Anda di halaman 1dari 15

SARJANA MUDA SAINS KEJURURAWATAN

DENGAN KEPUJIAN

SEMESTER MEI 2023

NBBS1313

PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI UNTUK JURURAWAT

NAMA PELAJAR : SITI NORANI BINTI OMAR


NO. MATRIKULASI : 890719035114001
NO. KAD PENGENALAN : 890719035114
NO. TELEFON : 0134499108
E-MEL : aninorani1234@oum.edu.my
PUSAT PEMBELAJARAN : OUM KOTA BHARU
ISI KANDUNGAN
SENARAI GAMBARAJAH
SOALAN TUGASAN 1
1.0 PENGENALAN

1.1 Pengenalan tentang psikologikal dan sosiologikal


Psikologi: berasal daripada perkataan Yunani Bahasa Greek, psyche yang
bermaksud jiwa, rohani atau mental. Psikologi merupakan istilah akademik
dan disiplin gunaan yang melibatkan kajian saintifik tentang pemikiran dan
tingkah laku manusia. Psikologi juga bertujuan dalam bidang penyelidikan
untuk menerangkan sifat-sifat manusia seperti pemikiran, tindakan, perasaan
manusia dan sebagainya. Selain itu, psikologi juga mengkaji tingkah laku
manusia seperti pergerakan, bercakap, berlari, makan dan sebagainya. Oleh
itu, ilmu psikologi dapat membantu seseorang dalam memahami diri sendiri
dengan lebih baik serta mampu berhadapan dengan masalah yang dihadapi
dalam kehidupan seharian.

Dalam rangkaian tindakan manusia yang rumit, ilmu psikologi ini kerap
digunakan untuk mengenal pasti tindakan terbaik yang perlu diambil dalam
menyelesaikan masalah manusia. Sebagai contoh, seseorang yang pakar dalam
bidang psikologi dapat membantu menyelesaikan setiap masalah yang
dihadapi oleh manusia dengan memberikan jalan solusi yang terbaik.

Berikut terdapat beberapa pengertian psikologi menurut para ahli yang masih
berkembang sampai sekarang, antaranya:
i. Gardner Murphy: psikologi ialah satu disiplin yang menyiasat
bagaimana makhluk hidup bertindak balas terhadap persekitaran
mereka.
ii. Clifford T. Morgan: Menurutnya psikologi mengkaji kedua-dua
tingkah laku manusia dan haiwan.
iii. Dakir (1993): Ketahui tentang psikologi yang mengkaji bagaimana
tingkah laku manusia berkaitan dengan persekitarannya.
iv. Muhibbin Syah (2001): Psikologi ialah satu disiplin yang menyiasat
tingkah laku terbuka dan tertutup pada manusia, baik sebagai individu
ataupun kelompok dalam hubungannya dengan persekitarannya.

1
Bercakap, duduk, berjalan dan sebagainya adalah contoh tingkah laku
terbuka, manakala berfikir, percaya dan perasaan adalah contoh
tingkah laku tertutup.

Daripada pengertian psikologi diatas, dapat diringkaskan bahawa psikkologi adalah


ilmu pengetahuan yang mempelajari tingkah laku manusia, baik sebagai individu
mahupun dalam hubungannya dengan lingkungannya. Tingkah laku tersebut berupa
tingkah laku yang nampak mahupun tidak nampak ataupun tingakah laku yang
disedari mahupun yang tidak disedari.

Oleh kerana sifat abstraknya, psikologi tidak boleh secara langsung mengkaji jiwa
atau mental, tetapi ia mengehadkan bagaimana jiwa atau mental menjelma dan
mengekspresikan dirinya melalui tingkah laku, proses dan aktiviti, membolehkan
psikologi ditakrifkan sebagai sains yang mengkaji tingkah laku dan proses mental. .
Sehingga kini, terdapat perselisihan pendapat mengenai istilah dan konsep psikologi.
Pada masa ini terdapat begitu banyak makna psikologi yang berbeza sehingga sukar
untuk mengenal pasti yang mana satu boleh digunakan secara universal.

Sosiologi: telah diperkenalkan oleh seorang tokoh iaitu Auguste Comte dalam
bukunya, Positive Philosophy. Istilah ini juga berasal daripada perkataan Latin iaitu
sosio yang bermaksud berkongsi. Sosiologi merupakan kajian tentang hukum
masyarakat dan proses yang berkenaan dengannya, dan orang yang berlainan bukan
setakat sebagai individu, tetapi juga sebagai ahli persatuan, kumpulan sosial, dan
institusi.

Sosiologi secara teori sering kali dikaitkan dengan soal-soal manusia dalam
masyarakatnya. Sosiologi berminat tentang perangai manusia atau secara ringkas
mengkaji hubungan antara manusia yang pada awalnya saling tidak kenal kepada
suatu peringkat yang lebih proses sosial sejagat. Sosiologi juga merupakan kajian
tentang masyarakat. Pendidikan sosiologi perlu diberikan kepada semua individu. Hal
ini demikian kerana, semakin tinggi pendidikan seseorang itu maka semakin terjamin
kehidupan seseorang individu itu dalam masyarakat.

2
1.2 Tujuan pengajian psikologikal dan sosiologikal

Terdapat beberapa tujuan penting pengajian psikologikal dan sosiologikal


dalam kalangan jururawat antaranya:
i. Memudahkan jururawat mengurus emosi pesakit dengan memberikan
sokongan moral kepada mereka.
ii. Jururawat dapat memberikan jalan penyelesaian kepada masalah yang
dihadapi oleh pesakit dengan cara komunikasi yang baik, cekap dan
lemah lembut.
iii. Untuk mengetahui struktur asas manusia, mengenal pasti tekanan-
tekanan yang melemahkan manusia dan mempelajari syarat-syarat
bentuk kehidupan sosial manusia.

1.3 Pengajian psikologikal dan sisiologikal mempengaruhi kesihatan dan


kesejahteraan masyarakat

Apabila jururawat mempelajari bidang psikologi dan sosiologi, ia akan


membantu mereka dalam memahami lebih mendalam berkaitan dengan
tingkah laku individu dan masyarakat terhadap sesuatu perkara. Sebagai
contoh, pesakit yang mendapat rawatan di klinik sangat memerlukan layanan
emosi dan spiritual yang baik daripada jururawat. Ini kerana mereka dalam
keadaan yang tidak sihat, sudah semestinya memerlukan sokongan emosi,
semangat dan kata-kata positif bagi memberikan keyakinan kepada mereka
untuk terus kuat dan bersabar atas penyakit yang dihidapinya. Tambahan pula,
mereka tidak akan merasa disisihkan oleh jururawat atas penyakit yang
dihidapinya dan seterusnya akan meningkatkan rasa tanggungjawab pesakit
untuk sentiasa menjaga kesihatan tubuh badan mereka sehingga sembuh. Ini
lah salah sebab mengapa pengajian psikologi dan sosiologi penting untuk
dipelajari oleh jururawat bagi memastikan kesihatan dan kesejahteraan
masyarakat sentiasa terjamin.

3
4
2.0 KEPENTINGAN PENGAJIAN PSIKOLOGIKAL DAN
SOSIOLOGIKAL MEMPENGARUHI KESIHATAN DAN
KESEJAHTERAAN MASYARAKAT

2.1 Kepentingan Sangat Meluas

Pengajian psikologikal dan sosiologikal merupakan satu ilmu yang luas yang
menjelaskan tentang pemikiran dan tingkah laku manusia dalam kehidupan. Pada
masa yang sama, pengajian ini turut membantu mereka dalam memberi pelbagai
solusi dalam menyelesaikan masalah dalam kehidupan dan memperbaiki diri mereka
kea rah yang lebih baik. Ini lah yang dijelaskan mengapa pengajian psikologi dan
sosiologi mempengaruhi kesihatan dan kesejahteraan masyarakat. Sebelum lahirnya
masyarakat yang sejahtera, perkara utama yang perlu dititikberatkan adalah kesihatan
masyarakat dari segi kesihatan mental, emosi, fizikal, spiritual dan sebagainya.
Apabila wujudnya masyarakat yang sihat, maka akan lahirlan masyarakat yang
sejahtera dan aman serta kes-kes jenayah juga dapat dikurangkan di Malaysia.
Kepentingan pengajian psikologi dan sosiologi akan dibincangkan dengan lebih
meluas seperti di bawah.

Kepentingan pertama adalah dapat memberikan jalan penyelesaian yang terbaik


bersesuaian dengan masalah yang dihadapi. Sebagai contoh, sekarang ini isu
penceraian dalam kalangan suami isteri yang agak membimbangkan di Malaysia.
Antara faktor terbesar kes penceraian adalah disebabkan oleh orang ketiga, tiada
persefahaman, masalah kewangan, campur tangan daripada pihak keluarga dan
banyak lagi. Sekiranya faktor-faktor ini tidak dapat diuruskan dengan baik maka ia
akan membuatkan hubungan suami isteri semakin merosot dan tegang. Oleh itu,
pentingnya peranan suami dan isteri dalam mencari jalan penyelesaian bersama-sama
demi menyelamatkan institusi kekeluargaan mereka.

Sekiranya masalah dan konflik rumahtangga yang mereka hadapi tidak boleh
ditangani secara bersemuka, maka mereka perlu merujuk permasalahan mereka

5
kepada pihak bertauliah, misalnya pakar kaunseling rumah tangga yang boleh
dipercayai. Kaunseling adalah merupakan satu proses untuk menolong klien dalam
memahami diri sendiri dan situasi sebenar yang mereka hadapi. Berjumpa dengan
pakar kaunseling rumah tangga adalah kaedah yang terbaik kerana ia mampu
memupuk kembali keharmonian dan ketenangan ke dalam hati pasangan, mengubah
cara pemikiran pasangan supaya mereka boleh membuat keputusan dengan lebih
rasional dan memberikan sokongan emosi kepada pasangan untuk mengurangkan rasa
tekanan dan bebanan yang terkumpul dalam pemikiran mereka. Daripada sini, kita
boleh nampak dalam menyelesaikan masalah rumahtangga antara suami isteri ini
sangat berkait rapat dengan bidang psikologi dan sosiologi. Apabila psikologi suami
isteri dapat dipenuhi dan difahami maka hubungan mereka dapat dipulihkan seperti
sediakala dan dalam masa yang sama dapat melahirkan hubungan yang sihat antara
suami dan isteri, masalah penceraian juga dapat dikurangkan dan seterusnya
kesejahteraan masyarakat dapat diwujudkan dan dikekalkan.

Kesihatan dan kesejahteraan masyarakat sangat berkait rapat dengan cara perawatan
dan penjagaan yang diberikan oleh jururawat kepada pesakit. Sekiranya layanan yang
baik dan berhemah dapat dipraktikkan dalam kalangan jururawat, hasilnya masyarkat
dapat mencapai kesihatan yang optimum dan memuaskan. Oleh itu, penting bagi
jururawat mempelajari tentang psikologi dan sosiologi sewaktu memberi rawatan
kepada pesakit bagi memastikan mereka lebih faham bagaimana kaedah dan cara
yang betul untuk mengatasi pesakit yang mempunyai masalah penyakit yang berbeza-
beza. Sebagai contoh, pesakit yang mempunyai masalah mental tidak boleh diberikan
layanan dan penjagaan yang sama seperti pesakit biasa. Ini kerana ia berpunca
daripada masalah dalaman dan susah untuk difahami keadaan dan emosi pesakit
berkenaan yang mana tingkah laku mereka sentiasa berubah-berubah. Oleh itu,
jururawat perlu mempersiapkan diri mereka dari segi mental dan fizikal sewaktu
memberikan rawatan kepada pesakit mental supaya mereka mahir dalam
menguruskan emosi pesakit dan mempunyai ketahanan yang tinggi dalam mengawal
perkara yang tidak dijangka.

6
2.2 Contoh Yang Relevan Dan Spesifik

3.0 TANGGUNGJAWAB JURURAWAT DALAM PEMBERIAN


KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN MASYARAKAT

3.1 Tanggungjawab Jururawat

7
3.2 Perbincangan meluas tentang tanggungjawab jururawat

3.3 Mengemukakan bukti yang relevan dan spesifik secara kreatif

4.0 KESIMPULAN

8
APENDIKS

RUJUKAN
Nama Pengarang, (tahun), Tajuk Buku, Penerbitan

Format APA Ke-7

9
SOALAN TUGASAN 2

10
1.0 PENGENALAN
2.0 FAKTOR-FAKTOR KEPELBAGAIAN DAN KETIDAKSAMAAN
PENJAGAAN KESIHATAN DI KALANGAN POPULASI
PESAKIT
3.0 CONTOH YANG RELEVAN
4.0 CADANGAN UNTUK MENGATASI MASALAH DI ATAS
5.0 KESIMPULAN
6.0 RUJUKAN

BAHAGIAN II

11
PENYERTAAN KELAS DALAM TALIAN

12

Anda mungkin juga menyukai