Anda di halaman 1dari 22

Antara karya Imam Ghazali yang popular Labels: Tokoh Islam Antara karya Imam Ghazali yang popular,

yang lainnya:

1. Maqasid al-Falasifah.

2. Tahafut al-Falasifah.

3. Minhaj al-Abidin.

4. Tafsir Al-Ghazali. Imam Al-Ghazali ada membuat satu (kitab) tafsir Al-Quran. Kata orang, tafsirnya sampai 40 jilid dia mentafsirkan Al-Quran. Tapi sayangnya sewaktu orang-orang Monggol serang Baghdad, Baghdad habis musnah, kitab-kitab (yang ada di Baghdad) dibakar. Orang Monggol ini (umumnya) tidak ada Tuhan, dia bakar habis kitab-kitab itu semua. Jadi banyaklah karangan Imam al-Ghazali yang hilang. Rugilah kita, termasuklah (antara yang hilang itu ialah) Tafsir Quran Imam alGhazali.

5. Kemudian kitab Fadaih al-Batiniyyah wa al-Fadhail al-Mustaziriyyah.

6. Majalis al-Ghazaliyyah. Yang ini anak muridnya yang karang. Imam Ghazali bagi kuliah, disebabkan sedap sangat kuliahnya, suatu hari anak muridnya terfikir hendak salin apa yang dia cerita. Jadi anak muridnya ini pun susun balik kuliah Imam al-Ghazali ini, kemudian dia tunjuk kepada Imam Ghazali. Tuan Imam, cuba check betul tak apa yang Tuan Imam cakap dengan apa yang saya tulis. Imam Ghazali sahkan, (lalu) dia (iaitu anak muridnya itu) buat satu kitab, namanya Majalis Ghazaliyyah.

7. Kemudian kitab Mizan al-Amal

8. Al-Itisad fi al-Itiqad.

9. Sirr al-Alamin

10. Al-Maarif al-Aqaliyyah.

11. Kitab al-Arbain.

12. Jawahir al-Quran.

13. Ayyuhai Walad.

14. Hujjah al-Haqq.

15. Qisas al-Mustaqim

Dan banyak lagi kalau hendak disenaraikan.

Yang popular di negara kita ini, antaranya kitab:

1. Minhaj al-Abidin. Ramai tok-tok guru ajar kitab itu.

2. Dan juga ringkasan (Ihya) inilah Bimbingan Muminin, ramai orang ajar.

3. Dan juga kitab Ayyuhai Walad.

Yang lain-lain itu biasanya susah hendak jumpa orang ajar.

Jadi Imam Ghazali ini seorang yang hebat, sebab pada zaman dahulu hendak menulis susah (jika dibandingkan dengan hari ini). Hendak cari kertas susah, cari dakwat susah, cari pen pun susah. Bukan macam sekarang, tekan komputer, tulis. Laju saja. Sungguhpun dalam keadaan yang macam itu, Imam Ghazali boleh menulis ratusan kitab. Dengan mengajar lagi, dengan belajar lagi, dengan

ibadahnya yang hebat lagi. Itu yang kita berasa hairan. Sebab itu orang kata Imam Ghazali ini pun salah seorang daripada wali-wali Allah juga.

Yang kita zaman sekarang ini, petik komputer sahaja boleh (terus) menulis, apa kitab pun kita tak buat, sebab kita tidak mampu. Imam Ghazali zaman dahulu buat ratusan kitab.

Apakah kitab-kitab ringkasan Ihya Ulumiddin yang popular di rantau Nusantara ini? Di Alam Melayu ini ada kitab-kitab ringkasannya.

1. Salah satu yang popular, kitab Bimbingan Muminin.

2. Kemudian kitab Bidayatul Hidayah.

3. Yang ketiganya kitab Hidayah as-Salikin yang disusun oleh Syeikh Abdus Samad Falimbani, orang Palembang. Kitab Hidayatus Salikin ini (merupakan) huraian kepada kitab Bidayatul Hidayah, karangan Imam al-Ghazali.

4. Yang keempatnya kitab Sairus Salikin karya Syeikh Abdus Samad Falimbani juga.

Ini semua ada kait-mengait dengan kitab Ihya Ulumiddin.

Susah hendak mencari orang yang mengajar kitab Ihya Ulumiddin terus. Biasanya mereka mengajarkan ringkasannya.

Hadirin yang dirahmati Allah sekelian,

Sekarang kita pergi kepada sejarah Imam al-Ghazali, dari masa dia kecil, sampailah muda remaja, sampailah tua, sampailah meninggal dunia. Jadi Imam Ghazali ini dilahirkan di sebuah kampung yang bernama Ghazalah. Sebab itu namanya dinisbahkan kepada Ghazali. Nama sebenarnya Muhammad, tapi orang panggil Imam Al-Ghazali, bersempena dengan nama tempat dia. Kampung Ghazalah ini terletak di mana? Di Tus. Tus ini di wilayah Khurasan. Zaman sekarang ini dalam negara Iran.

Bila dia lahir? Tahun 1058 Masihi. Sekarang 2011. Maksudnya sudah 953 tahun yang lalu. Dekat seribu tahun dah Imam Ghazali hidup dahulu. Jadi kitab dia yang berada di tangan kita ini pun, sudah 900 tahun lebihlah. Sampai sekarang pun orang masih pakai lagi. Inilah untungnya jadi ulama-ulama ni. Dia tulis kitab banyak-banyak, sampai sekarang pun pahala masih mengalir kepadanya.

Jadi Imam al-Ghazali ini tuan-tuan, dia satu orang yang miskin, sebab datang dari kelauarga yang miskin. Bapanya berkeja sebagai tukang tenun kain. Adalah kedai kecil satu. Pendapatan pun tidak seberapa, hidup dalam kemiskinan. Sungguhpun miskin, bapanya seorang yang soleh dan sangat suka akan ilmu. Dia cukup suka belajar ilmu-ilmu agama. Jadi bapanya berdoa supaya dapat anak, anak yang soleh, anak yang bakal jadi ulama. Begitu doa bapanya.

Doa bapanya yang utama (sekadar contoh): Ya Allah, berilah akan daku anak yang bakal menjadi ulama, orang-orang yang alim. Ini doa bapa Imam al-Ghazali, dan doanya diperkenankan (Allah). Sebab apa? Dia berjaya dapat dua orang anak lelaki iaitu Imam al-Ghazali dan adiknya bernama Ahmad. Kedua-dua orang jadi ulama besar, berkata doa si bapa tadi.

Kita bandingkanlah dengan doa kita pula. Apabila kita bakal dapat anak, apa doa kita? Macammacam doa, tapi doa yang utama? Ada orang, doanya yang utama adalah: Ya Allah, jadikanlah anakku ini cerah, putih melepak, yang paling atas sekali. Tak salah berdoa begitu. Tapi kalau boleh doa yang utama itu ialah doa (agar anak) jadi orang yang soleh, jadi pejuang, jadi ulama. Doa nak putih melepak itu (biarlah) bawah sikit. Tapi kadang-kadang doa putih melepak itu sudah jadi nombor satu. Ada pula yang berdoa : Ya Allah, jadikanlah anak aku seorang yang cerdik.

[url]http://syarahihya.blogspot.com/2011/03/teks-kuliah-syarah-ihya-2.html[/url]

VirginLady posted at 18-5-2011 12:23 ihhhh...serabutnya awak punya post :L

pasarmalam posted at 24-5-2011 22:16 WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 48

Fakta-fakta menarik tentang haiwan (sebagai muqaddimah).

Apa peranan ilmu kepada diri kita? Imbas kembali kelebihan-kelebihan hadir ke majlis ilmu. [url]http://www.youtube.com/watch?v=gu-beRa_ZLg[/url]

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 49 [url]http://www.youtube.com/watch?v=4RSiyOpOe2w[/url] Imbas kembali kuliah lalu. Apakah hasil daripada ilmu? Hikmah Al-Ghazali ke-8. Perihal 'alat' dan 'matlamat'. Kebahagiaan Tertinggi dan Kebahagiaan Abadi. Alasan-alasan biasa golongan yang enggan berdakwah. Cara mengatur urusan dunia. Benarkah dakwaan mengatakan Imam Al-Ghazali menolak dunia? Antara bukti Al-Ghazali memperjuangkan dunia.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 50 [url]http://www.youtube.com/watch?v=NVlODZbpHQk[/url] - Bagaimana hendak jadikan dunia ini teratur. - Apa perkara pokoknya, pelayan kepada perkara pokok dan penghias/penyempurnanya? - Apa pula perkara pokok, pelayan dan penghias kepada diri manusia? Yang mana paling penting? - Hati atau jantung?

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 51 [url]http://www.youtube.com/watch?v=CMkc-2FUvrM[/url] - Bahaya kerosakan hati dan kerosakan 'hati'. - 3 bahagian diri manusia.

- Servis diri, overhall diri yang 3 bahagian itu. - Seimbangkan kebersihan luaran, dalam dan batin. - Kerja yang paling mulia...

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 52 [url]http://www.youtube.com/watch?v=bz-SdE5F9Ik[/url] - Apa itu fardhu 'ain dan fardhu kifayah? - Apakah ilmu yang jadi fardhu 'ain? - Apa kata Imam Abu Talib al-Makki? - Ilmu fardhu 'ain menurut kitab Kasyful Asrar.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 53 [url]http://www.youtube.com/watch?v=pdwPKyAJasA[/url] - 3 tungku keagamaan kita. - Acuan hidup anda stabil atau senget?...

[url]http://syarahihya.blogspot.com/[/url]

pasarmalam posted at 26-5-2011 10:10 Teks Kuliah Syarah Ihya 3

Setakat itu sahaja (doa kita). Cerdik itu cerdik yang mana? Kadang-kadang (apabila) dia besar (sudah dewasa), dia cerdik bahagian (perkara-perkara) jahat.

Ya Allah, bagilah anak aku ini ada lesung pipit.

Setiap hari asyik doa yang itulah sampai terigau-igau dalam mimpi, (kerana) hendak sangat anak yang ada lesung pipit. Tidak salah, tapi itu sudah jadi doa yang atas sekali. Itu yang tidak berapa kena.

Ya Allah jadikanlah anak aku cantik, mukanya macam Siti Norhaliza.

Tidak salah, tetapi jangan itu jadi doa utama.

Bagilah anak aku apabila besar nanti handsome macam Rosyam Nor.

Tidak salah juga. Tapi bapa Imam Ghazali tadi, doanya yang teratas sekali (ialah) dia hendak dapat anak, Allah kurniakan anak yang jadi ulama. Dan doanya dimakbulkan Tuhan.

Kita minta memang Tuhan beri, cuma masalahnya doa kita yang atas sekali, yang utama itu apa dia? Kalau dapat anak cantik tapi perangai tak cantik pun, susah juga kita nanti.

Jadi Allah kurniakan dua orang anak lelaki. Kalau Imam Ghazali namanya Muhammad, adiknya bernama Ahmad Terpuji juga (maksudnya). Muhammad (dan) Ahmad, kedua-duanya pun Mat. Imam Ghazali, gelarannya Abu Hamid. Adiknya tadi (dipanggil) Abul Futuh Ahmad bin Muhammad. Gelaran adiknya Mujiduddin.

Sungguhpun berjaya mendapat dua orang anak yang baik, tapi bapanya meninggal awal. Tidak sempatlah hendak melihat anak-anak membesar dan jadi ulama. Sungguhpun begitu, yang penting usaha, bukannya (mesti) hendak tengok kejayaan. Kita didik anak kita, kita target jadi orang yang soleh, jadi orang baik, jadi orang berjaya. Kita tidak sempat tengok (kejayaan mereka) pun tidak mengapa, asalkan mereka ini berjaya.

Adik kepada Imam Ghazali ini pun ulama besar, kita tidak boleh hendak menyisihkan adiknya. Sebab apa? Suatu ketika Imam Ghazali jadi imam, adiknya sembahyang di belakang. Tengah-tengah sembahyang, adiknya mufaraqah, keluar (dari sembahyang). Adiknya beri salam, keluar. Selepas sembahyang, Imam Ghazali pun tanyalah, Kenapa tadi (waktu) abang jadi imam, kamu keluar?

Adiknya kata, Tiba-tiba saya ternampak badan abang ni dalam api. Setengah riwayat kata , ...badan abang ni berlumuran dengan darah. Sebab itu saya keluar. Saya berasa ada sesuatu yang tidak kena. (Sebenarnya) Masa (sembahyang) itu adiknya diangkat hijab. Sebab adiknya (pada) zaman itu mendahului Imam Ghazali dari segi kerohanian. Adiknya ini di bidang kerohanian, tasawuf, adiknya teroka lebih dahulu berbanding Imam al-Ghazali.

Jadi, apa yang abang fikir tadi?

Barulah Imam Ghazali teringat.

Ooh memang betul. Masa dalam sembahyang tadi aku terfikir permasalahan fiqh, iaitu masalah darah wanita, darah haid. Macam mana hukum-hakamnya begini begini.

Tengah sembahyang dia fikir persoalan agama. Kalau ikut kita, tidak salahlah (sebab masih fikir hal ehwal agama juga). Tapi bagi ulama-ulama, dia mesti tumpu pada Tuhan. Tidka boleh hendak fikir masalah agamakah, perjuangankah, tidak boleh. Jadi Imam Ghazali ini pada masa itu ulama fekah. Dia menyelesaikan masalah hukum-hakam yang orang tanya, terbawa-bawa dalam sembahyangnya persoalan tentang darah wanita. Disebabkan dia terfikir begitu, Tuhan beri nampak kepada adiknya tadi, nampak dirinya... setengah riwayat kata berapi, setengah riwayat kata badannya berlumuran darah.

Apabila Imam Ghazali dengar sebegitu, Memang betullah. Aku tadi terfikir selain daripada Allah iaitu masalah fiqh. Mulai hari ini aku pun hendak terjun ke dalam dunia tasawuf, dunia kerohanian.

Sejak hari itu Imam Ghazali pun belajar juga, bertekun juga dalam bidang kerohanian, adiknya pula kalah dengannya. Hebat dia lagi.

Jadi masa kecil ini, ketika bapanya hendak mati itu, bapanya sudah berpesan, anak lelakinya yang dua orang ini beri kepada seorang ustaz untuk dijaga, seorang ulama tasawuf. Duduk dengan ahli tasawuf. Selepas bapanya meninggal, Imam Ghazali dan adiknya duduk dengan ulama tasawuf.

Antara tok guru yang mereka belajar... ulama tasawuf ini menjaga mereka macam anaklah. Imam Ghazali belajar ilmu fiqh dengan Syeikh Ahmad bin Muhammad ar-Razakani. Zaman itu cukup ramai yang bernama Ahmad, cukup ramai yang bernama Muhammad. Dia punya tok guru pun nama

Ahmad bin Muhammad. Adiknya bernama Ahmad bin Muhammad. Dia pula bernama Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad. Itulah nama mereka zaman itu.

Selain belajar ilmu fiqh dengan Imam Razakani, belajar pula tasawuf dengan Yusuf an-Nassaj. Selepas itu dia pergi mengembara ke Jurjan, belajar. Gurunya bernama Abi Nassar al-Ismaili. Selepas belajar, balik ke kampungnya, mengajar di sana. Jadi, ramailah ulama yang ditemui oleh Imam al-Ghazali. Saya senaraikan di sini dua tiga orang sahaja. Sebenarnya ramai ulama yang dia temui sepanjang hidupnya.

Dulu saya pernah test satu kumpulan remaja berusia 14 tahun. Saya bagi satu kertas, saya cakap kepada mereka, Dalam masa dua minit, kamu senaraikan nama artis yang kamu tahu. Bermula dari sekarang.

Mereka pun apa lagi, tulis nama artis. Dua minit tidak cukup. Cukup,cukup! Dua minit!

Ada lagi ni! Punya ramainya nama artis yang mereka ini ingat, remaja sekarang. Dua minit tidak cukup.

OK, sudah!

Penuh kertas.

Baik. Sekarang kertas kamu pusing sebelah belakang. Mereka pun pusing.

Saya beri masa dua minit, kamu senaraikan nama ulama yang kamu tahu.

Terpinga-pinga budak-budak ni tadi. Hendak tulis satu (nama) pun susah.

Siapa dia ulama ye?

Cukup dua minit, saya tengok paling banyak ada 7-8 nama ulama. Itu paling banyaklah tu. Biasanya 3 orang, 2 orang. Sebab apa? Generasi sekarang tidak kenal ulama. Artis? Dua minit kita bagi, dia tak cukup kertas hendak tulis. Tu dia tulis nama. Tulis nama ulama, dua minit... tak tahu hendak tulis.

... siapa dia ulama?

Yang tidak ulama pun dia masukkan juga. Ustaz kecil pun dia tulis juga, sebab sudah tidak tahu (tidak kenal ulama).

Balik rumah, kita boleh test anak-anak kita.

Awang, mari sini sekejap, bapak nak test ni. Ini kertas, ini pen, bapa bagi masa dua minit, cuba kamu tulis nama-nama artis. Laju dia tulis. Tulis nama ahli sukan? Laju dia tulis.

Ok, cukup dua minit! Sekarang bapak bagi dua minit lagi, tulis nama ulama.

Hah, tengok dia hendak tulis macam mana! Silap-silap kertas kosong. Sebab? Generasi kita tidak kenal ulama.

Tapi yang kita takut dia test kita balik : Ooh, bapak pandai ya? Hah,nah! Saya bagi dua minit, bapak tulis nama-nama ulama! Takut-takut kita pun tak boleh.

Baik. Selepas itu Imam Ghazali pergi ke Nisapur. Di sana ada satu sekolah Nizamiyyah, dia berguru pula dengan seorang ulama besar bernama Imam Haramain. Haramain ini maksudnya Dua Tanah Haram. Imam ini cukup terkenallah di Makkah dan di Madinah, (lalu) diberi nama Imam Haramain. Belajar dengan Imam Haramain ini, Imam Haramain cukup sayang kepadanya kerana dalam banyakbanyak anak muridnya, Imam Ghazali yang paling handal, paling hebat dalam ilmu-ilmu agama dan amalan. Sampaikan kalau Imam Haramain tidak ada, (jika) dia ada urusan di luar, dia akan suruh Imam Ghazali tolong mengajar. Padahal masa itu Imam Ghazali muda lagi.

Apabila sampai umurnya 25 tahun, dia dipilih sebagai seorang pensyarah di Universiti Nizamiyyah. Umur baru 25 tahun. Dia mengajar itu pun orang-orang yang sebaya dengannya, menunjukkan handalnya dia.

Pada tahun 479 Hijrah, Imam Haramain iaitu tok gurunya yang handal itu meninggal. Apabila tok gurunya meninggal, orang lantik dia jadi pensyarah menggantikan tempat tok gurunya. Muda lagi dia masa itu. Yang lantik dia siapa dia? Perdana Menteri Nizam al-Mulk, dari Bani Abbasiyyah.

Teks Kuliah Syarah Ihya' 4

Kata Imam Haramain iaitu tok gurunya, Imam Ghazali ini Lautan tak bertepi. Imam Ghazali ini ilmunya seolah-olah lautan tak bertepi, punya luas ilmunya. Ini pengakuan tok gurunya sendiri. Tok gurunya kata (*sekadar melakonkan) : Anak muridku yang bernama Ghazali ini, dia punya ilmu seolah-olah laut tidak ada tepi. Punya hebatnya. Tok gurunya sendiri iktiraf, menunjukkan Imam Ghazali ini memang handallah hal ehwal agama ni.

Disebabkan dia handal ilmu agama, PM (Perdana Menteri) pun terpikat dengannya. Perdana Menteri panggil ke istana, mengajar. Setiap dua minggu, sekali Imam Ghazali mengajar di istana. Habislah pegawai-pegawai yang lain pun semuanya ikut mendengar, selama lima tahun. Kemudian dia dinaikkan pangkat lagi, dilantik pula jadi Ketua Universiti Baghdad. Zaman itu, Baghdad di Iraq ialah pusat pemerintahan daulah Islam. Dia dilantik jadi ketua di sana.

Khalifah zaman itu bernama Khalifah Muqtadi. Dia hantar utusannya iaitu permaisuri kepada Raja Malik Syah dari Dinasti Saljuk, yang bernama Terkanu Khatun. Dia hantar seorang permaisuri berurusan dengan Imam Ghazali. Berurusan.. bersoal-jawab... jadi khalifah pun terpikat, khalifah pun sangat-sangat menyokong Imam al-Ghazali. Jadi Imam Ghazali dapat penyokong yang kuat. Sejak itu dia semakin terkenal.

Lama-kelamaan, apabila kita berada di kemuncak, suatu ketika kita terkena ujian juga. Suatu ketika kita jatuh juga, ruyup juga sekejap. Begitulah yang terjadi kepada Imam al-Ghazali. Pada tahun 485 Hijrah, Raja Malik Syah meninggal. Dia penyokong Imam Ghazali. Kemudian Perdana Menteri mati dibunuh. Kemudian Khalifah Muqtadi, khalifah yang suka akan Imam Ghazali meninggal dunia pula. Jadi, tiga orang penyokong kuatnya meninggal dunia, menyebabkan Imam Ghazali jatuh sedikit. Sebab (*selepas itu) orang lain naik, pemerintah lain naik, tak macam pemerintah yang dahulu. Jatuhlah sikit. Jadi, ini zaman ujian. Sedang menaik, naik, naik... zoom... ruyup sekali. Tapi selepas itu naik balik.

Imam al-Ghazali pun bersedih, kerana dia punya penyokong-penyokong utama sudah meninggal. Macamlah yang berlaku kepada Nabi Muhammad. Di tengah-tengah dakwah Islam baru hendak naik

di Mekah, meninggal bapa saudaranya. Setelah bapa saudara meninggal, meninggal pula isterinya. Jadi, (*tahun itu) tahun kesedihan. Sebab itu salah satu sebab Tuhan ambil Nabi Muhammad dibawa berjalan ke langit Isra Mikraj, kerana Nabi Muhammad sedih sangat.

Jadi Imam al-Ghazali ini setelah berpuluh-puluh tahun hidup dalam kemewahan, jadi orang besar, mengajar di istana, tulis buku dan sebagainya, apabila umurnya hampir sampai setengah abad, datang satu tekanan dalam hidupnya. Tekanan disebabkan masalah agama, (*yang membuatkan) dia asyik berfikir. Datang tekanan dalam hidupnya, dia tidak jumpa penyelesaiannya dan dia jatuh sakit selama enam bulan.

Selepas itu dia kata (*sekadar melakonkan): Tak boleh jadi macam ni. Dia letak kesemua jawatannya, dia pergi mengembara. Dia tinggalkan duit dan apa semua cukup untuk anak isteri, tinggalkan dia punya pondok (*pusat pengajian), dia suruh adiknya uruskan pusat pengajian, lalu dia mengembara selama 10 tahun. Selama 10 tahun dia tinggalkan keluarga. Dia mengembara, beruzlah, menulis kitab dan sebagainya.

Sebab apa? Dia melihat, kalau dia berterusan hidup seperti itu, apa yang dapat dia sumbangkan kepada dirinya dan umat Islam sekadar itu sahajalah, macam ulama-ulama biasa. Dia hendak buat sesuatu yang lebih lagi, tetapi dia tidak tahu bagaimana caranya. Jadi, dia mengembara. Banyak tempat dia pergi, beruzlah. Dalam uzlah itulah dia mendapat keputusan-keputusan, dapat ilham, dapat hasil kajian dan dia tulis banyak kitab yang penting yang salah satunya ialah kitab Ihya Ulumiddin. Kalau dia tidak mengembara, mungkin tidak adalah kitab ini di tangan kita hari ini, kitab besarnya ini. Jadi, untunglah dia korbankan selama 10 tahun jauh dari keluarga pun, tapi kesannya sampai sekarang, 900 tahun lebih, dia punya kesan, dia punya pendidikan dapat kepada orang Islam.

Dalam pengembarannya ini, dia pergi ke Syam (Syria). Dia duduk di masjid, dalam menara masjid. Dia beruzlah di situ. Dia pergi ke Baitul Maqdis, Damsyiq @ Damascus. Dia pergi ke Mesir. Dia pergi buat haji (* di Makkah), pergi Madinah. Apabila dia sudah puas, dia pulang ke kampung. Balik kampung, dia buka pondoknya sendiri khususnya untuk orang-orang sufi. Dia mengajar di sana sehingalah dia meninggal dunia.

Begitulah secara ringkasnya riwayat hidup Imam al-Ghazali, tuan kitab kita, kitab Ihya Ulumiddin ini.

Imam al-Ghazali ada empat orang anak. Satu orang anak lelaki, yang bernama Hamid. Sebab itu Imam al-Gahzali dikenali sebagai Abu Hamid. Anaknya bernama Hamid, tapi meninggal ketika kecil. Yang tinggal hanya anak perempuan tiga orang.

Hadirin yang dirahmati Allah sekelian,

Seterusnya kita lihat aliran pemikiran Imam al-Ghazali. Dari segi tauhidnya Imam al-Gahzali berpegang dengan Mazhab Asyairah, macam kitalah. Dan dia juga berpegang dengan Mazhab Ahliahli Kasyaf, sebab dia banyak membicarakan tentang hal ehwal hakikat. Kalau dalam pelajaran Mazhab Asyairah, ia tidak menyentuh persoalan hakikat (*sehingga ke kemuncaknya). Tapi kalau dalam Mazhab Ahli Kasyaf, ia sentuh hakikat (*sehingga ke puncaknya). Contoh kitab-kitab di Nusantara ini @ kitab-kitab Alam Melayu yang membicarakan Mazhab Asyairah ialah seperti kitab Durruth Thamin, kitab Faridatul Faraid, kitab Aqidatun Najin... Tapi kitab mazhab Kasyaf ialah seperti Kasyful Asrar, kitab Durrun Nafis dan sebagainya.

Dari segi fiqhnya Imam al-Ghazali bermazhab Syafii. Betul-betul macam kitalah. Kita pun bermazhab Asyairah, kita juga bermazhab Syafii. Dari segi tasawuhnya pula, dia berpegang dengan aliran tasawuf perdana. Jadi dia tidak terikat dengan mana-mana tariqat (*khusus). Apa ajaran-ajaran yang dibawa oleh ulama tasawuf sebelumnya seperti Abu Talib al-Makki, Junaid al-Baghdadi, Asy-Syibli, Abu Yazid al-Bustami dan lain-lain, yang itulah yang dipegangnya. Dan pegangan Imam Ghazali dalam tasawuf ini, anak-anak murid selepasnya menjadikan ia satu tariqat.

Ada satu komen daripada seorang ulama besar Nusantara ini iaitu Dr. Hamka @ Haji Abdul Malik Karim Amrullah. Sungguhpun Dr. Hamka berfahaman Kaum Muda, berjuang dalam Muhammadiyyah di Indonesia, tetapi dia puji kitab Imam al-Ghazali. Katanya : Meskipun ada berpuluh lagi karangan Al-Ghazali yang lain dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan Islam, namun yang menajdi intisari seluruh karangan beliau itu ialah kitab Ihya Ulumiddin.

Jadi kata Dr. Hamka, Imam al-Ghazali ini punya cukup banyak karangan, tapi kesemua intipati karangannya ini ada dimasukkan dalam Ihya Ulumiddin. Oleh itu, jika kita belajar kitab Ihya Ulumiddin sehingga khatam, seolah-olah kita sudah membaca keseluruhan karya Imam al-Ghazali.

Membongkar karya hebat Al-Ghazali

Oleh KHAIRUSY SYAKIRIN HAS-YUN HASHIM SIAPA yang tidak pernah mendengar nama Al-Ghazali, tokoh terkenal bukan sahaja di negara-negara Islam, malah melangkaui zaman dan sempadan. Ilmu-ilmu yang beliau tinggalkan begitu banyak manfaatnya kepada tamadun manusia. Sehinggakan beliau disifatkan oleh para sarjana sebagai the greatest theologian of the age.

Al-Ghazali dilahirkan pada tahun 450H bersamaan 1058 M di Tabaran, iaitu sebuah kota di daerah Tus, yang terletak di negeri Khurasan. Ayahnya seorang penenun bulu binatang untuk dibuat pakaian. Al-Ghazali suka mengembara, yang telah membawa beliau hampir ke pelosok negeri-negeri Islam untuk mencari ilmu. Pencariannya itu menemukan beliau dengan beberapa orang guru yang kemudiannya berperanan besar membentuk sifat keilmuan beliau.

Riwayat hidup Al-Ghazali telah ditulis sendiri menerusi catatan semi-biografi, yang ditulisnya di dalam Al-Munqidh min al-Dalal (Penyelamat Daripada Kesesatan).

Mungkin ramai di antara kita mengenali Al-Ghazali dengan karya besarnya, Ihya' Ulum al-Din (Penghidupan Ilmu Agama), namun sebenarnya lebih dari itu, terdapat beberapa lagi karya beliau yang perlu dikaji dan dibaca.

Ketokohan Al-Ghazali dalam Bidang Logik, karya Dr. Mohd. Fauzi Hamat (terbitan Penerbit Universiti Malaya) membicarakan karya-karya Al-Ghazali ini, terutamanya di dalam membicarakan ilmu logik. Al-Ghazali terkenal sebagai seorang tokoh ilmuwan yang terlibat secara langsung dengan pemikiran Islam seperti falsafah, logik, Ilm al-Kalam, Usul al-Fiqh dan al-Tasawwuf.

Menerusi buku ini, disenaraikan beberapa buah karya Al-Ghazali. Karya pertama al-Ghazali ialah AlMankhul min cIlm al-Usul (Tapisan Ilmu Perundangan Islam). Menurut Mohd. Fauzi, kitab ini ditulis Al-Ghazali ketika gurunya masih hidup, al-Juwayni yang banyak mencorak pemikiran al-Ghazali.

Semasa Al-Ghazali berkhidmat di Madrasah al-Nizamiyyah, beliau menghasilkan kitab-kitab Maqasid al-Falasifah, Tahafut al-Falasifah, Al-Munqidh min al-Dalal dan Micyar al-cIlm.

Kitab-kitab Micyar al-cIlm fi al-Mantiq, Mihak al-Nazar dan Al-Qistas al-Mustaqim pula ditulis AlGhazali untuk menjelaskan ilmu logik, yang menurut Mohd. Fauzi sebagai suatu disiplin ilmu yang berupa alat piawai bagi pemikiran manusia.

Di dalam membicarakan Logik sebagai suatu disiplin ilmu, Al-Ghazali memulakan kembara ilmunya dengan menulis tentang ilmu Falsafah, yang diperolehinya daripada tinggalan tamadun Greek, dengan menjadikan Aristotle sebagai modelnya. Kitab Maqasid al-Falasifah merupakan kitab pertama beliau membicarakan mengenai falsafah. Yang menariknya mengenai kitab ini, Al-Ghazali tidak mengkritik falsafah, sebaliknya cuba merungkai ilmu-ilmu yang terdapat di dalam falsafah seperti Logik, Metafizik dan Fizik.

Seterusnya, selesai menulis Maqasid, Al-Ghazali menulis Tahafut al-Falasifah, iaitu 'sebuah kitab yang menjelaskan asas-asas pemikiran falsafah yang ditafsirkannya sebagai bercanggah dengan ajaran Islam' (Mohd. Fauzi). Menerusi Tahafut, menurut Mohd. Fauzi lagi, terlihat kecenderungan AlGhazali secara serius memperbaiki pemikiran ahli-ahli falsafah yang kebanyakannya menurut AlGhazali menundukkan persoalan luar tabii yang di luar kemampuan akal manusia untuk memikirkannya.

Buku Ketokohan Al-Ghazali dalam Bidang Logik ini biarpun agak nipis (160 muka surat) berbanding dengan kehebatan karya-karya Al-Ghazali, namun ia cukup berperanan mendidik masyarakat membaca untuk lebih teruja mencari karya-karya Al-Ghazali yang sehingga kini masih lagi relevan.

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1215&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg =re_09.htm#ixzz2b5fTBvOm Utusan Melayu (M) Bhd

Pandangan Tokoh-tokoh Barat, Timur dan Islam Tentang Seni dan Kesenian Seni dan kesenian.

C) Pandangan tokoh-tokoh mengenai Pendidikan Seni

Pendidikan Seni merupakan suatu program pendidikan yang bersistem dan mempunyai matlamat serta hala tuju yang jelas. Terdapat banyak pendapat dan pandangan yang diutarakan mengenainya oleh para pemikir seni. Setiap tokoh-tokoh tersebut mengutarakan pandangan mengikut pendekatan masing-masing.

Herbert Read dan Viktor Lowenfeld berpendapat Pendidikan seni seharusnya berasaskan aspek psikologi yang melihat kepada perkembangan kanak-kanak dalam melahirkan pernyataan dirinya. Dalam konteks ini, guru seni perlu melihat potensi kedua-dua pihak, pelajar dan guru itu sendiri dari asoek motivasi, personaliti dan sebagainya.

Eisner ( 1967 ), Pendidikan Seni dan kreativiti bukanlah diperolehi secara mutlak, sebaliknya ia harus dipupuk melalui proses pembelajaran. Selain daripada itu, beliau juga berpandangan kreativiti dan kebolehan kanak-kanak adalah berbeza berdasarkan latar belakang dan pengalaman mereka. Berdasarkan kajian beliau, kanak-kanak yang datang daripada keluarga yang berpendapatan rendah mempunyai kebolehan yang rendah berbanding dengan kanak-kanak sebaliknya.

Feldman ( 1996 ) berpendapat pendidikan seni sebagai usaha yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran membuat dan memahami seni, di samping mengetahui tentang dunia dan diri kita melalui seni. Seni yang dimaksudkan di sini adalah seni visual yang merangkumi keseluruhan bidangnya. Ini adalah kerana seni visual adalah berkait rapat dengan alam dan persekitarannya yang turut merangkumi manusia dan kemanusiaannya, kebudayaan dan lain-lain altiviti yang berkai dengan kehidupan. Secara jelasnya, pendidikan seni mempunyai peranan di dalam segenap aspek kehidupan samada sosial, politik, kebudayaan mahupun ekonomi.

ii) Pandangan Barat tentang kesenian

Menurut Herbert Read, seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik. Keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik ini adalah kesan yang timbul daripada samada sewaktu menghasilkan produk seni mahupun menikmati hasil seni. Kedua-dua pihak samada artis mahupun pemerhati seni akan merasai kesan-kesan tersebut.

Clive Bell ( Syed Ahmad Jamal, 1994 ) berpendapat bahawa emosi yang dialami apabila menghayati sesebuah karya seni adalah emosi yang tersendiri dan berada di dalam alam yang asing.

Pada asasnya, menurut barat, seni adalah pernyataan dan teknik pembuatannya. Seni memberi bentuk tampak kepada bentuk yang terpendam, dipersembahkan di dalam bentuk imej yang dapat dilihat. Dalam kebudayaan manpun, perasaan dan fikiran dapat dilahirkan melalui seni. Seni merupakan intisari kemanusiaan lambang suatu kumpulan manusia dalam kebudayaannya.

Crose dan Collingwood ( Syed Ahmad Jamal, 1994 ) berpendapat bahawa, karya seni itu suatu imej mental. Objek yang ideal yang dinyatakan di dalam bentuk fizikal melalui bahan yang terhasil daripada karya sebenar dalam fikiran pemerhati. Beliau sebenarnya menyokong pendapat yang menyatakan bahawa seni adalah pernyataan rasa yang imaginatif. Ini adalah kerana beliau cuba membezakan seni dengan kraf. Kraf pada pandangan beliau merupakan aktiviti mengubah bahan mentah menjadi barangan dengan menggunakan kemahiran yang boleh dipelajari.

Konsep seni mempunyai pertalian yang erat dengan estetika. Menurut pandangan Barat, estetika bererti sesuatu yang berkaitan dengan pengamatanterhadap sesuatu perkara atau suasana yang menekankan aspek kesenian atau keindahan, bukan aspek kegunaannya.

Perkataan estetika mula digunakan oleh Baumgarten pada tahun 1735. Menurutnya, keindahan mestilah diasingkan daripada estetika kerana barang yang buruk boleh diterima dengan cara yang indah dan sebaliknya. Kebudayaan Barat telah memisahkan seni dengan agama. Pemisahan ini wujud dengan lahirnya sekularisme. Lantaran itu, seni menjadi suatu yang bebas. Demi seni, semuanya dibolehkan sehingga melahirkan kepelbagaian aliran di dalam seni itu sendiri seperti ekspressionisme, kubisme, impressionisme dan sebagainya.

Pandangan Tokoh Barat

a) Plato (347 SM) - Lukisan adalah 3 kali terpisah daripada kebenaran. - Seni dan pendidikan perlu dipandukan kepada

kebenaran, kebaikan, kesempurnaan, kesejahteraan dan keindahan. - Dikatakan dengan perlakuan, akhlak, nilai dan moral. - Mencipta sesuatu persekitaran yang berbudaya dan meningkatkan perpaduan: : Lukisan dibincang dengan konsep imitasi. : Membandingkan lukisan dengan kebenaran. : Pelukis meniru objek yang dibuat oleh tukang pembuat.

b) Aristotle (384-322SM) - pelukis tidak meniru tetapi memberi struktur bentuk kepada benda alam, maka seni itu baik.

c) Pestalozzi (1746-1827) - Memberi peluang kepada kanak-kanak belajar seni sama ada berbakat atau tidak, seni diberi penekanan kepada konsep kepentingan aktiviti mata dan tangan. - Kerja tangan atau kraftangan diajar dengan konsep sepanjang hayat, aktiviti bercorak praktikal.

d) Herbert Read - Seni adalah penghasilan rupa dan bentuk yg menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kedamaian estetik. - Seni alat untuk mendidik seseorang - Seni boleh menyatukan semua Negara (pendidikan dan pembentukan diri)

e) Frank Cizek ( 1865-1946) - Seni sebagai satu peranan ekspresi bebas dalam pendidikan . - Kanak-kanak diberi ruang untuk melukis mengikut pandangan mereka supaya tidak hilang kreativiti dan sifat keperibadian diri. -Seni mewujudkan suasana gembira, suka, riang, minat untuk belajar dan memajukan diri.

f) John Dewey (1859 1952) - Aktiviti seni merupakan satu pengalaman kepada kanak-kanak. - Memberi kebebasan kepada kanak-kanak menysun pengalaman untuk mencerdaskannya. (kreativiti, pemikiran)

g) Walter Gropius - Seni visual memberi faedah kepada kehidupan seharian seperti dalam prinsip-prinsip rekaan dan nilai estetik bagi menghasilkan barangan harian eg. Kerusi,meja dsb. - Ianya mengabungkan seni, pertukangan, sains dan teknologi.

h) Efland dan Laura H. Chapman - Seni adalah untuk masyarakat - Seni dan kreativiti menjadi satu unsur imaginasi.

i) Lansing - Seni dapat mengembangkan potensi pemikiran, sikap dan

psikomotor.

j) June McFee - Menekan kpd kesenian dan individu serta seni dalam masyarakat warisan budaya.

k) Feldman - Seni dan kebudayaan tunjang pembangunan seni manusia.

Sememangnya telah sekian lama mewarnai ketamadunan, peradaban dan kebudayaan manusia. Peredaran masa memperlihatkan perubahannya yang berkembang seiring dengan kehendak persekitaran dan naluri manusia itu sendiri.

Lantaran itu, kita dapat melihat variasi dan kepelbagaian pandangan yang dilontarkan oleh tokohtokoh seni seantero dunia. Kepelbagaian pandangan tersebut sebenarnya turut menjadi perencah di dalam mewujudkan kepelbagaian genre, aliran, teknik serta variasinya seni itu sendiri.

Sejajar dengan peranan seni dan kesenian di dalam kaitannya dengan warisan dan kebudayaan masyarakat, pandangan tokoh-tokoh yang dilontarkan mencerminkan apa yang sebenarnya mampu diterjemahkan oleh seni dan kesenian itu sendiri di dalam masyarakat.

Seni dan kesenian terlalu akrab dengan aspek keagamaan, sosial, politik, ekonomi serta kebudayaan sehingga para ilmuwan dalam setiap bidang tersebut turut terpanggil untuk membentuk seni dan kesenian yang sejajar aliran dan fahaman mereka.

i) Pandangan Islam tentang seni dan kesenian di dalam Islam

Sering kali timbulnya pertanyaan adakah kaitannya antara seni dengan agama Islam itu sendiri? Pertanyaan tersebut sebenarnya telah mengundang perdebatan demi perdebatan sejak berabad lamanya. Lalu, sebagai jalan keluar daripada polemik yang timbul, maka para seniman Islam telah mencipta suatu dimensi baru di dalam kesenian. Islam sebenarnya penuh dengan kesenian. Intipati

kesenian islam adalah tauhid. Ia merupakan penyatuan, ketauhidan kepada Maha Pencipta. Kesan daripada ketauhidan tersebut lahirlah keindahan dan kesatuan yang harmoni yang membentuk acuan yang tersendiri.

Melalui asas-asas tauhid juga terbentuk dunia Islam yang berkembang secara organik, yang melalui berbagai proses transformasi adaptasi daripada unsur-unsur alam. Jelasnya, kesenian Islam adalah terbentuk dan terikat kukuh di dalam konsep tauhid itu sendiri. Bagi agama Islam, agama bukanlah kebudayaan. Setiap perbuatan di dalam Islam mestilah berpaksikan kepada agama sementara budaya bergerak selari dengan kehendak agama.

Di sinilah wujudnya perbezaan jelas di antara kesenian Islam dengan bukan Islam. Seni di dalam Islam adalah kerana Allah manakala seni bukan Islam mementingkan estetika semata-mata tanpa mempunyai ikatan kukuh dengan keagamaan. Islam menuntut umatnya menjalankan aktiviti kesenian berpandukan akhlak Islam.

Pandangan Tokoh Timur dan Islam

a) Muslim Dalam kitab Al-Iman. Org yg mempunyai ilmu seni bertemu dgn objek alam s/jadi dapat mencipta suatu karya dan menghargai objek tersebut.

b) Pandangan Al-Ghazali - Seni bersandarkan daripada Allah kpd Allah. - Seni menuju kepada Al-Falah ( keredhaan Allah ) - Pemangkin kepada ketaqwaan ( tawaduk & beriman )

c) Sidi Ghazalba - Seni tidak melampui batas kesusilaan - Seni bertunjang daripada Allah kepada Allah - Hasil seni itu bertunjang mardatillah ( diredhai Allah)

-Seni membentuk peribadi muslim

Anda mungkin juga menyukai