Anda di halaman 1dari 19

1.

PENDAHULUAN

Program mentor mentee merupakan salah satu pendekatan yang boleh digunakan untuk membantu murid dalam bidang akedamik dan memajukan diri dalam pelajaran melalui bimbingan dan pemantauan guru yang dikenali sebagai mentor. Oleh itu program ini boleh didefinisikan sebagai satu sistem yang melibatkan guru untuk membantu, membimbing, mengajar, memberi sokongan serta galakan dalam memupuk potensi pelajar supaya berkembang dan meningkat, bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga sahsiah dan JERI pelajar.

Sistem Mentor berfungsi sebagai satu saluran di mana para murid dapat menyatakan kehendak dan keperluan masing-masing manakala guru-guru dapat menyuarakan permintaan dan harapan mereka demi mencapai matlamat sekolah dan pendidikan. Oleh itu, guru sebagai mentor dapat membantu dan membimbing para pelajar di bawah jagaannya (mentee) dengan cara yang sistematik dan berkesan melalui perjumpaan yang dirancang dan berobjektif.

Program Mento Menti

ini juga merupakan program untuk meningkatkan

keyakinan murid Tahun Enam yang bakal menduduki UPSR bagi sesi persekolahan 2010. Murid-murid akan bertindak sebagai anak angkat kepada guru-guru di sekolah ini. Hal ini membolehkan guru membimbing dan membantu murid dengan lebih telus serta memberi tunjuk ajar dan motivasi agar murid berkenaan mencapai kecemerlangan dalam UPSR.

2.

RASIONAL

Program sebegini amat wajar dijalankan kerana murid perlu diberi pendedahan dan bimbingan dalam mengetahui potensi diri untuk berjaya dalam bidang akademik. Melalui cara ini, ia dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi kelak. Oleh sebab itu, dengan adanya program ini dapat membantu mereka dalam meningkatkan motivasi, berfikiran positif, membuat

keputusan dan mengukuhkan kasih sayang dalam diri mereka dalam usaha melahirkan pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Selain itu, kejayaan yang diraih memerlukan pengorbanan. Justeru untuk berjaya murid-murid perlu berusaha gigih dan cekal dalam menghadapi sebarang cabaran. Ibu bapa dan keluarga merupakan orang paling dekat dengan murid-murid selain guru-guru yang mampu membantu motivasi dan keyakinan diri murid dalam mempersiapkan diri menghadapi peperiksaan.

3.

OBJEKTIF

Pembentukan program ini mempunyai objektif yang tertentu, di antaranya ialah:  Mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara murid mentee tahun 6 dengan guru-guru yang menjadi mentor.  Memberi kesedaran kepada calon-calon dan Ibubapa/penjaga akan pentingnya mencapai kejayaan dalam UPSR nanti.  Menaikkan semangat calon-calon untuk berusaha dengan gigih dan membaiki kelemahan-kelemahan yang masih ada.  Membimbing calon-calon secara individu untuk membuat persediaan yang betul dalam tempoh-tempoh tertentu sebelum menjelangnya UPSR.  Dapat membantu murid mencari kaedah-kaedah mengulangkaji yang sesuai dengan diri mereka.  Membimbing murid menjadi insan yang berilmu, berpengalaman, berakhlak mulia dan berwawasan  Membina keyakinan murid untuk terus berusaha mencapai kejayaan, ia hasil bimbingan mentor yang sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan pelajar.  Mengurangkan tekanan akibat sesuatu konflik(diri/rakan sebaya/guru/keluarga) dengan wujudnya hubungan yang mesra antara guru dengan murid  Membina hubungan yang baik antara guru dan pelajar untuk mewujudkan budaya sekolah yang sihat bagi meningkatkan pencapaian akademik.  Memberi bimbingan dan dorongan terancang kepada pelajar-pelajar, demi kemajuan dalam bidang akademik.  Melatih pelajar menjadi seorang yang bertanggungjawab, berdisiplin,

mempunyai sifat-sifat kepimpinan dan pengikut yang baik.

 mengenalpasti kelemahan dan dapat mengatasinya melalui ujian dan peperiksaan dalaman.  Menyemai rasa kasih dan sayang kepada keluarga  Mendekatkan diri kepada Allah dan sentiasa berusaha untuk berjaya.

4. i. ii. iii. iv.

MATLAMAT Meningkatkan pencapaian peratusan setiap matapelajaran UPSR. Mengenalpasti kelemahan dan kekuatan murid dalam setiap matapelajaran. Melahirkan murid yang beriman dan beramal soleh. Memberi motivasi kepada murid agar mencapai kejayaan dalam UPSR.

5.

PEMILIHAN MENTOR

Mentor terdiri daripada Pentadbir Sekolah, Guru Bimbingan dan Kaunseling dan guru-guru SK Kem Iskandar. Diharap mentor dapat bersikap positif, memahami latar belakang mentee, bertolak ansur, bertimbang rasa, amanah, ikhlas, terbuka serta peka terhadap masalah dan perasaan pelajar.

6.

PENYESUAIAN MENTOR DAN MENTEE

Mentee diagihkan kepada mentor berdasarkan rawak mengikut kesesuaian. Sekiranya selepas beberapa pertemuan, mentor dan mentee berkenaan tidak dapat meneruskan perhubungan yang lebih mesra kerana konflik peribadi, pertukaran bolehlah diuruskan dengan membincangkan hal berkenalan dengan Jawatan kuasa Penyelaras Mentor.

7.

PERJUMPAAN

Mentor boleh menentukan tarikh dan tempat pertemuan yang sesuai dengan mentee. Dicadangkan perjumpaan dilakukan sekurang-kurangnya sebulan sekali atau sebulan dua kali. Kekerapan perjumpaan antara mentor dan mentee amat digalakkan kerana semakin banyak sesi pertemuan dan perhubungan antara mentor dan mentee, maka semakin erat kerjasama dan saling memahami antara satu sama lain. Laporan

perjumpaan perlu diserahkan kepada Guru Besar, Guru Penolong Kanan Kurikulum atau Guru Bimbingan dan kaunseling sebaik sahaja perjumpaan telah dijalankan. Ini bertujuan untuk rekod perjalanan dan keberkesanan program ini.

8.

CADANGAN TEMPAT /AKTIVITI KUMPULAN

Tempat untuk menjalankan akltiviti kumpulan perlulah selesa dan bersesuaian, tiada gangguan bising oleh faktor luaran. Mesti bersih, kemas dan tidak panas Terang dan mempunyai edaran yanga baik Etika kumpulan Amanah dan menyimpan rahsia rakan mentee Menerima rakan mentee tanpa syarat (bagi guru yang mempunyai lebih bagi seorang mentee) Mematuhi norma dan peraturan yang telah ditetapkan oleh ahli kumpulan Ikhlas, tulen (tidak berpura-pura) dan bersikap terbuka.

9.

CIRI-CIRI MENTOR YANG MENOLONG

 Pendengar yang baik  Menerima tanpa syarat  Mesra dan peramah  Tidak melabel  Peka  Menyimpan rahsia  Model dari aspek kelakuan dan sikap

10.

BIDANG TUGAS MENTOR

Antara bidang tugas seorang mentor kepada menteenya ialah :

a.

Menjaga, mendidik dan bertindak sebagai ibu bapa angkat kepada menteementeenya.

b.

Menyimpan rekod peribadi mentee hasil daripada perkongsian maklumat semasa perjumpaan.

c. d. e.

Memberi khidmat bimbingan dan nasihat kepada mentee-mentee. Menyelia dan mengawasi perkembangan pelajaran mentee. Bekerjasama dengan guru kelas dalam merancang, mengadakan dan mengawasi kegiatan-kegiatan yang sesuai untuk pertumbuhan rohani, jasmani, intelek dan sosial yang sihat di kalangan mentee-mentee.

f.

Mengadakan perjumpaan rasmi sekurang-kurangnya sekali untuk setiap bulan dan laporan hendaklah diserahkan kepada Guru Besar / Penolong Kanan.

g.

Sedia berbincang dengan ibu bapa mentee berhubung dengan sebarang masalah yang serius mengenai mentee-mentee di bawah jagaannya

(berbincang dahulu dengan Guru Besar / Guru Penolong Kanan Kurikulum sebelum berjumpa dengan ibu bapa) h. Merekod perkembangan terkini dan pastikan tahap penglibatan mereka sesuai dan wajar. i. Bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada pihak pentadbir mengenai maklumat tertentu contohnya seperti kes-kes serius yang mungkin akan membahayakan diri mentee dan orang lain.

11.

TANGGUNGJAWAB MENTOR

Mentor akan bertanggungjawab sepenuhnya kepada mentee-mentee di bawah jagaannya semasa menjalankan sesi perbincangan. Antaranya ialah :

a. Susun aturkan setiap perjumpaan secara mantap iaitu sebaik-baiknya disempurnakan dengan sesi perkenalan diikuti dengan tujuan perbincangan itu. Semasa mengendalikan perjumpaan kelompok, kedudukan mentee berbentuk bulatan atau face to face. b. Gabungjalinkan secara sempurna sesi perkenalan, perbincangan tajuk-tajuk yang ditetapkan dan boleh dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman semasa sesi berlangsung. c. Membahagikan masa dengan terancang agar masa yang diperuntukkan mencukupi. Anggapkan sebagai task oriented bagi mentor dan mentee, ini penting bagi proses yang berterusan bagi sesi yang akan datang. d. Wujudkan setting climate yang berbentuk keberanian, keterbukaan,

kemesraan sehingga dengan sendiri mereka ingin mencuba dan secara langsung mendorong untuk mempelajari kemahiran-kemahiran baru dan mempertingkatkan kemahiran-kemahiran yang sedia ada. Lebih-lebih lagi dalam kemahiran berkomunikasi. e. Bertindak sebagai motivator yang mempunyai ciri-ciri yang boleh dipercayai (reliable & trustworthy), bertanggungjawab, berpengetahuan, berkemahiran dan tepat masa. f. Menjadi contoh kepada kemahiran-kemahiran yang akan dipraktik dan dibincangkan. g. Sentiasa mengingatkan matlamat program dan perjumpaan, mengaitkan teori/pengetahuan dan pengalaman mentor mentee. h. Mewujudkan komunikasi yang berkesan di antara mentor dan mentee supaya dengan ini, mentee jelas dan faham input-input yang dibincangkan dan dapat sesuatu yang bermakna selepas perjumpaan. i. Sentiasa sensitif dan peka terhadap wujudnya perbezaan di kalangan mentee sama ada dari segi penyertaan, keperluan dan cara berfikir.

j.

Seharusnya enjoy himself, di mana mentee mempelajari sesuatu dan mendapat manfaat daripada program yang dijalankan.

k. Menggalak dan mewujudkan situasi di mana mentee-mentee berinteraksi secara dinamik dan elakkan mentor berperanan sebagai memberi taklimat. l. Mentor harus membuat rumusan kepada perbincangan yang diadakan dan memperjelaskannya dengan kata-kata perangsang yang berbentuk kontrak diri.

12.

PANDUAN MENTOR

Antara panduan yang boleh diikuti oleh mentor semasa perjumpaan ialah :

a. Membuat persediaan serapi mungkin supaya dengan ini mentee akan merasai kepentingan perjumpaan dan agak selesa dengan program ini. b. Ambil sedikit ruang waktu dalam sesi awal aktiviti untuk mengenali mentee-mentee dan memberi ruang untuk mentee mengenali antara satu sama lain. Wujudkan bentuk kelompok pembelajaran yang sangat releks. Dengan harapan kelompok dapat diterokai, sebarang

permasalahan dapat dibincang dengan penuh keterbukaan oleh mentee-mentee. c. Wujudkan suasana agar mentee-mentee merasa sangat selesa dan rasa selamat berkongsi perasaan, pengalaman dan pengetahuan masingmasing. d. Memaklumkan dengan jelas sesuatu topik perbincangan dan kawal mentee yang cuba mendominasikan pengalaman/perbincangan dalam kelompok. e. Fleksible dengan aktiviti yang dirancang, wujudkan budaya kelompok yang saling menerima dan memahami betapa setiap individu itu adalah berbeza. f. Perhatikan pergerakan non verbal/body language/clues mentee supaya dapat memberi respon terhadap kefahaman dan persepsi mereka terhadap kejadian dalam kelompok.

g. Wujudkan situasi agar mentee-mentee merasakan mereka dipunyai sense of belongings dan mereka mempunyai kumpulan dan bukan klik. h. Sentiasa memberi rangsangan dan semangat serta memberi tumpuan kepada apa yang berlaku here and now. i. Tunjukkan minat yang mendalam kepada kumpulan, sentiasa

bertanyakan pendapat/pandangan ahli kumpulan serta be yourself. j. Mentor harus menjadi pendengar yang aktif.

13.

PROSES PERJALANAN PERJUMPAAN

Berikut adalah etika perjumpaan yang menjadi panduan mentor dalam menjamin keberkesanan sesi:

a. Bertanyakan khabar dan perasaan ahli-ahli. b. Menyatakan perjalanan kelompok yang merangkumi; Tujuan sesi Perjumpaan untuk kepentingan ahli Perbincangan adalah rahsia terutama perkara-perkara yang terlalu peribadi. Perlu kepada penglibatan ahli secara aktif, dinamik dan kolektif. Kehadiran mentor adalah sebagai pemangkin sahaja. Sumbangan idea sangat digalakkan Ketepatan masa sangat dititikberatkan Ahli perlu berkongsi idea, pengetahuan, pengalaman dan kemahiran Beri peluang kepada semua ahli.

c. Proseskan maklumat dan idea yang dikemukakan kepada kelompok. d. Dapatkan pandangan daripada mentee-mentee sebelum membuat rumusan dan pandangan. e. Isi kelompok hendaklah dibincang dengan mendapat persetujuan bersama. f. Perhubungan mentor mentee adalah perhubungan profesional.

g. Perkongsian idea dan perbincangan sesuatu tajuk perlu dimanfaatkan di luar kelompok.

h. Rumuskan idea yang dibincangkan. i. Ingatkan tarikh pertemuan yang akan datang kepada mentee-mentee.

14.

ETIKA PERJUMPAAN

a. Penerimaan tanpa syarat b. Kerahsiaan c. Bersama-sama mentee semasa dan sepanjang sesi berlangsung d. Ketepatan masa e. Tidak menghukum f. Kepercayaan

g. Kejelasan komunikasi h. Membantu menyelesaikan persoalan-persoalan kelompok dan mentee i. Sekiranya didapati mentee yang benar-benar bermasalah, sila rujukkan kepada guru bimbingan dan kaunseling untuk mendapatkan

perkhidmatan kaunseling individu. j. Sebagai model setiap aspek.

15.

AKTIVITI Antara cadangan aktiviti ialah: Pertemuan pertama         Suai Mesra Mengenali dan menyediakan maklumat diri mentee Beramah mesra Perbincangan masalah pembelajaran di sekolah Perbincangan masalah pembelajaran di rumah Perbincangan pembentukan nilai-nilai murni dan sikap positif Membuat sambutan perayaan dan kelahiran Perbincangan matlamat/sasaran peperiksaan

Pertemuan kedua      Bimbingan sahsiah Perlakuan positif (teruskan) Perlakuan negatif (bimbingan) Perjumpaan dengan ibu bapa Perbincangan mengenai persiapan menghadapi peperiksaan.

Pertemuan ketiga       Akedemik/matapelajaran Masalah pembelajaran Pengurusan masa/jadual waktu Sasaran/target UPSR Persiapan menghadapi peperiksaan Memberi idola (role model)

16. a.

ISU-ISU PERBINCANGAN Isu-isu perbincangan hanya dicadangkan kepada mentor. Mentor boleh menggunakan isu-isu yang dicadangkan ataupun memilih sendiri isu-isu semasa yang difikirkan relevan untuk dibincangkan bersama mentee. Jangan terlalu terikat dengan isu-isu yang dicadangkan.

b.

Galakkan mentee menyuarakan pendapat. Mentor berperanan sebagai fasilitator/pemangkin/pemudahcara dalam sesi perbincangan. Perbincangan perlu diakhiri dengan rumusan yang dilakukan oleh mentor atau pun mentee agar perkara penting yang dicapai bersama dikenalpasti dan penamatan tidak tergantung.

c.

Contoh isu adalah seperti berikut :

ISU PERBINCANGAN Penerokaan kendiri

INPUT DAN KAEDAH

 Dimulakan dengan berkongsi maklumat diri mentor (ice breaking).

ISU PERBINCANGAN

INPUT DAN KAEDAH

 Mendapat maklumat tentang diri mentee seperti latar belakang.  Wujudkan kemesraan  Wujudkan kejelekitan  Wujudkan sense of belongings di kalangan mentee Potensi diri  Kekuatan/keistimewaan dan kelemahan ahli  Kejayaan/anugerah dan pencapaian yang telah diperolehi  Ciri-ciri positif dan negatif Pengurusan masa  Kemahiran dalam pengurusan masa seharian di sekolah/rumah.  Bijak menggunakan masa untuk program kendiri  Programkan masa untuk akademik  Agihkan masa dengan penjadualan yang mantap bagi pelajaran, kegiatan ko kurikulum tugas-tugas lain.  Peruntukkan masa untuk beribadat. Perkembangan sahsiah  Kenapa perlunya penyuburan akhlak dan sahsiah  Minta mentee senarai ciri-ciri penyuburan sahsiah. Bincangkan.  Kaitkan dengan tokoh-tokoh  Pastikan kelompok beroperasi secara dinamik  Kongsikan program yang boleh membantu dalam perkembangan sahsiah  Pertanyaan secara dinamik perlu digalakkan di kalangan ahli

ISU PERBINCANGAN Teknik-teknik Belajar

INPUT DAN KAEDAH

 Kepentingannya  Cara belajar berkesan  Teknik menjawab soalan mengikut format UPSR  Kemahiran membuat nota/cara membaca cepat  Cara memahami fakta dengan cepat  Cara mengingat fakta  Cara memahami soalan-soalan

Pengaruh Kelompok

 Kesan negatif/pengaruh rakan sebaya yang boleh mendorong kepada unsur negatif dielakkan  Meniru budaya negatif  Menganggotai klik  Anti establishment  Engkari disiplin sekolah  Bincangkan bagaimana untuk mengatasi  Contohi sikap yang positif

Perhubungan Kemanusiaan

 Cara-cara dan etika untuk untuk berhubung dengan rakan sebaya, guru dll.  Cara bergaul/komunikasi untuk acara rasmi/tidak rasmi dan prosedurnya  Cara saling hormat menghormati antara satu sama lain.

Carta aliran perlaksanaan Program Senaraikan nama murid

Menyenaraikan pentadbir, guru SK Kem Iskandar sebagai mentor

Menyusun mentor-mentee berdasarkan keperluan

Menyediakan Buku Panduan Mentor , senarai nama, borang laporan pertemuan

Membuat penerangan kepada guru berkaitan . program

Membuat persiapan majlis pelancaran

Perlaksanaan pelancaran dan perjumpaan pertama

Pemantauan pertemuan mentor-mentee

Memungut laporan perjumpaan untuk mengetahui keberkesanan program

17. CADANGAN PELAKSANAAN Hari Tarikh Masa Tempat : : : : Rabu 21 April 2010 11.00 pg 1.10 ptg Dewan Sri Perkasa, Sekolah Kebangsaan Kem Iskandar SASARAN Semua murid Tahun Enam yang bakal menduduki UPSR 2010 seramai 36 orang.

PENYERAHAN Penyerahan akan dilakukan oleh Puan kamariah binti Jaid, Guru Besar SK Kem Iskandar dan YDP PIBG (mengikut kesesuaian).

JAWATANKUASA PENYELARAS PROGRAM MENTOR MENTEE MENTOR 2010


PENASIHAT PN KAMARIAH BINTI JAID (GURU BESAR)

PEN.PENASIHAT EN. MOHD SHAARI BIN EMBONG (GPK I)

PENGERUSI EN. MOHD BAKRI BIN (GPK HEM )

NAIB PENGERUSI EN. AHMAD TASHIM BIN (GPK KO-KU)

AJK PN. HASANIAH BINTI OMAR PN. YUSNIZA BINTI JAAFAR PN. FARIDAH BINTI PN. DIANA A/K ROBERT ULIE (KETUA PANITIA MATAPELAJARAN TERAS)

PENYELARAS PN. NORHAIZA BINTI ABD RAZAK

SETIAUSAHA PN. LILY PREEMALA MICHAEL

AHLI JAWATANKUASA SEMUA GURU SK KEM ISKANDAR

JAWATANKUASA PELAKSANAAN
AHLI JAWATANKUASA Pengerusi Majlis PA Sistem Disiplin murid Bacaan Doa Pemplet Dokumentasi Jurugambar Guru Bertugas Ustaz Mohd Sallehuddin bin Ramli Semua guru Ustaz Mohd Haza bin Hamsi Pn. Norhaiza binti Abd Razak Pn. Lily Preemala Michael En. Khairulnasyarudie bin Mohd Wazir En. Khairul Asmadi bin Abu Bakar Backdrop Pn. Wan Suhaibah binti Wan Omar Pn. Sabaria binti Sarponen Jamuan Pn. Rusmawati binti Ahmad GURU BIDANG TUGAS

RANCANGAN PERBELANJAAN    Peralatan Fail RM 0.60 x 36 Mentor) Jamuan ( RM 2.50 x 6 orang VIP) RM 30.00 RM 21.60 RM 15.00 _________ RM 66.60 SUMBER KEWANGAN Peruntukan Unit Bimbingan dan Kaunseling

ATUR CARA MAJLIS

11.00 pagi

Semua murid tahun 6 & guru berhimpun di dewan

11.10 pagi 11.15 pagi

Bacaan Doa Aluan Pengerusi Majlis Guru Bertugas

11.20 pagi

Ucaptama & Perasmian Pn. Kamariah binti Jaid Guru Besar SK Kem Iskandar Ucapan Y DP PIBG Ucapan Unit Ajar Kem Iskandar

11.40 pagi

Taklimat Penyerahan mentee Pn. Norhaiza binti Abd Razak

12.00 pagi 12.30 pagi

Majlis Penyerahan Mentee Perjumpaan Mentor Mentee (Perlasanaan Isu Pertama)

1.10 pagi

Majlis Tamat

PENUTUP

Program mentor mentee merupakan satu sistem sokongan dan bimbingan yang baik, diharapkan agar para murid akan dapat mempertingkatkan kecemerlangan akademik, sahsiah dan perkembangan kendiri selaras dengan Misi SK Kem Iskandar untuk menjadi sekolah cemerlang menjelang tahun 2010. Di samping itu, mentor

dapat mempraktikkan ciri-ciri kepimpinan dan profesionalismanya dalam pengurusan personalia pelajar.

SENARAI MENTOR MENTEE SK KEM ISKANDAR SESI 2010


BIL MENTOR Pn. Kamariah binti Jaid MENTEE

En. Mohd Shaari bin Embong En. Mohd Bakri bin Hj. Md Nor 1. En. Ahmad Tashim bin Salleh Pn. Hasaniah binti Omar Justina ak Wales Robertho Carloss Apui Lukas Nur Amirah binti Mohd Radi 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Pn. Norhaiza binti Abd Razak Pn. Noormala binti Hamzah Pn. Siti Nor Hanim binti Ismail Pn. Norsusilawati binti Jamaluddin En. Muhammad Elmi bin Abu Bakar En. Khairul Asmadi bin Abu Bakar Cik Annaha binti Ibrahim Nurfatin Nabilah binti Osman Nurizzati Syahida binti Amran Amy Natasha ak Roysion Endit Nur Syazwani Alia binti Abd Rani Abu Khairi bin Ahmad Shaoumaruddin Muhd Hasmal Azim bin Mahmud Anas Safwan bin Mohamad Zaki Nur Ain Nabila binti Mohd Dahalan 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. Cik Salbiah binti Ibrahim Cik Safiah binti Mahat Pn. Siti Sara binti Mustafa Pn. Rusmawati binti Ahmad Cik Wan Suhaibah binti Wan Omar Pn/ Lily Premala Michael Pn. Faridah binti M Yusof Pn. Maizatulakmal binti Mustapha En. Mohd. Khairulnasryarudie bin Mohd Wazir En. Mohd Haza bin Hamsi Cik Nuradibah binti Mispani Pn. Yusniza binti Jaafar Galebert Lee ak Lugom DD Rich Veron b. Robert Muhammad Yusof Izzudin bin Yaakob Nuratiqa binti Duharis Muhammad Afiq Danial bin Mohd Ridhuan Muhammad Khairul Azwa bin Ammajud Lauryn Sue Anak Jerlanie Nurul Nazirah binti Shamsudin Valerie Alex Majjihil Zulhelmi bin Zulkefli Nur Atilea Fatia binti Ahmad Asairi Awang Nuraim Sufi b. Awang Sulaiman Siti Umairah binti Jasni 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. Pn. Siti Fatimah binti Mahmud Pn. Azita binti Aziz Pn. Nor Akmar binti Abdul Talib Pn. Zalinah binti Yunos Pn. Rhona ak Piji Pn. Rohani binti Salleh En. Mohd Sallehuddin bin Ramli Pn. Hellendi ak Ridi Siti Fatimah binti Ahmad Nurmastika binti Khalizman Mohd Norhaffis bin Rathuwan Maria Natasha binti Jamri Muhammad Nur Azri bin Anuar Muhammad Syukri bin Mohd Yazid Muhamed Zuheel bin Zaid

29. BIL 30. 31. 32.

Pn. Siti Nujum @ Siti Masniah binti Talib MENTOR Pn. Bibian ak Nicholas Pn. Diana Robert Ulie Pn. Sabaria binti Sarponen

Wendy ak Jais MENTEE Siti Nur Afiqah binti Mohd Satar Siti Roziana binti Burhanuddin Nur Atifah binti Che Nor

Anda mungkin juga menyukai