Anda di halaman 1dari 39

PENSAYARAH: En Jamalul Lail Bin Abd Wahab PELAJAR: Siti Nurhidayatul Akmar Binti Esbah(P47579)

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR-PELAJAR IPG MEMILIH PROFESION KEGURUAN

Kualiti pendidikan bermula dengan kualiti seorang guru. Peningkatan kualiti pendidikan guru merupakan satu usaha berterusan untuk melahirkan guru yang kreatif, berketrampilan dan berakhlak mulia. Kurikulum pendidikan guru adalah dinamik dan sentiasa diubah suai supaya guru dilengkapkan dengan pengetahuan baru dan sikap positif sejajar dengan pembentukan negara yang progresif. Pengubahsuaian kurikulum menuntut para pendidik guru membuat peranjakan minda untuk melahirkan guru permulaan yang cekap dalam teknologi dan yakin menghadapi perubahan dan menangani cabaran persekitaran sekolah semasa.

Bakal guru yang diharapkan menjadi pembimbing generasi muda hendaklah mempunyai ciri-ciri unggul yang menjadi aspirasi masyarakat dan negara. Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Bahagian Pendidikan Guru sememangnya berhasrat memilih bakal guru yang berminat, bukan mereka yang hanya menceburkan diri setelah tiada pilihan lain kerana sikap separuh hati ini telah terbukti mendatangkan akibat buruk kepada profesion itu sendiri (Berita Bahagian Pendidikan Guru, 1990).
Usaha menjamin kualiti perkhidmatan dalam profesion keguruan di abad ini merupakan satu cabaran kerana arus pembangunan masa kini mendesak peningkatan kualiti dalam semua bidang perkhidmatan termasuklah bidang pendidikan. Oleh itu, menjadi harapan negara agar guru dapat memainkan peranan dalam mendidik anak bangsa menjadi warganegara yang berguna.

Dewan Bahasa memberikan definasi faktor sebagai unsur atau sebab yang menyumbang kepada hasil (Kamus Dewan: 2005). Merrian-Webster Medical Dictonary(2002) pula menjelaskan faktor sebagai something that actively contributes to the production of a result. Mempengaruhi pula diberi makna sebagai pengaruh atas, pengunaan pengaruh kepada sesuatu. Mempengaruhi juga memperlihatkan satu tindakan atau proses yang subjektif dimana terdapat unsur yang lebih dominan dan berkuasa menguasai beberapa unsur lain sehingga menjadikan sesuatu itu memperlihatkan ciri penguasaan unsur dominan itu.

Pelajar bermaksud orang yang sedang belajar, individu yang sedang mencari ilmu di dalam sesuatu bidang pengetahuan (Kamus Dewan:1995). Institut Pendidikan Guru pula ialah sebuah organisasi kerajaan yang di tubuhkan dengan tujuan menjadi tempat latihan bagi melatih guru-guru. Profesion biasanya merujuk kepada pekerjaan profesional. Pekerjaan yang dimaksudkan dalam konteks profesional pula sering dikaitkan dengan bidang yang memerlukan kelayakan yang tinggi dan latihan khas (Kamus Dewan:2005).

Perguruan juga merujuk kepada Institusi Pendidikan Guru (Kamus Dewan:2005) , namun perkataan profesion dan keguruan itu dikaitkan bermaksud pekerjaan guru itu sendiri . Dalam maksud lain pekerjaan guru yang profesional yang perlu mendapat latihan dan pengetahuan di Institut Pendidikan Guru .

Mengikut Kamus Dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh manakala perkataan keguruan pula berkaitan dengan guru, berkaitan dengan peranan (tugas dan kelayakan) sebagai guru.

Ramlan (2000) mendefinisikan guru sebagai seorang yang mengajar dan seorang penjawat awam secara langsung mengesahkan bahawa guru ialah pelaksana yang diiktiraf dan diperakukan untuk merealisasikan perlaksanaan dan pembangunan pendidikan kebangsaan secara profesional. Dia juga perlu bersedia dan sanggup mempertingkatkan kemahiran, ilmu dan kewibawaan profesionalnya bagi membina dan memantapkan imej profesional pada diri, keluarga, kejiranan dan masyarakatnya. Faktor pemilihan pelajar di IPG terhadap profesion perguruan boleh di jelaskan sebagai usaha menerangkan punca, niat atau motif yang mempengaruhi dan menyebabkan pelajar membuat keputusan pemilihan kerjaya guru.

1. Adakah faktor peribadi sebagai pendorong pemilihan kerjaya perguruan dalam kalangan pelajar? 2. Adakah faktor dalaman sebagai pendorong pemilihan kerjaya perguruan dalam kalangan pelajar? 3. Adakah faktor luaran sebagai pendorong pemilihan kerjaya perguruan dalam kalangan pelajar?

4. Apakah faktor paling utama sebagai pendorong pemilihan kerjaya perguruan dalam kalangan pelajar?

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR-PELAJAR IPG MEMILIH PROFESION KEGURUAN

Ryan (Halimah :2002)


syarat dalam menjadi guru berkesan iaitu guru mestilah berkualiti dan ianya lahir dari personaliti guru, minat, sikap, dan kepercayaan serta tingkahlaku mereka terhadapa profesion.

Harunaja Najmudin (2007)


pemilihan kerjaya individu mestilah berlaku dengan kesedarannya sendiri, sesuai dengan kebolehan, nilai, kemahiran dan personalitinya dan bukan disebabkan oleh dipaksa oleh kehendak orang lain yang signifikan dalam hidupnya.

Holland (Zurina et al.:1998) mereka yang terlibat dalam pendidikan mempunyai personaliti berbentuk sosial. mereka terdiri dari individu yang menyukai aktivitiaktiviti yang melibatkan memberitahu, melatih, mengajar dan memahami dan membantu orang lain. Guru yang tidak mempunyai nilai tersebut di dalam dirinya akan menyebabkan tahap kepuasan kerjanya menjadi kurang. Noran & Ahmad (1988), Mohd Yusof (2002) faktor , alasan atau motif guru memilih profesion perguruan mampu memberi impak kepada tingkah laku individu khususnya di dalam bidang perguruan.

Halimah (2006)
prestasi guru semasa latihan mengajar menunjukkan pelatih yang mendapat prestasi cemerlang dan baik adalah terdiri dari mereka yang memilih bidang perguruan kerana faktor minat dari kecil, suka bekerja dengan pelajar, bertukar ke kerjaya guru bukan disebabkan faktor gaji dan hasrat membantu bangsa dan negara.

Mohammad Sani (2002) berjaya atau gagal sesuatu Institusi Pendidikan Guru menghasilkan guru yang berkualtiti dan profesional bergantung kepada manusia yang dipilih untuk mengikut program yang ditawarkan. Sebagai modal insan pula kejayaan mereka melaksanakan tugas pendidikan itu semestinya datang dari niat dan minat serta pengetahuan dalam bidang kerjaya mereka.

Noran Fauziah (1990) dalam kajiannya pada tahun 1998 yang dilakukan dikalangan guru pelatih Maktab Perguruan telah membahagikan lima kelompok item faktor pemilihan kerjaya dan terdapat 30 item kecil faktor di dalamnya dalam perguruan.

Pertimbangan peribadi

Pengaruh luaran

Nilai-nilai perguruan

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PROFESION KEGURUAN

Minat kepada keadaan kerja

Sebab-sebab idealistik

Mohamad Sani et al (2002), Mohd Yusof Ahmad (2002), Halimah (2006), Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Guru (JPPG); Norasmah et al( 2006) pula membahagikan faktor pemilihan kerjaya guru kepada tiga kelompok besar iaitu:

EKTRINSIK

berpunca daripada faktor luaran, mengharapkan sesuatu ganjaran atau hendak mencapai sesuatu matlamat tertentu

INTRINSI K

meliputi hal yang berkaitan dengan faktor dalam diri individu itu sendiri

ALTURISTIK

aktiviti atau tindakan yang diambil

Ginzberg et al (1951); sebelum seseorang itu memilih pekerjaan dia akan menilai dirinya dari segi kebolehan, minat dan personalitinya berkaitan kerjaya. Dia akan melihat kelayakan akademiknya yang membolehkan ia layak memohonnya. Jika berpadanan individu tersebut akan menilai mengenai minat dan personalitinya bersesuaian dengan pekerjaan tersebut. Keputusan pemilihan kerjaya itu akan diputuskan setelah melalui penilaian dari aspek akademik, minat dan personaliti individu tersebut.

1. Pekerjaan yang terjamin 2. Bergaji tetap/lumayan 3. Dipengaruhi orang lain (keluarga/rakan/ kaunselor) 4. Dihormati oleh masyarakat 5. Banyak cuti/masa kerja pendek/banyak masa untuk keluarga 6. Batu loncatan ke kerjaya lain 7. Peluang untuk melanjutkan pelajaran 8. Kerja mudah/senang 9. Pilihan terakhir

Mohd Yusof (2002) faktor Ektrinsik adalah lebih dominan

Faktor ini mewakili 42.2 % dari 265 sempel yang terdiri daripada pelajar IPG di seluruh negeri Sabah yang dijadikan sampel

Eleman ektrinsik ;kerjaya guru dipilih kerana ia merupakan satu pekerjaan yang terjamin (10.7%).

Muhammad Sani (2002) 298 orang pelajar fakulti pendidikan UKM sebagai responden. Hasil kajiannya menunjukkan 244 (81.9%) dari mereka bersetuju profesion ini adalah kerja yang terjamin. Noran Fauziah(1998) juga mendapati faktor ini dipersetujui oleh ramai pelajar iaitu mewakili 88% peratus.

item profesion perguruan pilihan terakhir/tiada pilihan, dapatan: Noran Fauziah menunjukkan 19.5% sahaja bersetuju dengannya. Muhamad Sani 186 orang(62.4%) menafikan bahawa mereka memilih kerjaya guru kerana tiada alternative(pekerjaan) lain. Mohd Yusof 9.7% bakal guru yang memilih kerjaya perguruan menjadikan profesion ini adalah pilihan terakhir (tiada pilihan lain).

1. Minat dan cita-cita 2. Suka mengajar 3. Suka kepada mata pelajaran 4. Sesuai dengan kelulusan 5. Sesuai watak diri/personaliti

Noran Fauziah (1998) pertimbangan peribadi merupakan satu faktor yang amat mempengaruhi keputusan pelajar memilih profesion perguruan. perwatakan mereka sesuai dengan kerjaya guru (81%) minat atau cita-cita sejak dari kecil, sebanyak 73% responden bersetuju dengannya. Mohd Yusof 21.4 % responden menyatakan faktor cita-cita /minat mengajar /sesuai dengan watak merupakan satu faktor utama responden dibawah eleman intrinsik. Halimah (2006) faktor minat merupakan suatu pengaruh yang signifikan terhadap prestasi guru pelatih dalam latihan mengajar .

1. Suka bekerja dengan kanak-kanak/genarasi muda 2. Ingin menyampaikan pengetahuan 3. Ingin berkhidmat pada masyarakat 4. Ingin mengatasi kelemahan guru, murid dan pretasi sekolah 5. Ingin profesion yang mencabar 6. Ingin membantu genarasi muda

elemen berkaitan faktor alturistik yang sering menjadi pilihan oleh pelajar IPG ialah suka bekerja dengan kanak-kanak .

Mohd Yusof (2002)


iaitu 8.5% dari keseluruhan subjek kajiannya.

Noran Fauziah (1998)


mendapati 90 % pelajar IPG menyukai kanak-kanak sebagai sebab memilih proesion perguruan.

faktor yang populur dikalangan pelajar IPG apabila membuat keputusan memilih profesion perguruan ialah menyampaikan pengetahuan
Mohd Yusof (2002)
4.8 % pilihan dari pelajar IPG

Noran Fauziah
91% daripada mereka memilih faktor ini.

ISU 2 PILIHAN KERJAYA SEMENTARA ISU 1 GURU YANG TIDAK BERMINAT DALAM PROFESION PERGURUAN

ISU 3 SISTEM PENGAMBILAN GAGAL MENGAMBIL GURU YANG BERKUALITI

ISU YANG PERLU DI BERI PERHATIAN

Noran Fauziah

Mohd Yusof

30% dari mereka menafikan kerjaya guru adalah cita-cita dan minat mereka. faktor ini hanya mempengaruhi 21.4 % dari 265 orang guru yang memilih profesion perguruan .

Halimah (2006)

pelajar yang mencapai kejayaan cemerlang di dalam latihan mengajar yang di capai oleh pelajarnya adalah terdiri dari mereka yang menjadikan profesion perguruan sebagai minat mereka dan suka kepada pelajar. mereka yang berprestasi rendah ialah mereka yang terdiri dari kumpulan yang menjadikan kerjaya guru kerana pengaruh orang lain dan kerjaya pilhan terakhir

mereka yang tidak berminat di dalam profesion perguruan ini sebenarnya mampu untuk menjejaskan harapan negara untuk mengangkat pendidikan negara ke pentas dunia. golongan yang tidak berminat dan memilih profesion perguruan kerana faktor ektrinsik akan menggangu usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan dinegara ini.

Noran Fauziah 22% dari pelajar IPG menjadikan kerjaya ini sebagai batu loncatan untuk ke kerjaya lain Mohd Yusof 6.2 % daripada 355 guru menjelaskan bahawa mereka menjadikan kerjaya guru sebagai kerjaya sementara. Muhammad Sani 50% sahaja dari pelajar bidang pendidikan mahu terus kekal di dalam kerjaya guru sehingga bersara. Halimah(206) menjejaskan prestasi pelajar di dalam latihan mengajar berpegang dengan faktor ini menunjukan sikap tidak berminat menjadi guru, suka menyalahkan pelajar, lesu dan kurang tenaga dan tidak bersemangat untuk bekerja

akan melemahkan sistem pendidikan negara . Malahan mereka menjadi punca utama yang dijadikan gambaran oleh masyarakat bahawa kumpulan guru masakini dalam keadaan lesu dan tidak berkerja bersungguh-sungguh dalam mendidik anak mereka.

salah satu matlamat PIPP dibawah perakuan Memertabatkan Profesion Keguruan ialah menambah baik sistem pemilihan calon guru. Dalam usaha menghasilkan guru yang cemerlang, berkualiti dan bertaraf dunia , pemilihan calon guru pelatih yang berminat dalam profesion keguruan dibuat dengan teliti. . Cabaran KPM adalah bagi memantapkan sistem pemilihan guru pelatih supaya mereka yang berminat dan mempunyai sahsiah yang baik sahaja di pilih. Langkah-langkah inovatif juga akan dipergiatkan bagi menarik lebih ramai pelajar cemerlang menyertai profesion keguruan. (Status semasa, Cabaran dan tumpuan dalam RMKe 9 Memperkasakan Profesion Keguruan PIPP 2006-2010)

Pengambilan Guru (BPG), KPM telah memperbaiki sistem pengambilan guru dengan memperkenalkan instrumen Inventori Teacher Selection Test (MteST) dengan mengambil kira sahsiah guru (INSAK), analatikal, kuantitatif, Verval, dan penguasaan bahasa Inggeris sebagai sistem saringan pemilihan guru ke bidang keguruan. Noran Fauziah pada tahun 1998 mendapati pelajar IPG yang menjadikan kerjaya perguruan sebagai pilihan terakhir meencapaian peratusan yang agak besar iaitu 19% Begitu juga mereka yang memilih kerjaya keran dipengaruhi oleh orang lain juga mencapai 25% .

Mohd Yusof guru menjadikan profesion ini sebagai pilihan terakhir adalah besar iaitu 9.7% dari bilangan responden berjumlah 335 orang. Faktor pemilihan dipengaruhi orang lain mencapai 6.2% . Suhaini Suhardi juga mendapati angka itu lebih besar sehingga mencapai 54% dari respondennya. Kajian ini menjelaskan dapatan bahawa Inventori terdahulu gagal untuk memilih calon yang benar benar berminat memasuki bidang keguruan. Muhamad Sani juga mendapati 72.5% guru di universiti turut dipengaruhi oleh orang lain semasa membuat keputusan memilih kerjaya perguruan.

Halimah

(2006)

48% dari 25 respondennya dari kalangan calon guru menyatakan pilihan mereka berdasarkan kepada kehendak keluarga.

Minhat Dolah (2006) 35.2% guru pelatih di IPG yang dikaji berada di dalam kumpulan individu yang kecewa. Mereka bersikap pesimistik , celaru fikiran dan emosi , prasangka terhadap kawan, tidak dapat memberi iltizam terhadap IPG dan proesion Keguruan. Sementara 3.2 % dari mereka tidak menunjukkan iltizam terhadap profesion perguruan. Zurinah dan Noriah (2007) yang mengatakan sukatan pendidikan guru perlu dikaji semula dengan lebih menekankan kepada aspek kepintaran emosi (EQ).

keupayaan MteST perlu ditingkatkan dan BPG juga perlu menigkatkan peranan IPG dalam menangani isu keperibadian pelajar dan guru.

1. Memperketatkan pengambilan guru i. Peratusan penilaian aspek sahsiah dan ujian minat meliputi 50% . ii. Menjalankan beberapa saringan ujian EQ iii. Meningkatkan Keupayaan Inventori MteST

2. Menigkatkan Kualiti Pendidikan Guru


i. Membuat penilaian berterusan dengan peratusan markah lebih besar dari aspek sahsiah /personaliti di cadangkan melebihi 40% ii. Merombak semula sukatan pendidikan guru yang lebih menekankan pembentukan sahsiah.

3. Memperkenalkan sitem penyingkiran pelajar di IPG yang lebih telus dan tegas apabila melangar tatacara perguruan dan sahsiah. 4. Melaksanakan Ujian minat dan personaliti sepanjang berada di IPG dengan lebih kerap (awal pengajian & akhir pengajian) dan melaksanakan sistem penyingkiran berasaskan ujian tersebut.

Guru adalah jawapan kepada persoalan yang ditimbulkan berkaitan kualiti tersebut. Apabila melihat kepada pekerjaan guru tidak harus juga dilupakan apakah mereka benar-benar berminat menjadi guru atau sebaliknya. Semuanya itu akan berbalik kepada persoalan apakah faktor atau punca guru memohon pekerjaan keguruan itu. Faktor pemilihan boleh disamakan dari segi konsep niat kerana niat yang baik menghasilkan pekerjaan yang baik, begitu juga sebaliknya. Faktor ektrinsik walaupun tidak mendominasi pengaruhnya dikalangan guru tetapi mula menjadi pilihan pelajar IPG memilih profesion keguruan.

Anda mungkin juga menyukai