Anda di halaman 1dari 12

Adakah Sentuh Kulit Lelaki Atau Perempuan Bukan Mahram Membatalkan Wuduk?

By Fathullah Al-Haq | April 13, 2013 at 12:34 pm | No comments | Fekah & Ibadah

Adakah Sentuh Kulit Lelaki Atau Perempuan Bukan Mahram Membatalkan Wuduk? Apabila kita pergi ke luar negara contohnya di negara Arab atau selainnya. Kita akan mendapati ada sebahagian orang Islam beranggapan bahawa menyentuh isteri atau tersentuh kulit bukan mahram tidak membatalkan tayamum atau wuduk. Keadaan ini akan nampak lebih jelas apabila kita pergi ke Mekah dan Madinah untuk menunaikan haji dan umrah, di dalam tengah-tengah lautan manusia kita akan dapat lihat ada sebahagian pasangan yang bertawaf sambil berpegangan tangan, sedangkan syarat sah tawaf adalah dalam keadaan berwuduk. Ada ketikanya, seorang tua akan memimpin tangan isterinya kerana keuzuran yang ada pada isterinya, dipimpinnya dari luar hingga masuk ke masjid, kemudiannya terus menunaikan solat, menyentuh mushaf al-Quran dan lain-lain. Perlu ditegaskan, wuduk atau tayamum tidak batal jika sentuh isteri atau tersentuh perempuan ajnabi tanpa sengaja kerana terlalu ramai orang menurut sebahagian ulama. Ini kerana, menyentuh perempuan ajnabi (tanpa ada pertalian perkahwinan) secara sengaja adalah haram dan tidak dibenarkan oleh Islam. Sebenarnya, apa yang mereka lakukan itu bukanlah satu perkara yang salah atau janggal jika kita mempelajari perbahasan fikah dengan lebih mendalam. Ini kerana, ia adalah perselisihan di antara para imam yang empat iaitu Imam Hanafi, Malik, Syafie dan Hanbali. Mereka ini adalah imam yang diiktiraf oleh ahli sunah wa al-Jemaah.

Sebab itu, jika kita perasan ada pihak pengurusan kursus haji akan memberi pendapat alternatif kepada jemaah haji dalam hal ini iaitu tidak batal wuduk atau tayamum jika tersentuh perempuan ajnabi tanpa sengaja atau memimpin tangan isteri ketika berada di dalam lautan manusia. Amat sukar sekiranya kita hanya berpegang pada satu pendapat dalam hal ini, sedangkan adanya pendapat yang lain, yang mana ia nya akan memudahkan kita untuk menunaikan haji dan umrah dengan baik. Perbahasan para ulama mengenai hal ini terbahagi kepada beberapa bahagian. Antaranya ialah: Pendapat pertama: Menyentuh perempuan ajnabi sama ada isteri atau orang asing membatalkan wuduk sama ada bersyahwat atau tidak bersyahwat. Ini adalah pandangan mazhab Syafie. Antara dalil yang dikemukakan ialah berdasarkan kefahaman umum daripada ayat alQuran di dalam surah an-Nisaa ayat 43, Maksudnya: atau kamu bersentuh dengan perempuan. Pendapat Kedua: Menyentuh perempuan ajnabi sama ada isteri atau orang asing tidak membatalkan wuduk sama ada bersyahwat atau tidak bersyahwat. Ini adalah pandangan mazhab Hanafi. Antara dalil yang dikemukakan ialah, 1. Hukum asal bagi orang yang berwuduk atau bertayamum adalah kekal selagi tidak ada dalil yang menunjukkan sesuatu perkara yang dilakukannya itu membatalkan wuduk atau tayamumnya. Maka dalam bab menyentuh wanita, tidak ada dalil yang khusus menunjukkan ia membatalkan wuduk. Adapun tentang ayat di atas, mazhab Hanafi memahami ayat tersebut dengan maksud bersetubuh, bukannya bersentuhan dalam erti kata kulit bertemu kulit sematamata. Selain itu, terdapat juga hadis-hadis sahih yang menunjukkan bersentuhan semata-mata tidak membatalkan wuduk, dan dalil-dalil ini menguatkan lagi pandangan mazhab Hanafi yang mengatakan maksud sentuhan di dalam ayat di atas adalah dimaksudkan kepada jimak atau bersetubuh. 2. Antara hadis yang disebut ialah daripada Aisyah, beliau menyebut, Maksudnya: Aku pernah tidur di hadapan Rasulullah SAW dalam keadaan dua kaki-ku di hadapan kiblat baginda (dan baginda sedang menunaikan solat), lalu apabila baginda hendak sujud, baginda memegang kaki-ku, lalu aku pun menarik kaki-ku (untuk membolehkan baginda sujud), apabila baginda bangun, aku lunjurkan semula dua kaki-ku tadi. (Direkodkan oleh Bukhari, no. 382)

3. Hadis daripada Aisyah, beliau menyebut, : Maksudnya: Aku kehilangan Rasulullah SAW pada suatu malam di tempat tidur-ku, aku meraba-raba mencari baginda, lalu dua tanganku tersentuh belakang kakinya, dan baginda di dalam masjid (tempat sujud untuk menunaikan solat), kedua-dua kaki baginda itu ditegakkan, dan baginda membaca: Ya Allah, aku memohon perlindungan dengan keredhaan-Mu dari kemurkaan-Mu, dan dengan kemaafan-Mu dari kemurkaan-Mu. (Direkodkan oleh Muslim, no. 1118) 3.Hadis daripada Aisyah, beliau menyebut, , Maksudnya: Dariapda Aisyah, bahawasanya Nabi SAW mencium sebahagian isteri-isterinya, lalu pergi solat tanpa berwuduk lagi. (Direkodkan oleh Tirmizi, no. 86, Ibnu Majah, no. 69, Ahmad, no. 25807)[1] Jelas daripada ketiga-tiga hadis ini menunjukkan Nabi SAW pernah menyentuh Aisyah ketika baginda menunaikan solat. Demikian juga Aisyah pernah menyentuh Nabi SAW ketika baginda menunaikan solat. Jika sentuhan antara lelaki dan perempuan bukan mahram itu membatalkan wuduk, sudah tentu Nabi SAW akan membatalkan solatnya disebabkan wuduk baginda terbatal kerana baginda telah disentuh oleh Aisyah. Sedangkan Nabi SAW tetap meneruskan solatnya. Pada hadis yang akhir juga jelas menunjukkan Nabi SAW mencium isterinya terlebih dahulu sebelum pergi ke masjid untuk menunaikan solat. Dan Nabi SAW pergi masjid tanpa memperbaharui wuduknya, lalu menunaikan solat. Pendapat ketiga: Menyentuh perempuan ajnabi sama ada isteri atau perempuan asing tidak membatalkan wuduk jika tidak bersyahwat. Tetapi jika sentuh dengan bersyahwat, maka wuduknya batal. Ini adalah pendapat mazhab Malik dan Hanbali. Pandangan ini adalah hasil daripada gabungan dalil-dalil al-Quran dan as-Sunah, iaitu melalui ayat al-Quran yang membawa maksud, Atau apabila kamu menyentuh wanita. Kerana zahir pada ayat ini menunjukkan seolah-olah batal wuduk dengan hanya bersentuhan antara lelaki dan wanita. Ayat ini dibandingkan dengan hadis-hadis yang menunjukkan berlakunya persentuhan antara Nabi SAW dan Aisyah, tetapi baginda tidak memperbaharui wuduk. Maknanya, ketika Nabi SAW khusyuk bersolat, maka tersentuh kulit Aisyah dengan Nabi SAW tidak mendatangkan syahwat. Akan tetapi, sekiranya timbul syahwat apabila menyentuh kulit isteri atau selainnya, maka perlu memperbaharui wuduk. Sebahagian ulama terutamanya yang berpendapat tidak batal wuduk dengan bersentuhan antara lelaki dan perempuan, mereka menggabungkan nas-nas seperti yang dilakukan oleh ulama

mazhab Malik dan Hanbali. Ini benar jika ayat al-Quran di atas membawa maksud sentuhan antara kulit semata-mata. Akan tetapi ada tafsiran yang lain yang mana ia nya lebih sahih, iaitu ayat tersebut membawa maksud jimak atau bersetubuh, bukan sentuhan antara kulit semata-mata. Tafsiran ini disandarkan kepada sahabat Nabi SAW yang terkemuka di dalam bidang tafsir iaitu Ibnu Abbas. Penafsiran Ibnu Abbas lebih didahulukan berbanding penafsiran yang lain, kerana Nabi SAW pernah berdoa kepada Ibnu Abbas, doanya berbunyi, Maksudnya: Ya Allah, fahamkanlah ia (Ibnu Abbas) dalam ilmu agama dan ajarkanlah dia akan tafsir (al-Quran). (Direkodkan oleh Ahmad, no. 3102)[2] Kata Ibnu Abbas, atau kamu bersentuh dengan perempuan, ialah membawa maksud jimak.[3] Selain itu, banyak ayat-ayat al-Quran lain yang menggunakan kalimat menyentuh dengan maksud jimak atau bersetubuh. Antaranya ialah, Firman Allah SWT, Maksudnya, Tidak mengapa jika kamu mentalak isteri kamu sebelum kamu menyentuh (yakni membawa maksud bersetubuh) mereka atau sebelum kamu menentukan mahar mereka. (Al-Baqarah: 236) Firman Allah SWT, Maksudnya: Jika kamu mentalak isteri-isteri kamu sebelum kamu menyentuh (yakni membawa maksud bersetubuh), pada hal kamu telah menentukan mahar mereka, maka bayarlah setengah daripada mahar yang telah kamu tentukan itu. (Al-Baqarah: 237) Firman Allah SWT, Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu menikahi wanita-wanita yang beriman, kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu menyentuh (yakni sebelum kamu menyetubuhi) mereka, maka tidak wajib ke atas mereka iddah bagi mu yang kamu minta menyempurnakan nya, maka berilah mereka mutah dan lepaskan lah mereka itu dengan cara yang sebaik-baiknya. (Al-Ahzab: 49)

Berdasarkan kepada ayat-ayat ini, maksud sentuhan yang dikemukakan olehnya adalah merujuk kepada persetubuhan atau jimak, bukanlah sentuhan biasa iaitu antara kulit dan kulit. Kesimpulannya, perkara ini adalah perselisihan yang diiktiraf oleh agama, iaitu para ulama masing-masing mengemukakan dalil. Disebabkan tiada dalil yang jelas, maka para ulama berbeza pandangan tentang hal ini. Maka disebabkan perbezaan ini juga, kita boleh memilih pandangan yang ada di antara tiga pendapat di atas. Mungkin boleh jadi apabila kita berada di suatu tempat yang agak sesak dengan orang ramai seperti ketika bertawaf atau sebagainya, maka tidak mengapa untuk kita beralih kepada pendapat Imam Hanafi, atau Imam Malik dan Hanbali. Namun jika sentuhan itu boleh mengeluarkan sesuatu daripada kemaluan kita seperti air mazi, maka ia boleh membatalkan wuduk atau tayamum. Sekiranya sentuhan itu tidak menimbulkan syahwat dan terhindar daripada terkeluarnya sesuatu dari kemaluan kita, maka tidak mengapa untuk memimpin isteri kita atau tersentuh dengan perempuan ajnabi yang lain tanpa kita memperbaharui wuduk. Kesimpulan ini juga adalah pendapat yang dirajehkan oleh Prof. Dr Wahbah az-Zuhaili, iaitu beliau berkata, Mengenai hadis Aisyah yang mana beliau menyentuh kaki Nabi SAW berkemungkinan dalam keadaan berlapik atau ia hanya khas bagi Nabi SAW adalah alasan yang sengaja diada-adakan dan ia bertentangan dengan realiti yang berlaku. Mengikut pendapat aku, yang paling rajeh ialah pendapat yang mengatakan bahawa menyentuh perempuan ajnabi secara tiba-tiba (tidak sengaja) atau tidak dalam keadaan bernafsu adalah tidak membatalkan wuduk. Sekiranya bernafsu, ia membatalkan wuduk.[4]

Konsep Menundukkan Pandangan Menurut Kaca Mata Islam

By Fathullah Al-Haq | February 21, 2013 at 5:02 am | No comments | Fekah & Ibadah

Menundukkan Pandangan

Ramai daripada kita yang tersalah sangka dengan maksud tundukkan pandangan. Ada yang faham bahawa menundukkan pandangan itu adalah apabila berjalan di luar, perlu lihat bawah sahaja sehingga boleh membahayakan dirinya kerana terlanggar tiang lampu, atau sebagainya. Ada juga yang langsung tidak pernah mendengar konsep menundukkan pandangan di dalam perbahasan fikah Islam, lantas melihat apa-apa sahaja yang berada di sekelilingnya. Yang halal, mahupun yang haram, semuanya dia lihat, katanya rezeki jika tidak pandang. Padahal perkara itu adalah maksiat dan boleh mendatangkan dosa terhadap dirinya. Oleh itu, adalah lebih baik untuk kita sama-sama memahami konsep ini dengan baik, supaya kita boleh selamatkan hati kita daripada terjerumus ke dalam lembah maksiat. Misalnya, jika orang lelaki memandang kepada wanita yang tidak menutup aurat dan seksi pakaiannya, maka ia akan menimbulkan rasa yang tidak baik di dalam hati si lelaki tersebut. Ia bermula daripada pandangan mata, lalu jatuh ke hati. Sebab itu Nabi SAW ada tegaskan di dalam sabdanya,

Maksudnya: Wanita itu adalah aurat, apabila dia keluar, syaitan akan memperelok pandangan manusia lain untuk melihatnya. (Direkodkan oleh Tirmizi, no. 1173, dinilai sahih oleh Syeikh al-Albani) Dapat difahami berdasarkan hadis ini bahawa apabila wanita keluar daripada rumah, syaitan akan mengambil kesempatan untuk menimbulkan fitnah dengan bersenjatakan wanita. Justeru, kita tidak hairan dewasa ini apabila ramai orang lelaki mengambil kesempatan ke atas orang perempuan. Statistik jenayah rogol dan gangguan seksual semakin ketara tahun demi tahun berbanding tahun-tahun yang lalu yang mana wanita jarang keluar rumah. Oleh itu, daripada menimbulkan penyakit yang ada di dalam hati, serta boleh menimbulkan fitnah yang lebih besar. Islam sudah awal-awal lagi menutup pintu tersebut iaitu dengan memperkenalkan kaedah menundukkan pandangan. Pada tajuk yang lepas kita sudah faham akan perihal hijab, maka pada kali ini, kita memahami pula konsep menundukkan pandangan di dalam Islam.

Hakikat Menundukkan Pandangan Firman Allah SWT, )03( Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (An-Nur: 30)

Firman Allah SWT, Maksudnya: Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. (An-Nur: 31)

(gadh-dhul bashar) bererti menahan, mengurangi atau Dari sudut bahasa, , yang bererti (menahan) menundukkan pandangan. Berasal dari kata (mengurangi) atau (menundukkan).[1] atau Menahan pandangan bukan bererti menutup atau memejamkan mata hingga tidak melihat sama sekali, atau menundukkan kepala ke tanah saja, kerana bukan itu yang hendak dimaksudkan. Di samping ia nya tidak akan mampu dilaksanakan oleh kita semua. Tetapi yang hendak dimaksudkan di sini ialah mengawal pandangan. Pandangan yang terpelihara adalah apabila seseorang itu memandang sesuatu yang bukan aurat lelaki atau wanita atau perkara-perkara buruk yang lain, tidak berlama-lama memandang yang tidak baik, dan tidak terus menerus memandang aurat apabila terpandang buat kali yang pertama.[2] Dengan kata lain, menahan pandangan dari melihat apa-apa sahaja yang diharamkan oleh Allah dan rasul-Nya.[3] Menundukkan pandangan adalah satu perintah Allah kepada semua lelaki dan perempuan. Ia adalah satu simbolik menandakan orang Islam mesti menjaga pandangan daripada melihat perkara yang dilarang oleh Allah SWT. Menundukkan pandangan bukan bermakna menundukkan kepala, tetapi memelihara pandangan. Maksudnya, walaupun ada maksiat berlaku di depan mata, seseorang itu mesti mengelakkan mata daripada melihatnya dan bukan menganggap ini tayangan percuma yang rugi kalau tidak dilihat, seperti sangkaan sesetengah orang. Antara yang dilarang ialah melihat aurat atau perkara yang memberahikan. Kenapa Allah SWT menyuruh kita menundukkan pandangan? Kerana apa yang pasti bahawa pandangan manusia amat berkait rapat dengan hati. Manakala hati manusia ialah raja bagi tubuh badan. Jika hati tercemar, maka ia akan merosakkan anggotaanggota yang lain, iaitu dengan mengawal anggota lain untuk melakukan maksiat, seperti otak akan berfikir dan berimaginasi tentang apa yang dilihat. Tangan dan kaki akan mula mengambil tindakan. Nabi SAW berkata, : . : Maksudnya: Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-halmusyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang mana tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Sesiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat,

maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, sesiapa yang terjerumus dalam syubhah, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahawa di dalam tubuh ada sekerat daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sekerat daging itu rosak, maka seluruh tubuh itu akan rosak. Ketahuilah, dia itu adalah hati. (Direkodkan oleh Bukhari, no. 52) Justeru, sebelum berlaku fitnah yang lebih besar, maka awal-awal lagi Islam sudah menutup pintu fitnah tersebut iaitu dengan cara menundukkan pandangan. Menghalang daripada memandang perkara-perkara yang haram seperti aurat lelaki atau perempuan, berdasarkan kaedah-kaedah yang telah diterangkan di atas. Sahabat ada bertanya kepada Nabi SAW akan perihal hak kepada jalan orang yang lalu-lalang, maka Nabi SAW berkata, . . Maksudnya: Jika kamu berjumpa selain daripada majlis, maka berilah jalan haknya, maka para Sahabat bertanya, Apakah haknya, Nabi SAW menjawab, Tundukkan pandangan, hilangkan kesakitan, jawab salam, menyeru kepada perkara yang makruf dan mencegah kemungkaran. (Direkodkan oleh Muslim, no. 5685) Nabi SAW berkata, Maksudnya: Hai Ali! Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pada pandangan pertama, adapun yang berikutnya tidak boleh

(Direkodkan oleh Abu Daud, no. 2149)[4]

Contoh situasi yang kita boleh ambil daripada hadis ini ialah, tatkala kita berjalan-jalan, kemudian ternampak perkara-perkara yang tidak sepatutnya dilihat seperti aurat dengan sekilas pandang, maka selepas itu kita wajib mengelak pandangan, serta jangan pandang lagi buat kali yang kedua.

Untuk pandangan pertama adalah dimaafkan kerana tidak sengaja. Namun, apabila kita sengaja memandang kepada perkara yang haram, kita akan mendapat dosa.

Nabi SAW berkata, . -- Maksudnya: Daripada Jarir Bin Abdullah berkata, Aku telah bertanya kepada Nabi SAW akan perihal melihat secara tiba-tiba, maka Nabi SAW menyuruh aku mengalihkan pandangan aku (tidak memandang untuk kali yang kedua.

(Direkodkan oleh Muslim, no. 5770)

Nabi SAW berkata,

-- .

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah, bahawa Nabi SAW berkata, Setiap anak Adam memiliki peluang untuk berzina, kedua mata itu berzina dan zinanya adalah melihat, kedua kaki juga berzina dan zinanya adalah berjalan, mulut juga berzina dan zinanya adalah mencium dan hati itu berzina dan zinanya adalah hawa nafsu dan angan-angan. Akan tetapi, kemaluanlah yang akan membenarkan atau mengingkari perzinaan tersebut.

(Direkodkan oleh Muslim, no. 6925) Berdasarkan hadis ini, kita pasti akan terjatuh ke dalam lembah zina jika kita tidak menjaga faktor-faktor yang boleh menjurus kita kepada zina. Oleh itu, pintu zina dan maksiat ini terlalu luas, maka menjadi tanggungjawab kita untuk menghalang diri kita daripada terjatuh ke dalam lembah zina, iaitu salah satu usaha kita ialah dengan menjaga pandangan daripada melihat perkara yang haram. Nabi SAW berkata, !: : ! Maksudnya: Daripada Ibn Abbas, katanya Al-Fadhal (bin Abbas) pernah menjadi radif Rasulullah s.a.w. (menaiki unta yang sama di belakang Rasulullah SAW). Datang seorang wanita dari khasy`am untuk meminta fatwa daripada Nabi SAW. Lalu al-Fadhal memandangnya dan dia adalah seorang perempuan yang cantik. Maka Nabi pun memusingkan wajah al-Fadhal ke arah lain. (Direkodkan oleh an-NasaI, no. 2641, dinilai sahih oleh Syeikh al-Albani) Hadis ini memberi maksud bahawa Nabi SAW menundukkan pandangan al-Fadhal Bin Abbas, daripada terus-menerus melihat wanita daripada khasyam itu dengan mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Ini adalah bukti bahawa Nabi SAW tidak menggalakkan seseorang itu melihat wajah wanita, kecuali jika berhajat seperti proses pembelajaran, jual beli, kerja atau sebagainya. Maka tujuan menundukkan pandangan adalah tidak lain dan tidak bukan, untuk memelihara manusia daripada terjebak kepada fitnah yang lebih besar. Justeru, Islam tidaklah melarang untuk berjalan-jalan, bersiar-siar, atau sebagainya. Namun, Islam ada meletakkan kaedah iaitu apabila terpandang pada perkara yang haram, cepat-cepat alihkan pandangan ke tempat lain. Hukum ini juga diguna pakai ketika mana kita menonton TV, melayari FB, atau sebagainya. Perkara ini penting untuk mengelakkan diri kita daripada fitnah dan menjauhkan diri kita daripada dosa.

[1] Lihat: Tajul Arus 1/4685, dan Maqayisul Lughah 4/306 [2] Dr Yusuf Al-Qaradhawi, Halal & Haram, hlm 171 [3] Tafsir At-Thabari 19/154, Ibnu Katsir 6/41 [4] Dihasankan oleh Syeikh al-Albani,

inShar e

ABOUT THE AUTHOR

Fathullah Al-Haq

Muhammad Fathullah Al-Haq Bin Muhamad Asni, sekarang sedang mengikuti pengajian dalam bidang Syariah di Universiti Yarmouk, Jordan. Beliau aktif menulis bahan ilmiyah dan dakwah di laman web fikrahhalaqah.com, memberi penyampaian mingguan di Radio Halaqah fm. Beliau juga banyak memenuhi jemputan ceramah agama dan motivasi di seluruh Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai