Anda di halaman 1dari 8

3. TEORI-TEORI PEMBELAJARAN 1.

Farhana tidak tahu bila peneguhan akan diterimanya tetapi dia tahu bahawa jika dia dapat menyiapkan tugasannya dengan cemerlang, dia akan menerima ganjaran. Apakah jenis peneguhan ini? A. Sela tetap B. Berterusan C. Nisbah tetap D. Nisbah berubah Pernyataan yang manakah berikut adalah benar berkaitan konstruktivisme? A. Pemprosesan dari bawah ke atas ditekankan B. Guru adalah pemudahcara dan pembina ilmu C. Pelajaran bermula daripada yang umum kepada yang spesifik D. Pelajar memperoleh kemahiran melalui interaksi dengan seorang pakar Aminah merupakan peminat Siti Nurhaliza. Dia bercakap tentang lagu-lagu terkini Siti Nurhaliza sama ada di rumah atau di sekolah pada setiap masa. Dia juga telah membentuk satu imej mental untuk menyanyi seperti Siti Nurhaliza pada suatu hari nanti. Manakah antara yang berikut merupakan fasa bagi Aminah berdasarkan pembelajaran pemerhatian Bandura? A. Motivasi B. Perhatian C. Reproduksi D. Penyimpanan dalam ingatan Pernyataan yang manakah paling tepat menjelaskan Teori Humanis? A. Pembelajaran berlaku dengan memerhati orang lain melakukan sesuatu tindakan B. Pembelajaran adalah lebih baik jika guru merancang banyak aktiviti C. Pembelajaran arah kendiri akan membuat proses pembelajaran menjadi lebih bermakna D. Setiap peringkat pembelajaran mesti disesuaikan dengan peringkat perkembangan kognitif pelajar Manakah antara yang berikut merupakan implikasi teori behavioris terhada murid berkeperluan khas? A. Banyak memberi teguran terhadap tingkah laku murid B. Tetapkan matlamat yang realistik untuk membentuk tingkah laku C. Gunakan model sebenar atau simbolik untuk membentuk tingkah laku D. Sediakan persekitaran pembelajaran yang sesuai untuk murid-murid Murid berkeperluan khas memerlukan layanan yang berbeza daripada murid normal. Bagaimanakah guru harus memastikan murid tersebut mengembangkan potensi masing-masing berdasarkan teori humanisme? A. Memberi peneguhan secara lisan B. Sentiasa menggunakan latih tubi dan pengulangan
1

2.

3.

4.

5.

6.

C. D.

Kenal pasti keupayaan murid dan sediakan pelan pendidikan individu Mengajar daripada yang sepsifik kepada yang umum untuk memudahkan pemahaman

7.

Manakah antara yang berikut melibatkan tahap pemprosesan maklumat terendah? A. Mengimbas satu muka surat teks dan membuat beberapa catatan B. Mengimbas satu muka surat teks untuk mendapat maklumat tertentu C. Mengimbas satu muka surat teks dan membulatkan semua kata ganti nama D. Mengimbas satu muka surat teks dan membulatkan semua huruf besar Pembelajaran masteri yang berasaskan teori behavioris memastikan semua murid mencapai objektif pembelajaran dengan cara A. mengadakan lawatan sambil belajar untuk memberi pengalaman secara langsung B. membahagikan murid kepada kumpulan-kumpulan untuk belajar secara perbincangan C. memberi pelbagai jenis latihan tentang topik pembelajaran kepada murid untuk membuat banyak praktis D. memecahkan pelajaran kepada unit-unit kecil supaya murid mudah menguasai pengetahuan sebelum beralih ke unit yang lain Pn Shamsiah, meleteri anak lelakinya, Amin supaya mengemas bilik Amin menurut kehendak ibunya dan mengemas biliknya. Pn Shamsiah tidak lagi menegur Amin setelah anaknya menjaga kekemasan biliknya. Berdasarkan Teori Pelaziman Operan Skinner, apakah jenis pelaziman yang telah diberikan oleh Pn Shamsiah kepada Amin? A. Hukuman Beri B. Hukuman Tarik C. Peneguhan Positif D. Peneguhan Negatif

8.

9.

10.

Dalam Teori Kohler (Gestalt), pembelajaran berlaku hasil daripada aktivitiaktiviti berikut kecuali A. pembelajaran celik akal B. pembelajaran pelaziman C. pembelajaran bermakna D. pembelajaran berpusatkan pelajar Satu uji kaji dilakukan kepada seorang kanak-kanak berkeperluan khas yang bernama Shah. Setelah menonton video yang menunjukkan kanak-kanak lain menumbuk patung berkali-kali, Shah akhirnya turut sama mengulangi perbuatan tersebut.

11.

Tingkah laku yang ditunjukkan Shah dalam Jadual di atas merujuk kepada Teori A. Kognitif Piaget B. Sosial Bandura C. Humanis Roger D. Behavioris Pavlov 12. Pendekatan humanis dalam pengajaran berfokus kepada unsur-unsur minat dan keperluan asas manusia. Oleh itu, guru yang bersifat humanis mempunyai ciri-ciri berikut kecuali A. menggalakkan pemerolehan pengetahuan B. menggunakan strategi berpusatkan pelajar dan individu C. membimbing muridnya untuk berusaha ke arah kecemerlangan dan kesempurnaan D. mengetahui bahawa kandungan pembelajaran seharusnya dirancang untuk memenuhi keperluan individu Kanak-kanak berpendidikan khas mengalami pembelajaran berdasarkan teori-teori tertentu sama seperti kanak-kanak normal yang lain. Apakah implikasi teori pembelajaran sosial terhadap kanak-kanak berkeperluan khas? A. Banyakkan pengulangan dan latih tubi kepada model B. Gunakan model tingkahlaku yang sebenar atau simbolik C. Sediakan persekitaran pembelajaran sama seperti persekitaran kanakkanak normal D. Menggunakan pendekatan multi-sensory berdasarkan kerencatan khusus yang dialami oleh kanak-kanak. Berdasarkan Teori Behaviorisme, manakah antara tindakan berikut yang sesuai untuk kanak-kanak berkeperluan khas? A. Menyediakan bilik darjah yang sesuai dengan keperluan kanak-kanak B. Kukuhkan tingkah laku model agar pelajar mengikut tingkah laku yang dikukuhkan C. Aplikasi teknik modifikasi tingkah laku untuk mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini D. Buat analisis tugasan dan kemudian berikan tugasan kepada kanakkanak mengikut matlamat umum yang ingin dicapai. 4. Rangsangan diperkukuhkan melalui prinsip-prinsip latihan Guru mesti banyak menyoal untuk mendapat maklumbalas murid Guru mengaitkan pengalaman positif dengan tugasan pembelajaran Guru menggunakan motivasi untuk membangkitkan tingkahlaku positif

13.

14.

15.

Pernyataan dalam Jadual di atas menggambarkan ciri-ciri teori pembelajaran A. humanis B. kognitivis C. behavioris D. konstruktivis
3

16.

Apakah fokus yang perlu ditekankan oleh guru yang menggunakan Teori Kognitif dalam pengajaran dan pembelajaran? A. Menegaskan pembelajaran terarah B. Menggunakan strategi berpusatkan guru C. Persekitaran pembelajaran yang kondusif D. Cara pembelajaran seperti celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan, kategori pembelajaran dan resepsi Implikasi Teori Albert Bandura terhadap pengajaran guru ialah A. pengajaran perlu berpusatkan guru B. pembelajaran lampau seharusnya ditegaskan C. penggunaan model dalam langkah pengajaran D. penggunaan teknik gerak kerja dan perbincangan kumpulan Kepentingan murid dijaga Guru sentiasa menggalak dan menyokong Peranan guru hanya sebagai fasilitator Murid dipercayai mempunyai kebolehan belajar

17.

18.

Pernyataan dalam Jadual di atas menggambarkan ciri-ciri amalan teori pembelajaran mazhab A. Kognitif B. Humanis C. Behavioris D. Konstuktivis 19. Dalam teori behaviorisme, pembelajaran berlaku akibat aktiviti yang berikut kecuali A. pelaziman B. pengukuhan C. penghapusan D. penyenaraian Pendekatan pengajaran yang sesuai dengan tahap pencapaian murid dapat membantu murid menguasai sesuatu kemahiran. Pernyataan ini sesuai dengan peranan guru konstruktivisme kecuali A. sebagai pengkaji perubahan tingkah laku murid B. merangkang pembinaan pengetahuan melalui rundingan C. sebagai penyampai aktiviti, idea dan pilihan kepada murid D. sebagai penterjemah hasil eksperimen, uji kaji dan arahan kendiri Pembelajaran hanya berlaku melalui pemerhatian dan bukan dari pengajaran secara langsung. Hal ini merupakan teras teori A. Jean Piaget B. Carl Rogers C. Albert Bandura D. Richard Walters
4

20.

21.

22.

Tingkah laku seseorang individu adalah berasaskan pemikiran, penaakulan, pengetahuan, pemerosesan maklumat dan membuat keputusan. Kenyataan di atas adalah berupa pandangan daripada ahli-ahli Teori A. Sosial B. Gestalt C. Kognitif D. Humanistik

21.

Teori pembelajaran humanis menekankan ciri-ciri berikut: I. meningkatkan kreativiti murid II. meningkatkan arahan kendiri murid III. menambah pergantungan murid kepada guru IV. meningkatkan pengetahuan murid secara amali V. meningkatkan rasa tanggungjawab dalam diri murid A. B. C. D. I, II dan IV sahaja I, II dan V sahaja II, III dan IV sahaja III, IV dan V sahaja

22.

Ahli teori behaviorisme berpendapat bahawa: Pembelajaran adalah perubahan dalam tingkah laku, iaitu cara seseorang bertindak dalam sesuatu situasi. Pandangan ini memfokuskan kepada perubahan tingkah laku yang nyata dan dapat diperhatikan. Antara prinsip-prinsip teori behaviorisme yang diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah A. proses belajar dapat berlaku dengan baik sekiranya murid sentiasa diam semasa dalam kelas B. penglibatan murid dalam aktiviti diberikan ganjaran dan motivasi C. penglibatan dan perhatian pelajar dapat dikekalkan dengan memberikan nota dan syarahan D. bahan pembelajaran disusun dalam urutan yang logik supaya murid dapat mempelajarinya dan memberikan respon tertentu

23.

Prinsip kekerapan Teori J.B. Watson membawa implikasi bahawa A. semakin kerap pelajaran diulangi, semakin tinggi minat murid berkenaan B. sekiranya sesuatu tajuk itu baru sahaja diulangi, tajuk itu akan mudah diingati C. semakin kerap suatu tajuk pelajaran diulangi, semakin kuat ingatan murid berkenaan D. semakin kerap ganjaran diberi, semakin tinggi dorongan murid terhadap pelajarannya

24.

Dalam bilik darjah, guru perlu sering memberikan peneguhan untuk mengukuhkan tingkah laku yang dikehendaki. Hal ini merupakan implikasi teori A. Gestalt B. kognitif Piaget C. pembelajaran Gagne D. pelaziman operan Skinner Pembelajaran bertujuan untuk membolehkan murid-murid membina makna masing-masing, dan bukannya menghafal jawapan yang betul atau meniru daripada rakan-rakan mereka. Pernyataan di atas adalah pandangan daripada ahli-ahli teori A. Sosial B. Kognitif C. Humanistik D. Konstruktivis

25.

26.

Murid belajar melalui proses pemodelan. Mereka akan memerhatikan atau meniru apa yang dilakukan oleh orang dewasa lain, khususnya oleh guru. Yang manakah antara Teori Pembelajaran berikut berkaitan dengan situasi di atas ? A. Sosial B. Kognitif C. Behaviouris D. Konstruktivis Teori Pembelajaran Humanis menekankan ciri-ciri berikut: I. menambah pergantungan murid kepada guru II. meningkatkan pengetahuan murid secara amali III. membentuk konsep kendiri murid IV. berupaya meningkatkan kreativiti murid V. menimbulkan perasaan tanggungjawab dalam diri murid A. B. C. D. I dan II sahaja IV dan V sahaja I, II dan III sahaja III, IV dan V sahaja

27.

28.

Guru sering memuji untuk mengukuhkan tingkah laku yang dikehendaki. Perlakuan di atas merupakan implikasi teori A. Gestalt B. Kognitif Piaget C. Pembelajaran Gagne D. Pelaziman Operan Skinner Cikgu Azmi mengaplikasi langkah-langkah berikut dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
6

29.

Memberi satu tajuk projek kepada murid-murid Meminta murid merancang pelaksanaan projek dalam kumpulan Murid diberi kebebasan melaksanakan projek tersebut Murid membina pengetahuan dan kefahaman hasil dari pelaksanaan projek Murid diminta membuat renungan kendiri terhadap pengalaman tersebut

Teori pembelajaran yang diaplikasikan oleh Cikgu Azmi adalah A. Gagne B. Bandura C. Konstruktivis D. Pelaziman Klasik Pavlov 30. Ketika mengajar mata pelajaran Sains, Cikgu Linda menggunakan strategi berikut dlam proses pengajaran dan pembelajarannya: Memulakan pengajaran dengan nyanyian secara beramai-ramai Menggunakan bahan bantuan mengajar yang berwarna-warni Melaksanakan aktiviti kumpulan mengikuti tahap kecerdasan Bersoal jawab secara lisan Memberi pujian kepada murid yang berjaya menjawab soalan dengan betul dan tepat Berasaskan pernyataan-pernyataan di atas, Teori Behaviorisme yang mana yang digunakan oleh Cikgu Linda? A. Pavlov B. Watson C. Skinner D. Thorndike 31. Gagne telah memeringkatkan proses pembelajaran kepada beberapa fasa yang dikenali sebagai Hierarki Pembelajaran Gagne. Pada fasa penahanan (stor ingatan) tugas pembelajaran murid ialah A. memberikan perhatian kepada sesuatu rangsangan yang dimotivasikan B. mengorganisasi maklumat secara bermakna dan sistematik dalam minda C. menggerakkan usaha untuk mengingat kembali maklumat yang dipelajari D. bertindakbalas dengan tingkahlaku yang sesuai berdasarkan pengetahuan sedia ada Cikgu Julia ingin mengaplikasikan Teori Behavioris untuk mengajar kanakkanak berkeperluan khas. Manakah antara aktiviti pengajaran berikut kurang sesuai digunakan oleh Cikgu Julia? A. Ujikaji
7

32.

B. C. D. 33.

Kontrak Latihan Latih tubi

Teori Behaviorisme khususnya pelaziman operan dapat dimanfaatkan untuk membentuk dan mengubah tingkah laku. Bagaimanakah Teori Behaviorisme dapat diaplisikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak berkeperluan khas? A. Banyakkan pemerhatian dan simulasi B. Beri peneguhan dalam bentuk hadiah, pujian dan ganjaran C. Gunakan model tingkah laku seperti model sebenar dan simbolik D. Gunakan pendekatan multi-sensory seperti mendengar, melihat, membuat dan berbincang

SOALAN ESEI 1. (a) Pendekatan pengajaran yang berpusatkan kanak-kanak menuju ke arah konstruktivisme. (i) Bincangkan urutan pengajaran konstruktivisme. (ii) Huraikan lima aspek peranan guru konstruktivisme. Mengikut teori konstruktivisme, ilmu pengetahuan adalah dibina melalui proses mengintegrasikan pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru. Huraikan lima implikasi Teori Konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran.

2.

(a)

3.

Melalui teori-teori pembelajaran, guru akan memahami pelbagai cara bagaimana murid-murid belajar. (a) Huraikan empat implikasi teori Behavioris Skinner dalam bilik darjah. (b) Bincangkan lima penggunaan teori Pembelajaran Sosial untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Cikgu Anita guru yang percaya bahawa pembelajaran berkesan seharusnya berpusatkan murid. Beliau sering mengaplikasikan Teori Pembelajaran Kognitif dan Konstruktivisme bagi mewujudkan proses pembelajaran dan pembelajaran yang berkesan. (a) (b) Jelaskan lima prinsip pembelajaran Teori Konstruktivisme yang perlu diambil kira oleh Cikgu Anita. Huraikan mana-mana lima daripada lapan peringkat proses pembelajaran Gagne yang Cikgu Anita perlu usahakan untuk memastikan keberkesanan pembelajaran murid-murid.

4.

Anda mungkin juga menyukai