Anda di halaman 1dari 12

KEMAHIRAN

PENYAMPAIAN YANG BAIK

Norfatin Nadia bt Rozali


t
Noor Zafirah bt Mohd Fauzi
KELANCARAN
• Memulakan penyampaian dengan berkeyakinan
tinggi terhadap diri dan pengetahuan sedia ada.
• Pandang tepat ke arah audiens semasa
penyampaian.
• Pengaliran idea secara berterusan tanpa terlalu
kerap merujuk kepada nota.
• Berhenti seketika pada akhir penyampaian
sesuatu fakta atau di mana perlu untuk audiens
memahami atau mengikuti penyampaian.
• Kawalan masa, iaitu memulakan penyampaian
pada waktu yang ditetapkan dan
menamatkannya tepat pada waktu yang
ditetapkan.
• Elakkan daripada melakukan gangguan
wacana seperti ‘Eh’, ‘em’ atau ‘ya’.
• Penyampaian mengikut tempo yang
sederhana. Elakkan penyampaian yang terlalu
laju atau perlahan.
NADA DAN INTONASI
• Pastikan suara sedap didengar dan menarik.
• Nada dan intonasi haruslah dikawal dan
dipelbagaikan untuk tujuan yang tertentu:
- Nada tinggi dan bersemangat apabila hendak
menarik perhatian.
- Nada perlahan sedikit apabila hendak merayu
dan meminta simpati.
- Nada sederhana tetapi mesra apabila memujuk.
- Nada propaganda apabila hendak
mempengaruhi pendengar.
- Nada tinggi dan suara lantang apabila
membakar emosi.
KECEKAPAN BERBAHASA
• Penyampaian yang berkesan disampaikan
dengan menggunakan bahasa yang tepat dan
indah.
• Penyampai perlu menguasai bahasa dengan baik.
• ciri-ciri penggunaan bahasa yang baik adalah
seperti berikut:
- pemilihan perkataan yang tepat dan
menggunakan bahasa yang gramatis.
- Aras bahasa bersesuaian dengan audiens.
- unsur-unsur keindahan bahasa diselitkan
dalam penyampaian untuk menarik minat
audiens.
Keindahan bahasa yang dimaksudkan ialah
pantun, bahasa kiasan, peribahasa dan
perumpamaan.
• Penggunaan ayat yang mampu mempengaruhi
emosi dan menarik simpati.
• Penggunaan laras yang sesuai dengan tajuk
dan audiens.
• Penggunaan bahasa yang sopan.
GAYA PENYAMPAIAN
• Gerak tangan, mata dan gerak badan
hendaklah diselaraskan untuk menekankan
fakta.
• Jangan kaku atau beraksi berlebihan.
• Mimik muka hendaklah mengikut penekanan
suara iaitu senyum apabila gembira, sedih
apabila gundah dan marah apabila emosi
tinggi.
• Pandang tepat ke arah audiens untuk
mewujudkan eye contact yang sesuai.
• Pakaian hendaklah kemas dan bersesuaian
dengan majlis.
KESIMPULAN
• Penyampai perlu menonjolkan dirinya dahulu
sebelum menonjolkan idea-ideanya.
• Oleh itu, penyampai perlu melihatkan
perwatakan, sikap dan pandangan yang positif
serta penuh keyakinan diri sendiri sebelum
berjaya mendapatkan keyakinan audiens.
 TAMAT

Anda mungkin juga menyukai