Anda di halaman 1dari 17

3.0 AMALAN KESELAMATAN BENGKEL 1.

Program Amalan Keselamatan Bengkel

Cuba anda bayangkan bengkel atau makmal di sekolah anda. Dalam bayangan anda, terlihatkah peralatan pelindung keselamatan seperti gogal, topeng, sarung tangan? Sekarang bayangkan pula suasana bengkel yang sibuk di mana pelajar-pelajar sedang menjalankan kerja amali. Terbayangkah pelajar yang sedang menggerudi

menggunakan gogal atau tidak? Persoalannya, kalau pelajar tidak menggunakan peralatan Keselamatan walaupun telah disediakan, di manakah silapnya. Sebenarnya apa yang dilakukan oleh seseorang pelajar melambangkan sikapnya terhadap keselamatan. Maka, kita sebagai pendidik perlu amalan

bertanggungjawab

untuk memastikan bahawa

pelajar dididik dengan

keselamatan yang balk.

2. Merancang Program Keselamatan Bengkel Apabila kita mengajar keselamatan, ini bermakna kita bukan sekadar menyampaikan maklumat atau pengetahuan mengenai keselamatan, tetapi kita perlu mengubah sikap seseorang dari segi fizikal dan mental. Berikut adalah langkah-langkah yang terlibat dalam perancangan program keselamatan bengkel.

Merancang Program Keselamatan Bengkel

Menentukan objektif Program

Kandungan Program Keselamatan

a) Menetapkan objektif program

Perhatian yang diberikan kepada keselamatan bengkel mesti memenuhi dua objektif laitu, memastikan keadaaan bengkel yang selamat untuk pelajar bekerja dan juga untuk menerapkan dalam diri pelajar pengetahuan di samping membentuk sikap dan juga rasa hormat kepada prinsip-prinsip pencegahan kemalangan sebagai persediaan untuk bekerja di masa hadapan.

b) Kandungan program keselamatan Kenyataan falsafah program iaitu satu pernyataan yang menyebut kepentingan program keselamatan yang berkesan. Arahan keselamatan yang merangkumi sekolah semua dan aspek bengkel, keselamatan dan juga dan

termasuk

keselamatan

sekitar

maklumat-maklumat penyelenggaraannya; Program

terperinci

berkaitan

penggunaan

peralatan

pemeriksaan

keselamatan

sebagai

langkah.pencegahan

kemalangan termasuk laporan pemeriksaan yang dilapor oleh guru, pelajar, pentadbir atau mereka yang dipertanggungjawab untuk menilai keselamatan bengkel. Jawatankuasa keselamatan sekolah yang juga melibatkan pelajar.

Jawatankuasa ini boleh membuat keputusan dan cadangan berkaitan keselamatan. Rancangan tindakan segera iaitu prosedur terperinci yang perlu dipatuhi oleh setiap individu sekiranya berlaku kecemasan seperti kecederaan, kebakaran dan lain-lain. Kempen kesedaran supaya semua warga sekolah sentiasa berwaspada dengan keselamatan, dengan mengadakan aktiviti seperti pertandingan, memasang poster, menyediakan papan buletin dan peti cadangan.

Perlaksanaan program perlu menyeluruh dan melibatkan semua kakitangan akademik dan bukan akademik sekolah. dan juga semua pelajar.

3. Program Keselamatan Secara Pendekatan Sistem

Menurut V. William DeLuca dan W. James Haynie, iii (1989), pengaplikasian teori sistem dan teknologi kawalan merupakan satu perubahan yang amat signifikan dalam teknologi moden. Teori sistem memperakui kesan komponen atau sub-sistem ke atas prastasi keseluruhan sistem, kerana setiap sub- sistem memainkan peranan yang menyumbang kepada operasi keseluruhan sistem. Sebenarnya wujud hubungan yang interaktif antara semua sub sistem. Sekiranya satu sub- sistem gagal berfungsi

dengan baik, maka keseluruhan sistem akan gagal. Untuk memaksimumkan keberkesanan sesebuah sistem, kawalan perlu diwujudkan untuk mengoptimumkan keberkesanan setiap sub- sistem. Pemantauan proses keselamatan dilakukan melalui lingkaran - lingkaran maklurn balas, dan keputusan yang dibuat harus

mengoptimumkan fungsi setiap sub- sistem di samping mengambil kira kesan keseluruhan. ke atas sistem. Sesebuah sistem keselamatan mesti direka bentuk supaya boleh meminimumkan kecederaan. Komponen-komponen dalam sistem pula harus merangkumi faktor-faktor dalam persekitaran yang berpotensi untuk

menyebabkan kecederaaan. Bagi memudahkan kita untuk memahami program keselamatan secara pendekatan sistem ini, maka Model Sistem Keselamatan yang telah dibentuk oleh DeLuca dan Haynie (1989) dijadikan contoh. Model yang dibentuk untuk bengkel Pendidikan Tekrnologi adalah seperti dalam Rajah c. Penerangan ringkas mengenai komponenkomponen dalam sistem ini adalah seperti berikut:

PROGRAM KESELAMATAN SECARA PENDEKATAN SISTEM

Persekitaran (environment)

Faktor Manusia (human factor)

Peralatan dan Kelengkapan (tools & equipment)

Proses (processes)

Bahan-bahan (materials)

Pengaruh Luar (outside influences)

Maklum balas (feedback)

Persekitaran (environment) - Program Pendidikan Teknologi terdiri daripada empat bidang atau sistem teknologi iaitu pembuatan, pembinaan, komunikasi dan pengangkutan. Persekitaran merangkumi kemudahan kemudahan fizikal yang wujud dalam setiap bengkel program tersebut. Walaupun terdapat banyak peralatan yang sama, namun setiap bengkel memiliki keunikan tersendiri yang membezakan antara bengkel-bengkel tersebut. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi keselamatan sesebuah bengkel adalah pengcahayaan,

kebisingan, suhu, zon keselamatan dan kod warna, penyimpanan, prosedur pencegahan kebakaran, housekeeping, ergonomik dan keperluan pertolongan cemas. Faktor Manusia (human factor) - Tahap pembangunan seseorang pelajar akan menentukan keadaan keselamatan sesebuah bengkel. Semua pelajar mesti memiliki pengetahuan mengenai peraturan dan prosedur keselamatan (domain kognitif), dan memiliki sikap dan nilai yang diperlukan untuk mengaplikasikan pengetahuan tersebut (domain afektif). Tahap kemahiran pelajar akan memastikan aktiviti-aktiviti dilakukan dengan selamat (domain psikomotor). Walau bagaimanapun, guru

memainkan peranan penting dan bertanggungjawab untuk merancang, mengawal dan mewujudkan suasana selamat dalam bengkel. Faktor utama yang menyebabkan kecederaan adalah perlakuan manusia yang tidak mematuhi arahan -arahan keselamatan dan prosedur melakukan kerja yang telah ditetapkan. Peralatan dan Kelengkapan (tools & equipment) - Semua peralatan dan kelengkapan bengkel dibentuk untuk memudahkan dan membantu manusia membuat kerja-kerja amali dan menggunakan bahan-bahan seperti kayu, logam atau plastik. Namun, peralatan-peralatan ini boleh membawa bahaya dan menyebabkan kecederaan jika tidak digunakan dengan betul, maka peralatan dan kelengkapan turut menjadi fokus keselamatan dalam bengkel. Antara peralatan yang membawa bahaya adalah peralatan tangan manual, peralatan tangan berkuasa elektrik/ motor dan mesin tanpa pelindung.

Proses (processes) - Penggunaan peralatan melibatkan pelbagai proses atau prosedur penggunaannya yang memiliki bahaya tersendiri. Maka pelajar mesti diajar dan belajar melaksanakan sesuatu proses dengan betul untuk menghindari kecederaan. Bahan-bahan (materials) Terdapat banyak bahan-bahan dalam

bengkel apabila tidak diselenggara dengan betul, akan membawa kesan kumulatif yang boleh menyebabkan penyakit berbahaya. Oleh itu, bahanbahan yang digunakan mestilah diselenggara dan disimpan dengan sempurna. Pembuangan sisa bahan pula harus dibuat dengan betul supaya tidak memberi kesan buruk kepada persekitaran. Pengaruh Luar (outside influences) - Sama seperti pihak industri, dalam pendidikan teknologi, keselamatan, turut dipengaruhi oleh polisi- polisi daerah dan kebangsaan. Pengaruh luar merangkumi pengaruh agensiagensi awam, pentadbiran sekolah dan juga masyarakat. Maklum balas (feedback) Kaedah mengajar can aktiviti-aktiviti

pengajaran adalah bahagian penting bagi komponen maklum balas dalam sistem keselamatan ini. Enam komponen,pertama dalam sistem ini

mewujudkan wadah kandungan bagi merancang sistem. komponen maklum balas mengintegrasikan, kandungan ke dalam sistem, pengajaran berasaskan aktiviti yang melibatkan pelajar dalam merancang dan mengekalkan sistem keselamatan.

Di dalam setiap komponen terdapat faktor-faktor yang boleh menjadi punca kepada kemalangan. Dalam program ini, guru dan pelajar bersama-sama harus dapat mengenal ,pasti dan menilai faktor-faktor yang bahaya. Seterusnya mewujudkan sistem maklum balas untuk mengawal sistem keselamatan bengkel.

Persekitaran Faktor manusia Pembuatan Komunikasi Pembinaan pengangkutan Kognitif Afktif Psikomotor

Peralatan dan kelengkapan

Proses

Bahan

Pengaruh luar Pentadbiran Agensi awam Masyarakat Maklum balas

Rajah c

diadaptasi daripada V.William DeLuca & W. James Haynie, iii. Safety System Design for Technology Education, 1989, m.s.3. International Technology Education Association, USA

4. Faedah Amalan Keselamatan

Ingatkah anda kejadian letupan di sebuah kilang mercun, Sungai Buluh? Peristiwa ini adalah antara kemalangan ngeri yang pernah dialami di negara ini. Cuba anda fikirkan apakah kesannya kepada masyarakat dan negara? Apabila berlaku korban nyawa, bermakna ada ahli masyarakat yang kehilangan orang yang tersayarg. Jika berlaku kecederaan teruk yang membawa kepada kecacatan seumur hidup maka ada individu yang telah hilang keupayaan dan kebolehan. Negara pula akan kerugian tenaga manusia berguna, malah perlu menanggung kos menghulurkan bantuan. Lebih merugikan lagi apabila kemalangan industri berlaku kerana negara akan kehilangan satu sumber pendapatan, pekerja hilang pekerjaan, dan kerugian harta benda. Akibatakibat yang dibincangkan ini adalah sebahagian daripada kesan kemalangan yang boleh berlaku dari aspek sosial dan ekonomi. Besar atau kecil, sesuatu kemalangan, membawa kesan dari segi sosial dan ekonomi. Maka, kita harus sentiasa peka kepada kewujudan bahaya dan berusaha mengamalkan keselamatan yang balk, sama ada di tempat kerja, atau bengkel sekolah. Amalan Keselamatan, di tempat kerja atau industri akan memberikan beberapa faedah seperti berikut:

Dapat membendung dan mencegah risiko kemalangan, keracunan dan penyakit pekerjaan yang boleh menyebabkan gangguan pada kesihatan, kecederaan malah kematian. Mengelakkan kerugian akibat kerosakan dan kemusnahan harta benda. Pekerjaan dapat dilakukan dengan tekun, efisien dan produktif. Produk dan perkhidmatan berkualiti dapat dihasilkan. Industri dapat beroperasi secara berterusan tanpa gangguan. Produktiviti boleh ditingkatkan. Keupayaan untuk bersaing meningkat.

Industri yang mewujudkan suasana kerja selamat dan sihat menunjukkan kepada bakal klien mahupun pelabur akan kebolehannya beroperasi dengan cekap.

Amalan keselamatan di bengkel sekolah pula akan memberikan beberapa faedah berikut.

Mengelakkan berlakunya kemalangan yang boleh menyebabkan kecederaan, kecatatan malah kehilangan nyawa. Mengelakkan kehilangan masa produktiviti. Memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Menerapkan dalam diri pelajar kesedaran tentang bahaya dan risiko kemalangan semasa di bengkel. Menghasilkan pelajar sebagai pekerja mahir, bertanggungjawab dan sentiasa mengamalkan keselamatan. Mengurangkan kos yang perlu ditanggung oleh pihak pengurusan sekolah apabila berlaku kemalangan. Mengukuhkan kepercayaan ibu bapa kepada guru sebagai pendidik dan pembimbing kepada anak-anak mereka. Menjaga imej sekolah sebagai sebuah institusi pengajian yang selamat.

Memandangkan bengkel merupakan satu sumber di mana kemalangan mudah berlaku, maka imej bengkel yang selamat akan menjadi satu asset kepada sekolah. Suasana sekolah yang selamat akan menarik ibu bapa untuk menghantar anak-anak belajar di sekolah tersebut.

5. Tangungjawab Guru Bengkel Seandainya seorang pelajar terluka tangannya semasa sedang menggunakan pahat yang tumpul matanya, siapakah yang salah? Pelajar, pahat atau diri anda sendiri? Memang pelajar bersalah kerana menggunakan pahat yang tumpul, tetapi sebagai guru, anda lebih bersalah kerana tidak menyelenggaran pahat dengan baik. Situasi begini jelas menunjukkan bahawa keselamatan bengkel mesti menjadi tanggungjawab guru.

6. Tanggungjawab Guru

Memupuk sikap selamat di kalangan peiajar bukanlah perkara yang mudah. Pelajar tidak sutra dibebelkan untuk menjaga keselamatan-, tetapi pada mesa sama, pelajar perlu diajar mengenai keselamatan. Tanggungjawab guru dalam mengamalkan keselamatan bengkel terbahagi kepada:

Perlaksanaan Objektif Keselamatan

Penilaian Pengajaran Keselamatan Tanggungjawab Guru

Merancang Pengajaran Keselamatan

Perlaksanaan Peraturan Keseiamatan

Penyediaan Arahan Keselamatan

a) Perlaksanaan Objektif Keselamatan

Guru bertanggungjawab di atas keselamatan semua pelajarnya. Oleh itu, guru mestilah melaksanakan objektif keselamatan seperti berikut:

menanam rasa tanggungjawab menjaga keselamatan diri, orang lain dan harta benda dalam diri setiap pelajar. Membantu pelajar rnemahami kaedah yang selamat untuk bertindak

secara berkesan. Membantu pelajar membiasakan diri dengan keadaan yang boleh

membahayakan. Membantu pelajar belajar mengenai amalan keselamatan bagi aktiviti kehidupan harian. menggalakkan pelajar menyertai program keselamatan yang diadakan di sekolah.

b) Merancang Pengajaran Keselamatan

Semasa membuat perancangan, guru harus seder bahawa mengajar keselamatan tidak sama seperti mengajar mata pelajaran akademik. Adakalanya, keselamatan tidak sesuai untuk diajar sebagai satu mata pelajaran tersendiri teta pi D diterapkan dengan mata pelajaran yang sesuai. Untuk memast,kan bahawa konsep dan amalan yang selamat dapat di terapkan derco n bak make guru perlu berusaha membuat persediaan dengan teliti. Antara usaha yang boleh dilakukan adalah:

baca dan faham kandungan arahan keselamatan yang hendak disampaikan kepada pelajar. Pastikan langkah keselamatan am bagi bengkel ditetapkan.

Tetapkan langkah keseamatan yang spesifik untuk setiap mata pelajaran teknik dan vokasional, buat rujukan jika perlu. Merancang arahan dan tunjuk cara supaya cara kerja yang betul digunakan kepada pelajar. Membuat salinan arahan keselamatan supaya boleh digunakan oleh pelajar untuk mengulangkaji. Edarkan salinan arahan keselamatan kepada semua pelajar baru.

c) Penyediaan Arahan Keselamatan

Guru perlu menyediakan arahan keselamatan yang merangkumi:

Langkah-langkah yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kemalangan. Tunjuk cara penggunaan alat perlindungan diri dengan betul. Penyelenggaraan peralatan bengkel, mesin dan lain-lain kelengkapan. Kaedah yang seiamat untuk mengangkat dan memindahkan kelengkapan yang berat. Peraturan keselamatan bengkel yang ditandatangani oleh semua pelajar

menandakan bahawa mereka memahami peraturan- peraturan tersebut; Alat bantu mengajar yang menunjukkan penggunaan mesin atau peralatan yang betul, dan alkibatnya jika arahan penggunaan tidak dipatuhi. Menyediakan pepan buletin, poster atau peti cadangan untuk

kegunaan.pe!ajar. Memberi salinan rancangan keselamatan bengkel kepada pengetua untuk makluman.

d) Perlaksanaan Peraturan Keseiamatan

Kemalangan boleh dielakkan jika peraturan keselamatan dipatuhi. Guru adalah contoh kepada pelajar. Oleh itu, guru bertanggungjawab untuk melaksanakan peraturan keselamatan yang telah dibuat untuk setiap bengkel. Seandainya guru melakukan sesuatu yang membahayakan, pelajar akan menganggap itu sebagai kaedah yang boleh diterima dan ditiru

e) Penilaian Pengajaran Keselamatan

Penilaian pengajaran keselamatan boleh dilaksanakan dalam bentuk bertulis dan juga praktis, meliputi keselamatan umum dan juga keselamatan khusus. Penilaian akan membolehkan: Guru mengetahui keberkesana dirinya menyampaikan maklumat mengenai keselamatan. Pelajar memahami semua aspek keselamatan dan dapat bertindak

membetulkan kesalahan atau kesilapan diri.

Seterusnya, keputusan penilaian dijadikan laporan bertulis bahawa guru telah mengajar keselamatan. Jawapan pelajar disimpan supaya boleh dijadikan bahan bukti jika berlaku kemalangan atau kecederaan.

7. Peraturan Am Keselamatan Terdapat beberapa peraturan keselamatan yang umum dan sesuai digunakan di manamana bengkel. Peraturan ini mesti disampaikan kepada semua pelajar sebelum mereka memulakan kerja-kerja amali di bengkel. Senarai peraturan mestilah generik dan ringkas supaya boieh menjadi asas bagi semua bengkel dan mudah diingat oleh pelajar. Guru perlu memastikan bahawa semua pelajar memahami peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Satu cara yang berkesan adalah meminta pelajar menyalin semula peraturan-peraturan tersebut, kemudian menandatangani salinan tersebut. pelajar diwajibkan, membuat ikrar keselamatan di mana mereka berjanji untuk mengutamakan keselamatan dalam bengkel. Guru mesti menyimpan salinan peraturan tersebut dengan baik, tetapi perlulah member salinan kepada pelajar. Senarai peraturan am keselamatan serta penjelasan ringkasnya adalah seperti berikut. Jangan, bergurau (horseplay) ketika bekerja bergurau memang

menyeronokkan

apabila dilakukan di tempat yang sesuai, tetapi bukan di

bengkel. Gurauan secara kasar kerap kali rnelibatkan perbuatan berlari dan mungkin juga melontar sesuatu kepada rakan. Perbuatan ini akan membawa bahaya. Jangan berlari dalam bengkel atau makmal yang penuh dengan meja kerja dan juga kerusi, di samping peralatan mudah pecah (fragile) dan berbahaya, peralatan tangan serta mesin-mesin. Pelajar yang berlari dalam bengkel mungkin terjatuh atau melanggar rakannya, dan boleh mengalami kecederaan yang disebabkan oleh peralatan tajam, tertolak tangan ke dalam mesin ataupun mengalami pelbagai jenis kecederaan lain. Penilaian boleh dibuat secara amali dan lisan. Jangan guna mesin/peralatan sebelum diajar cara penggunaannya setiap mesin atau peralatan berbeza bergantung kepada penggunaanya. Dengan itu, pelajar tidak boleh dibenarkan -menggunakan sebarang peralatan atau mesin sehingga guru telah menunjukkan cara penggunaan yang betul. Malah guru boieh menilai kefahaman pelajar mengenai arahan keselamatan mesin atau peralatan baru atau belum pernah digunakan.

Bersihkan tumpahan (spills) dan serpihan (scraps) dengan segera - di dalam bengkel atau makmal, adakalanya bahan kimia tertumpah dan serpihan bahan yang berselerak di atas lantai. Jika timbunan serpihan terlalu banyak atau tumpahan berlaku di kawasan yang sibuk akan membahayakan. Pelajar mesti diarahkan supaya membersihkan kawasan tempat kerja. Meminta kebenaran sebelum menggunakan peralatan atau mesin terdapat mesin atau peralatan dalam bengkel yang tidak boleh digunakan oleh pelajar tanpa pengetahuan dan pemantauan guru.pelajar mesti memohon kebenaran sebelum menggunakan mesin atau peralatan berisiko tinggi ( high risk ). Jangan membawa barangan melebihi daripada kemampuan diri pastikan pelajar tidak mengangkat barangan terlalu berat sehingga menyebabkan kecederaan belakang atau otot. Jangan . biarkan pelajar membawa terlalu banyak barangan serentak sehingga ada yang mungkin terjatuh dan menyebabkan kecederaan. Jangan bercakap semasa sedang mengendalikan mesin seperti pahat yang berkepala cendawan. Begitu juga dengan peralatan yang

mempunyai bahagian-bahagian yang longgar, atau hulu yang patah. Jika digunakan, ia boleh menyebabkan kecederaan. Kerosakan peralatan dalam bengkel mesti dilaporkan kepada guru supaya guru boleh menajamkan atau membaiki peralatan tersebut. Patuhi penggunaan alat pelindungan diri - pastikan pelajar menggunakan alat pelindungan diri yang sesuai dan telah disediakan seperti gogal, sarung ,tangan. mask dan penutup telinga. Gunakan commonsense - kewujudan bahaya dalam setiap bengkel tidak dapat dielakkan. Keadaan yang selamat boleh terhasil jika satiap, individu

mempraktikkan commonsense atau akal waras semasa melakukan amali. Pelajar mesti minta bantuan guru jika tidak yakin dengan apa sahaja yang dilakukan. Setiap individu mesti bersikap serius terhadap keselamatan.

Pastikan alat keselamatan yang lengkap dipakai semasa menjalankan amali

Menampal Poster- Poster Yang Berkaitan Penjagaan Keselamatan Di Dalam Bengkel

Memperkenalkan Alatan Keselamatan Kepada Pelajar

Senarai peraturan am ini boleh dijadikan sebagai panduan bagi guru untuk memulakan kelas amali. Walau bagaimanapun, guru boleh menambah peraturan am yang lebih spesifik untuk bengkel sendiri.

Anda mungkin juga menyukai