Anda di halaman 1dari 5

SENI BARAT Pengenalan Perkembangan seni barat bermula dari kegiatan di gereja, badan keagamaan dan badan-badan kegiatan

seni berasaskan agama. Situasi sedemikian berlaku hingga ke akhir abad ke 16. Oleh itu, sukar ditemui artis untuk diketengahkan. Mereka lebih merupakan seniman gereja dan berjuang untuk kepentingan agama. Perkembangan seni dalam period Zaman Pertengahan sehinggalah pada awal seni period renaissance, pengaruh dan ciri-ciri keagamaan jelas didapati. Perubahan gaya persembahan seni barat terutama dalam karya catan dapat dikesan bermula dalam period renaissance peringkat tinggi dan period gaya baroque. Dalam abad ke 18, dan sebahagian abad ke 19, gaya seni lebih menekankan nilai estetik yang memartabatkan akal manusia. Gayaan jenis ini lebih bersifat akademik yang dikenali sebagai gaya klasik. Gaya klasik dan romantisme inilah yang menjadi titik tolak apabila membicarakan seni moden barat dalam abad ke 19. Catan Renaissance Zaman renaisans abad ke-15 Penemuan penggunaan linear perspective atau garisan perspektif. Penggunaan ini diperkenalkan oleh Filippo Brunelleschi seorang arkitek yang menunjukkan ruang berkonsepkan objek jauh dan dekat. Perspektif aerial dapat menunjukkan kesan ruang dan jarak juka mengambil kesan suasana dan atmosfera dalam sesebuah catan. Kesan ditunjukkan obejk akan lebih kabur berbanding objek dekat. Anatomi figuratif lebih tepat dan betul. Catan digambarkan denagn keadaan sebenar.

Penggunaan latar belakang catan menggunakan lanskap dan bangunan. Penggunaan halo masih digunakan. Halo ialah lambang manusia suci digambarkan di atas kepala.

Zaman renaisans abad ke16 Chioroscoro (penekanan kepada nilai pencahayaan terang dan gelap. Menggunakan teknik sfumato.

Zaman akhir renaisans Subjek sekular mula berkembang. Ciri-ciri ekspresi emosi ditekankan. Menggunakan gaya mannerisme

Neo-klasik Memperjuangkan nilai moral dan patriotik. Temanya adalah sejarah dan hikayat Yunani dan Rome.

Baroque Beremosi, dinamik, dan dramatik. Dihasilkan untuk menghiasi gereja. Menggunakan cat fresko.

Romantisme Tema adalah gambaran sejarah, keindahan, landskap, alam benda dan kehidupan harian. Kandungan karya menampilkan olahan yang lebih bertenaga dan dramatik.

Impressionisme Catan adalah pernyataan berdasarkan kebenaran penglihatan (kebenaran optik) iaitu penggunaan warna dan cahaya.

Subjek tidak dijadikan perkara utama dalam penghasilan karya. Tiada warna hitam dan biasanya digantikan dengan warna biru, ungu, atau coklat. Kecenderungan mengaburkan imej kerana pelukis memandang secara

menyeluruh pada objek. Oleh itu, kesan garisan tidak nampak untuk membentuk imej. Mengutamakan suasana yang dilihat secara terus seperti pagi, petang dan malam. Palitan warna yang spontan.

Post impressionisme Teknik pointilisme diperkenalkan di mana cara melukis menggunakan titik-titik warna yang berdekatan. Vincent Van Gogh mengembangkan teknik pointilisme dengan teknik garis-garis warna yang pendek. Paul Cezanne memberi inspirasi kepada kaum muda dengan cara melukis objek dalam catan dalam bentuk yang sederhana. Kubisme Melukis imej dan objek dalam bentuk 3D dalam satah gambar. Imej yang dipaparkan seakan-akan bentuk geometri.

Perkembangan Kubisme terbahagi kepada empat peringkat iaitu: 1. Kubisme-proto: karya-karya menggunakan bentuk-bentuk yang mudah. 2. Kubisme analitik: karya mula menggambarkan pecahan satah geometri, gambara pelbagai sudut pandangan menjadi tema popular. 3. Kubisme kolaj: menggunakan teknik potong kertas atas kanvas. 4. Kubisme sintetik: menyaksikan imej yang dikenali dalam pelbagai gubahan.

Ekspressionisme Menggunakan warna-warna yang bebas. Menggunakan bentuk-bentuk distortion. Penggunaan warna yang kontra. Tema: situasi dalam masyarakat yang berbentuk sindiran atau kritikan.

Dadaisme Berkonsepkan abstrak Menghasilkan karya dalam bentuk yang dipanggil sebagai reproduksi.

Futurisme Menggunakan gambar yang bersiri atau pelbagai bertujuan untuk memberi kesan pergerakan objek atau figura dalam ruang dan waktu. Tema: pergerakan dan mekanisma.

Surrealisme Tema utama: dunia mimpi dan pengalaman non rasional bawah sedar.

Minimalisme Menggunakan bentuk-bentuk yang asas. Memerlukan analisis komposisi yang lebih mendalam.

Pop art Menolak seni abstrak dan menuju kepada imej objek yang boleh dikenali. Tema: filem, iklan dan komik Penggunaan warna yang terang pada permukaan ruang yang berbidang besar.

Seni bina Pada abad ke 15, seni bina era renaisans banyak terpengaruh seni bina romawi dan gaya gotik. Zaman ini banyak menggunakan kesan cahaya dan ruang yang tenang pada bangunan yang dihasilkan. Bangunan pada zaman ini menggunakan teknik tiang dan ambang bersama kubah dan relung yang merujuk kepada keunggulan yang sempurna. Selain itu, antara ciri-ciri bangunan pada zaman renaisans adalah: 1. Relung di tembok dengan arca. 2. Susunan tingkap dan pintu yang simetri 3. Kubah Pada zaman baroque, dalam bidang seni bina, binaan yang dibina dapat menggambarkan besar dan mewah. Selain itu, antara ciri-ciri yang terdapat pada seni bina baroque ialah: 1. Tiang besar yang berpusing 2. Kubah yang tinggi 3. Bentuk yang kompleks Arca Zaman renaisans Bentuk berdiri bebas. Saiz figura kebanyakannya adalah bersaiz sebenar Berkonsepkan subjek agama Arca dibuat secara realistik dan tepat

Zaman baroque Menonjolkan kesan emosi dan gambaran dinamik. Kebanyakannya imej tokoh-tokoh pejuang dan mengagungkan istana dan raja.

Anda mungkin juga menyukai