Anda di halaman 1dari 15

Khutbah Jumaat Di Ambang Ramadhan: Ramadhan Menamatkan Perhambaan Diri

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah. Ramadan ialah bulan yang menyediakan segala kebaikan, dilimpahi dengan segala kemuliaan, dihiasi dengan segala ketaatan, bulan manusia membangunkan diri mereka demi mengejar nilai TAQWA, sebagaimana yang dipesankan di dalam Firman Allah SWT di dalam surah Al-Baqarah, ayat 183:

Wahai orang-orang yang beriman, puasa telah diwajibkan ke atas dirimu, sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas umat sebelum kamu, mudah-mudahan dengan puasa itu kamu bertaqwa Namun tidak semua manusia dengan mudah, dapat memahami apa yang dikehendaki oleh Allah melalui ibadah ini. Kaum Muslimin, rahimakumullaah, Telah diriwayatkan, tatkala tibanya bulan Ramadhan, Rasulullah s.a.w akan mengingatkan para sahabat telah erti dan nilai bulan yang mulia ini. Semuanya

adalah untuk mengingatkan kita agar mengambil peluang yang diberikan oleh Allah ini. Misalnya di dalam sepotong hadith, Baginda s.a.w. bersabda:

Wahai sekalian manusia. Telah datang kepada kamu Ramadhan. Bulan yang penuh keberkatan. Bulan yang difardhukan ke atas kamu oleh Allah Azza wa Jalla puasanya. Di bulan itu pintu Syurga dibuka, pintu neraka Jahim ditutup dan para Syaitan dirantai. Padanya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang terlepas peluang meraih rahmat ini, maka sesungguhnya dia itu hakikatnya diharamkan dari rahmat Allah. [Hadith riwayat al-Nasaai] Demikianlah juga halnya dengan Ramadhan. Seandainya pintu Syurga sudah dibuka, pintu Neraka ditutup kunci, malah Syaitan dirantai agar lemah potensinya dalam mengganggu manusia, segala gandaan pahala diberi dan segala galakan kebaikan ditawarkan, tiba-tiba kita langsung tidak tertarik untuk mendapatkannya, ia menandakan bahawa kita memang tidak berminat dengan Allah, tidak berminat dengan tawaran-Nya, tidak berminat dengan Syurga dan tidak pernah kisah dengan Neraka. Maka sesungguhnya orang ini benar-benar tidak mendapat sebarang rahmat daripada Allah. Semoga Allah melindungi kita daripada kedegilan dan kesombongan yang membinasakan itu. Sidang Jumaat sekalian, Apakah sebenarnya yang ada pada ibadah puasa di bulan Ramadhan, sehingga ia dijanjikan dengan sebuah kehebatan? Jika seorang itu tidak makan kerana tiada makanan, keadaan itu tidak akan mendidik dirinya dengan sebarang nilai pendidikan. Jika seseorang itu tidak minum kerana tiada minuman, keadaan itu tidak akan melatihnya dengan sebarang nilai latihan. Tetapi jika seseorang itu ada segalanya untuk dimakan, namun beliau memilih untuk tidak makan kerana mahu mematuhi Allah SWT, maka di situlah datangnya nilai Tarbiyah. Kita belajar untuk berkata TIDAK, kepada sesetengah keinginan dan kemahuan diri, kerana mahu mentaati Allah, itulah sebuah LATIHAN. Ramadhan melatih kita untuk mempunyai kekuatan mengawal keinginan dan kemahuan, supaya kita tidak terus terbelenggu menjadi hamba kepada hawa nafsu dan diri sendiri. Tidakkah kita ingat, kepada peringatan Allah SWT di dalam al-Quran:

Apakah engkau tidak melihat gelagat orang yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan yang disembah? Lalu dia disesatkan oleh Allah dalam keadaan dirinya berilmu dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah? Oleh itu, mengapa tidak ingat dan insaf? [alJaatsiyyah : 23] Seorang manusia menyembah Tuhan palsu tanpa perlu menyembah berhala. Dia mengambil Tuhan palsu dalam hidupnya apabila hawa nafsunya sendiri diutamakan, membelakangi perintah dan suruhan Allah SWT. Apabila manusia menjadi hamba kepada dirinya sendiri, dia menjadi sesat walaupun berilmu. Malah sesatnya menebal hingga menutup mata, telinga dan hatinya daripada peringatan. Semua itu berlaku apabila seorang manusia tidak mampu berkata TIDAK kepada kemahuankemahuan diri, sebaliknya sentiasa mengikut perasaan dan kata nafsu dalam kehidupan. Alangkah besarnya bencana manusia seperti ini. Justeru Allah datangkan Ramadhan dan ibadah puasa, agar manusia belajar mengawal diri. Belajar untuk mampu berkata TIDAK kepada sebahagian kehendak diri yang diciptakan Allah kita ini ada kecenderungan kepada kebaikan dan ada kecenderungan kepada kejahatan. Ini bersesuaian dengan sabda Rasulullah SAW:

Bukanlah dikatakan gagah itu orang yang kuat bergusti. Akan tetapi yang dikatakan gagah itu orang yang dapat memiliki (mengawal) dirinya ketika marah [Muttafaq alayh] Pandangan ramai mungkin melihat juara gusti sebagai orang yang gagah. Tetapi Rasulullah SAW menegaskan bahawa, kegagahan sebenar adalah pada keupayaan seseorang itu mengawal dirinya, terutamanya ketika marah. Manusia yang gagah atau lemah, mudah tertonjol warna sebenarnya ketika marah. Seorang juara gusti tidak mampu menyelamatkan rumahtangganya, apabila gagal menahan

marah. Seorang billionaire yang mampu membeli apa sahaja, gagal menyelamatkan perniagaannya apabila hilang pertimbangan ketika marah. Marah boleh membuatkan seorang manusia bertindak menghancur binasakan dunia. Manusia yang mampu mengawal diri kita diri terbakar disambar api kemarahan, itulah manusia yang gagah. Kerana itulah di bulan Ramadhan, selain latihan mengawal diri daripada makan dan minum, Islam juga datangkan beberapa siri latihan lain untuk mengukuhkan proses ini. Sabda Nabi SAW:

Bukanlah berpuasa itu sekadar menahan dari makan dan minum. Sesungguhnya puasa itu juga adalah menahan diri dari perkara yang sia-sia dan kotor (lucah). Jika kamu dimaki oleh seseorang atau diperbodohkannya, maka berkatalah: Sesungguhnya aku berpuasa [riwayat Ibn Khuzaimah dan al-Hakim / Sahih alTarghib 1068] Kawal diri dari makan dan minum. Kawal diri dari larut dalam perkara yang sia-sia. Kawal diri dari kelakuan dan percakapan sumbang dan lucah. Jika dicela, dimaki hamun atau diperbodohkan, secara khusus di bulan Ramadhan ini, jangan dibalas provokasi itu, sebaliknya kawallah diri. Nyatakan, aku berpuasa. Ia bukan suatu kekalahan apabila tidak membalas. Tetapi ia adalah suatu latihan untuk meningkatkan daya mampu mengawal diri dan berkata TIDAK kepada perkaraperkara yang mengundang mudharat dan kerugian. Sidang Jumaat sekalian, Ambillah ini sebagai suatu proses yang dilatih secara tubi. Semasa membeli di Bazar Ramadhan, semasa membeli barangan untuk sambutan Aidilfitri, pastikan kita peka kepada proses mengawal diri ini. Belajarlah untuk berkata tidak. Semoga dengan daya mengawal diri yang baik, kuranglah penceraian yang berpunca dari suami isteri yang hilang kawalan diri, kuranglah rasuah daripada berlaku ketika pekerja kurang daya mengawal diri, kuranglah sambutan terhadap hiburan melampau tatkala masyarakat kurang mampu mengawal hawa nafsu dan kehendak diri. Semoga dengan daya mengawal diri yang baik, bercambah-cambahlah kebaikan dalam hidup kita semua, ameen.

! .. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian Firman Allah dalam ayat 185 surah al-Baqarah : (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur. Sidanhg Jumaat yang dirahmati Allah. Kurang dari sepuluh hari dari hari ini insyaAllah kita akan berpeluang untuk menyambut kedatangan tetamu agung iaitu bulan Ramadhan yang kita nantinantikan. Bulan yang di dalamnya penuh dengan keberkatan dan pelbagai keistimewaan. Di dalamnya ada satu malam iaitu malam Lailatul qadar di mana nilai sesiapa yang beramal pada malam tersebut akan meraih pahala seperti beramal untuk seribu bulan. Ada pihak yang menterjemahkan seribu bulan seumpama 83 tahun, namun seribu bulan hanyalah satu gambaran tentang betapa besarnya pahala yang akan diperolehi oleh seseorang yang sebenarnya tidak mungkin diukur akan besarnya pahala yang bakal diperolehi. Penilaian sebenar hanya ada dalam ilmu Allah yang tidak mungkin dapat dijangkau oleh aqal kita yang lemah dan kerdil ini.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Ayat yang dibaca menunjukkan kaitan yang ada di antara bulan Ramadhan yang penuh baroqah itu dengan al-Quran. Mimbar Jumaat kali ini ingin menyentuh hubungan di antara al-Quran dan bulan Ramadhan, dan yang lebih penting lagi hubungan kita dengan Al-Quran. Kedudukan al-Quran itu begitu tinggi di sisi Allah sehingga Allah menurunkannya pada bulan Ramadhan. Ulama berpendapat apa yang dirujuk sebagai Nuzul Quran itu berlaku pada salah satu dari malam-malam di mana berlakunya Malam lailatul Qadar iaitu samada pada 21 atau 24 Ramadhan. Pendapat ini lebih kuat dari pandangan yang memutuskan nuzul Quran ialah pada 17 Ramadhan, meskipun ini bukanlah isu yang harus diperdebatkan kerana ada isu yang lebih besar untuk difikirkan iaitu tujuan al-Quran itu diturunkan. Pada malam nuzul Quran itu Allah SWT menurunkan keseluruhan al-Quran sekaligus di Baitul Izzah (di langit dunia). Dari sana Allah SWT menurunkan ayat-ayat al-Quran secara beransur-ansur selama 23 tahun (13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah lalu ada ayat-ayat Makkiyah dan ada ayat-ayat Madaniyyah) menurut situasi atau peristiwa-peristiwa tertentu. Ini menunjukkan bahawa pengetahuan Allah tiada batasannya sehingga semua peristiwa yang dirakamkan di dalam al-Quran telah ditentukan berdasarkan hukum sebab dan akibat (qada dan qadar Allah SWT). Sidang Jumaat yang dirahmati Allah Apakah kaitannya al-Quran dengan Ramadhan. Ayat yang dirujuk menjelaskan apakah makna al-Quran kepada manusia. Ia adalah Hudan (petunjuk). Petunjuk ini adalah seperti penunjuk jalan di dunia ini untuk menuju akhirat. Sesiapa yang tidak berpandukan kepada PETUNJUK ini maka pasti dia tidak akan sampai ke destinasi akhirat dengan selamat. Dia pasti akan sesat di dunia, Sesiapa yang sesat di dunia sudah tentu akan menemui kebahgiaan abadi di alam akhirat. PETUNJUK ini ditegaskan oleh Allah SWT amat jelas sehingga setiap PETUNJUK itu disertai dengan KETERANGAN-KETERANGAN. Ini bermakna setiap PETUNJUK di sepanjang perjalanan hidup di Dunia ini tidak pernah mengelirukan dan tidak mungkin menimbulkan salah tafsir atau silap pembacaan. Setiap PETUNJUK disediakan dengan panduan-panduan yang amat jelas sehingga kemungkinan seseorang itu tersalah jalan adalah nil atau 0%. Ia adalah ERROR-PROOF dan ALLOW FOR ZERO MARGIN FOR ERROR.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Ini menunjukkan kepada kita sesiapa yang tersesat di dunia ini adalah bertanggungjawab penuh kepada segala tindakan dan pilihan yang ia buat. Simpang mana yang dia akan ambil dan jalan mana yang dia pilih adalah 100% pilihannya sendiri walaupun pelbagai amaran yang jelas telah dinyatakan pada setiap papan tanda PETUNJUK jalan tersebut. Sebab itu Islam ini tidak perlu paksaan. Allah membekalkan kepada manusia kemerdekaan berfikir supaya dengan kemerdekaan berfikir itu dia memilih berdasarkan kemampuan kognitifnya yang sempurna. Dia tidak perlu dipaksa untuk beriman kerana paksaan hanyalah merendahkan martabatnya sebagai insan yang merdeka jiwa raganya. Allah SWT berfirman di dalam surah al-Baqarah ayat 255:

Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut dan dia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Seterusnya Allah SWT menegaskan Al-Quran itu adalah al-FURQAN iaitu pembeda di antara kebenaran dan kepalsuan. Al-Quran itu adalah neraca atau timbangan kepada manusia terhadap pilihan-pilihan hidupnya. Apakah dia akan menimbangkan dengan al-FURQAN atau menimbang dengan aqal semata-mata. Bahkan lebih dahsyat lagi jika timbangan seseorang itu adalah berdasarkan kehendak nafsunya. Di sinilah yang membezakan seorang yang benar-benar beriman dengan seorang yang tidak bulat keimanannya kepada Allah SWT.

Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan yang dipatuhinya dan dia pula disesatkan

oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa dia tetap kufur ingkar) dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?

Firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat 36 Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah. Lalu bagaimana pada hari ini umat Islam masih lagi seolah-olah tercari-cari PANDUAN hidup yang amat jelas ini. Inilah yang disebut oleh Imam as-Syahid Hassan al-Banna R.H. di mana beliau mengatakan umat Islam pada hari ini seakanakan hidup di dalam bilik yang gelap gelita. Sedangkan pada dinding terdapat switch lampu. Andaikata mereka membuat sedikit ikhtiar untuk memetik switch lampu tadi maka bilik tadi akan terang benderang. Mereka tidak lagi berlanggaran di antara satu sama lain dan tersadung kerana melanggar peralatan dan perabut yang terdapat di dalam bilik atau ruang kehidupan itu. Cahaya yang terang benderang itu ialah alQuran. Inilah yang membezakan golongan kafir dan umat Islam pada hari ini. Imam al-Banna mengatakan orang-orang kafir tidak mempercayai al-Quran sedang umat Islam tidak mengetahuinya meski al-Quran itu sentiasa ada disisi mereka. Mereka sanjung al-Quran itu, mereka letakkan di tempat yang tinggi, mereka jadikan sebagai tangkal azimat untuk menyembuhkan penyakit dan pendinding kepada pelbagai gangguan tetapi mereka tidak pernah tahu apa yang terkandung di dalam al-Quran itu. Mereka tidak pernah mahu membacanya. Kalau dibacapun ia menjadi amalan turun temurun dan dibaca sekadar untuk mendapat keberkatan darinya. Tetapi

mereka tidak pernah mahu mengambil tahu apa dia PANDUAN-PANDUAN yang terkandung di dalam al-Quran yang amat berguna bagi manusia dalam menjalani kehidupan di bumi ini. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah. Marilah kita bandingkan diri kita dengan generasi al-Quran (Jil al-Quran al-Farid) yang unik. Satu generasi yang pernah di lahirkan di kalangan manusia hasil didikan langsung dari Rasulullah SAW. Apabila baginda Nabi SAW wafat maka antara orang yang paling sedih ialah Ummu Aiman RA, pengasuh Nabi sejak dari kecil. Apabila ditanya oleh Abu Baqar As-Siddiq akan sebabnya beliau menangis. Maka dijawab oleh Ummu Aiman, apabila baginda wafat maka tidak ada lagi wahyu yang turun. Sedang ketika baginda SAW masih hidup setiap persoalan hidup akan dijawab oleh Allah SWT dengan turunnya ayat al-Quran. Lalu Abu Baqar mengatakan setiap kali aku berhadapan dengan persoalan hidup nescaya aku membaca al-Quran lalu aku menemui jawapannya. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah. Inilah yang membezakan generasi pertama dengan generasi kita pada hari ini. Kita tidak membaca al-Quran dalam ertikata menghayati akan arahan-arahan dan PANDUAN yang digariskan dengan jelas di dalam al-Quran. Bahkan kita bukan sahaja tidak menghayatai apa yang terkandung di dalam al-Quran bahkan kita tidak lagi membacanya walaupun sekadar membaca sahaja. Mudah-mudahan kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak ini akan menjentik hati kita untuk kembali membaca Quran sebagai langkah pertama untuk memahaminya. Rasulullah SAW berpesan kepada para sahabat. Jadilah kamu golongan al-Halul murtahil. Kamu tahukah siapa dia golongan al-Halul murtahil iaitulah mereka yang singgah dan berlalu pergi. Mereka yang singgah dan berlalu pergi ini ialah mereka yang mengkhatamkan al-Quran lalu memulainya. Mereka yang melaluinya lalu mengkhatamkannya. Begitulah mereka berada dalam keadaan membaca al-Quran sehinggalah mereka menemui Allah SWT. Sebab itu para sahabat tenggelam di dalam menbaca dan menghayati makna al-Quran sehingga Nabi SAW terpaksa turun tangan melarang mereka daripada bersikap

melampau. Lalu sunnah Nabi SAW menetapkan agar al-Quran itu dikhatamkan tidak lebih dari sebulan dan tidak kurang dari tiga hari. Bulan Ramadhan adalah bulan tilawah. Pastinya bulan Ramadhan kali ini member kita peluang untuk melaksanakan pesan Nabi SAW iaitu dengan membaca al-Quran dan mengkhatamkannya dalam tempuh sebulan Ramadhan. Betul lah bulan Ramadhan bulan latihan. Apa yang kita sangka amalan lazim di dalam bulan Ramadhan iaitu mengkhatamkan al-Quran rupa-rupanya adalah amalan lazim sepanjang hayat Rasulullah SAW dan para sahabatnya. Bagaimana sibuk pun kita, tidak ada yang lebih sibuk dari Rasulullah SAW dan para sahabat. Mereka mengurus negara, menghadapi golongan munafik, berhadapan dengan konspirasi Yahudi, mereka menghadapi Empayar Rum dan Parsi, mereka sebuk memikirkan tentang masalah umat. Umar bin Abdul aziz, meskipun sibuk menyantuni rakyat tidak akan meninggalkan amalan membaca al-Quran. Beliau akan mengambil mashaf walaupun sekadar membaca dua atau tiga ayat. Beliau lalu menyebut agar aku tidak termasuk di kalangan mereka yang menjadikan al-Quran sebagai sesuatu yang ditinggalkan. Sabda Rasulullah SAW Barangsiapa membaca satu ayat dari Kitabullah, maka ia memperoleh sepuluh kebaikan untuk setiap huruf. Barangsiapa mendengar kannya, maka ia akan memperoleh cahaya pada hari Kiamat. ! ..

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenarbenar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, Firman Allah dalam ayat 23-24 surah al-Jaathiah : Maksudnya : Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orangorang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?. Dan mereka berkata: Tiadalah hidup yang lain selain daripada hidup kita di dunia ini. Kita mati dan kita hidup (silih berganti); dan tiadalah yang membinasakan kita melainkan edaran zaman. Pada hal mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang hal itu; mereka hanyalah menurut sangkaan semata-mata Kini kita berada pada penghujung bulan Syaaban di mana beberapa hari lagi umat Islam bakal menyambut ketibaan bulan Ramadhan al-Mubarak yang mempunyai pelbagai tawaran hebat dan kelebihan yang tiada tolok bandingnya daripada Allah antaranya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi daripada haruman kasturi di sisi Allah, Para malaikat memohon keampunan untuk orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, Syurga dihias setiap hari pada bulan Ramadhan, Syaitan-syaitan dibelenggu sepanjang bulan Ramadhan, Pintu-pintu syurga dibuka luas manakala pintu-pintu neraka ditutup kemas. Terdapat pada bulan ini Lailatul Qadar yang mana ianya lebih baik

daripada seribu bulan. Sesiapa yang tidak mengambil peluang untuk membuat kebaikan dan beramal padanya maka dia telah melepaskan semua peluang kebaikan.Orang-orang yang berpuasa akan mendapat keampunan pada malam yang terakhir daripada bulan Ramadhan dan pada setiap malam Ramadhan tersenarai di sisi Allah nama-nama hamba-Nya yang bebas daripada api neraka. Jangan biarkan hati kita mati sehingga tidak mempeduli tawaran Allah akibat hanyut dengan tawaran dunia. Sehubungan dengan itu sempena berada di ambang Ramadhan maka persiapkanlah diri kita dengan bertaubat kepada Allah atas segala dosa, berjanji kepada Allah untuk tidak lagi mengulangi dosa-dosa yang telah dilakukan serta bersungguh-sungguh untuk belajar hukum hakam agama terutama berkaitan puasa dan amalan terbaik sepanjang Ramadhan agar kedatangan Ramadhan disambut, tawaran hebat Allah direbut, taqwa dalam diri berjaya dipupuk Sidang Jumaat Yang dirahmati Allah , Firman Allah dalam ayat 149 surah Ali Imran : . (2) . Maksudnya : ..Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.. Antara matlamat utama kepada tarbiah Ramadhan ialah untuk melahirkan umat bertaqwa di mana antara makna Taqwa sebagaimana yang disebut oleh Ibnu Masud ialah mentaati Allah dan tidak mengengkari perintahNya, sentiasa mengingati Allah dan tidak melupaiNya, bersyukur kepada Allah dan tidak mengkufuri nikmatNya. Ibnu Abbas pula mengatakan Golongan bertaqwa ialah orang yang sentiasa mengambil berat tentang balasan Allah apabila meninggalkan sesuatu yang mereka tahu daripada petunjuk Allah serta begitu mengharapkan rahmat Allah pada membenarkan apa sahaja yang didatangkan daripada Allah. Manakala Al-Hassan mentakrifkan Golongan bertaqwa ialah mereka yang benar-benar takut pada apa yang telah diharamkan oleh Allah ke atas mereka serta menunaikan apa yang diwajibkan ke atas mereka. Begitu Khalifah Umar bin Abdul Aziz mengatakan Bukanlah taqwa itu hanya dengan berpuasa pada siang hari dan dengan bangun beribadat pada malam hari dan gabungan ibadat antara yang tersebut, tetapi takut Allah yang sebenar ialah meninggalkan apa yang telah diharamkan oleh

Allah dan menunaikan apa yang telah diwajibkan oleh Allah. Sesiapa yang diberi rezeki selepas daripada itu adalah baik maka selepas itu adalah lebih baik untuk yang terbaik. Menyedari betapa pentingnya tarbiah Ramadhan dalam melahirkan umat bertaqwa kerana ia melibatkan aspek zahir dan batin iaitu selain menjaga diri daripada perkara yang membatalkan puasa seperti makan minum maka kita wajib menjaga pencaindera seperti mata, lidah, telinga dan lain-lain daripada maksiat. Apa yang lebih penting ialah hati kita mesti dibersihkan daripada segala sifat keji atau mazmumah seperti riya, takabbur, hasad dengki dan sebagainya. Inilah yang diingatkan oleh seorang sahabat Nabi iaitu Jabir bin Abdullah dengan katanya: Jika kamu berpuasa, maka hendaklah kamu berpuasa pendengaranmu, penglihatanmu dan lisanmu daripada perkataan dusta dan segala yang haram. Janganlah kamu menyakiti jiran tetangga, hendaklah kamu bersikap tenang dan sabar dan janganlah kamu jadikan hari-hari puasamu itu sama dengan hari-hari ketika kamu tidak berpuasa Amaran Rasulullah dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari : Maksudnya: Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan dusta dan terus mengamalkannya, maka Allah tidak berhajat agar dia meninggalkan makanan dan minumannya (yakni berpuasa). Sidang Jumaat Yang dirahmati Allah , Tarbiah Ramadhan turut bertujuan untuk melemahkan hawa nafsu yang mengajak kepada kejahatan. Kegagalan dalam mengawal hawa nafsu menyebabkan banyak kerosakan berlaku dalam setiap peringkat. Akibat mengikut hawa nafsu menyebabkan pemimpin pecah amanah, pegawai kerajaan terlibat dengan rasuah, rakyat ketagih arak dan dadah serta tidak segan silu terlibat dengan penzinaan. Kita menyokong cadangan Majlis Perbandaran Kuantan yang melarang wanita Islam bekerja sebagai GRO mulai tahun depan ketika Malaysia sendiri belum lagi mampu membersih nama sebagai pengguna arak ke-10 tertinggi di dunia walau jumlah rakyatnya kurang dan Negara sempit berbanding Negara yang lain. Tiada usaha bersungguh dalam mengurangkan penggunaan arak dan pergantungan negara terhadap cukai arak.

Apabila umat Islam sendiri bergelumang dengan dosa maka kita dijauhkan daripada rahmat dan keberkatan hidup. Inilah antara punca yang paling besar yang menyebabkan orang bukan Islam tidak tertarik kepada keindahan Islam. Apa yang lebih malang apabila umat Islam sendiri bukan sahaja mengabaikan kewajipan agama malah memburuk-burukkan sistem Islam yang bercanggah dengan hawa. nafsu mereka. Keadaan ini amat berbeza dengan masyarakat barat yang semakin menerima Islam walau pun dituduh sebagai agama yang mencetus keganasan. Paderi-paderi Kristian di barat melahirkan rasa bimbang dengan jumlah penganut Kristian yang semakin kurang mengunjungi gereja pada hujung minggu malah ramai golongan paderi sendiri yang memeluk Islam. Suara supaya dilaksanakan undang-undang syariah di negara barat termasuk melalui lidah orang bukan Islam begitu kuat kedengaran di tengah-tengah kebencian yang ditanamkan oleh golongan anti Islam. Kemuncak kepada kebencian terhadap Islam yang terbaru ialah peristiwa pengeboman oleh pelampau Kristian di Oslo, Norway pada 22 Julai lalu yang mengorbankan 93 nyawa atas alasan mahu membangkitkan api permusuhan terhadap sesiapa sahaja yang memberi layanan baik terhadap umat Islam.

Anda mungkin juga menyukai