Anda di halaman 1dari 11

LAPORAN ANALISIS 1 GAMBAR 1 1. a.

Gambar dan huraian keadaan/situasi/fenomena/scenario yang terdapat dalam masyarakat /persekitaran Gambar

b.

Huraikan tentang keadaan/situasi/fenomena/scenario yang terdapat dalam gambar Aktiviti Gotong Royong merupakan antara aktiviti riadah yang dapat memupuk semangat keharmonian dalam masyarakat. Seperti gambar di atas ia mengambbarkan semangat gotong royong yang dijalankan oleh PIBG SK Seri Andalas. PIBG merupakan tonggak sokongan yang terdapat dalam setiap sekolah. Program yang dijalanakan oleh PIBG bersama sekolah untuk membersihkan kawasan persekitaran sekolah terutama di kawasan yang berhampiran dengan sekolah. Semangat gotong royong ini perlu digalakkan dan diteruskan sepanjang tahun agar hubungan antara sekolah dan PIBG akan bertambah erat.

2. a. b. c.

Disiplin / Matapelajaran Nama Disiplin / matapelajaran : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun i. II. iii. Unit 6 Topik Subtopik :5 : Hidup Bermuafakat : Bergotong Royong Amalan Mulia : Kepentingan Bergotong Royong

d.

Huraikan bagaimana keadaan /situasi/ fenomena/ scenario dalam gambar dapat dikaitkan dengan pengetahuan / kemahiran/ nilai yang terdapat / dalam topic / subtopic. Objektif pengetahuan yang cuba diterapakan adalah mengenai kepentingan bergotong royong bersama dengan masyarakat setempat terutama yang mempunyai perhubungan secara langsung dengan pihak sekolah. Kepentingan yang terbentuk secara langsung dengan aktiviti gotong royong ini ialah membentuk hubungan yang baik antara masyarakat setempat dengan pihak sekolah. Selain itu, dengan aktiviti gotong royong ini akan menjadikan persekitaran sekolah bertambah ceria dan jauh dari wabak penyakit Objektif kemahiran pula dapat diterapkan melalui aktiviti aktiviti riadah yang memberi kecergasan dan kesihatan badan. Nilai nilai-nilai murni dapat diterapkan melalui aktiviti gotong royong ini. Sikap cintakan kebersihan, bertanggungjawab menjaga kebersihan dan mengeratkan perhubungan antara satu sama lain adalah antara nilai murni yang diterapkan dalam aktiviti gotong royong. ini ialah melalui sikap tanggungjawab. Aktiviti gotong royong juga menggalakkan masyarakat dengan

e.

cadangkan tindakan /aktiviti yang boleh dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran topic/subtopic tersebut ke arah menambah baik keadaan/ situasi/ fenomena/ senario/ yang terdapat dalam gambar. Semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan, guru boleh menunjukkan beberapa gambar aktiviti gotong royong. Murid-murid akan membentuk beberapa kumpulan dan membentangkan kepentingan aktiviti gotong royong yang dijalankan. Murid2

murid juga diminta untuk membuat ayat berdasarkan nilai murni yang terdapat ketika aktiviti gotong royong. Bagi aktiviti lain pula, guru boleh menjalankan aktiviti amali bergotong royong bersama dengan murid. Murid murid menjalankan aktiviti gotong royong menceriakan kelas. Apabila selesai aktiviti menceriakan kelas, murid-murid akan membuat karangan dengan tajuk pengalaman aktiviti gotong royong di dalam kelas bersama rakan-rakan.

GAMBAR 2 1. a. Gambar dan huraian keadaan/situasi/fenomena/senario yang terdapat dalam masyarakat /persekitaran Gambar

b.

Huraikan tentang keadaan/situasi/fenomena/senario yang terdapat dalam gambar Gambar di atas menunjukkan peranan pengawal keselamatan menjaga keselamatan

murid sekolah untuk melintas jalan raya. Keselamatan jalanraya merupakan satu agenda penting bagi setiap sekolah. Murid-murid diberi pendedahan mengenai keselamatan jalanraya agar mereka memahami kepentingan keselamatan jalan raya. Gambar di atas juga memaparkan disiplin yang perlu dipatuhi oleh setiap murid apabila mereka melintas jalan. Murid-murid tidak boleh berlari-lari atau bermain-main ketika melintas jalan.

2. a. b. c.

Disiplin / Matapelajaran Nama Disiplin / matapelajaran : Bahasa Melayu Tahun i. ii. iii. Unit 14 Topik Subtopik :5 : Keselamatan Jalan Raya : Berhati-Hati Dijalan Raya : Memahami dan mengimbas fakta- papan tanda isyarat jalan raya

d.

Huraikan bagaimana keadaan /situasi/ fenomena/ senario dalam gambar dapat dikaitkan dengan pengetahuan / kemahiran/ nilai yang terdapat / dalam topik / subtopik. Objektif pengetahuan yang cuba disemai kepada murid ialah mengenai papan tanda isyarat keselamatan jalanraya. Aspek keselamatan ini perlu diketahui dan difahami

oleh murid-murid. Perkara ini adalah penting kerana ia melibatkan keselamatan murid semasa datang dan pulang sekolah. Objektif kemahiran adalah tindakan murid untuk melihat contoh dan pemahaman mengenai papan tanda keselamatan jalan raya seperti gambar lampu isyarat, tanda berhenti, gambar zon had laju, zon sekolah dan sebagainya. Nilai yang boleh diterap dalam topik ini ialah sikap berdisiplin di jalan raya, mematuhi keselamatan di jalan raya dan belajar memahami pemanduan berhemah. Nilai-nilai murni ini penting bagi mewujudkan sikap yang baik dikalangan pengguna jalan raya. e. Cadangkan tindakan /aktiviti yang boleh dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran topik/subtopik tersebut ke arah menambah baik keadaan/ situasi/ fenomena/ senario/ yang terdapat dalam gambar. Semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan guru boleh menggunakan media elektronik seperti LCD untuk menunjukkan gambar-gambar papan tanda keselamatan jalan raya. Guru-guru juga dapat menunjukkan cara pemanduan berhemah kepada murid agar murid memahani dan mengamalkan gaya pemanduan berhemah dan mematuhi keselamatan jalan raya. Bagi aktiviti lain pula, guru boleh meminta murid mengumpulkan gambar papan tanda yang boleh didapati di media cetak dan elektronik. Gambar gambar dikumpulkan dan dijadikan sebagai buku skrap. Selain itu latihan pengukuhan juga dapat dilakukan dan disuaipadankan dengan gambar yang dikumpul. Latihan ini secara tidak langsung memberi pemahaman dengan lebih jelas kepada murid.

GAMBAR 3 1. a. Gambar dan huraian keadaan/situasi/fenomena/senario yang terdapat dalam masyarakat /persekitaran Gambar

b.

Huraikan tentang keadaan/situasi/fenomena/senario yang terdapat dalam gambar Gambar di atas menunjukkan aktiviti menggosok gigi secara beramai-ramai di sekolah. Aktiviti ini dijalankan oleh Klinik Kesihatan untuk murid-murid agar murid mengetahui cara menggosok gigi dengan betul. Murid-murid ini diberi pendedahan secara langsung agar sentiasa menjaga kebersihan dan kesihatan gigi. Setiap tahun Klinik Kesihatan akan datang ke sekolah untuk memberi pendedahan kepada murid untuk menjaga kesihatan gigi.

2. a. b.

Disiplin / Matapelajaran Nama Disiplin / matapelajaran : Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun :5

c.

i. ii. iii.

Unit 14 Topik Subtopik

: Kesihatan Diri dan Keluarga : Kesihatan diri : Karies Gigi

d.

Huraikan bagaimana keadaan /situasi/ fenomena/ senario dalam gambar dapat dikaitkan dengan pengetahuan / kemahiran/ nilai yang terdapat / dalam topik / subtopik. Objektif pengetahuan dalam tajuk ini ialah mengenai penyakit yang tidak berjangkit. Penyakit tidak berjangkit ialah penyakit yang tidak melalui perantara. Objektif kemahiran pula mengenai masalah karies gigi iaitu masalah gigi berlubang. Karies gigi adalah kerosakan yg berlaku pada permukaan gigi disebabkan oleh tindakan asid yang dihasilkan oleh bakteria melalui proses metabolismenya menyebabkan gigi mengalami apa yang dikenali sebagai proses demineralisasi (kehilangan inorganik mineral) dan kemusnahan organik mineral.

Nilai yang dapat diterapkan dalam tajuk ini ialah nilai sayangi diri. penjagaan gigi dari peringkat awal akan menjamin kesihatan gigi yang sempurna. Penjagaan kesihatan yang baik akan menjadikan kehidupan kita lebih ceria dan harmoni. e. Cadangkan tindakan /aktiviti yang boleh dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran topik/subtopik tersebut ke arah menambah baik keadaan/ situasi/ fenomena/ senario/ yang terdapat dalam gambar. Semasa Pengajaran dan pembelajaran dijalankan guru boleh membuat demonstrasi menggosok gigi di tepian kelas. Murid-murid akan di ajar teknik menggosok gigi dengan betul. Pemilihan berus gigi yang sesuai juga perlu diterapkan di dalam kelas untuk menjaga kesihatan gigi. Bagi aktiviti lain, guru boleh menggunakan replika gigi untuk menunjukkan cara menggosok gigi dengan betul. Replika ini juga membolehkan guru menunjukkan bagaimana kerosakan gigi boleh berlaku. Dengan cara ini, pemahaman murid mengenai kepentingan menjaga kesihatan gigi akan lebih baik.

GAMBAR 4 1. a. Gambar dan huraian keadaan/situasi/fenomena/senario yang terdapat dalam masyarakat /persekitaran Gambar

b.

Huraikan tentang keadaan/situasi/fenomena/senario yang terdapat dalam gambar Gambar di atas menunjukkan guru dan pekerja sekolah sedang mengukur jarak untuk membuat garisan padang. Guru dan pekerja sekolah perlu melakukan ukuran dengan tepat agar garisan padang menjadi lebih tepat. Ukuran ini penting dan perlu teliti terutama melibatkan garisan padang permainan kerana ia melibatkan syarat dan undang-undang setiap jenis permainan. Contohnya ukuran padang bola baling yang melibatkan pelbagai jenis garisan yang perlu dipatuhi mengikut undang-undang yang telah di tetapkan.

2. a. b.

Disiplin / Matapelajaran Nama Disiplin / matapelajaran : Matematik Tahun :5

c.

i. ii. iii.

Unit 7 Topik Subtopik

: Ukuran Panjang : Menerangkan Jarak Bagi Satu Kilometer : Mengkur jarak dengan menggunakan skala.

d.

Huraikan bagaimana keadaan /situasi/ fenomena/ senario dalam gambar dapat dikaitkan dengan pengetahuan / kemahiran/ nilai yang terdapat / dalam topik / subtopik. Objektif Pengetahuan adalah berkaitan dengan jarak antara hujung gelanggang dengan hujung gelanggang. Ukuran yang digunakan untuk mengukur gelanggang permainan ialah kaki dan meter. Ukuran mestilah tepat kerana ia menentukan saiz sesebuah gelanggang permainan . contohnya gelanggang bola baling ialah 60 kaki x 40 kaki. Objektif kemahiran yang di terapkan dalam tajuk ini adalah mengukur skala dengan menggunakan sesuatu nilai. Contohnya 1cm bersamaan dengan 1 meter. Murid akan

10

dapat membuat gambarajah dengan menggunakan skala yang telah diberikan. Contohnya murid membuat ukuran untuk lakaran balapan dan padang. Nilai yang boleh diterapkan ialah sikap jujur dan amanah ketika mengukur sesuatu ukuran. Ukuran padang permainan perlu dilakukan dengan jujur kerana ia melibatkan undang-undang permainan. Nilai lain adalah seperti ketekunan, rajin dan berdisiplin. Ukuran yang tepat dan sempurna memerlukan sikap yang murni seperti ini. e. Cadangkan tindakan /aktiviti yang boleh dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran topik/subtopik tersebut ke arah menambah baik keadaan/ situasi/ fenomena/ senario/ yang terdapat dalam gambar. Semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan guru boleh mendedahkan jenisjenis ukuran dalam pelbagai jenis gelanggang permainan. Ukuran gelanggang ini ditunjukkan melalui LCD. Selepas itu, murid juga boleh belajar mengukur ukuran sebuah buku, meja dan sebagainya. Bagi aktiviti lain pula, guru boleh membuat aktiviti berbentuk kumpulan dengan meminta murid mengukur ketingggian setiap ahli kumpulan. Pelbagai jenis alat ukuran boleh digunakan. Perbandingan dan purata ketinggian ahli kumpulan juga boleh ditunjukkan

11

Anda mungkin juga menyukai