Anda di halaman 1dari 5

MPW2153 PENDIDIKAN MORAL BAB 1 KONSEP ASAS ETIKA

PENGENALAN BAB 1 PENGERTIAN ETIKA, NILAI DAN MORAL Etika (ethics) berasal daripada perkataan Yunani ethos iaitu adat (customs) atau kegunaan (usages). Moral berasal daripada perkataan Latin moresyang memberi erti yang sama dengan etika. Etika : kajian falsafah tentang moral iaitu tentang kelakuan yang baik, kewajipan moral, sikap moral, tanggungjawab moral, keadilan sosial dan ciriciri kehidupan yang baik. Nilai : mengikut Kamus Dewan, erti nilai termasuklah taksiran harga, harga sesuatu dibandingkan dengan harga benda yang lain, darjat, kualiti, mutu, taraf dan sifat ketinggian pemikiran, agama, kemasyarakatan dan sebagainya. KONSEP ASAS ETIKA Menjelaskan perbezaan antara fakta dengan nilai. Menunjukkan bagaimana seseorang patut atau tidak patut bertingkahlaku. A) PERNYATAAN NORMATIF Susunan ayat bahasa yang ADA NILAI sama ada : 1) nilai MORAL (normatif moral) 2) nilai-nilai bukan berbentuk moral (normatif Bukan Moral) Normatif Moral 1) Biasanya apabila ayat itu menegaskan soal baik atau buruk, Oleh : Nor Azlili, Nadhirah, Muthualagan, Syuja Universiti Tunku Abdul Rahman(UTAR)

benar, betul atau salah dan perkara-perkara lain yang mempunyai pertimbangan nilai dari sudut pemikiran manusia. Contoh: Berzina adalah perbuatan yang sangat keji. Manusia yang berjaya ialah manusia yang tidak suka menangguhkan kerjanya. Seseorang yang jujur tidak akan meniru dalam peperiksaan. Pengguguran adalah perbuatan yang tidak bermoral. 2) Biasanya apabila membuat pernyataan, pemikiran kita akan menentukan perbuatan itu samada wajar atau tidak wajar dilakukan. Contoh: Subjek Pendidikan Moral amat penting dalam pengajian di universiti. Oleh itu kita mesti selalu menghadirkan diri dalam kuliah subjek ini. Mangsa Tsunami sangat menderita. Oleh itu kita mesti menderma untuk membantu mereka. 3) Biasanya dalam bentuk ayat perintah atau arahan yang melibatkan samada perbuatan itu wajar atau tidak wajar dilakukan iaitu mengarahkan atau memerintahkan seseorang individu atau semua orang supaya mematuhi sesuatu peraturan atau undang-undang.

MPW2153 PENDIDIKAN MORAL BAB 1 KONSEP ASAS ETIKA

Contoh: Undang-undang peperiksaan mesti dipatuhi. Dilarang membuat bising di dalam perpustakaan. Ibu bapa mesti dihormati. Normatif Bukan Moral Merupakan ayat yang mempunyai nilai selain daripada nilai moral seperti nilai estetika, ekonomi, politik dan sebagainya. Contoh : 1) Comelnya bayi itu (estetika). 2) Berniaga bolah memberi keuntungan dan pendapatan yang lumayan (ekonomi). B) PERNYATAAN DESKRIPTIF Merupakan susunan ayat bahasa yang langsung tidak mempunyai pertimbangan nilai. Juga dinamakan sebagai Pernyataan Bukan Normatif. Biasanya ayat deskriptif adalah dalam berbentuk FAKTA EMPIRIKAL @ LOGIK. Contoh: 1) UTAR terletak di seksyen 13. 2) Baju saya berwarna merah C) KONSEP ASAS NILAI 1) Moral ialah suatu nilai. Namun bukan semua nilai mempunyai moral. Misalnya nilai ekonomi, estetika, politik dan sebagainya. Nilai moral ialah nilai yang dianggap baik, wajar dan patut pada seseorang individu atau sesebuah masyarakat.

2) Nilai Moral memainkan peranan yang besar dalam kehidupan. Seseorang yang menghayati sesuatu nilai akan turut mempengaruhi tingkahlakunya. Setiap individu pasti ada atau berpegang kepada nilai moral tertentu. Contoh : Ong sangat menghayati nilai menepati waktu. Oleh itu, dia akan memastikan semua kerjanya siap tepat pada waktunya, tidak suka bertangguh dan bencikan orang yang tidak menepati janji atau waktu dan sebagainya 3) Sesuatu nilai itu kadang-kadang berbeza di antara satu orang dengan yang lain atau sebuah masyarakat dengan masyarakat yang lain. Contoh : Masyarakat Malaysia amat memandang serius perlakuan berzina atau bersekedudukan tetapi masyarakat Barat menganggapnya sebagai suatu perkara biasa 4) Nilai yang terbaik ialah nilainilai murni yang diajar oleh agama. Nilai-nilai ini dianggap sempurna dan perlu diikuti oleh setiap individu. Nilai baik yang diajar oleh agama disuruh dan dijanjikan balasan syurga. Manakala nilai jahat ditegah melakukannya dan dijanjikan balasan seksaan dan neraka.

Oleh : Nor Azlili, Nadhirah, Muthualagan, Syuja Universiti Tunku Abdul Rahman(UTAR)

MPW2153 PENDIDIKAN MORAL BAB 1 KONSEP ASAS ETIKA

FUNGSI-FUNGSI NILAI 1) Sebagai satu kriteria atau standard yang konsisten agar individu atau masyarakat bertindak dengan baik, betul dan boleh diterima. Fungsi ini membolehkan individu dan masyarakat menjadi agen moral dan pengkritik moral, iaitu mengetahui apa yang boleh dilakukan dan menilai kemoralan diri sendiri dan orang lain. Contoh : Mengikut Akta Rasuah Seksyen 17 (4) APR 1997, hukuman bagi orang yang didapati bersalah melakukan rasuah adalah didenda tidak lebih sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan tidak lebih dua tahun, atau keduaduanya sekali. Dengan Akta Rasuah yang begitu ketat, nilai amanah dan bersih memainkan peranan yang konsisten dan menjadi asas dalam membatasi kelakuan dan perbuatan seseorang individu iaitu tidak menerima atau memberikan rasuah walaupun hanya sepuluh ringgit apa lagi berjuta-juta ringgit. 2) Sebagai satu tunjuk arah, rujukan dan panduan untuk menyelesaikan konflik moral. Contoh : Chan ditawarkan ganjaran yang lumayan untuk melakukan sesuatu kerja yang berbahaya. Kerja tersebut mungkin baik untuk masyarakat tetapi buruk untuk keluarga Chan (mengancam keselamatan

keluarga). Jadi Chan akan membuat keputusan sama ada menerima tugasan tersebut (dapat ganjaran yang lumayan tetapi mengancam keluarga sendiri) atau tidak menerimanya (hilang ganjaran lumayan dan keselamatan tidak terancam). 3) Sebagai batasan (restriction) terhadap perbuatan dan kelakuan individu atau masyarakat mengikut kehendak nilai yang dipegangnya.

Contoh : Pepatah cina mengatakan... Hormati ibubapa sendiri dan ibubapa orang lain, layani anak orang lain seperti kita melayani anak kita sendiri. Apabila kita memahami dan menghayati nilai hormat-menghormati dan kasihsayang, kita akan melakukan perbuatan mengikut kehendak nilai ini terhadap diri sendiri, ahli keluarga dan juga orang lain. D) PERBEZAAN ASAS NILAI ETIKA / JENIS NILAI MORAL Dalam asas nilai etika, terdapat pelbagai cara atau konteks dalam menggunakan sesuatu nilaiseperti: 1) Nilai yang digunakan untuk menunjukkan hubungan antara nilai a) Nilai instrumental atau Ekstrinsik b) Nilai Intrinsik 2) Nilai yang digunakan untuk menunjukkan pandangan kita terhadap nilai c) Nilai Subjektif d) Nilai Objektif 3

Oleh : Nor Azlili, Nadhirah, Muthualagan, Syuja Universiti Tunku Abdul Rahman(UTAR)

MPW2153 PENDIDIKAN MORAL BAB 1 KONSEP ASAS ETIKA

3) Nilai yang digunakan untuk menunjukkan apa yang dinilai e) Nilai Relatif f) Nilai Absolute / Mutlak a) Nilai Instrumental / Ekstrinsik Iaitu suatu nilai yang berkait atau bergantung dengan nilai yang lain untuk mencapai sesuatu matlamat. Sesuatu nilai baik itu dilakukan kerana ada nilai lain yang hendak dicapai. Kualiti yang diterima atau ditolak sebagai alat untuk mencapai sesuatu matlamat Contoh : Dia belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-citanya menjadi jurutera. Dia sangat rajin ke kuliah kerana ingin mendapatkan markah yang tinggi. Mengebom Hiroshima untuk menamatkan Perang Dunia II. Mengenakan hukuman bunuh kepada pengedar dadah bagi menghapuskan kegiatan pengedaran dadah. b) Nilai Intrinsik Iaitu nilai yang tiada kaitan dengan nilai yang lain dan nilai tersebut adalah matlamat akhir Kualiti yang diterima atau ditolak semata-mata kerana ia baik atau buruk tanpa mengambilkira kesannya. Contoh : Dia rajin membaca. Dia menyayangi sepenuh hati.

Seorang hakim menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada seorang pengedar dadah semata-mata kerana kewajipannya berbuat demikian mengikut peruntukan undangundang yang ada, bukannya untuk membasmi kegiatan pengedaran dadah.

c) Nilai Subjektif Kualiti yang diterima atau ditolak oleh seseorang yang memberikan pandangan. Iaitu apabila sesuatu nilai itu diterima atau ditolak berdasarkan pandangan seseorang individu. Contoh : Tidak bekerjasama membuat tugasan berkumpulanA berpendapat keadaan ini adalah perkara biasa. Kes Amerika hendak menyerang Iraq - Bagi Britain, Amerika perlu menyerang Iraq demi keamanan jangkapanjang dunia supaya Iraq tidak meneruskan kerja membuat senjata yang banyak memusnahkan manusia; - Bagi Perancis, Amerika tidak boleh menyerang Iraq kerana serangan itu akan menyebabkan rakyat Iraq yang tidak berdosa terkorban. d) Nilai Objektif Kualiti yang bernilai atau sebaliknya yang bebas daripada pilihan peribadi. Iaitu apabila sesuatu nilai itu diterima atau ditolak berdasarkan satu set penilaian yang telah 4

anaknya

Oleh : Nor Azlili, Nadhirah, Muthualagan, Syuja Universiti Tunku Abdul Rahman(UTAR)

MPW2153 PENDIDIKAN MORAL BAB 1 KONSEP ASAS ETIKA

dipersetujui bersama oleh kumpulan, persatuan, organisasi. Suatu nilai yang diberikan oleh seseorang yang mempunyai autoriti. Contoh : Perhambaan tidak mencerminkan nilai perikemanusiaan. Semua pelajar UTAR berpendapat bahawa menghormati budaya dan perundangan masyarakat setempat merupakan nilai sejagat yang harus dipupuk di dalam diri. Ketua Polis Negara menyatakan kes penagihan dadah di negara ini semakin meningkat. e) Nilai Relatif Nilai yang diterima atau ditolak oleh peraturan sesuatu masyarakat untuk mencapai sesuatu matlamat masyarakat Iaitu nilai yang tidak tetap dan berbeza cara penerimaannya di antara satu masyarakat dengan masyarakat yang lain Boleh berubah mengikut masa Contoh : Masyarakat Malaysia menganggap bersekedudukan adalah tidak baik manakala masyarakat Barat menganggapnya perkara biasa. Di Kuala Lumpur, sebuah keluarga boleh dibina hanya melalui perkahwinan rasmi. Manakala di California, keluarga boleh dibentuk tanpa perlu melalui perkahwinan rasmi.

f) Nilai Absolute / Mutlak Nilai yang tidak terikat kepada sesuatu kebiasaan bagi sesebuah masyarakat. Iaitu suatu nilai yang tetap dan kekal serta diterima secara consensus oleh semua masyarakat. Diterima umum dan telah diuji atau terbukti sebagai baik atau buruk. Contoh : nilai keadilan Setiap penjahat mesti dihukum - Hidup berkeluarga adalah satu amalan kehidupan yang baik. Nilai ini telah diterima pakai oleh semua jenis masyarakat sebagai satu nilai yang mutlak.

Rujukan :
Abdul Rahman Md. Aroff (1999). Pendidikan Moral : Teori Etika Dan Amalan Moral, Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Oleh : Nor Azlili, Nadhirah, Muthualagan, Syuja Universiti Tunku Abdul Rahman(UTAR)

Anda mungkin juga menyukai