Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA CADANGAN

IQ CLASS MANAGEMENT
Penganjur Terbaik Kem Latihan Dan Motivasi Yang Holistik Lot 418 Jalan Raja Musa, Kg Bukit Belimbing, 45000, Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan No Tel/Faks: 03-3289 1080 No Tel Bimbit: 012-689 1738 http://iqclassmanagement.blogspot.com iqclassmanagement@yahoo.com

BENGKEL PECUTAN AKHIR PEPERIKSAAN

Disediakan oleh:

Facilitating and Development Team of Trainers IQ Class Management

Bengkel Pecutan Akhir Peperiksaan

PENGENALAN BENGKEL|

Adalah sudah menjadi rutin tahunan bagi pelajar-pelajar peperiksaan utama di sekolah-sekolah seluruh Malaysia adalah untuk membuat persiapan akhir sebelum mereka menghadapi peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM. Ia merupakan agenda yang telah disusun oleh pihak sekolah bagi membantu pelajar-pelajar mengekalkan potensi kejayaan di dalam peperiksaan mereka dan mmembantu untuk meningkatkan pencapaian sehingga ke saat akhir peperiksaan. Usaha murni pendidik di sekolah ini kadangkala mememerlukan sedikit suntikan dari tenaga luar agar pelajar mendapat sedikit maklumat yang lebih luas serta keluar dari kebiasaan yang mereka terima di sekolah. Ia bukanlah bermakna, kita menolak peranan guru-guru di sekolah, tetapi ia lebih kepada alternatif dan bantuan untuk menambah lebih baik usaha-usaha yang pastinya telah didahului oleh guru-guru di sekolah.

Bengkel Pecutan Akhir Peperiksaan merupakan sebuah maodul yang dibangunkan oleh IQ Class Management untuk membantu meringankan usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah. Elemen yang diterapkan lebih kepada persiapan mental, emosi dan kerohanian. Ia merupakan rangkuman sesi ceramah yang menggunakan pendekatan interaktif agar peserta melaluinya dengan gembira, bermaklumat serta meninggalkan kesan di dalam hati dan pemikiran mereka.

MATLAMAT BENGKEL|

Meningkatkan keyakinan diri peserta untuk menghadapi peperiksaan serta mempersiapkan peserta untuk menghadapi peperiksaan dengan positif dan berkesan.

OBJEKTIF BENGKEL| Selepas tamat bengkel ini peserta akan dapat;

BUTIRAN BENGKEL| Untuk perlaksaanaan bengkel ini;


1. 2. 3. 4. 5.

1. Menangani tekanan peperiksaan dengan berkesan; 2. Merencana persiapan sebelum menghadapi peperiksaan dalam tempoh masa yang semakin singkat serta; 3. Membuat persiapan mental, emosi dan rohani bagi menghadapi hari peperiksaan nanti. Tempat pelaksanaan bengkel adalah tertakluk kepada persetujuan pihak penganjur; Tarikh pelaksanaan bengkel juga adalah tertakluk kepada persetujuan pihak penganjur; Jangka masa pelaksanaan bengkel adalah bermula jam 8.00 pagi sehingga 1.00 petang; Bentuk aktiviti dalam bengkel adalah ceramah interaktif dan aktiviti bermodul; Sasaran penyertaan kem adalah dari kalangan pelajar tahun 6, tingkatan 3, 5 dan 6.

Bengkel Pecutan Akhir Peperiksaan

KOS PELAKSANAAN BENGKEL| Sila hubungi pegawai perhubungan dan pemasaran kami,
Encik Johari Hamzah ditalian 019-316 1738 atau emelkan kepada iqclassmanagement@yahoo.com untuk mendapat maklumat lanjut atau sebutharga bengkel.

BUTIRAN PELAKSANAAN BENGKEL|

Butiran bengkel yang akan berlangsung adalah seperti berikut; 1. Jadual bengkel sila rujuk lampiran A di muka surat 3. 2. Isi kandungan bengkel sila rujuk lampiran B di muka surat 4. 3. Ketua pembimbing bengkel sila rujuk lampiran C di muka surat 5.

PENUTUP|

Kesungguhan dan peranan kita bersama ialah untuk memastikan keberjayaan dan kecemerlangan peserta yang menyertai kem ini secara khususnya dan keseluruhan peserta secara amnya. Apa yang diharapkan daripada Bengkel Pecutan Akhir Peperiksaan, akan dapat memberikan pengukuhan dan menambahkan keyakinan peserta untuk menghadapi peperiksaan disamping menjadi anak dan ahli masyarakat yang dapat dibanggakan. Semoga dengan berjayanya bengkel ini, juga akan mendedahkan kepada masyarakat tentang kepentingan remaja dalam pembinaan masyarakat yang cemerlang.

Bengkel Pecutan Akhir Peperiksaan

LAMPIRAN A| Jadual Bengkel Pecutan Akhir Peperiksaan


Masa 7.30 pagi 8.00 pagi 8.10 pagi 9.10 pagi 10.40 pagi 11.00 pagi 12.30 tengahari 1.00 petang Aktiviti Peserta hadir dan mendaftar

Ucapan aluan dan penyerahan bengkel kepada IQ Class Management Sesi 1: Menangani Tekanan Peperiksaan Sesi 2: SCORE A Peperiksaan Rehat dan *minum pagi Sesi 3: Pecutan Akhir Bersurai

Resolusi dan *Majlis Perasmian Penutup

*Disediakan oleh pihak penganjur.

Peralatan pelajar yang perlu di bawa: 1. Alat tulis 2. Buku nota

Bengkel Pecutan Akhir Peperiksaan

LAMPIRAN B| Isi Kandungan Bengkel Pecutan Akhir Peperiksaan


1. Sesi 1: Menangani Tekanan Peperiksaan 1.1. Pendekatan: Sesi ceramah dan aktiviti bermodul 1.2. Jangkamasa: 60 minit 1.3. Perbincangan di dalam sesi ini: 1.3.1. Peserta akan didedahkan tentang apa itu tekanan? 1.3.2. Adakah tekanan ini baik atau buruk? 1.3.3. Apakah kesan-kesan tekanan? 1.3.4. Bagaimana untuk mengatasi tekanan?

2. Sesi 2: SCORE A Peperiksaan 2.1. Pendekatan: Sesi ceramah dan aktiviti bermodul 2.2. Jangkamasa: 90 minit 2.3. Perbincangan di dalam sesi ini: 2.3.1. Peserta akan dibimbing untuk membuat persiapan menjelang peperiksaan; 2.3.2. Membina keyakinan diri; 2.3.3. Membuangkan perasaan takut atau gemuruh ketika peperiksaan serta; 2.3.4. Tips-tips amalan menjelang hari-hari sebelum, semasa dan selepas peperiksaan. 3. Sesi 3: Pecutan Akhir 3.1. Pendekatan: Sesi ceramah dan aktiviti bermodul 3.2. Jangkamasa: 90 minit 3.3. Perbincangan di dalam sesi ini: 3.3.1. Peserta akan dingatkan tentang tempoh masa yang tinggal sebelum peperiksaan; 3.3.2. Perkara yang perlu dilakukan semasa peperiksaan; 3.3.3. Cara ulangkaji sebelum hari peperiksaan serta; 3.3.4. Perkara yang boleh dan patut dielakkan semasa hari peperiksaan.

Bengkel Pecutan Akhir Peperiksaan

LAMPIRAN C| Ketua Pembimbing Bengkel Pecutan Akhir Peperiksaan


Ketua Pembimbing - Encik Kamarul Azami bin Mohd Zaini Merupakan Perunding Utama Latihan Dan Motivasi IQ Class Management. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Air Panas dan bersekolah menengah di Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur (SMAKL). Graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Pentadbiran Perniagaan. Beliau juga memiliki Sijil Asas Kaunseling Tahap 1 dari KUISCell. Telah berkecimpung dalam dunia fasilitator dan latihan semenjak tahun 1999 bermula dari Pusat Matrikulasi UIAM Petaling Jaya. Sehingga kini beliau aktif memberikan latihan dan bimbingan kepada pelajar-pelajar di sekolah rendah dan menengah dalam perkara berkaitan kemahiran kendiri, motivasi dan kepimpinan. Beliau juga aktif melatih dan membimbing pelajar-pelajar IPT dari segi kepimpinan dan kemahiran fasilitator seperti di UIAM, UNISEL, Kolej Hafiz Klang dan UNIKL. Beliau juga arif dalam hal berkenaan pembinaan karakter, keibubapaan, motivasi pekerja, motivasi guru serta kepimpinan Islam. Bergiat aktif Yayasan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (YATIM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan sehingga kini beliau banyak memegang jawatan serta diberikan amanah menjadi pimpinan, rujukan serta perunding dalam halhal berkaitan pengorganisasian motivasi dan kekeluargaan.

Beliau juga menjadi tamu dalam siri kejurulatihan dan fasilitator kelab PPMU dan GPTD di UNISEL, FaciTEAM UIAM Kuantan, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS). Pernah terlibat dan mengikuti latihan kejurulatihan Kem Jati diri Kesukarelaan Nasional di bawah kelolaan Kementerian Belia Dan Sukan dan juga merupakan jurulatih untuk 2 modul di bawah kelolaan LPPKN iaitu Parenting@Work bersama MAPIM, serta Modul SEKATA (pencegahan jenayah dan kekeluargaan) bersama ABIM. Beliau telah berkahwin namun masih belum memiliki cahaya mata. Pengalaman rapatnya bersama ibu dan ayahnya serta pendedahan luas dalam aktiviti kemasyarakatan dan isu gejala sosial, menjadikan beliau berpengetahuan luas mengenainya. Encik Kamarul Azami berperwatakan sederhana, pendiam namun kadangkala suka berjenaka. Beliau juga seorang yang suka meneliti dan merencana. Keutamaan tugas beliau di dalam IQ Class Management adalah sebagai penasihat Facilitating and Development Team, sebuah unit latihan dan pembangunan tenaga fasilitator di bawah IQ Class Management yang lebih dikenali sebagai FaDlaT dan juga pemilik syarikat IQ Class Management. Beliau memberikan fokus dalam latihan kepimpinan, pembinaan karakter, pembinaan dan pemurnian kekeluargaan, kemahiran insaniah, pembangunan diri, motivasi diri, motivasi dan pembinaan organisasi serta dakwah Islam. Bagi melaksana kem ini, beliau akan dibantu oleh perunding-perunding latihan IQ Class Management dan Facilitating and Development Team (FaDlaT).

Anda mungkin juga menyukai