Anda di halaman 1dari 26

Peranan dan Tanggungjawab Pengawas & Ketua Kelas

tonny2228@yahoo.com

Hierarki Masyarakat Sekolah


Pengetua / Guru Besar
Guru Penolong Kanan
Guru
Pengawas Ketua Kelas
Pelajar

Konsep Pimpin dan Memimpin


Pimpin?
Bimbing Pandu Tunjuk memegang tangan untuk menunjukkan jalan

Memimpin?

melatih seseorang mengepalai atau mengetuai sesuatu


badan, organisasi atau pergerakan

Semua tugas besar menjadi lebih mudah kalau dipecah-pecahkan , menjadi bahagian yang kecil.

Beban yang lebih banyak dapat dibawa jika diikat dengan kuat berbanding dibiarkan berserakan.

Pemimpin
Memahami prinsip kepimpinan yang baik
dan mempunyai ketokohan untuk memimpin

Pandai mempergunakan orang yang


dipimpin untuk bekerjasama dengan bersungguh-sungguh supaya terlaksana sesuatu pekerjaan

Ciri Asas
Kemahuan untuk memimpin
sebagai penjaga/ ketua
sebagai pemandu arah sebagai pembuat keputusan sebagai petindak sebagai pembawa perubahan

sebagai tenaga perancang

Kejelasan matlamat
peranan/ tugas
tumpuan organisasi strategi untuk mencapai matlamat aktiviti/ program organisasi

Ciri Seorang Pemimpin


Tegas dan konsisten
apabila keputusan telah diambil, laksanakan dengan
tegas, bersungguh-sungguh, serius dan bukan sekadar sambil lewa atau dengan ragu-ragu.

Ikhlas dan sabar


melaksanakan tugas kerana amanah. Dugaan akan
membuatkan kita lebih cekal dalam mencapai matlamat.

Mengambil berat akan seluruh organisasi


sifat ini akan menawan kepercayaan dan arahan akan
dipatuhi dengan rela hati, hormat dan ikhlas.

Ciri Seorang Pemimpin


Cergas dan cerdas
cekap bertindak dan berfikiran tajam dalam membuat
tindakan atau keputusan. Tindak-tanduk sentiasa diperhatikan sebagai kayu ukur.

Mempunyai budi bicara/ pertimbangan


pada saat genting, tidak melulu atau mengutamakan
emosi sahaja.

Kebolehan merancang
semua kegiatan dirancang dengan teliti, difahami
dengan mendalam dan dilaksanakan.

Peranan Seorang Pemimpin


Tanggungjawab terhadap diri sendiri

berdisiplin dan bersahsiah mulia maju dalam ilmu/ akademik dan kokurikulum berhemah tinggi prihatin mesra berkeyakinan tidak mementingkan diri sendiri positif, dll.

Peranan Seorang Pemimpin


Tanggungjawab terhadap sekolah

melaksanakan peraturan dan undang-undang sekolah menjaga nama baik sekolah memelihara iklim sekolah yang baik bangga akan sekolah

Peranan Seorang Pemimpin


Tanggungjawab terhadap guru
memberi maklumat dan maklum balas bersama-sama membanteras masalah menghormati mereka seperti ibu bapa

Peranan Seorang Pemimpin


Tanggungjawab terhadap pelajar lain

mengambil berat akan masalah pelajar lain menjaga keselamatan dan keselesaan pelajar berinteraksi dan menghormati mereka menunjukkan teladan/ menjadi `role model

Interaksi dalam Kumpulan


Tinggi dalam Kuasa Menasihat Menyelaras Menganalisis Memulakan Memimpin Mengarah Mengkritik Tidak peduli Menimbangkan Menentang

Rendah dalam Kuasa


Bersetuju Membantu Mengikut Sependapat Merelakan Mengizinkan Mengelak Menyerah Berundur Menarik diri

Tinggi dalam Kemesraan

Rendah dalam Kemesraan

Gaya Kepimpinan
Autoritarian
-berpusat kepada ketua yang percaya bahawa jika ahli kumpulan tidak dipimpin dengan cergas mereka akan terbiar dan kurang daya untuk bergerak sendiri.
-ahli lazimnya akan bergantung kepada ketua dan sesetengahnya akan berada dalam keadaan tidak berpuas hati serta tidak berkeyakinan.

Gaya Kepimpinan
Demokratik
-menghormati bakat dan keupayaan ahli. -ketua percaya ahli mempunyai kebolehan mereka sendiri dan dapat menggunakannya jika diberi peluang. -menggerakkan dinamik kumpulan dan bekerjasama dengan ahli untuk menentukan pencapaian arah dan hasil yang diingini.

Gaya Kepimpinan
Laissez-faire
-ketua tidak memainkan peranan langsung kerana berpandangan ahli kumpulan bertanggungjawab membuat keputusan, menentukan arah dan memastikan tugas tercapai. -biasanya kumpulan menjadi terumbangambing dan tiada sesiapa yang mahu bertanggungjawab.

Pengurusan dan Organisasi Kelas


-Organisasi kelas terdiri daripada Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas, Bendahari dan AJK (cth.: Kebersihan, Disiplin, Mata Pelajaran, Pertandingan) -Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas: - Jadual waktu - Jadual tugas (rooster) - Perabot kelas seperti kerusi, meja pelajar dan guru serta papan putih - Alatan pembersihan seperti penyapu, bakul sampah dan pengaut sampah - dll (cth.: moto kelas, mutiara kata, hiasan, dsb.)

Pengurusan dan Organisasi Kelas


-Menentukan kawat elektrik, kipas dan lampu dalam keadaan baik dan selamat digunakan. -Melaporkan perihal perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru kelas. -Membimbing organisasi kelas menjalankan tugas. -Memastikan butiran harian ditulis di sudut atas kanan papan tulis pada setiap hari persekolahan. -Mengadakan tabung kelas dengan jumlahnya dikutip secara berkala untuk tujuan yang berikut: -Keceriaan kelas -Kebajikan pelajar -Pengurusan akademik

Matlamat Kita Sama


Pilih sebarang nombor tiga angka yang
kedudukannya kecil di hadapan besar di belakang. (cth.: 2 4 6)

Terbalikkan kedudukannya. (cth.: 6 4 2)

Tolak nombor asal. (642 246) Hasilnya (396) diterbalikkan (693) dan
campurkan kedua-duanya. JUMLAHNYA?

Cara berbeza tetapi MATLAMAT KITA SAMA.

Rumusan
Berkeperibadian mulia
dan terpuji

Berusaha tingkatkan
kualiti organisasi

Bersabar dan tenang


hadapi dugaan

Berfikiran terbuka &


sedia terima teguran

Pengalaman tingkatkan
pengetahuan

Berusaha tingkatkan
prestasi akademik

Memelihara hubungan
baik

Amanah, minat dan


berdedikasi

Untuk Renungan
Orang mukmin yang kuat lebih baik daripada orang mukmin yang lemah. Oleh itu berpegang teguhlah pada tiap-tiap kebajikan yang akan memberi manfaat dan mohonlah pertolongan kepada Allah.
-Hadith Riwayat Muslim

Teman manusia yang paling abadi ialah akal dan musuh yang paling durjana ialah kejahilan.
-Saidina Ali K.W.

People who fight fire with fire usually end up with ashes.
-Abigail Van Buren

RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG

RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG

Sekian.

Anda mungkin juga menyukai