Anda di halaman 1dari 13

BAHASA MELAYU KLASIK Sejarah menunjukkan Bahasa Melayu yang kita gunakan sekarang bermula daripada Bahasa Melayu

Purba. Bahasa Melayu Purba kemudiannya dikenali sebagai Bahasa Melayu Kuno setelah unsur-unsur bahasa asing iaitu Bahasa Sanskrit meresapi Bahasa Melayu Purba. Pengaruh Hindu dan Buddha yang amat kuat menyebabkan Bahasa Melayu Purba mengalami perubahan. Namun begitu, evolusi yang berlaku dalam Bahasa Melayu tidak berhenti setakat itu. Kedatangan Islam ke Asia Tenggara membawa 1001 perubahan kepada struktur masyarakat Melayu sehinggalah kepada sistem Bahasa Melayu sendiri. Pada kirakira abad ke 13, Bahasa Melayu Kuno berevolusi sekali lagi menjadi Bahasa Melayu Klasik. Hal ini terjadi apabila pengaruh agama Islam semakin kukuh dan mantap di Asia Tenggara. Bahasa Melayu Klasik mempunyai perbezaan yang amat ketara berbanding Bahasa Melayu Kuno. Perbezaan itu merangkumi kosa kata, struktur ayat sehinggalah sistem tulisan. Bukti kewujudan Bahasa Melayu Klasik dapat dilihat melalui penemuan beberapa buah batu bersurat. Tiga buah batu bersurat ini merupakan bukti yang amat penting serta bermakna kerana inilah bukti catatan terakhir perkembangan Bahasa Melayu kerana selepas abad ke 14, kesusasteraan Bahasa Melayu dalam bentuk tulisan mengambil alih bukti catatan. Tiga batu bersurat yang dijumpai tersebut adalah seperti berikut: Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356) Masihi yang ditulis dalam huruf India dan mengandungi prosa Melayu Kuno serta beberapa baris sajak Sanskrit. Bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa pada batu bersurat abad ke-7. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380) Masihi yang masih menggunakan abjad Iindia dan buat kali pertamanya terdapat penggunaan perkataan Arab seperti kalimah Nabi, Allah dan Rahmat. Batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu bertarikh 1303-1387 Masihi yang ditulis dengan tulisan Jawi. Hal ini membuktikan tulisan Arab telah mula digunakan dalam Bahasa Melayu pada zaman itu.

Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Klasik mempunyai perbezaan yang begitu ketara berbanding dengan Bahasa Melayu Kuno. Hal ini kerana Bahasa Melayu Klasik mempunyai ciriciri yang khusus serta mempunyai sistem tulisan yang tersendiri yang jauh berbeza jika dibandingkan dengan Bahasa Melayu Kuno. Revolusi yang berlaku ini berkait rapat dengan pengaruh Agama Islam yang semakin kukuh di Asia Tenggara. Berikut adalah senarai ciri-ciri Bahasa Melayu KLasik: Ayat yang panjang Ayat pasif dan sonsang adalah lazim digunakan Menggunakan gaya bahasa istana Menggunakan kosa kata klasik seperti ratna mutu manikam, eden kesmaran (mabuk berasmara), sahaya (saya), masyghul (bersedih) Banyak menggunakan pangkal ayat seperti sebermulanya, alkisah, hatta, adapun. Partikel pun dan lah banyak digunakan. Menggunakan aksara jawi, yang berasal daripada aksara Arab yang dipinjam, dan ditambah beberapa huruf. Menerima perbagai jenis kosa kata Arab dan parsi dalam pelbagai bidang bahasa seperti bidang ilmu keagamaan, undang-undang, kesusasteraan, pemerintahan, pentadbiran, perubatan, falsafah, tasawur dan kata-kata umum. Frasa dan ayat pengaruh arab, terutamanya dalam kitab-kitab klasik Melayu seperti ketahuilah olehmu (daripada terjemahan IlamL), maka kemudian daripada itu (daripada amma badu) atau pada ayat sunat berbuka atas tamar dan lain-lain. Unsur-unsur falsafah Islam wujud dalam banyak tulisan Melayu seperti dalam bidang ilmu kalam, tasawur, ilmu aqaid al-iman dan lain-lain. Hal ini berbeza antara zaman Melayu Kuno dengan pengaruh Agama Hindu

Bahasa Melayu Klasik mencapai zaman kegemilangannya apabila pemerintah kerajaan Melayu yang beragama Hindu memeluk Islam seterusnya mulai mendalami agama Islam. Pada masa yang sama, mereka iaitu masyarakat Melayu mulai mempelajari Bahasa Arab dan Parsi daripada pedagang-pedagang Islam

sebagaimana yang berlaku ketika pedagang India menguasai Alam Melayu ketika Bahasa Melayu Kuno mulai bertapak. Pengaruh agama Islam serta pedagang-pedagang Arab ini menyebabkan unsurunsur asing menyerap masuk kedalam bahasa Melayu Kuno. Penyerapan budaya asing inilah menyebabkan bahasa Melayu Kuno berevolusi kepada bahasa Melayu Klasik. Antara kerajaan-kerajaan yang memainkan peranan yang penting dalam revolusi Bahasa Melayu Klasik ini ialah kerajaan Melaka, kerajaan Acheh dan kerajaan Johor-Riau. Pada zaman kegemilangan Bahasa Melayu Klasik ini, catatan pada batu bersurat tidak lagi dipraktikkan. Catatan pada batu-batu bersurat ini digantikan dengan hasil tulisan yang dikarang oleh penulis-penulis. Antara penulis-penulis yang masyhur adalah seperti berikut: Hamzah al-Fansuri Shamsuddin al-Ssumaterani Sheikh Nuruddin al-Raniri Abdul Rauf al-Singkel

Berikut merupakan hasil karya yang terkenal pada zaman tersebut: Hikayat Raja-raja Pasai Hikayat Muhammad Ali Hahafiah Hikayat Amir Hamzah Bustannnus Salatin Sulalatus Salatin Sejarah Melayu Hikayat Iskandar Zulkarnain Hikayat Hang Tuah Undang-undang Laut Melaka Tajus Salatin

CIRI-CIRI BAHASA MELAYU KLASIK Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pengaruh bahasa asing, pengaruh sistem tulisan dan pengaruh agama.

BAHASA MELAYU KLASIK

PENGARUH BAHASA ASING

PENGARUH AGAMA

1.1

PENGARUH BAHASA ASING : BAHASA JAWA

Sebagaimana bahasa Melayu Kuno, Bahasa Melayu Klasik juga tidak terkecuali mendapat pengaruh bahasa asing. Jika bahasa Melayu Kuno menyerap unsur-unsur bahasa Sanskrit, bahasa Melayu Klasik pula menyerap unsur-unsur bahasa Jawa. Antara faktor yang menyebabkan perkara ini terjadi ialah bahasa Melayu Klasik dan bahasa Jawa merupakan bahasa serumpun yang lahir daripada keluarga Nusantara. Selain itu, tersebarnya kisah-kisah panji di Alam Melayu serta keinginan masyarakat Melayu untuk bersosialisasi dengan negara luar adalah antara faktor-faktornya. Cerita panji merupakan cerita yang berasal daripada Jawa, di mana cerita ini mengisahkan watak wira dan wirawati yang digambarkan mempunyai kuasa yang ajaib atau kuasa sakti yang luar biasa sifatnya. Cerita ini mempunyai versi yang pelbagai serta tersebar luar di sekitar Nusantara dan juga di Kemboja. Perpindahan atau migrasi orang-orang Jawa ke Tanah Melayu ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka turut membawa budaya dan cerita panji mereka. Petempatan orang Jawa yang dikesan pada zaman itu terletak di Kampung Jawa dan Parit Jawa. Walau bagaimanapun, penghijrahan secara besar-besaran berlaku sekitar awal abad ke 19. Tumpuan bagi kawasan yang mereka duduki ialah Negeri-negeri Selat, Selangor dan Johor. Pertembungan bahasa yang digunakan oleh penduduk asal dengan orang-orang Jawa ini memungkinkan berlakunya penyerapan unsur-unsur bahasa Jawa ke dalam bahasa Melayu Klasik.

Berikut merupakan antara perkataan Jawa yang digunakan: Bahasa Jawa Andong Batok Berangasan Wedana Adipati Maksud Kereta Tempurung Mudah naik marah Ketua daerah raja

Suku bangsa Jawa yang menetap di beberpaa bahagian Banten, Jawa Barat, Jawa Tengah dan Jawa Timur di Indonesia menggunakan bahasa Jawa sebagai bahasa komunikasi. Bahasa Jawa terbahagi kepada dua: iaitu Jawa Ngeko dan Jawa Kromo.

BAHASA JAWA JAWA KROMO JAWA NGOKO

Jawa Ngoko secara tidak langsung terbahagi kepada dua: iaitu Ngoko Kasar dan Ngoko Halus. Ngoko Halus merupakan gabungan bahasa Ngoko dan Kromo. Jawa Kromo juga turut terbahagi kepada dua: iaitu Kromo Madhhya dan Kromo Inggil yang turut dikenali sebagai Kromo Halus. Kromo Madhya agak berbeza jika dibandingkan dengan Kromo yang digunakan oleh penduduk di bandar dengan Kromo yang dituturkan di kampung-kampung. Bahasa Jawa pada ketika itu sudahpun mempunyai sistem tulisannya yang tersendiri. Sistem tulisan ini dikembangkan daripada huruf Pallava dan huruf Pegon yang telah diubahsuai daripada sistem tulisan Arab.

Bahasa Jawa mempunyai loghat yang pelbagai mengikut kesal sosialnya yang tersendiri. Dalam bahasa Melayu Moden, bahasa Istana masih dapat difahami oleh mereka yang tidak menggunakan bahasa Istana. Berbeza dengan bahasa Melayu Moden, dalam bahasa Jawa, loghat yang digunakan oleh mereka yang menuturkan bahasa Istana adalah sukar difahami oleh orang Jawa sendiri. Antara loghat Jawa yang lain pula ialah Ngoko Andhap, Madhya, Madhyantara dan Kromo Inggil. Berikut pula merupakan senarai loghat bahasa Jawa dengan daerah disenaraikan seperti yang berikut: 1) Bahasa Jawa bahagian Barat Loghat Banten Loghat Indramayu-Cirebon Loghat Tegal Loghat Banyumas Loghat Bumiayu

2) Bahasa Jawa bahagian Tengah Loghat Pekalongan Loghat Kedu Loghat Bugelen Loghat Semarang Loghat Pantai Utara Timur Loghat Blora Loghat Surakarta Loghat Yogyakarta

3) Bahasa Jawa bahagian Timur Loghat Madiun Loghat Pantura Jawa Timur Loghat Surabaya Loghat Malang Loghat Tengger Loghat Banyuwangi

1.1.1 SISTEM TULISAN JAWA Bahasa Jawa mempunyai dua sistem tulisan yang berbeza. Sistem tulisan berikut ialah aksara Jawa dan huruf Pegon. Aksara Jawa berkembang terlebih dahulu, yang mengambil ciri-ciri aksara Pallava. Huruf Pegon pula telah dimodifikasi daripada huruf Arab yang mempunyai beberapa huruf tambahan.

SISTEM TULISAN AKSARA JAWA


A) AKSARA JAWA Ketika zaman bahasa Melayu Klasik digunakan, aksara yang digunakan untuk menulis bahasa Jawa dikenali sebagai Hanacaraka atau Carakan. Aksara ini menyerap ciri-ciri yang terdapat di dalam sistem tulisan Pallava. Berikut merupakan huruf-huruf dasar yang dapat disenaraikan.

TULISAN PEGON

Susunan aksara di atas, jika diucapkan membawa sesuatu yang bermakna atau kalimat: Hana caraka bermaksud terdapat pengawal Data sawala bermaksud berbeza pendapat Padha jayanya bermaksud sama hebatnya Maga bathanga bermaksud keduanya mati

Walau bagaimanapun, ada pendapat yang mengatakan aksara di atas membawa makna yang berbeza. Berdasarkan tafsiran Pakubuwono IX, iaitu Raja Kesultanan Surakarta, aksara di atas membawa makna seperti yang berikut: Ha-na-ca-ra-ka: ada utusan, iaitu utusan hidup bernafas yang mempunyai kewajipan untuk menyatukan jiwa dengan jasad manusia. Maksudnya ada yang mempercayai, ada yang dipercayakan dan ada yang dipercayai untuk bekerja. Ketiga-tiga unsur ini ialah tuhan, manusia dan kewajipan manusia. Da-ta-sa-wa-la: Manusia, setelah diciptakan apabila sampai saatnya untuk dipanggil, tidak boleh sekali-kali mengelak. Maknanya manusia harus

bersedia untuk melaksanakan, menerima dan menjalankan kehendak tuhannya Pa-dha-ja-ya-nya: menyatukannya zat pemberi hidup dengan yang diberi hidup. Maksud padha ialah sama atau sesuai, cocok, tunggal batin yang tercermin dalam perbuatan berdasarkan keluhuran dan keutamaan. jaya bermaksud menang, unggul, sungguh-sungguh dan bukan sekadar menang. Ma-ga-ba-tha-nga: menerima segala yang diperintahkan dan yang dialrang oleh tuhan yang maha kuasa. Maksudnya, manusia harus pasrah, meskipun manusia diberi hak untuk mewiradat, berusaha untuk menanggunginya.

B) HURUF PEGON Huruf Pegon berasal daripada aksara Arab yang telah diubahsuai. Huruf ini digunakan untuk menulis bahasa Jawa. Ada yang mengatakan bahawa perkataan pegon ini sebenarnya berasal daripada bahasa Jawa , pgo yang membawa makna menyimpang. Hal ini kerana penggunaan sistem tulisan Arab bagi menulis bahasa Jawa merupakan sesuatu perkara yang agak menghairankan serta tidak lazim.

Huruf Pegon ini digunakan secara meluas dalam kalangan orang Jawa Muslim yang berpegang kuat terhadap ajaran agama Islam, terutamanya di pusat pengajian agama. Pada mulanya, tulisan ini digunakan sepenuhnya untuk menulis ulasan pada al-Quran. Namun begitu, setelah beberapa lama, naskhah dan manuskrip turut ditulis menggunakan sistem tulisan Pegon. Sistem tulisan Pegon agak berbeza jika dibandingkan dengan sistem tulisan Jawi. Hal ini kerana tulisan Jawi pada kebiasaannya ditulis gondol, manakala tulisan Pegon pula kerap ditambah dengan vokal. Bahasa Jawa yang mempunyai vokal yang lebih banyak berbanding dengan bahasa Melayu menyebabkan vokal perlu ditulis bagi mengelakkan kekeliruan berlaku ketika membaca hasil penulisan yang telah dikarang.

1.2

PENGARUH AGAMA: AGAMA ISLAM

Agama Islam mulai bertapak di Alam Melayu sekitar abad ke 11, menerusi Sumatera iaitu ketika pemerintah Pasai memeluk agama Islam. Terdapat tiga pendapat mengenai kedatangan Islam ke Asia Tenggara. Pendapat pertama mengatakan Islam datang dari Ttanah Arab dan Parsi. Pendapat kedua pula mengatakan Islam datang dari India. Pendapat ketiga pula menyatakan Islam datang dari Cina. Proses penyebaran agama Islam seterusnya dilakukan oleh kerajaan-kerajaan Islam di Kepulauan Melayu melalui beberapa cara. Cara-cara berikut adalah:

PERKAHWINAN
PENYEBARAN ISLAM PERDAGANGAN PENAKLUKAN
Pada abad ke 14, Kerajaan Melayu Melaka pula mengambil alih peranan sebagai pusat penyebaran Islam di Nusantara. Kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka di tangan penjajah Barat menyebabkan pusat penyebaran Islam ini diambil alih oleh Kesultanan Acheh di Sumatera. Pada lewat abad ke 15, hampir keseluruhan penduduk di Kepulauan Melayu sudahpun memeluk agama Islam kecuali beberapa tempat seperti di Pulau Bali, Filipina dan beberapa buah kawasan di Borneo, Sulawesi dan Jawa Barat. Berikut merupakan senarai kerajaan yang pernah wujud pada zaman tersebut: (a) Sumatera Kesultanan Jambi Kesultanan Langkat Kesultanan Pagar Ruyung Kesultanan Riau-Lingga Kesultanan Inderagini Kesultanan Deli Kesultanan Asahan Kesultanan Kota Pinang Kesultanan Aceh Kesultanan Pasai Kesultanan Palembang Kesultanan Perlak

(b) Jawa Kesultanan Banten Kesultanan Demak Kesultanan Mataram Kesultanan Sumedang Larang Kesultanan Carebon Kesultanan Yogyakarta Kesultanan Pakualam

(c) Semenanjung Tanah Melayu Kerajaan Naning Kesultanan Kedah Kesultanan Patani Kesultanan Melaka Kesultanan Johor Kesultanan Pahang

(d) Borneo Kesultanan Banjar Kesultanan Brunei Kesultanan Kutai Kesultanan Sambas Kesultanan Tanjung Pura Kesultanan Pontianak

(e) Sulawesi Kerajaan Luwuk Kerajaan Wajo Kesultanan Buton Kesultanan Soppeng Kesultanan Gowa

(f) Kesultanan Ternate Kesultanan Tidore Kesultanan Jailolo Kesultanan Bacan Kesultanan Hitu

(g) Nusa Tanggara Kesultanan Samawa Kesultanan Bima Kesultanan Dompu

(h) Filipina Kerajaan Maguindanao Kerajaan Sulu Kerajaan Manila

Anda mungkin juga menyukai