Anda di halaman 1dari 30

PEMBELAJARAN MOTOR

DISEDIAKAN OLEH: ABDUL LATIF BIN AHMAD IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT, JOHOR

DEFINISI PEMBELAJARAN MOTOR

Suatu set [dalaman] proses-proses yg berkait dgn latihan atau pengalaman yg membawa kpd perubahan-perubahan relatif yg kekal (Schmidt, 1991, p.51). Ianya adalah suatu proses gabungan antara latihan dan pengalaman yang menyebabkan perubahan tindakan atau pergerakan yg kekal (Schmidt, 1988)

DEFINISI KEMAHIRAN MOTOR


Kemahiran motor menurut Magill (1989), adalah tindakan atau tugasan yg mempunyai matlamat utk dicapai dan memerlukan pergerakan atau anggota tubuh secara sukarela bagi melaksanakannya dengan sempurna Kategori Kemahiran: Terdapat 3 kategori asas; 1. Kemahiran Kognitif yg melibatkan otak. Cth; membaca, menganalisa masalah. 2. Kemahiran Perseptual yg melibatkan bagaimana individu menginterpretasi stimuli (rangsangan). Cth; dua pemain yg menerima maklumat drp persekitaran tetapi menginterpretasinya dlm bentuk yg berbeza. Interpretasi yg betul dan tepat meningkatkan pencapaian. 3. Kemahiran Motor yg melibatkan pergerakan. Cth: membaling, berlari
Kemahiran Motor Halus

Kemahiran Motor Kasar

MODEL-MODEL TAHAP PEMEROLEHAN KEMAHIRAN MOTOR

MODEL TIGA TAHAP Fitts & Posner`s, (1967) MODEL DUA TAHAP Adams, (1971) MODEL DUA TAHAP Gentile, (1972)

MODEL TIGA TAHAP (Fitts & Posner`s, 1967)


1. TAHAP KOGNITIF Pelaku cuba utk membina konsep keseluruhan kemahiran motor.

Belajar melalui pengumpulan informasi melalui deria, pemerhatian, maklum balas verbal & otot. Banyak melibatkan pembelajaran cuba jaya (trial & error)
2. TAHAP ASOSIATIF

Pengekalan pencapaian.

Berupaya utk mengenal pasti pencapaian yg tidak sesuai dan cuba mencari penyelesaian-penyelesaian baru.
3. TAHAP AUTONOMOUS

Pergerakan pelaku stabil & seolah-olah automatik.

Secara automatik membenarkan pelaku utk menumpukan perhatian terhadap persekitaran dgn lebih teliti Berupaya utk membuat pembetulan kendiri dan pengubahsuaian segera.

MODEL DUA TAHAP (Adams, 1971)


1. Tahap Verbal / Motor Pelaku mengetahui dan menyedari perkaitan di antara aspek-aspek pembelajaran kognitif dan pembelajaran motor Gabungan di antara tahap Kognitif dan tahap Asosiatif Fitts & Posner

2. Tahap Motor Menggabungkan tahap autonomous. Sama seperti Tahap Autonomous Fitts' & Posner's

MODEL DUA TAHAP (Gentile, 1972)


1. Memperoleh idea Pelaku memahami bagaimana pergerakan perlu dilakukan bagi mencapai matlamat. Pelaku menentukan kesesuaian informasi yang hadir utk kemahiran motor 2. Tetap / Bercapah a) Tetap (Fixation)

Kemahiran tertutup memerlukan pengulangan yg tetap dari tindakan yg sama. Cth: rutin palang selari)

b) Bercapah (Diversification)

Kemahiran terbuka memerlukan kepelbagaian tindakan. Cth: membuat pukulan pepat dlm permainan tenis supaya lawan tidak dapat membalas pukulan tersebut

SISTEM KAWALAN LINGKARAN TERTUTUP (CLOSEDLOOP CONTROL)

Input Deria2
Persepsi Comparator Identifikasi (Sistem Stimulus Rujukan)

Kesilapan

Saraf Pusat (CNS ) Executive Tahap pemerosesan maklumat/ informasi Saraf Pinggir (PNS Effector)

Pembetulan

Pemilihan & Pengaturcara Respons

Pelaksanaan Respons

Program Motor
Maklum Balas Proprioceptive

Program motor dan sistem motor

Otot2 Output Persekitaran


Maklum Balas Exteroceptive

Kawalan Lingkaran Tertutup (Closed-loop Control) Pergerakan boleh dirancang dan diubahsuai oleh maklum balas meskipun semasa pergerakan berlaku. Proses kawalan tertutup ini boleh dikawal sendiri dan berterusan utk mengekalkan pergerakan yg dikehendaki oleh pelaku. Elemen-elemen: Maklum balas Kenal pasti kesilapan Pembetulan Kesilapan

KLASIFIKASI PEMBELAJARAN MOTOR


Kemahiran Tertutup; Berlaku dlm persekitaran yg stabil dan boleh diramal di mana informasi kritikal tidak berubah semasa melakukan kemahiran. Kemahiran adalah dlm bentuk raptai & pra belajar di mana pelaku cuba utk menghasilkan kemahiran yg sama pada setiap perlakuan. Cth: Acara terjunan, senaman lantai dan lontar peluru. Menggunakan maklum balas intrinsik utk mengubahsuai pergerakan dlm usaha utk mencapai matlamat. Golf adalah diklasifikasikaan sbg kemahiran tertutup sebagaimana persekitarannya yang tetap dan tidak berubah semasa pelaku melaksanakan kemahiran. . Keputusan dibuat sebelum kemahiran dilakukan. Kemahiran tertutup memerlukan pengulangan corak kemahiran yg sempurna dan berjaya. Cth:golf. Proses Perseptual Proses Keputusan- Proses Perlaksanaan Struktur Kawalan Otot & Pergerakan Rujukan Pembetulan kembali pd permulaan

Kelebihan Sistem Kawalan Lingkatan tertutup (Closed-Loop System)

Wujud kemahiran-kemahiran

baru Aktiviti-aktiviti memerlukan ketepatan dan kehalusan Membenarkan pengubahsuaian mengikut situasi Menambah `versatility kpd pergerakan

Kekurangan Sistem Kawalan Lingkaran Tertutup (Closed-Loop System)

Kepantasan dan tindakantindakan diskret tidak sepenuhnya tergolong dlm kawalan lingkaran tertutup (closed-loop control Menuntut kpd perhatian & masa;

Maklum balas perlu melalui tahap-tahap pemerosesan.

SISTEM KAWALAN LINGKARAN TERBUKA (OPENLOOP CONTROL)

STIMULUS

Menghuraikan tindakan2 automatik Program motor mentakrifkan kemahiran secara terperinci sebelum pergerakan bermula tanpa pengaruh maklumat2 pinggir (peripheral). Pergerakan2 boleh distruktur awal bagi membolehkannya dilaksanakan secara automatik apabila ianya dicetuskan. Dua komponen utama; executive & effector

EXECUTIVE

EFFECTOR

Memilih program motor Arahan berganti-ganti

Mebawa isyarat2 yg khusus secara automatik

Tiada Maklum Balas

KLASIFIKASI PEMBELAJARAN MOTOR


Kemahiran Terbuka; Kemahiran terbuka adalah kemahiran yg dilakukan secara cepat dan pantas dan tidak menggunakan maklum balas intrinsik semasa melakukan pergerakan.

Pemukul dlm permainan softball menghayun dan mungkin tersasar memukul bola kerana (a) Pergerakan telah dirancang sebelumnya dan tidak mempunyai cukup masa utk menggunakan maklum balas utk menukar arah pukulan bat (b) pemukul percaya bahawa perancangan sebelumnya adalah betul & meminggirkan sebarang maklumat tentang lokasi bola.
Kemahiran terbuka memerlukan fleksibiliti & adaptasi dlm melaksanakan kemahiran semasa dlm tekanan. Proses Perseptual Proses Keputusan- Proses Perlaksanaan Struktur Kawalan Otot Pergerakan

Kelebihan Sistem Kawalan Terbuka (OpenLoop System)

Pergerakan pantas dan bertenaga boleh dihasilkan tanpa kawalan yg ekstensif Perhatian boleh dialihkan kpd respon-respon yg lain Tidak menuntut masa yg lebih kerana tidak memerlukan maklum balas

Kekurangan Sistem Kawalan Terbuka (OpenLoop System)

Pergerakan tidak efektif di dalam persekitaran dan situasi yg tidak boleh diramal dan tidak stabil Pergerakan tidak boleh ditentukan pada peringkat awal. Tiada tindakan2 yg halus dan teliti

KLASIFIKASI PEMBELAJARAN MOTOR


Kemahiran Diskret Pergerakan yg jelas di permulaan dan akhir kemahiran. Cth: Membaling Dart. (Bermula dgn fleksi pada siku dan berakhir dgn fleksi pada siku)

Kemahiran Berterusan (Continuous Skills) Pergerakan yg tidak jelas di permulaan dan akhir kemahiran. Cth: Berbasikal dan Berjoging

KLASIFIKASI PEMBELAJARAN MOTOR


Kemahiran Serial Dibentuk dari sejumlah kemahiran diskret yg dicantumkan bersama dlm urutan tertentu. Cth; menukar gear kereta secara manual melibatkan penghasilan pergerakan kemahiran-kemahiran diskret dlm urutan yg betul clutch, gear shift, accelerator. Siri rutin senaman lantai merupakan contoh kemahiran diskret di mana gimnas menggabungkan pelbagai kemahiran-kemahiran diskret utk melaksanakan rutin tersebut. Kemahiran Serial Rutin Senaman Lantai 1. Imbangan 2. Larian 3. Hambur Arab 4. Mendarat Perlu dilakukan mengikut urutan utk kesempurnaan pencapaian pergerakan.

PEMBOLEHUBAH YANG MEMPENGARUHI TAHAP PEMEROLEHAN KEMAHIRAN MOTOR (LATIHAN)


Latihan Aktiviti yang dilakukan dengan kadar ulangan yang tinggi. Proses aktif cubaan utk melaksanakan sesuatu tugasan dan membawa kpd pemerolehan sesuatu kemahiran. Terdapat pelbagai variabel (angkubah) yg memberi kesan kpd pembelajaran: - jumlah latihan - jadual latihan - variasi latihan - konteks latihan Usaha merancang latihan bagi pembelajaran kemahiran motor perlu mempertimbangkan : - jenis latihan - kaedah latihan - distribusi / taburan latihan

KAEDAH LATIHAN
Diaplikasikan secara fizikal dan mental. Fizikal; - kaedah latihan yang lazim dijalankan dalam sesi-sesi pembelajaran motor. Mental; - pelengkap kepada kaedah latihan fizikal.

JUMLAH LATIHAN
Pembelajaran secara langsung ditentukan oleh jumlah latihan yang dilaksanakan (Gentile, 2000, p. 173). Cara yg paling berkesan utk meningkatkan pemerolehan kemahiran adalah melaui peningkatan jumlah latihan.

VARIABILITI / KEPELBAGAIAN LATIHAN


Variabiliti latihan adalah merujuk kpd
kepelbagaian pergerakan dan ciri-ciri konteks yang dialami oleh pelajar semasa berlatih sesuatu kemahiran. Kepelbagaian situasi dapat membantu pembelajaran kemahiran terbuka. Kepelbagaian latihan adalah penting utk pembelajaran kemahiran tertutup. Pencapaian kemahiran pelajar didapati lebih baik jika berlatih di bawah situasi / persekitaran yg tetap berbanding situasi / persekitaran yg pelbagai. Pemindahan kpd tugasan / kemahiran yg serupa dapat ditingkatkan melalui kepelbagaian latihan.

DISTRIBUSI / TABURAN LATIHAN


2 jenis distribusi / taburan latihan: a. Latihan Bersebar - Pelaksanaannya jum. rehat antara sessi latihan adalah panjang. b. Latihan Berkelompok - Pelaksanaannya jum. rehat antara sessi latihan adalah singkat. Latihan bersebar lebih berkesan drp latihan berkelompok kerana: Kelesuan dlm L. berkelompok Usaha kognitif kurang dlm L. berkelompok Pengukuhan memori kurang dlm L. berkelompok

SEBAHAGIAN DAN KESELURUHAN LATIHAN


Latihan kemahiran motor lazimnya diubahsuai melalui dua cara: - sebahagian - keseluruhan 1. Latihan Sebahagian; Kanak-kanak akan mudah mempelajari kemahiran yang sukar sekiranya kemahiran tersebut diajar / dilatih secara berperingkatperingkat (sebahagian). 2. Latihan Keseluruhan; Kanak-kanak tidak dapat melakukan kemahiran yang sebenar sekiranya kemahiran tersebut tidak ditunjukcara secara keseluruhan

LATIHAN MENTAL

Raptai kognitif kemahiran fizikal tanpa kehadiran pergerakan fizikal yang jelas. Dalam bentuk berfikir atau bayangan aspek-aspek prosedural kemahiran motor. Melibatkan imageri visual atau kinesthetic pencapaian keseluruhan atau sebahagian sesuatu kemahiran Imageri boleh dlm bentuk dalaman (internal) atau luaran (external)

Tujuan: Strategi latihan bagi membantu pemerolehan sesuatu kemahiran motor. Bermatlamat utk menyediakan pelaku utk melaksanakan kemahiran yg sempurna dan berkesan.

LANGKAH-LANGKAH MENTAL
1. Bersedia secara fizikal, mental dan emosi 2. Berimaginasi (imaging) melaksanakan aksi secara visual dan kinesthetik. 3. Menumpukan sepenuhnya terhadap satu `cue yg releven sahaja. 4. Melaksanakan aksi / kemahiran 5. Menilai pencapaian aksi / kemahiran

BILA LATIHAN MENTAL DILAKSANAKAN

1. Di antara acara
pertandingan 2. Semerta semasa mengambil bahagian dalam pertandingan 3. Semasa pemulihan kecederaan

KONSEP PEMBELAJARAN MOTOR


Maklum Balas: Memainkan peranan yg penting dlm mengawal pergerakan dan pembelajaran. Menyediakan maklumat tentang kecekapan pergerakan pelaku. Maklum Balas Tambahan: Memudahkan pencapaian matlamat aksi kemahiran tertentu Motivasi kpd pelajar utk teruskan usaha utk capai matlamat Pengetahuan Tentang Keputusan (Knowledge Of Results - KR); Informasi yg diterima berkenaan sejauh mana respon mencapai matlamat pergerakan. Pengetahuan Tentang Pencapaian (Knowledge of Performance KP); Informasi yg diterima berkenaan perlaksanaan dan pencapaian pergerakan yg sebenar. Adakah pergerakan / kemahiran yg dilakukan betul?

KONSEP PEMBELAJARAN MOTOR


KR dan KP boleh jadi dlm bentuk positif atau negatif KP dan KP boleh muncul dlm bentuk instrinsik atau ekstrinsik. 1. Maklum Balas Instrinsik: Maklum balas dalaman yg diterima semasa & selepas perlaksanaan sesuatu tugasan. Cth: pelaku merasakan hayunan pemukul dan melihat di mana bola yg dipukul itu pergi

2. Maklum Balas Esktrinsik; Maklum balas luaran ini diterima semasa dan selepas respon-respon daripada sumbersumber luar. Guru, jurulatih dan perlatanperalatan khas berupaya utk menyediakan peningkatan informasi / maklumat tambahan kpd pelaku.

MAKLUM BALAS DLM KAWALAN PERGERAKAN


Receptor Sensori (DERIA) Telinga Mata Proprioceptors Sistem Vestibular

Fungsi Pemerosesan Pusat (OTAK) Persepsi Membuat keputusan Sistem Effector (OTOT) Biceps Quadriceps Abdominals Latissimus dorsi Output Pivot Gelecek Maklum Balas Feedback Lompat Jaring Hantaran

Simpanan dan `coding Data


Transisi kpd program motor

Arahan guru / jurulatih Awasi pihak lawan Mata pandang bola Kekalkan Imbangan Teruskan larian

Etc.

Informasi kesilapan
Motivasi Pengukuhan

PEMINDAHAN PEMBELAJARAN
Pemindahan pembelajaran adalah kesan pembelajaran lepas ke atas penerimaan sesuatu pembelajaran baru (Sage, 1984) Pemindahan Positif; Kesan pemindahan berlaku bila kemahiran yg lepas memudahkan pembelajaran kemahiran yg baru. Cth; pemain tenis dpt belajar kemahiran ping pong dgn mudah dan cepat. Pemindahan Negatif; Kesan pemindahan negatif berlaku bila kemahiran yg lepas menyukarkan pembelajaran kemahiran yg baru. Cth; pemain badminton sukar mempelajari kemahiran permainan tenis. Pemindahan Neutral atau Sifar; Kesan pemindahan neutral berlaku bila kemahiran yg lepas tidak memberi kesan terhadap pembelajaran kemahiran yg baru. Cth; kemahiran bola keranjang tidak mempengaruhi pembelajaran permainan bola sepak.

RUJUKAN
Adam, J.A. (1971) A closed-loop theory of motor learning. Journal of Motor Behaviour, 3, p. 111 149. Fitts, P.M. and Posner, M.I. (1967) Human Performance. Belmont, CA: Brooks/Cole Gentile, A.M. (1972) A writing model of skill acquisition with application to teaching. Quest, Monograph XVII,p.3 -23 Gentile AM. (2000). Skill Acquisition: action, movement and neuromotor processes. In: Carr JH, Shepherd RB, eds. Movement Science: Foundations for Physical Therapy in Rehabilitation . 2nd ed. Rockville, MD: Aspen Publishers; :111-187. Magill, R.A. (1989). Motor Learning: Concept and Applications. 3rd ed. Dubuque, Iowa: Wm. C. Brown Pub. Sage, G.H. (1984). Motor Learning and Control. A neurophychological approach. Dubuque, Iowa: Wm. C. Brown Pub. Schmidt, R.A. (1988). Motor Control and Learning: A Behavioral Emphasis . 2nd ed. Champaign, IL: Human Kinetics. Schmidt, R.A. (1991). Motor learning principles for physical therapy. In: Foundation for Physical Therapy. Contemporary Management of Motor Control Problems: Proceedings of the II-STEP Conference. Alexandria, VA: Foundation for Physical Therapy.

Anda mungkin juga menyukai