Anda di halaman 1dari 36

DRAF

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)


DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

PENDIDIKAN MORAL
TAHUN EMPAT

DRAF
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)

PENDIDIKAN MORAL
TAHUN EMPAT

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Cetakan Pertama 2013 Kementerian Pelajaran Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

SENARAI KANDUNGAN

TAJUK

MUKA SURAT

PENDAHULUAN MATLAMAT OBJEKTIF STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STARNDARD KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI ELEMEN MERENTAS KURIKULUM FOKUS MATA PELAJARAN PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU PENTAKSIRAN PELAKSANAAN PdP DAN PENTAKSIRAN SEKOLAH DOKUMEN STANDARD PRESTASI DAN PENTAKSIRAN

1 1 1 1 2 3 4 6 8 8 9 13 15

DRAF PENDAHULUAN diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina selaras dengan Falsafah pendidikan berkualiti untuk murid bermasalah

pembelajaran supaya mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan. MATLAMAT

Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) lebih berfokus kepada penguasaan kemahiran bagi memenuhi keperluan individu, tidak terlalu menekankan akademik dan tidak membebankan murid. Ini selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) digubal dengan matlamat untuk

mengembangkan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu serta bersesuaian dengan tahap kefungsian murid. Perkembangan ini juga meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan

Bagi memenuhi keperluan individu, proses pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas.

berakhlak mulia. OBJEKTIF

KSSR Pendidikan Khas

(Masalah Pembelajaran) bertujuan

membimbing murid agar berupaya; i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam

menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna serta menjadi warganegara yang berguna

KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina dengan hasrat pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat

ii.

mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat berdikari dalam kehidupan seharian

DRAF iii. memperoleh kemahiran dan keterampilan ke arah i. ii. iii. iv. v. vi. Komunikasi Kerohanian, Sikap dan Nilai Kemanusiaan Sains dan Teknologi Perkembangan Fizikal dan Estetika Keterampilan Diri

kehidupan berkerjaya iv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri dengan sempurna v. menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila masyarakat majmuk vi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian bagi yang beragama Islam vii. viii. ix. x. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian melibatkan diri dalam aktiviti riadah menghargai keindahan alam dan warisan budaya menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan

komunikasi seiring dengan perkembangan semasa STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG

Organisasi

Kurikulum modal

Berasaskan insan yang

Tunjang

dibina

bagi dan Rajah 1: Bentuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah

membangunkan berketerampilan.

berpengetahuan

Tunjang (Rajah 1) merupakan domain utama

yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Domain bagi setiap tunjang adalah:

DRAF KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) digubal dalam bentuk pernyataan

Kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip,

Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Standard Kandungan bentuk dan Standard yang

bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir, berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan. Kemahiran abad ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu setiap murid

Pembelajaran

diorganisasikan

dalam

modular

mengandungi elemen pemikiran, perasaan dan perlakuan moral.

Standard Kandungan Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

akan mempunyai kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, identiti sosial, pengetahuan dan kemahiran berfikir.

Kemahiran berfikir telah ditekankan di dalam kurikulum sejak tahun Standard Pembelajaran Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap Standard Kandungan. 1994 dengan memperkenalkan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK). Kemahiran berfikir ini menekan kepada pemikiran dari aras rendah sehingga aras tinggi. Bermula pada

tahun 2011, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi penekanan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Kemahiran

Berfikir

Aras

Tinggi

ialah

keupayaan dan nilai

untuk dalam

mengaplikasikan

pengetahuan,

kemahiran

membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah,

DRAF membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT adalah merujuk kepada kemahiran mengaplikasi, aras tinggi di dalam dan di luar bilik darjah untuk menggalakkan murid berfikir. Murid diberi tanggungjawab di atas pembelajaran mereka. ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

menganalisis, menilai dan mencipta seperti Jadual 1.

KBAT Mengaplikasi

Penerangan Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan nilai dalam situasi berlainan untuk melaksanakan sesuatu perkara Mencerakinkan maklumat kepada bahagian kecil untuk memahami dengan lebih mendalam serta hubung kait antara bahagian berkenaan Membuat pertimbangan dan keputusan menggunakan pengetahuan, pengalaman, kemahiran, dan nilai serta memberi justifikasi menghasilkan idea atau produk atau kaedah yang kreatif dan inovatif

Dalam KBSR terdapat beberapa elemen merentas kurikulum telah diperkenalkan seperti Bahasa, Pendidikan Alam Sekitar,

Menganalisis

Patriotisme, Kemahiran Berfikir, Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial, Pencegahan Rasuah, Pendidikan Pengguna dan Keselamatan Jalanraya. Elemen Merentas Kurikulum dalam KBSR dikekalkan dan ditambah dengan memperkenalkan elemen

Menilai

Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Kreativiti dan Inovasi Kreativiti dan inovasi adalah dua perkara yang berkaitan. Secara umum, kreativiti merujuk kepada tindakan penghasilan idea, pendekatan atau tindakan baru. Inovasi pula ialah proses menjana

Mencipta

Kemahiran ini ditulis secara eksplisit di dalam setiap kurikulum mata pelajaran.

KBAT boleh diaplikasikan

di dalam bililik darjah melalui aktiviti

idea dan mengaplikasikan idea kreatif dalam konteks tertentu. Elemen kreativiti dan inovasi merupakan salah satu elemen yang diberi penekanan dalam KSSR untuk menyediakan murid dalam menangani cabaran abad ke-21. Kreativiti dan inovasi murid perlu dipupuk dan dibangunkan ke tahap optimum supaya mereka

berbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri, penyelesaian masalah dan projek. Guru dan murid perlu menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan Thinking Hats serta penyoalan

DRAF berkeupayaan menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti, dan seterusnya menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan Memformulasikan keusahawanan; dan Mengamalkan keusahawanan. nilai, moral dan etika baik dalam konsep, proses atau produk

warganegara Malaysia pada masa hadapan. Bagi mencapai matlamat ini penulisan standard pembelajaran bagi mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Suaian) yang berkaitan dengan pemupukan kreativiti dan inovasi dinyatakan secara tersurat. Walau bagaimanapun guru juga digalakkan menerapkan elemen kreativiti dan inovasi di mana-mana topik yang difikirkan sesuai jika elemen ini tidak dinyatakan secara tersurat. Guru haruslah menyediakan aktiviti yang meningkatkan minat dan kreativiti. Murid pula perlu dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan alat yang membolehkan mereka membangunkan kreativiti dan memupuk sikap dan personaliti individu kreatif. Keusahawanan Dalam Model Baru Ekonomi, antara ciri Malaysia pada tahun 2020 adalah inovatif dan keusahawanan. Penerapan elemen

Semua ciri dan amalan ini dilaksanakan bersesuaian dengan tahap kebolehan murid sekolah rendah. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Teknologi merupakan satu wadah yang berkesan mata untuk

memperkukuhkan

pembelajaran

sesuatu

pelajaran.

Penggunaan teknologi seperti televisyen, radio, komputer, Internet, perisian komputer, perisian kursus dan antara muka berkomputer menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Animasi dan simulasi berkomputer membantu dalam mempelajari konsep yang sukar dan abstrak, dan boleh

dipersembahkan dalam bentuk perisian kursus atau laman web. Elemen TMK merupakan satu elemen yang diberi penekanan dalam KSSR. Terdapat tiga pendekatan dalam menggunakan TMK iaitu: Belajar mengenai TMK Belajar melalui TMK Belajar dengan TMK

keusahawanan dalam KSSR bertujuan membentuk ciri dan amalan keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid. Ciri dan amalan keusahawanan ini boleh dibentuk dengan: Mengamalkan sikap keusahawanan; Mengaplikasikan pemikiran keusahawanan; Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran

pengurusan perniagaan;

DRAF FOKUS MATA PELAJARAN mengamal dan menyesuaikan diri dalam masyarakat majmuk.

Murid turut disedarkan tentang nilai-nilai murni masyarakat Mata Pelajaran : Pendidikan Moral Malaysia, mengamalkan tabiat dan perlakuan yang bermoral dalam kehidupan seharian dan merasionalkan sesuatu keputusan dan Pendidikan Moral memberi fokus kepada tiga aspek dalam usaha melahirkan insan berakhlak mulia dan bermoral iaitu: Kurikulum Standard Pendidikan Moral menekankan 14 nilai murni i. Pemikiran Moral Maklumat dan idea asas yang berkaitan nilai-nilai murni berfikir secara rasional untuk membuat penaakulan dan pertimbangan moral ii. Perasaan Moral Aspek kesedaran hati nurani yang menyebabkan insan berasa gembira apabila membuat sesuatu yang betul danmerasa bersalah jika melakukan sesuatu yang tidak betul iii. Perlakuan Moral Kebolehan insan mengawal diri dan bertindak secara bertanggungjawab dan bermoral Kepercayaan kepada Tuhan Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara Baik hati Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan orang lain dengan memberi bantuan dan sokongan moral secara tulus ikhlas Bertanggungjawab Kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna Penekanan diberi terhadap pemupukan dan perkembangan nilainilai murni serta asas ketatanegaraan agar murid-murid dapat dalam usaha untuk membentuk modal insan dan rakyat Malaysia yang berakhlak mulia. Nilai-nilai murni tersebut adalah: tindakan yang dibuat.

DRAF Berterima kasih Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian Hemah tinggi Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian Hormat Menghargai dan memuliakan seseorang serta menghormati peraturan institusi sosial dengan memberi layanan yang bersopan Kasih Sayang Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas Keadilan Tindakan dan keputusan yang tidak berat sebelah Keberanian Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah Kejujuran Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan Modul Pengajaran Pendidikan Moral Modul pengajaran disediakan berpandu kepada Standard Kurikulum Pendidikan Moral untuk membantu guru Perlaksanaan Modul Pendidikan Moral Kerajinan Usaha yang berterusan, bersungguh-sungguh dan

bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara Kerjasama Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama Kesederhanaan Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain Toleransi Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi kesejahteraan hidup

menjalankan pengajaran dengan lebih berkesan. Guru boleh mengubahsuai atau membina modul yang yang

bersesuaian mengikut keperluan. Penglibatan murid aktif dapat meningkatkan pencapaian prestasi murid.

DRAF Modul Pembelajaran Pendidikan Moral Modul Pembelajaran Pendidikan Moral disediakan untuk kegunaan murid. Modul ini mengandungi lembaran kerja Pembelajaran Interaktif Pembelajaran Koperatif Simulasi Pembelajaran Masteri Pembelajaran Pengalamian (experiential learning)

untuk menguji kefahaman dan penguasaan murid untuk mencapai Standard Kandungan dan Standard

Pembelajaran. Pengulangan kemahiran adalah untuk mempertingkatkan sahsiah murid dengan penerapan nilainilai murni. RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Definisi Rancangan Pendidikan Individu : Rancangan Pendidikan Individu (RPI) adalah satu dokumen

Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral, guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai kehendak Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Antaranya adalah: Inkuiri Analisis Tugasan Belajar Melalui Bermain Pengajaran Bertema Pendekatan Kolaborasi (kumpulan pelbagai disiplin) Konstruktivisme Multi Sensori Pembelajaran Kontekstual

bertulis yang menjelaskan matlamat perancangan pendidikan yang dirancang untuk setiap murid berkeperluan khas dan dijadikan panduan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan boleh menyatakan tahap pencapaian murid.

RPI ialah suatu program pengajaran berasaskan penilaian pelbagai disiplin yang disediakan bagi memenuhi keperluan murid

pendidikan khas. RPI dirancang khusus bagi individu murid, dan dokumentasi dilakukan tentang segala pengubahsuaian dan penerapan ke atas program pembelajaran dan perkhidmatan yang disediakan. Justeru, RPI memaklumkan ibubapa dan pihak sekolah tentang keperluan individu murid dan bagaimana keperluan

DRAF tersebut dirancang untuk dipenuhi. Bagi mencapai tujuan tersebut, perlu ada kerjasama dan kolaborasi antara pihak sekolah, ibubapa, dan murid itu sendiri, dengan dibantu oleh pegawai pendidikan peringkat negeri dan daerah, dan individu dari agensi atau khidmat sokongan lain. Pentaksiran Sekolah (PS) adalah salah satu komponen utama dalam PdP kerana ia berperanan mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam PdP. PS dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula dengan perancangan, pembinaan RPI memperincikan antara lain: i. ii. iii. iv. v. Tahap prestasi sedia ada murid Perancangan akademik dan bukan akademik Matlamat pendidikan tahunan yang boleh dicapai murid Objektif pendidikan yang boleh diukur Objektif, prosedur dan urutan pentaksiran bagi item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan hingga pelaporan. PS penting untuk menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. PS merupakan aktiviti berterusan yang menuntut komitmen yang tinggi, dan hala tuju yang jelas daripada guru dan pihak sekolah untuk

mengenalpasti perkembangan dalam pencapaian vi. vii. Perkhidmatan yang diperlukan oleh murid Perancangan, jangkamasa dan tarikh sesuatu

memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum. PS mempunyai ciri-ciri berikut:

perkhidmatan dapat disediakan untuk murid, dan viii. Perancangan dan persediaan bagi membantu dan membimbing murid berinteraksi dengan persekitaran mereka.

Holistik iaitu mampu memberi maklumat menyeluruh tentang penguasaan, pengetahuan, pengamalan nilai murni; kemahiran, dan

Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan PdP; Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai

mengikut kesesuaian dan kesediaan murid; dan PENTAKSIRAN SEKOLAH

DRAF Merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan Maklumat yang diperolehi membolehkan pihak yang

standard kurikulum.

bertanggungjawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting

PS boleh dilaksanakan secara: Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan PdP. Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit pembelajaran, semester atau tahun.

dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masingmasing.

Tahap Penguasaan (TP) merujuk kepada aras penguasaan tertentu Pentaksiran Rujukan Standard yang disusun secara hierarki, dan diguna bagi tujuan pelaporan.

Standard

Prestasi

diguna

untuk

melihat

kemajuan

dan

Jadual 1 menyenaraikan maksud dan tafsiran umum tentang setiap TP. Jadual 2 pula menyediakan tafsiran tentang TP yang diguna pakai dalam mentafsir prestasi murid bagi mata pelajaran Pendidikan Moral. Tafsiran Umum TAHAP PENGUASAAN 1 MAKSUD TAFSIRAN UMUM

pertumbuhan (growth) pembelajaran, serta prestasi seseorang murid. Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses

mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan Pentaksiran pernyataan sedemikian standard tidak prestasi yang ditetapkan. pencapaian

membandingkan

seseorang murid dengan murid lain. Prestasi murid dilaporkan dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan murid dalam pembelajaran. Murid dinilai secara adil dan saksama

Tahu

Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respon terhadap perkara yang asas.

sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah berupaya mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif.

10

DRAF

Tahu dan Faham

Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif, serta boleh dicontohi.

Tahu, Faham dan Boleh Buat

Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi. Jadual 1: Maksud dan tafsiran umum tentang Tahap Penguasaan

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik. Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal, dan bersikap positif.

TAHAP PENGUASAAN 1

TAFSIRAN

Mengetahui perkara asas tentang perlakuan dan nilai yang baik.

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji

Memahami perlakuan dan nilai yang baik dengan menyatakan kefahaman tersebut dengan apa-apa cara.

Mengaplikasikan perlakuan dan nilai yang mengikut kemampuan pada suatu situasi.

11

DRAF waktu yang sama, guru perlu mentaksir dan menentukan tahap 4 Melaksanakan sesuatu perlakuan dan nilai yang diberikan pada suatu situasi dengan beradab dan bersistematik. 5 Melaksanakan sesuatu perlakuan dan nilai yang diberikan pada suatu situasi dengan beradab dan bersistematik serta menjadi amalan dalam kehidupan 6 Murid berkeupayaan menjadikan perlakuan dan nilai sebagai satu amalan dalam kehidupannya serta menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal. Beberapa kaedah pentaksiran dalam bilik darjah yang boleh dijalankan adalah: Jadual 2: Tafsiran Tahap Penguasaan bagi mata pelajaran Pendidikan Moral PELAKSANAAN PdP DAN PENTAKSIRAN SEKOLAH Pemerhatian: Kaedah ini sesuai untuk menilai individu dari aspek perasaan dan perlakuan terhadap nilai murni yang diterima. Kaedah pemerhatian adalah untuk menilai perlakuan murid, bukan hasil akhir selepas PdP. Setiap guru perlu melaksanakan proses PdP dalam bilik darjah dengan merujuk kepada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Kebijaksanaan guru adalah perlu dalam merancang dan melaksanakan PdP secara berkesan dan bersesuaian. Pada Ujian: Ujian boleh dijalankan dalam bentuk kertas pensel atau lisan. Ujian kertas pensel boleh disediakan dalam bentuk soalan objektif atau subjektif. Contoh ujian lisan adalah kuiz. keupayaan murid berdasarkan Standard Prestasi yang telah

disusun mengikut kelompok standard kandungan dan standard pembelajaran. Guru seharusnya memberi peluang kepada setiap muridnya untuk mencapai tahap keupayaan yang lebih baik

dengan melaksanakan proses bimbingan dan pengukuhan. Standard Pembelajaran merangkumi perkara yang perlu dipelajari dan disampaikan dalam PdP. Standard Prestasi pula mengandungi panduan untuk mentaksir murid mengikut tahap penguasaan seperti yang dihasratkan. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran mengintegrasikan standard kurikulum dan

pentaksiran sekolah dalam satu dokumen.

12

DRAF

Persembahan secara lisan: Persembahan secara lisan adalah penting untuk menilai kemahiran bertutur, keyakinan diri dan pengetahuan murid tentang kemahiran yang dipelajari. Melalui aktiviti yang melibatkan murid membuat persembahan juga boleh dilakukan penilaian. Senarai semak: Senarai semak merupakan laporan individu tentang penguasaan elemen-elemen yang diuji dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Portfolio: Portfolio adalah kompilasi hasil kerja murid secara individu atau kumpulan. Contoh portfolio adalah buku skrap dan folio. Esei: Esei mempamerkan tentang kemahiran murid untuk

menyampaikan maklumat secara saintifik dan sistematik.

13

DRAF 1.Kepercayaan Kepada Tuhan Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara STANDARD KANDUNGAN Murid dibimbing.. 1.1 Mengenal amalan ibadat STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya.. 1.1.1 Menyebut anutan agama atau kepercayaan diri sendiri Menyatakan anutan agama atau kepercayaan yang terdapat dalam bilik darjah Menghormati anutan agama atau kepercayaan rakan yang terdapat dalam bilik darjah. TAHAP PENGUASAAN STANDARD PRESTASI Murid boleh..

Menyebut agama sendiri dan agama orang lain

Menyatakan agama rakan lain di dalam kelas

1.1.2

Menunjukcara menghormati agama rakan lain dalam kelas

4 1.1.3

Menunjukkan sikap menghormati agama rakan lain dalam kelas

Mengamalkan sikap menghormati agama dan kepercayaan lain

Menceritakan cara menghormati agama dan kepercayaan lain yang telah diamalkan

15

DRAF 2.Baik Hati Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan orang lain dengan memberi bantuan dan sokongan moral secara tulus ikhlas STANDARD KANDUNGAN Murid dibimbing.. 2.1 Baik hati kepada jiran STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya.. 1.1.1 Menyebut aktiviti yang boleh dijalankan untuk membantu jiran Menyatakan kepentingan membantu jiran Mengamalkan sikap baik hati kepada jiran TAHAP PENGUASAAN STANDARD PRESTASI Murid boleh..

Menyebut tiga aktiviti membantu jiran

2.1.2

Menyatakan tiga kebaikan membantu jiran

2.1.3

Melakukan aktiviti membantu jiran di dalam kelas

Menunjukkan perlakuan membantu jiran semasa di rumah

Mengamalkan perlakuan membantu jiran mengikut situasi dan masa yang sesuai

Menceritakan perlakuan membantu jiran yang telah diamalkan

16

DRAF 3.Bertanggungjawab Kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna STANDARD KANDUNGAN Murid dibimbing.. 3.1 Tanggungjawab diri terhadap rakan STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya.. 3.1.1 Menyatakan tanggungjawab diri kepada rakan 3.1.2 Menyatakan kepentingan bertanggungjawab kepada rakan 3.1.3 Mengamalkan sikap tanggungjawab terhadap rakan TAHAP PENGUASAAN STANDARD PRESTASI Murid boleh..

Menyebut tiga tanggungjawab diri kepada rakan

Menyatakan tiga kepentingan bertanggungjawab terhadap rakan

Melakukan tanggungjawab diri terhadap rakan di dalam kelas

Melakukan tanggungjawab diri terhadap rakan mengikut situasi

Mengamalkan tanggungjawab diri terhadap rakan mengikut situasi dan masa yang sesuai

Menceritakan tanggungjawab diri yang telah diamalkan terhadap rakan 17

DRAF 4.Berterima Kasih Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian STANDARD KANDUNGAN Murid dibimbing.. 4.1 Menghargai keluarga STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya.. 4.1.1 Mengucapkan ucapan terima kasih 4.1.2 Menyatakan penghargaan melalui kad ucapan 4.1.3 Mengamalkan sikap menghargai dalam keluarga TAHAP PENGUASAAN STANDARD PRESTASI Murid boleh..

Melafazkan ucapan terima kasih

Menyatakan tiga cara memberi penghargaan kepada keluarga

Memberi penghargaan kepada keluarga melalui kad ucapan

Memberi penghargaan kepada keluarga dengan pelbagai cara mengikut situasi

Mengamalkan sikap menghargai keluarga pada masa dan situasi yang sesuai

Menceritakan amalan menghargai keluarga 18

DRAF 5.Hemah Tinggi Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian STANDARD KANDUNGAN Murid dibimbing.. 5.1 Berhemah tinggi dengan warga sekolah STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya.. 5.1.1 Menyebut tutur kata yang sopan sesama warga sekolah 5.1.2 Berkomunikasi dengan beradab sopan semasa di dalam kelas 5.1.3 Mengamalkan tutur kata yang sopan TAHAP PENGUASAAN STANDARD PRESTASI Murid boleh..

Menyebut tiga tutur kata yang sopan

Menyatakan tutur kata sopan yang digunakan dalam kelas

Berkomunikasi dengan warga sekolah menggunakan tutur kata yang sopan dalam kelas Berkomunikasi dengan tutur kata yang sopan dengan warga sekolah mengikut kesesuaian

Mengamalkan tutur kata yang sopan semasa berkomunikasi dengan warga sekolah

Membimbing rakan menggunakan tutur kata yang sopan semasa berkomunikasi dengan warga sekolah

19

DRAF 6.Hormat Menghargai dan memuliakan seseorang serta menghormati peraturan institusi sosial dengan memberi layanan yang bersopan STANDARD KANDUNGAN Murid dibimbing.. 6.1 Menghormati orang lain STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya.. 6.1.1 Menyebut contoh ucapan hormat kepada orang lain 6.1.2 Menyatakan kepentingan menghormati orang lain 6.1.3 Menunjukkan cara menghormati orang lain 6.1.4 Menggunakan ucapan hormat kepada orang lain dalam kehidupan TAHAP PENGUASAAN STANDARD PRESTASI Murid boleh..

Menyebut tiga ucapan hormat kepada orang lain

Menyatakan tiga kepentingan memberi hormat kepada orang lain

Menunjukkan cara memberi hormat kepada orang lain

Menunjukkan perlakuan memberi hormat kepada orang lain dengan cara yang betul

Mengamalkan perlakuan memberi hormat kepada orang lain dalam kehidupan seharian

Membimbing rakan menghormati orang lain dengan cara yang betul 20

DRAF 7.Kasih Sayang Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir dari hati yang ikhlas STANDARD KANDUNGAN Murid dibimbing.. 7.1 Menyayangi kawasan sekolah STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya.. 7.1.1 Menyatakan perkara-perkara yang boleh dilakukan untuk menyanyangi kawasan sekolah 7.1.2 Menceritakan kepentingan menyayangi kawasan sekolah 7.1.3 Mengamalkan sikap menyayangi kawasan sekolah TAHAP PENGUASAAN STANDARD PRESTASI Murid boleh..

Menyebut tiga cara menyayangi kawasan sekolah

Menyatakan tiga kepentingan menyayangi kawasan sekolah

Menunjukkan sikap menyayangi kawasan sekolah melalui aktiviti yang dijalankan

Menunjukkan sikap menyayangi kawasan sekolah dengan cara yang betul

Melakukan aktiviti menyayangi kawasan sekolah mengikut jadual

Mengamalkan sikap menyayangi kawasan sekolah setiap masa 21

DRAF 8.Keadilan Tindakan dan keputusan yang tidak berat sebelah STANDARD KANDUNGAN Murid dibimbing.. 8.1 Mengamalkan sikap adil di sekolah STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya.. 8.1.1 Menyebut cara bersikap adil di sekolah 8.1.2 Menyatakan kepentingan bersikap adil di sekolah 8.1.3 Menunjukkan sikap adil di sekolah TAHAP PENGUASAAN STANDARD PRESTASI Murid boleh..

Menyebut tiga cara bersikap adil di sekolah

Menyatakan tiga kepentingan bersikap adil di sekolah

Melakukan aktiviti yang menunjukkan sikap adil di sekolah

Menunjukkan sikap adil dalam pergaulan di sekolah

Menunjukkan sikap adil dalam pergaulan di sekolah mengikut situasi

Mengamalkan sikap adil dalam pergaulan di sekolah secara berhemah 22

DRAF 9.Keberanian Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah STANDARD KANDUNGAN Murid dibimbing.. 9.1 Berani berkomunikasi dengan warga sekolah STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya.. 9.1.1 Menunjukkan perlakuan berani bertegur sapa dengan warga sekolah 9.1.2 Menyatakan kepentingan berani berkomunikasi dengan warga sekolah 9.1.3 Mengamalkan sikap berani berkomunikasi dengan warga sekolah TAHAP PENGUASAAN STANDARD PRESTASI Murid boleh..

Menyatakan tiga adab berkomunikasi dengan warga sekolah

Menyatakan tiga kebaikan berani berkomunikasi dengan warga sekolah

Menunjukkan sikap berani berkomunikasi dengan warga sekolah melalui aktiviti

Menunjukkan sikap berani berkomunikasi dengan warga sekolah mengikut kemampuan

Mengamalkan sikap berani berkomunikasi terhadap warga sekolah mengikut keperluan dan situasi

Menyampaikan ucapan dalam sesuatu majlis di sekolah 23

DRAF 10.Kejujuran Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan STANDARD KANDUNGAN Murid dibimbing.. 10.1 Bersikap jujur dengan warga sekolah STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya.. 10.1.1 Menyatakan tingkah laku yang jujur kepada warga sekolah 10.1.2 Menceritakan kepentingan bersikap jujur terhadap warga sekolah 10.1.3 Mengamalkan sikap jujur terhadap warga sekolah TAHAP PENGUASAAN STANDARD PRESTASI Murid boleh..

Menyebut tiga sikap jujur terhadap warga sekolah

Menyatakan tiga kepentingan bersikap jujur terhadap warga sekolah

Menunjukkan perlakuan bersikap jujur terhadap warga sekolah melalui aktiviti

Menunjukkan perlakuan bersikap jujur terhadap warga sekolah mengikut situasi

Mengamalkan perlakuan bersikap jujur terhadap warga sekolah mengikut situasi yang sesuai

Membimbing rakan lain bersikap jujur dalam kehidupan 24

DRAF 11.Kerajinan Usaha yang berterusan, bersungguh-sungguh dan bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara STANDARD KANDUNGAN Murid dibimbing.. 11.1 Bersikap rajin di sekolah STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya.. 11.1.1 Menyebut sikap rajin yang diamalkan di sekolah 11.1.2 Menyatakan kebaikan sikap rajin di sekolah 11.1.3 Mengamalkan sikap rajin semasa berada di sekolah TAHAP PENGUASAAN STANDARD PRESTASI Murid boleh..

Menyebut tiga sikap rajin di sekolah

Menyatakan tiga kepentingan amalan sikap rajin di sekolah

Menunjukkan perlakuan bersikap rajin melalui aktiviti di sekolah

Menunjukkan perlakuan bersikap rajin di sekolah setiap masa

Melakukan aktiviti yang menunjukkan sikap rajin mengikut jadual

Mengamalkan sikap rajin di sekolah secara berterusan 25

DRAF 12.Kerjasama Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama STANDARD KANDUNGAN Murid dibimbing.. 12.1 Bekerjasama dengan warga sekolah STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya.. 12.1.1 Menyenaraikan aktiviti kerjasama yang boleh dilakukan dengan warga sekolah 12.1.2 Menyatakan kepentingan bekerjasama dengan warga sekolah 12.1.3 Menceritakan pengalaman melaksanakan aktiviti dengan warga sekolah 12.1.4 Mengamalkan sikap bekerjasama dengan warga sekolah TAHAP PENGUASAAN STANDARD PRESTASI Murid boleh.. Menyebut tiga aktiviti bekerjasama dengan warga sekolah

Menyatakan tiga kepentingan bekerjasama terhadap warga sekolah

Menunjukkan perlakuan bekerjasama dalam aktiviti yang dijalankan bersama warga sekolah

Melakukan aktiviti bekerjasama dengan warga sekolah

Mengamalkan sikap bekerjasama dengan warga sekolah dalam pelbagai aktiviti mengikut situasi yang sesuai

Menceritakan pengalaman bekerjasama dengan warga sekolah

26

DRAF 13.Kesederhanaan Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain STANDARD KANDUNGAN Murid dibimbing.. 13.1 Bersikap sederhana di rumah STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya.. 13.1.1 Menyebut perlakuan sederhana di rumah 13.1.2 Menyatakan kepentingan bersikap sederhana di rumah 13.1.3 Mengamalkan perlakuan sederhana di rumah TAHAP PENGUASAAN STANDARD PRESTASI Murid boleh..

Menyebut tiga perlakuan sederhana di rumah

Menyatakan tiga kebaikan perlakuan sederhana di rumah

Menunjukkan sikap sederhana di rumah melalui aktiviti

Menunjukkan perlakuan bersederhana di rumah

Mengamalkan perlakuan sederhana di rumah

Menjadikan sikap sederhana sebagai amalan dalam kehidupan 27

DRAF 14.Toleransi Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi kesejahteraan hidup STANDARD KANDUNGAN Murid dibimbing.. 14.1 Bersikap toleransi dengan warga sekolah STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya.. 14.1.1 Menyenaraikan perlakuan bertoleransi dengan warga sekolah 14.1.2 Menerangkan kepentingan sikap bertoleransi dengan warga sekolah 14.1.3 Mengamalkan sikap bertoleransi dengan warga sekolah TAHAP PENGUASAAN STANDARD PRESTASI Murid boleh..

Menyebut tiga perlakuan bertoleransi terhadap warga sekolah

Menyatakan tiga kepentingan sikap bertoleransi dengan warga sekolah

Menunjukkan perlakuan bertoleransi dengan warga sekolah melalui aktiviti

Menunjukkan perlakuan bertoleransi dengan warga sekolah dengan cara yang betul

Mengamalkan sikap bertoleransi dengan warga sekolah dengan cara yang betul

Menjadikan sikap bertoleransi sebagai amalan dalam kehidupan

28

TERBITAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM ARAS 4-8 BLOK E9 KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA Tel: 03-8884 2000 Fax: 03-8888 9917 http//www.moe. gov.my/bpk

Anda mungkin juga menyukai