Anda di halaman 1dari 3

SKETSA ADAT MEMINANG PRAKTIKUM:S2AP4 (alam pekerjaan) Selepas tamat tempoh pengajian , mereka semua membawa haluan masingmasing.

Akmal kini telah menjadi seorang jurutera yang Berjaya di sebuah syarikat yang terkemuka di ibu Negara .Dalam menjalani rutin sehariannnya , pada suatu hari , Akmal telah ditugaskan untuk berkerjasama dengan salah seorang jurutera yang baru ditugaskan di syarikat itu.dengan tidak disengajakan , jurutera tersebut merupakan salah seorang dari rakanya dahulu, iaitu Sabrina yang juga merupakan cinta hati Akmal. Babak ketiga(keputusan muktamad) Seterusnya, setelah beberapa bulan menjalinkan kerjasama , akmal telah membuat keputusan muktamad untuk menjadikan Sabrina sebagai pasangan hidupnya.Akmal dengan itu telah berjumpa ibunya (Syamimi) dan bapanya (Iman) dan menyatakan hasrat hatinya bahawa hatinya telah terpikat kepada Sabrina dan ingin melamarnya. Babak keempat(hari merisik) Bertepatan dari keputusan itu , ibu bapa akmal telah bersetuju dengan keputusan anak lelaki mereka , dan telah berkunjung ke rumah Sabrina untuk berjumpa dengan kedua ibu bapa Sabrina (iffah dan Hisyam) untuk merisik anak gadis mereka.

Babak kelima(hari bertunang) Kini tibalah hari yang dinanti oleh kedua keluarga pihak perempuan dan lelaki.setelah penat menyiapkan persediaan bagi hari pertunangan ini maka bermulalah majlis tersebut.Majlis tersebut dimulakan dengan acara berbalas pantun yang dimulakan oleh (asik wakil dari pihak lelaki) dan di sambung oleh (anis zulaikha wakil pihak perempuan).Ain yang merupakan wakil dari pihak lelaki menyambut pantun serta memperkenalkan ahli rombongannya . Seterusnya , Ameer wakil pihak perempuan menerima kedatangan pihak lelaki serta menjalankan tugasnya untuk memperkenalkan keluarga pihak perempuan.Majlis diteruskan dengan bapa akmal,Iman yang memohon keizinan untuk meminang Sabrina bagi anaknya.hisyam ayah kepada Sabrina menyambut baik lamaran terebut lantas menanyakan anak gadisnya mengenai lamaran tersebut.setelah befikir Sabrina bersetuju dengan lamaran tersebut.Alhamdulillah , mimi ibu Akmal yang diiringi oleh ibu Sabrina iffah ke bilik Sabrina meneruskan adat kita iaitu dengan menyarungkan cincin kepada bakal menantunya . majlis seterusnya ,diteruskan dengan perbincangan tarikh perlangsungan majlis perkahwinan serta penentuan belanja pihak perempuan.hisyam berbincang bersama iffah mengenai perkara tersebut. Babak keenam(perebutan ) Dalam perbincangan tersebut,tiba-tiba , datanglah aniq (rakan lama Sabrina) yang ditemani zaid rakan baiknya menaiki motosikal , seterusnya meluru masuk ke dalam rumah dan membantah majlis tersebut.aniq menyatakan bahawa dia telah lama berkawan dengan Sabrina malah mereka suka sama suka antara satu sama lain.Akmal yang berada diluar rumah masuk dan memarahi aniq yang telah mengacau majlisnya.perbalahan berlaku di antara mereka.Wafiq( abang kepada Sabrina) bangun serta menghentikan kekeliruan tersebut.Wafiq lantas menanyakan Sabrina mengenai hal tersebut.Sabrina dengan yaking menidakkan hal tersebut , dan menjelaskan bahawa antaranya dengan aniq hanyalah kawan baik dan tidak lebih dari itu.seterusnya wafiq menyelesaikan konflik tersebut dengan menenangkan para hadirin. Babak ketujuh (peleraian )

Akhirnya, perbincangan mencapai jalan penyelesaian dengan menetapkan harga hantaran sebanyak RM10,000 .Perbincangan ditamatkan.Seluruh anggota keluarga berasa gembira dan bersyukur dengan keputusan yang di ambil.

Barisan pelakon:Akmal , Sabrina , Aniq ,Iman , Hisyam, Syamimi ,Iffah ,Wafiq, Asik, Anis Zulaikha , Ain ,Ameer ,Zaid ,Anis Atiqa,Elina ,Masturina,Suraya,Sahira , Adlin,Juaini ,

Anda mungkin juga menyukai