Anda di halaman 1dari 2

-

Ujian larian ulang-alik pelbagai tahap secara progresif meningkat. Ujian ini telah dicipta di Kanada dan kini menjadi salah satu ujian kecergasan aerobik yang popular di dunia. Ujian ini juga dikenali sebagai ujian beep atau ujian bleep. Peralatan dan kemudahan : - Pita audio isyarat bunyi

(alat ini perlu diubah suai) - radio kaset - Borang rekod - Kon/Penanda - Pita pengukur yang dapat mengukur 20 meter - Satu kawasan rata berjarak lebih 20 meter - Pencatat Prosedur: (a) Setiap peserta berdiri di belakang garisan permulaan. Setiap peserta mempunyai pembantu untuk merekodkan setiap tahap yang dilalui. (b) Peserta dikehendaki lari ulang-alik sejauh 20 meter mengikut isyarat bleep yang akan dibunyikan dari pita audio. (c) Sekiranya peserta sampai ke satu hujung sebelum isyarat bleep berbunyi, peserta tersebut hendaklah berdiri di belakang garisan sehingga isyarat berbunyi. (d) Masa antara isyarat bleep akan berkurangan setiap minit, dengan itu kelajuan larian hendaklah ditingkatkan. (e) Ujian ini memerlukan keupayaan sepenuhnya dari setiap

peserta. Peserta perlu berlari sehingga ke tahap kelesuan. (f) Peserta dikira tamat ujiannya sekiranya dia tidak dapat melepasi garisan kedua-dua hujung dua kali berturutturut. (g) Pengumuman tahap terakhir dari pita audio sebelum peserta tamat ujian diambil sebagai tahap peserta tersebut BUKU SUMBER SAINS SUKAN TINGKATAN 5 (56)

Anda mungkin juga menyukai