Anda di halaman 1dari 7

Konsep pengurusan diri Kebersihan diri.

1. memotong kuku dan jangan biarkan ianya panjang dan kotor. 2. Jangan biarkan rambut anda kotor dan tidak terurus kerana rambut yang kotor mudah dihinggapi kutu. 3. Cucilah tangan seelok-eloknya dengan sabun sebelum menjamah makanan.
Senaman. 1. keadah yang berkesan untuk mengelakkan dari mudah dihinggapi penyakit terutamanya serangan sakit jantung dan emosi.

2. Senaman yang teratur juga membolehkan kita memperolehi tidur yang lebih lena, penumpuan yang lebih baik dan perasaan kegembiraan serta emosi yang stabil 3. memandai jika anda melakukan aktiviti berjalan cepat selama 20 minit sehari. Pengambilan makanan seimbang 1. Pengambilan makanan yang seimbang boleh menghindar kita dari pelbagai penyakit seperti diabetis, sakit jantung, darah tinggi dan sebagainya. 2. Setiap makanan yang kita sediakan mestilah mempunyai zat-zat seperti karbohidrat, protien, lemak, vitamin dan juga garam galian. 3. Untuk memastikan anda tidak makan berlebihan, anda mungkin perlu menimbang berat badan anda dari masa ke semasa atau perhatikan sama ada

terdapat perubahan ketika berpakaian iaitu sama ada pakaian kian sendat atau tetap seperti biasa Kebersihan tempat tinggal. 1. hendaklah menjaga kebersihan persekitaran rumah. Sapulah rumah anda setiap hari. 2. Jangan biarkan rumah anda bersepah-sepah dan pastikan setiap kawasan rumah sentiasa bersih seperti dapur, tempat tidur, tandas, stor dan bilik mandi.

Konsep dalam membuat keputusan Mengenal keperluan, situasi, dan masalah 1. langkah pertama yang perlu anda lakukan dalam membuat sesuatu keputusan. Keperluan ini selalunya dalam bentuk masalah atau peluang. 2. Dalam memilih sesuatu masalah dan peluang, anda bolehlah menggunakan kriteria berikut: a. Kawalan- Sejauh manakah anda boleh mengawal masalah tersebut dan penyelesaiannya?
b. Kepentingan- Darjah kepentingan masalah tersebut. c. Kerumitan- Bagaimanakah rumitnya untuk mencari penyelesaian. d. MasaJangka masa yang akan didapati daripada menyelesaikan masalah tersebut. e. Sumber- Sumber-sumber yang diperlukan. Diagnosi & analisis data 1. Dalam menganalisis sesuatu masalah, anda boleh mengumpulkan semua data dan mempamerkan maklumat yang berkaitan supaya membantu dalam membuat keputusan. Pembentukan alternative

1. Anda boleh mengembang atau satukan alternatif atau menciptakan alternatif baru.

2. dicadangkan supaya pertimbangan dibuat tentang batasan dan peluang dalam membincangkan setiap idea dan juga pertimbangkan alternatif lama kepada masalah yang sama.
Pemilihan alternative 1. Dalam pemilihan sesuatu alternatif, anda perlu pertimbangkan kriteria berikut: a. Kawalan: Adakah pelaksanaan alternatif ini dalam kawalan anda/kita? b. Kesesuaian: Adakah alternatif ini menyelesaikan masalah tersebut? c. Keperluan Sumber: Mampukah anda melaksanakannya (manusia, wang, peralatan, dsb)? d. Faedah: Adakah ia berfaedah? e. Masa: Berapa lama sebelum anda dapat lihat hasilnya? f. Kebolehterimaan: Adakah ahli dalam organisasi akan menerimanya?

Pelaksanaan alternative 1. Kebolehterimaan: Bagaimanakah anda boleh mendapatkan penerimaan dari orang lain? Apakah faedah yang boleh anda tonjolkan dari alternatif ini? Bagaimana boleh anda tunjukkan faedah tersebut? 2. Jangkaan: Apakah tentangan yang boleh anda jangka kepada alternatif ini? Bagaimanakah patut anda mengatasinya?

3. Bantuan: Bagaimanakah anda boleh mendapat bantuan dari orang atau kumpulan lain? 4. Lokasi: Di manakah patut anda laksanakan alternatif ini?
5. Masa: Bagaimanakah boleh anda mengambil kesempatan hari, masa dan tarikh tertentu untuk melaksanakan alternatif ini?

6. Berhati-hati: Bagaimanakah boleh anda uji keberkesanan alternatif ini?

Penilaian dan maklumbalas a) Ukuran: Maklumat apakah yang perlu dikumpulkan?

b) Alat Analisis: Alat apakah yang akan digunakan untuk menganalisis dan mempamerkan maklumat? c) Ujian: Apakah ujian atau trial run yang akan anda awasi untuk melihat keberkesanan keputusannya? d) Keputusan: Apakah kriteria yang akan anda gunakan? Bilakah anda menjalankan penilaian terakhir? Apakah bukti alternatif anda berkesan? Komunikasi Makna komuniksi 1. Komunikasi ialah terjemahan Yang yang berasal bermaksud daripada daripada "to istilah istilah make Inggeris Latin comman" iaitu iaitu atau alternatif itu? Bagaimanakah akan anda menilai

communication.
"Communcare"

mewujudkan persamaan. Jenis komunikasi 1. Komunikasi Verbal iaitu komunikasi lisan yang berlaku secara langsung apabila dua orang berbual secara bersemuka atau tidak. Contohnya, pensyarah menyampaikan pengajaran kepada pelajarpelajar dengan cara syarahan. 2. Komunikasi Non-Verbal iaitu semua bentuk tingkah laku yang bukan lisan; Contohnya, bunyi, gerakan badan atau mimik muka. Pensyarah mengangguk kepala sebagai tanda setuju dengan jawapan pelajar.

3. Selain dari itu, komunikasi juga boleh dibahagikan kepada beberapa jenis . a) Komunikasi Antara Individu - Komunikasi ini berlaku apabila dua individu berkomunikasi secara bersemuka iaitu muka mereka bertentang antara satu sama lain. b) Komunikasi Awam - Komunikasi awam adalah komunikasi yang bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada jumlah orang ramai. Komunikasi awam berlaku secara formal dan mempunyai struktur yang tertentu. Bolehlah kita rumuskan bahawa komunikasi awam adalah i. ii. iii. Komunikasi bersemuka tetapi melibatkan bilangan sasaran yang ramai. Tempat berkomunikasi berlaku ialah di tempat awam Interaksi antara sumber dari penerima maklumat adalah rendah c) Komunikasi Massa - Dalam komunikasi massa, maklumat disampaikan melalui perantaraan media. Komunikasi massa boleh dicirikan oleh :i. ii. jarak di antara sumber dengan penerima adalah berjauhan komunikasi massa terdiri daripada individuindividu yang berbagai-bagai jenis dan ragam

kaedah komunikasi 1. Komunikasi Dua Hala iaitu maklumat yang disampaikan memerlukan reaksi dari penerima seperti majlis dailog, pidato, debat. Pembelajaran di dalam bilik Kuliah juga merupakan komunikasi dua hala sekiranya pelajar diberi peluang untuk bersoal jawab denga pensyarah.

2. Komunikasi Menegak iaitu komunikasi yang berlaku dari pihak atasan kepada pihak bawahan atau sebaliknya seperti bapa kepada anaknya dan majikan kepada pekerjanya 3. Rantaian Komunikasi iaitu kaedah menyalurkan maklumat agar maklumat dapat disampaikan kepada semua pihak dengan berkesan. Ia biasanya berlaku di dalam sesebuah organisasi yang besar yang mana rantaian komunikasi yang berkesan. Kepentingan komunikasi 1. Fungsi Memberitahu Fungsi ini bolehlah dikatakan antara fungsi komunikasi yang terawal yang digunakan oleh manusia. Tujuan adalah untuk memberitahu orang lain tentang sesuatu perkara yang dirasakan oleh penyampai perlu diketahui oleh orang lain. Dalam kehidupan kita setiap hari, banyak contoh komunikasi yang menjalankan fungsi memberitahu. Fungsi memberitahu ini menumpukan perhatiannya kepada penyampai atau sumber maklumat. Tujuan penyampai adalah untuk memberitahu. Untuk memastikan bahawa komunikasinya berjaya, komunikator yang menjalankan fungsi ini seringkali akan mengunakan

2. Fungsi Mendidik Fungsi mendidik ini bukanlah untuk mempengaruhi sikap atau tingkahlaku orang lain. Tetapi tugas mereka adalah "sekadar memberi maklumat" agar dapat menambahkan pengetahuan seseorang itu tentang sesuatu perkara atau bidang. Fungsi mendidik ini mementingkan kedua-dua pihak, penyampai dan penerima maklumat untuk memastikan fungsi tersebut tercapai. Kejayaan fungsi ini bergantung pada sejauh mana seseorang itu merasai bahawa pengetahuannya bertambah hasil daripada pendedahnya terhadap maklumat yang diterima. Mungkin juga fungsi mendidik ini tidak berjaya sekiranya maklumat yang ingin disampaikan itu telah pun diketahui oleh pihak penerima.

3. Fungsi menghibur Wayang gambar, rancangan hiburan yang disiarkan melalui radio televisyen, drama, komik dan sebagainya adalah antara contoh cara berkomunikasi untuk menghibur. Oleh kerana fungsi hiburan ini amat digemari ramai, maka telah ada usaha untuk menerapkan unsur pendidikan, penerangan dan unsur perpaduan untuk mendidik orang ramai tentang pentingnya kita bertolak ansur sesama kita untuk mewujudkan rakyat Malaysia yang bersatu padu. Halangan komunikasi 1. Kebisingan. Suasana kelas bising menyebabkan pelajar sukar mendengar pelajaran yang disampaikan. 2. Emosi penyampai atau penerima. Penumpuan akan terjejas jika emosi penyampai / penerima kurang stabil. 3. Pemikiran tertutup Umpamanya, pelajar yang kurang berminat terhadap sesuatu subjek mungkin enggan mendengar penjelasan pensyarah atau pensyarah yang kurang senang dengan sebilangan pelajar dalam sesuatu kelas, mungkin akan mengurangkan komunikasi terbuka. 4. Kurang tumpuan. Pelajar-pelajar kurang memberi tumpuan terhadap pengajaran pensyarah.

Anda mungkin juga menyukai