Anda di halaman 1dari 47

Kata Pengantar

Buku Sumber Pendidikan Muzik KBSM ini disediakan khas untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran guru dan murid peringkat menengah rendah yang mengikuti program Pendidikan Muzik di sekolah menengah.

Diharapkan agar buku ini dapat memberikan manfaat kepada murid dan guru yang menggunakannya dalam usaha untuk mempertingkatkan kefahaman mereka tentang Pendidikan Muzik Sekolah Menengah.

Pelbagai pihak telah memberikan sumbangan masa, tenaga dan fikiran dalam usaha menyempurnakan buku ini. Sehubungan dengan itu, Bahagian Pembangunan Kurikulum merakamkan setinggi tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

HAJI ALI BIN AB. GHANI AMN Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

Kandungan

BUKU SUMBER
PENDIDIKAN MUZIK KBSM MENENGAH RENDAH
Kata Pengantar TINGKATAN SATU Irama Meter Corak Irama Ostinato Irama Melodi Ragam Melodi Skel Jeda Harmoni Triad Pergerakan Kord Warna Ton Tekstur Bentuk Ekspresi Dinamik Tempo Tanda Isyarat dan Terminologi Muzik 1-5 i

6-12

12-13

14 15 16 17

17

PENGENALAN
Muzik ialah bunyian yang disusun secara sistematik dan mempunyai kualiti tersendiri. Penghasilan muzik yang berkualiti mempunyai penyusunan konsep muzik yang betul dan terperinci. Konsep muzik merangkumi Irama, Melodi, Harmoni, Warna, Ton, Tekstur, Bentuk, dan Ekspresi.

IRAMA
Dalam irama terdapat detik, meter, corak irama, tempo dan rentak. Dalam irama juga terdapat nilai not dan tanda rehat yang berbeza. Kesemua not dan tanda rehat ini mempunyai pecahan tersendiri. Carta 1


Carta 2 Not Nama Not Semibrif Tanda Rehat Nilai not berasaskan krocet 4 krocet


Not Bertitik

Minim

2 krocet

Krocet Kuaver

1 krocet krocet

Setiap titik yang terdapat pada sebelah sesuatu not memberikan tambahan nilai separuh daripada nilai not itu.

BAHAN SUMBER MUZIK KBSM 28 31 OKTOBER 2008 ADAMSON HOTEL KL

Contoh:

.=
Detik

Dalam sesuatu muzik, terdapat bunyi berkala iaitu bunyi yang tetap yang dapat ditepuk sepanjang muzik tersebut seperti: Contoh:

atau

atau

atau

Detik dapat dirasai pada bunyinya yang kuat dan yang kurang kuat. Detik yang kuat diistilahkan sebagai tekanan dengan tanda > . Bilangan detik mengikut tekanan disusun dalam kumpulan tetap dengan menggunakan garisan bar. Aktiviti: Tepuk corak irama di atas mengikut tekanan.

BAHAN SUMBER MUZIK KBSM 28 31 OKTOBER 2008 ADAMSON HOTEL KL

Tanda Masa / Meter

2 4

3 4

4 4

Angka di atas menunjukkan bilangan not dalam satu bar dan angka di bawah menentukan jenis notnya. Contoh:

Dalam meter , angka yang di atas ( 2 ) menunjukkan bilangan not dalam satu bar dan angka yang di bawah ( 4 ) menunjukkan notnya jenis krocet. Corak Irama Irama boleh dicorakkan berdasarkan meter yang ditetapkan bagi setiap bar.

Ada kala terdapat corak irama yang sama dan berbeza antara satu bar dengan bar yang lain.

BAHAN SUMBER MUZIK KBSM 28 31 OKTOBER 2008 ADAMSON HOTEL KL

Aktiviti: Latihan corak irama dibuat secara soal jawab.

Ostinato Irama Ostinato irama adalah apabila sesuatu corak irama dimainkan berulang kali daripada sesuatu bar atau beberapa bar. Contoh:

Corak Irama Lagu

Ostinato Irama

Tepuk contoh ostinato irama di atas bagi melodi yang dimainkan oleh guru.

BAHAN SUMBER MUZIK KBSM 28 31 OKTOBER 2008 ADAMSON HOTEL KL

Rentak Rentak ialah corak irama tertentu yang digunakan untuk mengiringi muzik nyanyian atau permainan alat.
Asli

BAHAN SUMBER MUZIK KBSM 28 31 OKTOBER 2008 ADAMSON HOTEL KL

MELODI
Melodi pada dasarnya merupakan suatu susunan bunyi ( pic ) yang diadun secara linear dan berkontur. Bunyi ( pic ) ada kalanya panjang, pendek ataupun sama. Bunyi-bunyi ini menentukan irama melodi. Melodi dibentuk dengan menggunakan not dari skel. Pergerakan melodi ini pula melibatkan pic dan irama yang dikawal oleh meter. Contoh melodi:

Nama pic mengikut kedudukan dalam skel diatonik C Major

Tonik

Supertonik

Median

Subdominan

Dominan

Submedian

Subtonik

Tonik

A minor

Tonik

Supertonik

Median

Subdominan

Dominan

Submedian

Subtonik

Tonik

Ragam Melodi Ragam melodi merujuk kepada pergerakan melodi yang menghala ke atas, ke bawah, atau mendatar; secara bertangga, separuh langkah, langkah penuh ataupun melompat. mendatar bertangga melompat ke atas atau ke bawah

BAHAN SUMBER MUZIK KBSM 28 31 OKTOBER 2008 ADAMSON HOTEL KL

Contoh: Aliran melodi yang mendatar

Aliran melodi menurun secara bertangga

Aliran melodi menurun secara melompat Aliran melodi menaik secara bertangga Aliran melodi menaik secara melompat

Ton dan semiton Ton adalah panggilan jarak yang diukur dalam bunyi atau suara ( pic ). Semiton merupakan setengah dari nilai satu ton. Aktiviti:

C#

Ab

Db

Eb

Semiton

Semiton

Semiton

Ton

Ton

BAHAN SUMBER MUZIK KBSM 28 31 OKTOBER 2008 ADAMSON HOTEL KL

Mainkan semiton dan ton berikut. Semiton Ton

Tanda Kromat Tanda kromat dalam notasi muzik menandakan perubahan pic sesuatu not. Terdapat tiga jenis tanda kromat seperti berikut. Tanda Nama Syap Flet Natural Penggunaan Menaikkan pic satu semiton Menurunkan pic satu semiton Syap atau flet akan mengembalikan not kepada pic asal.


Contoh:

C syap : C#

E natural : E

E flet : Eb

BAHAN SUMBER MUZIK KBSM 28 31 OKTOBER 2008 ADAMSON HOTEL KL

10

Skel
Skel ialah susunan lapan not dalam satu tanda nada dimainkan mengikut langkah tertentu. Contoh : Skel major C major menaik

C major menurun

G major menaik dan menurun tanpa tanda nada

G major menaik dan menurun dengan tanda nada

F major menaik dan menurun tanpa tanda nada

F major menaik dan menurun dengan tanda nada

BAHAN SUMBER MUZIK KBSM 28 31 OKTOBER 2008 ADAMSON HOTEL KL

11

Contoh : Skel Minor A minor harmonik menaik dan menurun

Jeda
Jeda ialah jarak pic di antara dua not. Contoh: (a) Jeda dalam skel C Major

(b) Jeda dalam skel A minor

Terdapat dua cara memainkan jeda iaitu: cara melodik ialah dua not yang dimainkan secara berasingan.

cara harmonik ialah dua not yang dimainkan secara serentak.

BAHAN SUMBER MUZIK KBSM 28 31 OKTOBER 2008 ADAMSON HOTEL KL

12

Jeda Minor ke-3 Major ke-3 Perfek ke-5 Contoh :


1 ton C# Db D# Eb ton F# Gb

Semiton / Ton 3 semiton = 1 ton 4 semiton = 2 ton 7 semiton = 3 ton

Contoh Not C ke Eb Not C ke E Not C ke G

G# Ab

A# Bb

C# Db

D# Eb

F# Gb

G# Ab

A# Bb

1 ton

ton 1 ton

BAHAN SUMBER MUZIK KBSM 28 31 OKTOBER 2008 ADAMSON HOTEL KL

13

Latihan : Mainkan melodi berikut dan perhatikan tempat bertanda jeda major ke-3 dan perfek ke-5. C major

yang mempunyai

HARMONI
Harmoni ialah gabungan dua atau lebih not yang dibunyikan serentak atau bersama. Gabungan not ini membentuk triad dan kord. Kegunaan kord adalah untuk mengiringi melodi. Triad Triad tonik mengandungi tiga not. Untuk membentuk triad tonik, not yang digunakan ialah not pertama, not ketiga dan not kelima daripada sesuatu skel. Contoh: C major G major

F major

A minor

BAHAN SUMBER MUZIK KBSM 28 31 OKTOBER 2008 ADAMSON HOTEL KL

14

Pergerakan Kord Pergerakan kord berlaku apabila satu kord bergerak ke satu kord yang lain. Pergerakan kord yang lazim digunakan ialah pergerakan kord I-IV-V. Kord-kord ini dikenali sebagai kord primer. Contoh: Dalam nada C major

Dalam nada G major

Dalam nada F major

Dalam nada A minor

Aktiviti: Mainkan latihan pergerakan kord di bawah. C major

F major

BAHAN SUMBER MUZIK KBSM 28 31 OKTOBER 2008 ADAMSON HOTEL KL

15

WARNA TON
Bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat muzik mempunyai sifat dan kualiti tersendiri. Bunyi ini dinamakan warna ton. Contoh bunyi yang mempunyai warna ton yang berbeza ialah: suara lelaki dengan suara perempuan suara perempuan dengan suara kanak-kanak suara orang menjerit dengan suara orang berbisik tepukan tangan dengan petikan jari ketukan batu dengan ketukan kayu kicauan burung dengan salakan anjing geseran gelas dengan ketukan kayu paluan gong dengan gesekan biola; dan petikan gitar dengan tiupan trompet.

Warna ton berbeza berdasarkan bahan pembuatan alat tersebut serta cara alat itu dimainkan. Warna ton dalam sesuatu muzik seakan-akan sama seperti warna ton dalam sesebuah lukisan. Perkataan yang digunakan untuk menerangkan warna ton bunyi adalah seperti lembut, kasar, nyaring, garau, halus, gelap, terang, ringan dan berat. Aktiviti: i. ii. Namakan tiga contoh warna ton yang berbeza. Cuba hasilkan bunyi warna ton yang berbeza dengan menggunakan anggota badan seperti: bibir gigi lidah suara jari tangan kaki

BAHAN SUMBER MUZIK KBSM 28 31 OKTOBER 2008 ADAMSON HOTEL KL

16

TEKSTUR
Monofoni Melodi dinyanyikan atau dimainkan tanpa iringan atau tanpa harmoni. Contoh: JINGKLI NONA

Homofoni Sesuatu melodi yang dimainkan atau dinyanyikan dengan iringan kord. Contoh:

Melodi Iringan kord

BAHAN SUMBER MUZIK KBSM 28 31 OKTOBER 2008 ADAMSON HOTEL KL

17

BENTUK
Karya muzik mempunyai susunan struktur tersendiri. Karya yang mempunyai bentuk tertentu adalah seperti berikut : bentuk dua bahagian (AB) Contoh : Little Brown Jug bentuk tiga bahagian (ABA) Contoh : Bergembira

Contoh: LITTLE BROWN JUG

BERGEMBIRA

BAHAN SUMBER MUZIK KBSM 28 31 OKTOBER 2008 ADAMSON HOTEL KL

18

EKSPRESI Tanda ekspresi dan arahan dalam notasi muzik adalah seperti simbol dan terminalogi berikut :
Dinamik Piano (p)

- lembut - kuat - beransur kuat (Crescendo) - beransur lembut (Decrescendo)

Forte (f)

Tempo Andante

- sederhana lambat (at a walking pace) - rancak - sederhana

Allegro Moderato

Tanda Isyarat dan Terminologi Muzik:

Common Time Klef Trebel

Klef Bes Tekanan

- Lancar

Ulangan Legato

Akhiran 1 dan 2 Fine -

Tamat

Tanda Penamat Staccato

syap -


Frasa

Tanda kromat

, flet

, natural -

BAHAN SUMBER MUZIK KBSM 28 31 OKTOBER 2008 ADAMSON HOTEL KL

19

Kandungan

BUKU SUMBER
PENDIDIKAN MUZIK KBSM MENENGAH RENDAH
TINGKATAN DUA Irama Meter Corak Irama Ostinato Melodi 21 - 23 19 - 20

Melodi Pic Skel Jeda Harmoni Triad Pergerakan Kord Warna Ton Tekstur Bentuk Ekspresi Dinamik Tempo Tanda Isyarat dan Terminologi Muzik

24 - 25

26 26 26 27

27

BAHAN SUMBER MUZIK KBSM 28 31 OKTOBER 2008 ADAMSON HOTEL KL

20

IRAMA Meter 2 2 3 2 4 2

Angka di atas menunjukkan bilangan not dalam satu bar dan angka di bawah menentukan jenis notnya. Contoh:

Dalam meter , angka di atas menunjukkan 2 detik atau kiraan dalam satu bar dan angka di bawah menunjukkan notnya jenis minim. Corak Irama Irama dapat dicorakkan berasaskan meter saperti berikut.

i. Corak irama yang sama dalam setiap bar atau dalam beberapa bar.

BAHAN SUMBER MUZIK KBSM 28 31 OKTOBER 2008 ADAMSON HOTEL KL

21

ii. Irama yang berbeza pada setiap bar.


iii. Corak irama dengan tanda rehat.

Ostinato Melodi Ostinato Melodi ialah melodi yang dimainkan secara berulang-ulang dalam sesuatu muzik.

Melodi

Ostinato Melodi

MELODI
Melodi pada dasarnya merupakan suatu susunan bunyi ( pic ) yang diadun secara linear dan berkontur. Bunyi ( pic ) ada kalanya panjang, pendek ataupun sama. Bunyi-bunyi ini menentukan irama melodi. Melodi dibentuk dengan menggunakan not dari skel. Pergerakan melodi ini pula melibatkan pic dan irama yang dikawal oleh meter. Pic Nama pic mengikut kedudukan dalam skel diatonik D major

Tonik

Supertonik

Median

Subdominan

Dominan

Submedian

Subtonik

Tonik

B minor

Tonik

Supertonik

Median

Subdominan

Dominan

Submedian

Subtonik

Tonik

Skel Skel ialah susunan lapan not dalam satu tanda nada dimainkan mengikut langkah tertentu. Contoh : Skel major D major menaik dengan tanda nada

D major menurun tanpa tanda nada

Bb major menaik dan menurun dengan tanda nada

Contoh : Skel minor B minor harmonik menaik dengan tanda nada

G minor harmonik menaik dan menurun tanpa tanda nada

Pentatonik C

Nada Relatif Major C major G major D major F major Bb major Tanda Nada Nada G major D major Tanda Nada F major Minor A minor E minor B minor D minor G minor

Bb major

Jeda Jeda ialah jarak pic di antara dua not. Jeda Minor ke-2 Major ke-2 Perfek ke-4 Contoh :
1 ton C# Db D# Eb ton F# Gb G# Ab A# Bb C# Db D# Eb F# Gb G# Ab A# Bb

Semiton / Ton 1 semiton = ton 2 semiton = 1 ton 5 semiton = 2 ton

Contoh Not C ke Db Not C ke D Not C ke F

1 ton

ton 1 ton

Terdapat dua cara memainkan jeda iaitu: cara melodik ialah dua not yang dimainkan secara berasingan. cara harmonik ialah dua not yang dimainkan secara serentak. Jeda dimainkan secara melodik Major ke-2 ( jaraknya 2 semiton ) Jeda dimainkan secara harmonik Perfek ke-4

Perfek ke-4 ( jaraknya 5 semiton )

Minor ke-2 ( jaraknya 1 semiton )

HARMONI
Harmoni ialah gabungan dua atau lebih not yang dibunyikan serentak atau bersama. Gabungan not-not ini membentuk triad dan kord. Kegunaan kord adalah untuk mengiringi melodi. Triad Triad tonik mengandungi tiga not. Untuk membentuk triad tonik, not yang digunakan ialah not pertama, not ketiga dan not kelima daripada sesuatu skel. Contoh: D major dengan tanda nada D major tanpa tanda nada

Bb major dengan tanda nada

Bb major tanpa tanda nada

E minor dengan tanda nada

E minor tanpa tanda nada

D minor dengan tanda nada

D minor tanpa tanda nada

B minor dengan tanda nada

B minor tanpa tanda nada

Triad tonik yang ditulis secara begini dikenali sebagai triad dalam kedudukan perdu.

Pergerakan Kord Pergerakan kord berlaku apabila satu kord bergerak ke satu kord yang lain. Pergerakan kord yang lazim digunakan ialah pergerakan kord I-IV-V. Kord-kord ini dikenali sebagai kord primer. Contoh: Dalam nada D major

Dalam nada Bb major

Dalam nada E minor

Dalam nada D minor

Dalam nada B minor

WARNA TON
Bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat muzik mempunyai sifat dan kualiti bunyi tersendiri. Bunyi ini dinamakan warna ton. Contoh bunyi yang mempunyai warna ton yang berbeza: bonang dengan gambang saron peking dengan gong kenong dengan saron barong gendang dengan kompang rebana dengan gendang silat flut dengan klarinet kerincing dengan tamborin trompet dengan rekoder

TEKSTUR
Heterofoni Beberapa lapisan melodi yang dinyanyikan atau dimainkan dengan serentak.

BENTUK
Sistem gongan Sistem gongan merupakan satu unit pusingan lagu yang ditanda oleh gong agong atau gong ageng pada bit terakhir. Contohnya, sistem gongan terdapat dalam muzik gamelan, wayang kulit dan mak yong. Contoh: Keratan lagu Ayak-Ayak ( muzik Gamelan )

Sistem gongan 8 bit Contoh : Lagu Ayak-Ayak (muzik gamelan)

EKSPRESI
Dinamik

Pianissimo Fortissimo Tempo

(pp) (ff)

- sangat lembut - sangat kuat

Adagio Lento

- lambat santai - lambat

Tanda Isyarat dan Terminologi Muzik:

Cut time Fermata


Harkat

syap flet natural -

Kaitan Tanda kromat

Ritardando Metronome (M.M.) Maestoso

Beransur lambat Sejenis alat yang membunyikan detik berkala yang boleh dikawal kelajuannya Majestik

Kandungan

BUKU SUMBER

PENDIDIKAN MUZIK KBSM MENENGAH RENDAH


TINGKATAN TIGA Irama Meter Corak Irama Binaan Corak Irama Melodi 31 - 33 29 - 30

Melodi Pic Skel Jeda Harmoni Triad Pergerakan Kord Kaden Warna Ton Tekstur Ekspresi Dinamik Tempo Tanda Isyarat dan Terminologi Muzik Latihan Bibliografi IRAMA
Meter

34 - 36

37 37 37

38 39 - 42 43

Angka di atas menunjukkan bilangan not dalam satu bar dan angka di bawah menentukan jenis notnya. Contoh:

Dalam meter , 3 menunjukkan 3 detik atau kiraan not dalam satu bar dan 8 menunjukkan notnya jenis kuaver.

Corak Irama
Irama dapat dicorakkan berdasarkan meter yang ditetapkan.

i. Corak irama yang sama pada setiap bar.

ii. Corak irama yang berbeza pada setiap bar.

iii. Corak irama dengan tanda rehat.

Binaan Corak Irama Melodi Melodi terbentuk apabila pic digabungkan dengan corak irama.

MELODI
Pic Nama pic mengikut kedudukan dalam skel diatonik A major

Tonik

Supertonik

Median

Subdominan

Dominan

Subdmedian

Subtonik

Tonik

F# minor

Tonik

Supertonik

Median

Subdominan

Dominan

Subdmedian

Subtonik

Tonik

Skel Skel ialah susunan lapan not dalam satu tanda nada dimainkan mengikut langkah tertentu.

Skel major

A major menaik dengan tanda nada

Eb major menaik dan menurun tanpa tanda nada Skel minor F # minor harmonik menaik dengan tanda nada

C minor harmonik menaik dan menurun dengan tanda nada

Nada Relatif Major C major G major D major F major Bb major A major Eb major Minor A minor E minor B minor D minor G minor F # minor C minor

Tanda Nada Tanda Nada Tanda Nada

G major

F major

D major

Bb major

A major

Eb major

Jeda Jeda ialah jarak pic di antara dua not. Jeda Minor ke-6 Major ke-6 Major Ke-7 Oktaf Semiton / Ton 8 semiton = 4 ton 9 semiton = 4 ton 11 semiton = 5 ton 12 semiton = 6 ton Contoh Not C ke Ab Not C ke A Not C ke B Not C ke C

Contoh :
1 ton C# Db D# Eb ton F# Gb G# Ab A# Bb C# Db D# Eb F# Gb G# Ab A# Bb

1 ton

ton 1 ton

Terdapat dua cara memainkan jeda iaitu: cara melodik ialah dua not yang dimainkan secara berasingan. cara harmonik ialah dua not yang dimainkan secara serentak.

Jeda dimainkan secara melodik Major ke-6

Jeda dimainkan secara harmonik minor ke-6 Major ke-3

Unison

Major ke-7

Oktaf

Oktaf

HARMONI
Harmoni ialah gabungan dua atau lebih not yang dibunyikan serentak atau bersama. Gabungan not ini membentuk triad dan kord. Kegunaan kord adalah untuk mengiringi melodi. Triad Triad tonik mengandungi tiga not. Untuk membentuk triad tonik, not yang digunakan ialah not pertama, ketiga dan not kelima daripada sesuatu skel. Contoh: A major dengan tanda nada A major tanpa tanda nada

Eb major dengan tanda nada

Eb major tanpa tanda nada

F# minor dengan tanda nada

F# minor tanpa tanda nada

C minor dengan dan tanda nada

C minor tanpa tanda nada

G minor dengan tanda nada

G minor tanpa tanda nada

Triad tonik yang ditulis secara begini dikenali sebagai triad dalam kedudukan perdu.

Pergerakan Kord Pergerakan kord berlaku apabila satu kord bergerak ke satu kord yang lain. Pergerakan kord yang lazim digunakan ialah pergerakan kord I-IV-V. Kord-kord ini dikenali sebagai kord primer. Contoh: Dalam nada A major iV

iV Dalam nada E major


b

Dalam nada G minor Dalam nada B minor

Kaden

i)

Kaden Autentik menamatkan frasa dengan kord V-I Kaden Perfek Autentik Menamatkan frasa dengan kord V I dan not soprano tamat pada not perdu.

ii)

Kaden Imperfek Autentik


Menamatkan frasa dengan kord V I tetapi not terakhir ialah soprano bukan not perdu.

Kaden Plagal - menamatkan frasa dengan kord IV - I

i iV

WARNA TON
Bunyi yang dihasilkan oleh alat muzik mempunyai sifat dan kualiti bunyi tersendiri. Kualiti ini dinamakan warna ton. Contoh bunyi yang mempunyai warna ton yang berbeza: violin dengan trumpet timpani dengan simbal gong ageng dengan saron peking flut dengan trombon oboe dengan French horn

TEKSTUR
Polifoni Dua atau lebih lapisan melodi atau suara yang sama penting bergerak bersama secara bebas dan berharmoni serentak.

EKSPRESI
Dinamiks

Mezzopiano
Mezzoforte

- sederhana lembut - sederhana kuat - beransur lembut

Diminuendo Tempo

Presto Largo - lambat

sangat cepat / laju

Tanda Isyarat dan Terminologi Muzik: Dal Segno (D. S.) Segno Dal Capo (D.C) Coda - dari tanda Segno - dari permulaan -

Latihan
IRAMA 1. Tuliskan not dan tanda rehat yang berikut. Krocet Kuaver Minim Semibrif Minim bertitik Rehat minim ___________________ ___________________ ___________________ ___________________ ___________________ ___________________

2. Namakan jenis not dan tuliskan nilainya.

3.

MELODI
1) Tuliskan skel C major menaik dalam klef trebel

2) Tuliskan skel G major menaik dalam klef treble

3) Tuliskan skel F major menaik dalam klef trebel

4) Tuliskan skel C major menaik dan menurun dalam klef trebel 5) Tuliskan skel G major menaik dan menurun dalam klef trebel

6) Tuliskan skel F major menaik dan menurun dalam klef trebel

HARMONI Namakan triad tonik berikut

EKSPRESI Nyatakan maksud istilah di bawah

a. b. c. d. e. f. g. h. i. j.

fine legato staccato andante Allegro Moderato Piano Forte Cres. Decres.

TANDA ISYARAT DAN TERMINOLOGI MUZIK Namakan simbol dan tanda isyarat berikut:

BIBLIOGRAFI Ammer, Christine., (1991). The Harper Collins Dictonary of Music-Second Edition Harper Perennial. Buku Sumber dan Aktiviti Pendidikan Muzik., (1998). Pusat Perkembangan Kurikulum. F.Abeles,Harol. R,Hoffer Charles dan H.Klotman,Robert., (2005). Foundation of Music Education, Second Editio Prentice Hall International. Nelson, Robert dan J.Christensen, Carl., (2006). Foundations of Music with CD-Sixth Edition Thomson Schirmer. Phillips,Joel. Clendinning, Jane Piper dan Marvin dan Elizabeth, West Marvin., (2005). The Musicians Guide to Aural Skill, Volume 1 and 2 W.W.Norton & Company New York, London. Patricia Matusky dan Sooi Beng.T., (1997). Muzik Malaysia: Tradisi Klasik, Rakyat dan Sinkretik Sinaran Bros. Sdn. Bhd.: Pulau Pinang Patricia Matusky dan Sooi Beng.T (2004). Pengantar Muzik Malaysia P & Y Design Network Randel, Don Michael., (1978). Harvard Concise Dictionary of Music The Belknap Press of Harvard University Press. Taylor, E., (1989).The AB Guide To Music Theory Part 1 The Associated Board of the Royal Schools of Music. Taylor, E., (1991). The AB Guide To Music Theory Part 2 The Associated Board of the Royal Schools of Music. Wilgram, T., ( 2004). Improvisation-Methods and Techniques for Music Therapy Clinicians, Educators and Student Jessica Kingsley Publishers.

Anda mungkin juga menyukai