Anda di halaman 1dari 2

Ciri-ciri pembentangan laporan

Suara Suara itu fizikal? kira fizikal jugak lah. Suara mesti ada. Jangan bisu. Kalau anda ada suara ibarat penyampai radio, itu sangat bagus. Dua pembentang membentang sekaligus menyebabkan pembentangan ibarat iklan radio yang sangat menyakinkan. Effect timing diorang memang brilliant. Kalau anda seorang perempuan dan mempunyai suara seorang perempuan lagi bagus. Kajian menyatakan bahawa suara perempuan lebih cepat ditangkap berbanding suara lelaki. Kalau kamu tahu menyanyi lagi bagus. Gunakan suara nyanyian kamu. Dan pastikan suara kamu lantang dan jelas.

Pakaian - Pakaian mestilah elok mata memandang. - Elok mata memandang bermaksud senang dipandang. Jangan menjolok mata, susah penonton nak tengok pembentangan kalau dah buta. - Jangan terlalu menarik, nanti penonton asyik tengok baju saja.

Gaya - gerak tangan, mata dan gerak badan hendaklah diselaraskan untuk menekankan fakta . - Jangan kaku atau beraksi berlebihan. - Mimik muka hendaklah mengikut penekanan suara iaitu senyum apabila gembira, sedih apabila gundah dan marah apabila emosi tinggi. - Pandang tepat ke arah audiens untuk mewujukan eye contact yang sesuai. Kecekapan berbahasa - Penyampaian yang berkesan disampaikan dengan menggunakan bahasa yang tepat dan indah . - Penyampaian perlu menguasai bahasa dengan baik . - Ciri-ciri penggunaan bahasa yang baik adalah seperti berikut : Pemilihan perkataan yang tepat dan menggunakan bahasa yang gramatis. Aras bahasa bersesuai dengan audiens. Unsur-unsur keindahan bahasa diselitkan dalam penyampaian untuk menarik minat audiens. Keindahan bahasa yang dimasudkan ialah pantun, bahasa kiasa, peribahasa dan perumpamaan.

Penggunaan ayat yang mampu mempengaruhi emosi dan menarik simpati. Penggunaan laras yang sesuai dengan isian yang lapor dan audiens. Penggunaan bahasa yang sopan.

Nada dan intonasi - Pastikan suara sedap didengar dan menarik. - Nada dan intonasi haruslah dikawal dan dipelbagaikan untuk tujuan yang tertentu: Nada tinggi dan bersemangat apabila hendak menarik perhatian. Nada perlahan sedikit apabila hendak merayu dan meminta simpati Nada sederhana tetapi mesra apbila memujuk. Nada propaganda apabila hendak mempengaruhi pendengar. Nada tinggi dan suara lantang apabila membakar emosi.

Anda mungkin juga menyukai