Anda di halaman 1dari 7

Senarai Nama Ahli :MOHD AMIRUL AMIR BIN ROSLI MOHD SYAZA SYAZWAN BIN ROSLI

1. 2. 3.

MOHAMMAD FAIZ AMRI BIN MAHAMAT TAJUDDIN

Zakat berperanan dalam mempertingkatkan kebajikan masyarakat dan membantu meningkatkan kegiatan ekonomi. Zakat dilihat mampu mengikis rasa sombong golongan kaya dan mengelak golongan fakir miskin dari meminta-minta. Harta yang diperoleh golongan kaya sebenarnya perlu dizakatkan separuh daripada harta itu.

Zakat merupakan suatu pendapatan yang tetap dan menjadi kewajipan untuk sentiasa dilaksanakan oleh sesebuah negara Islam dan ianya tidak akan terhenti. Oleh itu, negara Islam dapat menggunakan sumber zakat bagi membina kekuatan ekonomi, sosial, pendidikan dan akhirnya dapat membina kekuatan Umat Islam secara tidak langsung membina kesatuan Ummah yang jitu.

1.Asnaf Fakir Asnaf Fakir ialah orang Islam yang tiada harta atau pendapatan, atau ada harta atau pendapatan tetapi tidak mencapai 50 peratus daripada had kifayah dirinya dan tanggungannya. 2.Asnaf Miskin Asnaf miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta atau pendapatan yang hanya boleh menampung lebih 50 peratus keperluan dirinya dan tanggungannya tetapi masih belum mencukupi had kifayah. 3.Asnaf Amil `Amil ialah pihak yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Kedah bagi mewakili DYMM Sultan untuk menjalankan tugas-tugas pengurusan zakat meliputi pungutan dan agihan. 4.Asnaf Muallaf Muallaf adalah seseorang yang baru memeluk Islam atau seseorang yang dijinakkan hatinya dalam kalangan mereka yang belum memeluk agama Islam atau yang perlu ditarik simpatinya kepada Islam atau diharap dapat membela orang Islam atau yang perlu diamankan kejahatannya terhadap orang Islam.

5.Asnaf Riqab Riqab ialah seseorang yang terbelenggu di bawah suatu kuasa atau keadaan yang menjadi hambatan kepada dirinya bagi menjalani kehidupan yang lebih baik. 6.Asnaf Gharimin

Gharimin ialah orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas diri dan tanggungannya atau kepentingan masyarakat dan tiada keupayaan untuk membayarnya. Orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi permasalahan diri atau keluarga tanggungannya atau orang yang berhutang untuk menyelesaikan masalah masyarakat dan memerlukan:
Orang yang berhutang itu tidak mampu menjelaskan hutangnya.

7.Asnaf Fisabilillah Fisabilillah ialah perjuangan, usaha dan aktiviti yang bertujuan untuk menegakkan dan mempertahankan agama Allah. 8.Asnaf Ibnu Sabil Ibnu Sabil ialah orang Islam yang kehabisan belanja semasa memulakan perjalanan atau dalam perjalanan yang mendatangkan manfaat serta sesuai dengan hukum Syarak dengan syarat:

Bantuan yang diberikan kepada mereka bergantung kepada keperluan berdasarkan siasatan yang dilakukan oleh agensi zakat terbabit terhadap keperluan asnaf dari masa ke semasa. Secara umum, jenis-jenis bantuan zakat boleh di bahagikan kepada 6 kategori utama : Bantuan penggunaan semasa(untuk makanan dan sara hidup) Bantuan pendidikan Bantuan perubatan Bantuan keagamaan Bantuan kecemasan

Bantuan keusahawanan

Zakat sekiranya dilaksanakan dengan berkesan bukan hanya akan meningkatkan aspek rohani masyarakat sahaja , sebaliknya akan meningkatkan tahap sosio-ekonomi ummah. Zakat merupakan rukun Islam yang keempat. Bukan sahaja merupakan ibadat semata-mata bahkan ia juga merupakan sistem yang merencana kehidupan manusia. Bermula dengan kutipan, pungutan dan seterusnya menentukan, menilai dan menetapkan siapa yang layak atau tidak.

Anda mungkin juga menyukai