Anda di halaman 1dari 5

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

“DI AMBANG RAMADHAN”


(14 OGOS 2009 / 23 SYAABAN 1430)

‫ﮘﮙﮚﮛﮜﮝﮞﮟﮠﮡﮢﮣ ﮤ‬
‫حمّدًا‬
َ ُ‫ وَأَ ْشهَدُ أَنّ َسيّدَنَا م‬،ُ‫أَ ْشهَدُ أَ نْ ل إِلَ هَ إِلّ الُ وَ ْحدَ هُ لَ َشرِْي كَ لَ ه‬
ِ‫حمّدٍ َوعَلَى آلِ ه‬
َ ُ‫صلّ وَ َسلّمْ وَبَارِ كْ عَلَى َسيّ ِدنَا م‬
َ ّ‫ اَل ّلهُم‬.ُ‫َعبْدُ هُ َورَ ُسوُْله‬
.َ‫حِبهِ أَ ْج َم ِعيْن‬
ْ َ‫وَص‬
َ‫ َف َقدْ فَاز‬،ِ‫ّايي ِبَت ْقوَى ال‬
َ ‫ْصييْكُمْ وَِإي‬
ِ ‫ ُأو‬،َ‫ اّتقُوا ال‬،ِ‫ فَيَا ِعبَادَ ال‬،ُ‫َأمّاي َبعْد‬
.َ‫اْل ُمّت ُقوْن‬
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Pada hari Jumaat yang penuh berkat dan dalam masjid yang suci ini, marilah
kita bersama-sama membina dan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah swt
dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah dan menjauhi
segala tegahan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan soleh dan
mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat. Tajuk khutbah kita pada hari ini
ialah " Di Ambang Ramadhan”.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Di dalam al-Quran tidak menyebut bulan Muharram tetapi kita membuat


sambutan meriah sambutan Maal Hijrah. Demikian juga dalam al-Quran
tidak menyebut bulan Rabiul Awal tetapi umat Islam menyambut Maulidur

1
Rasul dengan penuh kehebatan. Bagaimanapun Allah menyebut secara
khusus dalam al-Quran tentang kelebihan dan keberkatan bulan Ramadhan.
Ini menunjukkan bulan Ramadhan adalah bulan yang amat istimewa kepada
umat Islam kerana waktu malam dan siang ia menyajikan pelbagai
keberkatan. Oleh itu, Ramadhan merupakan satu bulan mulia yang sentiasa
ditunggu dengan penuh kegembiraan. Firman Allah swt dalam al-Quran
surah al-Baqarah ayat 185:

‫ﮘﮙﮚﮛﮜﮝﮞﮟﮠﮡﮢﮣ‬
Maksud: "Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Qur'an, menjadi
petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang
menjelaskan petunjuk, dan perbezaan (antara yang benar dan yang salah).."

Berdasarkan ayat ini maka jelas bulan Ramadhan adalah bulan yang
penuh keberkatan yang perlu umat Islam mengejar mengambil kesempatan.
Ketika mengulas kelebihan ini Rasulullah bersabda:

‫صيَامَهُ فِيْ ِه‬


ِ ْ‫قَدْ جَاءَكُ مْ َش ْهرُ رَ َمضَا نَ َش ْهرٌ ُمبَارَ كٌ ا ْفتَرَ ضَ ال عََليْكُ م‬
،ُ‫حيْ مِ َوتَ ُغلّ فِيْ هِ الشّيَا ِطيْ ن‬
ِ َ‫جنّةِ َويُغْلَ قُ ِفيْ هِ َأْبوَا بُ الْج‬
َ ْ‫يُ ْفتَ حُ ِفيْ هِ َأْبوَا بُ ال‬
.َ‫ َمنْ ُحرِمَ َخْيرَهَا فَقَدْ ُحرِم‬,ٍ‫ِفيْهِ َليْلَةٌ َخْيرٌ ِمنْ أَلْفِ َش ْهر‬
Mafhumnya: " Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan,
bulan yang diberkati. Allah memerintahkan berpuasa di dalamnya. Dalam
bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu
neraka dan dibelenggu segala syaitan. Dalamnya ada satu malam yang
lebih baik dari 1000 bulan. barangsiapa tidak diberikan kepadanya
kebajikan malam itu, berert telah diharamkan baginya segala rupa
kebajikan”.(Hadis Riwayat Ahmad).

Sidang Jumaat yang dirahmati sekalian,


Kadang kala terdapat di kalangan kita mengamalkan ibadah puasa berpuluh
puluh tahun atau berbelas belas tahun tetapi tidak berupaya membentuk

2
insan soleh. Mengenai perkara ini, Rasulullah SAW melalui sabdanya
mengingatkan umat Islam dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh
Ahmad yang mafhumnya:
"Terdapat umat Islam berpuasa tetapi tidak memperolehi apa-apa kecuali
sekadar lapar semata-mata. Betapa ramai orang bersolat malam tetapi
tidak memperolehi apa-apa melainkan sekadar berjaga malam semata-
mata.”

Persoalan besar timbul ialah mengapa kita berpuasa, bersolat dan


mengamalkan ibadat yang lain tetapi tidak dapat memenuhi standard
piawaian yang ditetapkan Allah dan hukum syarak. Berdasarkan
pemerhatian mimbar, keadaan ini berlaku kerana ibadah itu dibuat tanpa
ilmu, tidak membuat persiapan teliti dan dibuat sekadar ikut-ikutan.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,


Dalam usaha untuk menyambut Ramadhan 9 hari lagi, maka mimbar ingin
mencadangkan sidang jumaat dan umat Islam sekalian mengambil langkah
berikut:

Pertama: Membuat persediaan dari sudut ilmu. Kita perlu faham tentang
selok belok hukum puasa, syarat-syarat sah dan batal puasa dan amalan-
amalan yang dituntut dalam bulan Ramadhan seperti membaca al-Quran,
adab-adab beriktikaf dalam masjid, qiyamullail, sedekah dan lain-lain
ibadah. Pemahaman yang jelas tentang puasa akan memberi kesan yang
mendalam kepada diri seseorang.

Kedua: Mulai sekarang kita hendaklah membuat persediaan mental dan


rohani untuk menghadapi suasana Ramadhan yang secara intensif melatih
umat-Nya mendekati Allah dan membentuk akhlak yang mulia.

3
Ketiga: Membuat persediaan dari segi fizikal atau tubuh badan bagi
memastikan tahap kesihatan yang baik. Kesihatan yang baik akan
menentukan kita boleh melaksanakan ibadah dengan sempurna. Oleh itu
pastikan kualiti dan mutu makanan itu berzat, makan secara sederhana,
persekitaran rumah yang bersih dan tidur yang cukup.

Keempat: Kita perlu berjimat cermat dan amalan ini akan membolehkan
kita melaksanakan zakat dan memperbanyakkan sedekah kepada mereka
yang memerlukannya.

Kelima: Ibu bapa bertanggungjawab membimbing dan menentukan ahli


keluarga membuat persiapan teliti serta mewujudkan suasana keimanan
seperti berjemaah solat fardu dan berjemaah tarawih di rumah atau di
masjid.

Sidang jumaat yang dirahmati Allah,


Sebagai renungan jemaah dan umat Islam dalam mengukuhkan keimanan
kepada Allah swt maka kita hayati firman Allah dalam surah al-Ankabuut
ayat 58:

‫ﮆﮇﮈﮉﮊﮋﮌﮍﮎﮏﮐﮑﮒﮓﮔﮕﮖﮗ‬
Maksudnya: " Dan orang-orang yang beriman serta beramal Soleh, kami
akan tempatkan mereka dalam mahligai-mahligai di Syurga yang mengalir
dibawahnya beberapa sungai, demikianlah balasan yang sebaik-baiknya
bagi orang-orang yang beramal soleh ".

4
5

Anda mungkin juga menyukai