Anda di halaman 1dari 2

TEN FRAMES

Ten frames adalah alat grafik mudah yang membolehkan orang ramai untuk "melihat" nombor.

Ten frames dan dot cards boleh digunakan untuk membina kemahiran subitizing pelajar, keupayaan untuk "melihat berapa banyak secara serta merta ". Kemahiran ini memainkan peranan penting dalam pembinaan kefahaman pelajar dalam nombor. Terdapat dua jenis subitizing iaitu subitizing persepsi dan subitizing konseptal. Subitizing persepsi ialah mengiktiraf nombor tanpa menggunakan proses matematik yang lain. Sebagai contoh, kanak-kanak seawal usia dua mungkin "melihat 3" tanpa menggunakan apa-apa pengetahuan matematik yang dipelajari. Subitizing konseptual pula berlaku apabila seseorang melihat lapan dot domino dan "hanya tahu" jumlah. Dot domino itu dapat dilihat sebagai dua kumpulan empat dan sebagai "satu lapan".

Aktiviti Ten Frame


Ten Frame Flash 1. Imbaskan kad Ten frame kepada seluruh kelas atau kumpulan, dan lihat kepantasan mereka boleh memberitahu jumlah dot atau titik yang ada pada kad tersebut. 2. Guru mengimbaskan apa-apa nombor dan murid membina jumlah nombor tersebut pada Ten Frame mereka. Ten Frame Flash Fingers Guru mengimbaskan Ten Frame. Murid mengangkat jari mereka berdasarkan jumlah yang ada pada Ten Frame. Guru melihat sama ada semua murid mengangkat jumlah jari yang sama atau tidak. Roll and Build Aktiviti ini memerlukan murid membaling dadu dan membina Ten Frame mereka berdasarkan jumlah nombor pada balingan dadu.

I wish I have 10 Guru mengimbaskan Ten Frame. Murid memberi respon atau menyatakan jumlah kotak yang tiada daripada 10 kotak. Contohnya, guru imbaskan 6 kotak, respon murid seharusnya 4 kotak yang tiada. Respon murid ini adalah berdasarkan gambaran visual ruang yang kosong.

Anda mungkin juga menyukai