Anda di halaman 1dari 19

1.0 PENGENALAN Sejak kebelakangan ini negara sering digemparkan dengan isu-isu yang berkaitan dengan moral.

Bukan hanya masyarakat biasa sahaja tetapi orang atasan juga dikaitkan dengan isu tidak bermoral seperti amalan rasuah, kelakuan songsang, penghinaan terhadap pemimpin dan sebagainya. Terdapat orang atasan dalam kerajaan yang menerima rasuah daripada pemaju demi mempercepatkan kelulusan sesuatu projek. Selain itu, isu guru melakukan gangguan seksual terhadap pelajarnya juga memberi gambaran bahawa pendidik yang disanjung mulia juga tidak terlepas daripada melakukan kesalahan moral. Persoalannya disini, adakah moral tidak lagi penting dalam zaman serba canggih dan manusia saling berlumba-lumba mencapai kepuasan diri dan kekayaan hidup? Apabila berbicara mengenai moral, pasti tergambar di fikiran setiap makhluk yang bernama manusia bahawa setiap insan di dunia mempunyai agama dan kepercayaan masingmasing. Agama dan kepercayaan tersebut sering menekankan konsep saling berbuat baik dan menjauhi kejahatan. Agama Islam menekankan kebaikan akan dibalas dengan kebaikan dan kejahatan akan dimurkai oleh Allah S.W.T. Persoalannya disini mengapa masih ada mereka yang dikatakan beragama tetapi tetap melakukan kejahatan? Moral merupakan satu sistem yang menilai tindakan zahir manusia dalam hubungan sesame manusia, yang nilainya ditentukan oleh masyarakat berdasarkan kepada pemikiran dan sentimen umum yang tertentu.

Moral pada pandangan agama adalah satu aspek yang mengajar supaya manusia mengawal diri dalam kehidupan seharian, baik dalam soal makan minum atau yang berkenaan dengan soal perhubungan atau persaudaraan di antara sesama manusia dan makhluk. Oleh sebab itu, apabila seseorang manusia itu melakukan kesalahan mereka dianggap tidak bermoral kerana tidak mengikuti apa yang telah ditetapkan. Perbincangan mengenai moral juga sering dikaitkan dengan beberapa teori oleh ahli falsafah yang terkenal dalam bidang berkaitan moral. Hal ini kerana, setiap ahli falsafah melihat sesuatu isu moral itu dari sudut yang berbeza berdasarkan penilaian dan kepercayaan hidup yang mereka pegang.

2.0 DEFINISI MORAL Pemahaman mengenai apa itu moral setiap orang adalah berbeza-beza. Pada umumnya ahli ahli falsafah mengatakan bahawa moral hanya ditujukan kepada makhluk-makhluk yang rasional sahaja. Konsep moral ini tidak ditujukan kepada makhluk yang tidak berpandukan kepada prinsip-prinsip rasionaliti. Haiwan yang melakukan perbuatan tidak senonoh di tempat terbuka seperti membuang air besar atau membuang air kecil tidak dianggap tidak bermoral kerana mereka tidak tahu prinsip-prinsip rasionaliti. Berbanding manusia yang membuang air besar atau air kecil di tempat terbuka dianggap tidak bermoral dan melakukan kesalahan kerana norma dan undang-undang dalam masyarakat yang mengharamkan perbuatan tersebut. Moral bermaksud concerned with principles of right and wrong behavior (Oxford Advanced Learners Dictionary: 2005). Manakala dalam kamus dewan (1986) pula, moral bermaksud ajaran atau pegangan berkenaan baik buruk sesuatu perbuatan atau yang berkaitan dengan betul atau salah. Moral berasal dari bahasa latin iaitumor alitas yang bermaksud adat, kebiasaan sopan, tradisi, budi pekerti, dan sebagainya yang mempunyai kaitan dengan peraturan dan piawaian dalam sesebuah masyarakat (Wikipedia ensiklopedia: 2002). Masyarakat telah menentukan sesuatu tindakan itu betul atau salah berdasarkan suara majoriti. Jika sekumpulan remaja menunggang dengan laju dan membahayakan orang lain. Perbuatan tersebut dianggap tidak bermoral. Sebaliknya jika seorang remaja menunggang motor mengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditentukan maka mereka dianggap bermoral. Pemahaman mengenai moral ini tidak spesifik dan bersifat dinamik mengikut sejarah dan tatacara hidup sesebuah masyarakat berkenaan (Dorothy Emmet: 1979). Moral terbahagi kepada dua iaitu: a) Baik Bermaksud segala tingkah laku yang dikenal pasti oleh etika sebagai baik. Ianya tidak memudaratkan individu berkenaan dan juga masyarakat disekelilingnya.

b) Buruk

Bermaksud suatu tingkah laku yang dikenal pasti oleh etika sebagai tidak baik dan memberi kemudaratan kepada diri dan juga orang disekelilingnya.

3.0 TEORI-TEORI MORALITI Apabila membincangkan mengenai moral terdapat beberapa teori yang telah dikemukakan oleh beberapa ahli falsafah terdahulu berkenaan dengan moral. Antara tokoh falsafah moral yang tradisional adalah Socrates (460-339sm), Plato (427-347sm), Aristotle ( 384-322sm). Manakala ahli falsafah moral yang moden pula adalah Immanuel Kant (1724-1804) yang memperkenalkan prinsip moral yang dipanggil categorical imperative, Jeramy Bentham (1742-1832) dan John Stuart Mill (1808-1873) yang merupakan pelopor kepada teori Utilitarianism dan JeanPaul Sartre (1905-1980) yang memperkenalkan teori Existentiallism. Dalam bab ini kumpulan kami hanya menumpukan kepada empat kandungan perbincangan yang utama berkenaan teori moraliti iaitu : a) Teori Consequentialist (Teleological) b) Teori Psikologikal Egoisma (Psikologi Egoism) c) Teori Utilitarian d) Kesukaran dalam teori Consequentialist

3.1 Teori Consequentialist (Teleological)

3.1.1 Pengenalan Salah satu teori moral yang terkenal adalah teori moraliti Consequentialist. Consequentialist merujuk kepada sesuatu tindakan yang dilakukan itu mendatangkan manfaat atau membawa kemudaratan kepada makhluk yang terlibat daripada tingkahlaku yang dilakukan. Teori ini juga dikenali sebagai teori akibat memandangkan ia lebih melihat kepada kesan yang berlaku selepas perbuatan itu dilakukan. Sesuatu perkara itu dianggap betul atau tidak bergantung kepada kepercayaan yang dipegang oleh individu itu sendiri.

Antara tokoh terawal yang mempelopori teori ini adalah Jeremy Bentham (1784-1832) dan John Stuart Mill (1806-1873). Beliau merupakan seorang ahli falsafah Inggeris yang juga mempelopori Teori Utilitarianism (teori gunaan). Perkataan Teleology berasal dari perkataan Yunani iaitu telos yang bermaksud tujuan atau matlamat. Pada pengamatan seorang ahli falsafah yang mempercayai teori ini, mereka akan menentukan perbuatan mencuri itu suatu yang betul atau salah berdasarkan kepada akibat yang berlaku selepas perbuatan itu dilakukan. Akibat yang baik boleh ditentukan berdasarkan dua akibat iaitu tingkahlaku itu. Berjaya membuatkan orang lain bahagia dan ianya juga menguntungkan diri si pelaku dimana mereka berasa puas dapat memenuhi keperluan orang lain. Apabila membincangkan mengenai teori ini, akan timbul persoalan iaitu tindakan yang dilakukan adalah untuk siapa. Persoalan berkenaan ini akan wujud kerana apabila melakukan sesuatu pasti terdetik niat dalam hati si pelaku. Oleh sebab itu, apa yang berlaku akan melihat kepada kumpulan yang menerima akibatnya. Kumpulan ini dipanggil sebagai kumpulan sasaran dan kumpulan umum. Kedua-dua kumpulan ini akan menerima akibat daripada perlakuan si pelaku. Kumpulan sasaran adalah mereka yang menerima kesan secara langsung iaitu diri si pelaku, ahli keluarganya dan masyarakat sekelilingnya. Manakala kumpulan umum pula adalah mereka yang menerima tingkah laku tersebut secara tidak langsung. Apabila Amerika mengambil keputusan menyerang Iraq mereka telah menyatakan bahawa mereka sedang bertarung untuk menghapuskan pemberontak di Iraq. Kumpulan yang menerima akibat daripada tindakan Amerika secara langsung adalah penduduk Iraq yang lemah dan tidak berdosa. Pada pengamatan tokoh teori ini mereka melihat akibat yang berlaku daripada perbuatan Amerika terhadap rakyat Iraq adalah salah dan tidak bermoral. Hal ini kerana akibat yang berlaku selepas itu telah mendatangkan kesengsaraan kepada rakyat Iraq. Sebaliknya pula pada pandangan Amerika perbuatan mereka itu adalah perlu bermoral memandangkan pemberontak yang ada di Iraq itu akan mengancam manusia jika tidak dihapuskan dengan segera. Perbezaan pendapat ini disebabkan akibat yang dilihat selepas perbuatan itu dinilai pada sudut yang berbeza berdasarkan nilai dan kepercayaan yang dipegang oleh si pelaku itu adalah berbeza.

3.1.2 Kritikan Terdapat beberapa kritikan terhadap teori Consequentialist yang melihat teori ini perlu diberi perubahan. Kritikan pertama adalah sukar untuk melihat akibat yang terjadi pada seseorang dengan seseorang yang lain. Maksudnya, sesuatu akibat yang berlaku pada individu A adalah berbeza dengan akibat yang berlaku pada individu B. Contohnya, pada masa ini kerajaan telah menguatkuasakan penggunaan tali pinggang untuk penumpang di belakang kenderaan. Tujuan kerajaan melaksanakannya adalah apabila dikaji ramai penumpang dibelakang maut kerana tidak ada sistem keselamatan seperti pemandu di hadapan. Oleh sebab itu, apabila kerajaan melaksanakannya kerajaan berharap setiap rakyat akan mengikutinya. Dalam masyarakat pula, jika keluarga yang hanya mempunyai tiga orang anak sahaja tidak menjadi masalah pada mereka untuk menggunakan tali pinggang penumpang dibelakang. Sebaliknya jika keluarga yang mempunyai enam orang anak adalah sukar bagi mereka untuk melaksakannya kerana adalah mustahil jika mereka meninggalkan anak-anak mereka di rumah. Oleh sebab itu, akibat daripada perlaksanaan undang-undang ini dilihat mendatangkan kebaikan kepada keluarga yang sedikit manakala pada keluarga yang mempunyai ahli yang ramai ianya telah membebankan mereka. Oleh sebab itu, adalah sukar untuk menentukan akibat daripada suatu tingkah laku yang dilakukan. Kritikan kedua adalah kesukaran menerapkan nilai moral kepada generasi muda atau pelaku baru. Berdasarkan teori, akibat sesuatu perbuatan itu hanya akan dilihat selepas sesuatu tingkah laku itu dilakukan. Berdasarkan akibat yang berlaku, baik atau buruk sesuatu akibat itu bergantung kepada mereka yang menerima kesannya. Oleh sebab itu, pada pandangan sesetengah orang kelakuan tersebut adalah baik berdasarkan nilai dalam komuniti mereka. Sebaliknya pula dalam komuniti lain mereka berasa tindakan yang berlaku adalah salah. Sebagai contoh, amalan merokok dalam kalangan lelaki dewasa boleh memberikan perspektif yang negatif terhadap perkembangan kanak-kanak. Amalan merokok tidak baik untuk kesihatan tetapi semakin ramai yang merokok kerana ada yang merokok tetapi tidak menghadapi apa-apa penyakit. Oleh sebab itu, adalah sukar untuk menerapkan nilai moral kepada generasi muda agar mereka tidak merokok kerana mereka melihat akibat yang berlaku tidak seperti yang diperkatakan.
5

Kritikan seterusnya ialah teori ini sukar untuk melihat kesemua akibat dalam satu jangka masa yang pendek. Untuk melihat akibat sesuatu tindakan itu ia dilihat dalam satu jangka masa yang panjang. Untuk jangka masa pendek kesan yang timbul adalah hanya sementara dan dalam jangka masa yang panjang kesan yang timbul adalah berbeza daripada kesan jangka masa pendek. Contohnya, penggunaan Bahasa Inggeris dalam Matematik dan Sains untuk jangka masa pendek menyebabkan berlakunya akibat yang negatif terhadap keputusan peperiksaan pelajar kerana ketidakmampuan mereka dalam mendalami Bahasa Inggeris. Sebaliknya, untuk kesan jangka panjang masih belum diketahui sama ada akibat yang wujud baik atau tidak. Ianya bergantung kepada kesan yang berlaku kepada pelajar-pelajar sekolah tersebut pada masa hadapan. 3.1.3 Rumusan dan contoh Sebagai rumusan bagi Teori Consequentialisme ( Teleologikal), teori ini lebih menekankan kepada akibat daripada sesuatu tindakan itu. Berbanding Deontological yang melihat pada keadaan semasa tingkah laku tersebut sahaja dimana ia mendatangkan keuntungan sahaja dan tidak melihat akibat selepas itu. Contoh isu semasa yang berlaku di dunia adalah serangan Israel di bumi Gaza. Pada pandangan teori ini mereka melihat akibat daripada tindakan yang dilakukan oleh Israel banyak mendatangkan akibat buruk. Oleh sebab itu, pendokong teori ini mengatakan bahawa Israel adalah kaum yang tidak bermoral kerana melakukan kekejaman terhadap rakyat Gaza yang tidak berdaya dan lemah. Oleh sebab teori ini melihat kesan yang timbul adalah mendatangkan kesengsaraan dan penderitaan maka tindakan Israel itu dianggap salah dan tidak diterima oleh semua orang. 3.2 Kesukaran dalam Teori Consequentialist Perbincangan mengenai Teori Consequentialist didapati mewujudkan kesukaran dalam melaksanakan teori ini. Kesukarannya wujud dalam keupayaan kita untuk menghurai dan menyimpul seberapa banyak akibat yang mungkin tentang sesuatu tindakan yang kita ambil untuk menyelesaikan sesuatu masalah moral. Hal demikian kerana faktor akibat adalah lebih penting dalam teori Consequentialist.
6

Di samping itu, kesukaran lebih jelas ketika individu itu pada asasnya mengambil berat tentang kepentingan diri dan individu yang mengambil berat tentang kepentigan bersama orang lain. Sebenarnya, perkara asas yang sukar dalam teori ini adalah aspek untuk menghuraikan sesuatu masalah dengan mengambil kira tentang kepentingan diri berserta dengan bagaimana tindakan itu akan mempengaruhi orang lain selain daripada diri sendiri sama ada secara positif atau negatif. Kritikan yang paling hebat adalah kesukaran dalam mendapatkan seberapa banyak berapa mungkin akibat dengan bergantung kepada kemampuan kita. Jelas kini bahawa diri kita tidak mampu untuk melihat jauh ke masa depan dan meramalkan akibat yang bakal kita hadapi dengan lebih jelas. Walaupun kita mempunyai pelbagai ilmu pengetahuan dalam diri kita, namum adalah sukar bagi diri kita yang mempunyai pendapat yang berbeza untuk membuat suatu kata putus terhadap sesuatu hukuman atau tindakan. Satu contoh yang sesuai adalah jika seseorang berada di bawah kepimpinan seorang pemimipin yang tidak mempunyai karisma sebagai seorang pemimpin yang baik. Salah satu cara untuk menumbangkan pemimpin tersebut adalah melalui cara membunuhnya jika sesebuah negara tersebut tiada undang-undang. Berbanding negara yang ada undang-undang seseorang pemimpin itu boleh dijatuhkkan dengan cara mendedahkan kesalahan yang dilakukan semasa menjadi pemimpin seperti rasuah dan sebagainya. Walau bagaimanapun, apakah kesan yang timbul selepas pemimpin tersebut ditumbangkan adalah baik atau tidak? Persoalan inilah yang sering menjadi kesukaran dalam teori ini kerana sesuatu tindakan itu dianggap bermoral apabila akibat selepas itu dilihat lebih banyak mendatangkan kebaikan. Bagaimana pula jika pemimpin yang baru dipilih adalah seorang yang lebih teruk daripada pemimpin sebelum itu? Oleh sebab itu adalah sukar untuk menyatakan sama ada suatu tindakan itu bermoral atau tidak dengan hanya melihat akibatnya pada satu jangka masa yang pendek sahaja. William Gass merupakan seorang bekas professor falsafah menyangkal bahawa teori moral seperti Consequentialist tidak berupaya untuk menjelaskan mengapa sesuatu tindakan yang salah di sisi undang-undang adalah salah di sisi moral. Manakala, G.E.M Ascombe yang merupakan ahli falsafah analitik British dalam ungkapan kertas kerjanya terhadap teori Consequentialist menyatakan bahawa teori ini tidak memberi panduan yang perlu dibuat oleh seseorang. Hal demikian kerana dalam teori Consequentialist, benar dan salah sesuatu tindakan itu adalah diadili berdasarkan kepada akibat yang timbul selepas tindakan itu diambil. Ascombe sendiri tidak
7

bersetuju dengan konsep teori Consequentialist yang pada asasnya hanya membuat pendirian berdasarkan benar dan salah tindakan yang diambil. Bernard William (1965), telah menyangkal bahawa Teori Consequeltialist adalah berbentuk pemisah oleh kerana ia mengkehendaki banyak agen moral. Ianya telah membentuk pemisah di antara mereka dan masalah serta komitmen. Williams berpendapat bahawa agen moral sangat diperlukan untuk membentuk pandangan yang tidak peribadi terhadap kesemua tindakan, oleh kerana hanya kepada akibat. Di samping itu, Williams berpendapat bahawa toeri ini mengkehendakkan terlalu banyak agen moral, makna kata teori Conseqeuntialist berkehendak bahawa mereka akan rela berkorban perkara peribadi dan komitmen untuk mencapai sesuatu yang bermanfaat terhadap sesuatu tindakan yang diambil. Pendapat seterusnya telah dikemukan oleh ahli falsafah Amerika iaitu Thomas Nagel yang menyifatkan bahawa teori Consequentilaist gagal dalam mempertimbangkan secara terperinci masalah masyarakat yang diakibatkan oleh sesuatu tindakan. Beliau berpendapat teori Consequentialist tidak berupaya mengkritik secara kritis hak kemanusian dalam peperangan. Di samping itu, isu ini turut boleh dikaitkan dengan contoh daripada sejarah Amerika Syarikat iaitu tindakan presidan Amerika Syarikat Presiden Harry Truman ketika perang dunia kedua. Adakah beliau ketika itu telah mengetahui akibat tindakannya meletakkan bom atom di Hirishima dan Nagasaki pada perang dunia kedua? Pelbagai akibat yang telah mungkin dilihat beliau ketika itu contohnya, memendekkan tempoh peperangan, menyelamatkan nyawa masyarakat Amerika Syarikat. Walaubagaimanapun, adakah beliau melihat akibat jangka panjang dimana berlakunya perang dingin, kesan radiasi dan kesan pencemaran atmosfera? Oleh yang demikian, huraian yang dapat dilihat melalui contoh di atas dapat diungkapkan bahawa proses menghurai dan menyimpul sesuatu akibat terhadap sesuatu tindakan kita sama ada untuk kepentingan diri atau untuk kepentingan bersama adalah bukan satu tugas mudah. Kesimpulannya, teori Consequentialist memgambil kira aspek akibat yang luas dan menjerumus ke dalam tugas yang bukan sesuatu yang mudah. Hal demikian ditambah dengan kemampuan kita yang terbatas dalam ilmu pengetahuan dan tidak berupaya meramal akibat yang boleh menentukan secara tepat bahawa tindakan yang diambil akan membawa manfaat.

3.3 Teori Psikologikal Egoisma (Psikologikal Egoism) 3.3.1 Pengenalan Negara pernah digemparkan dengan pembunuhan seorang lelaki yang cuba membantu seorang wanita daripada diragut. Kebelakangan ini kita melihat banyak orang dan organisasi tertentu melakukan aktiviti amal untuk mengumpul dana membantu warga Gaza yang dalam kesusahan. Ramai orang yang lebih suka menghabiskan masa terluangnya untuk melakukan kerja-kerja sukarelawan di hospital daripada membuang masa di rumah. Semua tindakan-tindakan yang diberikan diatas adalah antara contoh yang diberikan untuk mengambarkan bukan semua manusia bersikap pentingkan diri. Terdapat juga yang berniat membantu untuk kepuasan diri apabila dapat member bantuan tanpa mengharapkan sebarang balasan. Keadaan ini dipanggil sebagai psikologikal egoism. Psikologikal egoism merujuk kepada satu keadaan dimana manusia sentiasa dimotivasikan untuk menolong dengan keinginan untuk memuaskan hati mereka. Terdapat beberapa pandangan tentang tingkah laku menolong dikalangan manusia. Salah satu daripada pandangan tersebut menyatakan bahawa manusia pada dasarnya mementingkan diri sendiri, bertindak mengurangkan kesakitan, sebaliknya memaksimumkan kenikmatan untuk dirinya sendiri. Pandangan ini dirujuk sebagai egoisme. Psikologikal egoisme tidak semestinya mnegandaikan bahawa manusia tidak langsung mahu menolong orang lain, tetapi maksudnya bahawa kesan daripada tindakan sesuatu pertolongan yang telah dberikan menguntungkan manusia yang menolong itu. Tingkah laku seperti ini dapat digambarkan melaluin contoh seorang pekedai yang menjual barang keperluan harian kepada seorang pelanggan yang benar-benar memerlukannya. Seseorang yang mementingkan diri sendiri biasanya tidak mengambil berat tentang kepentingan orang lain. Dengan demikian terdapat perbezaan antara tindakan yang bertujuan mementingkan diri sendiri semata-mata dengan tindakan yang bertujuan mengharapkan faedah untuk diri sendiri disamping ingin menolong orang lain. Sementara itu satu lagi pandangan mengenai tingkah laku menolong menyatakan bahawa manusia yang menunjukan tingkah laku peduli atau mengambil berat tentang kebajikan

orang lain tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran daripada apa yang dilakukannya. Tingkah laku yang tidak mementingkan diri ini dirujuk sebagaialtr uis m . Seseorang yang bertindak menolong orang lain yang berada dalam kecemasan boleh dianggap sebagai altruistik (mempunyai sikap mengutamakan kesenangan orang lain) sekiranya dia tidak mengharapkan apa-apa ganjaran sosial, material, atau psikologikal daripada pertolongan tersebut. Dengan kata lain pertolongan yang diberikan adalah secara ikhlas. Tingkah laku seperti ini terjadi mungkin disebabkan perasaan tanggungjawab dan bermoral manusia tersebut. 3.3.2 Bentuk Psikologikal Egoism Psikologikal terbahagi kepada tiga bentuk iaitu: a)Egoism etika individu Merujuk kepada pemikiran setiap orang patut bertindak untuk kepentingan diri sendiri

b)Egoism etika personal- Merujuk kepada menentukan apa yang harus dilakukan oleh orang lain.

c)Egoism universal- Merujuk kepada setiap orang patut bertindak demi kepentingan diri kecuali kepentingan orang lain juga dapat memenuhi kepentinggannya.

3.3.3 Perspektif dalam tingkah laku menolong

a) Persepektif sosiobiologi Mengikut perspektif ini, tingkah laku menolong khususnya dikalangan haiwan diwarisi melalui genetik dan bukanlah dipelajari sebagaimana tingkah laku dikalangan manusia. Dengan kata lain tingkah laku prososial telah ditentukan melalui gen, dengan tingkah laku tersebut mempunyai nilai kelangsungan yang tinggi. Dalam kehidupan serangga misalnya mereka saling membantu untuk menruskan kehidupan tanpa memikirkan kepentingan diri sendiri. Walau bagaimanapun, dalam kehidupan manusia tindakan menolong masih lagi dipelajari daripada ibu bapa kanakkanak tersebut. Oleh sebab itu, niat untuk membantu masih bergantung kepada bagaimana

10

manusia belajar untuk membantu. Adakah untuk kepuasan diri sendiri atau untuk membuatkan orang yang dibantu itu gembira. b) Perspektif pembelajaran sosial Mengikut perspektif ini, motif membantu diperolehi daripada proses pembelajaran yang mempengaruhi masyarakat dan budaya. Teori pembelajaran sosial seperti yang dikemukakan oleh Albert Bandura (1969) mengandaikan kanak-kanak belajar meniru sesuatu tingkah laku daripada pemerhatian mereka terhadap ibu bapa mereka. Melalui teori ini, kanak-kanak yang akan meniru atau mengajuk tingkah laku model kadang kala akan diberikan peneguhan dalam pelbagai bentuk misalnya pujian, hadiah, galakan dan seumpanya. Melalui peneguhan yang diberikan ia akan menggalakkan kanak-kanak tersebut mneyemaikan dalam diri perasaan untuk membantu. c) Perspektif norma sosial Dalam perspektif ini, terdapat empat norma yang menggalakan amalan menolong iaitu norma ketimbalbalikkan, norma tanggungjawab sosial, norma kesamaan dan keadilan dalam pengagihan dan seterusnya norma sosial dan peribadi. Norma ketimbalbalikkan merujuk kepada pertukaran sesuatu barang atau tindakan antara manusia. Kadang kala pertukaran ini telah ditentukan terlebih dahulu berdasarkan keperluan individu teresbut. Contohnya, individu A dan individu B telah bersetuju jika Individu B boleh memberi individu A duit selepas dia mendermakan darahnya kepada isteri individu B, maka tindakan yang dilakukan bermotif inginkan ganjaran selepas melakukan sesuatu tindakan. Oleh sebab itu, perasaan id dalam diri individu A ingin dipenuhi dengan cara menerima kembali ganjaran daripada pertolongan yang diberikan agar kepuasan diri dapat dipenuhi. Norma tanggungjawab sosial pula merujuk kepada orang yang berkemampuan perlulah membantu orang yang dalam kesusahan. Ianya lebih kepada perasaan tanggungjawab dalam diri individu tersebut untuk membantu orang lain. Motif dalam diri adalah untuk membantu. Walau bagaimanapun, akibat daripada tingkah laku berkenaan tidak dapat dikenal pasti sama ada membantu untuk memenuhi kepuasan dalam diri atau untuk mendapatkan semula balasan.
11

Contohnya, seorang wakil rakyat kawasan Z perlulah membantu rakyat yang berada dikawasan beliau tanpa mengira kaum atau parti politik. Jika motif dalam hatinya adalah hendak melakukan tanggungjawabnya dengan ikhlas, maka dia tidak akan teragak-agak membatu semua rakyat di bawahnya semampunya. Walau bagaimanapun, jika dia seorang yang mengharapkan balasan daripada tanggungjawab yang dilakukannya maka dia boleh dianggap tidak bermoral kerana tidak melaksanakan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin. Norma kesamaan dan keadilan dalam pengagihan merujuk kepada banyaknya faedah atau pertolongan yang diberikan kepada orang lain sering dipengaruhi oleh peraturan sosial mengenai keadilan dan kesamaan dalam mengagihkan faedah dan pertolongan tersebut. Norma kesamaan menyatakan bahawa setiap ahli sesuatu kelompok hendaklah mendapat faedah secara sama rata daripada pengagihan ganjaran. Di pihak norma keadilan pula mengambil kira sumbangan- sumbangan seseorang terhadap usaha-usaha kelompok. Kelompok mungkin menilai sumbangan dengan cara yang berbeza-beza, memberi keutamaan kepada mereka yang menyumbang tenaga, sumber, material dan masa. Jika dikaitkan dengan motif dan akibat pula, seseorang yang melakukan sesuatu tindakan itu sering dipengaruhi oleh apa yang mereka akan terima selepas itu. Terakhir adalah norma sosial dan norma peribadi. Norma ini merujuk kepada ramalan terhadap sesuatu tingkah laku melalui norma-norma sosial dalam masyarakt. Norma dalam masyarakat adalah berubah-ubah dan tidak tetap. Contohnya, dalam norma masyarakat ada ibu bapa yang menerima jika terdapat ahli masyarakat yang mengadu mengenai kelakuan songsang anak mereka. Walau bagaimanapun, terdapat juga ibu bapa yang tidak dapat terima. Oleh sebab itu, jika motof di hati untuk membantu tetapi jika akibat yang diterima tidak seperti yang diharapkan maka ianya hanya akan mengundang masalah dan memecah belahkan hubungan dalam masyarakat. 3.3.4 Ciri-ciri individu yang bertingkah laku membantu Berdasarkan kajiankajian lampau, Baron dan Byrne (2000) telah merumuskan dan menyenaraikan pembolehubahn personaliti alturistik seperti berikut:

12

a) Empati: Manusia yang cenderung bertingkahlaku membantu adalah mereka yang mempunyai empati yang tinggi. Mereka juga bertanggungjawab, akur, tolak ansur, kawal diri dan ingin memberikan impresi yang baik kepada orang lain. b) Percaya kepada dunia yang adil: Mereka mempunyai persepsi bahawa kehidupan di dunia ini adalah adil apabila tingkahlaku yang baik diberi ganjaran dan tingkah laku menolong bukan sahaja memberi faedah kepada orang yang diberi pertolongan tetapi juga kepada orang yang memberi pertolongan. c) Tanggungjawab sosial: Mereka mempunyai tanggungjawab sosial yang tinggi. Biasanya mereka percaya bahawa setiap manusia bertanggungjawab untuk melakukan sebaik mungkin dalam menolong orang lain. d) Lokus kawalan dalaman: Mereka percaya bahawa mereka boleh menentukan cara-cara yang terbaik untuk bertingkah laku dalam memberikan pertolongan. Berbeza dengan mereka yang mempunyai lokus kawalan luaran di mana mereka ini hanya berserah pada nasib, dan dengan demikian tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk menolong. e) Egosentrisme yang rendah: Mereka ini tidak mementingkan diri sendiri. Manusia yang kurang cenderung memberikan pertolongan biasanya bersifat egosentrik dan bersaing. Terdapat satu lagi teori yang mempunyai kaitan yang rapat denga teori psikologikal egoism iaitu teori yang diperkenalkan oleh Sigmund Frued iaitu teori psikoanalisis Frued. Menurut beliau manusia pada asalnya adalah jahat. Walau bagaimanapun, terdapat tiga persoanaliti manusia yang mengawal seseorang manusia itu bertindak semakin jahat atau sebaliknya. Tiga bentuk personality berkenaan adalah Id, Ego dan Superego. Id merujuk kepada tenaga naluri yang mendorong seseorang untuk bertindak dan mendapat kepuasan tanpa mengira akibat. Id juga dipanggil sebagai keadaan tidak sedar dalam diri manusia. Sebenarnya terdapat banyak desakan yang menyuruh manusia memenuhi keinginan diri tanpa memikirkan adakah kepusan yang diingini itu memberi kesan buruk atau tidak kepada orang lain. Id juga dikatakan satu tingkah laku yang sombong dan mementingkan diri sendiri.
13

Ego merujuk kepada proses psikologi seperti mengingat, mengamati, merasai dan sebagainya. Ego juga diklasifikasikan sebagai satu keadaan sedar dalam diri manusia. Semua tingkah laku yang dilakukan oleh manusia disedari dan diketahui akibatnya kerana ianya adalah suatu yang realistik dan rasional. Satu tahap lagi dalam sistem pembentukan personaliti menurut Freud iaitu Superego. Superego merujuk kepada satu personaliti moral yang boleh berkembangsecara beransuransur oleh pengaruh persekitarannya. Ia juga di panggil sebagai tahap separa sedar. Pada peringkat ini, ia berfungsi mengawal tingah laku mengikut peraturan masyarakat dan penawaran ganjaran untuk tingkah laku baik dan hukuman bagi tingkah laku buruk. Superego juga bertanggungjawab mengawal id daripada menguasai ego untuk melakukan perkara yang tidak sepatutnya bagi memenuhi keinginan id.

Sebagai contoh, kanak-kanak amat menyukai aiskrim. Id dalam diri mereka akan mendesak kanak- kanak tersebut supaya sentiasa makan aiskrim. Walaupun begitu, superego akan mengawal kanak-kanak tersebut daripada sentiasa makan aiskrim kerana takut gigi kanak-kanak tersebut semakin rosak. Oleh sebab itu, ego akan dikawal supaya tidak membeli dan sentiasa makan aiskrim.

3.3.2 Kritikan Merujuk kepada teori psikologikal egoism ini, didapati masih terdapat kekaburan dalam penghuraiannya dalam menjelaskan rasional seseorang itu membantu orang lain. Teori ini menyatakan setiap orang mempunyai ego yang mendorong mereka melakukan sesuatu untuk mendapatkan balasan. Walaupun terdapat individu yang melakukannya kerana hendakan balasan tetapi terdapat juga individu yang melakukan sesuatu bukan kerana inginkan balasan. Oleh sebab itu, teori ini masih boleh dipertikaikan kesahihannya kerana ia mengeneralisasikan kesemua populasi dengan hanya menggunakan sedikit sahaja individu sebagai sampel. Selain itu terdapat kekeliruan dalam perbincangan mengenai teori ini dimana konsep self-fishness dan self-interested. Kekeliruan mengenai dua konsep ini dalam teori psikologikal kerana motif seseorang itu melakukan sesuatu tindakan. Self-fishness merujuk
14

kepada seseorang yang melakukan tindakan tanpa memikirkan tentang orang lain. Mereka tetap melakukan tindakan tersebut tetapi tidak berfikir kesannya terhadap orang lain sama ada buruk atau tidak. Manakala self-interested pula merujuk kepada motif seseorang melakukan sesuatu kerana dirinya hendak melakukan bagi memenuhi kepuasan dalam diri. Mereka yang melakukan tingkah laku ini sentiasa memastikan kesan yang berlaku daripada tingkah lakunya mendatangkan kegembiraan kepada orang lain. Contohnya, perokok bertindak mementingkan diri dengan melakukan apa yang diingininya tanpa menghiraukan orang lain dan bukan bertindak untuk kepentingan diri untuk melakukan sesuatu yang dapat memberikan manfaat pada dirinya sendiri. 3.4 Teori Utilitarian Utilitarianisme berasal daripada perkataan utility yang mempunyai maksud yang sama dengan kegembiraan atau juga sebagai kepuasan. Namun demikian, maksud tersebut ditaksir berlainan bagi orang yang berlainan. Sekiranya diteliti, maksud kegembiraan atau kepuasan itu adalah bergantung kepada nilai yang ada pada seseorang itu. Sebagai contohnya, John Stuart Mill, seorang ahli utilitarian yang terkenal pada abad ke-19, berpendapat bahawa manusia mempunyai suatu kapasiti manakala haiwan tiada. Oleh itu, apabila kita mengetahui tentang kewujudan kapasiti itu, maka kita tidak boleh menganggap semua benda mempunyai kegembiraan kecuali benda tersebut dirangkumkan di dalam diri mereka.Utilitarianisme juga dipelopori oleh Jeremy Bentham (1748 1832) dan John Stuart Mill (1806 1873). Utilitarianisme berasal daripada perkataan utiliti yang membawa maksud sesuatu yang berguna atau berfaedah. Ahli Utilitarian mengatakan bahawa sesuatu perlakuan itu adalah betul (bermoral), sekiranya perlakuan itu adalah berfaedah dan membawa hasil atau kesudahan yang baik atau diinginkan. Alasan untuk menerangkan Utilitarianism ini umumnya dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu, Perlakuan Utilitarianisme (Act Utilitarianism) dan Peraturan Utilitarianisme (Rule Utilitarianism). 3.4.1 Perlakuan Utilitarianisme (Act Utilitarianism)

15

Perlakuan Utilitarianisme membicarakan tentang tindakan moral dengan menentukan sama ada tindakan itu sendiri menghasilkan utiliti yang banyak atau sekurang kurangnya mempunyai utiliti yang sama banyak dengan perlakuan yang lain. Selain itu, Perlakuan Utilitarianisme turut menyatakan setiap individu sepatutnya melakukan tindakan yang dirasakan dapat membawa kesan yang baik melebihi yang buruk bagi setiap individu yang menerima kesan daripada perlakuan itu. Sebaliknya, konsep ini tidak mempercayai bahawa sesuatu itu adalah baik apabila mewujudkan peraturan bagi tindakan itu kerana berpendapat bahawa setiap situasi dan setiap manusia adalah berbeza. Dalam Perlakuan Utilitalianisme, tidak ada satu peraturan yang mutlak berkenaan dengan pembunuhan, kecurian, dan penipuan kerana setiap situasi adalah berbeza beza dan semua orang adalah berbeza - beza. Oleh itu, dalam semua perlakuan tersebut, secara umumnya yang dianggap tidak bermoral akan dianggap bermoral atau sebaliknya. 3.4.3 Kritikan Terhadap Perlakuan Utilitarianism

a) Kesukaran Menentukan Kesan Kepada yang Lain

Terdapat beberapa kritikan bagi Perlakuan Utilitarianisme. Satu daripadanya ialah Utilitarianism ini memberikan sokongan kepada etika egoism dan ini adalah sukar untuk menentukan apa yang seterusnya akan memberi kesan yang baik kepada yang lain. Selain daripada itu, kesukaran untuk menentukan apakah kesan seterusnya merupakan salah satu masalah daripada banyak tindakan yang perlu ditentukan kesan baik dan betulnya kepada orang yang lain.

b) Tidak Praktikal Pada Sesuatu Permulaan Situasi Ramai ahli moral akan bertanya soalan tentang perlakuan dan percaya bahawa kesan setiap tindakan dan pada setiap individu adalah sama ada lengkap atau berbeza. Selain itu juga, terdapat banyak persamaan di antara manusia dan gelagat mereka yang akan mewujudkan peraturan tertentu.

16

Faktor masa dalam membuat keputusan moral merupakan sesuatu yang penting dan seringkali individu tidak mempunyai masa untuk memulakannya apabila berhadapan dengan setiap masalah moral. Sebaliknya, jika terus menggunakan cara paksaan akan menyebabkan percanggahan dengan perlakuan moral. c) Kesukaran Dalam Pengajaran Kepada Anak Muda. Seterusnya adalah berkaitan dengan bagaimana mendidik anak muda untuk berkelakuan moral. Di bawah sistem etika, setiap individu mesti mula mencari apakah nilai moral yang perlu dipraktikkan dalam setiap situasi yang berlaku. 3.4.4 Peraturan Utilitarianism (Rule Utilitarianism) Peraturan Utilitarianism membicarakan tentang perlakuan dengan menentukan peraturan moral itu disokong terlebih dahulu oleh tindakan. Sekiranya diikuti, maka akan menghasilkan utiliti yang banyak atau sekurang kurangnya mempunyai utiliti yang sama banyak dengan peraturan yang lain. Selain itu, Peraturan Utilitarianism adalah untuk menyediakan jawapan bagi banyak masalah yang timbul daripada Perlakuan Utilitarianism. Oleh itu, Peraturan Utilitarianism ini diwujudkan. Dalam konteks ini, asas pendekatan Utilitarianism ini ialah setiap orang perlu selalu berkelakuan yang dapat memberikan sesuatu yang terbaik kepada semua yang berkaitan daripada setiap orang patut selalu mewujudkan dan mengikuti peraturan atau peraturan itu akan membawa sesuatu yang terbaik kepada semua yang berkaitan. Peraturan Utilitarianism didapati daripada pengalaman dan pertimbangan yang berhati hati dan mewujudkan satu siri peraturan. Oleh kerana nyawa manusia adalah asas dan penting kepada setiap orang, sekiranya tiada peraturan ini akan menyebabkan kesan negatif kepada semua. 3.4.5 Kritikan Terhadap Peraturan Utilitarianism

a) Kesukaran dalam menentukan kesan kepada yang lain.

17

Peraturan itu sukar digunakan dalam pelbagai atau semua situasi yang mereka hadapi. Peraturan Utilitarianism boleh menilai peraturan mereka melalui meletakkan tahap awal dan tahap pertengahan. Namun, masalah terus berlaku tanpa mengambil kira kategori peraturan yang masih belum ditemui. b) Pendekatan Analisis Faedah Kos, Menamatkan Penentuan Min Pendekatan ini juga merangkumi penentuan dalam nilai sosial yang ada pada individu dalam masyarakat. Individu yang mempunyai kedudukan yang lebih tinggi dalam masyarakat seperti Ahli Profesional memberikan kebaikan atau faedah sebagai contohnya bidang perubatan. Kadangkala, kita cuba melakukan yang terbaik kepada bilangan yang ramai, namun kadangkala kita dapati kita melakukan sesuatu yang tidak bermoral kepada sesetengah yang lain pula. Sebagai contohnya, apabila berlaku bencana alam, perkhidmatan perubatan tidak dapat berkhidmat untuk setiap orang yang cedera, tetapi hanya memberi perhatian terhadap pesakit yang dapat diselamatkan oleh mereka daripada mangsa yang tiada harapan untuk hidup. Sebagai rumusannya, terdapat beberapa kelemahan berkaitan dengan teori Perlakuan Utilitarianisme. Antaranya adalah sukar untuk menentukan apakah kesan yang baik kepada yang lain, sesuatu yang tidak praktikal untuk mempunyai suatu permulaan dalam setiap situasi untuk menentukan yang manakah adalah bermoral terhadap situasi tersebut, dan sesuatu yang sukar dalam mendidik yang muda untuk berkelakuan moral sekiranya mereka boleh tidak diberi peraturan dan panduan untuk diikuti. Peraturan Utilitarianisme juga mempunyai kelemahan iaitu, sukar untuk menentukan apa yang memberi kesan baik kepada yang lain, sukar untuk melihat bagaimana Peraturan Utilitarianisme boleh dikenal pasti memberikan suatu perubahan besar di antara manusia dan situasi, dan sukar untuk menggelakkan terlalu banyak pengecualian terhadap peraturan apabila peraturan tidak dapat berfungsi dengan efektif. Beberapa garis panduan untuk memilih peraturan untuk menguji peraturan Utilitarianism iaitu, peraturan perlu menelaskan semua ciri ciri tentang sesuatu tindakan yang relevan dengan

18

pendirian Utilitarian, peraturan tidak sepatutnya menerima ciri ciri tentang moral yang tidak relevan, dan peraturan perlulah luas dan meliputi sebanyak mungkin tanpa mengabaikan ciri ciri moral yang relevan. 4.0 KESIMPULAN DAN PENUTUP Psikologikal egoism merupakan kelakuan yang dimotivasikan oleh kehendak atau keinginan seseorang. Seseorang cenderung untuk melakukan apa sahaja yang dingini olehnya. Kebiasaanya, psikologikal egoism dapat dikawal melalui etika egoism. Hal ini adalah kerana kelakuan seseorang secara langsung akan dikawal oleh peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan dalam masyarakat. Ego tidak mengajar kita menjadi manusia yang mementingkan diri sendiri tetapi ego mengajar kita erti ketabahan dan kecekalan dalam mengejar cita-cita. Contohnya, kita tidak akan berputus asa jika kita mengalami kegagalan malah kita berusaha dan terus berusaha untuk mendapatkan semua kejayaan itu. Walau bagaimanapun, masih terdapat keraguan tentang pengiktirafan Prinsip Egoisme dalam peraturan moral sejagat. Egoisme yang sihat akan membantu orang lain di samping untuk kepentingan diri sendiri. Manakala egoisme yang tidak sihat akan merosakkan diri penganutnya dan juga orang lain iaitu masyarakat amnya. Oleh itu, pemikiran yang rasional diperlukan di samping sikap perikemanusiaan dalam segala tindakan. Melalui sikap tersebut, seseorang individu itu akan lebih dihormati dalam masyarakatnya dan hidupnya akan menjadi lebih bermakna.

19

Anda mungkin juga menyukai