Anda di halaman 1dari 1

KECEDERAAN YANG DIALAMI OLEH ATLET SILAT OLAHRAGA

Silat adalah salah satu seni mempertahankan diri yang kurang berkembang di negara negara lain. Kajian ini merangkumi jenis jenis kecederaan, bahagian kecederaan, dan tahap kecederaan seseorang atlet. Kecederaan terbahagi kepada dua iaitu kecederaan dalaman dan luaran. Kecederaan dalaman bermaksud kecederaan yang memerlukan peralatan canggih seperti implikasi jantung, paru paru dan lain lain. Kecederaan luaran bermaksud dapat dilihat dengan mata kasar seperti lebam, pendarahan dan sebagainya. Sebagai seorang atlet, saya berpandangan bahawa kecederaan adalah sesuatu yang amat dititikberatkan dan sangat penting. Objektif kajian ini dijalankan adalah supaya dapat mengenalpasti pelbagai jenis kecederaan dan perbandingan tentang kecederaan yang dialami oleh atlet atlet silat olahraga. Hal ini, dapat membantu jurulatih dalam mengenalpasti setiap jenis jenis kecederaan yang berlaku semasa pertandingan. Kecederaan lebam adalah yang tertinggi, pergelangan kaki adalah bahagian kecederaan yang tertinggi, kesilapan teknik ialah sebab kecederaan yang tertinggi dan tahap kecederaan yang biasa dialami oleh atlet dalam silat juga tertinggi. Kesimpulannya, kecedaraan adalah salah satu aspek yang tidak boleh dipandang enteng oleh semua atlet dan perlu mengambil langkah yang betul untuk mengelak daripada kecederaan.

MUHAMMAD NAZMI BIN SHAMSUDDIN PJK ( SK ) PISMP SEMESTER 2.

Anda mungkin juga menyukai