perlu dilakukan supaya ianya berdaya saing dan relevan dengan kehendak semasa. Pewujudan Sekolah Bestari merupakan satu senario dalam pendidikan alaf baru di Malaysia dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial serta budaya masa kini. Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi pendidikan menggabungkan serta memberikan penekanan terhadap beberapa aspek, antaranya pengajaran dan pembelajaran berbudaya fikir, pemusatan kepada pelajar, penggunaan bahan teknologi secara bijak, strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, serta pengurusan sekolah yang efektif. 1.2 KONSEP PEMBESTARIAN

Teachers will need to change their role in the electronic classroom from being information providers to counselors to help students develop know how and judgment to select information sources. Key to success in the Information Age will be making the right judgements between an awesome array of choices. We are examining our education system to create a curriculum where people learn how to learn for continuing education throughout their lives. Tun Mahathir Mohamed, Launch of the Multimedia Super Corridor 1 August 1996 The smart school program will be re-modelled and its implementation fast-tracked to enable more schools to benefit, at lower cost to the government. Smart schools will have access to the Internet through the SchoolNet program, which is already at an advanced stage of implementation. Advanced teaching and learning materialsdeveloped through the Smart School Pilot program will be utilised for teaching, while the Smart School Management System will be used to improve administration processes. Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Launch of The Multimedia Super Corridor (M.S.C.) Next Leap, 3 July 2004

pembestarian sekolah adalah selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadikan sekolah-sekolah awam lebih berdaya saing, kondusif dan modenmengikut arus pembangunan semasa. Dalam proses pembestarian sekolah, sasaran kementerian ialah untuk meningkatkan nisbah komputer kepada murid, masa dedahan murid dan guru kepada penggunaan komputer danmengaplikasikan teknologi yang berkesan dari segi kos. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia, 7 Mei 2005 1.3 SKOP PEMBESTARIAN SEKOLAH

Pelaksanaan pembestarian ini memanfaatkan (leverage) kepada semua inisistif ICT yang sedia ada di sekolah merangkumi tiga elemen utama iaitu infrastruktur ICT dan Aplikasi Pengurusan, Pengisian Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), dan Pembangunan Sumber Manusia. Fokus Pembestarian Sekolah ialah untuk memastikan semua sekolah akan mempunyai kecapaian ICT yang sama dengan: 1. menyediakan kemudahan infrastruktur dan perkakasan yang mencukupi 2. menyediakan perisian dan bahan-bahan digital yang lengkap 3. memberi latihan yang secukupnya kepada semua guru, pentadbir dan staf sekongan Pembestarian Sekolah akan menfaatkan tiga (3) elemen utama iaitu yang telah dilaksanakan ke sekolah-sekolah melalui projek-projek Kementerian seperti berikut: 1. projek makmal Komputer Sekolah 2. program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) 3. rangkaian SchoolNet 4. rancangan TV pendidikan 5. projek Rintis Sekolah Bestari 6. ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 7. mata Pelajaran yang Berasaskan ICT 8. perkongsian Pintar dengan Syarikat Swasta 9. latihan ICT Guru 10. pengurusan Perubahan bagi Guru dan Pentadbir Sekolah Program Pembestarian ini akan dijalankan secara berperingkat dan berfasa mengikut keutamaan dan keupayaan Kementerian dengan mengambil kira kesediaan sekolah.

DASAR DAN MATLAMAT Dasar Pembestarian semua sekolah merangkumi dasar ICT iaitu: 1. ICT untuk semua pelajar 2. ICT sebagai alat pengajaran dan pembelajaran, sebagai mata pelajaran dan komponen mata pelajaran 3. ICT digunakan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem pendidikan Matlamat Pembestarian Sekolah ialah untuk mengoptimumkan potensi murid di semua sekolah Malaysia dengan menggunakan ICT sebagai pengupaya kepada pengajaran dan pembelajaran.

Bab 2 2.0 PENGENALAN

Penggunaan teknologi maklumat dalam kehidupan pada masa kini telah menjadi suatu yang penting dan sangat memerlukan. Teknologi maklumat juga dapat membantu manusia memudahkan melakukan sesuatu perkara. Penggunaan teknologi pada abad ke 21 ini dapat dilihat semakin meluas sama ada dalam bidang perniagaan, pembangunan malah kini yang menjadi tumpuan adalah penggunaan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan. Kerajaan kini memandang serius berkenaan pengintegrasian teknologi maklumat dalam pendidikan melalui matapelajaran yang diajar. Dengan penggunaan teknologi maklumat secara menyeluruh mampu meningkatkan tahap kemahiran pelajarpelajar untuk mendapat maklumat dengan berkesan. Hjetland (1995) menyatakan bahawa Technology can make our lives easier.Everyday tasks are simplified. Beliau juga menyatakan bagaimana teknologi dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengurusan dan kerja-kerja pengajaran pembelajaran. Setiap aspek kehidupan manusia semakin dihimpit dengan computer. Justeru itu, penggunaan komputer dalam pendidikan juga menjadi semakin dominan. Kita kini dikatakan berada dalam satu masa perubahan iaitu dari zaman industri ke zaman informasi. Dunia tanpa sempadan, IT, ICT, e, siber, global, dalam talian, pintar, rangkaian, dan pelbagai lagi istilah yang sekiranya gagal untuk difahami menyebabkan kita seolah-olah berada di dunia lain. Justeru itu, penggunaan teknologi maklumat seharusnya bukanlah lagi menjadi sesuatu yang asing dalam pendidikan. Menurut Ahmad Fuad (2003), menyatakan bahawa dalam konteks pendiidkan, teknologi maklumat

merupakan satu rangkaian elektronik untuk mencari, mengumpul, menyimpan, memproses, menyalur dan menyampai maklumat secara efektif, pantas dan banyak untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan itu juga, kejayaan ICT dalam pendidikan khususnya bukan hanya terletak pada teknologi tetapi juga melibakan faktor lain seperti pendekatan pedagogi, subjek yang diajar, jenis pelajar, tahap pencapaian pelajar, keperluan pelajar, guru dan persekitaran bilik darjah. Pendekatan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran membolehkan bilik darjah bertemu dengan dunia nyata serta membolehkan pelajar-pelajar meneroka mencari maklumat. Dalam menjayakan penggunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan gandingan semua pihak sama ada pihak sekolah mahu pun pihak masyarakat. Di sekolah, guru terutamanya perlu yakin bahawa terdapat banyak kebaikan dan kepentingan penggunaan ICT atau teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlu mempelajari serta diberikan kemahiran yang mencukupi untuk menggunakan peralatan ICT secara cekap dan efektif. Kebanyakan sekolah-sekolah yang mempunyai guru-guru yang telah lama berkhidmat, terdiri daripada mereka yang masih berada di tahap perlu belajar dan perlu bimbingan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam ICT. Keupayaan seseorang untuk menggabungkan teknologi maklumat dalam pengajaran bukan berlaku secara automatis, tetapi memerlukan kepada usaha yang berterusan yang penuh dengan minat. Pengetahuan dan kemahiran dalam ICT tidak menjamin pengintergrasiannya dalam kurikulum dan juga pengajaran. Justeru, adalah penting bagi guru-guru untuk membuat persediaan yang mencukupi agar dapat memenuhi tuntutan dan jangkaan masyarakat untuk menggabungkan ICT dalam pengajaran. Keyakinan dan efikasi yang tinggi membantu mempermudahkan proses peningkatan kemahiran dalam pelaksanaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 2.1 Definisi teknologi maklumat

Teknologi maklumat merupakan satu bidang ilmu yang berasaskan pelbagai disiplin terutamanya komunikasi dan sistem komputer. Bidang ini merupakan kajian tentang penggunaan proses dan perkakasan dalam menangani maklumat yang pelbagai bentuk. Teknologi maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuk teknologi sangat luas iaitu berkenaan dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudahnya, penggunaan komputer dan perisian adalah untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

2.2

Pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa

Pengintegrasian teknologi malkumat dalam pengajaran bermaksud proses pengajaran yang melibatkan penerapan teknologi seperti komputer serta menggunakan bahan bantu mengajar berunsurkan ICT dalam pengajaran bahasa. Contohnya penggunaan korpus berkomputer untuk mencari perkataan dan ayat yang berkaitan.

2.3 Kekangan Yang Perlu Dihadapi Oleh Guru Bagi Merealisasikan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Melalui TMK Penggunaan komputer atau bahan teknologi maklumat merupakan satu wadah baru yang di bawa ke dalam dunia pendidikan. Oleh itu, terdapat kelemahan-kelemahan yang timbul akibat daripada kekurangan kemahiran dalam pengendalian dan pengurusannya. 2.4 Tahap kemahiran guru dalam bidang teknologi maklumat

Penggunaan bahan teknologi maklumat dalam pendidikan khususnya dari segi pengajaran dan pembelajaran pada masa kini telah menjadi satu perkara yang penting bagi guru-guru. Penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran mampu meningkatkan kefahaman para pelajar dengan lebih baik. Hal ini dapat kita perhatikan bahawa, pembelajaran dari segi pencarian maklumat dan bahan-bahan terkini dalam sesuatu topik dapat dilakukan oleh murid-murid dengan menggunakan alat teknologi maklumat seperti melalui komputer, internet dan sebagainya. Penggunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan kemahiran seseorang guru untuk mengendalikannya. Oleh yang demikian, pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa di sekolah rendah mempunyai beberapa kekangan yang perlu di ambil berat iaitu kekurangan guru terlatih dalam bidang teknologi maklumat. Guru-guru yang telah lama mengajar dalam bidang bahasa khususnya kurang berpengalaman dan pendedahan dengan penggunaan ICT. Justeru itu, guru tidak mahir untuk membuat perancangan pengajaran berdasarkan ICT. Perkara sedemikian menyebabkan timbul permasalahan di mana pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Hal ini akan membantut perkembangan penggunaan bahan teknologi maklumat khususnya kepada murid-murid.

2.4 Penerimaan guru terhadap proses P&P menggunakan teknologi maklumat Pengintegrasian teknologi maklumat dalam proses pengajaran merupakan salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran terkini untuk meningkatkan tahap kemahiran guru menyampaikan sesuatu perkara khususnya dalam pengajaran bahasa. Justeru itu, terdapat segelintir guru bahasa masih tidak mahu mengikuti serta mengubah kaedah pengajaran mereka. Perkara ini dapat kita perhatikan bahawa guru-guru bahasa yang telah lama berkhidmat dalam dunia pendidikan enggan mengubahsuai corak pengajaran dan pembelajaran mereka yang mana, kaedah guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah hanya tertumpu kepada penggunaan buku teks serta papan tulis semata-mata dan tidak mempunyai alternatif kaedah pengajaran bahasa yang lain. Sesetengah guru merasakan penggunaan kaedah pengajaran tradisional sudah cukup untuk menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam bilik darjah. Selain itu, terdapat guru-guru yang tidak memahami nilai penggunaan teknologi maklumat ini menyebabkan mereka malas untuk belajar serta mendalami ilmu teknologi maklumat. Penggunaan teknologi maklumat seolah-olah memberi satu bebanan kepada mereka ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Menurut (Norizan Abdul Razak, 1997) dalam kajian kesediaan guru menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa membuktikan bahawa guru-guru masih lagi ragu-ragu dan takut untuk menggunakan komputer dalam pengajaran mereka. Perkara ini menjadi salah satu perkara yang membantutkan pengintegrasian teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa di sekolah. Terdapat guru-guru yang berminat untuk belajar tetapi berputus asa kerana merasakan sukar untuk menguasai bidang teknologi maklumat.

2.5

Kemudahan

teknologi

yang

berkaitan

tidak

mencukupi

Proses pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan prasarana yang mencukupi seperti kemudahan makmal komputer, peralatan berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat, serta penyediaan dan penyelenggaraan komputer yang mencukupi dan lancar. Sistem penyelenggaraan bahan teknologi maklumat di sekolah yang tidak cekap menjadi salah satu punca permasalahan pengintegrasiaan ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Sehubungan itu juga, peruntukan kewangan yang lambat serta tidak mencukupi untuk proses penyediaan kemudahan teknologi maklumat di sekolah- sekolah tertentu menjadi salah satu punca

timbulnya permasalahan dalam proses pengintegrasian . Komputer yang digunakan di sekolah juga sering rosak dan ketinggalan dari segi kapasiti dan teknologi. Di samping itu, terdapat kekangan dari segi sistem selenggaraan komputer yang tidak cekap di sekolah. Masalah bilik komputer juga sering mengganggu kelancaran penggunaan komputer dalam pengajaran. Terdapat guru bahasa yang tidak dapat menggunakan bilik komputer kerana sering digunakan oleh kumpulan murid lain. 2.6 Penerimaan teknologi oleh murid

Penggunaan komputer dalam pengajaran dapat menambahkan minat murid terhadap pengajaran bahasa. Walau bagaimanapun, murid yang pandai lebih berminat dalam pengajaran apabila guru menggunakan komputer didalam pengajarannya. Bagi pelajar yang lemah pula, mereka kurang menunjukkan minat dalam pembelajaran bahasa walaupun guru menggunakan komputer. Penguasaan menulis karangan kurang berkesan jika menggunakan komputer. Dalam hal ini, pembinaan dan penggunaan bahan pembelajaran perlu lebih menekankan aspek multimedia dan interaktif bagi memberikan kesan yang lebih kepada murid-murid. Murid - murid juga berminat jika menggunakan bahan internet di dalam pengajaran. 2.7 Kurikulum berasaskan peperiksaan

Antara masalah yang dihadapi guru dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran di dalam kelas adalah bebanan kurikulum. Sukatan pelajaran yang terlalu banyak menyebabkan guru tergesa-gesa untuk menghabiskan silibus sebelum berakhir tempoh satu tahun. Oleh itu guru terpaksa menggunakan kaedah tradisi bagi memastikan silibus dapat dihabiskan dalam tempoh tersebut. Hal ini menyebabkan guru kurang masa untuk merancang pengajaran mereka dengan lebih kreatif dan inovatif. Salah satu faktor yang menjadi penghalang kepada pencapaian matlamat tersebut ialah sistem pendidikan kita yang secara umumnya masih lagi berorientasikan peperiksaan. Sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan juga merupakan penghalang utama kepada usaha pemupukan kreativiti dalam bilik darjah.Yong (1989) berpendapat bahawa walau pun pelbagai usaha telah dijalankan untuk memajukan proses pengajaran guru, sekolah masih lagi cenderung untuk menghasilkan para murid yang berorientasikan peperiksaan. Walaupun dalam KBSR dan KBSM telah dinyatakan bahawa fungsi peperiksaan dan penilaian bukan sahaja untuk menentukan taraf pencapaian pelajar tetapi juga untuk membantu memperbaiki lagi proses pengajaran-pembelajaran di bilik darjah tetapi hakikat sebenarnya ialah penekanan pembelajaran di sekolah masih lagi tertumpu kepada fakta-fakta untuk dihafal dan seterusnya digunakan dalam peperiksaan, lantaran itu aspek pemikiran sama ada kreatif atau kritis dipinggirkan.

Selain daripada itu, penekanan kepada peperiksaan terutamanya peperiksaan piawai bagi keseluruhan pelajar di akhir tahun KBSR dan KBSM juga telah menyebabkan guru lebih cenderung untuk melaksanakan proses pengajaran yang berpusatkan guru kerana kaedah pengajaran yang berpusatkan guru terbukti lebih berkesan untuk menghasilkan pelajar yang akan mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan (Toh, 2003). Seterusnya, guru yang berjaya menghasilkan bilangan murid yang ramai mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan biasanya akan dilihat sebagai guru yang berkesan(Toh, 2003). Disebabkan itu guru mendapati sukar untuk mengadaptasikan diri dengan KBSR dan KBSM yang berpusatkan pelajar kerana mereka begitu menghayati kaedah pengajaran yang lama yang lebih berpusatkan guru. Kesan negatif penekanan terhadap peperiksaan terhadap pembangunan kreativiti pelajar begitu mendalam sekali, sehinggakan Yong (1989) tanpa ragu-ragu telah menyatakan this emphases have taken a heavy toll on the creativity of Malaysia students(m.s. 20). Gardner (1991) menyatakan bahawa tempoh umur antara dua hingga tujuh tahun merupakan tempoh yang kritikal untuk kreativiti diluahkan. Walau bagaimanapun sebaik sahaja murid memasuki alam persekolahan mereka menjadi kurang inovatif dan lebih berhati-hati.

2.8

Jurang

Digital

Terdapat jurang yang ketara dari segi taburan dan penggunaan ICT di antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak serta antara Lembah Klang dan kawasan lain di Malaysia. Masalah ini jika tidak diatasi segera boleh membantut usaha kerajaan melahirkan individu yang berpengetahuan yang seterusnya membentuk masyarakat berpengetahuan.

2.9

Ancaman

Siber

Ancaman siber merupakan masalah yang sering di hadapi oleh pengguna komputer pada masa kini memandangkan kebanyakkan komputer mempunyai sambungan pada rangkaian internet di mana ia merupakan pusat yang menghubungkan berjuta-juta pengguna komputer di seluruh dunia secara terbuka. ICT dan internet yang sangat dinamik dan cepat berubah juga merupakan faktor penyumbang kepada ancaman siber. Apa yang pasti kesan ancaman ini boleh merebak secara global dalam masa yang singkat.

Bagaimanapun,ancaman atau aktiviti yang tidak sihat ini tidak seharusnya menjadi penghalang untuk kita menjauhkan diri daripada internet kerana ia menjadi keperluan penting dewasa ini.Maka amatlah penting para guru dan pengguna untuk mempunyai asas

dan pengetahuan mengenai keselamatan dunia siber dalam penggunaan komputer dan perkhidmatan komputer. 3.0 Kesimpulan

Konsep penting yang perlu dititikberatkan dalam proses P&P adalah proses atau suasana pembelajaran yang seronok dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Penggunaan teknologi ini bukanlah bermakna menambil alih tugas seseorang guru sehingga penafsiran guru tidak relevan lagi.Teknologi akan diintergrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran apabila ia digunakan untuk melibatkan pelajar belajar secara bernas bukan hanya semaya-mat pelajar dan menggunakan teknologi. Aktiviti pembelajaran haruslah dirancang dengan rapi oleh guru supaya teknologi seperti internet dapat digunakan dengan lebih efisien dan tidak terikat dengan kaedah pengajaran secara tradisional selama ini.Pembelajaran secara konstruktif,aktif,kolaboratif,bermatlamat,berwacana,berkonteks dan reflektif dapat diterapkan jika kaedah pembelajaran secara berpusatkan pelajar diamalkan. Justeru itu,pelbagai pihak terutama guru dan pentadbiran sekolah serta kerajaan haruslah memahami halangan-halangan yang mungkin terjadi dalam penggunaan teknologi diamalkan.Pihak yang berkenaan haruslah bersedia untuk menghadapi segala permasalahan yang timbul pada masa akan datang. Penggunaan komputer dalam pendidikan adalah merupakan langkah awal ke arah mewujudkan masyarakat berteknologi selaras dengan hasrat Wawasan 2020. Institusi pendidikan sebagai wadah terpenting perlu mengalami perubahan terlebih awal berbanding dengan institusi-institusi lain ke arah mencapai matlamat tersebut. Potensi dan kecanggihan teknologi perlu dimanfaatkan sepenuhnya.Untuk mancapai matlamat pendidikan di Malaysia, satu anjakan paradigma diperlukan dalam cara pemikiran dan penggunaan teknologi ( Wan Zahid, 1996 ). Usaha perlu dibuat dan penglibatan secara menyeluruh perlu dilakukan sehingga kita mampu mereka dan menghasilkan sesuatu mengikut acuan pemikiran kita sendiri, tanpa bersandar dan berharap kepada orang lain. Selagi kita bertaraf pengguna, selagi itulah kita tidak mampu merubah apaapa.Educational technology is a process of using our knowledge, which includes the body of knowledge in the entire field of education and any pertinent scientific and technical knowledge in all other disciplines, for designing the most appropriate learning environment for student success.Educational technology is the study and ethical practice of facilitating learning and improving performance by creating, using, and managing appropriate technological processes and resources.(AECT, 2004). Jelasnya,teknologi ini tidak akan mengubah peranan guru sebaliknya guru haruslah berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam bidang ini agar dapat digunakan semaksima mungkin.teknologi ini sebenarnya mampu mengurangkan beban guru dan pelajar.Para guru haruslah bijak dalam mengaplikasikan dan menyesuaikan penggunaan teknologi ini dalam P&P.Perancangan yang teliti haruslah dibuat dan amatlah penting supaya dengan adanya teknologi ini memudahkan semua

pihak.Semua aplikasi yang ada boleh digunakan selagi sumber maklumat atau bahan bantu mengajar yang diapplikasikan terus-menerus dalam pengajaran dan pembelajaran. Justeru dalam era maklumat, Siti Fatimah (1998) menekankan bahawa peranan guru kini telah berubah daripada sebagai sumber memberi dan menyampaikan maklumat kepada pemudahcara (fasilitator) atau pengurus untuk mendapatkan maklumat. Justeru guru perlu memperolehi pengetahuan dan kemahiran menggunakan teknologi maklumat berasaskan komputer serta pelbagai aplikasinya.

Biblografi: Ee Ah Meng (1989). Pendidikan di Malaysia. Fajar Bakti. Kuala Lumpur Ekhwan bin Besah / Sitam (2004). Kemahiran Guru-Guru Sekolah Kebangsaan Daerah Batu Pahat Menggunakan Komputer Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda Geisert & Futrell, (1990). Teacher, Computer And Curriculum-Micro Computer In The Classroom.

AB 9 : DASAR, KURIKULUM & SISTEM BARU


1.1 : 1.2 : 1.3 : 1.4 : 1.5 : 1.6 : 1.7 : 1.8 : KSSR KSSM Pentaksiran Berasaskan Sekolah MBMMBI 1 Murid 1 Sukan Transformasi Pendidikan Vokasional NKEA NKRA Pendidikan

1.1 : Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) KURIKULUM Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21. Pelaksanaan KSSR menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) bermula sesi persekolahan Januari lalu bertujuan meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran bahasa Inggeris. KSSR digubal dalam pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan

pembelajaran yang perlu dicapai murid dalam satu tahap persekolahan. Standard Kandungan ialah penyataan spesifik mengenai perkara murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai, manakala Standard Pembelajaran ialah penetapan kriteria atau petunjuk kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Berikut adalah soal jawab KSSR bagi membolehkan kita memahami konsep diperkenalkan Kementerian Pelajaran. Apakah perbezaan KSSR dengan KBSR? KSSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan 6 tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi serta Keterampilan Diri. KSSR menggunakan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara eksplisit dengan memfokuskan kepada 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul). KBSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang iaitu Komunikasi; Manusia dan Alam Kelilingnya dan Perkembangan Diri Individu. Kaedah ini menggunakan Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dengan fokus kepada 3M (Membaca, Menulis dan Mengira) Adakah terdapat perubahan mata pelajaran dalam KSSR Tahap Satu? Dalam KSSR Tahap Satu, ada beberapa mata pelajaran baru di samping penggabungan semua disiplin ilmu dalam Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif bagi pengurusan kurikulum lebih berkesan. Mengapa Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas? Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas kerana Modul Teras Asas memberi fokus kepada literasi dan numerasi, kesejahteraan diri dan pembangunan rohani. Manakala Sains pula diperkenalkan dalam Modul Teras Tema bagi memberi pengetahuan asas disiplin ilmu Sains. Adakah murid akan bosan di dalam kelas dengan penambahan waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) bahasa Inggeris? Tidak. Kaedah dan teknik yang pelbagai diperkenalkan oleh guru untuk menarik minat murid. Modul Language Arts yang menekankan pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. P&P bahasa yang menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants, choral speaking, drama, muzik dan bahan bantu mengajar lain yang sesuai.

Apakah usaha dilakukan bagi menyediakan guru bagi pelaksanaan KSSR? KPM menjalankan kursus penyebaran KSSR kepada semua guru terbabit dalam pelaksanaan KSSR. Guru juga dibekalkan bahan sokongan dan boleh mengakses maklumat daripada laman web di KPM seperti berikut: http://www.moe.gov.my/bpk atau menghubungi Bilik Gerakan KSSR di nombor telefon 03-88842283 . S: Adakah KSSR mampu mendorong kreativiti guru dan murid dalam P&P? J: KSSR mampu mendorong meningkatkan kreativiti guru dan murid melalui pendekatan P&P seperti didik hibur dan elemen nilai tambah merentas kurikulum. Guru dibekalkan dengan buku panduan kreativiti untuk membantu pelaksanaan P&P. S: Dalam tahap 1, setakat manakah pendidikan seks diajarkan? J: Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) tidak diajar sebagai satu mata pelajaran tetapi sebagai komponen yang besar (75%) dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan. KSSR terap 1 Malaysia KURIKULUM baru sekolah rendah yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan diperkenalkan pada 2011 dengan subjek yang lebih sedikit tetapi menggunakan pendekatan yang lebih interaktif. Kurikulum tersebut bakal menggabungkan beberapa subjek menjadi satu selain turut akan memperkenalkan satu subjek baru yang bertema semangat kenegaraan dan patriotik. KSSR akan mula diperkenalkan dan diterapkan kepada murid tahun satu kerana kesesuaian murid tersebut yang baru menduduki alam persekolahan atau peringkat awal pendidikan mereka. Penerapan dari peringkat awal akan membantu memudahkan perjalanan serta pembelajaran murid-murid tersebut yang akan melangkah ke tahun-tahun seterusnya sejajar dengan perubahan umur. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, KSSR tidak akan menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Melalui KSSR katanya, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks oleh itu guru-guru sedang disedia dan dilatih untuk KSSR. Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik dan

interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan. Buat peringkat permulaan, sebanyak 500 buah sekolah telah menjalani uji rintis mulai 31 Mac 2009 sehingga akhir Jun 2009. Sebanyak 50 buah sekolah akan menjalani uji rintis semua mata pelajaran manakala sekolah selebihnya akan menjalani uji rintis dalam mata pelajaran terpilih. KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif. Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai. Selain itu, kementerian juga akan memperkenalkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bagi murid-murid prasekolah berumur lima dan enam tahun seluruh negara. Pada peringkat ini pula, tumpuan akan diberikan kepada perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan awal mengenai kemahiran 4M. KSPK akan memudahkan lagi murid-murid prasekolah ini untuk menyediakan mereka memasuki alam persekolahan selain pendekatan yang lebih mesra dan menarik digunakan bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak prasekolah. Isu Terkini KSSR ( UTUSAN 30 Disember 2011)

Dasar MBMMBI, KSSR lonjak kualiti pendidikan negara. PELAKSANAAN Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia clan Memperkukuh Bahasa, Inggeris (MBMMBI) yang diperkenalkan tahun ini nyata bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk men jadikan bahasa Malaysia sebagai alat perpaduan, bahasa perhubungan clan bahasa ilmu. Pada masa sama peningkatan penguasaan bahasa Inggeris turut diberi kepentingan supaya pelajar dapat bersaing clan meneroka ilmu di peringkat antarabangsa.

Sukar untuk menafikan bahawa kedua-dua bahasa ini sememangnya memainkan peranan penting ke arah melahirkan modal insan berilmu, berkemahiran tinggi clan berketrampilan untuk memacu ekonomi berasaskan pengetahuan.

Justeru, dalam usaha meletakkan MBMMBI pada tempat sewajarnya, maka beberapa kaedah clan strategi pelaksanaan diperkenal berasaskan langkah yang mampu melonjakkan keberkesanannya. Tumpuan utama ialah melalui transformasi kurikulum sekolah clan peningkatan kapasiti guru. Malah, kedua-dua aspek ini jugs dikenal pasti berupaya menjadi elemen asas melahirkan sumber manusia yang mengisi keperluan negara.

Untuk itu, kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha menyusun semula clan menambah balk kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa untuk menghadapi cabaran abad ke-21.

Menerusi transformasi kurikulum, modul Pe ngajaran clan Pembelajaran (P&P) bagi kurikulum bahasa Malaysia clan bahasa Inggeris disedia berdasarkan kemahiran bahasa berkenaan, membabitkan proses mendengar, bertutur, membaca clan menulis selain penekanan terhadap modul tatabahasa clan seni bahasa. Apa yang diharapkan melalui pendekatan modul sedemikian, setiap sesi pengajaran akan berupaya mewujudkan fokus kepada sesuatu kemahiran utama dengan mengintegrasikan kemahiran lain secara bersepadu. KSSR dibangun berteraskan enam tunjang utama merangkumi komunikasi; sains clan teknologi; perkembangan fizikal dan estetika; kerohanian,sikap dan nilai; kemanusiaan; dan ketrampilan diri. Setiap tunjang mengandungi disiplin ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada pembangunan insan yang seimbang dan berpemikiran kreatif, kritis dan inovatif Secara dasarnya, KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard kandungan dan standard p e m b e l a j a r a n y a n g p e r l u d i c a p a i o l e h m u r i d dalam, satu tempoh persekolahan yang ditetapkan. Standard kandungan adalah pernyataan lebih terp er in ci m en ge n ai p e rk ara ya n g mu r id p atu t ketahui dan boleh lakukan dalam satu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Sementara standard pembelajaran pula merujuk kepada satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelaiaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. KSSR diketengahkan dalam bentuk modular yang mans kandungan pembelajaran disediakan berbentuk unit kendiri lengkap (self-contained) yang dinamakan modus. Seliap unit adalah tersendiri dan mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang sudah dikenal pasti untuk dikuasai murid. Bagi tahap satu, kandungan kurikulum disusun dalam Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif manakala tahap dua dalam bentuk mata pelajaran teras dan elektif.

Apa yang jelas KSSR juga diperkenalkan untuk menangani isu pendidikan seperti kepadatan jadual waktu, bilangan mata pelajaran yang banyak serta keterlaluan penekanan terhadap kecemerlangan akademik.

Justeru, terlalu pendekatan sebegini ia memberi penegasan kepada pelaksanaan kaedah pentaksiran berasaskan sekolah bagi menjadikan proses P&P lebih menyeronokkan dan tidak terlalu berorientasikan peperiksaan. Murid jugs digalak meningkatkan pembabitan dalam kokurikulum dan kegiatan luar bilik darjah. Sesungguhnya pelaksanaan KSSR diharap ma mp u me mb a n t u me mp e r b a h ar u i k u r i k u lum sedia adsa serta memastikan is relevan dengan keperluan pendidikan semasa, sekali gus berfungsi sebagai agen perubahan bagi mencapai objektif melahirkan modal insan terbilang dan berketrampilan tinggi. Sejajar tumpuan terhadap peningkatan kapisiti guru bagi menjayakan Dasar MBMMBI, maka Kementerian Pelajaran Malaysia menjadikan Standard Guru Malaysia (SGM) yang mengandungi komponen standard dan keperluan sebagai rujukan piawaian kualiti guru di seluruh negara. Selain itu, usaha meningkatkan jumlah guru siswazah dan guru bahasa Malaysia dan Inggeris yang berkualiti turut diberi perhatian. Maka, tanggungjawab Institut Pendidikan Guru (IPG) telah dikembangkan untuk melatih guru pads peringkat ijazah.

Bagi meningkatkan kapasiti guru bahasa Inggeris pula, program penutur jati diperkenalkan dengan melantik 360 penutur jati dari luar negara ,sebagai mentor di 1,800 sekolah rendah manakala 15 lags sebagai training fellows di IPG yang dipilih sebagai Pusat Kecemerlangan Bahasa Inggeris.

1.2 : Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Mulai 2014 Kementerian Pelajaran akan memperkenalkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang mula diguna pakai pelajar Tingkatan Satu, sementara Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) membabitkan murid Tahun Satu. Adalah dimaklumkan Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia sedang dalam usaha untuk melaksanakan tinjauan terhadap kandungan kurikulum Sejarah Sekolah Menengah sebagai persediaan menggubal Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang akan dilaksanakan mulai tahun 2014. Sehubungan dengan itu, satu soal selidik akan diadakan bagi mengumpul pandangan dan cadangan masyarakat dari pelbagai lapisan terhadap aspek-aspek yang berkaitan dengan reka bentuk dan kandungan kurikulum Sejarah Sekolah Menengah. Maklumat ini penting kepada proses penambahbaikan kurikulum mata pelajaran Sejarah dalam usaha transformasi kurikulum. a) Matlamat Kajian Matlamat tinjauan kurikulum Sejarah Sekolah Menengah ini adalah untuk mendapatkan input dari masyarakat tentang aspek-aspek yang terkandung dalam kurikulum Sejarah Sekolah Menengah di samping cadangan-cadangan penambahbaikan terhadap kurikulum mata pelajaran Sejarah.

b) Objektif Mendapatkan cadangan-cadangan penambahbaikan terhadap kurikulum Sejarah Sekolah Menengah Mendapatkan input tentang aspek-aspek skop kandungan kurikulum Sejarah Sekolah Menengah

1.3 : PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) Konsep PBS 1. Soalan: Apa itu PBS? Jawapan: PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akademik PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guruguru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, dan Pentaksiran Psikometrik. 2. Soalan: Adakah konsep PBS ini sesuatu yang baru? Jawapan: Konsep PBS bukanlah sesuatu yang baru, kerana pentaksiran inilah yang selama ini dilaksanakan oleh guru di sekolah (kerja rumah, projek, kuiz, soal-jawab dan lain-lain). PBS yang dicadangkan ini merupakan penambahbaikan kepada PBS yang telah sedia dilaksana dengan memperkenalkan pentaksiran merujuk standard dan aplikasi Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) untuk membantu guru merekod pencapaian murid secara berterusan. 3. Soalan: Kenapa PBS perlu dilaksana sekarang? Jawapan: Pelaksanaan PBS adalah seiring dengan program transformasi negara untuk menghasilkan modal insan yang bertaraf dunia. 4. Soalan: Bila PBS mula dilaksanakan?

Jawapan: PBS dilaksanakan mulai Tahun 1 pada 2011 dan penambahbaikan UPSR pada 2016, mulai Tingkatan 1 pada 2012 dan penambahbaikan PMR pada 2014. 5. Soalan: Apakah perbezaan antara PBS dengan pentaksiran sedia ada? Jawapan: PBS adalah lebih holistik dan memberi penekanan kepada kesemua aspek JERI iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek berbanding kepada pentaksiran sedia ada yang lebih memberi penumpuan kepada pencapaian akademik melalui peperiksaan. PBS akan mentaksir proses dan produk secara formatif dan sumatif iaitu mengamalkan konsep assessment for learning dan assessment of learning manakala fokus utama pentaksiran sedia ada lebih kepada pencapaian akademik murid di akhir pembelajaran yang merupakan assessment of learning. Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard Prestasi untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Ia merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum. Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid dalam pembelajaran merujuk kepada pernyataan standard. PBS juga memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah. Ini akan dapat meningkatkan integriti dan kredibiliti profesion perguruan kerana guru merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksir murid masingmasing kerana mereka: - boleh memantau perkembangan murid secara berterusan - boleh memberi maklum balas yang membina untuk penambahbaikan pembelajaran murid - lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan perkembangan murid - mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan standard prestasi 6. Soalan: Apakah standard prestasi?

Jawapan: Standard Prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentang pencapaian atau penguasaan seseorang individu dalam sesuatu bidang yang telah dilalui dalam satu tempoh pembelajaran berdasarkan satu penanda aras (benchmark) yang telah dikenal pasti. Standard Prestasi memandu pentaksir bagaimana aktiviti pentaksiran boleh dan dapat dilaksanakan secara adil dan berfokus merujuk kepada standard yang ditetapkan. 7. Soalan: Bagaimana penjaminan kualiti PBS dapat dilaksanakan? Jawapan: Penjaminan kualiti bagi pelaksanaan PBS dapat dicapai melalui: Pementoran Penyelarasan Pemantauan Pengesanan Pementoran PBS adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing guru untuk melaksanakan PBS mengikut prinsip dan prosedur pelaksanaan yang ditetapkan. Pemantauan ialah satu proses untuk mendapatkan maklumat dan memastikan pentaksiran dilaksanakan mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan agar mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan. Penyelarasan PBS adalah proses penyeragaman skor merujuk kepada Standard Prestasi yang disediakan atau berdasarkan rubrik sesuatu tugasan. Pengesanan PBS adalah proses memastikan kekuatan dan keberkesanan instrumen pentaksiran dalam pelaksanaan PBS. 8. Soalan: Bagaimana ibu bapa mendapat maklum balas mengenai perkembangan pembelajaran anak-anak mereka? Jawapan: Laporan deskriptif dan formatif dapat dibuat melalui SPPBS pada bilabila masa sekiranya diperlukan. Sistem ini juga menyimpan maklumat perkembangan murid daripada Tahun 1 hinggalah ke Tingkatan 5 (life-time data base). 9. Soalan: Bagaimana hasil pentaksiran berguna untuk murid? Jawapan: Maklum balas yang diberi berdasarkan standard prestasi boleh membantu murid mengenalpasti kekuatan, kelemahan, kesilapan dan apa yang perlu dibaiki, bagaimana perlu diperbaiki untuk memberi hasil yang lebih baik. Maklum balas yang memberi makna boleh membantu murid tentang tujuan dan

perkembangan pembelajaran mereka. Keadaan inilah yang memberi motivasi untuk mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi mereka di masa hadapan. 10. Soalan: Apakah nilai UPSR dan PMR dalam PBS? Jawapan: PBS untuk penambahbaikan UPSR dan PMR masih tetap bernilai dari segi pembentukan modal insan yang holistik tetapi tidak lagi high stake kerana pentaksiran dijalankan secara berterusan dan menyeluruh. 11. Soalan: Bolehkah pentaksiran yang dibuat guru dipercayai? Jawapan: Guru merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksir murid masing-masing kerana mereka: - boleh memantau perkembangan murid secara berterusan - boleh memberi maklum balas yang membina untuk penambahbaikan pembelajaran murid - lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan perkembangan murid - mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan standard prestasi 12. Soalan: Apakah guru sudah bersedia untuk melaksanakan PBS? Jawapan: Setiap guru merupakan guru terlatih yang mempunyai asas pengajaran dan pembelajaran tetapi akan diberi pendedahan semula tentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Tambahan ; 1. Apa itu SPPK/SPK? - SPPK ialah satu system pentaksiran pendidikan yang merangkumi pentaksiran yang dikendali secara bersama oleh Lembaga Peperiksaan dan pentaksiran yang dikendali oleh sekolah. 2. Apa itu PBS? -PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah. PBS dirancang, ditadbir, diskor, direkod dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran. Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, dan Pentaksiran Psikometrik.

3. Adakah konsep PBS ini sesuatu yang baru? Konsep PBS bukanlah sesuatu yang baru, kerana pentaksiran inilah yang selama ini dilaksanakan oleh guru di sekolah (kerja rumah, projek, kuiz, soal-jawab dan lain-lain). PBS yang dicadangkan ini merupakan penambahbaikan kepada PBS yang telah sedia dilaksanakan dengan memperkenalkan pentaksiran merujuk standard dan didokmentasi. 4. Apakah perbezaan antara SPPK dengan pentaksiran sedia ada?

Pentaksiran sedia ada Pencapaian murid tidak direkodkan PLBS untuk matapelajaran Bahasa PEKA untuk matapelajaran Sains di jalankan dan pencapaian murid direkodkan Tiada Pentaksiran aktiviti jasmani sukan dan kokurikulum (PAJSK) Pentaksiran Psikometrik (pPSI)

SPPK

Pentaksiran sekolah(PS)

Pentaksiran sekolah

Pencapaian murid direkodkan Semua matapelajaran mempunyai komponen pentaksiran Pusat dan pencapaian murid direkodkan

Pentaksiran pusat(PpP)

Pentaksiran sekolah

Tiada pentaksiran ini

Ada PAJSK

Pencapaian murid direkodkan

Ada dalam komponen pentaksiran sekarang Ada dalam komponen pentaksiran sekarang.Wajaran adalah 100%

pPSI dijalankan pada dua tahap iaitu tahun 3 dan tahun 6 Ada dalam komponen SPPK.Tetapi untuk matapelajaran

Ada dalam komponen SPPK

Peperiksaan Pusat (PP)

40% merangkumi PS,PAJSK dan PP

TERAS.Wajaran 60%
SPPK bersifat holistic,system ini mentaksir aspek jasmani,emosi,rohani dan intelek(JERI).PBS member penekanan kepada kesemua aspek JERI.Ia akan mentaksir proses dan produk iaitu mengamal konsep assessment for learning dan assessment of leaning.PBS terdiri daripada empat komponen iaitu Pentaksiran pusat,pentaksiran sekolah,pentaksiran aktiviti jasmani,sukan dan kokurikulum dan pentaksiran psikometrik.Kesemua komponen ini ditadbir disekolah. 5. Apakah komponen PBS? -PBS merangkumi empat komponen iaitu pentaksiran pusat,pentaksiran sekolah,pentaksiran aktiviti jasmani,sukan dan kokurikulum dan pentaksiran psikometrik. 6. Apakah PBS akan menambah beban tugas guru? -Pihak LP telah menyediakan dua system aplikasi untuk membantu guru-guru. 7. Kenapa PBS dilaksana? Kenapa sekarang? -Seiring dengan program transformasi negara untuk menghasilkan modal insan yang bertaraf dunia. 8. Bila PBS mula dilaksanakan? -Mulai Tahun 1 pada 2011 dan penambahbaikan UPSR 2016. Mulai Tingkatan 1 pada 2012 dan PMR sepenuhnya pada 2014. 9. Apakah asas pemilihan murid untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh? -Ujian khas kemasukan ke asrama penuh akan diperkenalkan dan akan diuruskan oleh Bahagianbahagian KPM yang berkenaan. 10. Bagaimana penjaminan kualiti PBS dapat dilaksanakan? -Pementoran ialah satu usaha untuk memastikan wujudnya kefahaman di kalangan pentaksir supaya skor yang diperoleh mempunyai darjah kesahihan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Pementoran dijalankan secara berterusan bersama Jurulatih Utama pentaksiran dengan tujuan memantapkan dan menambahbaik pengetahuan, kefahaman dan kesefahaman berhubung perkara yang ditaksir, kriteria yang dirujuk, evidens yang dicari, instrumen yang digunakan dan kaedah pemberian skor. Pemantauan ialah satu proses untuk mendapatkan maklumat dan memastikan pentaksiran dilaksanakan mengikut prosedur dan jadual yang ditetapkan agar mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan. Pengesanan ialah proses menilai komponen Pentaksiran Pusat dari segi pencapaian objektif, kekuatan dan kelemahan instrumen serta impaknya untuk tujuan memperbaiki program Pentaksiran Pusat.

Penyelarasan diperingkat sekolah merujuk kepada proses pemberian skor kepada konstruk yang ditaksir berdasarkan skema pemarkahan. Ia adalah untuk memastikan keselarasan kefahaman terhadap konstruk dan skema pemarkahan tersebut. Sesi penyelarasan akan diatur mengikut prosedur yang ditetapkan dan akan diwakili oleh semua guru yang terlibat dengan PBS. 11. Apakah peranan Pentaksiran Psikometrik? Maklumat yang bersifat akademik dan peribadi diperlukan untuk membantu pembelajaran murid. Pentaksiran Psikometrik melengkapkan keperluan ini dengan mendapatkan data selain daripada pencapaian akademik. Maklumat yang memperihalkan kepelbagaian ciri peribadi dan potensi murid ini dapat memberi panduan kepada ibu bapa, guru dan murid untuk lebih memahami murid itu supaya pembelajaran boleh dipertingkatkan. Selain digunakan untuk mengenal pasti dan mengasah kebolehan atau bakat terpendam murid dapat dipertingkat dan dimanfaat manakala kelemahan murid dapat diperbaiki. Pentaksiran Psikometrik boleh mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperoleh (acquired ability) daripada pengalaman dan persekitaran murid. Pentaksiran Psikometrik tidak berasaskan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran. 12. Apakah standard kurikulum? Penyataan standard tentang apa yang murid patut tahu dan boleh buat seperti yang terkandung dalam KSSR: - standard kurikulum terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran - standard kandungan adalah apa yang murid patut tahu, faham dan boleh buat - standard pembelajaran adalah apa yang murid perlu belajar dan boleh dilihat melaui tingkah laku 13. Apakah standard prestasi? - standard prestasi menunjukkan tahap penguasaan dan kualiti kerja murid - standard prestasi memberi makna kepada band yang dicapai murid 14. Bolehkah pentaksiran yang dibuat guru dipercayai? Guru merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksir murid masing-masing kerana mereka: -Boleh memantau perkembangan murid secara berterusan -Boleh member maklum balas yang membina untuk penambahbaikan pembelajaran murid -Lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan perkembangan murid -Mentaksir dan member maklum balas berpandukan standard prestasi 15. Apakah guru sudah bersedia untuk melaksanakn PBS? -Setiap guru merupakan guru terlatih yang mempunyai asas pengajaran dan pembelajaran tetapi akan diberikan pendedahan semula tentang pentaksiran berasaskan sekolah.

16. Bagaimana ibu bapa mendapat maklum balas mengenai perkembangan pembelajaran anakanak mereka? -Laporan deskriptif dan formatif dapat dibuat melalui system aplikasi pada bila-bila masa sekiranya diperlukan.Sistem ini juga menyimpan maklumat perkembangan murid daripada Tahun 1 hinggalah ke Tingkatan 5 (life-time data base) 17. Apakah nilai UPSR dan PMR? -UPSR dan PMR dalam SPPK masih tetap bernilai dari segi pembentukan modal insane yang holistik tetapi tidak lagi high stake kerana pentaksiran dijalankan secara berterusan dan menyeluruh. 18. Adakah guru menggunakan standard dalam kurikulum atau standard prestasi untuk mengajar? -Guru hendaklah menggunakan standard dalam kurikulum untuk mengajar manakala menggunakan standard prestasi untuk mentaksir. 19. Bagaimana ibu bapa boleh memahami laporan yang disediakan? -Guru akan menerangkan perkembangan anak mereka berdasarkan evidens dan deskriptor dalam portfolio anak masing-masing. Laporan adalah berbentuk diskriptif. 20. Bagaimana PBS akan dilaksanakan jika kemudahan komputer dan internet tiada di sekolah? -Sistem akan desediakan dalam bentuk standalone dan data dihantar dalam bentuk text file dalam CD. 21. Bagaimana hasil pentaksiran berguna untuk murid? -Maklum balas yang diberi berdasarkan standard prestasi boleh membantu murid mengenalpasti kekuatan,kelemahan,kesilapan dan apa yang perlu dibaiki, bagaimana perlu diperbaiki untuk memberi hasil yang lebih baik. Maklum balas yang memberi makna boleh membantu murid tentang tujuan dan perkembangan pembelajaran mereka. Keadaan inilah yang memberi motivasi untuk mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi mereka di masa hadapan. 22. Apakah nilai PBS kepada murid-murid aliran agama? -Kerangka standard prestasi merangkumi penguasaan pengetahuan,kemahiran dan pengamalan adab tingkah laku. Jesteru, pentaksiran dilakukan untuk melihat perkembangan semua aspek pembangunan insan yang selama ini tidak ditaksir. 23. Apakah PMR akan digunakan sebagai indikator untuk pemilihan aliran di peringkat menengah atas? -Lima komponen pentaksiran dalam SPPK dapat memberi kepelbagaian maklumat secara komprehensif bagi membantu murid membuat pemilihan aliran yang lebig tepat. 24. Adakah PBS mengambil kira murid berkeperluan khas dalam pelaksanaannya?

-PBS mengambil kira murid berkeperluan khas dengan menyediakan kaedah dan instrument pentaksiran yang sesuai dengan mereka. 25. Apakah peranan PAJSK dalam PBS? -PAJSK membekalkan maklumat sebagai pelengkap kepada kemenjadian murid yang seimbang dan harmonis, pencapaian, penglibatan dan penyertaan murid dalam aktiviti jasmani, kesihatan, sukan dan kokurikulum diambil kira sebagai sebahagia daripada wajaran 40% PBS untuk UPSR. Isu Terkini ( UTUSAN 30 DISEMBER 2011)

1.4 : MBMMBI SOALAN LAZIM BERKAITAN DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)

1. Apakah itu Dasar MBMMBI Dasar MBMMBI ialah dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memastikan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan dan sekolah menengah serta memastikan murid boleh menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dengan fasih dan betul. 2. Apakah perbezaan antara Dasar PPSMI dan Dasar MBMMBI? Dasar PPSMI menetapkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran dan pembelajaran (p&p) sains dan matematik di sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Tamil dan sekolah menengah.

Dasar MBMMBI menetapkan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa p&p sains dan matematik di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, bahasa Cina di sekolah jenis kebangsaan Cina dan bahasa Tamil di sekolah jenis kebngsaan Tamil. 3. Bagaimanakah Dasar MBMMBI dilaksanakan di sekolah?

Dasar MBMMBI dilaksanakan di sekolah melalui pendekatan mengembalikan peranan bahasa Malaysia sebagai bahasa p&p sains dan matematik, meningkatkan penguasaan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris melalui pelaksanaan tambahan waktu p&p, transformasi kurikulum, peningkatan kapasiti guru dan sumber manusia, penyediaan bahan dan peralatan serta mengintegrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam p&p 4. Mengapakah Dasar MBMMBI diperkenalkan?

Kajian yang dijalankan oleh pelbagai pihak mendapati PPSMI tidak dapat dilaksanakan seperti yang dihasratkan. Hasil kajian juga mendapati murid sukar memahami mata pelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Murid mengambil masa yang lama untuk memahami konsep matematik dan sains kerana mereka tidak faham bahasa Inggeris. Hal ini memaksa guru-guru untuk mengajar dalam bahasa Malaysia supaya murid dapat memahami kedua-dua mata pelajaran tersebut. Masalah seperti ini bukan sahaja dialami oleh sekolahsekolah di luar bandar, tetapi juga di bandar. Oleh yang demikian, sekiranya PPSMI diteruskan, sebahagian besar murid di negara kita tidak akan dapat menguasai ilmu matematik dan sains dengan baik dan mereka akan terus ketinggalan. Kajian KPM juga menunjukkan bahawa kebanyakan sekolah telah melaksanakan p&p sains dan matematik dalam bahasa Malaysia. 5. Bagaimanakah pendekatan soft landing dilaksanakan di sekolah?

Dasar MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat (soft landing) mulai tahun 2010. Dalam proses peralihan ini, p&p sains dan matematik boleh menggunakan bahasa Inggeris dan/atau bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, bahasa Inggeris dan/atau bahasa Cina di sekolah jenis kebangsaan cina, bahasa Inggeris dan/atau bahasa Tamil di sekolah jenis kebangsaan Tamil. Ini bertujuan membantu guru dan murid menyesuaikan diri dengan perubahan dasar berkenaan. Soft landing membolehkan murid sekolah rendah dan sekolah menengah yang telah mengikuti p&p sains dan matematik dalam BI pada atau sebelum tahun 2010 meneruskan penggunaan BI sehingga tamat Tingkatan Lima berdasarkan kesediaan guru dan murid di sekolah. Dengan pendekatan soft landing ini, p&p matematik dan sains di sekolah rendah akan dilaksanakan dalam bahasa Malaysia sepenuhnya pada tahun 2016. Manakala di sekolah menengah, penggunaan bahasa Malaysia sepenuhnya bagi kedua-dua mata pelajaran ini adalah pada tahun 2021. 6. Bagaimanakah guru dilatih untuk melaksanakan Dasar MBMMBI? KPM telah merancang dan melaksanakan pelbagai program di bawah dasar MBMMBI untuk melatih guru Bahasa Inggeris dalam perkhidmatan untuk meningkatkan profesionalisme guru dan juga melengkapkan guru dengan kemahiran selaras dengan pembangunan pendidikan nasional. ELTC telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program serta kursus berikut: Training of Trainers for English Language Lecturers in Institutes of Teacher Education (ELITEToT) untuk Pensyarah IPG Certificate in the Practice of English Language Teaching (C-PELT) untuk guru bukan opsyen bahasa Inggeris

Reinforcing English Language Teaching for Non-Option English Language Teachers (RELTNOTe) untuk guru bukan opsyen bahasa Inggeris yang tidak mengikuti C-PELT

Oral Proficiency in English for Secondary Schools (OPS-ENGLISH) untuk meningkatkan kemahiran bertutur dan berkomunikasi dalam kalangan pelajar Tingkatan 1 di sekolah-sekolah Band 3 5 BPG juga mengendalikan program latihan dan peningkatan profesionalisme guru bagi mata pelajaran BM dan BI: Latihan untuk bahasa Malaysia: i. ii. iii. Kursus Pendek Kelolaan Institusi (KPKI) KDP 4 Minggu Kursus Kolaboratif Dengan Dewan Bahasa Dan Pustaka

Latihan untuk bahasa Inggeris: i. ii. iii. Kursus Pemantapan Profisiensi Guru Bukan Opsyen bahasa Inggeris Kursus Peningkatan Pedagogi Guru Opsyen bahasa Inggeris Latihan Guru Kontrak bahasa Inggeris

7. Bagaimanakah kita memastikan guru bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris yang berkualiti?(BPG/ELTC/IPGM) Institut Pendidikan Guru a. IPG akan memantau prestasi / penglibatan guru-guru baru ini selama 6 bulan selepas tamat pengajian dan di tempatkan disekolah. b. Teacher Study untuk guru-guru bagi memastikan prestasi mereka di sekolah. c. Lengkapkan guru pra perkhidmatan dengan kemahiran pedagogi yang sesuai dengan pelbagai kebolehan dan gaya pembelajaran murid. d. Bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ada komponen Amalan Professional, Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dan Praktikum. Bagi PBS, pelajar akan mengikuti setiap semester pengajian. Praktikum 3 kali praktikum : a. b. c. Semester 5 4 minggu Semester 6 8 minggu Semester 7 12 minggu

Semester 8 pelajar akan menjalani internship di mana kajian permasalahan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kajian ini dapat membantu pelajar ini di sekolah sebagai guru permulaan. Pedagogy Standards for English Language Teaching (PSELT) telah dibangunkan sebagai satu inisiatif ELTC untuk membantu guru-guru bahasa Inggeris mengenalpasti keperluan latihan professional mereka serta memberi petunjuk untuk pembangunan profesionalisme secara berterusan. Selain itu, ianya juga boleh dijadikan panduan dalam merancang, mereka bentuk

dan mengurus program pembangunan profesionalisme untuk guru-guru bahasa Inggeris. Di samping itu, instrumen PSELT yang berunsur self-evaluative juga telah dibina dan akan dapat diakses secara atas talian oleh guru bahasa Inggeris untuk mengenalpasti keperluan latihan profesional serta memohon untuk mengikuti kursus yang diperlukan untuk pembangunan profesionalisme secara berterusan. 8. Bagaimanakah KPM memastikan guru bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris mencukupi bagi menampung penambahan waktu pengajaran matapelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris? ELTC melaksanakan Certificate in the Practice of English Language Teaching (C-PELT) untuk guru bukan opsyen bahasa Inggeris yang mengajar matapelajaran Bahasa Inggeris di sekolah rendah di seluruh Malaysia. Kursus ini merupakan kursus tambah opsyen. BPG melaksanakan 2 jenis program bagi tujuan tersebut: i. Program Intervensi Tambah Opsyen guru-guru Sains dan Matematik sekolah menengah yang telah berkhidmat antara 1 5 tahun ii. Program Latihan Guru Kontrak bahasa Inggeris guru-guru bahasa Inggeris yang telah bersara dari seluruh negara 9. Apakah peranan guru penutur jati dalam membantu meningkatkan pencapaian Bahas Inggeris? Pada tahun 2008 KPM telah bersetuju untuk mengambil penutur jati bahasa Inggeris sebagai pakar atau mentor kepada guru dan pensyarah Bahasa Inggeris di sekolah rendah dan institusi pendidikan guru di negara ini. Keputusan dibuat untuk melaksanakan Program Penutur Jati Bahasa Inggeris mulai 2011 hingga 2013. Petunjuk Prestasi Utama Program Penutur Jati adalah untuk meningkatkan kapasiti guru bahasa Inggeris di 1800 buah sekolah rendah dan pensyarah di lima Institut Pendidikan Guru (IPG) yang telah dikenal pasti sebagai Pusat Kecemerlangan Bahasa Inggeris (PKBI, iaitu: IPG Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak IPG Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah IPG Kampus Dato Razali Iamail, Kuala Terengganu, Terengganu IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur, dan English Language Teaching Centre, Kuala Lumpur Peranan Training Fellows (TF) yang ditempatkan di setiap PKBI adalah untuk menjadi mentor dan coach kepada pensyarah Bahasa Inggeris dengan tujuan membantu dalam pembangunan profesionalisme pensyarah tersebut. Selain itu, TF juga bekerjasama dengan pensyarah dalam membangunkan program latihan. Tugas yang dilaksanakan oleh TF adalah sejajar dan selaras dengan keperluan dan kehendak institusi. Mentor yang terlibat di sekolah rendah adalah untuk membantu guru bahasa Inggeris dalam aspek seperti berikut: a. Perancangan dan pelaksanaan program peningkatan profesionalisme guru Bahasa Inggeris;

b. Pengendalian program/kursus/ bengkel/ latihan dalam kluster dan zon c. Kerjasama dengan pakar dari luar negara yang lain dalam kluster dan zon d. Perkhidmatan pakar dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti ko-kurikulum e. Bantuan dalam aktiviti sokongan pengajaran dan pembelajaran f. Pelaksanaan aktiviti penyelidikan yang sesuai g. Kerjasama dengan pihak KPM dalam pengendalian penilaian program h. Pembentukan pasukan jurulatih yang berpotensi di dalam kalangan guru sekolah 10. Apakah bahan yang dibekalkan untuk menjayakan Dasar MBMMBI? English Language Teaching Centre (ELTC) telah menyediakan bahan bagi meningkatkan profesionalisme serta memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan guru: a. Pedagogy Standards for English Language Teaching (PSELT) Untuk pembangunan profesionalisme guru bahasa Inggeris, ELTC telah menerbitkan buku Pedagogy Standards for English Language Teaching yang membolehkan guru bahasa Inggeris mengenalpasti keperluan latihan profesional mereka. b. Oral Proficiency in English for Secondary Schools (OPS-ENGLISH) Buku Panduan Guru OPS-English yang membolehkan guru melaksanakan P & P untuk pelajar Tingkatan 1 tahun 2012 dalam kemahiran bertutur dan berkomunikasi dengan lebih berkesan. CD Audio-Video (Teachers CD) yang membolehkan guru melaksanakan pengajaran kemahiran bertutur dan berkomunikasi dengan lebih efektif. OPS-ENGLISH Students Handbook untuk pelajar. Bahagian Teknologi Pendidikan telah menyediakan dan membekalkan bahan digital pengajaran dan pembelajaran ke semua sekolah. Bahan tersebut merupakan bahan perisian kursus pendidikan khusus bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Bahan digital ini berbentuk CD Stand-alone yang dapat dijalankan di semua komputer. Bahan diterapkan dengan unsur didik hibur di samping menitikberatkan kemahiran berbahasa. 11. Bagaimanakah penggunaan makmal bahasa dapat membantu dalam penguasaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris? Makmal bahasa merupakan salah satu inisiatif ICT yang menjadi agenda utama dalam pelaksanaan dasar MBMMBI. Infrastruktur makmal bahasa akan dilengkapi dengan alat pandang dengar, perisian kawalan murid dan perisian interaktif Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang lebih menitikberatkan dalam penguasaan berbahasa. 12. Bagaimanakah pentaksiran dilaksanakan di sekolah?

Pentaksiran di sekolah akan dilaksanakan dalam dua bentuk iaitu; Pentaksiran Formatif iaitu pentaksiran pada peringkat pembentukan dengan tujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan pembelajaran (pentaksiran pembelajaran atau assessment for learning) Pentaksiran Sumatif iaitu pentaksiran pada peringkat merumuskan dengan tujuan untuk mengetahui sejauh mana murid telah belajar dan menguasai apa yang dipelajari (pentaksiran tentang pembelajaran atau assessment of learning) Pentaksiran formatif memberi tumpuan bukan semata-mata kepada membuat ujian, memeriksa, merekod skor murid dan membuat analisis kepada skor malahan yang lebih penting ialah melihat perkembangan pembelajaran murid dan aktiviti memberi maklumbalas kepada sesiapa

sahaja yang memerlukan terutama murid sendiri. Oleh itu, pelaporan bertulis tidak perlu dibuat secara berkala sebaliknya, guru mestilah mampu memberinya secara bertulis atau verbal apabila dikehendaki pada bila-bila masa oleh mana-mana pihak berkepentingan seperti ibu bapa, guru besar atau nazir. Pentaksiran sumatif dilaksanakan dengan guru membuat pertimbangan tentang tahap penguasaan murid dalam pembelajaran menggunakan pelbagai maklumat (kuantitatif dan kualitatif) yang diperoleh melalui pelbagai aktiviti pentaksiran. Maklumat tersebut perlu dinilai dan dilaporkan oleh guru untuk digunakan pula oleh guru lain yang akan meneruskan pengajaran murid di semester atau tahun berikutnya. Sekali lagi guru tidak perlu membandingkan murid dengan murid yang lain sama ada secara kuantitatif atau kualitatif. 13. Adakah soalan peperiksaan awam bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di peringkat UPSR, PMR dan SPM dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris atau dwibahasa? Selaras dengan soft-landing MBMMBI, soalan peperiksaan awam bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di peringkat UPSR, PMR dan SPM akan dibuat dalam dwibahasa sehingga tahun 2020. Selepas daripada tahun 2020 semua soalan bagi kedua mata pelajaran tersebut akan dibuat dalam Bahasa Malaysia. Ini adalah selaras dengan hasrat MBMMBI. 14. Bagaimanakah Dasar MBMMBI akan membantu murid menghadapi cabaran dari segi bahasa pengantar dalam pembelajaran Matematik dan Sains di peringkat prauniversiti? Di bawah Dasar MBMMBI, KPM sedang melaksanakan pelbagai inisiatif baru yang lebih efektif untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid. Antara inisiatif tersebut ialah penambahan masa p&p bahasa Inggeris, penambahbaikan kurikulum bahasa Inggeris di bawah pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), penyediaan guru, pengambilan penutur jati bagi meningkatkan kapasiti pensyarah dan guru Bahasa Inggeris, penyediaan bahan sokongan yang berkualiti seperti bahan bacaan tambahan dan bahan digital bagi menyokong pelaksanaan p&p di bilik darjah. Oleh itu, pelaksanaan Dasar MBMMBI diharapkan dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid bagi membantu mereka meneruskan pengajian di peringkat prauniverisiti mahupun universiti.

1.5 : 1Murid 1Sukan (1M 1S) Apa Itu Dasar 1Murid 1Sukan? Dasar 1Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Setiap murid dikehendaki melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Kenapa Dasar 1M 1S Ini Diwujudkan? Dasar 1M 1S diwujudkan untuk memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif; Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurangkurangnya satu jenis sukan di sekolah; dan Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.

Apakah Objektif Dasar 1M 1S Ini? i. Meningkatkan kecergasan jasmani; ii. Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin atau nilai murni; iii. Memupuk perpaduan di antara kaum; iv. Membentuk budaya sukan di kalangan murid; v. Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal; vi. Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal; dan vii. Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan. Apakah Perkara-perkara Yang Perlu Diambil Kira Sebelum Melaksanakan Dasar 1M 1S Ini? Sebelum pelaksanaan Dasar 1M 1S ini, ia hendaklah mengambil kira prinsip-prinsip berikut: i. Setiap murid termasuk murid bekerpeluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan; ii. Murid boleh menyertai lebih dari 1 sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan serta persetujuan pihak sekolah; iii. Sukan yang ditawarkan di bawah 1M 1S hendaklah berunsurkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. iv. Aktiviti sukan di sekolah diadakan sepanjang tahun berdasarkan kepada aktiviti rumah sukan dan kelab sukan. Kejohanan olahraga sekolah yang didahului oleh kejohanan merentas desa dan sukan tara menjadi aktiviti teras sukan di sekolah. v. Asas kepada Dasar 1M 1S adalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) yang berkualiti di sekolah. Segala sumber mata pelajaran PJK hendaklah diguna sama bagi pelaksanaan dasar ini; vi. Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti sukan; vii. Ibu bapa dan agensi luar/ rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang kepada pembangunan sukan sekolah; dan viii. Setiap sekolah yang sudah mempunyai prasarana, kemudahan dan peralatan sukan hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagi meningkatkan lagi penyertaan aktif setiap murid. Siapakah Yang Harus Terlibat Di Dalam Pelaksanaan Dasar 1M 1S Ini? i. Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di Sekolah Rendah dan Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di Sekolah Menengah. Manakala murid Prasekolah hingga Tahun 3, digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah. ii. Pihak sekolah hendaklah mengadakan pertandingan antara tingkatan, kelas, rumah sukan, dorm asrama dan kelab sukan sekolah. Penyertaan murid dalam kejohanan Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD)/Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN)/Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) serta peringkat antarabangsa adalah merupakan aktiviti 1M 1S

Dasar 1Murid 1Sukan Dasar 1 Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk

Kecemerlangan. Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan ke semua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia. Dasar 1 M 1 S berhasrat untuk: 1. Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun. 2. Memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas. Dasar 1 M1 S berhasrat untuk memenuhi objektif-objektif berikut: 1. Meningkatkan kecergasan jasmani. 2. Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni. 3. Memupuk perpaduan di antara kaum. 4. Membentuk budaya sukan di kalangan murid. 5. Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal. 6. Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal. 7. Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bermatlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI). Konsep Dasar 1 M 1S diwujudkan untuk menyokong FPK agar dapat: 1. Memberi akses kepada semua murid mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif. 2. Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah. 3. Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi. Pelaksanaan Dasar 1M 1S hendaklah mengambil kira prinsip-prinsip berikut: 1. Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan Peralihan , Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau bagaimanapun murid-murid Pra Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah. 2. Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah;. 3. Asas kepada 1M 1S adalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang berkualiti di sekolah. Segala sumber untuk mata pelajaran pendidikan jasmani hendaklah diguna sama bagi 1M 1S.

4. Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti su kan. 5. Penyertaan dalam sukan adalah asas kepada perkembangan Intelek Rohani, Jasmani, dan Emosi murid. 6. Ibu bapa dan agensi luar rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang kepada pembangunan sukan sekolah. 7. Setiap sekolah yang sudah pun mempunyai prasarana, kemudahan dan peralatan sukan hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagi meningkatkan lagi penyertaan aktif setiap murid. Bagi memenuhi prinsip-prinsip pelaksanaan 1M 1S, setiap sekolah mempunyai pendekatan dalam melaksanakan program sukan mengikut acuan dan kemampuan sedia ada. Dengan itu, pelaksanaan 1M 1 S adalah berdasarkan kepada pendekatan berikut: 1. Aktiviti sukan bermaksud melibatkan diri dan mengambil bahagian secara aktif dalam latihan sukan dan permainan di bawah pengurusan sekolah. Sukan yang ditawarkan di bawah 1M 1S hendaklah berunsurkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. 2. Aktiviti sukan di sekolah diadakan sepanjang tahun berdasarkan kepada aktiviti rumah sukan dan kelab sukan. Kejohanan tahunan olahraga sekolah yang didahului oleh kejohanan merentas desa dan sukan tara menjadi aktiviti teras sukan di sekolah. 3. Pihak sekolah hendaklah mengadakan pertandingan antara tingkatan, kelas, rumah, dorm asrama, kelab sukan sekolah. Penyertaan murid dalam kejohanan MSSD/MSSN/MSSM serta peringkat antarabangsa adalah merupakan aktiviti 1M1S. Penilaian murid adalah berdasarkan kepada sistem penilaian sedia ada yang berasaskan: 1. Kehadiran; 2. Jawatan Serta Sumbangan; 3. Penglibatan; dan 4. Pencapaian. Perubahan pada sistem penilaian sedia ada akan berkuatkuasa untuk murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 1 mulai tahun 2012. 1.6 : Transformasi Pendidikan Vokasional
Pengenalan ; 1. Apakah yang dimaksudkan aliran teknikal? Aliran teknikal dikhususkan kepada pelajar cemerlang dalam akademik pada peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR). Objektif aliran teknikal adalah untuk membantu melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan (pertanian, perdagangan dan ekonomi rumah tangga). 2. Apakah pula makna aliran vokasional? Aliran vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang pencapaian baik dan sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorak pekerjaan (vocational). Komponen pembelajaran adalah seimbang teori dan amali. Objektif aliran ini ialah membantu melahirkan pekerja separa profesional seperti juruteknik/ pembantu teknik. 3. Maksud aliran kemahiran? Manakala aliran kemahiran dikhususkan kepada pelajar pencapaian PMR yang rendah tetapi berminat

kepada pembelajaran amali (hands-on). Objektif aliran ini apabila tamat kursus akan menjadi tenaga mahir di industri atau bekerja sendiri. Kandungan kursus aliran kemahiran ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Mereka yang berjaya mengikuti kursus ini akan dianugerah dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Transformasi Pendidikan Vokasional APABILA transformasi pendidikan vokasional dilaksanakan mulai tahun 2013 maka aliran ini tidak lagi dianggap sebagai pendidikan kelas dua. Ketika ini umum beranggapan ia sebagai tempat pelajar yang tidak berminat belajar dalam aliran akademik. Pelajar aliran ini juga dikira kurang berpeluang untuk ke menara gading jika dibandingkan dengan sebahagian rakan-rakan mereka daripada aliran akademik yang akan memasuki kelas matrikulasi atau tingkatan enam selepas menamatkan peperiksaan SPM. Pengumuman sistem baru pendidikan vokasional oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini telah melonjakkan kedudukan aliran tersebut dalam sistem pendidikan negara. Transformasi ini telah menjanjikan kelulusan hingga ke peringkat diploma secara jalan pintas melalui pewujudan Kolej Vokasional (KV) selepas tingkatan tiga. Apa yang menarik pelajar mula didedahkan asas mata pelajaran vokasional dan boleh memilih jurusan kemahiran seawal usia 13 tahun iaitu semasa berada di tingkatan satu. Sesungguhnya peluasan aliran vokasional dalam sistem pendidikan telah diamalkan di kebanyakan negara dan bilangan pelajarnya sangat ramai kerana ia dianggap selari dengan kemajuan teknologi dan tuntutan ekonomi sesebuah negara. Transformasi pendidikan vokasional yang bermula pada tahun 2013 nanti memberi penekanan kepada amalan industri atau amali teknikal dan akan mengurangkan komposisi akademik. Apa yang menariknya Pendidikan Asas Vokasional (PAV) akan diperkenalkan kepada pelajar mulai tingkatan satu. Mereka juga dibenarkan mengambil peperiksaan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) pada tahap satu iaitu semasa berada di tingkatan dua dan SKM tahap dua semasa berada di tingkatan tiga. Sementara itu pelajar yang mengikuti aliran vokasional ini selepas tingkatan tiga akan diberi peluang mengikuti pendidikan selama empat tahun sehingga peringkat diploma iaitu SKM tahap empat. Kurikulumnya merujuk kepada Piawaian Kemahiran Guna Tenaga Kebangsaan (NOSS), SKM dan lain-lain bentuk pensijilan yang diiktiraf oleh pihak industri. Sudah sampai masanya diperkenalkan bidang bertahap tinggi seperti aviation, maritime, oil and gas, ICT, kejuruteraan, perakaunan, pengajian perniagaan dan lain-lain dalam aliran ini. Dengan kata lain usaha memartabatkan pendidikan vokasional perlu dilaksanakan supaya berlaku perubahan landskap di mana aliran ini akan menjadi pilihan utama pelajar-pelajar dan ibu bapa seperti kebiasaan amalan di negara-negara maju. Ketika ini dalam sistem pendidikan kita hanya 10 peratus (%) daripada jumlah pelajar yang mengikuti pendidikan vokasional. Bilangan ini dikira kecil jika dibandingkan dengan negara lain seperti Korea Selatan 28%, Thailand 41%, Indonesia 51%, Jerman 59%, Australia 62% dan Belanda 68%. Sementara itu di kalangan negara OECD yang berjumlah 44 negara puratanya ialah sebanyak 44%. Seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri bilangan pelajar vokasional akan ditingkatkan kepada 20% pada tahun 2013. Jumlah ini boleh dicapai sekiranya pihak swasta diberi peluang dan dilibatkan sama bagi menyediakan kemudahan pendidikan tersebut. Mengapakah perlu dilakukan transformasi pendidikan vokasional ini? Perubahan ini diperlukan tidak lain tidak bukan untuk menyediakan tenaga kerja terlatih yang berkemahiran bagi memenuhi keperluan negara untuk memasuki pasaran pekerjaan.

Dengan mengikuti bidang kemahiran dan teknikal serta didedahkan dengan latihan amali sejak dibangku sekolah akan membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan mudah dalam alam pekerjaan. Pekerja yang mempunyai kemahiran teknikal dan pernah mengikuti latihan amali sangat diperlukan oleh pihak industri pada masa kini. Dilaporkan juga hampir 80% daripada tenaga kerja yang memasuki pasaran pekerjaan adalah mereka yang hanya mempunyai kelulusan SPM. Kelayakan akademik tanpa kemahiran teknikal ini akan memberi kesan kepada kualiti pekerjaan dan pendapatan bulanan. Pendapatan permulaan sekitar RM600 hingga RM800 sebulan. Sekiranya mereka mempunyai kelulusan diploma pendapatan permulaan boleh meningkat di antara RM1,000 hingga RM1,500 sebulan. Peningkatan pendapatan ini adalah selaras dengan Program Transformasi Kerajaan yang menyasarkan pendapatan tinggi di kalangan pekerja dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada tahun 2020. Memartabatkan aliran pendidikan ini juga ada kaitan dengan usaha membantu kerajaan bagi menyediakan peluang pekerjaan. Peningkatan pertambahan penduduk dan jumlah pelajar yang meninggalkan bangku sekolah lebih daripada setengah juta orang setiap tahun menyukarkan pihak kerajaan dan swasta menyediakan pekerjaan. Transformasi pendidikan vokasional ini sudah tentu akan menarik minat lebih ramai pelajar cemerlang memasuki aliran ini. Sekiranya pendidikan ini dapat menjanjikan peluang pekerjaan yang baik dan pendapatan yang tinggi kepada pelajar maka sudah tentu ibu bapa turut menggalakkan anak-anak mereka mengambil peluang untuk mengikuti aliran ini. Diharapkan dengan memartabatkan pendidikan vokasional ini akan mempercepatkan lagi usaha untuk menyediakan tenaga kerja yang berkebolehan, berkemahiran dan berpendapatan tinggi bagi menjadikan Malaysia negara maju dalam tahun 2020. Program Asas Vokasional (PAV) Program Asas Vokasional Di 15 Sekolah Harian Terpilih Mulai 2013. Program Asas Vokasional (PAV) yang dikhususkan untuk pelajar Tingkatan 1 hingga 3 akan dilaksanakan mulai tahun 2013 dalam usaha menjadikan vokasional sebagai pendidikan arus perdana, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi. Beliau berkata PAV akan menggantikan mata pelajaran vokasional (MPV) yang sedang diajar di sekolah harian dan ia adalah sejajar dengan proses transformasi pengajian teknik dan vokasional. "Pelajar lepasan PAV di peringkat menengah rendah kita akan benarkan melanjutkan pelajaran di kolejkolej vokasional, sebab kita juga akan melaksanakan transformasi dengan mengubah Sekolah Menengah Vokasional kepada Kolej Vokasional. Ini yang kita usahakan supaya vokasional akan menjadi pendidikan arus perdana setaraf Sijil Pelajaran Malaysia," katanya kepada pemberita di sini Ahad. Katanya PAV akan dilaksanakan di kesemua 15 sekolah harian yang terpilih sebagai sekolah rintis untuk program itu di seluruh negara serta para pelajar yang lulus dalam PAV akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap I dan II apabila tamat. Beliau berkata lanjutan daripada PAV, antara pendekatan yang diambil kerajaan adalah sama ada dengan kerjasama swasta melalui Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) iaitu penubuhan kolej vokasional baru oleh mereka atau kementerian menghantar pelajar ke kolej vokasional sedia ada. Mohd Puad berkata antara kaedah yang akan digunakan kementerian untuk memilih pelajar di sekolah rendah khususnya Tahun 6 bagi mengikuti PAV di peringkat menengah adalah menggunakan penilaian psikometrik. "Kita memilih pelajar antaranya melalui penilaian psikometrik di sekolah rendah untuk melihat minat

mereka...bukan menggunakan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), PAV ini mempunyai penilaian psikometrik tersendiri," katanya. Beliau berkata Kementerian Pelajaran juga akan berbincang dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia mengenai tahap kelulusan pelajar yang melanjutkan pelajaran selama tiga tahun di Kolej Vokasional sama ada tahap Diploma atau SKM Tahap IV. Katanya pelajar lulusan PAV sewajarnya meneruskan pengajian di kolej vokasional dan ia adalah matlamat transformasi pendidikan teknik dan vokasional walaupun mereka mempunyai pilihan untuk kembali meneruskan pengajian dalam aliran sekolah biasa. "Masalah pendidikan vokasional di negara ini, komponennya adalah 55 peratus vokasional dan teknik (Voktech) manakala 45 peratus lagi akademik, sedangkan di negara-negara maju komponen pendidikan vokasionalnya 70 peratus Voktech dan hanya 30 peratus akademik," katanya. Mohd Puad berkata sekiranya selepas PAV mereka hanya mengikuti kursus dua tahun di kolej vokasional, ia adalah tidak mencukupi kerana di negara-negara maju sekurang-kurang perlukan tiga tahun termasuk 'job training' yang penting bagi melahirkan graduan berkemahiran tinggi. Terdahulu, beliau mewakili Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pelajaran menutup 'Perak Expo for Young Scientis' bertemakan 'Innovation of Science and Technology for Environmental Sustainability' yang berlangsung tiga hari berakhir Ahad. Ekspo anjuran bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris, Jabatan Pelajaran Negeri Perak, K-Perak Implementation and Coordination Corporation (KPerak), Kementerian Pengajian Tinggi serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi antaranya bertujuan mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran sains, matematik dan teknologi di kalangan pelajar dan orang ramai ke arah mengurus serta mengekalkankesejahteraan alam. Isu Terkini ; ( UTUSAN 30 Disember 2011)

Transformasi Pendidikan Vokasional lahir tenaga Mahir PENDIDIKAN teknikal dan vokasional sememangnya memerlukan satu anjakan baru yang bukan sahaja membolehkan pelajar memilih jurusan kemahiran seawal usia 13 tahun, malah dijangka mengubah lanskap pendidikan negara untuk mengarusperdanakan pendidikan vokasional serta mengubah komposisi modal insan daripada berorientasikan lepasan akademik kepada lepasan aliran vokasional sejajar amalan di negara maju.

Justeru, langkah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menstruktur semula sistem pendidikan ini menerusi Transformasi Pendidikan Vokasional (TPV) yang akan dikuatkuasakan pada 2013 kena pada masanya bagi mengangkat martabat pendidikan vokasional sebagai aliran pendidikan yang akan menjadi pilihan pelajar. Apabila transformasi ini dilaksanakan, maka aliran vokasional tidak lagi dianggap sebagai pendidikan kelas kedua. Apa yang pasti, rancangan penstrukturan semula sistem pendidikan vokasional ini, sudah tentu ditunggu-tunggu oleh pelbagai pihak yang ingin melihat bidang ini menjadi teras utama dalam sistem pendidikan negara. Untuk itu, persepsi umum terhadap pendidikan vokasional harus diubah. Jika selama ini, ramai menganggap pelajar vokasional tergolong dalam kalangan yang lemah atau dikategorikan dalam kelas kedua maka transformasi besar-besaran ini diharap mengubah stigma masyarakat umum bahawa tanggapan sedemikian tidak lagi berasas. Jika halangan persepsi sebegini dapat di atasi, tidak mustahil pendidikan vokasional menjadi rebutan pelajar sebagaimana yang berjaya dilaksanakan di negara Eropah. Kemajuan pesat dalam sektor industri negara yang rancak berjalan sekarang sudah pasti akan mengalami gangguan sekiranya tenaga mahir secukupnya tidak dapat disediakan. Malah, harapan seterusnya dapat memberi ruang dan peluang lebih besar kepada pelajar untuk memiliki keupayaan dan tahap kemahiran luar biasa bagi memenuhi permintaan pasaran. Secara langsung juga, langkah kerajaan mengarusperdanakan pendidikan vokasional turut terkandung dalam Bab 5, Rancangan Malaysia ke-10. Pendidikan dan latihan vokasional sememangnya mempunyai peranan cukup penting dalam menyediakan laluan utama ke arah melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi seterusnya menyumbang kepada penjanaan kekayaan baru bagi negara. Untuk itu, kualiti kurikulumnya perlu dipertingkat dan disesuaikan dengan keperluan industri. Justeru dalam konteks ini, TPV yang diperkenalkan itu akan membabitkan dua aspek penting iaitu program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) dan Kolej Vokasional (KV) sebagai laluan dalam usaha mencapai matlamat berkenaan. Malah, la akan dilaksanakan mengikut pelan tindakan strategik dalam tempoh 2011 hingga 2020 yang dibahagikan kepada tiga fasa, iaitu fasa lonjakan dari 2011 hingga 2013, fasa Peningkatan (2014 hingga 2016) clan fasa pemerkasaan (2017 hingga 2020). Sehubungan itu, bagi memantap dan melestarikan penerimaan keseluruhan sistem serta kurikulum di bawah TPV, maka mulai sesi persekolahan 2012 Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan projek rintis PAV di 15 sekolah harian atau sekolah menengah kebangsaan (SMK), di samping menaik taraf 15 sekolah menengah vokasional menjadi KV, masing-masing di setiap negeri. PAV akan menggantikan mata pelajaran vokasional yang ketika ini diajar di sekolah harian clan akan ditawarkan kepada pelajar menengah rendah seawal tingkatan satu sehingga tingkatan tiga, khusus kepada lepasan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang cenderung kepada pendidikan bercorak amali. Dalam aspek ini, sistem PAV akan dilaksanakan selama tiga tahun di SMK terpilih itu berdasarkan beberapa tahap sejajar proses transformasi pengajian teknik clan vokasional, Lepasan PAV dibenarkan menyambung pelajaran di KV atau ke institusi kemahiran awam dan swasta. la akan dilaksanakan sepanjang tempoh empat tahun sehingga peringkat diploma mengguna pakai sistem semester dengan kurikulumnya berasaskan kepada kemahiran tertentu. Kurikulum KV mempunyai dua komponen membabitkan 70 peratus kemahiran clan 30 peratus akademik bagi memenuhi falsafah pendidikan kebangsaan. Malah, kurikulum ini akan merujuk kepada Piawaian Kemahiran Guna Tenaga Kebangsaan (NOSS), SKM dan lain-lain bentuk persijilan yang diiktiraf pihak industri dan pada akhir tahun keempat, pelajar sudah memperolehi Diploma Kolej Vokasional, iaitu selari dengan kepatuhan SKM Tahap 4. Dalam merancakkan pendidikan vokasional, pembabitan sektor swasta (industri) turut dipelawa bersama -sama menjayakan transformasi ini. Tanggungjawab yang boleh dimainkan oleh sektor ini ialah menyediakan tenaga pakar industri sebagai tenaga pengajar jemputan di kolej vokasional.

Menerusi kaedah ini, pendedahan dan maklumat langsung berkaitan industri semasa dapat disalurkan kepada pelajar. Malah, sektor swasta digalak untuk membangunkan institusi vokasional berdasarkan kurikulum yang dipersetujui bagi menampung kemasukan pelajar berpotensi tajaan Kementerian. Hakikat betapa penting pelan ini perlu dilaksanakan juga merujuk kepada keperluan negara yang memerlukan sekurang-kurangnya 3.3 juta pekerja mahir dalam tempoh 10 tahun akan datang bagi menampung kehendak industri tempatan. Tidak terkecuali, transformasi sedemikian perlu diketengahkan berikutan penyertaan pelajar peringkat menengah dalam bidang vokasional masih rendah. Ketika ini, enrolmen pelajar Malaysia dalam bidang ini hanya mencapai lima peratus. la jauh ketinggalan berbanding negara maju yang rata-rata mencatat paras lebih 50 peratus. Malah negara serantau seperti Indonesia dan Thailand mengatasi jumlah peratusan berbanding Malaysia dengan jumlah pelajar yang mengambil aliran ini menjangkau 40 hingga 60 peratus. Pendidikan teknikal dan vokasional dianggap sebagai satu daripada kekuatan utama dalam sistem, pendidikan di German, Hampir 60 hingga 70 peratus daripada pelajarnya iaitu melebihi 1.6 juta orang memasuki sekolah vokasional. la merangkumi kira-kira 340 jenis pekerjaan dan sangat popular di kalangan lepasan sekolah di negara itu. Pendekatan ini berjaya mengurangkan kadar pengangguran siswazah dalam tempoh setahun selepas tamat pengajian kepada tiga peratus sahaja. Sementara di Austria, 78 peratus pelajarnya memasuki bidang vokasional dan hampir 60 peratus mereka yang bekerja mendapat pendedahan dalam bidang itu. Berdasarkan pelbagai usaha bersungguh-sungguh yang dilaksanakan kerajaan bagi memperkasa pendidikan teknik dan vokasional, diharap mampu meningkatkan peratusan pelajar aliran berkenaan kepada 20 peratus menjelang 2015. Apa yang jelas, pelan transformasi vokasional ini bukan sekadar memberi satu alternatif dalam sistem pendidikan negara, tetapi antara pendekatan bagi merealisasikan hasrat kerajaan dalam mengisi perancangan dan keperluan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA). Download penuh Konsep Kolej Vokasional

1.7 : Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Untuk menjadikan Malaysia Negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020, Kerajaan pada bulan Oktober 2010 telah melancarkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) bagi meningkatkan pendapatan per kapita daripada AS$6,700 (RM23,700) pada tahun 2009 kepada AS$15,000 (RM48,000) pada tahun 2020. Peningkatan ini akan dicapai melalui pertumbuhan pendapatan negara kasar (GNI) sebanyak 6% setahun sehingga 2020. ETP memberi fokus kepada 12 Bidang Ekonomi Utara Negara (NKEA) iaitu: Minyak, Gas dan Tenaga Minyak Sawit Perkhidmatan Kewangan Pelancongan Perkhidmatan Perniagaan Elektronik dan Elektrikal Borong dan Runcit Pendidikan

Kesihatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Pertanian Greater Kuala Lumpur Dibawah ETP, NKEA tersebut talah dikenalpasti sebagai pemacu aktiviti ekonomi yang mempunyai potensi untuk memberi sumbangan secara langsung kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. Sebanyak 131 Projek Penggerak Ekonomi (EPP) dan 60 peluang perniagaan (BO) telah dikenalpasti untuk menyumbang kepada peningkatan pendapatan negara kasar (GNI). Bidang Ekonomi Utama Nasional MEMACU MALAYSIA KE ARAH MENJADI NEGARA MAJU DAN BERPENDAPATAN TINGGI Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Programme atau ETP) adalah satu usaha komprehensif yang akan mentransformasikan Malaysia ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. Ia akan meningkatkan pendapatan negara kasar (PNK) per kapita Malaysia dari lebih kurang AS$6,700 atau RM23,700 pada 2009 ke lebih daripada AS$15,000 atau RM48,000 pada 2020, dengan itu memacu kemajuan negara ke tahap yang sama dengan negara-negara berpendapatan tinggi yang lain. Perkembangan PNK sebanyak 6 peratus setahun akan membolehkan kita mencapai sasaran yang ditetapkan di bawah Wawasan 2020. Pelaksanaan ETP yang berjaya akan menyaksikan ekonomi Malaysia berubah dengan ketara mirip negara-negara maju yang lain. Kami akan meneruskan anjakan ke arah ekonomi berdasarkan perkhidmatan dengan menyaksikan sektor perkhidmatan berkembang dari 58 peratus ke 65 peratus pada tempoh yang sama. Lebih 3.3 juta pekerjaan baru merentasi kawasan bandar dan luar bandar negara akan diwujudkan menjelang 2020.. Ciri-ciri pekerjaan baru ini akan menyebabkan anjakan ke arah julat pendapatan sederhana dan tinggi. Greater Kuala Lumpur/Klang Valley akan ditransformasikan kepada sebuah bandar raya bertaraf dunia. Akhirnya, pertumbuhan akan dicapai dengan cara mampan dan tanpa kos kepada generasi akan datang melalui inisiatif-inisiatif seperti pembinaan kapasiti penjanaan tenaga alternatif dan pemuliharaan alam sekitar bagi mempromosikan ekopelancongan. ETP Berbeza dari Percubaan Lampau untuk Mengembangkan Ekonomi Satu pendekatan baru dan berani telah diambil untuk membangunkan ETP. Ini adalah kali pertama usaha sebegini diambil dalam sejarah Malaysia, atau oleh mana-mana negara

maju yang lain. Program ini menyediakan fokus mantap pada beberapa enjin pembangunan utama: 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (National Key Economic Areas atau NKEA). NKEA ini dijangka akan menyumbang dengan ketara kepada prestasi ekonomi negara, dan ia akan menerima keutamaan dalam pelaburan awam dan sokongan polisi. Sektor swasta akan menerajui ETP; manakala Kerajaan akan memainkan peranan utama sebagai fasilitator. Sebahagian besar daripada pembiayaan akan datang dari sektor swasta (92 peratus) dan pelaburan sektor awam akan digunakan sebagai pemangkin untuk memulakan penyertaan sektor swasta. Keberkesanan sebarang program transformasi bergantung kepada butir-butir khususnya. ETP berbeza dari program-program lain kerana ia menumpu pada tindakan bukan pada prinsip teori dan idea. Kami telah mengenal pasti 131 projek permulaan (entry point projects atau EPP) yang menggariskan tindakan yang perlu diambil untuk mengembangkan ekonomi. EPP dan peluang-peluang perniagaan lain yang dikenal pasti di bawah setiap NKEA diasaskan pada jumlah sumbangan mereka kepada PNK; dan dipilih berdasarkan pada analisis ekonomi dan kewangan yang teliti. Sebarang perbelanjaan awam akan diperuntukkan pada dasar memaksimumkan PNK daripada setiap ringgit perbelanjaan. Akhirnya, ETP dirumuskan supaya telus dan rapi, di mana sebuah Unit ETP baru di bawah PEMANDU (Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan di bawah Jabatan Perdana Menteri) telah ditugaskan untuk mengawasi dan melaporkan kemajuan ETP kepada pemimpin Kerajaan, komuniti perniagaan dan rakyat. Diwujudkan bersama oleh Sektor-sektor Swasta dan Awan Semenjak permulaannya, sektor swasta dan komuniti perniagaan telah terlibat dalam pembentukan ETP. Pada Mei 2010, Bengkel Seribu Orang telah dijalankan untuk membantu mengenal pasti 12 NKEA. Sektor awam terus memainkan peranan yang besar apabila makmal-makmal NKEA bermula pada Jun 2010. Lima ratus minda terbaik dari sektor swasta (350 orang dari 200 syarikat berlainan) dan Kerajaan (150 orang dari 60 institusi awam berlainan, kementerian dan agensi) telah berkumpul untuk membangunkan pelan bagi 12 NKEA tersebut. Idea-idea dan rancangan-rancangan yang dikenalpasti dan dibangunkan di makmal telah disindiketkan dengan meluas sepanjang tempoh lapan minggu makmal tersebut. Lebih 600 mesyuarat pensindiketan telah diadakan dengan kementerian-kementerian, agensiagensi, syarikat-syarikat multinasional, syarikat-syarikat tempatan dan badan-badan bukan kerajaan.

Pemegang berkepentingan utama seperti Perdana Menteri, Menteri-menteri dan para pemimpin perniagaan telah menyertai makmal pada peringkat awal dan memberi maklum balas kepada peserta. Berikutan dari makmal-makmal tersebut, Hari Terbuka telah diadakan di Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak di mana pelawat (komuniti perniagaan, syarikat multinasional, rakyat dan media) telah melawat gerai-gerai NKEA dan memberi input yang lanjut. Hasil daripada proses ini adalah satu hala tuju yang jelas untuk Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi dalam masa sepuluh tahun akan datang. Dalam melancarkan ETP, kami mengesahkan bahawa EPP yang tersenarai dalam hala tuju ini hanyalah satu permulaan, dan melalui pelaksanaannya, kami akan mempelajari dan menyesuaikan program tersebut bagi memastikan pencapaian aspirasi kami. Tinjauan umum NKEA Dua belas NKEA tersebut adalah teras kepada ETP. NKEA ditakrifkan sebagai pemacu aktiviti ekonomi yang berpotensi untuk menyumbang secara langsung dan material kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. Dua belas NKEA yang terpilih ialah Minyak, Gas dan Tenaga; Minyak Sawit, Perkhidmatan Kewangan; Pelancongan, Perkhidmatan Perniagaan, Elektronik dan Elektrikal; Pemborongan dan Peruncitan; Pendidikan; Penjagaan Kesihatan; Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur; Pertanian; dan Greater Kuala Lumpur/Klang Valley. Apakah Maknanya untuk menjadi NKEA? Malaysia akan menumpukan usaha-usaha pertumbuhan ekonomi pada NKEA. NKEA akan menerima sokongan utama daripada Kerajaan termasuk pembiayaan, pembekalan bakat dan tenaga kerja terbaik dan medapat perhatian khusus Perdana Menteri. Sebagai tambahan, penyusunan semula polisi seperti penyingkiran halangan untuk bersaing dan liberalisasi pasaran akan disasarkan pada NKEA. Program-program yang diusulkan akan melibatkan pemilihan dan keseimbangan keseluruhan yang nyata kepada ekonomi. Misalnya, mengutamakan pelaburan dalam sektor NKEA membawa kepada pengurangan pelaburan dalam sektor-sektor lain. Pelantikan sektor-sektor sebagai sektor-sektor NKEA perlu mempunyai implikasi sebenar pada sumber-sumber utama sekiranya mereka akan menerajui suatu perubahan yang bermakna. Falsafah yang sama bagi keutamaan juga akan digunapakai untuk sokongan lain yang disediakan oleh Kerajaan kepada sektor-sektor ini, seperti perbelanjaan operasi dan usaha-usaha penyusunan semula polisi tertentu sektor-sektor tersebut dan dan perubahan

regulatori. NKEA akan mendapat tumpuan khusus daripada Perdana Menteri dan akan mempunyai mekanisme laluan pantas untuk menyelesaikan pertelingkahan atau sebarang penyempitan. Kerajaan adalah komited untuk memberi sokongan berterusan bagi pertumbuhan sektor bukan NKEA. Namun demikian, Kerajaan akan menumpukan usahanya pada NKEA berdasarkan sumbangan PNK yang amat ketara yang bakal dijana oleh sektor-sektor inidalam memacupembangunan ekonomi negara. Dua Belas Bidang Ekonomi Utama Nasional adalah: Minyak, Gas, dan Tenaga Minyak Sawit Perkhidmatan Kewangan Pelancongan Perkhidmatan Perniagaan Elektronik dan Elektrikal Pemborongan dan Peruncitan Pendidikan Penjagaan Kesihatan Kandungan dan Infrastruktur Komunikasi Pertanian Greater Kuala Lumpur / Klang Valley
Download Penuh NKEA PENDIDIKAN

1.8 : Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) NKRA National Key Result Area The Government is set to begin the transformation process in strengthening the efficiency of its delivery system The KPI / KRA are not mere acronyms as they offer clear measures designed to ensure that the government is continuously working to better serve the needs of Malaysians Our real work will begin as we make the transformation of government services happen Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan Dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan, kerajaan akan memberi tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Sub-NKRA 1: Prasekolah 7 teras untuk meluaskan akses kepada pendidikan prasekolah yang berkualiti dan berkemampuan:

1.

Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasekolah Kebangsaan dan Bahagian Prasekolah dan PERMATA Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

2. 3. 4. 5. 6. 7.

Perlaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru Menambah bilangan kelas prasekolah di kawasan miskin Bandar, luar Bandar dan pedalaman Meningkatkan Perkongsian Pintar Kerajaan-Swasta dalam pendidikan Prasekolah. Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan Sub-NKRA 2: Literasi dan Numerasi NKRA Peluasan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan Setiap kanak-kanak* menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas 3 tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012 *Kanak-kanak berkeperluan khas didefinisikan sebagai murid bermasalah pembelajaran, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan, terencat akal, mempunyai pelbagai kecacatan, dan kurang upaya secara fizikal. Kurikulum khas literasi dan numerasi dibentuk untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Sub-NKRA 3: Sekolah Berprestasi Tinggi - Mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik Meningkatkan kualiti pencapaian institusi pendidikan melalui peningkatan tahap autonomi dan akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan masing-masing (pemusatan dalam aspek kurikulum dan anggota perkhidmatan) - Menghasilkan pelajar yang cemerlang Sebagai tempat untuk melatihkan pelajar cemerlang bertaraf antarabangsa dan yang menjadi personaliti unggul dalam semua bidang - Merapatkan jurang antara sekolah-sekolah di dalam sistem Sebagai inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan tahap yang lebih tinggi melalui bimbingan dan jaringan antara sekolah sekolah tersebut. Sub-NKRA 4: Tawaran Baru kepada Pemimpin Sekolah Meningkatkan kualiti keberhasilan murid menerusi peningkatan prestasi pemimpin sekolah di Malaysia:

NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Nasional) 1. Prasekolah 2. Literasi dan Numerasi 3. Sekolah Berprestasi Tinggi 4. Pengetua/Guru Besar Download Penuh NKRA Pendidikan

_________________________________________________________________________ ___

* Untuk membuka "link" mengikut BAB di bawah, Sila tekan tulisan berwarna MERAH. Kecuali BAB 10 buka ikut subtopik pada tulisan berwarna MERAH.

BAB 1 : TERAS PENDIDIKAN NEGARA 1.1 : Rukun Negara 1.2 : Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1.3 : Wawasan 2020 1.4 : Islam Hadhari BAB 2 : KEMENTERIAN 1.1 : Kementerian Pelajaran Malaysia 1.2 : Kementerian Pengajian Tinggi BAB 3 : SEJARAH PERKEMBANGAN PELAJARAN MALAYSIA 1.1 : Perkembangan Dasar dan Kemajuan Sistem Pelajaran Kebangsaan 1.2 : Perkembangan Pelajaran Masa Kini BAB 4 : SISTEM PELAJARAN MASA KINI 1.1 : Pendidikan Pra Sekolah 1.2 : Program PERMATA 1.3 : Pendidikan Rendah 1.4 : Pendidikan Menengah 1.5 : Pendidikan Khas 1.6 : Program Pendidikan Khas 1.7 : Sekolah Sukan 1.8 : Sekolah Seni 1.9 : Pembestarian Sekolah 2.0 : Pendidikan Pasca Menengah( Tertiari) 2.1 : Institusi Pengajian Tinggi 2.2 : Pendidikan Swasta 2.3 : Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

2.4 : Sekolah Kluster 2.5 : Sejarah Pendidikan Teknik & Vokasional * Tambahan penkhususan bidang di UTHM BAB 5 : KURIKULUM 1.1 : Teori Pendidikan 1.2 : Kurikulum Prasekolah 1.3 : Kurikulum Baru Sekolah Rendah 1.4 : Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah 1.5 : Kurikulum Kursus Perguruan Lepasan Ijazah 1.6 : Pengurusan Kurikulum 1.7 : Program JQAF 1.8 : Kia2M BAB 6 : PROGRAM SOKONGAN DAN HAL EHWAL MURID 1.1 : Asrama 1.2 : Skim Pinjaman Buku Teks 1.3 : Biasiswa dan Pinjaman 1.4 : Program Bersepadu Sekolah Sihat 1.5 : Program Pemakanan Sekolah 1.6 : Bimbingan dan Kaunseling 1.7 : Malaysia Teacher Standard atau Standard Guru Malaysia (SGM) 1.8 : PIBG 1.9 : Skim Baucer Tuisyen BAB 7 : PROGRAM KHAS KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 1.1 : Gerak Kerja Kokurikulum 1.2 : Sekolah Harapan Negara 1.3 : Hari Guru 1.4 : Projek Nilam 1.5 : Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia 1.6 : Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran BAB 8 : URUSAN PERKHIDMATAN 1.1 : Perintah-Perintah Am 1.2 : Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993 1.3 : Arahan Perbendaharaan 1.4 : Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor 1.5 : Arahan Perkhidmatan 1.6 : Akta Acara Kewangan 1.7 : Peraturan-Peraturan Pegawai Awam BAB 9 : DASAR, KURIKULUM & SISTEM BARU 1.1 : KSSR 1.2 : KSSM 1.3 : Pentaksiran Berasaskan Sekolah 1.4 : MBMMBI 1.5 : 1 Murid 1 Sukan

1.6 : Transformasi Pendidikan Vokasional 1.7 : NKEA 1.8 : NKRA Pendidikan BAB 10 : BAB TAMBAHAN

A : Dasar, Kurikulum & Sistem


1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 : SBPA : LINUS & PROTIM : Tonggak 12 : PPSMI : RMK - 10 ( Pendidikan)

B
2.1 2.2 2.3 2.3 2.4 2.5

: Isu Semasa Pendidikan


: Wang Bantuan RM100 Kepada Pelajar : Pemberian Baucar RM200 Kepada Pelajar IPTA, IPTS Dan Politeknik : Isu Penempatan GSTT : Majlis Bahasa Inggeris : Kementerian Kaji Wujud GPK Pendidikan Islam Di Sekolah : Majlis Pelancaran Transformasi Pendidikan Vokasional

C
3.1 3.2 3.3 3.4 3.5

: Isu Semasa Negara


: Sistem Pemerintahan Malaysia ( YDP Agong, Kabinet, Komponen ) : Isu Adam Adli : BR1M : Program Transformasi Kerajaan, Ekonomi & Politik : Bajet 2012

: Teori Pendidikan

4.1 : Taksonomi Bloom - See more at: http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2012/01/bab-9dasar-kurikulum-item-baru.html#sthash.gJ4z8rdJ.dpuf

GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN


DEFINISI GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Era globalisasi meletakkan Malaysia berhadapan dengan pelbagai cabaran. Untuk menjadi sebuah Negara membangun sepenuhnya, Malaysia perlu meningkatkan daya saing dan meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia. Sebelum kita menyelami segala perihal berkaitan globalisasi, adalah lebih baik kita memahami maksud sebenar globalisasi. Berdasarkan gambar rajah di

bawah ada sedikit maklumat berkaitan dengan definisi globalisasi dalam pendidikan.

gambar rajah 1

Globalisasi berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris iaitu globalization juga perkataan globalisasi diungkap menerusi Bahasa Perancis iaitu perkataan monodialisation yang mana semuanya bermaksud seantero dunia.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ( 1986) telah mentafsirkan global bermaksud mengenai dunia seluruhnya atau pada keseluruhannya dan pada umumnya.Manakala, globalisasi pula bererti fenomena yang menjadikan dunia

mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat.

Scholte (2000), menyatakan globalisasi ialah proses menyingkirkan batasan atau sekatan kerajaan mengenai pergerakan antara negara supaya mewujudkan satu ekonomi dunia yang terbuka dan tanpa sempadan. Berdasarkan himpunan penulisan dan pandangan bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamed sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia telah mengingatkan agar masyarakat Malaysia tidak dipengaruhi dengan arus globalisasi sehingga berjaya menghancurkan mereka, sebaliknya kita perlu membina kekuatan dan menangkis unsur-unsur negatif yang membawa kesan buruk kepada kita.

Kita sedia maklum bahawa dengan globalisasi perkembangan yang signifikan dapat dicapai dan ianya berfokus kepada profesion keguruan yang semakin mencabar di negara ini.

PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN MELALUI GLOBALISASI

Dengan globalisasi yang semakin rancak menguasai dunia-dunia dalam pelbagai bidang seperti politik, sosial, pendidikan dan ekonomi ianya memberikan kelebihan menerusi perkembangan profesionalisme keguruan dalam bidang pendidikan khasnya. Berdasarkan gambar rajah di bawah terdapat lima perkembangan yang jelas diperoleh menerusi globalisasi.

Meluaskan peluang kepada guru dalam perkhidmatan dan guru dalam latihan dari aspek pendidikan guru dan peningkatan taraf profesionalisme. Ini dilihat menerusi adanya peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang yang ditawarkan bagi memantapkan diri dengan ilmu dan kemahiran dalam sesuatu tempoh yang telah ditetapkan mampu meningkatkan lagi taraf profesionalisme keguruan.

Selain itu, menerusi globalisasi ianya dapat meluaskan pengetahuan guru secara global. Seperti yang kita tahu, guru perlu sentiasa mengekalkan nilai intelektualnya kerana guru merupakan agen perubahan dalam menghasilkan produk berkualiti atau modal insane yang diperlukan di Negara kita. Guru perlulah peka dengan perkembangan semasa kerana selain tanggungjawab menyalurkan ilmu kepada murid, guru menjadi sumber rujukan dan teladan bagi masyarakat di sekeliling.

Dengan globalisasi guru dapat meningkatkan kemahiran ICT dan interaksi global yang mana ianya meluaskan konsep pembelajaran mengatasi bilik darjah. Contohnya, dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, guru dapat

melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang merentasi penyediaan pengalaman murid tanpa terbatas. Contohnya, murid berpeluang melihat keadaan gunung berapi, keadaan di kutub utara dan menyelami di dasar laut menerusi carian laman video pendidikan di internet.

Meluaskan lagi program pensiswazahan guru bagi memperbaiki taraf kualiti dan taraf profesionalisme guru setanding dengan guru-guru di negara luar agar produk yang dihasilkan mampu membangunkan negara kita dengan lebih maju dan berjaya.

Dengan globalisasi ianya meletakkan profesion keguruan sebagai satu profesion yang penting. Ini kerana berjayanya sesebuah negara adalah dengan berjayanya negara itu menghasilkan modal insan berguna yang akan membangunkan negaranya setaraf dengan negara maju yang lain.

CABARAN GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Menerusi pandangan bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamed sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia mengenai dunia globalisasi terdapat sebanyak lima cabaran asas terhadap dunia globalisasi seperti yang dilihat menerusi rajah di bawah.

gambar rajah 2

Dalam membincangkan keperluan perubahan dari aspek bidang pendidikan dalam era globalisasi, pihak UNESCO telah mencadangkan untuk merombak cara-cara membangunkan potensi sumber manusia melalui tata cara pendidikan secara formal dan tidak formal. Menurut Hussein Ahmad ( 2001) menyatakan supaya diperbanyakkan institusi latihan dan pendidikan bagi orang-orang dewasa yang sudah mempunyai kerjaya untuk membangun dan mengembangkan potensi sumber manusia bagi membolehkannya memberi sumbangan lebih bermakna kepada pembangunan negara dan juga perkembangan diri individu itu sendiri. Ini bermakna mereka akan mempersiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang perlu dikuasai bagi menghasilkan produk berkualiti sesuai dengan peraliran semasa yang mana menuntut kecekapan dan kesiap siagaan yang tinggi dalam berhadapan dengan pelbagai kemungkinan era globalisasi kini.

Selain itu, Malaysia tidak dapat mengelak daripada menghadapi cabaran tersebut sebagai kesan daripada arus globalisasi. Hallinger (1998), menegaskan globalisasi telah mendorong berlakunya anjakan paradigma yang amat ketara di kebanyakan negara dalam konteks untuk mencari makna terhadap kualiti pendidikan dan juga kurikulum yang ditawarkan. Ini bermaksud, terdapat perubahan kurikulum

terutama dari segi strategi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran telah diperkenalkan seperti:

1. Sekolah Bestari: Tumpuan kepada proses pengembangan dan pemupukan pembelajaran dengan menggunakan komputer dan penggunaan multimedia.

2. Projek Sekolah Net: Penggunaan komputer peribadi dan persekitaran Local Area Network (LAN). Guru berfungsi sebagai penerima maklumat sesuatu bahan kurikulum dan pembelajaran daripada luar dan kemudian menyalurkannya kepada pelajar. Ini memberi peluang kepada pelajar mendapat kemahiran dan maklumat sesuai dengan keupayaan mereka dan aplikasi pelbagai stail pembelajaran.

3. Projek Smart Lab: Menggunakan jaringan komputer bagi membolehkan pelajar mengakses ilmu dan maklumat daripada pelbagai sumber dengan guru berfungsi sebagai pemandu, pelayar dan pemudahcara.

4. Projek Sekolah Vista: Perisian aplikasi bagi pengurusan bilik darjah untuk pengajaran dan pembelajaran. Ini bagi membolehkan guru menguruskan bilik darjah dengan berkesan dan memberi peluang kepada pelajar berkomunikasi secara elektronik dengan rakan dan guru.

Tambahan pula, perkembangan dari segi penggunaan teknologi maklumat, kurikulum di Malaysia juga telah disemak semula dan diberi nilai tambah supaya kurikulum tersebut adalah relevan dan berupaya untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran tertentu bagi menghadapi persekitaran global setelah mereka melepasi alam persekolahan.

Cabaran ketiga ialah dalam pengurusan pendidikan. Dalam hal ini, pengurusan pendidikan telah mengalami transformasi dalam perkembangan dunia global terutama dari segi penggunaan teknologi telekomunikasi dan pengkomputeran. Beberapa perisian baru telah diaplikasikan yang dikenali sebagai Pengurusan Maklumat Sekolah (School Management Information System) bagi meningkatkan kecekapan dalam pengurusan pendidikan. Dengan aplikasi tersebut ianya sedikit sebanyak membantu dalam pengurusan pendidikan seperti:

- Membantu dan mempermudahkan pengurus sekolah membuat keputusan. - Meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran. - Mengurangkan beban pengurus dalam melaksanakan tugas yang pelbagai. - Meningkatkan kecekapan sistem pengurusan fail. - Memudah dan menjimatkan masa dari segi mengumpul, memproses dan menyimpan data seperti laporan kehadiran pelajar. -Meningkatkan kecekapan dalam penyediaan gred/markah peperiksaan pelajar. - Penempatan pelajar dalam kelas. -Membuat agihan jadual waktu mengajar guru. -Pembinaan jadual waktu guru. - Membuat agihan sumber kewangan, buku teks, dan sebagainya. -Menyimpan data mengenai stok dan inventori sekolah serta pelbagai urusan rutin yang dikendalikan pentadbir dan guru.

(Rahmad Sukor, 2006)

Hussein Ahmad (2001) memberi penegasan bahawa proses globalisasi yang melanda dunia telah membawa perubahan yang mendadak kepada perlakuan hidup dan norma kehidupan manusia di seluruh dunia. Sama ada sesebuah negara itu kecil atau besar, pedalaman benua mahu pun di kepulauan kecil, di pergunungan tinggi mahu pun di lereng, kaki dan lembah bukit, kesemuanya telah menerima tempias dan pengaruh fenomena globalisasi. Kesan yang paling ketara akibat pengaruh globalisasi adalah perubahan gaya hidup terutama dalam kalangan anak-anak remaja di bangku sekolah yang begitu terpengaruh dengan amalan negatif kehidupan Barat. Oleh itu, aspek berkaitan keperibadian guru, budaya sekolah dan aktiviti-aktiviti kokurikulum kerana perkara tersebut memberi impak tersendiri dalam pembentukan moral pelajar seperti di bawah:

1. Keperibadian guru: Guru perlu menampilkan perawakan yang positif terutama ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Perwatakan guru yang jujur, amanah, bersopan santun, penyayang, penyabar, sedia memberi pertolongan, sedia berkorban dan berdedikasi perlu diterampilkan supaya dapat menjadi contohan pelajar. Guru juga perlu membawa watak orang yang taat kepada amalan agama.

2. Budaya sekolah: Budaya sekolah yang mempraktikkan sikap amanah, ketekunan, cintakan kecemerlangan, berkasih sayang, bertolong bantu, kesantunan akhlak dan mengamalkan kehidupan beragama adalah elemen-elemen yang perlu dihidupkan dan dihayati secara berterusan. Aspek tersebut merupakan nilai yang seharusnya diberikan perhatian secara bersungguhsungguh oleh pihak pentadbiran sekolah

3. Aktiviti kokurikulum: Aktiviti seperti pakaian beruniform, persatuan, kelab dan kegiatan sukan dapat memberi input penting kepada pembentukan sahsiah pelajar. Aktiviti yang dijalankan melalui pemantauan guru akan menyuburkan sikap positif terhadap semangat bekerjasama, berdikari, tolong menolong, semangat cinta akan negara dan berdisiplin.

Cabaran kelima yang wujud dalam globalisasi dalam pendidikan ialah perkembangan profesionalisme guru. Satu perbahasan relevan tentang globalisasi ialah pengkajian mengenai kesan globalisasi terhadap perkembangan profesionalisme keguruan. Usaha yang dilihat menerusi cabaran globalisasi dalam perkembangan profesionalisme keguruan ialah dapat meningkatkan kualiti guru sama ada dari segi kelayakan akademik, kepakaran dalam pengajaran, kualiti professional dan kualiti personal atau kepimpinan guru dalam organisasi sekolah dan masyarakat, meluaskan pengetahuan guru bersifat global, kemahiran ICT dan interaksi global membolehkan guru meluaskan konsep pembelajaran mengatasi halangan bilik darjah dan birokrasi sekolah, meluaskan peluang kepada guru perkhidmatan dan guru-guru dalam latihan dari segi pendidikan guru dan peningkatan taraf profesionalisme dan sebagainya.

Kesimpulannya, masyarakat masa kini sangat prihatin dan mengikuti perkembangan pendidikan dengan penuh minat dan bersikap kritikal terhadap isu-isu berbangkit yang berkaitan dengan kemajuan anak-anak mereka. Pihak perancang pendidikan perlu

melihat isu-isu dan cabaran yang berbangkit secara menyeluruh dan komprehensif. Menyelesaikan masalah secara runcitan dan memberi tumpuan kepada aspek tertentu dan mengurangkan tumpuan kepada aspek lain akan menghalang pelaksanaan pendidikan kita terutama bagi memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri.

KRISIS GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Satu perancangan yang lebih baik boleh dilakukan dengan mengkaji krisis pendidikan global yang mana ianya mendedahkan guru dengan pengetahuan yang berlaku di negara-negara lain. Kebanyakan Negara membangun mengalami kesan negatif globalisasi bagi membangun dan memajukan bidang pendidikan. Globalisasi memberikan kesan buruk terhadap keadaan ekonomi Negara membangun, di samping perdagangan pendidikan dan budaya dari Negara-negara Barat yang menguasai pasaran pendidikan di negara membangun. Antara krisis pendidikan global dapat dilihat menerusi gambar rajah di bawah.

Krisis kewangan timbul apabila negara membangun menimbulkan masalah membiayai perbelanjaan untuk pembangunan pendidikan. Ini termasuklah penyediaan kemudahan pendidikan seperti menyediakan peluang pendidikan untuk semua, bantuan pendidikan buku teks, menyediakan sekolah dengan infrastruktur lengkap, pendidikan literasi komputer dan sebagainya.

Selain itu, program twinning iaitu program kembar pendidikan diperluaskan melibatkan institusi pendidikan membangun dengan negara maju. Apa yang pasti, program seperti ada kepentingan kerana pengetahuan dan kemahiran tertentu

dipindahkan kepada tenaga pengajar di negara ini seperti latihan kepakaran dalam bidang perubatan, biodiversiti dan kejuruteraan.

Persaingan untuk memantapkan kualiti diri dengan kepakaran dalam sesuatu bidang dan kemahiran tertentu akan menghasilkan produk pendidik yang setaraf dengan pendidik di negara luar. Persaingan adalah suatu dorongan untuk perubahan dan kemajuan yang penting dalam era globalisasi.

Tambahan pula, dalam profesion keguruan, nilai intelektual perlu dipertahankan dan sentiasa dipertingkatkan kerana warga pendidik merupakan agen dalam membentuk modal insan yang berkualiti. Ini bermakna, guru perlu sentiasa ke hadapan dalam mendidik dan memimpin masyarakat kea rah perubahan dan kemajuan.

Krisis pendidikan global seperti jurang pendidikan juga menimbulkan kebimbangan. Ini kerana pelaburan yang rendah dalam bidang pendidikan di negara membangun dan persaingan global meningkatkan perbelanjaan pendidikan yang mana ianya menyulitkan untuk usaha ke arah merapatkan lagi jurang pendidikan.

PERANAN INSTITUSI KELUARGA DAN SEKOLAH DALAM MEMBINA KEMAHIRAN 7M BERDASARKAN GLOBALISASI

Dunia sekarang sedang menghadapi era globalisasi yang kian memuncak. Keterbatasan dalam memantau penerimaan ledakan sumber dan bijak menapis serangan unsur-unsur perlu dilaksanakan dengan segera agar kita tidak jatuh dalam arus globalisasi. Globalisasi jika dilihat memberikan manfaat dan juga keburukan kepada kita andai kita tersalah membuat pilihan dan keputusan.

Semua pihak perlulah sama-sama bertanggungjawab dalam usaha memelihara kemajuan yang tercipta tanpa perlu kecundang disebabkan tewas dalam globalisasi. Peranan sesebuah institusi keluarga dan sekolah amat penting dalam membantu membina kemahiran-kemahiran yang seharusnya dikuasai murid berdasarkan globalisasi.

Kemahiran pertama ialah menulis, di mana kemahiran literasi asas komunikasi dan menyampaikan idea secara tulisan dapat dikuasai oleh kerana menerusi penulisan, seseorangitu boleh mengeluarkan idea, perasaan, menyampaikan maklumat dan sebagai alat perhubungan sosial.

Kemahiran kedua ialah membaca, yang mana kemahiran literasi menimba ilmu melalui bahan-bahan bercetak perlu diterapkan sejak dari bangku sekolah agar murid-murid memperoleh pengalaman dan ilmu menerusi bahan-bahan ilmiah yang dibaca. Membaca jambatan ilmu. Dengan melazimkan diri dengan aktiviti membaca

sudah menerapkan nilai-nilai murni secara tidak langsung menerusi kandungan bahan yang dibaca.

Kemahiran ketiga, mengira merupakan kemahiran literasi asas mengoperasikan otak secara abstrak tentang hukum sains dan alam semesta. Segala yang dilalui dalam kehidupan seharian melibatkan kita dengan hukum sains dan alam semesta. Cuba bayangkan seandainya anak-anak kita tidak menguasai kemahiran mengira, adakah mereka mampu untuk menguruskan kehidupan mereka secara sendiri kelak? Contohnya, jika tidak menguasai konsep asas nombor, bagaimana murid dapat menyelesaikan masalah melibatkan nilai nombor yang lebih besar? Kemahiran mengira merupakan kemahiran yang penting di samping perlunya kita menguasai kemahiran-kemahiran yang lain.

Kemahiran keempat, kemahiran memikir. Dalam kemahiran ini, guru dan ibu bapa berperanan untuk menyediakan peluang dan ruang untuk murid-murid berfikir tentang sesuatu perkara dan melatih mereka untuk mengolah dan melontarkan idea menerusi kemahiran berfikir yang diaplikasikan.

Kemahiran kelima ialah kemahiran menggunakan komputer. Jika dilihat sekarang, penggunaan komputer dalam membantu memudahkan pengurusan harian, mencari maklumat dan sebagai alat pengajaran yang berkesan. Kemahiran menggunakan komputer perlu diterapkan dan didedahkan kepada anak-anak muda sekarang agar perkara seperti fobia komputer dapat dielakkan.

Kemahiran keenam ialah kemahiran menjadi manusia. Dalam kemahiran ini, perlunya individu diajar untuk menjadi individu yang boleh berinteraksi bersama orang lain secara positif. Dengan kemahiran komunikasi yang baik seperti kesantunan tingkah laku dan kesantunan berbahasa membuatkan kita sentiasa dihormati dan hidup dalam keadaan yang harmoni.

Kemahiran ketujuh ialah kemahiran mencintai Tuhan. Dalam hidup kita, keredhaan Ilahi adalah sesuatu yang penting kerana hidup dalam keadaan dicintai Tuhan dan mendapat keredhaan menghasilkan dengan kejayaan dalam segala aspek dan memperoleh ketenangan yang sukar diterjemahkan. Kemahiran mencari dan menggunakan ilmu agama dalam proses mendapatkan keredhaan dan kecintaan

Tuhan buat setiap hambanya, manusia harus sentiasa tersemat dalam diri setiap individu.

KESAN GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Berdasarkan definisi globalisasi pendidikan, cabaran globalisasi dalam pendidikan, krisis pendidikan global dan sebagainya sebagaimana yang telah dinyatakan di ruangan sebelumnya, apakah kesan yang dapat kita kenal pasti terhadap globalisasi dalam pendidikan? Adakah memberi kesan baik sahaja atau member kesan buruk semata atau memiliki pro dan kontranya iaitu kesan baik dan buruk melalui globalisasi dalam pendidikan.

Globalisasi dalam pendidikan memberikan kesan positif dan negatif. Apakah kesan positif yang dapat diberikan melalui globalisasi dalam pendidikan? Antaranya ialah: budaya pembelajaran sepanjang hayat kebolehan berkomunikasi dalam bahasa ibunda dan bahasa antarabangsa menguasai kemahiran teknologi untuk keperluan pekerjaan dan kehidupan seharian pendidikan Negara terbuka kepada dunia luar perubahan peranan guru dalam bilik darjah peluang pendidikan terbuka luas persaingan sihat dalam meningkatkan mutu pendidikan dan inovasi perkongsian sumbangan hasil penyelidikan tentang pengajaran dan pembelajaran

Terdapat beberapa kesan negatif melalui globalisasi dalam pendidikan iaitu:

kadar pengangguran semakin meningkat pengaliran keluar sumber manusia yang berkepakaran ke luar negara meminggirkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda perdagangan pendidikan penyebaran sumber-sumber yang tidak bersesuaian dengan intelek dan

rohani

berlaku penindasan dalam merampas peluang dan sumber bagi kemajuan sistem pendidikan sesebuah negara pemantauan mendalam dari aspek permasalahan antisosial

Oleh itu, biarpun ianya mempunyai kesan positif dan negatif, ianya adalah tanggungjawab individu dalam membuat pilihan bijak sama ada ingin memilih sumber yang bersesuaian atau sebaliknya. Tambahan pula, sebagai pendidik perlunya pemilihan dibuat dalam mencedok ilmu dan sumber maklumat yang

bersesuaian untuk disalurkan kepada murid-murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah agar nilai-nilai negatif tidak dapat diterapkan dalam diri murid-murid.

IMPAK GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Globalisasi meluaskan konsep dunia tanpa sempadan memberikan cabaran terhadap guru bagaimana perancangan pembelajaran dan dunia pendidikan boleh dimajukan dari perspektif global yang melibatkan penyesuaian kurikulum, penjadualan belajar, penerokaan maklumat melalui ICT, pengawalan dan penyeliaan, serta peranan efektif guru dalam memajukan dunia pendidikan.

Seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah 7, ada dinyatakan tentang impak globalisasi dalam pendidikan di mana rajah di sebelah kiri merupakan sebab yang berlaku menerusi globalisasi dan rajah di sebelah kanan menunjukkan akibat daripada globalisasi dalam pendidikan.

Lambakan sumber maklumat dalam Bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa yang mudah diperoleh menerusi kecanggihan teknologi maklumat menghasilkan penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa sebagai bahasa ilmu. Ini kerana, kebanyakan bahan penyelidikan dan sumber lain maklumat menggunakan Bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa. Ini secara langsung, menjadi kelaziman individu menjadikan Bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa sebagai bahasa ilmu utama.

Selain itu, dengan globalisasi, penggunaan teknologi maklumat dalam sesi pembelajaran dan pengajaran sering diaplikasikan. Ini membuatkan murid-murid dan guru dapat menguasai ledakan maklumat dan menambah pengalaman murid. Jika pada masa kini tiada pelaksanaan pembelajaran menggunakan teknologi maklumat di dalam bilik darjah, adalah sukar untuk guru menyalurkan ilmu dan pengalaman berkaitan persekitaran yang sukar untuk disediakan. Contohnya, keadaan di dasar laut, suasana di kutub utara dan melihat bagaimana gunung berapi meletus. Dengan kecanggihan teknologi maklumat, murid berpeluang melihat dan meneroka pengetahuan baru yang terbatas melalui video, paparan slide dan sebaganyai.

Dengan globalisasi dalam pendidikan, mewujudkan lebih banyak institusi pengajian tinggi swasta yang mana memberikan kesan ke atas semua individu untuk mendapatkan peluang pendidikan yang sama rata. Secara tidak langsung, pembangunan negara semakin meningkat melalui penghasilan produk berkemahiran dan pakar dalam sesuatu bidang.

Pembudayaan teknologi dalam pelaksanaan harian membuatkan urusan kita menjadi lebih mudah dan lebih bersistematik. Contohnya, penggunaan aplikasi Microsoft Excel, memudahkan kita untuk menguruskan sesuatu data dan boleh dikemas kini pada bila-bila masa

Anda mungkin juga menyukai