Anda di halaman 1dari 1

BAB 4 KUMPULAN SASARAN 4.

0 Pengenalan

Bagi memenuhi tuntutan kajian ini, kumpulan sasaran untuk kajian berkaitan menyelesaikan masalah dalam aktiviti membina rekaan bingkai gambar dan hiasan corak teknik kolaj bidang membuat corak dan rekaan dengan menggunakan Pemidang Tetingkap sebagai acuan adalah murid-murid tahun 5Abu Hurairah adalah seramai enam orang. Mereka terdiri daripada dua orang perempuan dan empat orang lelaki. Pemilihan sampel dijalankan secara bertujuan. Sampel yang dipilih adalah dari kalangan yang bermasalah dari segi minat, pemahaman dan penguasaan dalam aktiviti membina bingkai gambar secara tepat dan betul mengikut ukuran yang diberikan bagi memudahkan penyampaian pengajaran oleh pengkaji. Murid yang dipilih telah menunjukkan ciri-ciri mereka bosan untuk terlibat secara aktif dalam menghasilkan bingkai gambar kerana perlu membuat ukuran serta menebuknya. Murid-murid ini juga tidak faham konsep kolaj dan gagal menguasai cara menghasilkan kolaj yang baik. Sampel yang dipilih menghadapi masalah dalam aktiviti membuat bingkai gambar dan hiasan corak teknik kolaj kerana kerana kurang berminat dan kurang memberi tumpuan serta kurang mencapai tahap optimum pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai