Anda di halaman 1dari 28

Abstrak

Hubungan diplomatik ini kebanyakanya terjalin atas unsur-unsur yang melibatkan kepentingan ekonomi, politik serta keselamatan di antara dua atau lebih Negara yang terlibat. Dalam

konteks kajian hubungan antara Malaysia dan Filippina ini, ia merungkai status terbaru hubungan diplomatik dua hala dan seterusnya menyingkap kembali sejarah berkaitan hubungan
Malaysia dengan Negara serantau ini. Kebanyakanya masyarakat berpendapat bahawa hubungan Malaysia dan philippina dingin sejak akhir-akhir ini berikutan terjadinya insiden pengganas Lahad Datu. Apakah punca sebenar insiden ini? Apakah motif disebalik kedatangan pengganas di Lahad Datu sabah?. Masyarakat juga beranggapan insiden ini sangat berkait rapat dengan isu politik di Malaysia. Sejauh manakah kesahihan maklumat ini dan apakah tindakan yang telah diambil oleh Negara Filipina sebagai Negara yang dikira bertanggung jawab keatas pencerobohan kedaulatan Negara kita malaysia?. Kesamaran inilah yang telah menjadi pencetus kepada kajian ini yang seterusnya,mendorong kepada Kesedaran betapa pentingnya maklumat perihal Negara yang wajib diketahui agar mampu menjadi pengajaran pada masa akan datang. Mencari maklumat sebenar insiden pencerobahan pengganas di Lahad Datu Sabah. Kajian ini berokjektif untuk memperbetulkan fahaman serta persepsi masyarakat terhadap hubungan dua hala Malaysia Filippina, mejelaskan status hubungan dua hala Malaysia Filippina, mengungkap isu kebanjiran pendatang tanpa izin rakyat Filipina di negeri sabah, serta ingin menjelaskan tindakan Malaysia dan Philippina dalam mengatasi isu kebanjiran pendatang tanpa izin di negeri sabah. Diharapkan kajian ini sedikit sebanyak memberi persepsi baru terhadap masyarakat Malaysia khususnya. Kata kunci : Diplomatik, pengganas, merungkai, motif

Abstract Mostly diplomatic relations are based on elements that involving economic, political and security between two or more countries . In the context of research on the relationship between Malaysia and Filippina , it dwells on the current state of bilateral diplomatic relations and thus reveal the history of the Malaysian relations with the regional State . Mostly people think that the relationship between Malaysia and Philippina are cold lately, due to the occurrence of terrorist incidents in Lahad Datu. What is the real cause of this incident? What is the motive behind terrorist coming in Lahad Datu, Sabah ? . People also thought this incident very closely related to political issues in Malaysia . To what extent the validity of this information and what actions have been taken by the Philippines as the country counted responsibility for the invasion of the sovereignty of our country Malaysia ? . Ambiguity is what has been the impetus for this study , in turn, leads to awareness about the importance of information that must be known so that the country can afford to be teaching in the future . Finding real information intimidation terrorist incident in Lahad Datu Sabah. The objectives of this study are to correct understanding and perception of the bilateral relations between Malaysia - Philippine , clearly explained the status of bilateral relations between Malaysia - Philippine, revealed the issue of influx of illegal Philippines immigrants in Sabah, and lastly to explain the action of Malaysia and Philippina in addressing the issue of the influx of immigrants in the state. It is also hoped that this study wil provides some new perception of Malaysian society . Key words: Diplomatic, terrorist, identify, motive

1.0 Pengenalan Malaysia terbabit dalam beberapa siri tuntutan bertindih. Sabah masih dituntut oleh Filipina, tuntutan berdasarkan sejarah pemilikan sebahagian Sabah oleh Kesultanan Sulu. Tuntutan ini masih lagi belum digugurkan oleh Manila sehingga kini Malaysia juga turut terbabit dalam menuntut beberapa buah pulau (Nik Anuar Nik,2001). Mahmud dan atoll di Kepulauan Spratly bersama lima negara lain iaitu China, Taiwan, Vietnam, Filipina dan Brunei (Wan Shawaluddin Wan Hassan, 2003). Sehingga kini Malaysia telah menduduki lima buah pulau-atoll (Jabatan Perdana Menteri, 2005). China merupakan negara yang paling agresif dalam tuntutan ini kerana pernah menggunakan kekerasan terhadap Vietnam dan ini sudah tentu menimbulkan ancaman kepada Malaysia. Pertikaian antara Malaysia-Indonesia berhubung Pulau Sipadan-Ligitan telah diselesaikan oleh ICJ dengan keputusan berpihak kepada Malaysia pada 17 Disember 2002 (D.S Ranjit Singh, 2004). Malaysia berjaya dalam kes ini kerana hujah effectivities iaitu Malaysia mempunyai kawalan serta pentadbiran yang berterusan sejak 1878 Sipadan-Ligitan. Perkara ini berdasarkan kawalan dan peraturan pengutipan telur penyu serta pengeluaran surat kuasa kepada penduduk Semporna memungut telur penyu. Di samping itu dua lagi hujah effectivities ialah pembentukan bird sanctuary pada 1 Februari 1933 serta pembinaan sebuah rumah api oleh Kerajaan Borneo Utara pada tahun 1962 serta pembinaan rumah api kedua pada tahun 1963 (Wan Shawaluddin Wan Hassan, 2005). Biarpun Jakarta dilihat menerima keputusan ini dengan terbuka tanpa memperlihatkan reaksi protes, namun isu ini tetap meninggalkan kesan terhadap hubungan kedua-dua buah negara. Dalam hal ini tidak hairan apabila Malaysia memberikan konsesi carigali minyak di blok Ambalat dan blok Ambalat Timorkepada Syarikat Shell pada 16 Februari 2005, tindakan ini telah menimbulkan bantahan dari Jakarta. Namun apa yang jelas ialah Malaysia pernah membuat bantahan terhadap Jakarta apabila Indonesia memberikan hak carigali kepada Syarikat Amerika Syarikat, Unocal Corp pada tahun 2004 tetapi tidak dihiraukan oleh Jakarta (New Straits Times, 2004). Sebaliknya apabila Malaysia memberikan hak carigali tersebut kepada Shell, Jakarta secara tegas menyatakan bahawa Ambalat adalah milik mereka dan langkah segera yang telah diambil iaitu dengan menghantar 7 buah kapal perang dan 4 pesawat F-16 ke kawasan yang terbabit. Rakyat Indonesia memprotes tindakan Malaysia ini dengan berbagai tindakan seperti mengadakan demostrasi. Akhbar serta media Indonesia juga turut mengambil kesempatan membakar perasaan serta semangat rakyat Indonesia dengan berita-berita sensasi yang menyerang Malaysia serta tindakan untuk menganyang serta melancarkan perang ke atas Malaysia. Paling memalukan ialah tindakan oleh segelintir pelajar Indonesia yang membakar Jalur Gemilang. Malah media Indonesia turut mengulas lawatan Dato Najib ke United Kingdom pada 10 Mac 2005 untuk membeli kapal perang bagi menghadapi kemungkinan perang dengan Indonesia. Apa yang jelas ialah ada pihak tertentu yang cuba menangguk di air yang keruh dalam membakar api kemarahan rakyat Indonesia dalam isu ini. Isu Ambalat selain mencetuskan ketegangan telah turut membabitkan satu insiden pergeseran antara kapal perang Malaysia, KD Rencong dan KRI Tedong Naga. Indonesia telah menuduh kapal perang Malaysia menggesel kapal mereka dan telah membuat bantahan kepada Malaysia. 3

Kedua-dua pihak telah bersetuju untuk mengurangkan ketegangan dengan menempatkan sebuah kapal perang bagi setiap negara. Begitupun, sekali lagi timbul kekecohan apabila media Indonesia, Kompas telah memainkan sentimen dengan menyatakan bahawa Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato Najib telah memohon maaf kepada attach tentera Indonesia di Kuala Lumpur. Dato Najib telah membantah keras laporan tersebut sehingga berita tersebut telah dinafikan sendiri oleh Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur. Namun, insiden ini menampakkan bahawa mentaliti big brother Indonesia dalam hubungan dengan Malaysia, satu perkara yang tidak kelihatan sebelum ini. Namun begitu, penulisan ini pula bertujuan untuk mengimbau hubungan antara Malaysia dan Filipina serta cuba untuk menyentuh isu berkaitan dengan implikasi kedatangan pendatang Filipina ke negeri Sabah termasuklah tentang peristiwa Lahad Datu. 1.1 Sabah Sepintas lalu. Sabah, sebuah negeri dalam Persekutuan Malaysia dipisahkan oleh Laut China Selatan terletak di Pulau Borneo. Sabah mempunyai sempadan dengan Sarawak dan Brunei di bahagian barat, Kalimantan di selatan serta Filipina dan Indonesia di bahagian timur yang dipisahkan oleh Laut Sulu dan Laut Sulawesi. Tidak hairan, William E. Berry, Jr pernah menyatakan bahawa mempertahankan integrity wilayah merupakan perhatian utama Malaysia bertolak daripada realiti geografi (Berry Jr, 1997).

Rajah 1: Peta Malaysia Sumber : www.lib.utexas.edu

Tidak seperti Sarawak yang tidak banyak berhadapan dengan isu-isu keselamatan yang boleh mengancam, Sabah sebaliknya pula berhadapan dengan berbagai isu keselamatan yang jika tidak ditangani boleh mengugat Sabah khasnya dan Malaysia umumnya. Hal ini disebabkan kedudukannya yang cukup hamper dengan Filipina dan Indonesia banyak meninggalkan kesan kepada keselamatan Sabah. Pantainya meliputi 1,400 km serta mempunyai 182 buah pulau dengan 50 sahaja yang berpenghuni. 4

2.0 Penglibatan Malaysia dan Filipina dalam arena antarabangsa. Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Filipina bermula pada tahun 1959, dua tahun selepas kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tanggal 31 Ogos 1957. Ciri-ciri kebudayaan, faktor geografi, dan sektor ekonomi yang hampir sama memudahkan kedua-dua negara ini menjalin hubungan dua hala. Pada Januari 1959, Tunku Abdul Rahman selaku perdana menteri Persekutuan Tanah Melayu mengadakan lawatan rasmi ke Manila dan menyatakan hasrat untuk menjalinkan kerjasama serantau. Lawatan ini menjadi bukti hubungan diplomatik antara Kuala Lumpur dan Manila. Cadangan Tunku Abdul Rahman untuk satu membentuk satu pakatan ekonomi telah mendapat sokongan daripada presiden Filipina, Carlos Garcia. Justeru, Persekutuan Tanah Melayu dan Filipina telah membentuk South East Asia Friendship and Economic Treaty (SEAFET). Pakatan menjurus kepada kerjasama dalam aspek ekonomi, kebudayaan dan keselamatan. Tujuannya adalah untuk memajukan ekonomi penduduk di Asia Tenggara dan meningkatkan pertahanan agar dapat berhadapan dengan ancaman komunis. Indonesia menolak dengan terbuka untuk tidak menyertai pakatan ini kerana Tunku Abdul Rahman telah menkritik Persidangan Afro-Asia di Bandung pada tahun 1955 yang menjadi titik tolak kumpulan Negara-Negara Berkecuali (NAM). Hal ini kerana beliau tidak berminat dengan idea negara berkecuali Pada tahun yang sama, Filipina telah menghantar delegasi mereka yang pertama ke Kuala Lumpur. Dua tahun selepas itu pada tahun 1961, delegasi Filipina telah dinaik taraf menjadi kedutaan. Selepas SEAFET tidak berjaya dalam mencapai objektifnya, Persekutuan Tanah Melayu tidak berputus asa dalam mengadakan kerjasama serantau antara negaranegara rantau Asia Tenggara. Pada 27 Julai 1961, Tunku Abdul Rahman sekali lagi mencadangkan penubuhan Associations of South East Nations (ASAS) sebagai mengantikan SEAFET. Cadangan ini telah mendapat persetujuan daripada Thailand dan juga Filipina kerana ASAS bukan bertujuan politik dan menjurus kepada kerjasama ekonomi, kepakaran, pendidikan, sains dan teknologi serta keamanan bersama untuk membendung ancaman komunis. Pada 31 Julai 1961, ASAS telah ditukar dan lebih dikenali sebagai Associations of South East (ASA) dengan menggugurkan perkataan nations kerana hanya mendapat penyertaan daripada Thailand dan Filipina. Deklarasi Bangkok pada 1 Ogos 1961 telah mengisytiharkan penubuhan ASA secara rasmi. Seperti SEAFET sebelum ini, ASA juga menemui jalan buntu dalam kerjasama serantau dan gagal selepas terdapat perselisihan antara negara anggota seperti hubungan Filipina dan Persekutuan Tanah Melayu. Perselisihan antara Filipina dan Persekutuan Tanah Melayu mula berlaku selepas cadangan penubuhan Malaysia pada awal tahun 1963. Penubuhan Malaysia yang mengabungkan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak telah mendatangkan tentangan Filipina kerana menuntut Sabah sebagai sebahagian wilayahnya. Kedua-dua negara telah berbincang di London untuk berunding isu tersebut, 5

namun pihak British tidak mengiktiraf kekuasaan Filipina menegangkan lagi hubungan Kuala Lumpur-Manila.

terhadap Sabah. Hal ini

Untuk mencapai kata sepakat, persidangan kemuncak pada 30 Julai hingga 5 Ogos 1963 di Manila. Tunku Abdul Rahman, Presiden Soekarno dan Presiden Diosdado Macapagal telah menandatangani 3 perjanjian iaitu Perjanjian Manila, Deklarasi Manila dan Perjanjian Bersama (Joint Statement). Melalui perjanjian tersebut ketiga-tiga bersetuju membentuk satu pertubuhan bersama yang dikenali sebagai MAPHILINDO (Malaya Federation , Phillipines, Indonesia) untuk kerjasama dalam pelbagai bidang dan isu-isu mengenai pembentukan Malaysia. Filipina dan Indonesia menolak keputusan PBB mengenai tinjauan rakyat Sabah dan Sarawak. Pengisytiharan Malaysia pada 16 September 1963 telah memyebabkan Filipina tidak berpuas hati lalu memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia berkenaan isu Sabah. Berkuatkuasa pada 24 September 1963, kedutaan Filipina di Kuala Lumpur telah dipanggil pulang oleh kerajaan Filipina sebagai tanda putusnya hubungan diplomatik Kuala Lumpur-Manila. Hubungan kedua-dua negara semakin pulih apabila Filipina membuka konsulat mereka di Malaysia pada Mei 1964 setelah pemimpin kedua-dua negara mencapai persetujuan. Sebagai langkah memantapkan lagi hubungan serantau antara negara Asia Tenggara, Malaysia dan Filipina juga berusaha secara aktif untuk mewujudkan Associations of Southeast Asian Nations (ASEAN). Kedua-dua negara juga bersetuju untuk mematuhi semula Perjanjian Manila dan Filipina menguruskan tuntutan terhadap Sabah secara aman. Tahun 1967, ASEAN ditandatangani oleh 5 buah negara iaitu Malaysia, Filipina, Thailand, Indonesia dan Singapura di Bangkok. Tahun itu juga menyaksikan Malaysia dan Filipina menandatangani perjanjian Kerjasama Anti-Penyeludupan untuk mencegah penyeludupan yang berlaku di sempadan kedua-dua negara. Kedutaan Filipina di Kuala Lumpur ditutup buat kali kedua selepas berbalah mengenai isu Sabah, dan Malaysia juga memanggil pulang keduataannya yang berada di Filipina. Hubungan kedua-dua negara ini kembali tegang dan Malaysia telah menuduh Manila telah melatih tentera khas dang menyusup masuk ke Sabah tetapi tuduhan tersebut tiada bukti yang menyatakannya. Namun,pada persidangan menteri luar ASEAN 1969 Malaysia dan Filipina telah mengumumkan bahawa mereka akan menyambung kembali hubungan diplomatik mereka. Sejurus peristiwa itu kedutaan Malaysia dan Filipina telah dibuka kembali di ibu negara masing-masing. Selepas itu, hubungan diplomatik Malaysia dan Filipina terus baik dan tiada lagi insiden seperti menutup kedutaan dan memutuskan hubungan diplomatik. Kedua-dua pemimpin negara sering melakukan lawatan rasmi dan mengadakan kerjasama bermula daripada Tunku Abdul Rahman dan Presiden Carlos Garcia hingga pemimpin kini, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Benigno Aquino. Hubungan diplomatik dengan Filipina adalah antara yang terawal untuk Persekutuan Tanah Melayu sejak 1957 hingga penubuhan Malaysia pada 1963 dengan menfokuskan kerjasama ekonomi khususnya. Kedua-dua pihak juga antara yang terawal mahu menubuhkan kerjasama serantau sejak SEAFET, ASA dan kini ASEAN. Ketengangan yang berlaku hanyalah kerana isu Sabah kerana Filipina masih mendakwa Sabah adalah milik Kesultanan Sulu yang menjadi wilayah Filipina. Sehingga kini, isu ini

masih tidak lagi dibawa ke Mahkamah Antarabangsa (ICJ). Selain itu, terdapat isu-isu lain yang menjadi perbincangan kedua-dua negara ini seperti isu Spratly Island. Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Filipina memberi impak positif kepada keduadua negara walaupun kerjasama serantau ini tidak begitu efektif. Hubungan ini penting untuk menjaga keamanan dan kesejahteraan negara masing-masing kerana kedudukan geografi yang begitu hampir. Tambahan pula, hubungan ini perlu untuk menjaga kedaulatan Malaysia dan Filipina di sempadan kerana terdapat aktiviti penyeludupan, pencerobohan pendatang tanpa izin, penganas dan lanun. Hal ini dapat dilihat apabila Malaysia menghantar tentera ke wilayah bergolak Filipina, Mindanao untuk memantau keamanan selatan Filipina.

Selain itu, juga Malaysia telah menunjukkan hubungan yang baik apabila menghantar semula Nur Misuari merupakan ketua Pejuang Pemisah Moro atau lebih dikenali sebagai Moro National Liberation Front (MNLF) yang ditangkap di Malaysia. Keselamatan sempadan Malaysia-Filipina seperti di Laut Sulu membimbangkan dengan kehadiran kumpulan Abu Sayyaf yang menjadi lanun di kawasan tersebut. Dari aspek ekonomi, apabila Petronas berjaya mendapatkan blok-blok sumber minyak dan gas di wilayah Filipina serta mengambil alih dua syarikat tenaga Filipina. Selain itu, Filipina juga merupakan rakan perdagangan ASEAN kelima terbesar dengan nilai dagangan sebanyak RM15.28 billion pada tahum 2012. Justeru, Kuala Lumpur dan Manila perlu meneruskan hubungan diplomatik dan membincangkan isu-isu yang melibatkan kedaulatan negara seperti isu Sabah dan Spratly Island agar tiada lagi isu-isu berbangkit seperti yang berlaku pada tahun 1963, 1968 dan peristiwa Lahad Datu.

Sumber : Mendoza, Diana & Lourdes F. Melegrito ( 1999)

2.1 Garis Masa Hubungan Malaysia-Filipina 1959: Lawatan rasmi Tunku Abdul Rahman ke Manila. Filipina menghantar delegasi ke Kuala Lumpur. SEAFET ditubuhkan. 1961: Kedutaaan Filipina dibuka menggantikan delegasi. Asssociations of Asia (ASA) ditubuhkan di Bangkok. 1963: Cadangan penubuhan Malaysia merangkumi Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura. MAPHILINDO diwujudkan untuk antara 3 negara Persekutuan Tanah Melayu, Filipina dan 7

Indonesia. 16 September 1963, Malaysia telah ditubuhkan. Filipina putuskan hubungan diplomatik. 1964: Fililipina membuka konsulat di Kuala Lumpur. Hubungan Malaysia-Filipina semakin pulih. 1967: Malaysia dan Filipina menyertai Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) di Bangkok. Kerjasama Anti-Penyeludupan dimeterai. 1968: Malaysia dan Filipina masing-masing memanggil semula kedutaannya di Manila dan Kuala Lumpur. Hubungan diplomasi diputuskan berikutan isu Sabah.

1969: Persidangan menteri luar negeri Asean, hubungan diplomasi disambung semula. Kedutaan dibuka kedua-dua negara dibuka semula. 1975: Setiausaha Luar Negeri Filipina menyertai persidangan ASEAN ke-8. 1977: Pertemuan 3 negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Filipina diadakan. Berkenaan isu ketenteraan, keganasan dan keamanan. 1978 : Yang di-Pertuan Agong Malaysia membuat lawatan ke Malacanang dan disambut baik presiden Filipina. 1982: Perjanjian Avoidance of Double Taxation and the prevention of Fiscal Evasion with Respect to Taxes on Income dimeterai. 1983: Speaker Dewan Rakyat Malaysia menyertai General Assembly of the ASEAN Inter Parliamentary Organization (AIPO) di Manila. 1987 :

Perjanjian Perkhidmatan Udara ditandatangani untuk hal-hal penerbangan dan isu penerbangan pesawat Malaysia an Filipina. 1993: Perjumpaan pertama Philippines-Malaysia Joint Commission for Bilatera Cooperation di Manila. Menteri-menteri Malaysia melakukan siri-siri lawatan ke Filipina. Memorandum persefahaman Establishment of RP-Malaysia Joint Commission for Bilateral Cooperation ditandatangani. 1994: Memorandum persefahaman Kerjasama Pertahan disepakati oleh kedua-dua negara.

1995: Perjumpaan kedua Philippines-Malaysia Joint Commission for Bilateral Cooperation di Kuala Lumpur. Protokol kedua Perjanjian Anti-Penyeludupan 1967 ditandatangani.

1996: Perjumpaan ketiga Philippines-Malaysia Joint Commission for Bilateral Cooperation di Manila. Memorandum Perjanjian Penubuhan Kawasan Lindungan Warisan Pulai Penyu dimeterai. 1997: Kerajaan Negeri Sabah mengadakan satu program pengampunan dan memberi peluang kepada imigram Filipina untuk membenarkan secara sah pekerjaan mereka. Dikenali sebagai Program Regularisasi 1997. 2000: Perjumpaan keempat Philippines-Malaysia Joint Commission for Bilateral Cooperation di Kuala Lumpur. Pejumpaan tersebut didahului dengan Joint Committee Meeting on Border Cooperation dan Meeting of the Malaysia- Philippines Joint Committee on the Assistance for Socio-Economic Advancement of the Muslim Filipinos. 2001: Malaysia pihak ketiga dalam Proses Pendamaian kerajaan Filipina dan Moro National Liberation Front (MNLF) iaitu Pejuang Pemisah Moro sehingga kini. 2004: Malaysia mengetuai Pasukan Pemantau Antarabangsa di Mindanao. 9

2013 : Lahad Datu, Sabah dicerobohi oleh 235 militan bersenjata Sultan Sulu. Kerajaan Malaysia dan Filipina berbincang untuk menyelesaikan isu ini bersama. Filipina tidak menyokong tindakan tentera tersebut dan menyuruh mereka pulang ke Filipina dengan segera. Tindakan militant tersebut dianggap sebagai pengganas oleh kerajaan Filipina sendiri. Kuala Lumpur dan Manila bekerjasama untuk mengawal sempadan Malaysia-Filipina dengan lebih ketat.

10

3.0 Pencerobohan Lahad Datu

3.1 Kronologi pencerobohan lahad datu. Berikut merupakan kronologi pencerobohan di Lahad Datu dari 9 Februari 2013 sehingga 9 Mac 2013 oleh penceroboh yang datang dari Selatan Filipina, iaitu Sulu.

9.2.2013: Kumpulan penceroboh telah mula memasuki perairan Sabah secara berperingkatperingkat melalui bot pancung. Mereka memasuki melalui tiga tempat iaitu Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo dan Lahad Datu. 11.2.2013: 100 lebih anggota kumpulan tersebut telah dikesan oleh sekumpulan nelayan di kawasan Kampung Tanduo dan nelayan tersebut telah membuat laporan polis tentang hal tersebut. Mereka yang lengkap pakaian ala tentera dan bersenjata telah membuat nelayan di sekitar kawasan tersebut mencurigai mereka. 12.2.2013: Penceroboh tersebut telah dikenal pasti berpecah kepada tiga kumpulan. Satu kumpulan berkumpul di sungai bakau di kampung itu, satu kumpulan berkumpul di sebuah surau di kampung itu dan kumpulan yang terakhir telah berkumpul di rumah Ahmad Malandi atau yang di kenali Mat Bon. 14.2.2013: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata bahawa pihak polis sudah mengenal pasti mereka. Mereka merupakan warga Filipina yang menceroboh masuk melalui perairan Sabah dan merupakan pewaris berketurunan Raja Sulu yang berasal dari Selatan Filipina. Tan Sri Omar mendakwa bahawa mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak akan pulang ke negara asal selagi tidak memiliki Sabah. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bahawa kerajaan Malaysia akan menangani isu tersebut dengan cara terbaik iaitu melalui rundingan damai tanpa pertumpahan darah dan akan menghantar mereka pulang ke negara mereka. Ini kerana Perdana Menteri ingin menjaga hubungan diplomatik antara Malaysia dan Filipina. 16.2.2013: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan bahawa keadaan di Kampung Tanduo terkawal dan mereka bukan kumpulan militan atau pengganas. Mereka hanya penyokong kuat Kesultanan Sulu. Mereka yang mahu dikenali Askar Diraja Kesultanan Sulu tidak lain dan tidak bukan hanya untuk menuntut kembali Sabah kerana sebelum British mengambilnya, Sabah merupakan di bawah naungan kerajaan Sulu. 18.2.2013: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata bahawa Malaysia dan Filipina saling bekerjasama dalam menangani masalah ini dan akan di tangani secara diplomasi tanpa ada pertumpahan darah dari mana-mana pihak. 24.2.2013: Kerajaan Filipina telah menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan bagi membawa pulang kumpulan penceroboh yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 11

Februari lalu. Kumpulan penceroboh tersebut di anggotai oleh 180 orang anggota dan 30 orang anggota lengkap bersenjata. 26.2.2013: Tempoh pengusiran penceroboh itu telah tamat tetapi rundingan tetap di jalankan bagi tiada pertumpahan darah terjadi. 28.2.2013: Kerajaan Malaysia telah digesa oleh Agbimuddin Kiram,iaitu adik bongsu Sultan Jamalul Kiram III, Sultan Sulu ketika ini, untuk berunding secara terus dengan abangnya itu di Manila. Hanya Sultan Jamalul Kiram III mempunyai kuasa untuk mengarahkan kira-kira 180 Angkatan Tentera Diraja Sulu meninggalkan Felda Sahabat 17 dan Lahad Datu. 1.3.2013: Pertumpahan darah telah berlaku di Kampung Tanduo melibatkan 12 orang penceroboh yang lengkap bersenjata mati di tembak oleh pihak keselamatan. Selain itu, 2 anggota keselamatan telah terkorban dan 3 anggota lagi cedera. Pertumpahan darah ini terjadi apabila sekumpulan penceroboh cuba untuk keluar dari kepungan pihak polis di kampung tersebut. 2.3.2013: Jenazah Inspektor Zulkifli Mamat dan Koperal Sabarudin Daud yang telah terkorban semasa pertempuran dengan penceroboh di Lahad Datu telah di hantar pulang ke semenanjung. Jenazah telah selamat sampai di Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada pukul 12.43 tengahari. Kemudian jenazah Inspektor Zulkifli Mamat telah di kebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Gong Bayor, Jerteh, Terangganu manakala jenazah Koperal Sabarudin Daud telah di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Makmuriah di Kampung Sungai Lias, Sungai Besar. Selain itu dua orang anggota komando sedang di rawat di Hospital Lahad Datu. Mereka, Kpl Tarmizi Hashim, 32 tahun, dan Kpl Azman Ampong, 39 tahun, telah di lawat oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman. 3.3.2013: Konflik ini semakin menjadi parah apabila Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan bahawa penceroboh berbalas tembakan dengan anggota keselamatan di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah pada 2 Mac, jam 8 malam. Pertempuran itu telah mengakibatkan 12 kematian termasuk 6 anggota polis. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa kerajaan mengambil tindakkan keras bagi mengawal konflik ini. 4.3.2013: Jenazah-jenazah anggota keselamatan telah di hantar pulang ke kampung halaman masing-masing. Jenazah Allahyarham Supritendan Ibrahim Lebar, 52 tahun, dan Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran, 27 tahun, telah selamat tiba di Pengkalan Tentera Udara Diraja (TUDM) pada jam 7 petang dengan menggunakan pesawat Charlie yang berlepas dari Lapangan Terbang Tawau, Sabah. Jenazah-jenazah yang lain seperti Supt Ibrahim Lebar dari cawangan khas Bukit Aman, ASP Micheal Padel dari cawangan khas IPD Semporna, Sarjan Baharin Hami dari cawangan khas IPK Sabah, Sarjan Aziz Sarikun dari BN 14 PGA Tawau dan Koperal Salam Togiran dari IPD Tawau telah dihantar pulang ke kampung masingmasing. Sementara itu, Presiden Filipina, Benigno Aquino III telah ditemu ramah oleh sidang media telah berkata bahawa kerajaannya akan terus membantu dalam menyelesaikan perkara tersebut dengan jalan keamanan.

12

5.3.2013: Pada jam 7 pagi, satu gerakan untuk menghapuskan penceroboh telah di lancarkan di Kampung Tanduo dan di namakan Ops Daulat. Datuk Seri Najib Tun Razak berkata gerakan ini bagi menjaga maruah dan kedaulatan negara. Satu sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin pada jam 11 pagi telah menemu ramah Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan beliau menyifatkan Ops Daulat telah mencapai objektifnya. Dalam satu sidang media pula pada jam 2 petang yang telah menemu ramah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengesahkan bahawa tiada anggota keselamatan yang terkorban dalam Ops Daulat tersebut. Pada jam 4 petang, satu sidang akhbar telah di adakan oleh Ketua Polis Negara bagi mengatakan operasi susulan dan penggeledahan masih diteruskan pihak keselamatan percaya penceroboh masih ada di kawasan itu. Sehingga jam 7 petang, pihak polis belum mengesahkan tentang kematian, kecederaan dan tangkapan yang mereka buat ke atas pihak penceroboh. 6.3.2013: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah mengesahkan bahawa 13 mayat penceroboh telah di jumpai di Kampung Tanduo susulan operasi menggeledah dalam satu sidang media. Satu penemuan telah menjumpai 9 mayat didalam sebuah kubur dan seorang penceroboh di tembak mati sekitar jam 6.45 pagi. Polis juga berjaya menahan 4 lelaki dalam lingkungan 20 hingga 50 tahun yang telah dipercayai terlibat dengan kumpulan penceroboh di Kampung Sri Jaya, Semporna. 7.3.2013: Jamalul Kiram III telah menyatakan bahawa gencatan senjata akan dilakukan pada pukul 12.30 tengahari, akan tetapi Perdana Menteri menolak pernyataan gencatan senjata tersebut dan menyerah diri tanpa syarat. Beliau juga mengarahkan pembentukan kawasan keselamatan yang meliputi kawasan pantai timur Sabah dari Kudat ke Tawau. Kawasan itu termasuk daerah Sandakan, Semporna dan Lahad Datu. Ketua Polis Negara mengesahkan bahawa setakat ini 52 orang penceroboh telah mati ditembak termasuk jeneral di dalam Ops Daulat. Satu kejadian yang telah membuatkan rakyat Malaysia terkejut dan sedih yang menglibatkan anggota pasukan keselamatan yang dicacatkan anggota badan yang telah dibunuh di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna. 8.3.2013: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata 50 orang yang dipercayai terlibat dengan penceroboh militan di Lahad Datu ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan ( Langkah-langkah Khas) 2012. Beliau berkata lagi bahawa penceroboh-penceroboh tersebut yang berkubu di dua buah kampung di Lahad Datu masih belum menunjukkan ingin menyerah diri lantas gerakan memburu saki-baki anggota kumpulan itu masih diteruskan. Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain pula menyatakan bahawa pihak beliau masih menunggu perkembangan daripada Wisma Putra berkaitan kumpulan penceroboh akan meletakkan senjata dan menyerah diri tanpa syarat. 9.3.2013: Setiausaha Agong Pertubuhan Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon telah mengadakan pertemuan dengan Wakil Tetap Malaysia, Hussein Haniff, ke PBB bagi membincangkan isu yang terjadi di Sabah. Pada pertemuan itu, Ban Ki-moon telah mengambil maklum usaha yang telah dilakukan oleh Malaysia dan Filipina bagi menangani isu di Lahad Datu tersebut. 13

Beliau juga berharap bahawa usaha yang dilakukan harus diteruskan bagi memastikan hak asasi manusia dijaga serta mengelak lebih banyak nyawa yang terkorban. Sumber: Waasil Zamri www.akuwaasil.blogspot.com. (2013), Kronologi Peristiwa Lahad Datu,

14

3.2 Dakwaan Pihak kerajaan dan Pihak pembangkang tentang Punca pencerobohan di Lahad Datu. Pada akhir Februari 2013 yang lalu rakyat Malaysia dikejutkan dengan insiden pencerobohan Lahad Datu oleh Kerajaan Sulu, malahan insiden ini masih lagi belum selesai sepenuhnya. Jamalul Kiram III, yang menyatakan dirinya sebagai keturunan Kesultanan Sulu telah menghantar pengikutnye ke Sabah, bermula dari Lahad Datu bertujuan untuk menuntut tanah Sabah yang dikatakan pada suatu ketika dahulu adalah sebahagian dari tanah jajahan Kesultanan Sulu. Walhal,Kesultanan Sulu ini tidak lagi diiktiraf sebagai suatu pemerintah oleh kerajaan Filipina sendiri. Jadi,atas dasar apakah yang membuat kan tindakan beliau di sokong ? Satu persoalan penting yang menjadi pertanyaan ramai,adakah hubungan diplomasi antara Filipina dan Malaysia terjejas kerana insiden ini ?

Kebimbangan ini telah disuarakan sendiri oleh Presiden Filipina.Kenyataan yang dipetik dari sebuah akhbar antarabangsa (Mac 6,2013)

GENERAL SANTOS CITY - Presiden Benigno S. Aquino III menegaskan kedegilan pengikut Sultan Sulu yang mahu kekal di Sabah boleh membawa kepada 'perang propaganda'. Beliau berkata, tindakan menceroboh Sabah dan membawa senjata telah mengheret Filipina ke ambang bahaya. Bukan itu saja, saya juga bimbang hubungan diplomatik antara Malaysia dan Filipina terjejas kerana tindakan ganas yang dicetuskan oleg pengikut Kesultanan Sulu ini, ujarnya. Kata beliau, ini kerana hubungan di antara kedua-dua negara sudah lama terjalin dan Malaysia sendiri membantu rundingan damai antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF). Aquino hari ini turut meminta pengikut Sultan Sulu menyerah diri dan berjanji akan turut akan mempertimbangkan kebajikan sebahagian besar rakyat Filipina yang terjejas. Tambah Aquino, beliau juga bimbang nasib 800,000 rakyat Filipina yang bekerja di Sabah ketika ini ekoran krisis dicetuskan oleh Sultan Sulu.

Namun kebimbangan ini boleh diakhiri, mengikut petikan dari laman sesawang Khabar Asia Tenggara (Jun 15,2013)

Diplomat: Konflik Sabah tidak akan mempengaruhi hubungan Malaysia-Filipina Empat bulan setelah kekerasan di Sabah, para buruh migran secara perlahan kembali, dan para tersangka dibawa ke pengadilan. Oleh Andhika Bhakti untuk Khabar Southeast Asia di Jakarta

15

Serbuan terhadap Sabah tidak merusak hubungan antara Malaysia dan Filipina atau proses perdamaianMindanao, yang menuju "penyelesaian yang sukses" dalam beberapa minggu, menurut Duta Besar Filipina untuk Malaysia, J. Eduardo Malaya. Pelbagai teori yang dikeluarkan atas terjadinya insiden ini. Ada yang memperkatakan pihak pembangkang merupakan dalang kepada insiden ini. Tidak kurang juga pihak-pihak yang bersuara sumbang mengkritik tindakan pihak kerajaan yang dikategorikan sebagai lembab. Teori yang sangat hangat diperkatan adalah teori tentang penglibatan Dato Sri Anwar dalam insiden ini. Berikut merupakan maklumat ringkas tentang teori penglibatan Dato Sri Anwar dalam Insiden Lahad Datu. Mengikut sumber, Raja Petra pernah mendedahkan tentang perjumpaan Dato Sri Anwar bersama Nur Misuari pada pertengahan bulan Julai,2012. Sekali lagi dia mendedahkan perjumpaan mereka yang seterusnya pada awal bulan Ogos,2012 di Manila.Dan perjumpaan Dato Sri-Misuari di Manila ini, mereka membincangkan mengenai PRU 13,Dato Sri meminta Misuari memenangkan nya pada PRU 13 nanti dengan melakukan sesuatu di Sabah. Selain itu, menurut sumber, Dato Sri pernah ke Sabah untuk berjumpa dengan Kumpulan Kiram,kira-kira pada bulan Oktober,2012. Seterusnya,dikatakan urusan antara Dato Sri-Misuari masih berjalan. Ketika perjumpaan Dato Sri-Misuari di Manila pada awal bulan Februari,2013, perjumpaan mereka sempat dirakam oleh Philipine Military Inteligence. Dikatakan juga ketika itu, Dato Sri ada menghantar wakil ke Manila beserta membawa sejumlah wang, pergerakan tersebut turut telah di intip oleh Philipine Military Inteligence. Pada akhir bulan Februari,2013 Parlimen di isytiharkan bubar serentak dengan itu serangan ke atas Lahad Datu dlancarkan. Ada suara-suara yang mengatakan bahawa Dato Sri berharap Malaysia akan mengisytiharkan darurat dan dengan itu beliau akan menang PRU 13.Hari berikutnya, Inqurer.Net, The Manila Times, Reuters, Kedutaan Amerika di Manila dan Wikileaks menyebut "Tokoh Pemimpin Pembangkang" lebih jelas "Anwar Ibrahim" terlibat dalam Pencerobohan di Lahad Datu. Mereka diberitahu oleh Philipine Military Intelligence. Media Antrabangsa ABS.CBN melaporkan Pengganas Kiram sebenarnya diundang oleh "Tokoh Pembangkang" lebih tepatnya ialah "Anwar Ibrahim". Seterusnya dari pihak Kerajaan Filipina iaitu Setiausaha Luar Filipina turut mengesahkan tentang penglibatan Dato Sri dalam pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu. Akhirnya, setelah banyak sangat pendedahan, Dato Sri mengaku pernah berjumpa dengan Misuari, dan sekali lagi perkara ini disahkan oleh Raja Petra. Ia merupakan teori ringkas mengenai penglibatan Dato Sri Anwar dalam isu Lahad Datu. Berkenaan kesahihan teori tersebut, masih lagi tergantung. Kesahihan hanya akan terungkai jika orang yang terlibat itu sendiri yang merungkaikannya. Tidak kurang jugak yang mengeluarkan teori tentang Dato Sri Najib. Ada beberapa sumber mengatakan bahawa Dato Sri membuat satu perjanjian bersama Sultan Sulu, dan merasakan bahawa pencerobohan yang berlaku ini kebarangkalian berkait rapat dengan perjanjian tersebut.

16

Berkemungkin juga mereka berniat untuk menunutut sesuatu berdasarkan dari perjanjian tersebut. Seperti kenyataan yang dipetik dari Keadilan Daily (4 MAC.2013)

KUALA LUMPUR 4 MAC: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didesak menjelaskan perjanjian dengan Sultan Sulu sebagaimana didedah Pengerusi Pengasas Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Nur Misuari seperti dilapor barubaru ini. Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata, Najib selaku individu bertanggungjawab tidak boleh membisu dalam isu tersebut kerana melibatkan kedaulatan negara dan keselamatan rakyat Sabah khususnya. Kita nak tahu apa yang mereka (penceroboh) tuntut sehingga bawa senjata. Najib tak boleh diam. Dia kena jelaskan apa yang dijanjikan kepada kumpulan penceroboh sehingga mereka sanggup bunuh polis kita. Mereka datang bukan nak shopping, tapi dengan senjata. Maksudnya mereka nak berperang. Objektifnya jelas untuk tuntut sesuatu, kata Johari ketika dihubungi. Menurut laporan Manila Buletin Publishing Corporation (mb.com.ph), Misuari mendakwa tentera Sulu ke Sabah selepas mendengar janji dari Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak. Menurut laporan bertarikh 21 Februari 2013 bertajuk Dont Harm Sultans Men, Nur Warns Malaysia, Misuari berkata, ketika beliau di Jolo, Sulu, beliau terdengar bahawa adik kepada Sultan Jamalul Kiram III, Agbimuddin Kiram telah merentas lautan kerana mereka telah dijanjikan untuk ditempatkan di Sabah.

Mereka turut mendesak agar pihak kerajaan mempercepatkan tindakan selain mengcengkam tindakan kerajaan yang menghantar polis untuk mengatasi masalah di Lahad Datu. Mereka melabel kerajaan sebagai lembab. Menurut mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dato Sri Dr Mahathir, Malaysia mahu menangani insiden berikut tanpa pertumpahan darah. Oleh sebab itu, mereka menghantar pasukan polis sebagai tanda untuk berunding. Tetapi perkara berlaku sebaliknya, pertumpahan darah berlaku. Tun sendiri telah mendesak kerajaan untuk mengahantar pasukan tentera untuk menyelesaikan insiden di Lahad Datu secepatnya.

Isu siapa dalang, siapa terlibat ini tidak akan pernah berakhir, teori yang berunsurkan politik akan terus berbunyi biarpun 20 tahun sudah berlalu. Masing-masing punya agenda dan misi sendiri untuk mempertahankan jawatan mereka di arena politik Malaysia. Memang tidak akan terjawab selain mereka yang terlibat itu sendiri yang bercerita. Semoga Malaysia akan terus aman.

17

4.0 Pendatang Filipina di Sabah. Isu pendatang Filipina bukanlah suatu isu yang baru. Peristiwa-peristiwa serangan Lanun di Lahad Datu pada tahun 1980an dan di Semporna pada tahun 1990an memberi satu petunjuk bahawa pendatang Filipina di Sabah harus diberikan perhatian yang serius. Peristiwa Sipadan dan Pandanan pada tahun 2000 memburukkan lagi keadaan yang mana seakan-akan memberi amaran kepada pihak kerajaan Malaysia tentang bahayanya kumpulan ini kepada negeri Sabah dan masyarakat setempat. Tidak cukup dengan itu, serangan penganas di Lahad Datu sabah pada tahun 2012 boleh diketogerikan melampau apabila Sultan Sulu menuntut pemilikan Sabah dengan cara keganasan dan kebanyakan pengganas yang telibat mempunyai status warganegara Malaysia. Keadaan ini belum mengambil kira beberapa aspek lain yang melibatkan kehadiran mereka ini ke negeri di bawah bayu ini yang semakin ramai dan sering meninbulkan isu-isu yang dilihat mempunyai kesan yang besar dari segi sosial, ekonomi serta yang utama ialah keselamatan Negara.

4.1 Kehadiran Pendatang Kehadiran pendatang dalam jumlah yang ramai di sesebuah negara sudah tentu menimbulkan masalah kepada negara hos. Antara 500,000 hingga 700,000 orang Pendatang Tanpa Izin (PTI) didapati tinggal di Sabah berbanding penduduk Sabah yang berjumlah 2.45 juta orang (Azizah Kassim (Ed.), 2005). Hal inilah yang berlaku kepada pendatang Filipina dan Indonesia di Sabah. Mereka boleh menimbulkan ancaman kepada keselamatan penduduk tempatan. Persoalannya bagaimanakah mereka boleh menimbulkan ancaman kepada keselamatan penduduk tempatan? Ramli Dollah et. al. mendapati bahawa, ramai pendatang Filipina di Sabah terbabit dengan aktiviti jenayah seperti merompak, merogol dan membunuh berbanding dengan pendatang Indonesia (Ramli Dollah, Wan Shawaluddin Wan Hassan, Diana Peters, & Marja Azlima Omar, 2003). Mengapa ini berlaku? Menurut Wan Shawaluddin Wan Hassan dan Ramli Dollah (2003), perkara ini dikaitkan dengan konsep maratabat, stereotaip dan budaya dan sikap yang dibawa dari negara asal (W. Shawaluddin Hassan & Ramli Dollah, 2002).
Jadual 1: Tangkapan PATI Filipina 1992-Mac 2003

18

Table 2: Pengusiran PATI Filipina 1992-Mac 2003

Oleh itu apabila mereka berada di negara ini, mereka menganggapnya seperti tempat asal mereka. Paling ketara ialah sikap mereka yang tidak menghormati undang-undang dan ini menyebabkan mereka begitu mudah melanggar undangundang melalui perbuatan mereka seperti mencuri, membunuh, merogol atau merompak. Soalnya benarkah pendatang terbabit dalam aktiviti jenayah atau mereka sengaja dikambinghitamkan oleh pihak tertentu sebagai escapism ? Ramli Dollah, Fazli Hamid & Rizal Idris mendapati bahawa PTI memang merupakan penyumbang utama kepada kadar jenayah kekerasan di Kota Kinabalu (Ramli Dollah,Fazli Hamid & Rizal Zamani Idris, 2004). Misalnya pada tahun 2001 jumlah jenayah kekerasan yang membabitkan pendatang ialah 171 kes berbanding 127 kes yang dilakukan oleh penduduk tempatan. Angka ini menurun pada tahun 2002 kepada 73 kes pendatang berbanding 179 oleh penduduk tempatan tetapi angka ini bertambah pada tahun 2003 kepada 119 berbanding 41 oleh penduduk tempatan. Penurunan ketara pada tahun 2002 dikaitkan dengan Ops Nyah II dan ini turut diakui oleh bekas Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli apabila beliau menyatakan bahawa Ops Nyah II telah berjaya mengurangkan masalah jenayah di Sabah (New Straits Times, 2003). Namun isu yang cukup signifikan misalnya, pada tahun 2003, daripada 4420 banduan di Penjara Kota Kinabalu, 3683 terdiri dari warga asing. Daripada jumlah tersebut, 3472 merupakan banduan yang melakukan kesalahan pertama, 171 merupakan banduan yang melakukan kesalahan kedua dan 27 banduan merupakan pelaku kesalahan ketiga dan lebih (Daily Express, 2004). Perkara ini menunjukkan betapa masyarakat terdedah kepada ancaman daripada pendatang. Penyeludupan di Sabah juga digerakkan oleh pendatang asing dengan bantuan sindiket luar. Penyeludupan ini membabitkan barangan seperti dadah (syabu) dan senjata api. Satu contoh cubaan untuk menyeludup masuk senjata api dari luar ialah apabila ATM telah menahan seramai 22 rakyat asing di Pulau Langkayan, Sandakan pada 27 April 2003 (Utusan Malaysia, 2003). Sejumlah peluru, peledak dan senapang patah ditemui dalam tangkapan tersebut. Walau bagaimanapun kesemua mereka menafikan terbabit dan sebaliknya menyatakan bahawa mereka dihanyutkan dari Kepulauan Filipina yang berhampiran. Malah pada tahun 2001, misalnya sejumlah 125 kes penyeludupan senjata api berjaya dipatahkan 19

(Che Moin Che Omar, 2003). Penyeludupan syabu ke negara ini juga datang dari negara jiran khasnya dari Zamboanga, Maibog, Tawi- Tawi, Bongao dan Palawan. Dadah ini kemudiannya telah disebarkan ke seluruh bandar-bandar di seluruh Sabah terutama di Sandakan, Tawau, Lahad Datu dan Kota Kinabalu. Penyeludupan dua barangan ini membahayakan keselamatan penduduk tempatan dari segi jenayah yang akan berlaku serta pembabitan anak-anak tempatan dalam kegiatan najis dadah. Misalnya pada tahun 2001 sebanyak 522 kes tangkapan telah dibuat di pantai timur Sabah membabitkan syabu. Pada tahun 2002 pula jumlah tangkapan ialah 457 kes. Kehadiran pendatang di Sabah juga seumpama bom jangka kepada penduduk tempatan. Hal ini disebabkan mereka membawa bersama penyakit yang berjangkit malah ada sesetengah penyakit hampir dapat dihapuskan oleh pihak kerajaan. Kerajaan telah menghantar balik 15,000 pekerja sah kembali ke negara asal kerana didapati berpenyakit New Straits Times, 2005). Tidak dapat dibayangkan bagaimana pendatang yang datang secara haram memasuki negara ini tanpa ditapis oleh FOMENA membawa bersama mereka penyakit berjangkit. Namun realitinya, kedatangan mereka secara haram ke negara ini menyebabkan penyakit-penyakit seperti batuk kering dan taun kembali menular dalam kalangan penduduk tempatan. Batuk kering didapati menular sebagai penyakit nombor satu yang membawa kematian disebabkan oleh pergerakan penduduk yang tidak terkawal yang berlaku di negara ini yang membabitkan pendatang (New Straits Times. 2005). Penyakit taun pula merupakan suatu epidemik yang sering dihadapi oleh pendatang di kawasan koloni mereka tetapi sering dirahsiakan daripada pengetahuan umum kerana bimbangkan penduduk tempatan. Malah penyakit-penyakit lain seperti hepatitis, kusta, dan gonorhea didapati dalam kalangan pendatang. Apa yang ditakuti ialah jika ada dalam kalangan pendatang ini yang bekerja di restoran sebagai pencuci pinggan, tukang masak atau pelayan. Hal ini sudah tentu akan mendedahkan penduduk tempatan kepada epidemik yang sudah tentu boleh meninggalkan kesan yang bukan kecil ke atas masyarakat. Pendatang juga turut menjadikan koloni kampung air sebagai pusat aktiviti jenayah dan penempatan tanpa peraturan dan undang-undang. Di Sabah terdapat beberapa kampung air yang didiami oleh penduduk keturunan Filipina yang asalnya dibina sebagai pusat penempatan pelarian. Kampung ini termasuk Kampung Pondo, di Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Kampung BDC, di Sandakan, Kampung Icebox & Kampung Hidayah, Tawau, Kampung Puyut, Kampung Bakau, Lahad Datu dan Kampung Selamat, Kampung Simunul dan Kampung Bangau- Bangau, Semporna (Wan Shawaluddin Wan Hassan & Ramli Dollah, 2005). Penyeludup menggunakan kampung air sebagai pusat untuk mendarat dan mengedar barangan seludupan seperti dadah, senjata, rokok dan sebagainya. Hal ini kerana kumpit iaitu pengangkutan air yang digunakan mampu untuk meredah bawah rumah. Di sini syabu dijual secara terbuka. Wang palsu bertukar tangan. Penduduknya membuang sampah ke dalam air termasuk najis dan semua ini mendedahkan penduduk kepada bahaya penyakit berjangkit. Selain itu wujud kegiatan pelacuran. Kegiatan mencuri air dan letrik cukup ketara dalam kalangan penduduk. Pergaduhan antara kumpulan-kumpulan pendatang sering berlaku yang membabitkan senjata pistol, parang dan pedang yang lazimnya membawa kematian. 20

Paling ketara pihak berkuasa seperti polis tidak akan membuat rondaan jika berseorangan atau pada malam hari. Hakikatnya, kolonikoloni yang tanpa peraturan dan undang-undang ini merupakan entiti yang wujud di pinggir-pinggir bandar sesuai dengan cara hidup pendatang tetapi boleh mendedahkan ancaman kepada keselamatan penduduk tempatan. 4.2 Faktor Pendatang Filipina terlibat dengan Jenayah. 1. Konsep Martabat Menurut Kiefer (1972), masyarakat Filipina dinyatakan sebagai masyarakat yang berperlakuan kasar. Selain daripada itu, mereka juga mengamalkan konsep martabat yang extreme yang diamalkan secara turun-temurun. Melalui konsep martabat, mereka percaya bahawa tindakan mereka ini dipandu oleh kehendak agama yang mereka anuti. Oleh hal yang demikian, mereka merasa adalah menjadi tanggunjawab mereka untuk menjaga, memelihara, melindungi dan jika perlu membunuh untuk menjaga martabat keturunan mereka. Walaupun konsep ini hanyalah amalan nenek moyang mereka yang hadir berabad tahun lamanya dan diperturunkan kepada anak cucu ianya telah menjadi darah daging mereka dan seakan-akan telah memupuk budaya keganasan seperti membalas dendam dan membunuh dalam kalangan masyarakat ini (A. Abbahil, 1984). Walaupun Malaysia berbeza dangan Filipina dari segi perlaksanaan undang-undang dan peraturan, namun kerana konsep ini telah berakar umbi masyarakat Filipina terutamanya kumpulan Tausug, maka ianya seolah-olah cuba untuk melihat Malaysia sebagai satu entity yang sama dengan Filipina. Hal ini akhirnya membawa kepada masalah keselamatan Negara ini (Ahmad Kenajaan, 1997). Pristiwa serangan balai polis Semporna pada tahun 1996 dan kejadian serangan keatas penduduk pulau Timba-timba, Semporna oleh sekumpulan warga Filipina pada tahun 1983 untuk membalas dendam boleh dijadikan bukti fakta ini (menurut penduduk Sabah).

2. Streotaip Beberapa penduduk negeri Sabah yang disoal siasat melalui media sosial berpendapat bahawa tindakan warga Filipina dalam melakukan kerja-kerja jenayah didorong oleh ego yang cukup ketara dalam kalangan suku kaum sulu. Hal ini boleh dikaitkan dengan fakta sejarah di mana suku ini (terutamanya Tausug) merupakan bekas pemerintah utama Kesultanan Sulu. Oleh hal yang demikian, mereka melihat diri mereka adal lebih mulia dan berkedudukan tinggi berbanding masyarakat lain (A. Abbahil, 1984).

3. Faktor kemiskinan Selain daripada itu, factor kemiskinan juga adalah penyebab utama kumpulan ini melakukan kerja-kerja jenayah. Jika diteliti Statistik Jabatan Perangkaan Filipina (2003), didapati bahawa wilayah-wilayah Lanao del sur, Maiguindanao, Sulu dan Tawi-tawi yang 21

merupakan wilayah pemerintahan Autonomi (AMMR), selatan Filipina merupakan antara kawasan termiskin di Filipina. Ianya juga merupakan factor kedatangan mereka secara beramai-ramai ke negeri ini. Seorang penduduk Sabah mendakwa bahawa seorang teman beliau yang dari suku Jolo memberitahu bahawa mereka besedia untuk diupah menjadi pembunuh asalkan mereka diberikan wang untuk meneruskan hidup (Temubual melalui media sosial Facebook : Sama-sama orang Sabah Bah).

4. Budaya dan sikap yang dibawa dari Negara asal. Peperangan yang berterusan di selatan Filipina bermula di zaman penjajahan lagi banyak mendidik masyarakat ini menjadi ganas, membunuh, dan membalas dendam sebagai perkara biasa dalam kehidupan seharian mereka. Hal ini diburukkan lagi apabila ketiadaan undangundang atau peraturan yang mampu menghalang mereka. Selain itu, factor keadaan yang tidak menentu di Filipina menggalakkan lagi aktiviti ini (Keifer, 1972). Oleh itu, apabila tiba ke negeri ini, mereka seolah-olah tidak dapat menerima cara hidup yang terdapat di negeri sebaliknya cuba untuk mengikut cara hidup yang dijalankan di Negara asal mereka. Maka dengan itu, keadaan ini harus segera dibendung sebelum ianya membawa kepada konflik antara masyarakat setempat dengan para pendatang. Situasi ini mampu mencetuskan konflik yang berterusan dan menjurus kepada berlakunya konflik perkauman seperti yang berlaku di Indonesia (Wan Shawaluddin Wan Hassan & Ramli Dollah, 2002).

4.2 Tindakan kerajaan menangani masalah ini. 1. Penubuhan Pasukan Petugas Khas Persekutuan (PPKP). PPKP telah ditubuhkan pada tahun 1995 dan diletakkan di bawah Pejabat Ketua Menteri. Tujuan penubuhannya adalah untuk mengawal masalah yang diwujudkan oleh pelarian dari Filipina di Sabah. Dalam Hal ini dinilaikan bahawa sehingga pada tahun 1987 yang lepas, RM 13 juta telah dibelanjakan untuk menyediakan kemudahan kepada kumpulan ini.

2. Regulasasi Malaysia dilihat pada awalnya dilihat kurang tegas dalam mengekang kedatangan pendatang Filipina ke Negara ini kerana beranggapan bahawa keadaan yang tidak menentu di selatan Filipina merupakan faktor utama kepada kehadiran mereka di negeri ini. Namun pada thun 1996 apabila usaha-usaha keamanan giat dijalankan di Filipina dan di Indonesia, kerajaan merasakan perlu untuk menjalankan satu dasar yang tegas berkenaan pendatang. Oleh hal yang demikian ini, Malaysia telah melaksanakan regulasasi betujuan mengawal aktiviti pendatang tanpa dan juga pertambahan jumlah mereka.

22

3. OPS Nyah Bersepadu Ianya dijalankan secara berperingkat-peringkat. Fasa pertama telah dijalankan pada 26 Febuari 2002. Matlamat utamanya adalah untuk mengurangkan masalah kehadiran pendatang di negeri ini di samping mengurangkan jenayah yang dilakukan oleh pendatang dengan merobohkan tempat-tempat kediaman mereka yang dianggap sebagai sarang utama mereka untuk melakukan aktiviti yang boleh mendatangkan ancaman kepada Negara ini (Ramli Yusuf, 2002).

4. OPS Bersih. OPS Bersih bertujuan untuk mencegah dan membenteras aktiviti jenayah yang dilakukan oleh kumpulan pendatang ini. Bagi memudahkan tugas mereka, kad OPS Bersih telah dikeluarkan dengan melibatkan jumlah lebih daripad 200,000 kad yang telah dikeluarkan untuk mengatasi masalah ini.

5. OPS pasir dan OPS Tayang. Selain penguatkuasaan undang-undang, perubahan akta, pengusiran, penrobohan rumah dan sebagainya, kerajaan juga bertindak melaksanakan operasi yang melibatkan penguatkuasaan di laut melalui pengenalan OPS Pasir pada 2000. Ini dijalankan melalui penguatkuasaan TLDM da Polis di kawasan laut untuk mengelakkan kumpulan pendatang masuk ke Sabah secara haram atau menjalankan aktiviti yang bertentangan dengan undangundang Negara ini. Lanjutan daripada itu, Negara telah menempatkan tentera dengan kekuatan 10-12 orang dibeberapa buah pulau antaranya Sipadan, Pandanan, Kapalai, Sibuan, Mantabuan, Bohayan, Menampilik, dan Denawan (Graeme, 1998).

6. Suruhanjaya Siasatan Diraja Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menangani masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah merupakan satu Suruhanjaya Diraja yang ditubuhkan pada 11 Ogos 2012 bagi menyiasat masalah berkaitan kerakyatan dan pendatang di Sabah, Malaysia. Ia berkaitan dengan Projek IC. Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak pada 1 Jun 2012. RCI adalah hasil pandangan rakyat dan kerajaan Barisan Nasional. Ia membabitkan kewarganegaraan, keselamatan, sosio ekonomi, kesihatan dan politik. Jabatan Peguam Negara telah diamanahkan untuk mengemukakan cadangan Terma Rujukan (TOR) dan draf asas telah disediakan. Jumlah pendatang asing tanpa izin di Sabah dianggarkan menjangkau 500,000 orang pada 2012.

23

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan bahawa penubuhan RCI itu dilihat sebagai satu nilai tambah kepada Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing dan Pati (JKKPA-PATI) dan Makmal Pengurusan Warga Asing Nasional serta Makmal Khas Warga Asing Sabah. Ramai pihak menyambut baik penubuhan RCI itu. Antaranya dari UMNO Sabah, Parti Bersatu Sabah (PBS), Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) dan MIC Sabah. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman menyambut baik pengumuman itu kerana yakin dapat menyelesaikan aduan dan rayuan rakyat negeri Sabah yang berhadapan dengan pendatang tanpa izin di Sabah. Timbalan Ketua Badan Perhubungan UMNO Sabah merangkap Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak menyatakan rakyat Sabah menerima keputusan dengan hati terbuka. Timbalan Presiden PBS, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili kagum atas keberanian perdana menteri dalam menghadapi masalah pendatang tanpa izin di Sabah dan masalah berkaitan kewarganegaraan, keselamatan, sosio ekonomi, kesihatan dan politik. Setiausaha Agung PBS Datuk Henrynus Amin menyatakan bahawa tidak ada sebab mengapa rakyat tidak menyokong Barisan Nasional (BN). Ketua Pemuda PBS Datuk Jahid Jahim menyatakan bahawa pengumuman Perdana Menteri itu menunjukkan bahawa kerajaan bersikap serius dalam melindungi keselamatan rakyat terutama di Sabah. Kebanjiran imigran haram dan isu dokumentasi ini hampir menghapuskan harapan serta keyakinan rakyat. Usaha telah dijalankan bermula dengan Program 6P bagi pendatang asing tanpa izin (5P di Sabah) dan sekarang menerusi penubuhan RCI pula. Ia sememangnya hadiah Pesta Kaamatan terbaik untuk rakyat di Sabah.

24

5.0 Kesimpulan Hubungan Malaysia dan Filipina sebenarnya utuh. Akan tetapi dapat dilihat akan keangkuhan pemimpin Filipina yang seolah-olah tidak mahu menerima akan kenyataan bahawa Sabah kini menjadi wilayah milik Negara Malaysia sejak 1963 lagi. Tidak hairanlah kekacauan yang sering berlaku di selatan Filipina yang disebabkan oleh keegoan rakyatnya sendiri yang mana bercakar sesame sendiri. Hal ini kerana, para pemimpin Filipina yang ternyata antara golongan terpelajar di Negara mereka juga mengamalkan sikap yang sama iaitu ego dan susah untuk bertolak ansur. Berkenaan dengan isu pencerobohan Lahad Datu sebenarnya mencerminkan bagaimana kelemahan system pertahanan Negara yang hanya berhadapan dengan kurang dari seratus orang penceroboh bersenjata telah ramai menyebabkan ramai prajurit yang gugur. Persoalannya bagaimanakah pencerobah ini boleh memasuki sempadan Negara yang dikhabarkan dikawal begitu ketat?. Sehingga kini punca sebenar pencerobohan ini masih menjadi teka teki. Setiap dakwaan yang dilontarkan hanyalah sekadar dakwaan dan hilang begitu sahaja. Manakala isu pendatang Filipina di negeri Sabah sering dikaitkan dengan punca jenayah mahupun punca ketidak tenteraman masyarakat setempat. Berdasarkan kepada perbincangan di atas jelaslah bahawa Sabah sebenarnya berhadapan dengan pelbagai masalah keselamatan samada dari dalam dan luar dan ini secara tidak langsung mengancam kedaulatan Malaysia keseluruhannya. Filipina dan Indonesia merupakan dua negara yang boleh menimbulkan ancaman terhadap keselamatan Sabah. Ancaman dari Filipina boleh datang dari perlanunan/mundu, pergolakan politik yang sentiasa berlaku di selatan Filipina serta pendatang tanpa izin. Dari Indonesia pula dalam bentuk tuntutan bertindih serta pendatang tanpa izin. Dalam hal ini, walaupun isu ini lebih tertumpu kepada negeri Sabah, namun jalan penyelesaiannya tidak akan dapat dicapai tanpa kemahuan kerajaan pusat. Di pihak pusat pula, ia perlu bijak dalam menyelesaikan isu ini. Selain mempertimbangkan soal keselamatan, di satu sudut lain, kerajaan perlu melihat isu ini daripada aspek ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, adalah dicadangkan melihat bahawa jalan penyelesaian ke atas isu ini memerlukan kepada pendekatan rundingan dan diplomasi memandangkan ia melibatkan negara jiran. Diplomasi telah digunakan dengan jayanya dalam konteks Indonesia. Sebagai contohnya, ketegangan dalam isu Ambalat telah dileraikan melalui penggunaan diplomasi. Malah kedua-dua Jakarta dan Kuala Lumpur juga mampu menangani isu pendatang tanpa izin dengan baik. Sebaliknya, sehingga kini Kuala Lumpur masih berhadapan dengan kesukaran dalam mencari penyelesaian dengan Manila dalam isu pendatang tanpa izin. Malah isu seperti lanun/mundu atau pergolakan politik di selatan Filipina merupakan antara beberapa isu meskipun sukar dibendung tetapi dengan kerjasama rapat kedua buah negara boleh ditangani dengan baik. Hanya melalui pendekatan seperti ini, integriti Malaysia akan terjamin dan dalam masa yang sama kepentingan nasional Malaysia akan terus terpelihara.

25

6.0 Rujukan

Arnold Wolfers,(1962) Discord and Collaboration Baltimore: John Hopkins University. Azizah Kassim,(2005) Illegal Immigrants and the State in Sabah: Conflicting Interests and the Contest of Will, dalam Azizah Kassim (Ed.), Proceedings of Seminar on State Responses to the Presence and Employment of Foreign Workers in Sabah (Kota Kinabalu: Research Unit for Ethnography & Development, UMS,), hlm. 1. Berry Jr.,(1997)Threat Perceptions in the Philippines, Malaysia, and the Singapore INSS Occasional Paper 16, (September), hlm. 1. Che Moin Che Omar,(2003) Overview of National Security Challenges with Special Focus on Sabah, dalam Mohd Yaakub Haji Johari et. al. Reinventing Sabah: Global Challenges in Policy Responses (Kota Kinabalu: IDS,. D.S Ranjit Singh,(2004) Boundary Delineation in the Sabah-Indonesian-Philippine Region and the Sipadan and Ligitan Case in the ICJ, Inaugural Lecture, Universiti Malaya. Hedley Bull,(1997) The Anarchical Society: A Study of Order in World Politics,New York: Columbia University. Joseph Nye Jr,(2005) Understanding International Conflcits: An Introductionb to Theory and History, 5th Ed. London: Pearson Longman. Malaysia memiliki lima buah pulau dan terumbu iaitu Pulau Layang-Layang, Terumbu Siput, Terumbu Ubi, Terumbu Mantanani dan Terumbu Peninjau. Komunikasi dengan Encik Hamzah Ishak, Direktorat Dasar Keselamatan Maritim, BKN, Jabatan Perdana Menteri pada 30 Mei 2005. Dalam Wan Shawaluddin Wan Hassan & Ramli Dollah ,2005, ISUISU KESELAMATAN SABAH DAN IMPAK KEPADA MALAYSIA. Mendoza, Diana & Lourdes F. Melegrito. BIMP-EAGA in Context: Perspectives from the Philippines, dalam Abdul Maulud Yusuf et.al. eds. Proceeding A Regional Conference on Academic Co-operation in BIMP-EAGA (Kota Kinabalu: Penerbit UMS, 1999). Nik Anuar Nik Mahmud, (2001) Tuntutan Filipina ke atas Borneo Utara Bangi: Penerbit UKM. Ramli Dollah, Wan Shawaluddin Wan Hassan, Diana Peters, & Marja Azlima Omar,(2003) Pendatang Filipina Di Sabah: Satu Pemerhatian dari Sudut Keselamatan, dalam Jurnal JATI, Bil. 8 ,hlm. 226. Ramli Dollah,Fazli Hamid & Rizal Zamani Idris,(2004) Jenayah dan Perbandaran: kajian Awal Ke atas Jenayah di kalangan Pendatang Asing di Kota Kinabalu Sabah, Kertas kerja Simposium Kebangsaan Dinamika Masyarakat Bandar: Ke arah Mencapai Kualiti Hidup Mapan, 18-19 Mei. 26

W. Shawaluddin Hassan & Ramli Dollah,(2002) Pendatang Filipina di Sabah: Satu tinjauan awal dari sudut keselamatan Borneo 2002 Conference, Kota Kinabalu. Wan Shawaluddin Wan Hassan & Ramli Dollah,(2005)Impak dari Kehadiran Pendatang Filipina di kampung-Kampung Air Di Sabah: Satu Tinjauan Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Serantau Kampong Ayer, Universiti Brunei Darusalam, Bandar Seri Begawan, 29-31 Januari, Wan Shawaluddin Wan Hassan,(2003), The Spratly Dispute and Major Power, dalam Jurnal JATI, Bil. 7 . Wan Shawaluddin Wan Hassan,(2005) Bagaimana ICJ memutuskan Pulau Sipadan dan Ligitan milik Malaysia? Kertas yang tidak diterbitkan. New Straits Times, 15 Mac 2003. Daily Express, 13 Julai 2004. Utusan Malaysia, 7 Mei 2003. New Straits Times, 27 January 2005. New Straits Times, 5 April 2005. New Straits Times,18 November 2004 www.lib.utexas.edu/maps/middle_east_and_asia/malaysia_pol98.j(dilayari pada 9 hb Januar 2009). Waasil Zamri,(2013),Kronologi Peristiwa Lahad Datu. http://www.akuwaasil.blogspot.com. Capaian pada 16/12/2013.

27

28

Anda mungkin juga menyukai