Anda di halaman 1dari 21

PIM 3114- PENGAJIAN FIQH Page 1

INSURAN DAN TAKAFUL


1. Pendahuluan
Manusia sentiasa terdedah kepada berbagai bencana, seperti bala bencana, kerosakan
dan kerugian harta benda akibat bencana alam seperti banjir dan taufan ataupun
kerugian diri seperti kematian dan hilang upaya. Walaupun kita sebagai manusia yang
dikurniakan akal yang tajam, namun jarang sekali bahkan adalah tidak mungkin
manusia dapat meramal dengan tepat waktu dan saat akan ditimpa bancana atau
mampu menghalang bencana ini daripada berlaku. Namun, manusia mampu dan boleh
membuat jangkaan dan persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan
berlakunya bencana, mala petaka, kesakitan yang mungkin menimpa manusia. Bagi
masyarakat yang beragama Islam , setiap musibah yang menimpa mereka haruslah di
hdapi dan diterima dengan kesabaran, hati yang lapang serta reda dengan kententuan
yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmat di
sebaliknya. Oleh itu, umat Islam hendaklah sentiasa bersedia menghadapi sebarang
kemungkinan dengan penuh keimanan dalam kesukaran.
Walaupun sedemkian lemah manusia tidak mampu menolak , apa lagi meramal
musibah yang bakal dihadapi, tetapi manusia masih mampu berfikir dengan akal dan
kudrat kuruniaan Allah SWT untuk membuat persediaan dan perancangan bagi
meringankan beban yang terpaksa dipikul oleh mereka atau ahli keluarga mereka jika
musibah melanda. Sehubungan itulah maka perkhidmatan insurans adalah jelas
berfungsi sebagai pelindung kepada manusia yang ditimpa kemalangan jiwa, kerosakan
harta benda atau sebarang musibah lain yang dengan berkongsi kerugian dalam
kalangan sekumpulan manusia lain yang senasib mengalami kerugian ditimpa
musibah. Maka kerugian itu, mereka akan dibayar ganti rugi dan pampasan melalui
sumbangan yang dibuat oleh kesemua ahli kumpulan berkenaan. Di Malaysia terdapat
dua sistem insurans yang beroperasi pada hari ini iaitu sistem insurans konvensional
dan sistem insurans Islam atau Takaful. Kedua-duanya mempunyai persamaan dan
perbezaan yang tersendiri.

PIM 3114- PENGAJIAN FIQH Page 2

2. Latar belakang Insurans
Sebagaimana yang telah diketahui peranan dan aktiviti insurans ini bukanlah suatu
perkara yang baru dalam kehidupan manusia. Secara prinsipnya, ia telah wujud sejak
zaman Babylon lagi, bagi menlindungi harta benda persendirian, hartanah,
perdagangan dan hal ehwal keluarga (Jaafar Muahammad ,1995:vi). Bahkan para
pedagang Cina telah mempraktikkan konsep perlindungan insuran yang berasaskan
kepada prinsip tolong-menolong dan tanggung- menanggung sesama mereka
sekiranya berlaku apa-apa kemusnahan ke atas barangan dagangan mereka semenjak
tahun 3000 S.M lagi. Mereka telah mengagihkan barang-barang dagangan kepada
beberapa buah anak kapal untuk mengurangkan risiko kerugiaan jika berlaku sesuatu
musibah.
Pada zaman Arab jahiliyah sebelum kedatangan Rasullullah SAW pedagang
Arab juga telah mengamalkan dan mempraktikan konsep perlindungan insuran
tersebut. Jika ditakdirkan mana mana di antara mereka ditimpa musibah kerana
mereka sering terdedah kepada pelbagai musibah seperti rompakan kecurian dan
sebagainya mereka akan dibayar ganti rugi atau pampasan.
Di Malaysia perkhidmatan insuran mula dikesan pada tempoh penjajahan antara
abad 18 dan 19 apabila syarikat perdagangann British atau rumah-rumah agensi yang
ditubuhkan di dalam negara ini bertindak sebagai agensi bagi syarikat insuran British.
3. Definisi Insuran
Maksud insuran boleh difahami dari tiga sudut yang besar, iaitu dari aspek pengertian
berdasarkan bahasa, jenis penggunaan kalimah dan dari sudut undang-undang. Dari
sudut bahasa, Insurans bererti jaminan ganti rugi (Kamus Dwi Bahasa 1997:642), ia
juga beerti tanggungan yang dibuat oleh sesebuah syarikat untuk mengganti kerugian
dan bayaran premium tertentu daripada peserta insurans (Kamus Dewan bahasa Edisi
3, 2000:456). Terdapat juga satu istilah yang lain yang digunakan dalam institusi
insuran ialah assurans. Ia biasa digunakan pada nama-nama syarikat insurans seperti
Malaysian Assurans Aliance Berhad, Mayban Assurans Berhad dan lain-lain syarikat
insurans yang berfdaftar di bawah akta insurans 1963.
PIM 3114- PENGAJIAN FIQH Page 3

Insuran atau insurance dalam bahasa inggeris dari segi bahasa bererti jaminan.
Menurut Wet Book Ban , Cock Hendle en Failissments Weror Dening, insuran adalah
satu perjanjian di mana seorang penanggung mengingatkan diri kepada seorang
tertanggung dengan menerima suatu premis untuk memberikan penggantian
kepadanya kerana suatu kerugian, kerosakan atau kehilangan keuntungan yang
diharapkan yang dihadapinya kerana menghadapi suatu yang tidak dijangka.
Dari segi istilah, insurans merupakan satu sistem yang bercorak koperatif yang
berlandaskan satu perjanjiaan antara satu kumpulan manusia yang sama-sama
bersetuju mengikut sistem ini, supaya memikul apa juga beban bencana yang menimpa
salah seorang daripada mereka dan berkongsi menyumbangkan wang bagi menagatasi
bencana ataupun pampasan kerana ditimpa oleh sesuatu bencana (Al Jammal
1986:345, Abd Latif Mahmud 1994:29)
Manakala dari segi undang-undang , Insurans bermaksud satu rancangan
kewangan yang mengagihkan kos kerugian luar jangkaan di antara ahli-ahli sesuatu
kumpulan . Ia melibatkan perjanjian berkontrak di antara syarikat insurans (insurer) dan
mengambil insurans (insured). Pihak syarikat berjanji untuk membayar ganti rugi
kepada pengambil insurans, jika dia mengalami kerugian akibat kerosakan atau
kemusnahan harta benda yang di insurankan, atau membayar ganti rugi kepada waris
pengambil insurans jika dia meninggal dunia. Manakala pengambil insurans pula
bersetuju untuk membayar premium dan mematuhi syarat-syarat yang dinyatakan
dalam kontrak (Jaafar Muhammad,1995:2)
4. Definisi Takaful
Takaful adalah bahasa Arab yang berasal dari perkataan KA FA LA yang bermaksud
saling jamin-menjamin, bermaksud bahawa setiap peserta takaful saling menanggung
dan menjamin perserta yang lain dari pengumpulan dana yang diambil dari setiap
peserta takaful yang dinamakan tabarru , yang akan dikumpulkan oleh takaful dan
diberikan kepada peserta yang ditimpa musibah atau bencana. Dalam Takafful ada satu
akaun yang dinamakan akaun khas peserta yang bertindak sebagai dana takaful bagi
membantu mangsa-mangsa yang ditimpa musibah atau dikenali sebagai Khairat
PIM 3114- PENGAJIAN FIQH Page 4

kematian oleh orang kampung. Setiap peserta takaful mendermakan atau
mensedekahkan seahagian dari wang yang dimasukkan ke dalam tabung khas peserta
dengan peratusan tertentu.
5. Dalil dan penyariatan.
i. Dalil Quran dan Sunnah
Di dalam Al-Quran, terdapat banyak ayat yang menyatakan bahawa kita harus
menolong orang lain yang sedang dalam kesusahan.
Firman Allah SWT
W -O+^4E>4 O>4N
)O^- O4O^+--4
yang bermaksud : Dan tolong-menolonglah kamu di dalam membuat kebaikan dan
takwa, dan jangan sesekali bertolong bantu dalam perkara dosa dan maksiat
( Surah al Maidah ayat 2 )
Demikian juga di antara hadis yang diriwayatkan dalam Sunan at Tarmizi oleh Anas Bin
Malik yang bermaksud:
Seorang Badwi bertanya kepada Rasulullah SAW adakah hendak diikat unta
tersebut atau tidak mengikatnya dan hanya bertawakkal kepada Allah
Jelaslah bahawa kita harus melakukan yang terbaik untuk mengelakkan bencana dan
barulah setelah itu kita bertawakkal kepada Allah.
ii. Ijma Ulamak
Ulama sepakat menyatakan amalan takaful adalah dibolehkan selagi ia tidak
bercanggah dengan syariat Islam.


PIM 3114- PENGAJIAN FIQH Page 5

iii. Kaedah Usul Feqh
a. Al-Masalih al-Mursalah :
Takaful adalah dilaksanakan untuk menjaga atau melaksanakan maslahah
ummah. Ia adalah sistem perlindungan terhadap kerugian dan pelaburan jangka
masa panjang.
b. Al-uruf
Pelaksanaan sistem insurans secara Islam telah dilakukan oleh orang Arab
yang dinamakan al-aqilah dan ia diakui oleh Rasulullah SAW
Akta Takaful 1984, peruntukan undang-undang yang digubal untuk mengawal operasi
syarikat takaful agar selari dengan hukum syara
6. Hikmah pensyariatan :
Sistem Takaful atau insuran Islam adalah sebagai perlindungan sekiranya musibah
berlaku ke atas diri dan keluarga. Di samping itu ia juga merupakan satu bentuk
simpanan dan pelaburan jangka panjang serta menolong mereka yang dalam
kesusahan sekali gus mengeratkan ukhuwah sesama umat Islam. Konsep ini juga
bersesuaian dengan konsep tawakal, di mana setiap manusia perlu berusaha dalam
setiap pekerjaannya. Di Malaysia, pelaburan dan insuran hayat oleh syarikat insuran
dikawal selia oleh bank negara Malaysia dan di bawah akta insuran 1996. Akta tersebut
telah menyediakan peraturan peraturan yang perlu dipatuhi oleh syarikat insuran.
7. Jenis jenis insuran
Perlindungan isnuran yang disediakan oleh syarikat insuran di Negara ini terdiri
daripada 2 jenis perniagaan.
i. Perniagaan insuran nyawa

Insuran ini bertujuan bagi menghadapi musibah yang boleh membawa
kepada kematian atau kecederaan tubuh sepeti disebabkan diserang
penyakit atau di timpa penyakit.
PIM 3114- PENGAJIAN FIQH Page 6

ii. Perniagaan insuran am
Insuran ini bagi menghadapi musibah yang boleh membawa kepada
kehilangan atau kemusnahan harta benda, seperti berlakunya kebakaran
banjir dan sebagainya.

8. Unsur Akad insuran
i. Peristiwa
Maksud peristiwa ialah dalam akad insuran ialah kejadian atau peristiwa yang
sifatnya masih lagi sebagai kemungkinan samada terjadi atau tidak

ii. Primium
Primium adalah jumlah wang dbayar oleh pemegang polisi kepada syarikat
insuran. Syarikat insuran akan menentukan jumlah wang premium
berdasarkan wang pampasan yang disepakati dan jenis insuran yang diambil.
Wang primium dibayar setiap bulan atau tahun.

iii. Wang pampasan am
Wang pampasan ialah wang yang dibayar oleh syarikat oleh pemegang polisi
sekiranya berlakunya kemalangan atau bencana iaitu berdasarkan polisi yang
diambil.
9. Pendapat Ulama
Secara ringkas terdapat 4 pendapat ulama dalam memberi hukum ke atas perniagaan
insuran konvnensional , iaitu samada haram, harus, haram dengan sebab dan syubhat,
sebagaimana perbahasan ulama berikut ;
i. Haram
dengan sebab membolehkan insuran yang bersifat sosial dan mengharamkan
insuran berbentuk komersial

ii. Syubhat
Menganggap insuran adalah syubha
PIM 3114- PENGAJIAN FIQH Page 7

10. Perbahasan ulama

i. Sayyid Sabiq, Yusuf Al Qardawi mengharamkan segala bentuk insuran
dengan alasan insuran hakikatnya mengandungi unsur judi,di samping
mengandungi unsur yang tidak jelas, terdapat unsur riba, ekaploitasi kerana
pemegang polisi jika tidak mahu meneruskan carumannya tau
memabatalkan kontraknya, wang carumanya tidak akan dipulangkan,
insuran akadnya termasuk dalam akad sharfi iaitu jual beli atau tukar
menukar mata wang dengan tidak secara tunai. Mereka juga berpendapat
bahawa hidup dan mati tidak boleh dijadikan objek pernigaan mendahului
takdir ilahi.
Dalam Islam jual beli mempunyai rukun tertentu dan sekiranya salah satu
rukun tidak wujud maka akad jual beli itu tidak sah dan mengandungi sifat
ghara ( tidak jelas) dan dilarang oleh Rasullullah SAW ;
Rasullullah SAW melarang secara membaling batu ( al Hasah )
dan jual beli barang yang tidak pasti ( al Gharar)
iii. Yusuf Qardawi berpendapat insuran masih dapat diterima sekitanya dapat
disesuaikan dengan perinsip syariat Islam. Insuran masa kini bertentangan
dengan syariat Islam dan tidak menggolongkan insuran dalam yayasan
bantuan dana kerana faktor berikut :
a) Pencarum tidak mencarum wang mereka dengan niat tabarru.
b) Badan insurans menjalankan aktiviti syarikat dan terliat dengan riba
c) Syarikat insuran terlibat dengan jual beli yang berunsur riba dan
apabila tamat tempoh yang telah ditetapkan, pencarum mengambil wang
mereka semula dan wang tambahan adalah riba, bahkan Jika pencarum
membatalkan sebelum tamat tempoh kontrak dia akan mengalami
kerugian
PIM 3114- PENGAJIAN FIQH Page 8

iv. Bagi kumpulan yang mengharuskan insuran, mereka berhujah dengan dalil-
dalil qias (perbandngan hukum ) Secara umumnya mereka menggunakan
dalil qias dalam hujah mereka dengan mengqiaskan kepada beberapa
sistem yang zahirnya kelihatan seperti sistem isnsuran yang diterima oleh
sistem Islam, mereka mengqiaskan seperti berikut ;

a. Aqdalal hirasah ( kontrak pegawai keselamatan)
Jaminan keamanan laluan ( Dhoman Khatar At Tariq) suatu akad yang
diterima dalam mazhab Hanafi
b. Maslahah ( kepentingan umum)

Keperluan umat Islam kepada sistem takaful merupakan keperluan
memelihara maslahah umat Islam dalam kehidupan mereka. Kehidupan
umat Islam semakin kompleks dalam menguruskan hal ehwal seharian
mereka sehingga terdedah kepada risiko dan kehilangan harta benda
sewajarnya mendapat perlindungan oleh pemerintah bagi memastian
kelangsungan hidup yang sejahtera dapat dieruskan.

c. Sistem pencen atau persaraan ( Nizom at taaqud)
Satu jaminan perlindungan diperlukan bagi memastikan umat Islam yang
telah member khidmat diberi imbuhan dan oenghargaan setimpal selepas
mereka bersara dari perkhidmatan yang diberikan.

d. Dharurat atau kerana hajat mendesat ( Hajiat)

Keperluan umat Islam kepada pengamalan sistem takaful adalah suatu
keperluan di peringkat hajiat. Dalam ertikata suatau keperluan sekiranya
tidak dipenuhi maka umat Islam akan jatuh ke dalam jurang
kemudharatan yang lebih besar. Kesejahteraan hidup dan pelindungan
diri adalah suatu kefardhuan dalam diri setiap individu muslim. Oleh itu,
PIM 3114- PENGAJIAN FIQH Page 9

setiap perkara yang membawa kepada terlaksananya kefardhuan itu juga
adalah bersifat fardhu atau wajib berasaskan kaedah tidak akan
sempurna sesuatu kewajiban itu melainkan perkara yang membawa
kepada wajib itu itu juga bersifat wajib

11. Hujah
Kumpulan yang mengatakan keharusan insuran berhujah dengan hujah darurat
atau keperluan mendesak dan sekiranya tidak dipenuhi maka akan berlaku
kerosakan dan kesukaran. Oleh itu adalah harus melakukan mudarat untuk
menghilangkan mudarat yang lebih besar dengan kaedah ( darurat
mengharuskan keburukan) dengan alasan sebagai rukhsah atau keringanan
agar terlepas dari mudarat yang lebih besar. Oleh itu insuran menjadi satu
keperluan hajiat . Ini pendapat yang dipegang oleh Dr.Ibrahim Tohawi
Walaubagaimanapun, kumpulan pertama menolak penggunaan hujah darurat ini
kerana sesuatu yang darurat hanya boleh diiktiraf dengan perkara berikut ;
i. Tanpanya , ertinya tanpa insuran masyarakat akan benar-benar jatuh ke
dalam lembah kehinaan dan kehancuran seolah-olah manusia tidak boleh
hidup tanpa insurans.

ii. Insuran bersifat pernigaan hanya boleh diterima sekiranya tidak ada
langsung jalan keluar selain dari insuran tersebut yang diiktiraf oleh islam.
Sedang islam boleh mengamalkan konsep tabarru dan takaful.

Kesimpulan jawatankuasa fatwa Majlis hal ehwal Agama Islam Kebangsaan
pada 15 Jun 1972 telah memutuskan bahawa insuran nyawa yang ada pada
adalah suatu sistem muamalat yang fasid atau rosak dan tidak sesuai dengan
perinsip dengan syariat Islam dari segi akadnya kerana mengandungi unsur-
unsur yang tidak islamik. Selain dari itu Kesatuan Fiqh Islami (Majma; Fiqh) yang
diasaskan di bawah Kesatuan Negara Negara Islam OIC dalam mesyuaratnya
PIM 3114- PENGAJIAN FIQH Page 10

22-28 Disember 1995 memutuskan selepas mengkaji semua bentuk insuran
bahawa insuran mengandungi unsur gharar atau tidak jelas, maisir (judi ) dan
penipuan (manipulasi) serta riba.
Sedangkan konsep takaful adalah berbeza kerana mengandungi perkara seperti
berikut ;
i. Saling bantu-membantu

Takaful adalah satu pakatan sekumpulan manusia yang berjanji untuk saling
bantu-membantu antara satu sama lain, di sini takaful bukan mendorong
membeli polisi tetapi menyertai satu pakatan di mana mereka bersetuju untuk
mendermakan sebahagaian dari sumbangan mereka ke dalam satu tabung
yang akan digunakan bersama kelak apabila ada di antara mereka yang
menghadapi kesusahan.
Seperti firman Allah SWT yang bermaksud ,
hendaklah kamu bertolong bantu dalam perkara kebaikan dan jangan
bertolong bantu dalam perkara yang dosa dan jahat.

ii. Saling kerjasama

Tujuan takaful adalah untuk menjalinkan kerjasama di atas dasar persaudaraan
yang erat dalam kalangan sesama muslim. Konsep kerjasama dan bersama
dalam menghadapi risiko dan kesusahan dengan tidak ada unsure-unsur
mementingkan diri sendiri.

iii. Saling melindungi

Peserta takaful bersetuju untuk saling melindungi di antara satu sama lain dalam
memhadapi sebarang kesusahan bencana dan sebagainnya. Seperti sabda
Rasullullah SAW
PIM 3114- PENGAJIAN FIQH Page 11

Sesungguhnya seorang yang berimanialah sesiapa yang Boleh meberi
keselamatan dan perlindungan terhadap harta dan jiwa raga manusia.
( Ibnu Majah)
12. Jenis jenis skim yang ditawarkan oleh takaful

i. Takaful Am

Skim ini boleh disertai samada dalam bentuk individu atau syarikat yang
mengngandungi faedah seperti berikut :

a. Menyediakan satu tabungan sebagai ikhtiar bgi membantu peerta
meringankan beban kewangan yang terpaksa ditanggung oleh peserta
apabila berlaku musibah atau bencana yang menimpa keatas diri dan
harta bendanya.

b. Memberi perlindungan kepada peserta bagi kerosakan dan kehilangan
harta benda dan habiliti kepada pihak ketiga.

iii. Takaful keluaraga

Mereka mendapat faedah seperti ;
a. memberi pampasan atau ganti rugi kepada peserta bagi sebarang
pembayaran yang dipertanggungjawabkan (legal liability) kerana
kemalangan yang menyebabkan kecederaan tubuh badan atau
kematian.
b. Menabung bagi mendapat simpanan keuntungan dari pelaburan.

13. Prisip prinsip takaful

i. Prinsip Tabaruat

PIM 3114- PENGAJIAN FIQH Page 12

Tabaruat merupakan bahasa arab yang beerti menderma secara ikhlas,setiap
peserta yang ingin mendapat perlindungan takaful, mestilah hadir dengan
niat, yang ikhlas menyumbang bagi membantu sesama peserta jika
menghadapi musibah. Ini bermaksan semua telah bersetuju untuk saling
bantu membantu di kalangan mereka ketika di timpa kemalangan .
Dalam industri takaful, al Tabarru yang diperkenalkan ialah Tabarruat
(derma) bersyarat diperkenalkan yang mana setiap peserta yang ingin
menyertai takaful mestilah menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya.
Syarikat terpaksa menetapkan kadar tabarruat kerana ingin memastikan
tabung tabarruat yang disertai oleh semua pihak tidak terjejas bagi member
keadilan kepada semua pihak.

ii. Prinsip Mudharabah
Adalah satu jenis perkongsian yang mana modal satu pihak dan usaha dari
pihak yang lain. Contohnya oihak ytuanpunya modal iaiatu peserta
menyerahkan modalnya kepad apengusaha iaitu syarikattakaful untuk
diusahakan dalam lapanagan perdaganagan perindusterian dan sebagainya.
Untung akan dibahagikan kedua belah pihak mengikut eratus yang
dipersetujui seperti 2 atau 3 atau 4 bahagian. Tujuanya suapa kerjasama
diantara tuan punya harta tetapi tidak ada panegalaman dalam bidang
perniagaan atautiada peluang untuk berusaha dnegan sendiri dengan orang
yang bepengalaman dalam bidang perniagaan dan pendindustrian yang tidak
mempunyai modal

iii. Prinsip Kafalah
Al Kaffalah berasal dari bahasa arab al kifl yang bererti perhubungan dan
pertambahan, ang membawa maksud dalam kontek ini adalah jaminan
perlindungan menghadapi kerugiaan . Iaj uga bermaksud hubungan
seseorang yang lain dalam urusan tuntutan. Ciri utamanya adalah seorang
pemiutang memanggil penghutang dan penjamin untuk mengadakan
peraturan dan tuntutan daripada saah satu pihak dan tidak menjejaskan hak
PIM 3114- PENGAJIAN FIQH Page 13

tuntutan daripada pihak yang satu lagi sekiranya bertanggungjawab yang
ditentukan dalam peraturan tidak dipenuhi. Hukum kafalah ini bersumberkan
al quran daripada kisah nabi yusuf mennetukan peruntukan makanan seberat
unta kepada saudara saudara yang mebawa menyerahkan bunyamin.

iv. Prinsip Musyarakah
Di bawah prinsip peserta atau pemberi modal menjadi rakan kongsi kepada
pengusaha dan syarikat

v. Prinsip Al Ajr
Apabila syarikat telah menjalankan perniagaan dan memperolehi
keuntungan daripada elaburan maka wajarlah mereka mendapat upah atas
segala usaha dan kemahiran yang telah mereka lakukan , namun uah
hendaklah mebikut amaun yang munasabah dan dipersetujui oleh peserta.

vi. Prinsip al Wakalah
Konsep wakalah merujuk kepada aqad wakalah iaitu penggunaan wakil . Al
wakalah dari segi bahasa bermaksd sebagai wakil, menurut syarak wakalah
ialah pelantikan seseorang untuk mengambil tempat orang yang melantik
bagi mengurskan suatu perkara yan tertentu atau pemberian kuasa kepada
seorang wakil untuk menguruskan menjaga sesuatu perkara. Mengikut
maksud tersebut maka wakalah adalah aqad dan kontrak di antara dua pihak
pembeli dan wakil. Di bawah struktur wakalah pengendali akan menjadi wakil
dan dibenarkan mengambil upah daripada wang sumabangan atau caruman
yang dibayar peserta sebagai alasan menyertai pelbagai produk takaful
mengikut amaun yang dibenar dan dipersetujui.

14. Kesimpulan
Ulamak sependapat mengharuskan takaful atas dasar tabaruat yang menjadi
asas dan teras utama yang membina paksi takaful. Penggunaan dasar kukuh ini
menyelamatkan pengurusan takaful untuk terus seiring dengan kehendak patuh
PIM 3114- PENGAJIAN FIQH Page 14

syarak dalam bab mumalah islam dan terselamat dari unsur maisir (judi) dan
riba. Kaedah maslahah amah ( kepentingan umum ) juga merupakan asas kuat
yang mengharuskan mengamalkan takaful oleh umat Islam yang telah
disepakati oleh para ulamak dalam konteks kehidupan umat Islam hari ini dalam
aspek keperluan (dhoruriyat) demi memelihara maqasid as syariah
keseluruhanya. Bahkan salah satu maqasid syaryah tidak terlaksana maka ia
akan menyebabkan maqasid syariah lain selainnya juga tidak dapat
dilansanakan. Adalah haram sekiranya umat Islam membiarkan diri mereka
terjerumus ke lembah kehinaan dan kemusnahan , sebagaimana mafhum firman
Allah SWT dalam surah al Baqarah;
dan jangan sesekali kamu mencampakan diri kamu ke lembah kebinasaan
15. Perbandingan dengan insurans
15.1 Kontrak insurans
Adalah merupakan suatu kontrak di mana satu pihak ialah penanggung rugi atau
membayar sejumlah wang tertentu kepada pihak yang lain iaitu pengambil
insuran terhadap suatu kerugian yang timbul akibat berlakunya satu kejadian
atau peristiwa. Apa yang dimaksudkan ialah pengambil insuran akan membayar
kepada penanggung insuran untuk menanggung kerugian kerugian yang diambil
pengambil insuran tersebut. Kerugian yang diinsurankan ini dipanggil sebagai
risiko. Apabila kontrak insuran telah pun dipersetujui, penanggung insuran akan
mengeluarkan satu dokumen rasmi yang menetapkan syarat-syarat kontrak
insuran yang dinamakan sebagai polisi.
15.2 Prinsip-prinsip asasnya
15.2.1 Prinsip Inderminiti yakni memulihkan kewangan pengambil insuran
yang mengalami kerugian kepada kedudukannya seperti sebelum
kerugian tersebut.
PIM 3114- PENGAJIAN FIQH Page 15

15.2.2 Prinsip Kepentingan Boleh Insuran yakni sebelum membeli
sebarang polisi, seseorang individu perlu membuktikan bahawa
ada mengalami kerugian jika berlaku kemusnahan.
15.2.3 Prinsip penuh percaya mutlak yaknimengkehendaki kedua-dua
pihak (insuran dan pengambil insuran) supaya saling berlaku jujur
15.2.4 Prinsip subrogasi iaitu penanggung insuran berhak terhadap tiap-
tiap pengambil insuran, dan ini termasuk hak untuk mendakwa
pihak ketiga yang berkemungkinan punca sebenar menyebabkan
kerugian.
15.2.5 Prinsip sumbangan yakni pembeli polisi membeli polisi daripada
pelbagai syarikat insuran
15.3 Operasi insurans konvensional yang selari dan bercanggah dengan
Islam
15.3.1 Cara operasi
15.3.2 Struktur organisasi
15.3.3 Sumbangan modal
15.3.4 Cara urusniaga insuran konvensional
15.3.5 Pelaburan
15.4 Operasi insuran yang bercanggah dengan Islam
15.4.1 Terdapat unsur riba di mana berlakunya pertambahan pada jumlah
serahan semula wang yang dijanjikan apabila cukup tempoh yang
dijanjikan kepada peserta. Jumlah serahan balik yang diinsurankan
melebihi bayaran asal kerana ganti rugi akan dibayar bersama
dengan faedah (Mohd Muslehuddin, 1998)
PIM 3114- PENGAJIAN FIQH Page 16

15.4.2 Kontrak pertaruhan ia itu wang yang dibayar kepada syarikat
dipertaruhkan untuk kerugian yang tidak pasti berlaku. Pertaruhan
dalam Islam dikira judi.
15.4.3 Terdapat unsur gharar (ketidak pastian) ia itu pada hasil
pertukaran,tentang ada ata pun tidak (mendapat kemalangan atau
tidak) dan tentang kadar pertukaran
15.4.4 Tempohmasa terutama sekali dalam insurans nyawa

16.0 Rumusan.
Secara zahir insuran konvensional adalah kelihatan sama dengan sistem
insuran Islam tetapi terdapat perbezaan yang jelas dari segi konsep asas
perjalanan dan perlaksanaan sistem operasinya . Insurans konvensional juga
berasaskan konsep jual beli dan bertujuan mendapatkan keuntungan semata-
mata. Namun terdapat juga eleman-eleman yang selari dengan Islam ia itu dari
segi pembentukan akad, subjek akad dan orang-orang yang berakad.









PIM 3114- PENGAJIAN FIQH Page 17

REFLEKSI
Kehidupan hari ini memang tidak dapat dinafikan berlangsung dengan penuh
risiko yang menanti. Semuanya melibatkan keselamatan dan keperluan asas dalam
kehidupan. Kebijaksanaan manusia hasil dari anugerah pemikiran yang diilhamkan
dari Allah SWT telah membawa manusia kepada pemikiran-pemikiran yang kreatif
dan inovatif hingga lahirlah apa yang disebut sebagai insuran Memahami tajuk
berkaitan insuran sebagai satu tugasan, saya baru dapat membuat beberapa
perbandingan antara yang menepati syariat Islam dengan yang tidak. Pada peringkat
awal agak sukar juga kerana bercerita mengenai insuran adalah merupakan satu dari
beribu-ribu cabang masalah yang wujud dalam kita memenuhi tanggungjawab kita
terhadap syariat Islam. Cantiknya Islam memberi kemudahan dalam semua hal
kehidupan manusia dipermudahkan dengan hukum.Manusia yang beriman kepada
Allah akan tertakluk kepada perkara yang diizinkan, diharamkan atau diharuskan
untuk dipatuhi selama manusia hidup. Semuanya ditentukan Allah dengan seribu
satu macam hikmah yang tidak kita ketahui. Namun bila dunia semakin maju, zaman
pun berubah maka lahirlah masalah syariat hidup yang akan dikelirukan dengan
berbagai hukum. Walau bagaimanapun kertas tugasan ini secara tidak langsung
telah membantu kefahaman saya mengenai insuran yang merupakan antara
masalah dalam kehidupan manusia yang akan diselesaikan bila rujukan dilakukan
dalam kumpulan para ulamak untuk ditetapkan satu keputusan mengenai boleh atau
tidak melalui kaedah usul fiqh.
Melalui kajian dan pandangan yang saya perolehi, secara umumnya memang
tidak dapat dinafikan terdapatnya pandangan yang positif begitu juga sebaliknya bila
bercakap mengenai insurans. Kesimpulannya, hasil kerja kursus ini lebih membawa
kefahaman terhadap diri saya tentang prinsip-prinsip dan kaedah yang digunapakai
dalam ilmu Usul Fiqh bagi menentukan cara mana atau hukum apa yang jelas untuk
diterima berkaitan apa jua masalah agama yang berkaitan dengan syariat dalam
kehidupan manusia.

PIM 3114- PENGAJIAN FIQH Page 18

GRAFIK BANDING BEZA PENDAPAT ULAMAK MENGENAI
HUKUM KE ATAS PERNIAGAAN INSURANS KONVENSIONAL



















4 PENDAPAT ULAMAK
HARUS
HARAM
SYUBAHAT HARAM DENGAN SEBAB
PERBAHASAN ULAMAK ULAMAK
SAYYID SABIQ DAN YUSUF
AL QARDAWI
- mengharamkan segala bentuk
insurans ada unsur judi, riba,
tidak jelas, eksplotaisi, akadnya
termasuk akad sharfi dan hidup
mati tidak oleh dijadikan objek
perniagaan mendahului takdir
ilahi


KUMPULAN YANG MENGHARUSKAN
DENGAN DALIL QIAS
-mengqiaskan beberapa system yang
zahirnya kelihatan system yang
boleh diterima Islam seperti berikut
i.aqdalal hirasah(kontrak pegawai
keselamatan)
ii.maslahah(kepentingan umum)
iii.nizam at taaqud (sistem pencen
/persaraan)
iv.hajiat (dharurat atau kerana hajat
mendesak)



KUMPULAN YANG MENGHARUSKAN
DENGAN HUJJAH DHARURAT
-keharusannya kerana jika tidak
dipenuhi akan berlaku kerosakan dan
kesukaran
PIM 3114- PENGAJIAN FIQH Page 19

GRAFIK PENDAPAT ULAMAK MENGENAI SISTEM INSURANS TAKAFUL




















INSURANS TAKAFUL
Pematuhan kepada syarak
Peserta menjamin antara satu sama lain melalui semangat
kerjasama dan tabarru
Pengendali takafulmerupakan pengurus tabung dan tidak
member jaminan kepada peserta
Kontrak urus niaga adalah berdasarkan akad tabarru,
mudhorobah dan wakalah
Bebas dari gharar dan maisir
Adanya Majlis Pengawasan Syariah
Keuntungan dikongsi bersama antara pengendali takaful dan
peserta berdasarkan mudhorobah atau yuran prestasi pelaburan

PENDAPAT ULAMAK
MENGHARUSKAN SISTEM
TAKAFUL
PIM 3114- PENGAJIAN FIQH Page 20

GRAFIK PENDAPAT ULAMAK MENGENAI SISTEM INSURANS




















INSURAN KONVENSIONAL
Kontrak urus niaga adalah berdasarkan akad jual beli
Tidak mematuhi syarak
Syarikat insurans merupakan pemilik tabung dan menjadi
penjamin kepada peserta
Syarikat menjamin peserta berdasarkan kepada faktor-faktor
komersial
Banyak unsur riba , gharar dan maisir
Keuntungan diagih mengikut keputusan syarikat
Tiada majlis pengawasan syariah
PENDAPAT ULAMAK
MENGHARAMKAN SISTEM
KONVENSIONAL
PIM 3114- PENGAJIAN FIQH Page 21

RUJUKAN:

1. Al Quran al Karim
2. Abd. Munim Ab. Ghani (1999). Sistem Kewangan Islam dan Pelaksanaannya di
Malaysia, Kuala Lumpur
3. Faizah Ismail (1995). Asas-asas Muamalat Dalam Islam. Selangor: Percetakan
Dewan Bahasa dan Pustaka
4. Harlina Muhamad On, Ruzian Markom, Rozanah Abd Rahman.(2002). Prinsip
Undang-undang Perniagaan di Malaysia. Selangor : Kumpulan Usahawan
Muslim Sdn. Bhd
5. Jaafar Mohamad, Hendon Radzuan, Rasidah Mohd Said.(1995). Insurans Untuk
Anda. Selangor:Penerbit Fajar BaktiSdn. Bhd
6. Mohd Fazli Yusuf,(1996). Takaful Sistem Insuran Islam: Kuala Lumpur:
Perpustakaan Negara
7. Muhamed Muslehudin,(1988). Insurans dan Hukum Islam. Kuala Lumpur: DBP
INTERNET
http://www.islamicfinanceinfo.com.my/bm/perbankan-islam/perbezaan
www.e-fatwa.gov.my/.../hukum-mempromosikan-.

Anda mungkin juga menyukai